KOREK KORAK EDISI KECIL
TURSINA Mount Sinai - (arabic: /tūr Sīnā/) [Egyptian Arabic: Jabal Mūsā or Gabal Mūsā; literally “Moses’ Mountain” or “Mount Moses”; Hebrew: translit. Har Sinai], also known as Mount Horeb, is a mountain in the Sinai Peninsula of Egypt that is a possible location of the biblical Mount Sinai. The latter is mentioned many times in the Book of Exodus in the Torah, the Bible and the Quran. According to Jewish, Christian, and Islamic tradition, the biblical Mount Sinai was the place where Moses received the Ten Commandments.
Janganlah berlebihan dalam sesuatu, Cukup sekadar yang diperlu, Kerana pada sikap itu Telah ternyata rugi mu. Jangan membuta meletak kepercayaan, Seperti menyerah belati di tangan, Kerana pada sikap itu Telah ternyata maut mu. Jangan sesekali berkata melulu Bataskan lah kata kata mu sekadar pada ilmu mu Kerana pada kelakuan itu Telah ternyata kecelakaan mu. Jangan pernah menyembah keraguan mu, Kenal pasti yang abadi dan sejati dahulu Kerana pada kelakuan itu Telah ternyata sia sia keringat mu
Asma-Mu. kerap terlintas, saat lirih lepas udara keaslian nafas disetiap hujungnya ranting nyawa. jika nafas masih teratur berjalan diangkasa itu tak akan pernah ternodai perbuatan dalam setiap perbuatan. pasti berakhir mati. Jika jasad masih Mampu bisa mengukuh derap kaki Tak akan terwujud lagi tanggap klise tentang dosa pahala Menyambung di hunus demi hunus akal Tentang-Mu Sering terdetik bisik dari bayu alam sampai ke sukma Saat hancur pecah dan teguh ampuh cuma dipinta Pelangi-Mu aman damaikan rasa dengan rona warna.
Kabus (Ka-ta) Dasar membenam ke kabus kata Lalu, merayakan tinta buat alir Melalui ruang dan para Dunia berkelahi Kemudian, datang tentera mentera Dipalang untuk menghalang yang tidak terhalang Dibisik pula neraca perwiraan Melihat lihat kedalam Dan masih kedalam Jujurnya, bila memadam sedikit sejarah Pembahruan di nyatakan Bila membuka kalimah utama Dikuis cerca kelibat agung La ila hailallah Dibiasakan, diudarakan Gah itu dilangit! Kasihan sekali, kasihan Jadi tinta ini dibiar menitis Bukan lagi mengalir Hilang guna Hilang semua.
. A S A H A B N A L U P SIM . L U P M I S U A K , S I L U T KAU . I T A M I A P M A S L U P M I S . I G A L L U P M I S . A S A H A B ER B U . I A T K A M U T I A S P A LEP SAM I. T A M A S A H A SIMPUL B ERSIMPUL. T A S A H A B MATI SIMPUL SINI. A N A S L U P SIM LAGI, LAGI. SIMPUL LAGI,
DI SUATU PETANG Petang itu seperti petang yang biasa, X di belakang rumahnya dan memanggil Y. “Y! Mai belakang sat!” *Y tiba* Sambil mengarahkan jari ke arah dedaun yang bergeser sesama sendiri, “Y, kau tengok daun daun itu, bergerak kerana angin menghembusnya. Kau lihat pula awan awan ringan tu, pun bergerak kerana angin. Kau rasa angin meraba halus kulit kau kan?” X tahu benar, Y satu satu dari kalangan sahabatnya yang sudi melayan dengar kata-katanya. Tidak seperti yang lain, sudah kenal benar apa sahaja yang keluar dari X itu tidak ubah seperti kata kata orang yang gila. “Ya, mestilah. Apa kau nak sampaikan ni?” X pun menyambung bicaranya, “Tiap sesuatu itu bagaimana sekali pun mesti ada pemula. Seperti awan awan itu, ada proses pembuatannya. Tetapi penjelasan itu dari sudut sains semata mata. Jika kau fikirkan dari sudut logik akal kau, mampu tak?” “Mana mungkin. Bukankah sudah dikatakan akal itu mempunyai batas? Kerana itu lah adanya bantuan sains, dengan kajian dan pemerhatian,” sambil menghembus asap rokok, Y membalas dengan niat mahu menghentikan perbualan mereka. X laju menyampuk, “Batas? Kau pun sama dengan mereka diluar sana ke? Batas itu tiada apa, kau sendiri yang meletakkan batas itu. Ya, ilmu pengetahuan lah batasnya. Kalau pengetahuan kau sedikit, itu sahajalah batasnya. Apa yang kau perlu buat ialah membaca dan belajar, melatih daya fikir kau. Sekarang kau lihat angin itu, bagitahu aku dimana mulanya. Kau lihat asap rokok yang kau hembus itu, warnanya putih. Kian lama ia hilang. Bagitahu aku sewaktu dia hilang, kemana kah ia?”
b
e
r
s
a
m
b
u
n
g
“Satu un tuk kau, Dua unt satu untu uk kau, d k aku. u a untuk ak untuk ka u. Tiga u, semua untuk ak u,” bilang A
ziz.
MATAWANG Walaupun X mempunyai ramai kawan, tetapi bila sampai waktu makan malam X akan makan diluar bersendirian. Ada satu ketika X ditegur. “Weh X, nak pi mana?” soal Y dengan nada sinis. Dia kenal benar X itu bagaimana orangnya, dan perilakunya dalam seharian. Tapi sudah perangai Y suka menyindir dan bergurau sebegitu. “Aku nak pi beribadat sat, mau ikut?” X mengusik. “Tak maw lah, nanti hang punya cukup, baru ajak aku,” Y membalas dengan jawapan yang selalu digunakan oleh assholes diluar. “Cukup? Cukup itu banyak mana? Cukup itu mesti mempunyai nilai, baru boleh digelar cukup. Berapa nilai tiap tiap ibadat ni? Berapa paras cukup dan berapa paras tidak cukup? Ajarkan aku.”
SULTAN
PEMBESAR
ULAMA ISTANA
RAKYAT
MBA
AHA HAMBAHAMB
g n a t a d il c n a k g n “Sa i a m a r i berama li u D p a d mengha lia u M a h a Yang M ” ! n u u u u . a r i F laung Sudin n a t l u S
INGAT X tidaklah seperti orang orang kebiasaan. Walaupun dia suka bercerita tentang perihal diri dan Tuhan, tetapi dia bukan seperti Islam yang keramaian ini. Hingga pada suatu hari X pulang dari kerja dengan berjalan kaki. Dia pun singgah ke masjid kerana ingin berehat. X mengambil wuduk seperti biasa, dan duduk disaf lalu solat mengikut keramaian. Seusai memberi salam, X menggelengkan kepala lalu bangun beralih duduk di dinding belakang. Perilaku X diperhatikan oleh seorang lelaki muda berjubah serban. Selesai orang ramai berzikir dan berdoa, lelaki muda itu pun bangun dan menghampiri X. “Assalamualaikum, nama ana Edan.” X yang sedang mengelamun itu berbisik didalam diri, Ana? Ana? Nak tazkirah aku ke apa ni?
“Abang tahu zikir itu apa? Zikir itu ingat. Solat itu ingat. Dua kali ingat. Kenapa kita kena berzikir? Kononnya sebagai cara untuk mengingati Tuhan kan? Atau untuk sesetengah aliran itu, zikir ialah untuk mencuci jiwa. Okay bang, macam ni. Untuk bezakan ingat dan lupa ni, saya bagi contoh ni. Rumah abang mesti dekat dekat sini kan? Waktu mula mula abang pindah sini, mesti abang cari masjid. Untuk mencari masjid, abang akan ingat dari rumah abang tu kena lalu jalan itu ini, kena pusing kat sini, kena lalu depan kedai itu ini sampailah bertemu dengan masjid. Perbuatan itu ialah mengingati kerana abang lupa. Tetapi apabila abang dah duduk lama sini, untuk ke masjid, abang tak perlu lagi ingat pada jalan itu ini. Maksudnya abang dah lupa. Apabila abang lupa, itu lah sebenar-benar ingat. Sebenar-benar ingat itu tak perlu lagi pada perlakuan mengingati, bahkan perlakuan mengingati itu pun kita dah lupa.”
“Ya, saya X.” “Eh? Kenapa enta tidak menjawab salam ana?” “Ya ya, kenapa ya? Tegur saya ni mesti ada benda nak cakap ni.” “Oh, ana lihat tadi seusai memberi salam enta tidak duduk bersama jemaah berzikir dan berdoa. Apakah enta tidak tahu berapa banyak kelebihan apabila kita berzikir dan berdoa bersama jemaah? Atau enta ini wahabi? Masyauloh, nauzubillahiminzalik!” Ini bukan pertama kali X diganggu dengan gaya begini. Sambil tersenyum X berkata, “Sebab ni lah saya tak jawab salam awak tadi. Awak faham atau tidak apa maksudnya? Awak mendoakan kesejahteraan saya. Jiwa saya baru nak sejahtera, awak dah kacau dengan soalan ni. Lainkali nak ganggu orang, tak payah bagi salam lah.” “Eh, tak bang bukan macam tu. Cuma saya hairan, apa salahnya kita sama sama duduk dalam jemaah dan berzikir.”
Abang yang bernama Edan itu terdiam seketika. X tahu abang Edan tidak faham apa yang dia perkatakan. Tetapi X juga tahu, faham atau tidak, bukan masalah dia. “Okay adik, abang tak berapa faham. Apa yang adik cuba sampaikan ni.” “Maksudnya bang, perbuatan melafazkan zikir itu bukan tanda abang mengingati Tuhan. Itu tandanya abang lupa, sebab itu abang perlukan aksi sebegitu.” Abang Edan terus diam dan X meneruskan bicaranya, “Kenapa Dia suruh kita ingat kat Dia? Sebab kita letak diri kita dan Dia tu jauh. Jauh bukan dari sudut fizikal, tapi dari sudut kesedaran. Perbuatan ingat ini bila benda jauh je bang, kalau dekat nak ingat apa lagi.”
g n a t a D “Generasi bbaru? Y? Datang ? Y ? u r a i s a r e n e m G a “ mana? Aneh...” m u g dari gumam ” . . . h e n A ? a n a m i r a . t u b e s sid makhlukk asing tersebut. r e t g n i s a u l h k a m i s
Selesai memberi salam,lelaki ini pun bangun dan terus ke sudut dinding belakang masjid. Serta merta dia merebahkan badan dan memejamkan matanya. Tidak sempat hendak dia melayang dalam ketiadaan, datang seorang lelaki berpakaian serba putih. “Assalamualaikum bang, maaf ya. Kat dalam surau ni tak boleh tidur.”
MANGKUK MANGKUK
MANGKUK
Matahari perlahan pun beransur, dan langit pun bertukar jingga. Surau kecil ditengah bandar itu pun perlahan-lahan menaikkan suara kaset mengaji mengisyaratkan bahwa bilal sudah bersedia. Walau suara mengajinya merdu, surau ini tidaklah melantangkan suara pembesarnya, sebagai tanda hormat agaknya, atau jimat kuasa eletrik, atau takut pembesar suara pecah - tiada siapa pasti. Lalu terlihatlah, lelaki-lelaki berpelekat keluar meninggalkan rumah mereka. Dalam keramaian itu, ada seorang lelaki asing. Mukanya asing, bajunya asing, jalannya asing. Mukanya tidak biasa dilihat, mungkin baru berpindah atau sekadar singgah. Bajunya jelas asing, yang lainnya berbaju melayu dan arab, dia berbaju t-shirt barat. Jalannya ketara asing, terhincut seakan lenguh kaki berjalan jauh. Sedangkan yang lainnya berlari-lari semangat mahu melakukan penyembahan. Azan pun dilagukan dan ritual penyembahan dilangsungkan.
Lelaki tersebut pun bangkit terduduk dan memandang dengan muka mengantuknya, “Kenapa tak boleh? Kejap je ni, nanti isyak saya bangun.” “Tak boleh bang, memang tak boleh.” “Baik bang, kalau betul tak boleh. Mesti ada dalil kan? Takkan suka-suka nak larang. Saya nak dalil larangan tidur dalam masjid ni. Abang orang masjid ni nampak macam orang mengaji, apa kata abang bacakan dalil. Kalau abang tahu lah.” Lelaki serba putih itu diam dan berfikir sejenak, lalu berkata, “Saya fikir ada, tetapi saya lupa. Baiklah, abang tunggu kejap ya,” balas lelaki itu lalu meninggalkannya. Sejurus lelaki itu pergi, lelaki asing ini pun kembali merebahkan badannya lalu terlelap. Dan beberapa minit berlalu, azan isyak pun berkumandang. Lelaki asing ini terjaga dan terus keluar mengambil wudhuk. Dan ketika lelaki asing ini selesai, lalu terlihatlah kelibat lelaki berpakaian serba putih itu menghampirinya serta merta berkata, “Okay bang, ni saya dah dapat dalilnya,” sambil menghulurkan secebis kertas yang penuh dengan tulisan jawi. Lelaki asing ini menghiraukan pemberian tersebut dan berkata, “Untuk apa? Dalil ni untuk orang yang tidur dalam surau, saya nak pergi solat bukannya nak pergi tidur.”
KOREKKORAK merupakan online-published zine dan mula menapak dalam arena ini pada penghujung tahun 2014. skul-dug-gery /skal’d’dageri/ [u] (old-fashioned or humorous) (n.) dishonest behaviour or activities korekkorak (adj.) mengorek tengkorak (n.) korek tengkorak sampai habis Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di laman berikut: korekkorak@gmail.com twitter @ korekkorak instagram @ korekkorak