CAMPUS COMPASS All About University and Scholarships
PANDUAN PTPK
Terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum anda memohon pinjaman PTPK. Nashrah Ghazali akan membantu anda dalam mengenalpasti setiap perkara tersebut sebelum anda membuat permohonan.
P
erbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau lebih dikenali sebagai PTPK kian menjadi pilihan lepasan SPM untuk memohon pinjaman bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, khususnya pelajar yang ingin menceburi bidang teknikal dengan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Artikel ini akan membincangkan perkara-perkara penting yang perlu diketahui tentang PTPK.
Syarat-syarat Pemohon Syarat-syarat pemohon ialah perkara utama yang melayakkan anda untuk memohon pinjaman ini. Oleh sebab itu, anda haruslah teliti dalam memahami syaratsyarat berikut.
Pemohon mestilah: Warganegara Malaysia Berumur antara 15 hingga 45 tahun Mengikuti program SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program yang diluluskan oleh PTPK Menjalani pengajian sepenuh masa mengikuti tempoh yang telah ditetapkan di Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK sahaja Berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan Tidak mendapat bantuan dari mana-mana institusi lain Berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Mengemukakan seorang penjamin
26
coursesmalaysia 2020/21