NEO-ABSTRACTION: Space, Color and Light

Page 1

NEO ABSTRAK Ruang Warna Cahaya

1


2


NEOABSTRAK Ruang - Warna - Cahaya

2 AUG —16 AUG 2009

Soka Gakkai Malaysia SGM

Pustaka Taman Seni 2021 3


Muka Depan: Broken Heart (detail), Faizal Sidk Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi kandungan buku ini dala m apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Pustaka Taman Seni

Diterbitkan oleh: Pustaka Taman Seni G101, Plaza Suria, Jalan PJU 10/4C Damansara Damai, Petaling Jaya Selanhgor Darul Ehsan 4


ELIAS YAMANI ISMAIL SAFWAN AHMAD FAIZAL SIDIK MIA FARIZA ISNIAN IBRAHIM SUKOR ROMAT

5


6


KANDUNGAN

Esei Kurator: Abstraksi Dalam Sains dan Seni Sussanne Langer Menerusi Ruang, Warna dan Cahaya .

8

Karya Pelukis

12

Pemasangan Karya

62

Keratan Akhbar

68

Poster

69

Penghargaan

70

7


Abstraksi Dalam Sains dan Seni Sussanne Langer Menerusi Ruang, Warna dan Cahaya

‘All genuine art is abstract.’ Sussanne Langer

Neo-Abstrak Neo-Abstrak: Ruang, Warna dan Cahaya adalah sebuah pameran berkumpulan yang memaparkan karya abstrak terkini daripada 6 artis dimana karya mereka dibahagikan kepada 3 tema abstrak iaitu dari segi warna iaitu dari penghasilan Faizal Sidik, Mia Farizza. Ruang; EliasYamani Ismail dan Safwan Ahmad serta Cahaya oleh Isnian Ibrahim dan Sukor Romat. Pameran ini meneroka ketiga-tiga tema abstrak yang cuba memberi kemungkinan-kemungkinan baru dan interpritasi semula pelukis sebelumnya dalam pengkaryaan seni seperti catan, arca dan instalasi terhadap apa yang dikatakan ‘objek hidup’ yang mempunyai keindahan fizikal (physical beauty)

Mungkin anda sering bertemu dengan pengistilahan ‘abstrak’, ‘abstraksi’, ‘pengabstrakan’. Abstrak secara keseluruhannya adalah tanpa-representasi (tiada gambaran), atau dimana bentukan daripada realiti bertukar kepada corak yang dibaca oleh penghayat biasanya sebagai hubungan bebas daripada rujukan sumber asal. Jika anda membaca abstrak tentang sesuatu penulisan atau sebuah filem anda mungkin hanya diberikan tentang intipati keseluruhan teks berkenaan dimana ia juga dibaca sebagai ‘abstrak’ ia telah dipermudahkan bagi menjelaskan sinopsis akan sesuatu idea. Seperti yang diperjelaskan lagi oleh Langer “abstraksi” adalah pengenalan yang berhubugan dengan struktur, atau bentuk, bahagian daripada sesuatu yang spesfik (atau peristiwa, fakta, imej dan lain-lain) yang boleh dijadikan contoh. Walaupun demikian penulisan ini lebih memokuskan kepada abstraksi iaitu proses pengabstrakan daripada yang berhubung dengan bentuk atau lebih tepat lagi terhadap imejan penglahiran rasa oleh deria lihat melalui sensasi mata.

Dalam membicarakan pengkaryaan seni abstrak dan kita tidak boleh tidak membawa juga bersama dua aliran awal yang ke arahnya iaitu Kubisme dan Surealisme yang sangat berpengaruh kepada artis Eropah sebelum penolakan bentukan dan lanskap oleh artis Abstrak Eksprssionis Amerika. Clement Greenberg jagoan dan pendokong abstrak ekspressionis telah memberi definisi baru karya selepas abstrak iaitu ‘Post Painterly Abstraction’ atau Pasca Catan Abstrak pada tahun 1964 untuk mengambarkan karya seni artis Amerika seperti Morris Louis, Kenneth Noland, Jules Olitski dan Ellsworth Kelly, dimana mereka menggunakan bidangan penuh warna asas. Kadangkala karya sebegini boleh digambarkan sebagai catan bidangan (Colour-Field Painting) sungguhpun begitu tema ini termasuklah generasi yang terawal seperti Yves Klein, Ad Renhardt dan Bernett Newmann. Tema ini yang bergantung bukan sahaja terhadap apa yang terdapat dalam karya tetapi terhadap identiti artis yang diperkatakan oleh beliau. 8


