JAWATAN KOSONG DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Page 1

JAWATAN KOSONG DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara Tarikh Tutup : 23 Oktober 2012 Maklumat Jawatan :

Logo Dewan Bandaraya Kuching Utara – Jawatan Kosong Sarawak

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan berikut: Bil. Iklan: DBKU/4/2012 (a) Jawatan: TUKANG K2 (b) Taraf Jawatan: Tetap (c) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara

1/4


(d) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan (e) Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/TidakMahir (f) Bahagian Yang Memerlukan: Bahagian Perhubungan Dan Pembangunan Komuniti (CRD)

2. Jadual Gaji Tukang Gred R11:RM1008.57 – P1 RM1071.33 – P2 RM1135.93 – P3

3. Skop Tugas: Menerima dan merekod tempahan berkaitan dengan kerusi plastik, kerusi dan meja banquet.

Menerima dan merekod tempahan berkaitan dengan sistem siaraya dan Audio-Visual.

Menyediakan peralatan sistem pengumuman semasa DBKU.

Membuat tugas-tugas lain atas arahan Ketua Bahagian dan Ketua Unit dari semasa ke semasa.

4. Syarat Lantikan: 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh

2/4


tutup iklan jawatan; (c) (i) Tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau (ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d)(i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijl Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; dan (e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K3 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Gred R11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(d) di atas; dan (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Penetapan Gaji Permulaan 3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan

3/4


berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan. Cara Memohon Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, sila hantar permohonan dengan menulis surat yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:Bahagian Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Dewan Bandaraya Kuching Utara Tingkat 3, Bangunan DBKU Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya, 93050 Kuching Permohonan daripada kakitangan kerajaan hendaklah,mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut: (a) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir Salinan Kenyataan Perkhidmatan Tarikh Tutup Permohonan: 23 Oktober 2012

Sumber Asal http://jawatankosongkerajaan-terkini.com

4/4 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.