Dr. K. Azlan dan Tiga Kanser Sepuluh Bulan (Three Cancers in Ten Months) Seperti disiarkan
Sila layari klip video wawancara bersama Dr.K.Azlan di laman web http://drkazlan.com
Seperti dipaparkan
Dr. K. Azlan dan Tiga Kanser Sepuluh Bulan (Three Cancers in Ten Months)
Dr.K.Azlan authordrkazlan@gmail.com
http://drkazlan.com
Dr. K. Azlan
Pujian serta Penghargaan untuk Dr. Azlan Kamalludin dan Tiga Kanser Sepuluh Bulan (Three Cancers in Ten Months)
Surat tahniah dan penghargaan dari:
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri’ Dr. Chen Chaw Min Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
(Top-10), (Amazon Kindle eBook) Kategori Kanser
“Penulis menunjukkan kepentingan kesabaran pesakit dan kasih sayang ketika waktu sukar. Kita boleh belajar daripada buku ini” — Dr Sabariah J (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Malaysia) Pejuang Kanser, Bekas Pesakit Leukemia Acute Myeloid “Sehampir yang kita boleh merasainya tanpa penderitaan! Amat tak ternilai.” — Amy Gillis MD. Kanada. Doktor, Universiti Dalhousie, Halifax, Nova Scotia, Kanada “Ibu dan ibu saudaraku menghidap kanser. Panduan yang ditulis dalam buku ini bermanfaat untuk ahli keluarga dan organisasi yang menangani isu ini.” — Encik A. Yazid (Paramedik Berdaftar). Penjaga Pesakit Kanser Payudara “Buku ini wajib dibaca oleh waris yang sedang menjaga pesakit kanser.” — Rohit Kumar MD. Doktor Pakar Bius dan Pensyarah, Universiti Toronto, Kanada “Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat banyak panduan kepada pesakit penjaga dan perawat.” — Dato’ Dr. Rushdan Noor. Pakar Perunding Kanser Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. “Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman sebagai penjaga. Suatu perspektif lain” — Zuraini Kamal. Pejuang kanser dan mengasas komuniti “Cancer Survivors (MSIA)” di laman Facebook. “Penulisan yang senang difahami, mesej yang dalam, dan tentunya diberi 5 bintang” — Amnah Salleh. Pesakit kanser.
“Buku ini menceritakan kisah penuh dengan pandangan mendalam mengenai menjadi pengasuh kepada pesakit kanser yang memerlukan dan bagaimana diagnosis kanser dapat mengubah kehidupan bukan hanya pesakit tetapi juga orang-orang di sekelilingnya. Menjadi seorang doktor dan penjaga, pengalamannya dalam menangani gejolak yang diagnosis kanser boleh membawa benarbenar memberi inspirasi. Beliau memberikan refleksi diri dalam perjalanan hidupnya. Buku ini semestinya dibaca.” — Dr Afiza Azmee. “Tiga Kanser Sepuluh Bulan hadiah dari pengarang yang pintar dan penuh belas kasihan untuk sesiapa menghidapi kanser, menjaga pesakit kanser atau yang mempunyai keresahan terhadap penyakit ini. Dr. K. Azlan menceritakan bagaimana dia membantu tiga anggota keluarganya membuat perjalanan mereka melalui kehidupan dengan kanser menggunakan strategi yang memberikan mereka semua keselesaan, keberanian dan kekuatan. Anda akan mendapat banyak manfaat daripada membaca buku unik dan praktikal ini.” — Susan Storring, Kanada “Buku yang ditulis dengan indah oleh seorang doktor. Memoir yang memilukan membawa kita dalam perjalanan yang luar biasa daripada bertarung dengan kanser dan emosi. Amat disyorkan” — Dr Afiza Yezid. Pakar Perubatan Kecemasan, Kedah.