Pameran ini bukanlah untuk mengulangi bentukan yang telah dihasilkan empat atau lima puluh lepas tetapi ia ingin mencari sudut-sudut yang mungkin terlepas pandang oleh artis yang sebelumnya dari aspek ruang, warna dan cahaya yang dapat dikesan oleh artis dalam pameran ini melalui teori saintifik sains dan seni Susanne Langer. Hal ini kerana persoalan yang dilontarkan dalam pameran ini bukanlah persoalan yang berkaitan dengan kekaburan (ambiguity) seperti yang selalu difikirkan oleh kita apabila membaca karya abstrak namun ia lebih daripada itu, sehinggakan pameran ini dinamakan neo atau baru, pasca dan selepas. Tidak hairanlah jika Barnett Newmann sendiri pernah berkata “Kita harus menyerang semula dan apa yang telah dilabelkan kepada kita sebagai Abstrak-Ekspressionis, Abstrak Impressionis, Action Painting, Informed, Tachisme, Field Painting, Color Painting, dan kini New York School. Ini bukanlah pergerakan ‘stail’ konvensional tetapi suara kolektif individu”.

Sehinggakan pernah Robert Rosenblum menulis selepas zaman kegemilangan Abstrak Ekspressionis dengan menggunakan “Abstrak Sublime” untuk memberikan apa yang beliau rasakan kejayaan yang dicapai oleh Abstrak Ekspressionis. Seperti yang kita ketahui polemik pengkaryaan seni abstrak telah mengundang pelbagai wacana samada daripada artis itu sendiri, kurator, pengkritik mahupun profesional museum. Inilah seperti yang dikatakan oleh Langer “Bagi abstraksi ia biasanya akan memperlihatkan sesuatu tujuan intelektual, dan tujuan itu berbeza secara radikal dari satu konteks dengan yang lain” Ruang Susanne Langer dalam eseinya Abstracton in Science and Abstraction in Art pernah menerangkan “Kini artis bercakap tentang ‘bentuk’dan tahu apa yang diperkatakan; tambahan pula maksud itu berkait rapat dengan apa yang diperkatakan oleh ahli logik sebagai ‘rupa yang boleh dilihat dan disentuh’. Oleh itu artis akan menyoalkan peranan mereka bagaimana seorang itu bercakap terhadap ‘bentuk’ sesuatu yang tidak boleh dilihat dan disentuh-contohnya, kejadian -kejadian alam, atau memperincikan ekspressi matematikal yang sama dengan kosong.” Melihat bentukan-bentukan ‘Lingkaran’ oleh Elias Yamani Ismail bagi menjelaskan pengalaman peribadi dilihat daripada bentukan ruang-ruang lingkaran yang berpusar seperti pusaran air, kadangkala karyanya ini dilihat seperti sebuah objek hidupan alam yang berlingkar seperti pengubahsuaian spesis biologi serangga ulat, kepompong, tenggiling dan lain-lain. Haiwan ini berlingkar untuk melindungi diri daripada musuh dan untuk penyamaran agar mereka tidak mudah dikenali seperti dalam ‘Lingkaran Kembar’. Pengolahan bentukan ruang yang menarik yang mungkin daripada alam ini yang direpresentasikan dalam bentukan baru menduga pelbagai interpritasi kederiaan audien. Dalam Lingkaran ‘Empat Segi I’ dengan lingkaran yang dicernakan dengan warna yang garang seperti merah, jingga dan kuning serta sedikit warna sejuk seperti unggu yang dipersembahkan secara tiga garisan horizontal seolah olah lingkaran tersebut bergerak secara mekanikal dengan permainan ruang positif dan negatif. Dalam ‘Lingkaran Empat Segi II’ pula lingkaran yang berwara kuning, hijau, merah, unggu, biru dan jingga yang disusun dengan sembilan pembahagian seolah-olah seperti setiap satunya dilihat seperti jambangan bunga yang berwarna warni yang jika dilihat daripada pandangan atas. Cadangan gabungan setiap lingkaran Elias itu membentuk satu kesatuan yang lebih besar seolah satu perwakilan hidupan bernyawa yang hidup yang menganggu deria seperti karya ‘Spiral Jetty’ oleh Robert Smithson dimana karya beliau tidak boleh hidup tanpa ada pengulangan yang sama.

