PANDUAN MENANAM LIMAU

Page 1

PANDUAN MENANAM LIMAU (Tanaman Jangka Panjang) PENGENALAN: Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga. Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis). Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo). •

Limau Mandarin dari Wikipedia

•

Ebook Teknologi Penanaman Limau

VARIETI LIMAU Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.


1. LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan) Sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia. Kematangan Pokok Limau Madu Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November. Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas. Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.

2. LIUKAN (Citrus reticulata Blanco) Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren. Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.

3. CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco) Berasal dari daerah Chaozhou, Cina. Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh


penyakit 'greening'.

4. KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan) Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan. 5. PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan) Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain. 6. LIMAU PURUT Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'. Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan. o o

Panduan menanam limau purut (pdf) - klik Istilah Limau Purut dari Wikipedia - klik

o

Khidmat Online: Limau purut - klik

7. LIMAU BALI (Citrus grandis (L) Osbeck) Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.


o

Istilah Limau Bali dari Wikipedia

Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya klik !

8. LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia) Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya klik ! 9. LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis) Sejenis Limau Mandarin. Penerangan lanjut mengenai limau ini adalah dalam format pdf. Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik ! Penghasilan Buah: Pokok limau langkat yang dibiak secara tampang, sama ada secara cantuman atau tut akan mengeluarkan hasil selepas 2-4 tahun ditanam di ladang. Limau Langkat dan limau madu berpotensi mengeluar hasil daripada 8 tan/ha. pada tahun ke empat sehingga 24 tan/ha. pada tahun ke enam dan seterusnya. Tempoh jangka hayat ekonomik untuk kebanyakan jenis limau ialah antara 15-20 tahun. Musim Buah: Limau langkat adalah pokok buah yang tidak bermusim tetapi mempunyai musim utama pengeluaran buah (bulan Oktober hingga November dan bulan Mac hingga April). Kematangan Buah: Cara yang biasa digunakan bagi menentukan tahap kematangan buah limau langkat ialah berdasarkan perubahan warna kulit, saiz dan ketumpatan buah. Buah limau mencapai tahap matang apabila warna kulit berubah daripada hijau kepada sedikit kekuningan. Kebiasaannya buah limau langkat matang dalam masa 8 1/2 bulan dan 9 1/2 bulan bagi limau madu selepas bunga kembang dan boleh dipetik. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut dan senang dikupas. Pengutipan Hasil: Pengutipan hasil biasanya dilakukan menggunakan gunting bagi mengelakkan kecederaan mekanikal kepada buah. Buah hendaklah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sepanjang antara 3-5 cm. Buah-buah yang dipetik biasanya diisi ke dalam bekas atau bakul rotan kecil yang dilapik daun limau supaya tidak cedera. Pengendalian Pascatuai: Pengendalian dan pengangkutan di ladang Pengangkutan dari ladang ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan boleh dilakukan dengan kereta sorong, treler atau


kaedah lain bergantung kepada saiz ladang. Penghantaran ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan perlu dijalankan dengan cepat bagi mengawal penurunan mutu dan kerosakan yang tinggi. Pengedalian di rumah pembungkusan (pemilihan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan) Di rumah pembungkusan buah limau akan melalui beberapa proses sebelum sampai kepada pengguna iaitu pemilihan, pembasuhan, pengeringan dan penggredan. Pengedaran dan pengagihan (penjualan) Kebanyakan buah limau yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan dan diedar melalui pengangkutan jalan darat. 10. LIMAU BALI MELOMAS Varieti : KK 2 (Melomas), PO 51 (Sha Thing), PO 52 (Tambun). Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik ! PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar. Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun.

Umur pokok (tahun)

Baja Kompaun NPK (15:15:15) (g)

Magnesium Limestone (g)

1

133

20

2 3 4

326 606 907 Baja Kompaun NPK (12:12:17 + TE)(kg) 1.5 1.5 1.5 2.0 2.0 2.0 2.6

50 90 136 Magnesium Limestone (g) 182 182 182 227 227 227 318

5 6 7 8 9 10 10-15


15-20

3.0

364

Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.

Elemen Zink Molybdenum Magnesium Boron

Kadar 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air. 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air. 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air. 0.25 g. soluble borate.

Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut. PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN SECARA CANTUMAN KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan seterusnya - klik ! PENYAKIT-PENYAKIT TANAMAN LIMAU 1. PENYAKIT 'GREENING" "Greening Disease (Liberobacter asiaticum) Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati. Cara Kerosakan Berlaku: Serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok. Tanda-tanda Penyakit: Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tandatanda berikut kelihatan pada pokok limau:-


1. Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun. Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain. 2. Tompok-pokok hijau pada daun. 3. Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak. 4. Tunas dan ranting layu dan mati. 5. Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok. Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur. Langkah-langkah Pengawalan: Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:6. Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit 7. Pemeriksaan tanda-tanda penyakit Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokokpokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut. Kawalan Punca Penyakit: Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain. (Klik untuk lihat panduan mencantas/pangkas pokok). Kawalan Serangga Pembawa penyakit: Sembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali. 2. PENYAKIT KERUPING "Scab" (Elsinoe fawcetti) Keruping biasanya kelihatan timbul di permukaan kulit buah dan daun. Bermula dengan luka kecil yang kelihatan seperti titik yang pudar bertukar menjadi kekutil yang mengandungi tisu gabus berwarna perang pucat. Daun akan bertukar menjadi berkerekot dan bertukar bentuk dan akhirnya dahan-dahan muda akan dijangkiti. Penyakit ini merebak dengan cepat di peringkat semaian. Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan secara 'overhead sprinkler' pada semaian semasa pokok sedang berpucuk selama 2-3 minggu disyorkan. Gunakan racun kulat, terutamanya pada peringkat semaian ketika pokok sedang berpucuk


muda untuk mengelakkan masalah ini. 3. PENYAKIT VIRUS TRISTEZA (Tristeza Virus" (CTV) Simptom adalah sama seperti pokok yang diserang pada akar, termasuk terencat pertumbuhan. Pada jenis yang rentan penyakit ini, simptom batang berjalur, kekuningan urat daun dan kematian pucuk dapat dilihat dengan mengupas kulit. Penyebaran virus ini bergantung kepada keadaan iklim. Di tanah rendah di mana suhu panas, virus ini tidak merebak begitu cepat. Anak benih yang ditanam haruslah dibiakkan melalui kaedah cantuman tunas hujung dan mesti rintang kepada virus tristeza. Anak benih yang mula membesar disyorkan diberi rawatan suhu panas dengan meletakkan pokok-pokok tersebut di dalam rumah plastik. Menyembur racun serangga untuk mencegah vektor kutu daun dua kali setahun disyorkan.

