Asuh Mac 2010

Page 1

jom JADI BAIK

152

MAC 2010

PESTA BUKU

DISERANG!! Bil. 3 Tahun 14 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Mac 2010 • Rabiulawal - Rabiulakhir 1431H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA

Wina Distributors Reg. No. 53122820K 505 West Coast Drive #01-210 Singapore 120505

PENERBITAN MAJALAH PENERBITAN MAJALAH BERKALA TERBAIK 2009 BERKALA TERBAIK 2009

MISI

Memartabat Sekolah di Malaysia

Manfaatkan

Kulit Bangkai Zikir Harian

Rasulullah Wow, Lajunya!

ta

RABBANI – du UH

RAKAN AS

Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

www.galeriilmu.com.my


Doa & Zikir

Doa Masuk Tandas

"Dengan nama Allah, ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan syaitan-syaitan."

Doa Keluar Tandas

"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku."


BU DAYA KA N BIL. 3 TAHUN 14 • MAC 2010 RABIULAWAL-RABIULAKHIR 1431 H

MAJALAH ASUH Pengarah Urusan Haji Abu Hassan Morad Pentadbiran & Kewangan Abd Halim Che Pa Kreatif Haji Badrul Hisham Shaari Pemasaran Mohd Yusri Mohd Yusof Operasi & Komunikasi Korporat Aliyah Sijari, A.M.N REDAKSI Editor Marzhatul Syima Md Saad Sidang Editor Norhashimah Abd Rahman, Rosmawati Saidin, Shamsiah Puad Penulis Tamu Dr. Nik Yusri Musa, Zuraimi Ismail, Shahrin Ahmad STUDIO / ARTIS Rekabentuk & Grafik Hj Badrul Hisham Shaari Aturhuruf & Rekaletak Mohd Hanafiah Taib, Fauzi Abd Hamid, Che Su Husin Ilustrasi / Warna Badrul, Mokhtar Lufti, Amran, Bakafro, Alif Jurufoto Anis Suhaili Rosenan PROMOSI & IKLAN Nur Suriati Mohd Soffee, Ismail Kassim LANGGANAN Elyas Yusuf PENGEDARAN Mohd Nor Rafuzi, Zulkarnain Suhaimi, Hafizi Yusof, Muhd Asshaari Ramli, Rosli Abd Razak Diterbitkan oleh: GALERI ILMU SDN. BHD. (417643-K) Urusan surat menyurat & langganan: GALERI ILMU SDN. BHD. 44, Jln. Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota D‘sara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-614 21 614 / Faks: 03-614 21 612 Web: www.galeriilmu.com.my Dicetak oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD. (19965-V) Lot 2, Jln. Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. © Hakcipta terpelihara. Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan kembali sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik tanpa kebenaran bertulis daripada GALERI ILMU SDN. BHD. AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Wina Distributors Reg. No. 53122820K, 505 West Coast Drive, #01-210 Singapore 120505. Tel: 02-6778 4347, 02-9180 7794, 02-67784307 Email: enquiry_wina@hotmail.com.

TA BI AT ME MB AC A Assalamualaikum dan apa khabar adik-adik? dalam keKak Mar harap semua pembaca Asuh yang disayangi berada adaan sihat sejahtera hendaknya. letakkan Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan. Malah, Islam telah me uhannya keselur alam dan a manusi diri ilmu sebagai asas dalam pembangunan a pertam Wahyu minda. kerana ia merupakan asas pemikiran dan pembuka (wahai ah yang diterima olah Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bacal makhluk), Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian Tuhanmu dan h Bacala beku, darah Dia menciptakan manusia dari sebuku , Dia tulisan dan pena Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-'Alaq: 1-5) ahuan Jelas di sini bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu penget setiap diri n ngunka memba bagi adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan ilmu sama insan. Justeru, adik-adik kita perlu mencari dan mendapatkan ada secara formal atau pun tidak formal. at Membaca merupakan satu proses untuk memperoleh ilmu dan maklum bahan bahani melalu ada sama dengan menggunakan deria dan minda gihan bercetak atau media elektronik seperti internet. Dengan kecang . sahaja jari teknologi, segala maklumat yang kita perlukan berada di hujung ung. Tetapi, Kita tidak hanya boleh berdiam diri ibarat katak di bawah tempur tersilap tidak agar ilmu menilai dan ri adik-adik perlu beringat dalam menca yang masa ran Pereda menimba ilmu tersebut. Tepuk dada tanyalah iman. ahuan penget begitu pantas ini, memerlukan kita senantiasa mencari ilmu akat. agar dapat membentuk satu budaya membaca di kalangan masyar tokoh tokohrkan melahi telah Islam Jika dilihat sejarah kegemilangan dan Malik Imam cendekiawan terulung antaranya Imam Syafie, Imam al-Ghazali. Justeru, suatu usaha wajar digerakkan untuk memastikan budaya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia dapat diwujudkan. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC mulai 19-28 Mac ini, apa kata kita samasama luangkan masa untuk mendapatkan buku bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan juga mencambah minda agar kita tidak ketinggalan. Jumpa anda di sana!

Editor...

KANDUNGAN Pekerti Mulia Tiru Nabi Komik Syaitan Faham Fikah Nenek Bercerita Klik!Sekolahku Mahmudah vs Mazmumah

2 4 6 11 12 14 16

Ilmuan Islam Tanya Ustaz Uji Minda Sudut Kraf Lukis & Warna, Dialog Peraduan Sudoku Asah Bakat Komen@Cadangan

17 18 20 23 24 25 26 30

Ulasan Buku Bijak Belajar Nak Tahu? Sana Sini Lughatul Arabiah Cerita Haiwan Cerpen Kelab Rakan Asuh Keputusan Peraduan

31 32 34 35 38 40 42 44 48


PADA SUATU PETANG YANG HENING. ANGIN BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA TAMIL…

Godaan Syaitan Dalam episod:

Oleh: Pak Cik Bad

PESTA BUKU

DISERANG! YO, APAHAL BUDAK SEKOR NI? TETIBA SAJA BERLATIH KUNG FU. NAK BERKUNG FU DENGAN SIAPA PULA NI?

MEH AKU UJI SIKIT KEHEBATAN SI KURUS NI…

H IA

! H G RR

?

R

ZZ! U B D

DBUEK! AYOYO!

6

BIL. 152 • MAC 2010

OHO, AGAKNYA DIA NAK BERGADUH DENGAN AKU LER TU… HI HI.. BADAN KURUS KERING ADA HATI NAK PUKUL AKU!

ADOI MAK TIRI, SAKITNYA PARUPARU AKU. JURUS APA YANG ENGKAU PAKAI NI!!! ADOI.. DOI.. DOI…


KALAU KAU NAK TAHU INILAH JURUS PESTA ATAU PBAKL 2010.

LAA, ENGKAU RUPA-RUPANYA. AKU INGAT SIAPA TADI. YANG ENGKAU SERANG HENDAP AKU NI APAHAL? KAN SUDAH PATAH TANDUK ENGKAU. ADUH, JURUS APA YANG ENGKAU PAKAI NI? HEBAT BETUL PENANGANNYA.

PESTA NI PELIK SIKIT TAU. TAK ADA JOGETJOGET DAN MENARI. TAK ADA MENYANYI MELALAK. TAK ADA PERGAULAN BEBAS. TAK ADA MAKSIAT. YANG DATANG TU SEMUA BUDAK-BUDAK BAIK. RATUS-RATUS RIBU PULA TUU…

MAK OII? SAINTIFIKNYA NAMA JURUS ENGKAU. PATUTLAH HEBAT. TAK PERNAH AKU DENGAR PESTA ADA NAMA PELIK-PELIK MACAM ITU!!

HUH, KAU TOLONG AJARKAN JURUS PBAKL 2010 NI. KITA MESTI SEKAT BUDAK-BUDAK DATANG KE PESTA NI!!

PBAKL 2010 TU MAKSUDNYA IALAH PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010. ADIKADIK MESTI DATANG TAU. TAK DATANG MESTI RUGI.

KALAU ADIK-ADIK NAK TAHU BETAPA HEBATNYA KUASA BUKU, DATANGLAH KE PBAKL. AJAK IBU DAN AYAH DATANG SEKALI TAU. BAANYAAK BUKU-BUKU DI SANA. DISKAUN HEBAT-HEBAT TAU!!

BIL. 152 • MAC 2010

7


K! SEKOLAHKU KLI

SKBD

Terus Lakar Kecemerlangan Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Se suai benarlah pepatah ini untuk menggambarkan komitmen jitu yang senantiasa diberikan oleh ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD) Kuala Lumpur. Kerjasama yang sentiasa dihulurkan oleh ibu bapa adalah demi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dalam suasana persekitaran yang bersih, nyaman dan kondusif. Hal ini demi memastikan setiap para pelajarnya baik dari segi akademik, kokurikulum mahupun jati diri sentiasa cemerlang. SKBD merupakan salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada hujung bulan Januari lalu. Pengiktirafan yang diterima SKBD ini bertepatan dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Antaranya ialah pencapaian akademik yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta wujudnya permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada ke berkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Justeru, atas kecemerlangan yang berterusan dari 14

BIL. 152 • MAC 2010

Puan Zarina sewaktu menerima penghargaan SBT daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

segala aspek pendidikan dan juga kokurikulum ini telah menyebabkan SKBD diiktiraf sebagai SBT. Menurut Puan Zarina bt. Jamil, Guru Besar SKBD, pengiktirafan ini merupakan satu suntikan semangat dan motivasi kepada saya dan juga seluruh warga sekolah untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan prestasi sekolah terus cemerlang. “Kita juga akan sen tiasa memastikan kerja berpasukan berterusan agar dapat mengekalkan rekod pencapaian cemerlang yang

diperolehi. Malah, program yang biasa dilakukan akan diteruskan dengan melipat gandakan lagi usaha yang dibuat demi memastikan prestasi terus meningkat,” terang Puan Zarina dengan penuh yakin dan semangat. Katanya lagi: “Dengan status SBT yang diterima ini, sudah pasti lebih banyak mata yang akan terfokus pada SKBD. Jadi, kami bertekad untuk terus merangkul semangat juang yang unggul dalam segala perkara yang dilakukan sehingga SKBD benar-benar luar biasa dan menjadi sekolah teladan di Malaysia.” Menurut Encik Rosedi bin Hamid, GPK Tadbir dan Kokurikulum SKBD pula, “Kerjasama dan penglibatan daripada ibu bapa merupakan satu budaya yang sudah terbentuk. Malah, portal sekolah dijadikan sebagai laman sesawang ber maklumat yang penting untuk menyebarkan maklumat mengenai perkembangan sekolah. Dengan hanya klik

Antara hadiah kemenangan yang diterima.


di portal www.skbd. edu.my ibu bapa dan para pelajar khususnya sentiasa didedahkan dengan informasi sekolah agar maklumat yang tepat dapat diterima.” Katanya lagi, Encik Rosedi Hamid. “Hubungan baik ini berterusan bukan sahaja melalui portal sekolah, malah perjumpaan semasa yang dilakukan oleh guru-guru dengan ibu bapa setiap bulan untuk memberitahu mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah.” “Dengan mengamalkan konsep Satu Sekolah, peranan guru, ibu bapa dan para pelajar dalam satu unit telah digerakkan secara berpasukan demi memastikan segala visi dan misi sekolah tercapai,” kata Encik Mohamad Hilmi bin Hashim seorang bapa yang anaknya turut belajar di SKBD. Katanya lagi, “Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peranan yang proaktif sentiasa di berikan kepada pihak sekolah berlandaskan kehendak KPM agar segala perancangan untuk memastikan SKBD terus melakar ke jayaan yang cemerlang bukan sahaja dalam negara malah di persada antaraEncik Mohamad Hilmi bangsa.” Hashim.

Sudut bacaan yang menarik dapat membentuk budaya membaca.

Info SKBD Guru Besar: Puan Zarina Jamil Jumlah Guru: 68 orang Jumlah Pelajar: 1076 orang Staf Sokongan: 6 orang Visi Sekolah: Mengekalkan Prestasi Cemerlang Dalam Kurikulum Dan Kokurikulum Berteraskan Teknologi Maklumat Komunikasi. Misi Sekolah: Melahirkan Insan Bestari Yang Berilmu Dan Bermoral Ke arah Keperibadian Mulia Dengan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang. Matlamat: Menghasilkan Insan Berperibadian Mulia, Berketerampilan Dan Berwawasan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah: Melahirkan Insan Yang Bertanggungjawab Terhadap Keluarga, Agama, Bangsa dan Negara. Alamat: Sek. Keb. Bukit D’sara, Jalan Beringin, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-20948350 Faks: 03-20962092 Laman Web: www.skbd.edu.my Email: skbdkl@ymail.com

Kejayaan ANUGERAH PENCAPAIAN UPSR 2009

• Tempat Pertama Pencapaian Peratus UPSR Mengikut Gred Purata Keseluruhan Peringkat Wilayah Persekutuan. • Tempat Pertama Pencapaian UPSR Terbaik Sekolah Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan.

ANUGERAH PENCAPAIAN UPSR 2007 & 2008

• Tempat Pertama Pencapaian Peratus UPSR Paling Tinggi Peringkat Wilayah Persekutuan (2007, 2008) • Tempat Pertama Pencapaian Peratus UPSR Mengikut Gred Purata Keseluruhan Peringkat Wilayah Persekutuan (2007, 2008) • Tempat Pertama Pencapaian UPSR Terbaik Sekolah Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan (2007, 2008) • Anugerah Khas Pengarah Pelajaran WPKL (2008)

BIL. 152 • MAC 2010

15


H

berkongsi dengan i Buku Kita ingin Adik-adik. kali in untuk dibaca empat buah buku semua pembaca membaca... Mac ini. Selamat sepanjang bulan

U

MINGG

1

Si Si kecil kecil di di dalam dalam kantung kantung

Joey leka melihat bungabungaan dan seranggaserangga kecil yang berterbangan. Dia tidak sedar yang dia sudah berada jauh dari kumpulannya. Tiba-tiba, suasana hening pagi diganggu oleh bunyi tembakan. Joey terkejut. Tanpa berlengah lagi, Joey meluru ke arah ibunya. Suasana begitu kelam-kabut. Semua kanggaru melompat dalam keadaan bertempiaran. Joey mencari-cari ibunya. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Joey telah dilanggar oleh seekor kanggaru betina. Joey terpelanting. Joey terseringai kesakitan. Bagaimanakah nasib Joey? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.

U

MINGG

3

U

MINGG

jerat jerat tak tak mengena mengena

Siri Godaan Syaitan ini merupakan himpunan ceritacerita terbaik dari siri komik paling popular dalam majalah Asuh. Ringan tetapi padat dengan mesej. Amatlah bersesuaian untuk kanak-kanak. Buku cetusan idea dan karya oleh Pak Cik Bad ini mampu memberi panduan dan pengajaran kepada kanak-kanak dalam menjalani kehidupan seharian. Banyak cabaran, dugaan dan godaan yang perlu ditempuhi daripada musuh nombor satu manusia iaitu syaitan. Oleh itu, para pembaca boleh menjadikan buku ini sebagai salah satu lagi koleksi untuk dibaca kerana terdapat lapan buah tajuk di dalam buku ini yang mempunyai pelbagai cerita yang sangat menarik.