Langer menambah “Bentuk artistik adalah kesatuan perseptual terhadap sesuatu yang dilihat, didengar dan diimiginasikan-itulah yang di jelmakan, atau Gestalt, terhadap pengalaman”. Dalam karya ‘Self Isolated’ iaitu karya cantuman secara matematikal kayu oleh Safwan Ahmad 9


beliau cuba menyelesaikan permasalahan perletakan ruang-ruang bentukan konflik dalam aturan dua dan tiga dimensi. Dalam ‘Self Isolated No. I’ contohnya objek ‘masalah’ diletakkan di ruang bawah panel segi empat yang berwarna merah yang mungkin penyebab konfilik. ‘Perletakan diri’ ruang objek yang diimaginasikannya kadang kala berada di sudut bawah, atas, tepi, kiri dan kanan adalah satu metafora yang mungkin berlaku dalam kehidupan harian kita . Seperti kata Langer lagi “Mungkin seseorang terus akan memanggilnya sebagai ‘bentuk’ Gestalt itu hanyalah sebagai metafora; namun ada kebenarannya untuk menggunakan perkataan itu sebagai struktur sintetikal yang bermetaforikal, timbul daripada geometrik, dan membawa kepada algebra, logik dan malah tatabahasa” Namun apa yang lebih penting bagi Safwan adalah dimana perletakan itu persuaikan.

Warna Menurut Langer “Proses kerja pengabstrakan berkait rapat dengan pembuatan simbol dan penggunaan simbol lebih daripada pengiktirafan terhadap sesuatu elemen yang telah diabstrakkan. Abstraksi yang sebenar adalah berkait rapat dengan akhirnya apa yang hendak di capai, lahir daripada cerminan daripada karya-karya seni dan sains, dan keseluruhannya akan difahami melalui maksud yang diungkapkan.” Pernyataan oleh beliau ini sangat signifikan dengan karya-karya terkini oleh Faizal Sidik, dalam tiga karya Broken Heart iaitu ‘Broken Heart No #1’ dan ‘Broken Heart No #3’. Faizal Sidik menggunakan abstraksi warna dan simbol iaitu titisan warna merah dan simbol daripada hati atau jantung manusia dengan bentuk cinta untuk memberi makna kepada pembuatan simbol. Apa yang lebih radikal lagi adalah dalam karya ‘Broken Heart No #2’ dalam mengungkapkan kepatahan hati karya yang keseluruhan menggunakan warna merah daripada kayu atau panel tersebut telah dipatahkan dengan sengaja dalam menyimbolkan kepatahan hati. Simbol hati adalah simbol yang universal dimana semua kebudayaan juga mempunyai maksud yang sama. Dalam ‘Sweet Heart’ atau si manis hati yang dipersembahkan secara gantungan menggunakan medium gula diatas panel sebagai pengantar mesej rasa manis. Faizal benar-benar menggunakan abstrak simbolisme dalam perletakan tajuk karya dalam mensintesiskan perlambangan dalam karya-karyanya.