Tiga Kanser Sepuluh Bulan Bila Doktor Menjadi Penjaga
Dr. K. Azlan
Hak Cipta Š 2017 oleh Azlan Kamalludin (Dr K Azlan) Hak cipta terpelihara. Buku ini atau mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan atau digunakan dalam apa jua cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit melainkan penggunaan sebahagian kecil dalam ulasan buku. Walaupun semua langkah telah diambil untuk mengesahkan ketepatan maklumat dalam buku ini, penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab atas sebarang ralat atau ketinggalan maklumat. Penerbit tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk kerugian yang mungkin disebabkan penggunaan maklumat dalam buku ini. Buku ini tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor yang merawat. Pembaca perlu kerap berbincang dengan doktor yang merawat dalam perkara berkaitan kesihatan pesakit. Khususnya yang berkaitan dengan sebarang simptom yang mungkin memerlukan diagnosis dan perhatian perubatan. Maklumat Pesanan: Jualan pukal / diskaun khas diberikan untuk pembelian buku oleh syarikat, pertubuhan dan lain-lain. Sila hubungi: My Alpha Mentor (AS0383387-V) No 52, Tingkat 2, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah Darulaman. Malaysia. myalphamentor@gmail.com Cetakan Pertama, 2017 Edisi kulit lembut: ISBN 978-967-15014-3-6 Edisi kulit keras: ISBN 978-967-15014-4-3 Edisi e-Book: eISBN 978-967-15014-5-0 http://drkazlan.com Terjemahan oleh Norsa’dah Ahmad Editorial oleh Kameelia Kameel & Abdul Rahman Shah
Buku ini didedikasikan untuk keluargaku: Buat ibu yang dikasihi, Aminah. Bidadari yang terus memberikanku motivasi, puteri-puteriku: Balqis, Sara dan Hawa Kepada ayah (Hj. Kamalludin), bapa mentua (Hj. Mohd Yusoff) dan isteri (Asfah), kanser telah mengubah hidup kita ke arah kebaikan.
Kandungan Pengenalan: Kenapa Buku Ini Ditulis
1
Bab 1: Aku Doktor yang Tidak Bersedia
7
Bab 2: Tiga Kanser Sepuluh Bulan
13
Bab 3: Biopsi
41
Bab 4: Kelimpahan Maklumat
61
Bab 5: Melawan Sehabis daya
75
Bab 6: Jurnal Harian ... Lakukan Dengan Betul
95
Bab 7: Kemoterapi
107
Bab 8: Masa untuk Diri dan Insan Tersayang
125
Bab 9: Memahami Penjaga Pesakit
141
Bab 10: Tentang Produk Sampingan
161
Bab 11: Kanser Tahap IV dan Rawatan Paliatif
173
Bab 12: Menyokong Penjaga Pesakit
181
Bab 13: Kehidupan selepas Tiga Jenis Kanser
197
Bab 14: Nasihat Akhir
211
Kenapa Buku Ini Ditulis “Hidup tidak selalunya indah.� —Anonim Aku Azlan Kamalludin. Seorang doktor pakar Perubatan Kecemasan dan Ketua Jabatan Kecemasan di salah sebuah hospital utara semenanjung Malaysia. Dalam tempoh sepuluh bulan, tiga ahli keluarga rapatku menghidapi kanser. Mereka disahkan menghidap tiga jenis kanser yang berbeza, pada tahap berbeza, memerlukan kaedah diagnosis berbeza, pelan rawatan berbeza, malah dengan perkembangan dan prognosis berbeza. Yang pertama bapa mentuaku. Dia seorang yang lembut dan baik hati, tidak pernah sesekali meninggikan suaranya, didiagnosis dengan Multiple Myeloma, sejenis kanser darah - empat minggu selepas persaraannya. Sekitar dua bulan selepasnya, ayahku pula didiagnosis kanser prostat. Diikuti isteriku yang didiagnosis Hodgkin’s Lymphoma sekitar lapan bulan kemudian. Bapa mentua yang ketika itu tinggal bersamaku kembali ke rahmatullah selepas enam bulan. Semasa arwah didiagnosis kami langsung tidak menyedari isteriku juga menghidapi kanser yang sedang merebak di sekeliling jantungnya. Ketika sedang menulis buku ini, mereka yang aku sayangi masih lagi berjuang melawan kanser dan ketidakselesaan pasca menjalani kemoterapi, termasuk sedang menunggu keputusan ujian darah ayah yang 1
DR K AZLAN
akan siap beberapa hari lagi. Keputusan ini akan menunjukkan sama ada kami perlu melakukan ujian imbasan tulang selanjutnya atau tidak. Kedua ujian ini akan menunjukkan perkembangan penyakitnya. Pada masa yang sama, isteriku mengadu tentang kakinya yang sakit dan berdenyut, kesan daripada salah satu jenis kemoterapi dijalaninya beberapa bulan lalu. Lututnya juga akan sakit selepas lama berjalan, di mana ini juga merupakan kesan sampingan kemoterapi yang jarang berlaku. Aku berharap kalian membaca buku ini kerana salah seorang yang dikenali disahkan menghidap kanser. Mungkin kalian sendiri, seorang yang disayangi, jiran mahupun rakan sekerja. Jika boleh, ingin menyatakan, “Aku memahami penderitaan anda ‌â€? atau “Aku tahu apa yang anda lalui ....â€? Namun, hakikatnya tiada sesiapa yang memahami situasi yang kalian sedang atau akan lalui. Aku sudah menyusuri detik-detik getir dan masih lagi mengambil tindakan yang perlu dalam membantu ayah dan isteri. Walaupun begitu, masih mustahil untukku menjelaskan atau membandingkan penderitaan yang dilalui oleh pesakit kanser dan ahli keluarga mereka. Ini kerana keadaan, sistem sokongan di sekeliling, perkembangan kanser, jenis rawatan dan banyak lagi faktor adalah yang unik kepada setiap pesakit kanser dan penjaga mereka. Kita hanya dapat berkongsi dan belajar antara satu sama lain. Dalam kegalauan ini, aku sedar bahawa kebanyakan perkara yang dipelajari dalam fakulti perubatan serta kerjayaku sebagai seorang doktor tidak menyediakan diri sebagai seorang penjaga pesakit. Kebanyakan soalan yang diajukan oleh ahli keluarga tidak dapat kujawab. Aku 2
TIGA KANSER SEPULUH BULAN
sendiri tidak mempunyai jawapan kepada persoalanpersoalan yang berlegar di fikiran sendiri. Kepala diselubungi rasa bersalah, marah, kecewa, risau dan mula menyalahkan diri sendiri. Adakah ini pengakhiran hidup mereka dan kebahagiaanku? Adakah aku akan kehilangan mereka yang disayangi? Sejujurnya, kadangkala hidup terasa tidak adil. Aku seorang doktor, namun masih perlu mempelajari cara untuk berhadapan dengan penyakit yang menyerang ahli keluarga sendiri. Penderitaan ini begitu berat untuk ditanggungi, adakalanya menyebabkan aku hilang harapan dan berputus asa. Langsung tidak membantu apabila orang berkata kepada isteriku, “Syukurlah, suami awak doktor ‌â€? seolah-olah semua masalah akan selesai dengan sendiri. Suatu ketika pernah terfikir untuk berhenti kerja sebagai pengamal perubatan, menjual semua harta yang dimiliki dan hanya fokus pada kebajikan anak-anak di samping bekerja separuh masa. Ini adalah perjalanan yang paling menyebalkan dan sepi bagi mereka yang menghadapi situasi sedemikian. Selepas isteriku tamat menjalani sesi kemoterapi dan sedang dalam fasa pemulihan, aku menulis kenyataan ringkas di Facebook: Wahai Pejuang-pejuang Kanser, Aku seorang Pakar Perubatan Kecemasan di Malaysia. Pada awal Januari 2014, dia yang kesayanganku disahkan menghidap Hodgkin’s Lymphoma IIIB. Khabar yang begitu pahit untuk kami semua. Sejak itu dia telah menjalani biopsi sum-sum tulang, tiga kali imbasan PET, imbasan 3
DR K AZLAN
CT, dimasukan ke wad, 12 sesi kemoterapi, lebih 80 kali melalui proses pengambilan darah, menerima lebih 30 suntikan filgrastim di bawah kulit, berhari-hari tidak dapat tidur, pelbagai kesan sampingan kemoterapi seperti demam, fibrosis paru-paru dan banyak lagi. Dia mengalami kesakitan fizikal yang teruk, begitu juga tekanan psikologi. Aku berbangga dengan keupayaannya menghadapi semua ini. Aku, isteri dan tiga anak perempuan sudah melalui saat yang sukar ini. Kami gembira melihat imbasan PET yang terkini adalah normal ... Dia adalah seorang pejuang kanser. Aku bersyukur kepada Tuhan atas peluang kedua ini. Terima kasih kepada Pakar Hematologi Dr Liew Hong Keng dan kakitangan kesihatan lain yang terlibat. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat atas sokongan berterusan. Terima kasih kepada kumpulan yang HEBAT ini kerana menguatkan semangat kami. Kanser telah mengubah hidup kami. Kami berharap episod ini akan berakhir dan kisah hidup yang baru akan bermula. Kepada semua pesakit kanser, JANGAN PUTUS ASA... Dr. Azlan Kamalludin Tanpa menyangka post ini dikongsi berkali-kali dan menerima banyak komen. Kebanyakan respons 4
TIGA KANSER SEPULUH BULAN
menyatakan mereka terkejut dengan pendedahan yang dibuat. Ramai individu bertanya bagaimana cara kami melaluinya. Sejak itu, akaun media sosialku dihujani pelbagai maklum balas. Aku juga menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan pesanan ringkas. Soalan demi soalan ditanya tentang simptom awal yang dialami isteri. Begitu juga pertanyaan tentang bagaimana kami mengetahui itu adalah kanser, cara kami menguruskan rawatan, cadangan dan kisah yang memberi inspirasi turut dikongsikan. Seorang yang tidak dikenali menghubungiku melalui mesej Facebook ingin berjumpa dan aku memutuskan untuk menemuinya. Kami bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku terkejut apabila mendengar perkara yang ingin dikongsikan. Anak lelakinya mengalami pembesaran nod dan simptom pernafasan yang jarang berlaku. Pada ketika itu, keadaan anaknya masih lagi disiasat. Ketika mendengar perkataan kanser disebut oleh doktor sebagai salah satu kemungkinan diagnosis, dia mengalami serangan panik dan keresahan ketika itu dan bertanya tentang cara untuk menghadapi semuanya. Ada individu yang mencadangkan namaku selepas membaca entri Facebook berkenaan isteriku. Kami berbual selama beberapa jam. Aku berbesar hati kerana dapat membantunya sedikit sebanyak. Selepas pertemuan itu, dia menghantar mesej kepadaku mengucapkan terima kasih atas cadangan aku berikan bagaimana langkah perlu diambil untuk menangani bebanan emosi yang dialaminya. Sesungguhnya apa yang ingin dilakukan di sini adalah berkongsi pengalaman dalam menghadapi kanser, dilalui mereka yang aku sayangi. Kami menghadapi isu 5
DR K AZLAN
dan tanganinya termasuk mengendalikan pelawat dengan kata-kata tidak dialukan serta cara menjadi pendorong yang baik. Begitu juga bagaimana cara memanfaatkan masa yang ada bersama orang disayangi apabila disahkan menghidap penyakit yang seringnya membawa maut. Aku turut menulis satu bab tentang tindakan kami apabila mendengar berita mengenai anak perempuan jiran sebelah rumah yang disahkan menghidap kanser tulang. Kami berkongsi reaksi apabila mendengar berita ini dan memberi bantuan berdasarkan pengalaman yang pernah ditempuh. Beberapa kandungan dalam buku ini akan menyentuh aspek peribadi tidak diketahui sama sekali oleh orang yang rapat denganku. Hal ini supaya kalian dapat memahami bahawa perkara ini boleh dan akan berlaku kepada orang lain dalam keadaan sedemikian. Pengalaman unik ini ingin dikongsi kepada mereka sedang berhadapan dengan situasi sama, menghulurkan empati, membantu memahami kesakitan yang akan dan sedang dialami di samping berharap dapat memberi panduan berguna. Aku akan cuba yang terbaik mengisahkan perjalanan, kaedah dan konsep yang telah membantu kami ketika berhadapan ujian getir ini. Kanser telah mengubah hidup kami. Mengubah hidupku daripada seorang doktor sekaligus seorang penjaga. Aku belajar dan mencari jalan untuk mengatasi ujian dan dugaan ini. Dengan adanya mereka di sisi aku bersyukur dan berjanji akan terus menjaga anugerah ini sebaik mungkin.
6
Bab 1 Aku Doktor yang Tidak Bersedia “Kita mesti bersedia untuk menghadapi situasi buruk, dan yang paling teruk adalah peperangan.� — Bernard Kouchner Aku doktor pertama dalam keluarga. Semenjak bersekolah rendah lagi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Impian inilah menginspirasikan pencapaian kecemerlangan akademikku dari alam persekolahan lagi. Aku ingin membantu orang, perasaan yang sering wujud dalam semangat ini. Sahabat handai dan guruguru memahami apa yang ingin kucapai. Setiap kali tiba hujung penggal persekolahan, kebanyakan rakan yang menandatangani buku tahunan memberi galakan untukku meneruskan cita-cita. Apabila tamat alam persekolahan dengan cemerlang, aku menerima biasiswa kerajaan dan mendapat tempat di fakulti perubatan Universiti Dalhousie, Halifax, Nova Scotia, Kanada. Di Kanada aku melanjutkan pengajian selama enam tahun untuk ijazah perubatan. Pada waktu itu, aku ditugaskan ke pelbagai jabatan serta bekerja dengan individu-individu yang hebat. Keinginan untuk membantu tidak pernah padam. Apabila mengingat kembali, aku menyedari kebetulan yang aneh. Entah mengapa, aku sering kali ditugaskan dalam wad kanser 7
DR K AZLAN
dan mengendalikan kes berkaitan kanser. Sebagai contoh, semasa bertugas di bahagian Perubatan Am, aku berada di wad hematologi merawat dan menjaga pesakit yang menghidapi kanser darah. Semasa tugasan Pediatrik, aku dihantar ke wad Onkologi Pediatrik bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini. Memori berharga ini takkan dapat kulupakan. Masih kuingat satu peristiwa ketika meluangkan masa makan tengah hari bersama seorang pesakit dan ibunya. Aku berpeluang mencukur rambut pesakit itu sebelum rawatan kemoterapi dimulakan untuk kanser paru-paru yang agresif. Aku juga pernah menyaksikan seorang pesakit wanita yang tenat akibat kanser hempedu menghembuskan nafas terakhirnya. Semasa giliranku di bahagian neurosurgeri iaitu bidang pembedahan saraf, dapat kuperhatikan ramai pesakit kanser otak di dewan pembedahan dan klinik. Malahan pernah bertugas di bahagian Perubatan Rawatan Paliatif dengan tunjuk ajar seorang guru yang hebat, Dr. P. Macintyre. Kami membuat lawatan ke rumah, menyesuaikan dos morfin yang diberi kepada pesakit, meningkatkan keupayaan pergerakan pesakit dan banyak lagi. Ketika di Kanada, aku juga membantu menjalankan prosedur di wad hematologi bagi menentukan diagnosis pesakit dengan gejala kanser darah. Aku menjalankan biopsi sum-sum tulang, tusukan lumbar dan prosedur lain. Pendedahan kepada pesakit kanser diteruskan di Malaysia. Semasa tempoh latihan perubatan, aku ditempatkan di wad rawatan harian hematologi. Kebanyakan pelatih menjalani latihan selama dua minggu sahaja kerana ia bukan penempatan wajib. Aku 8