kos fertigasi cili Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi keperluan asas fertigasi bagi 1000pk cili 1.polytank 400 gallon
=RM400.00
2.pam 0.75hp
=RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m
=RM120.00
4.poly tubing 13 mmx300m
=RM120.00
5.dripper(putih)1000
=RM80.00
6.nipple 1000
=RM100.00
7.media cocopeat 70 bag
=RM315.00
8.media sekam bakar 70 bag
=RM175.00
9.polybag 15 x 15 x 40kg.
=RM300.00
10.tong baja a/b x 2
=RM70.00
11.tubing 4 mm 9 roll x 80m
=RM198.00
12.silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00 13.fitting lump sum
=RM200.00
14.timer digital 1 minit cutoff
=RM60.00
15.tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00 16.benih 10 gm.
17.baja a/b 1 set 50kg.
=RM30.00
=RM240.00
18.disk filter 1'
=RM55.00
JUMLAH DI ATAS SEMUA
= + - RM2813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll. Pembajaan baja asas fertigasi Penggunaan bagi 1000 pokok baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B,
'pakej siap lengkap' -set A 24KG dan satu beg set B 24KG -RM160. Penyediaan campuran set A dan set B menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen).
Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter. 100 liter pati baja Set A - RM49.08 100 liter pati baja Set BJumlah
RM65.84.
RM114.9262
Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9.
Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5 hari Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali 100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari = RM114.9262 / 100 liter X (66.72 liter) = RM76.68 sukatan pada paket baja warna hijau muda tu kalau untuk semburan harian guna 1 sudu teh dalam 1 liter air maknanya berdasar kan apa yang saya faham setakat ni ada 21ppmN 21ppmP 21ppmK dalam 1000ml air, jadi bila tambah lagi 6000ml air ia tetap 21:21:21 tetapi dalam 7000ml air RM 160 semusim baja fertigrasi tu untuk 1000 pokok..hasil lebih hebat dari baja Baja saya ada datang dalam bentuk kristal warna hijau di jual di nurseri (Sg Buluh) )Calcium Nitrate 25KG = RM55 2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42 3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155 5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50 6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42 7)Hybor 0.5KG = RM14 <<<ini boleh ganti Boric Acid 8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42 9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 45 10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190 11)Boron 25KG = RM50 Info benih cili merah CA 905 - F1 Cili Kulai 905 CA 907 - F1 Cili Kulai 907 CA 910 - Kulai Tempatan
CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas CA 915 - F1 Cili Kulai Kering CA 908 - Cabai Kulai Kerinting 8338 - Kulai King. MC 11 -Tinggi pokok 80–110 cm, -panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji, MC 12 -Tinggi pokok 60–80 cm, -panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji, hybrid F1 469 -180 biji sepokok -ketinggian pokok 35 cm hybrid 833 -ketinggian pokok 2- 6 kaki -55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok s469 - amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm. -amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial - kurang digemari pengguna. -1gm (140-150biji) RM 9 –iffan04 568
- kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz = Kulai. Kulai tempatan
-amat sesuai untuk tanaman secara komersial -lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos hybrid 568 -Buah pertama 40-90 biji (40-45 biji/kg) -setiap pkk leh menghasilkan 2-2.5 kg.
-Tinggi pkk 4 kaki -buah kurang pedas -sambil berbuah sambil berpucuk @ berbunga.. -Pasaran tiada masalah langsung. Nota pembekal benih cili NASIR AGRO FARMING ENTERPRISE 012-5830013 (pos) Sin Sing Huat
No 6 Jalan BP 4/7, Bandar Bukit Puchong 03-80609921
buku log tanaman cili hybrid 223 Tarikh
Hari ke
pokok
7/1/2007 8/1/2007 11/1/20
kronologi
Ketinggian
semai 1 4
pecah mata 44 biji benih telah bercambah
16/1/2007
9
50 biji benih bercambah
21/1/2007
14
Perdedahan kepada matahari
22/1/2007
15
23-Jan-07
16
7 cm
"buat dawai besi supaya pokok tak tumbang" "baja foliar NPK 15:15:15 Sukatan: 2500 liter air = 5.8 ml cecair baja- 3
hari sekali (dah boleh letak baja)" 7.5cm (49 pokok) "Baru mula nak tumbuh daun ke3" Serangga malathion,cypermethrin,deltamethrin, dll hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus, sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di bawah daun. kulat (anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun) -mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll. -cara penggunaan kena ikut arahan label.
-selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau kulat jadi rintang.
Langkah keselamatan -pakai peralatan keselamatan semasa membuat semburan. -but getah tinggi, topi, baju lengan panjang,sarung tangan getah dan mask. -guna racun kelas lll dan lV kecuali terpaksa kelas ll. lagi tinggi no kelas bermakna kurang bahaya. -bila pokok dah berbuah dan nak petik seeloknya guna racun jenis sentuh dan bukan jenis sistemik tapi tak tahan lama. kalu hujan lagi cepat hilang. seeloknya campur bahan pelekat sikit. musuh2 tanaman cili: -ulat ratus -kutu daun/afid -kutu trip
-hama merah -hama kuning
-lelompat daun -pelombong daun -lalat putih -ulat pengorek buah -lalat buah -ulat pangkas "tempoh dilarang mengutip hasil" yang di cadang kan oleh pengeluar racun adalah di uji di dalam makmal. jadi, bila di gunakan diluar persekitaran tempoh tersebut menjadi lebih pendek sebab2 persekitaran: -udara -hujan -cuaca panas/lembab tips untuk mengawal serangan lalat buah:
-lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda. -kerosakan boleh mencapai 60-80% -tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak =-larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk. rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar. cara kawalan -kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik. -guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan. cara buat perangkap -ambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
-campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati. atau:
-botol warna kuning terang (attract serangga). -sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu -gantung pada kawasan pokok cili.
-lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.
Rumah lindungan hujan (rain shelter) a) baja cecair x akan neutral apabilae air hujan masuk dlm polybag. b) mengelak racun hilang ( 4 jam meresap kat pokok) b) mengelak penyakit akibat asid dari hujan tu...nanti pokok kena magrain. atasi masalah ini : a) baja n racun semula. b)Jirus pokok n daun guna host (host basuh kete) utk buang asid yg kita tidak kelihatan kegunaan plastik silvershine -menutup tanah agar rumput tak dapat tumbuh di sekitar batas tanaman. -plastik tersebut juga akan dapat mengekalkan kadar kelembapan tanah di bawah plastik -dapat mengurangkan kerja penyiraman. -memantulkan cahaya matahari kepokok agar proses fotosentisis berjalan lancar. -menghalau serangga seperti thrip/aphid dengan memantulkan cahaya ke mata Info -RM60.00 segulung (250m panjang x 4kaki lebar) -boleh dapat kat kedai racun/alat alat pertanian Bahan campuran dalam polibeg
campuran untuk fertigasi :- sekam mentah + sekam wap campuran untuk miracle sistem :- top soil + sekam mentah + sekam wap + baja kompos + baja asas. Jangka hayat pokok cili
-semai benih hingga mula tuai 2.5-3 bulan -petik hasil maksimum 6 bulan. -jangka hayat 8 bulan dari mula semai (max. yield) -Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil. -Buahnya sederhana besar. Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata)
-jangka hayat pokok berbuah utk 6 bulan = 30 kali tuaiâ&#x20AC;Ś -anggaran sebiji cili 7 gram 5 bijiX7gram = 35 gram
harga ladang = RM6.00 sekilo utk setiap pokok leh dpt RM 0.21 sen
Pendapatan kasar sebulan paling minima utk 2000 pkk sebiji cili beratnya 10 gram Kalau sepokok leh petik 4 biji sehari---> 40 gram Kalau 2000 pokokâ&#x20AC;Ś.80 000 gram---> 80 kg Harga ladang---> 1 kg = RM 6.00 Utk sekali petik---->80kg X RM6.00 = RM 480 Jadual petik selang 3 hari---> 10 x RM480 Jadi anggaran pendapatan kasar sebulan adalah RM 4800.00 700 pokok KULAI TEMPATAN -setiap hari buah-buah cilinya harus dituai di mana sehingga kini setiap hari menghasilkan 20KG. -Sehingga 2 hari lepas, hasil tuaian dijual pada harga RM6.50 sekilo -RM8.00 sekilo mengikut harga borong semasa. Berikut adalah gambar hasil tuaian bagi satu hari :
-Gibberellic Acid baru sahaja digunakan bermula Ahad lepas, hasilnya mungkin hanya mula jelas kelihatan selepas 1 bulan. -4400 pokok tersebut dijangka mampu menghasilkan sebanyak 100KG setiap hari menjelang awal November 2007 di mana harga ketika itu adalah RM10.50 sekilogram.
