17078172-Serai-Power-Point

Page 1

DSI BIOTECH SDN. BHD.




Untuk Sebarang pertanian, kesesuaian tanah adalah faktor penting untuk menjamin pembesaran tanaman dan hasil yang lumayan. Bagi tanaman serai kebanyakan tanah adalah sesuai kecuali tanah pasir, gambut dan berair.




Tali digunakan sebagai pengukur

Penunggal Untuk membuat lubang dan jarak


Pam racun untuk meracun seeloknya gunakan muncung penyembur yang boleh menyembur racun secara terhad supaya racun tidak mengenai pokok serai semasa proses meracun rumput

cara semburan racun di sekeliling pokok


Pokok mati terkena racun akibat dari proses meracun yang tidak sempurna

Kelihatan pokok serai yang subur hasil dari proses meracun yang sempurna


Serai akan mengeluarkan tunas-tunas baru dan dari tunas baru ini serai akan membiak. Kandungan citral dalam serai juga ditentukan dari jenis serai dan hormon yang digunakan. Anak benih akan dihormonkan dahulu sebelum ditanam, hormon yang kami digunakan adalah untuk menggalakkan proses memperbanyakkan citral serai. Benih yang dibekalkan jika dibiarkan beberapa hari sebelum ditanam akan mengeluarkan akar dan pucuk2 yang baru. Benih ini perlu diletakkan ditempat yang redup dan sentiasa disiram dengan air. Benih-benih ini tidak boleh direndam di dalam air. Benih kebiasaannya tidak boleh disimpan terlalu lama  tanpa ditanam. Air yang berlebihan juga akan merosakkan benih serai.


Menanam serai adalah mudah dan ringkas, tali digunakan sebagai panduan semasa penanaman untuk menentukan jarak bagi setiap lubang yang akan ditanam. Jarak yang paling sesuai untuk penanaman serai adalah 3 kaki x 4 kaki. Jarak ini akan memberikan keselesaan kepada serai untuk terus bertunas dan kerja-kerja penyelengaraan senang untuk dilakukan


. Penunggal digunakan membuat lubang bagi memasukkan benih serai semasa penanaman. Kedalaman untuk  setiap lubang adalah hanya 2.5 inci. Serai tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana akan menyulitkan anak tunas yang baru dari keluar. Tanah disekitar pangkang serai mesti ditekan rapat untuk mengelakkan dari air bertakung di pangkang serai. Anak benih yang ditanam di dalam satu-satu lubang adalah sebanyak 6 batang


Setelah penanaman dilakukan, penyiraman perlu dilakukan. Siraman 7 hari pertama adalah terlalu penting untuk memastikan benih-benih yang ditanam mengeluarkan akar dan dapat memegang tanah. Semasa penyiraman ini juga setiap rumpun yang ditanam diperiksa bagi memastikan ke enam-enam batang benih hidup. Jika terdapat benih yang mati sulapan atau gantian dengan benih yang baru perlu dibuat dengan segera. Benih yang hidup akan memastikan hasil dari penanaman serai ini.


Meracun Rumput Rumput dan rumpai lain seperti lalang akan menghalang anak-anak tunas yang baru bertambah. Semburan racun rumput atau rumpai digunakan bagi menghalang tumbuhnya rumput. Semasa meracun rumput, pastikan racun tidak terkena kepada rumpun serai. Racun yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan rumput akan mati tetapi tidak mengangu pertumbuhan serai.


Pembajaan Baja yang digunakan adalah dari jenis baja Urea dan baja NPK. Namun begitu baja-baja sokongan yang lain juga boleh digunakan. Penggunaaan Baja Kompos seperti dari Tahi Ayam atau Tahi Lembu adalah dilarang. Ini adalah kerana baja tersebut akan mengundang serangga perosak terutamanya Ulat batang. Pembajaan dilakukan dengan menabur di sekeliling rumpun serai dengan jarak 5 inci dari pangkang-pangkang serai yang ditanam. Kebiasaannya pembajaan hanya dilakukan sebulan sekali sehingga ke bulan yang ke 3 daripada tarikh penanaman. Jenis Baja yang sesuai ialah : Urea,NPK (mengikut nisbah)

cara baja ditabur ialah di sekeliling pangkal pokok serai (5� sekeliling) kira-kira segenggam baja bersamaan satu pokok


Dengan faktor cuaca, cahaya matahari, pembajaan, dan pengairan, jangkamasa tuaian serai adalah 6 bulan.Namun begitu terdapat beberapa faktor yang boleh membuatkan serai akan terbantut dan matang dengan jangkamasa yang lama sedikit. Jangkamasa matang juga boleh dipercepatkan.Kematangan serai boleh dilihat pada batang serai itu sendiri. Apabila matang, serai akan dituai, tuaian secara komersil dilakukan secara sekaligus. Chop digunakan untuk memotong bahagian akar serai. Daun-daun juga dipotong. Kebiasaannya serai yang telah dituai akan dikumpulkan di satu tempat untuk dibersihkan dan di ikat sebagaimana yang dikehendaki oleh pemborong


setelah dicop di ladang

mengangkut ke pusat pengumpulan

di pusat pengumpulan sebelum proses pembersihan


Serai yang telah siap sedia untuk ditimbang oleh pembeli. Anggaran seikat serai lebih kurang 6kg seikat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.