Apabila melihat karya-karya seperti ‘Manna from Heaven ‘dan I’ Remember The Day We Meet’ oleh Mia Farizza penggunaan warna dan komposisi dilihat mempunyai pengaruh daripada neo Abstrak Lirikal yang pernah diterokai oleh Halen Frankahaler. Sungguhpun begitu penggunaan warna merah yang kelihatan dominan dalam karyanya ini seolah-olah menyimbolkan kearah perasaan kecintaan dan keberahian. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Langer dalam menyimbolkan peranan warna dalam kedua-daua Faizal Sidik dan Mia Farizza “Karya seni adalah simbol; dan peranan artis adalah, daripada awal hingga akhir, adalah membuat simbol. Dan pembuatan simbol memerlukan abstraksi, bila mana lebih banyak peranan simbolik ini tidak secara konvensional digunakan, namun bentuk yang timbul adalah secara signifikan oleh benar daripada karakter. Maksud terhadap karya seni perlu secara imaginatif timbul melalui bentuk-bentuk yang dipaparkan terhadap deria atau deria yang mana ianya ditujukan; dan untuk melakukan ini, karya itu mestilah benar-benar di abstrakkan terhadap significant forms atau‘bentuk menarik’ pada sesuatu yang konkrit iaitu pada medium.”

10


Cahaya “Hubungan semulajadi antara kualiti sensorial dan perasaan, yang mana pertaliannya di kawal bahasa oleh perkembangan ‘akar-metafora,’ juga ditentu oleh perletakan fungsi material sensual dalam seni.” Itulah yang dinyatakan oleh Langer dalam memberikan gambaran tentang pengalaman seni. Namun dalam menjalani kehidupan secara kontemporari idea-idea inilah yang digunakan oleh Isnian Ibrahim dalam karya fotografinya. Tajuk dalam karya beliau iaitu ‘Y’ sudah cukup untuk memberikan kegerunan imej mainan perasaan kederiaan yang beliau paparkan kepada kita. Dengan sudut fotogarafi dari bawah Isnian merakam imej cahaya yang gelap lagi suram, kekaburan subjek dan kesamaran imej yang tidak pasti telah ada dalam pengkaryaan Untitled beliau seolah kelihatan lembaga raksaksa daripada pembentukan awan. Langer menambah “Permukaan, warna, jalinan, cahaya dan bayang, ton bagi setiap tinggi rendah dan kualiti, vokal dan konsonan, cepat dan lambat pergerakan-semua inilah yang akan mempamerkan kualiti-kualiti-iaitu potensi simbol perasaan, dan di luar daripada ini iaitu ilusi bebas struktur yang dihasilkan. ‘Dalam Use the Man’ kita dapat lihat kepekaan beliau dalam merakam awan gelap dan ruang-ruang kosong. Isnian mungkin seorang yang enviromentalis dalam karya ini beliau dilihat cuba memberi komentar sosial mengikut medium yang serasi dengannya. Rakaman imej tiang elektrik yang memberi gambaran pembangunan dan awan dan persekitaran atmosfera yang menggunakan cahaya gelap dan suram cuba memanifestasikan krisis penggunaan tenaga di zaman moden ini. Dengan penggunaan perisian Isnian seolah-olah melukis semula fotografi beliau mengikut perasaan dan emosinya terhadap isu berkenaan. Dalam memberi kepuasan sensasi terhadap pengalaman kederian melihat objek Sukor Romat meneroka abstraksi fenomena alam angkasa dengan eksperimentasi terhadap titik-titik atau dot. Sunggguhpun begitu Langer menegaskan “elemen sensual, selalu disebut ‘kepuasan deria’ pada karya, bukan kepuasan secara keseluruhannya tetapi sebenarnya adalah simbol” Pengabstrakan perwakilan dengan menggunakan warna yang seolah-olah seperti menyimbolkan tompokan-tompokan cahaya dalam siri karya ‘Blooming Light’ oleh Sukor membawa keindahan fenomena alam di atas langit turun ke bumi kepada kita dengan sentuhan estetik sebagai artis. Dalam ‘Blooming’s Light IV’ misalnya beliau menyimbolkan kekuatan cahaya merah dan kuning dalam menerokai kedalaman ilusi atau depth dengan sedikit penglahiran rasa seperti yang disebut Langer “ keseluruhan fenomena ini ditambah dengan metafora perasaan, diterokai dan dikenali oleh intuisi yang sama yang menjadikan bahasa berkembang daripada akar metafora’ asas yang menimbulkan tarikan perasaan”. Kesimpulan Seni bukanlah membuat semula gambar atau illustrasi imej yang telah ada, idea artis adalah lebih besar menjangkau daripada pelukis illustrator.Tugas artis sebagai saintis sosial adalah menzahirkan dunia diluar sedar kedalam realiti masa dalam bentuk yang dikatakan sebagi produk, objek mahupun artifak untuk samada visi artis tersebut dilihat, dirasai, disentuh atau didengari. Rujukan Susanne K. Langer, Abstraction in Science and Abstraction in Art, from Problems of Art (New York: Scribner’s, 1957), 163-180

Kurator : Faizal Sidik 11


12


ELIAS YAMANI ISMAIL

13


14


The Dragon Ready made Variable dimension 2009

15


16


Lingkaran Kembar Fabric Variable dimension 2008

17


18


Timbul Carpet Variable dimension 2009

19


20


SAFWAN AHMAD

21


22


Self Isolated No. I Variable dimension Wood on panel 2009 23


24


Self Isolated No. II Variable dimension Wood 2009

25


26


FAIZAL SIDIK

27


28


Broken Heart #1 Enamel on panel 244 cm x 244 cm 2009

29


30


Broken Heart #2 Enamel on panel 244 cm x 244 cm 2009

31


32


Broken Heart #3 Enamel on panel 244 cm x 244 cm 2009

33


34


Sweet Heart Sugar on panel 244 cm x 244 cm 2009

35


36


Sweet Dream Sugar on wood 150 cm x 150 cm 2009

37


38


MIA FARIZZA

39


40


The Colourful Sea Acrylic on canvas 35 cm x 90 cm x 3 panels 2009 41


42


The Colourful Sea II Acrylic on canvas 35 cm x 90 cm x 3 panels 2009

43


44


The Incantara Stretch Acrylic on canvas 35 cm x 90 cm 2009

45


46


I Remember The Day We Meet Acrylic on canvas 35 cm x 90 cm 2009

47


48


Meet Me By The Cherry-Red Trees Acrylic on canvas 120 cm x 56 cm 2009

49


50


ISNIAN IBRAHIM

51


52


Deconstruction Matte laminate sticker paper mounted and wood strecher Variable dimension 2009

53


54


Construction Photography Series Matte laminate sticker paper mounted Variable dimension 2009

55


56


SUKOR ROMAT

57


58


Blooming Light Series Oil on canvas 60 cm x 60 cm x 6 pcs 2009 59


60


Blooming Light 1 Oil on canvas 60 cm x 60 cm 2009

61


62


63


64


Sy Mussaddad Mahdi, “Pelukis Sepanjang Hayat”, Published by Mingguan Malaysia (Pancaindera), 9 Ogos 2009,

65


66


Yip Yoke Teng, “Bold, Different and Loud”, Published by The Star (Metro), 13 Aug 2009, sec M20-M21 67


68


Rizuwan Zaini, “The Need for Space, Colour and Light”, Published by New Straits Times (Streets), 11 Aug 69


Poster 70


Penghargaan

Kurator dan pelukis mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan pameran NeoAbstrak: Ruang, Warna & Cahaya Soka Gakkai Malaysia (SGM)

Wisma Kebudayaan SGM Balai Seni Negara Universiti Teknologi Mara Utusan Malaysia The Star News Strait Times Ros Academy Fesyen Syarikat Perusahan Pastrisari Satu Fine Arts Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa Vicky Ho Sy Mussaddad Mahdi Rizuwan Zaini Yip Yoke Teng Semua yang terlibat

71


Pustaka Taman Seni 72


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.