2

Muhammad muhammad hafiz hafiz muda muda

Muhammad bin Ahmad Zahid mempunyai bakat yang istimewa. Sebenarnya, setiap orang mempunyai bakat dalam bidangbidang tertentu. Cuma, ada orang yang berusaha mengembangkan bakatnya dan ada yang tidak. Muhammad telah berusaha mengembangkan bakat yang dimilikinya. Syukur, ibu dan ayahnya turut memberikan sokongan kepadanya. Dengan berkat usaha dan sokongan ibu bapanya itu, Muhammad dapat menonjolkan bakatnya lagi. Layaklah dia dipanggil ‘juara’. Jadi, adik-adik dapatkan buku ini untuk mengetahui kisah hidup perjalanan seorang hafiz muda agar kita samasama dapat menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan kita.

U

MINGG

4

mencari mencari amira amira

Malang menimpa Aina Amira. Dia diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah. Kehilangan Penolong Ketua Pengawas yang disukai ini sangat merisaukan sahabatnya, Nadia. Nadia menyalahkan dirinya atas kehilangan Aina Amira. Kenapa? Nadia mahu mencari Aina Amira. Dia mengajak Izuardi yang pernah terhutang budi dengan Aina Amira. Malangnya Wak Milan, bapa Izuardi, menegahnya. Tanpa diduga, Wak Milan keluar mencari Aina Amira bersama Izuardi dan seorang lelaki lurus bendul bernama Awi. Wak Milan tidak mengajak Nadia. Nadia sakit hati. Nadia syak, tentu Wak Milan tamakkan ganjaran wang RM1 juta yang ditawarkan kepada mereka yang berjaya menemui Aina Amira. Berjayakah Wak Milan, Izuardi dan Awi mengesan Aina Amira? Apa petunjuk yang mereka dapat? Adakah Allah akan bantu mereka? Jangan lupa untuk membaca kisah ini seterusnya dalam Mencari Amira.... kerana dikau sahabatku! BIL. 152 • MAC 2010

31


Kurma Mampu Cerdaskan Otak?

Betul! Selain cerdaskan otak, amalan memakan kurma mampu mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ia mengandungi zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Kanak-kanak digalakkan memakan kurma kerana ia bagus untuk proses pembesaran dan mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh. Mmmm... lepas ni adik-adik, jangan lupa minta mak bekalkan kurma untuk dimakan pada waktu rehat di sekolah ya....

Wow, Lajunya!

Meoww... Meoww...

Cheetah adalah dari keluarga kucing. Ia merupakan haiwan terpantas di atas muka bumi. Ia boleh berlari selaju 76 kilometer sejam. Huh, laju tuu! Sebagai perbandingan, manusia macam kita hanya boleh berlari kira-kira 30 kilometer sejam dan kucing pula berlari kira-kira 20 kilometer sejam. Cheetah tidak mengaum macam singa. Ia mengiau macam kucing. Meoww...

Âť Âť

Âť 34

Tanpa bantuan air liur, kita tidak dapat merasai rasa makanan. Otot yang bekerja paling pantas pada tubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuat kita berkedip. Kita mampu berkedip lima kali sesaat. Subhanallah!! 13 peratus manusia di dunia dilahirkan kidal. BIL. 152 • MAC 2010

Percaya Tak?

Kenapa? Tak percaya ke?

Fakta Benar: Dosa Besar Ada dua dosa besar yang Allah segerakan balasannya di dunia lagi (di akhirat pun kena juga) iaitu BERZINA dan DERHAKA PADA IBU BAPA. Jadi adik-adik semua, kita hendaklah sentiasa berbuat baik pada ibu bapa dan jangan sesekali derhaka pada mereka.

Aduh, Perlahannya... Kalau nak tahu rupa binatang yang bergerak paling perlahan dalam dunia, inilah dia.

Nama dia Sloth. Dia tidak boleh berlari, berjalan dan berdiri. Sloth mungkin mengambil masa hampir tiga minggu untuk bergerak sejauh satu kilometer. Mereka menghabiskan masa hanya dengan bergantung pada pokok (seperti dalam gambar). Mereka makan, tidur malah melahirkan anak pun secara bergantung juga! Tapi tak kisah la, Sloth bukan ada kerja sekolah yang nak disiapkan....


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.