Potensi pemasaran nenas

Page 1

PELAN PEMASARAN KOMODITI NANAS 2003 - 2010

1.

PENGENALAN Nanas ataupun nama saintifiknya Ananas Comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Tanaman ini telah bermula di Malaysia sebagai tanaman kontan dan berkembang menjadi tanaman secara perladangan terutamanya dikawasan gambut negeri Johor. Nanas boleh didapati disepanjang tahun kerana ia bukanlah tanaman bermusim. Negara penanam terbesar nanas di dunia adalah Thailand, Brazil dan Filipina. Pengeksport utama nanas segar dunia adalah Costa Rica, Ivory Coast dan Filipina, sementara eksport nanas kaleng di dominasi oleh Thailand, Filipina dan Indonesia. Bagi pasaran jus nanas dunia, Filipina dan Thailand adalah merupakan negara pengeksport terbesar. Malaysia dari segi pengeluaran berada di kedudukan 9 dunia dikalangan negaranegara penanam nanas dunia, sementara dari segi eksportnya pula berada di kedudukan 10 diantara negara-negara pengeksport nanas segar dan kaleng. Bagi eksport dalam bentuk jus, negara Malaysia berada di kedudukan 24 dunia, menurut maklumat yang di perolehi dari FAO dalam tahun 2002. Di Malaysia, terdapat 3 jenis nanas yang banyak ditanam iaitu Mauritius, Sarawak dan Gandol. Disamping itu juga terdapat 2 jenis lagi yang dihasilkan melalui kacukan iaitu nanas hibrid N 36 dan Josapine. Jenis nanas Sarawak, Mauritius

dan Josapine adalah kebiasaannya ditanam

bagi kegunaan untuk dimakan segar sementara jenis Gandol dikaleng dan dijuskan. Nanas hibrid N36 pula pada amnya dihasilkan memenuhi kedua-dua kegunaan tersebut.

bagi tujuan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.