Sistem Pengairan Tanaman / Ladang Apa Itu Sistem Pengairan ? Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada bila-bila masa. Mengapa ? Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh, membesar dan berbuah pada tahap yang terbaik. Nutrien atau baja merupakan perkara kedua. Bagaimana ? Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya : 1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System ) 2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System ) 3. Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System ) Sistem Pengairan Titis Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di bawah :
Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah. Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air ke penapis air ke paip utama ke paip sub ke penitis air (dripper) ke akar pokok.