4. PENYAKIT PHYTHOPTHORA (Phythopthora Canker" (Phythopthora spp.) Cabang-cabang menjadi kering dan tiada pertumbuhan baru. Bila akar reput, seluruh pokok menjadi kering dengan cepat. Simptom adalah daun yang berwarna kuning yang hampir sama dengan simptom kekurangan unsur nitrogen. Pada pangkal batang, luka kecil berwarna hitam muncul kemudian berkembang dengan keluaran gam berwarna coklat menjadi tanda-tanda gummosis. Pengeluaran gam bermula dengan kematian kulat dan menjadi nekrosis pada kayu. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan melalui kaedah mencantum tunas pada pokok penanti yang rintang. Mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti 25-30 cm dan paras tanah supaya pokok baka tidak terkena percikan air. Kawalan rumpai di sekeliling pokok juga perlu bagi memastikan sekitaran sentiasa kering. Sekiranya pokok dijangkiti, semburan racun kulat boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali. (Sila lihat panduan cantuman pokok). 5. PENYAKIT KANKER LIMAU "Canker" (Xanthomonas campestgris) Simptom kelihatan pada daun, ranting dan buah pada kesemua varieti limau. Kerosakan pada seluruh pokok terutamanya pada daun dan buah. Kanker berasal daripada liang-liang kecil berwarna gelap kemudian coklat dan dikelilingi oleh liang berwarna kuning. Bila besar, ia kelihatan sebagai gabus yang bahagian tengahnya pecah. Luka terjadi pada bahagian gabus dan bawah permukaan daun. Pengusaha boleh menanam pokok-pokok penahan angin untuk mengurangkan kerosakan fizikal pada pokok. Racun kulat hendaklah disembur jika jangkitan agak serius. Langkahlangkah pembasmian bakteria yang berkesan termasuk (1) mengumpul dan membakar daun-daun berpenyakit yang gugur (2) merendam mata tunas dalam 1000 ppm streptomycine (antibiotik) selama satu jam sebelum mencantum di peringkat tapak semaian. 6. PENYAKIT KULAPUK HITAM "Sooty Mold" (Capnodium citri) Biasanya berlaku di kawasan yang panas dan lembap. Bila kulat tumbuh dengan banyak (berwarna hitam berjelaga pada daun), ia menghalang daun dari menerima cahaya. Kulapuk hitam tidak memberi kesan pada pertumbuhan pokok tetapi ianya menjadi amaran kehadiran serangga-serangga perosak tanaman yang juga membawa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. Ianya juga memberi kesan kepada warna kulit buah semasa matang. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis


kulat, tetapi yang utamanya ialah Capnodium citri. Kulat ini bukanlah parasit tetapi hidup dengan memakan madu di permukaan pokok yang dikeluarkan oleh serangga tertentu terutamanya afid, 'scale insect' dan larva kepada 'Whitefly'. Tiada kawalan perlu dibuat ke atas penyakit ini. Dengan mengawal serangga-serangga pembekal madu atau gula kepada kulat ini, ianya akan terkawal secara tidak langsung. Kulapuk boleh juga dihilangkan dengan menyembur minyak jenis yang tidak merosakkan pokok. 7. HAMAMA "Mites" (Tetranychus spp.) Terdapat beberapa jenis hamama yang menyerang limau. Diantaranya Hamama merah (Citrus red mite), Hamama leper (Citrus flat mite), Hamama lebar (Broad mite) dan Hamama perak (Citrus silver mite). Hamama menyerang dengan menghisap cecair daun muda dan putik buah. Kulit buah akan menjadi kasar dan berwarna perang dan berkerutu. Kawalan hendaklah dijalankan dari peringkat putik buah lagi dengan menggunakan racun hamama yang sesuai dan berkesan. 8. LELOMPAT PSYLID "Psylids" (Diaphorina citri) Perosak ini adalah serangga vektor penyakit 'greening' limau. Jika serangga ini berada di kawasan yang dijangkiti penyakit 'greening', besar kemungkinan penyakit akan merebak dengan cepat di ladang. Serangga dewasa menghisap cecair dan pucuk dan bertelur di celah-celah daun. Kehadiran perosak boleh dikesan dengan meneliti pucuk limau dan juga menggunakan perangkap pelekat berwarna kuning. Serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik yang berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang minima terhadap serangga agen kawalan biologikal seperti parasitoid dan pemangsa. 9. KUTU DAUN "Aphids" (Aphis spp.) Kutu daun menyerang tunas baru dan daun muda. Serangga ini suka menyerang bahagian pucuk daun muda, peringkat bunga dan putik buah. Bahagian yang diserang akan menjadi cacat dan berkerinting dan terbantut tumbesarannya. Kutu daun merupakan vektor pembawa virus penyakit tristeza limau. Kutu daun boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga jenis umum yang tidak toksik pada serangga agen kawalan biologikal seperti kumbang ladybird. Pembiakan kumbang pemangsa dan agen parasit boleh juga mengawal populasi kutu daun. 10. KUTU TRIP "Thrips" (Thrips spp.) Menghisap cecair daun, pucuk dan bunga. Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperakan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal dan kedua sisi tepinya menggulung ke atas. serangan sering berlaku pada musim panas. 11. LALAT BUAH "Fruit fly" (Bactrocera papayae dan Dacus spp.) Lalat bertelur pada buah yang hampir masak atau masak. Telur menetas dan larva mengorek masuk ke dalam serta makan isi buah. Terdapat larva lalat di dalam buah bila dikupas. Bahagian yang diserang mudah dijangkiti penyakit kulat atau bakteria.


Akhirnya boleh menjadi busuk, reput dan gugur. Sembur dengan bahan penarik seperti umpan protin bercampur racun serangga. Ini amat berkesan kerana ianya membunuh kedua-dua jantina lalat buah. 12. KOYA "Mealy bugs" (Planococcus citri Russo.) Serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya. Kesan sampingan kehadiran koya ialah terdapatnya kulapuk hitam pada bahagian bawah daun dan permukaan buah. Ini adalah hasil dari pertumbuhan kulat keatas embun madu yang dikeluarkan oleh koya. Pokok akan kelihatan seperti berjelaga. Semburan campuran minyak putih dan racun serangga dapat mengawal perosak ini. 13. PELOMBONG DAUN "Leaf Miners" (Phyllocnistis citrella Staint) Ulat (warna hijau) mengorek ke dalam daun dan menghisap cecair sap epidermis. Setiap ulat berada dalam satu lombong bersinar keperakan dan berkelok-berkelok. Daun menjadi cacat, berkedut-kedut dan bergulung. Selalunya terdapat kepompong berwarna oren di tepi daun. 14. KEPINDING "Stink Bug" (Rhynchocoris humeralis Thnbg dan R. Serratus Don.)> Kepinding yang berwarna hijau ini menghisap cecair dari bahagian daun muda, pucuk dan buah. Daun yang dihisap akan menjadi layu dan kering. Sementara itu, buah pula akan berongga di bahagian isinya dan serangan di peringkat putik boleh menggugurkan buah. Serangga ini boleh dikawal dengan membuat tinjauan ladang yang kerap dan memungut peringkat nimfa dan dewasa dengan tangan. Semburan racun serangga jenis umum boleh mengawal prosak ini. 15. PENGOREK KULIT LIMAU "Rind Borer" (Prays endocarpa Meyr.) Ulat ini menyerang jenis limau yang mempunyai kulit tebal seperti limau bali. Ulat akan mengorek ke dalam kulit buah dan mengeluarkan serpihan tahinya ke permukaan buah. Buah akan kelihatan buruk dan berbinjul-binjul dan ini akan menurunkan nilai komersialnya. Semburan dengan racun serangga di peringkat putik sebelum membalut dapat mengawal perosak ini. PEROSAK TANAMAN LIMAU 1. Lalat Buah (Bactrocera dorsalis) Lalat bertelur dalam buah-buah yang hampir masak/matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu. Balut buah dengan kertas seawal yang boleh. Kutip semua buah-buah yang telah diserang dan tanam. Gunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan. 2. Pelombong Daun (Phyllocnistis citrella) Larva korek dan makan tisu dalam daun. Daun menjadi cacat dan berkedut atau bergulung. Sembur racun hamama dimethoate 0.1% b.a. setiap dua minggu sekali.


3. Pengorek Buah Limau (Citripestis sagititiferella) Larva mengorek dan memakan tisu. Dewasa menghisap cecair dari buah. Timbunan sisa makanan akan kelihatan pada lubang yang dikorek. Kumpul dan musnahkan buah yang diserang. Menggunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan. 4. Hamama (Panonychus citri Tetranychus spp.) Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah, menjadi tompok kuning. Serangan pada permukaan daun dan ini akan menyebabkan banyak daun gugur terutama pada musim kemarau. Sembur dengan kimia seperti propagite dan amitraz 0.1% bahan aktif pada 3 minggu sekali. 5. Kutu Thrips (Scirtothrip dorsalis) Menyerang pada bahagian tangkai daun muda dan putik buah. Daun yang diserang akan menebal dan kedua-dua sisinya menggulung ke atas. Tunas daun menjadi hitam, kering dan gugur. Sembur dengan racun kimia seperti malathion (0.1% bahan aktif) setiap dua minggu sekali. 6. Kutu Lompat (Diaphorina citri) Menyerang bahagian pucuk dan menghisap cecair. Ia juga menjadi vektor kepada penyakit. Sembur dengan racun seperti imidachloropid (0.005% bahan aktif). POKOK PENANTI Pemilihan pokok penanti menjadi faktor utama penanaman pokok limau. Pokok penanti diperkenalkan untuk menangani masalah penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza. Biasanya anak pokok 'mandarin' dan 'sweet orange' yang dibiakkan secara tut tidak dapat dielakkan daripada serangan penyakit tersebut. Oleh yang demikian pokok penanti yang digunakan hendaklah rintang terhadap kedua-dua penyakit ini. Varieti Troyer Citrange digunakan sebagai pokok penanti untuk 'sweet orange' manakala varieti Cleoptra digunakan sebagai pokok penanti untuk tanaman limau mandarin. Varieti-varieti seperti Poncisrus trifoliate (L) Raf. Rangpur Line, Cleoptra mandarin dan Citrumelo didapati rintang terhadap kedua-kedua penyakit ini. Namun varieti-varieti ini tidak dapat mengawal penyakit 'greening'. Penggunaan P. trifoliata sebagai pokok penanti akan mengakibatkan pertumbuhan awal yang kurang memuaskan di ladang kerana pokoknya kerdil. Banyak varieti limau yang asli seperti limau nipis dan citron didapati kurang tahan terhadap keduadua penyakit ini. Oleh yang demikian, jenis-jenis limau dan citroid lain perlulah dinilai sebelum dijadikan sebagai pokok penanti. Pemilihan pokok penanti yang baik ditentukan oleh lima kriteria seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5.

ketahanan terhadap penyakit reput batang phythopthora bersesuaian dengan iklim dan keadaan tanah di tempat yang ditanam bersesuaian dengan varieti yang dicantumkan memberi hasil yang maksima ataupun memuaskan toleran terhadap penyakit phythopthora dan virus tristeza

Petani hendaklah mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti (25-30 cm dari paras tanah) supaya batang pokok baka tidak kena percikan air dari tanah dan tidak disyorkan mencantum lebih 30 cm kerana masalah pertumbuhan. Terdapat


lebih banyak kelebihan daripada masalah yang timbul daripada penggunaan pokok penanti untuk tanaman limau di Malaysia. Kadangkala pokok penanti yang digunakan menghasilkan buah yang berasa masam dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk berbuah. Tetapi dengan adanya pokok penanti, petani mampu mengelakkan tanaman limau daripada diserang oleh penyakit phythopthora dan penyakit virus tristeza yang menjadi faktor utama kurangnya hasil tanaman limau. Di samping itu, pokok penanti yang tumbuh biasanya pada paras yang renek dan ia memudahkan pengurusan harian petani-petani tanaman limau (Klik untuk lihat proses cantuman pokok). Kebanyakan daripada pokok penanti yang berkualiti masih diimport dari negaranegara seperti Amerika Syarikat dan Australia dan ia juga boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan daripada nurseri-nurseri yang terpilih. BIji benih untuk vrieti Rangpur Lime boleh didapati dengan mudah tetapi varieti ini kurang tahan terhadap penyakit reput batang.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.