Tip Penanaman Tembikai

Page 1

Tip Penanaman Tembikai Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas. Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40% berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid F 1 berubah dar setahun ke setahun.Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1Ă‚½ kali ganda daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya mendapat harga premium di pasaran.Varieti popularBerikut ialah senarai varieti tembikai dan ciricirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.


Jadual 1. Senarai hibrid F 1 .varieti tembikai yang mempunyai biji

New Gragon

Buah bulat membujur (oblong) agak seragam, sederhana hingga agak besar dan berat lebih kurang 9 kg. Isi merah, bertekstur halus, sangat manis dan biji perang tua. Kulit mempunyai jalur hijau muda dan tua yang nyata, tahan lama dan sesuai untuk eksport melalui jalan laut.

Dark Belle or Hitam manis

Subur, buah oblong, hijau gelap dengan jalur gelap. Kulit nipis tetapi kuat, sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Isi merah gelap, lembut dan berair, kandungan gula 12-14%. Berat antara 2.5-3.5 kg. Matang selepas 102 hari ditanam.

Little Boy


Jenis kecil dengan rasa yang sangat enak. Buah oblong pendek dengan kulit hijau gelap dan jalur hijauyang lebih gelap yang nyata. Kulit nipis tetapi keras,sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Beratnya 3-4kg. Isi merah tua , berjus, lembut mempunyai kandungangula 12%. Matang selepas 102 hari ditanam.

China Dragon

Varieti yang samadengan New Dragon. Daun kecil dengan cuping tajam yangberopol dan dalam. Amat produktif dan berputik denganbaik. Matang agak awal iaitu 80 hari selepas menanam (95hari selepas menyemai). Bentuk sedikit oblong. Mempunyaikulit berjalur yang nyata. Berat lebih kurang 12 kg. Isimerah, pejal dan sangat manis. Biji kecil dan hitam.

Early Klondike

Mempunyai kualiti isidan kemanisan yang lebih baik. Sesuai untuk penghantaranjarak jauh menggunakan kapal laut. Berat lebih kurang 12kg, berbentuk oblong dengan kulit hitam-hijau. Isi merahtua. Matang selepas 97 hari disemai.

Red Delicious


Buah kecil dan oblong,lebih kurang 2 kg. Rupa menarik dengan warna hijau yangseragam. Isi merah terang, lembut berjus, amat manis danbiji nya berwarna perang. Kulit nipis tetai keras.Matang selepas 90 hari disemai.

Funbell

Tembikai yang sesuai pada pelbagai jenis tanah. Isi merah jambu,manis dan berjus. Buah bulat dan berat di sekitar 2 kg.Mudah mengenali kematangannya kerana jalur buah berubahdaripada hijau kepada kuning. Buah matang selepas 80hari disemai. Kulit kuning dengan jalur yang lebihcerah. Biji warna hitam perang yang sederhana.

Yellow Baby


Berbuah awal, rasamanis, sedikit biji berbanding dengan tembikaiââ‚ŹËœicebox’ yang lain. Warna isi kuning nanas. Diameterbuah 15 cm, berat 4 kg. Kulit hijau muda dengan jalurhijau gelap, nipis tetapi kuat

Pembiakan

Biji tembikai boleh ditabur terus di ladangatau disemai di dalam beg plastik sebelum diubah ke ladang.Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering danbiji untuk diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.

Tabur terus

Biji benih direndam semalaman sebelum ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan(biasanya 1.2-2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahandan jarak tanaman. Biji yang sah berlabel, seragam, bebas daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90% percambahan menjadi pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokokmempunyai 3-4 helai daun, anak benih ini dijarangkan iaitu meninggalkan satu batang pokok yang sihat di dalam satu lubang penanaman.

Pengubahan


Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:

* Kecekapan penggunaan biji benih meningkat,sangat penting dengan biji benih hibrid dan triploid keranaharganya sangat mahal * Tanah berkerak atau terlalu kering dantanah yang lembap menjejaskan pertumbuhan anak pokok, bolehdihilangkan atau dikurangkan. * Kedalaman penanaman lebih seragam. * Hasilnya dilihat pada penuaian awal. * Hanya cara yang berkesan kos untuk menanamtembikai tanpa biji

Kelemahan pengubahan termasuklah:

* kos berubah lebih tinggi,* kos buruh meningkat,* anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.

Biji benih disemai di dalam beg plastik yangberisi tanah yang sudah dicampur dengan tahi ayam. Beg iniditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawahteduhan. Ia akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untukdiubah dalam masa lebih kurang 11-12 hari. Jarak penanaman ialah2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak pokok.

Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan pokok Kerosakan pengendalian semasa pengubahanboleh berlaku pada anak pokok aras tanah. Bahagian atas anakpokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahanwarna perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagimengatasi masalah ini daripada kerosakan yang lebih teruk, anakpokok hendaklah ditanam lebih dalam ke dalam tanah.


Penanaman Tembikai hendaklah ditanam di ladang yangtanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak cenderung kepadaair bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secaraberterusan di tanah yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaantanah. Kesediaadaan sumber air untuk pengairan amat genting Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah liat atautanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikaiyang baik. Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat. Sistem saliran yang baik diperlukan Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih pelaksanaan operasi peningkatan kualiti tanah dan penyuburan anak pokok: 1. menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan biji benih dan anak pokok (atau pengubahan) 2. meningkatkan produktiviti dengan membekalkan struktur tanah yang terbaik untuk pertumbuhan danpembesaran akar berikutnya, dan 3. membantu mengawal masalah penyakit. Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan tanah untuk penanaman. Ini sebahagiannya ditentukan oleh sejarah penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah digunakan untuk penanaman selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras beberapainci di bawah permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah padatanah liat. Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanahyang mampat. Penyediaan tanah yang betul perlu menghapuskan atau mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian baru-baru initelah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepadatanah yang tidak mampat sahaja Amalan penanaman Merumpai Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang berkualiti. Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air.Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan bolehmenjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiatpokok ini yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula menjalar. Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat penting. Anak benih ini biasanya mudahdikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan semasa peringkat anak benih lagi. Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh agresif dan sihat dapatmengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baikakan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai. Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan penting dalam penyebaran danepidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus tersembunyi di dalam biji benihnya. Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau kehadiran secara semula jadi virus mozek timun (cucumber mosaicvirus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut


dapat dikesan pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan Crotalaria spp. Dalam satu kajian yang lain virus mozekââ‚ŹËœsquash’ (SqMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides, Cleomerutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbiaprunifolia, Eupatorium odoratum, Hyptis brevipes dan Mikaniamicrantha, manakala virus mozek zucchini kuning (ZYMV) telahdapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata. Dalamsatu sampel A. conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan serentak, manakala SqMV dan CMV ditemui dalam sampel E. hirtadan E. odoratum . Kaedah pengawalan Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah punada. Memilih kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanambergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai, peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan kesediaadaannya. Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan dan selamat kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul bolehdigunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistemakar yang ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman.Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan tenagaburuh. Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting, penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangatlembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur. Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai menggunakan bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuangrumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan batang jalar. Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian melibatkan pengawalan rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam bercambah.Bahan sentuh tidak selektif digunakan (semburpada kadar 4 L/ha). Kaedah batas semaian biasanya berganding dengan rawatan racun herba yang disembur sebelummenanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh. Sungkupan plastik dengan pengairan titisialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai. Plastik hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik digunakan bagi menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambahdan tumbuh. Plastik yang menyungkup batas tanaman seharusnyasesuai dengan batas tersebut dan tepinya dikemaskan bagi menghalang gangguan angin. Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil dibuat pada plastik dan anak benih atau biji benih ditanam melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan racun herba yang didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar tembikai boleh menjalar hingga ke tengah baris dan menyentuh tanah yang dirawat. Pencantasan Mencantas batang jalar tembikai akan menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini mempunyai kelebihan dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya


masak seragam.Batang jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh apabila tanaman berumur 15-20 hari. Pengairan Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang masak mengandungi lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualititanaman ini. Kekurangan air pada peringkat tembikai barutumbuh, melewatkan kematangan dan boleh menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yangpaling serius hasil daripada tegasan air semasa pembungaan dan pembentukan buah. Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan dengan jayanya pada tanaman tembikai. Pemilihan terhadap jenis apa yang perlu dipilih akan berasaskan pada satu atau lebih faktor berikut: * Kesediaadaan peralatan* Bentuk dan saiz ladang* Jumlah dan kualiti air yang ada* Keperluan buruh* Keperluan bahan bakar * Kos Pengairan renjis Sistem ini termasuklah pangsi tengah, ‘linear move’, ‘travelling big gun’, set paip aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika digunakan dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan bererti wujud pada kos permulaan dan keperluan buruh. Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah. Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan ‘linear move’) boleh digunakan untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan mengurangkan larut lesap. Walaupun pengairan atas tidak digalakkanapabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana airboleh sampai ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar(melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah, terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad. Pengairan titis Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan dengan atau tanpasungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairantitis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul. Kajian yang telah dijalankan di Florida, USA telah menunjukkan bahawa air yang diperlukan berkurangan sebanyak 40%pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis berbanding dengan sayuran berpengairan renjis. Masalah rumpaijuga berkurangan kerana batas sahaja diberi air sedangkan baristengah antara batas dalam keadaan kering. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan penghasilanawal dan meningkatkan saiz buah.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.