2 minute read
Panduan PTPK
Terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum anda memohon pinjaman PTPK. Nashrah Ghazali akan membantu anda dalam mengenalpasti setiap perkara tersebut sebelum anda membuat permohonan.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau lebih dikenali sebagai PTPK kian menjadi pilihan lepasan SPM untuk memohon pinjaman bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, khususnya pelajar yang ingin menceburi bidang teknikal dengan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Artikel ini akan membincangkan perkara-perkara penting yang perlu diketahui tentang PTPK.
Syarat-syarat Pemohon
Syarat-syarat pemohon ialah perkara utama yang melayakkan anda untuk memohon pinjaman ini. Oleh sebab itu, anda haruslah teliti dalam memahami syaratsyarat berikut.
Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Berumur antara 15 hingga 45 tahun Mengikuti program SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program yang diluluskan oleh PTPK Menjalani pengajian sepenuh masa mengikuti tempoh yang telah ditetapkan di Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK sahaja Berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan Tidak mendapat bantuan dari mana-mana institusi lain Berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Mengemukakan seorang penjamin
Prosedur Permohonan
Setelah semua syarat dipenuhi, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah ini untuk membuat permohonan PTPK:
Syarat-syarat Penjamin
Penjamin merupakan salah satu kriteria yang diperlukan dalam syarat-syarat pemohon. Justeru itu, adalah penting bagi pemohon untuk mengetahui ciri-ciri yang diperlukan dalam memilih penjamin mereka. Ibu, bapa, penjaga, adik-beradik, saudara-mara atau rakan-rakan yang memenuhi syarat-syarat berikut dibenarkan menjadi penjamin.
Penjamin mestilah:
Warganegara Malaysia Berumur antara 21 hingga 50 tahun Tidak mempunyai rekod senarai hitam atau jenayah atau muflis Menjamin sebanyak dua orang pemohon sahaja Berpendapatan bersih sekurang-kurangnya RM800 sebulan
Kaedah Bayaran dan Kadar Pinjaman
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu memahami kaedah dan kadar bayaran terlebih dahulu. Sebagai permulaan, pemohon perlu membuka akaun Bank CIMB Conventional (Saving). Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secara auto pay manakala bayaran yuran kepada institusi pengajian akan ditolak dari akaun tersebut secara direct debit. Kadar pinjaman bergantung kepada program dan tahap latihan iaitu di antara RM5,000 hingga RM24,000. Ini termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan sepanjang tempoh pengajian dan bayaran insurans perlindungan.
Penjamin mestilah:
1. Lengkapkan Borang Permohon Secara Atas talian yang boleh dilayari di laman web rasmi PTPK (http://www.ptpk.gov.my/v4) 2. Pemohon perlu menyediakan salinan dokumen berikut bersama-sama borang permohonan: Borang Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran yang telah ditandatangani oleh pemohon dan pengurus penyedia latihan Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon yang disahkan Satu (1) salinan Sijil Kelahiran pemohon Satu (1) salinan Sijil Berhenti Sekolah yang tertinggi bagi pemohon antara 15 ke 17 tahun Surat tawaran kemasukan yang disahkan Satu (1) salinan slip akaun CIMB Conventional yang disahkan Satu (1) salinan kad pengenalan penjamin yang disahkan Bil utiliti sebulan sebelum pendaftaran untuk pengesahan alamat tetap pemohon Satu (1) salinan slip gaji penjamin sebulan sebelum pendaftaran atau borang akuan pendapatan penjamin pertama sekiranya tiada slip gaji yang disahkan.
Bayaran Balik
Setelah enam bulan tamat pengajian, anda dikehendaki untuk membayar balik pinjaman tersebut. Tempoh bayaran balik adalah di antara satu (1) hingga sepuluh (10) tahun. Pinjaman perlu dibayar balik secara ansuran bulanan dengan kadar di antara RM84.69 hingga RM193.12 berdasarkan kadar pinjaman yang diterima. Peminjam juga akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun.