Remembering April / Part 1 of 3

Page 1

Remembering April 2012 / Part 1 of 3 Mengenangi April 2012 / Bahagian 1 daripada 3

3rd – A book found

3hb – Jumpa buku

4th – A bag found

4hb – Jumpa beg

7th – A family found

7hb – Jumpa keluarga

There was a book fair at my university’s library, which I think wasn’t a success because there were no price tags on all the books on display (not that I wanted to buy any of them). But it was nice to find this series of books on global cities used for film shoots. Praise for the art director’s pleasing design that has made this book an enjoyable browse.

Sebuah pameran buku telah berlangsung di universiti saya, tetapi saya fikir ia adalah sebuah kegagalan, gara-gara ketiadaan pelekat harga pada semua buku yang dipamerkan (lagipun bukannya ada judul yang saya berkenan). Tetapi agak melegakan di atas penemuan siri buku tentang bandaraya serata dunia yang telah dijadikan lokasi untuk penggambaran filem. Syabas buat penyunting seni kerana membuat buku ini menarik untuk diselak.

Looking like a swatch palette from a Gerhard Richter painting, I wonder what is the story behind this bag? On the spot I Googled for ‘Schild’, and learnt that it’s a supremely boring multi-brand clothing store in Switzerland. The person who was holding the bag admitted that it was her mother who shopped there.

Sekilas pandang, seperti catan Gerhard Richter. Saya terfikir seketika, apa asal-usul beg ini? Lalu saya terus membuat carian Google dan mendapat tahu bahawa ‘Schild’ merupakan kedai menjual pakaian berjenama di Switzerland yang tidak menarik langsung. Si penjinjing beg mengakui bahawa ibunya pernah membeli-belah di sana.

Boxes of picture books in French, life-like Playmobil sets from Germany; that’s what a fortunate hybrid kid gets living in a multi-level residence in posh Damansara. The head of the house, Mr. Fayet, is returning to Paris with his young family and is selling off some of his furniture. Just another day in a life of an expat.

Kotak-kotak dipenuhi puluhan buku gambar dalam bahasa Perancis, set mainan Playmobil dari Jerman; itulah yang dinikmati oleh anak kacukan bertuah yang mendiami sebuah rumah bertingkat di sekitar Damansara. Ketua rumah En. Fayet akan bertolak ke Paris bersama keluarganya, jadi beliau sedang menjual perabot-perabot untuk mengosongkan rumah. Begitulah kehidupan seorang ‘expat’.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.