Kronologi pertumbuhan pokok cili Medium semaian piet moss + root guard Teknik semaian biji benih 1)rendam benih dalam air selama 8 jam 2)tos kan benih 3)taburkan atas kertas A4, lipat kertas itu 4)masukkan kertas beserta benih itu ke dalam plastik, tiupkan plastik dan terus tutup supaya plastik menggelembung, biarkan 24 jam 5)keluarkan semula benih, tabur racun kulat ke atas benih 6)semai sedalam 0.5cm guna peat moss 7)siram air paip pagi dan petang, jangan bagi kering 8)setiap 7 hari sembur racun kulat (guna separuh sukatan yang disyorkan) 9)selepas 14 hari, siram air baja A B pagi dan petang, jangan bagi kering (baja A B digunakan selepas semaian berusia 14 hari kerana baja di dalam peatmoss telah
habis atau kurang) 10)bermula usia 21 hari, setiap hari jemur pada matahari dari jam 8pagi - 11pagi supaya batangnya keras 11)apabila capai ketinggian 6 inci (25 hari), bolehlah pindah ke polibeg
5 hari
20 hari
30 hari
-
anak pokok memerlukan sedikit makanan dari media semaian.
-
penggunaan holland peat/peat moss memang bagus untuk pertumbuhan anak2 pokok.
-
Cocopeat tidak mengandungi zat2 makanan yang di perlukan dan dalam penyediaan tanaman secara fertigasi, cocopeat ni perlu di bilas dulu dgn air sebelum anak benih di pindahkan.
-
tanah bakar pun boleh juga, anasir2 dalam tanah tu dah mati kena baker
-
baja foliar NPK :15:15:15 (cecair)-anak benih dlm tray semaian
-
ketinggian pokok cili .7.5cm ( 3 helai helai daun)
-
Guna baja cecair foliar NPK 15:15:15.
-
pindah anak pokok dalam polybag dlm jangkamasa 25-30 hari (akar lebihan terencat)
-
Baja Bestgrow -pertumbuhan pokok dlm polybag
-
Racun Avemec/mafa malathion- Selepas pokok dipindahkan dlm polybag
-
NPK 12.12.17+MgO2+TE (biji -warna biru)- pokok mula keluar bunga.
-
Mancozeb baja kulat--buah baru berputik.
Penggunaan racun serangga dan kulat semasa @hampir pokok berbuah/tuaian Anconil 500 -racun kulat sentuhan kesan hilang 3 hari -gunakan sebanyak 20 ml / 18 lit air. Bralic 12.5EC -racun serangga - minyak bawang putih -gunakan sebanyak 40 ml / 18 lit air.
1.kutip semua buah yang masak dan hampir masak merah sikit pun ambil juga. kalu rasa dah tua boleh peram bagi masak ambil juga. 2.hari pertama sembur racun serangga cypermethrin untuk hapuskan aphid dan thrip (cypermethrin tu bahan aktif bukan brand. ada macam2 brand) 3.hari kedua sembur dengan racun serangga untuk hamama brand ORTUS (fenpyroximate) untuk hapuskan hamama. racun ni
boleh hapuskan semua peringkat hamama.
4.hari ketiga sembur dengan racun serangga untuk hamama brand MITAC (amitraz) untuk hapuskan hamama dewasa yang mungkin tertinggal. -jangan kutip hasil selama 5 hari selepas semburan terakhir. sembur basah keseluruhan pokok atas dan bawah daun. -semburan dilakukan pada waktu petang sebab serangga selalu menyerang pada waktu malam..
Racun Kulat 1)Topsin M - Ancom Crop Care - Kelas 4 - Antraknos - tahan 14 hari 2)Dithane M45 - Dow Agrosciences - Kelas 4 - Bintik Daun, Hawar, Reput Akar, Reput Buah - tahan 14 hari 3)Thiram 80 - Ancom Crop Care - Kelas 2 - Bintik Daun - tahan 14 hari 4)Daconil 2787 - Agricultural Chemicals - Kelas 4 - Hawar Alternaria - tahan 7 hari 5)Antracol 70 WP - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Hawar Alternaria, Hawar Phytophthora, Antraknos - tahan 14 hari
Racun Serangga 1)Padan - Agricultural Chemicals - Kelas 3 - Ulat Ratus, Bena Perang - tahan 7 hari 2)Decis 250 - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Pengorek Buah - tahan 3 hari 3)Pegasus 250 SC - Syngenta - Kelas 2 - Kutu Trip, Hamama - tahan 28 hari 4)Selecron 500 EC - Syngenta - Kelas 2 - Ulat Ratus, Pengorek Batang - tahan 14 hari
Baja Daun
1)Bayfolan 11:8:6 - Bayer Cropscience
Penggunaan Racun 1)3 hari sekali (tak kira lah tak hujan ke baru hujan ke) 2)selepas jam 5 petang 3)Racun Kulat dicampurkan dengan Racun Serangga Penggunaan Baja Daun 1)hanya 4 kali seumur hidup pokok 2)pertama kali disembur selepas pokok dipindahkan 3)kali kedua semasa usia pokok 1.5 bulan 4)kali ketiga semasa usia pokok 2 bulan 5)kali keempat semasa usia pokok 2.5 bulan 6)baja daun boleh dicampurkan dengan racun kulat dan racun serangga Baja Daun Bayfolan disembur 2 minggu sekali sebanyak 4 kali sahaja seumur hidup pokok, lepas usia pokok 2.5 bulan Baja Penggalak Bunga dan tidak lagi guna Baja Daun, baja penggalak bunga pun tak boleh guna lebih 4 kali sepanjang hidup pokok
racun kulat aku ada A B C D E racun serangga aku ada Z Y X W Aturan guna racun serangga dan kulat Hari pertama sembur A+Z lepas 3 hari sembur B+Y lepas 3 hari sembur C+X lepas 3 hari sembur D+W lepas 3 hari sembur E+Z lepas 3 hari sembur A+Y
berikut pula ialah gambar pokok yang terbesar (usia 2 bulan 3 minggu sejak disemai) : saiz polibeg = 18 X 15 Dalam masa 87 hari buah akan menjadi bertukar warna merah
Kulai king
Dibawah disertakan gambar projek cili saya...
Kemaman 100 Pokok
Kuantan 1000 Pokok
PENANAMAN CILI
PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang
• • • •
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
• •
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
Menyedia Anak Benih 1. Di ladang
• • • • • • • •
Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Menanam 1. Di Ladang
• • •
Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris
2. Dalam Pasu atau bekas lain
•
Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.
PENJAGAAN Sungkupan 1. Diladang
•
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
•
Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
•
Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.
KAWALAN SERANGAN DAN PENYAKIT Penyakit Bintik daun
Kawalan Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah Kutu daun Hamama merah Kerekot daun dan mozek daun Layu bakteria
Sembur racun kulat seperti mancozeb Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Sembur racun seperti dicofol atau malathion (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah penting. (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.
MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang
• • •
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.
(a)
Cili Hijau Harga - RM5 - RM8 Pendapatan kasar - RM400 - RM1200
(b)
Cili Merah Harga - RM5 - RM8 Pendapatan kasar - RM500 - RM1600
2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain
•
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
Sumber: Panduan Menanam Cili, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia