Anis April 2010

Page 1

pedoman wanita solehah

ms 15

TERKEJUT + TAHAJUD = SUJUD APRIL 2010 • RABIUL AKHIR / JAMADIL AWAL 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA DISTRIBUTORS 53122820K, (MD. SYAMSUL SUTOMO), 505, West Coast Drive #01-210 Singapura 120505. Tel: 02-6778 4347 / 02-9180 7794

HIPOKRIT BERTUDUNG

DUNIA BARU

Farah Adeeba ANAK + BISNES + LAKONAN

BANKRAP Bebaskan Diri Anda DIDIK ANAK BERSIH B RS H

– Latih @ Leter

MULA HARI DARI SENJA!

www.galeriilmu.com.my

Suntik Jiwa Dengan Dos

Qiamullail Tahu Tapi Tak Mahu

10 TIP MUDAH BANGUN MALAM


PENGHIAS KULIT PENGHIAS KULIT: FARAH ADEEBA MOHD ASYRAF PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD. RAHMAN (SHIMAHRAHMAN.BLOGSPOT.COM) PEM. PENYELARAS: NUR ZAINATUL HAJAR (PELATIH USIM) FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: AWIN 013-7702739 WWW.SEINDAHWAJAH.COM TUDUNG & PAKAIAN: WWW.NAJJAH.COM

SEPINTAS LALU

APRIL 2010 Ni apa menda punya iklan ni sampai boleh terhapus dosa, boleh masuk syurga ni??

itu iklan nak menyuruh kamu bangun tengah malam, solat tahajud.

28 Lawati Majalah Anis di Facebook 2 ::

anis :: A P R I L

2010

10-16

Solat Malam Hadiah Terpilih Dari Allah

Rencah 01

Catatan Editor - Rindu d TTahajud h j d Primadona

09

Jendela Mak Uda – Merebut Bonus Sepertiga Malam!

24

Harmoni - Pikat Memikat Menyatu Hati

38

Lensa - Di Bawah Lembayung Langit Madinah

40

Gaya Kini

48

Salam Haramain – Abraj Janadriah Melakar Peristiwa, Manusia & Masa!

54

Didik Manja – Didik Anak Bersih - Latih Atau Leter

56

Bulan Kelahiran

60

Tip RM – Bankrap – Bebaskan Diri Anda!

64

Semaian Kasih – Rafak Taazim: Sebuah Eulogi Buat Emak

72

Laman Kampus - Penangan Tahajud

76

Warta Sekilas

82

Eksklusif - Malam Sinar Maulidurrasul Ketiga - Meriah Dalam Syahdu…

88

Buletin Jabatan Buku

91

Bicara Abu Hassan – Contohi Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi

94

Hias Laman - Eleman Bagi Sebuah Landskap

96

Sihat Anggun – Penjagaan Ibu Hamil Secara Tradisional Melayu

100

Aroma – Sajian Ringkas TaHa

104

Petua


FIKIR ZIKIR OLEH: ZUL RAMLI M. RAZALI KIFFAH MOTIVATION & TRAINING SDN. BHD. (zulramli.blogspot.com)

Selangkah ke

Haribaan Redha Ilahi Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

A

nak kunci ketenangan jiwa adalah apabila berjaya meraih keredhaan Allah. Ia adalah destinasi terpuncak pemburuan manusia di dalam hidup. Ia sebagai jawapan kepada sebuah kehidupan bermakna. Namun, manusia sering tersalah jangkaan apabila merasakan bahawa kemewahan hiduplah sumber ketenangan jiwa. Manusia kemudiannya melaburkan seluruh masa, tenaga serta komitmen mereka untuk memburu kemewahan hidup demi meraih ketenangan dan kepuasan. Respon kepada rangsangan ini adalah, manusia terus tenggelam di dalam arus resah, bernafas gelisah dalam sekam hidup yang sangat merimaskan. Saat itu kita sedar bahawa kemewahan hidup yang sempit ini tidak berupaya memenuhi ruang hati yang lebih luas. Rongga itulah kegelisahan yang membedal kita dari dalam. Ruang itulah yang perlu diisi dengan Mardhotillah demi mencari jawapan tentang kedamaian hakiki. Mari kita meneroka daerah keredhaan Allah yang Maha Luas, ia berpunca dari langkah kecil dengan menghargai

4 ::

anis :: A P R I L

2010

sesuatu yang sangat berharga, bukan pada nilai duniawi, tetapi ingatan Allah: “Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.�

Kuasa Fitrah Dalam buku ‘U-Turn Ke Jalan Lurus’ ketika menceritakan mengenai kuasa fitrah, saya kongsikan kisah seorang pemilik dusun durian yang menembak seekor ibu monyet. Ketika monyet itu meraung kesakitan, sedang darah mencucur deras, kesakitan menyelinap segenap saraf dan sendi, pada luka yang dalam dari bekas peluru pula berbuih terbaur darah pekat bercampur lendir kesakitan yang tidak mampu dibayangkan. Saat itu ketika anak yang bergayut pada tengkuknya meraung ketakutan si ibu telah menarik anaknya dan diberikan susuan. Hanyir darah dan gempita

kesakitan tidak dapat memisahkan kasih antara ibu dan anak.. Sungguh tragis, itu yang datang dalam sebak rasa saya ketika mula-mula mendengar kisah ini. Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau; Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering,


HARMONI

t a k i m e M t a k Pi

Menyatu Hati

Duduk seketika dan luangkan sedikit masa membaca tip di bawah ini. Fikirkan apakah anda terlibat dalam permasalahan ini.

ISTERI 1. Suami anda merajuk. Apakah reaksi anda? a) Biarkan sahaja sehingga dia tenang. b) Suruh anak pujuk. c) Cuba memujuknya. d) Buat-buat tak tahu. 2. Suami anda bercerita tentang masalah di tempat kerjanya. Reaksi anda... a) Dengar sahaja. b) Dengar sambil menonton TV. c) Bercerita juga tentang masalah kita. d) Dengar dan cuba beri dorongan kepadanya. 3. Anda hendak menonton drama kesukaan anda, tetapi 24 ::

anis :: A P R I L

2010

ketika itu suami sedang menonton rancangan lain. Tindakan anda... a) “Cerita apa ni. Tengok lain le bang.” b) “Macam budak-budak. Tukar siaran lainlah.” c) “Bang, boleh tak nak tengok drama semalam. Ada sambungannya malam ni.” d) Terus menukar siaran yang anda inginkan. 4. Apa hadiah istimewa buat suami pada hari lahirnya? a) Tiada apa-apa. b) Tarikh lahirnya pun, tak ingat. c) Dia pun tak ingat, kita buatbuat lupalah. d) Selalunya ada tak pernahlah lupa.

5. Berapa kali anda mengubah hiasan dalam bilik tidur? a) Tak pernah bertukar, sibuk sangat. b) Sesekali apabila suami lama tiada di rumah. c) Buat apa hendak ditukar, penghuninya sama sahaja. d) Selalu, sampai senget kaki katil. 6. “Ina, abang ada beli baju ni. Buat baju kurung cantik juga.” Kebetulan warna dipilih tidak kena dengan selera anda. Reaksi anda... a) “Aii bang, sudah bertahun kahwin takkan tak tahu warna yang saya suka.” b) “Mmm...letak saja di situ. Saya tengah bagi anak makan ni.” c) “Terima kasih, bang. Murah rezeki hari ini.” d) Pandang pun tidak.


SKETSA RUMAH TANGGA

angat s g n a y a u Pet Tanpa . n a k u l r e dip a ubat. p n a t , g n wa

OLEH: HJ BAD

Penangkal Segala Penyakit Anda mahu terhapus segala dosa?

Aduh, sedapsedap tidur macam ni malasnya nak b bangun malam. sejukk n nak ambil wuduk lagi... malam esok lak aku try bangun solat tahajud‌

Anda mahu menjaj di orang bertakwa? Anda mahu berdiri sebaris bersama orangg-orangg soleh? Anda mahu berdiri sebaris bersama ahli ibadah?

Anda mahu mendekatkan diri dengan Allah? Anda mahu tercegah daripada maksiat?

Anda mahu masuk syurga dengan selamat? Ala, apebenda iklan ni Hj Bad? Semua cerita pasal akhirat saja. Tak best arr. Orang tengah sakit-sakit kepala pasal 1001 masalah dunia, dia asyik iklankan cerita akhirat pula. Tension arr. Orang tengah bengangbengang kepala hotak nak selesaikan masalah hutang dan keperluan hidup, dia iklan pasal agama pula. Orang tengah tension menghafal subjek nak exam tak lama lagi, dia asyik iklan pasal syurga neraka lak. Harrgh, lagi tension adalah... Okay, okay, kita tukar iklan lainlah pula.

Iklan

1

Petua menghilangkan dan membuang segala penyakit dari badan. Tanpa wang! Tanpa ubat! Dijamin berkesan! Tiada kesan sampingan! Pasti memuaskan! Jaminan wang tidak akan dikembalikan (sebab anda tak perlu mengeluarkan wang sesen pun!).

28 ::

anis :: A P R I L

2010

Anda seorang yang pelupa? Sukar mengingati apa yang dipelajari? Sukar menghafal? Dapatkan petua terhebat warisan sepanjang zaman. Terbukti berkesan!

Iklan

2

Whoa...ini barulah dinamakan iklan. Boleh menghilangkan segala penyakit termasuk penyakit pelupa. Inilah petua yang sangat-sangat kita perlukan. Tanpa wang tanpa ubat lak tuu! Macam mana caranya? Ikuti langkah-langkah berikut: 1. Buat temujanji sekitar pukul tiga pagi sehingga sebelum Subuh. (bior betul!!)

2. Bangun tidur, bersihkan badan dan ambil wuduk. 3. Lakukan solat malam seperti Tahajud, Witir, Tasbih dan sebagainya. 4. Berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah sebanyak-banyaknya. 5. Istiqamah dalam melakukan solat-solat ini, insya-Allah, bukan saja penyakit dalam badan atau sifat pelupa, malah semua tujuh perkara yang saya sebutkan di baris atas sekali, insya-Allah akan tertunai. Amacam, hebatkan iklan ni? Hebatkan kuasa solat malam? Benar. Kalau tidak takkan Rasulullah kata, kalau ia tidak membebankan umatku nescaya aku wajibkan mereka bersolat malam. Ertinya, solat malam


“Buat sementara ini saya terpaksa tolak semuanya. Selagi tidak dapat pembantu rumah biarlah saya yang menjaganya Farah Adeeba dan pelakon-pelakon yang lain ketika sepenuh masa. menjalani penggambaran drama Nurul Iman di Syria. Saya tak ralat tolak tawaran kerana tak sanggup berpisah dengan Muhammad. Kini Muhammadlah segala-galanya,” ulasnya lagi sambil tak putus-putus mencium si comel. Bagaikan ibunya, si comel ini juga begitu ‘sporting’ dan teruja. Anak matanya yang begitu jernih akan terkelip-kelip memandang lensa kamera dan aneka peralatan kamera keagamaan seperti Akademi yang berada di sekelilingnya. Dia Al-Quran TV9 (2006-2008) dan Cari juga akan terpegun apabila diberi Menantu TV9 (2006-2008). Tapi dia buku yang berwarna-warni. juga serasi bersama rancangan talkBercerita lanjut mengenai show membicara topik kekeluargaan Muhammad, Farah Adeeba tidak di Keluarga Di-9 (2008). Terbaru dia lokek berkongsi secebis kisahnya menjadi hos rancangan dokumentari mengenai pengalaman barunya At-Tijarah TV1 yang menjejak kisah bergelar ibu setelah tujuh tahun tidak kejayaan usahawanita di tanah dikurniakan cahaya mata. air. Sesekali celoteh Farah Adeeba “Kami berdua tidak merancang memeriahkan hujung minggu anda untuk mengambil anak. Kami berdua di rancangan Nasi Lemak Kopi O juga telah membuat keputusan yang -TV9. Selain dilantik sebagai duta cukup drastik dan diambil dalam beberapa produk, Farah Adeeba masa satu hari sahaja. Saya lihat juga pernah mendapat anugerah Rafique begitu ‘excited’ dan paling Pemenang kategori Pengacara Wanita gembira menerima berita kehadiran Program Agama Terbaik Anugerah Muhammad pada 10 Ramadan tahun AMIN (Anugerah Media Islam Negara) lalu.” tahun 2008. Kedua mereka begitu teruja Namun, Farah Adeeba tak menempuh pengalaman baru seperti pernah kesal kerana niatnya dahulu yang dilalui ibu bapa yang lain. Saat pun semata-mata ingin memberi paling tidak boleh dilupakan kala tumpuan seratus peratus kepada pertama kali menimang si comel ini. keluarga. Dengan nada gembira, Farah

36 ::

anis :: A P R I L

2010

Adeeba menambah, “Hari pertama, kami berdua keliru, dia lapar ke, haus ke atau sudah buang air besar pun kami tidak tahu. Tapi alhamdulillah berkat sokongan keluarga saya dan Rafique, kami berdua berjaya memelihara dan bahagia melihat Muhammad dari hari ke hari membesar di depan mata. Dia tak banyak kerenah dan mudah dijaga. Tengoklah badannya yang montel ni.” “Apabila besar nanti Muhammad nak ikut siapa ye? Nak jadi pengacara atau peguam?” Usikan saya disambut senyum tawa si Farah. “Tak kisahlah kak, tengok bakat dan minatnya nanti tapi apa pun Muhammad mesti jadi Ustaz dulu.” Gurauannya itu sebagai isyarat Farah Adeeba dan suami saling berusaha untuk memberi penekanan pada pendidikan agama secukupnya buat si comel.

Lakonan & Bisnes Tahun 2010 juga membuka banyak lembaran baru dalam kamus hidup Farah Adeeba, 32 tahun. Bukan saja pengalaman pertama bergelar ibu, satu lagi kejutan dibuatnya apabila sanggup terjun ke bidang lakonan. Memegang watak Nurul dalam drama Nurul Iman, dia meneroka satu pengalaman baru yang bezanya bagai langit dan bumi dengan dunia pengacaraan. Penggambaran drama sebanyak 13 episod ini sudahpun selesai dijalankan di Perlis dan di negara Syria. Drama yang diterbitkan oleh Anugerah Media Network, syarikat bersekutu Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan bakal disiarkan di RTM pertengahan tahun ini. “Saya menerima watak ini kerana secara jujurnya saya tertarik dengan skrip drama ini yang Islamik. Penerbitnya juga berorientasikan


TEKS/PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD RAHMAN FOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: FIFI OMAR TEL: 019-6101373 TUDUNG & PAKAIAN: ZAITON ALIAS COLLECTION (ID PEREMPUAN) TEL: 013-3619588/012-3841741/012-3848723 & DF COLLECTIONS TEL:017-3418909 MODEL: NOOR AMALINA BAHAROM, WIDIA IRANI MUHD NASIR, WIDAT MOHD ALI DAN SITI NUR AFIQAH ABDULLAH

Aspirasi Warna

Jubah moden dari fabrik sifon ini mampu menampilkan imej anggun dan sopan terutama kala hadir ke majlis perkahwinan ataupun majlis agama. Pilihlah sama ada mahu tampil dalam jubah bermotif flora mahupun jubah pink berjalur biru dan kelabu. Dipakai bersama Tudung lycra, lebih manis diganding bersama selendang sifon dari corak yang sama.

40 ::

anis :: A P R I L

2010

Warna memainkan peranan cukup penting dalam pembentukan imej diri. Busana Muslimah tidak terhad kepada warna hitam dan putih sahaja tetapi ia boleh ditampilkan dalam pelbagai warna menarik asalkan tidak terlalu keterlaluan. Zaiton Alias Collection dan DF mengetengahkan koleksi terbarunya dengan warna-warna yang lebih ceria tetapi sopan dalam memperaga gaya seorang Muslimah kontemporari.


HIAS LAMAN

Elemen Bagi Sebuah Landskap

OLEH: A. BAKRI MD

Pelengkap penyeri taman untuk kelihatan lebih semula jadi.

K

ali ini dipaparkan pula elemen-elemen yang perlu ada pada sesebuah taman atau landskap yang ingin dibangunkan itu. Cantiknya sebuah taman atau landskap itu adalah kerana terdapat keseimbangan dalam gabungan elemen-elemen landskap lembut, keras, air dan juga kehidupan di dalamnya. Elemen landskap lembut atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ‘softscape’ merujuk kepada kepelbagaian tumbuh-tumbuhan hidup yang digunakan bagi menghiasi sesebuah taman itu. Manakala elemen landskap keras atau juga dipanggil elemen landskap kejur dan dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ‘hardscape’ merupakan elemen yang tidak hidup. Ia sama ada dibina oleh manusia atau hadir secara

94 ::

anis :: A P R I L

2010

semula jadi. Contohnya, pergola, gazebo, perabot taman, pemijak kaki dan batu semula jadi. Sementara elemen air pula biasanya hadir dalam bentuk air pancutan, air terjun, air mengalir atau pancuran dan kolam ikan yang boleh menambah lagi nilai estetika kepada sebuah taman itu. Selain dari itu, kehadiran kehidupan dalam taman seperti serangga, unggas dan binatang sebagai penghuni dan pengguna yang mendapat manfaat dari sesebuah taman atau landskap itu. Elemen-elemen ini haruslah menyokong atau melengkapi di antara satu dengan yang lain. Contoh, peranan elemen landskap lembut adalah untuk melembutkan elemen landskap keras. Umpamanya kekerasan batu semula jadi dapat

dilembutkan dengan penanaman lumut di atasnya. Manakala pergola dan gazebo boleh dilembutkan kehadirannya dengan penanaman pokok jenis pemanjat yang boleh memanjat di atasnya dan seterusnya melembutkannya dengan dedaun atau bunga-bungaan yang cantik ditambah pula ranting-ranting yang berjurai ke bawah, cantik sekali penampilannya. Apatah lagi jika pokok yang menjalar itu dari jenis berbunga cantik, berbau wangi seperti pokok bunga kerak nasi yang akan menarik kehidupan lain seperti lebah dan rama-rama untuk datang menghisap madunya. Manakala air pancutan, air terjun, air mengalir atau pancuran boleh juga ditambah sebagai pelengkap bagi menyerikan lagi taman berkenaan untuk kelihatan lebih


SIHAT ANGGUN OLEH: DATIN SHARIFAH ANISAH TAN SRI PROF. SYED AGIL BARAKBAH

Penjagaan Ibu Hamil Secara Tradisional

Melayu

Bhg. 1

Pesan Orang Tua Jangan Dilupa!

M

anggota tubuh lain untuk dijadikan engikut kefahaman janin. Melayu lama, apabila Kebanyakan ibu hamil dalam seseorang ibu itu hamil, tempoh ini akan melalui pelbagai ia akan melalui fasa gelombang rasa, seperti berselera pertukaran hormon wanita atau terhadap makanan yang masam, dipanggil ‘Deriarasa Perempuan’. pedas, masin, manis atau tersangat Mereka akan berasa berlainan berselera dengan makanan ataupun dari segi citarasa, selera dan langsung tidak mempunyai selera. citarasa tubuh badannya. Citarasa Kadangkala ibu itu juga akan turut yang berlainan ini akan berlaku mengalami rasa loya, pening kepada seseorang itu mengikut sehingga muntah-muntah. amalan hidup harian dan juga Menurut kefahaman Melayu lama, pemakanannya. keadaan ‘mabuk’ ibu hamil itu Perubahan ketara seperti sebenarnya menunjukkan itu akan berlaku padaa tahap kesihatannya. awal kehamilan, di Contoh, sekiranya antara tempoh satu rasa loya dan sehingga tiga mudah muntah, bulan. Dalam Air rebusan ramuan ia menunjukkan tempoh itu, daun sirih, garam bahawa zigot iaitu sel kasar, jintan hitam berkemungkinan hasil cantuman dan daun inai dapat semasa sebelum sperma dan ovum mengatasi masalah di hamil ibu itu ada atau dalam bahasa bahagian sulit. berpenyakit gastrik, Melayu dikenali mempunyai masalah sebagai ‘senyawa’ lemah pencernaan, sembelit, sedang diperamkan di penyakit angin atau banyak dalam rahim atau ‘penyawa’. Di mana angin. Ibu yang hamil seperti ini ketika ini darah ibu akan disalurkan untuk membesarkan senyawa itu akan melalui ‘krisis pembersihan’ sistem badan selama dalam awal menjadi ‘janin’. Semasa ini juga kehamilan bagi mengeluarkan senyawa sedang dalam proses bahan-bahan bertoksik dan kotoran pembentukan kejadian otak dan sifat 96 ::

anis :: A P R I L

2010

yang tersimpan lama dalam badan. Sekiranya tidak dikeluarkan, ia boleh mengganggu perkembangan saraf otak dan sifat pembentukan janin.

Sensitif Ibu hamil teramat sensitif dengan citarasa seleranya dan mudah bau di sekelilingnya. Deria bau mereka lebih kuat dan ketara daripada sebelum hamil. Adakala apabila disebut sahaja makan atau dijemput untuk makan atau terhidu makanan yang memualkan seleranya ia boleh membuatkan ibu hamil itu secara automatik terasa hendak muntah atau terus muntah. Lazimnya makanan yang menimbulkan rasa mual itu adalah ikan, daging dan makanan laut. Ibu hamil seperti ini sedang melalui keadaan ‘Krisis Pembersihan’. Bagi mengatasi masalah ini, pada kebiasaannya mereka akan memilih makanan yang tidak berbau hanyir seperti sayuran, ulam-ulaman


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.