DUNIA YANG HILANG LOST WORLD
DUNIA YANG HILANG LOST WORLD
DUNIA YANG HILANG LOST WORLD
5 Mei – 5 Julai 2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia Sempena Karnival Bestari Sains & Seni 2010 Pengarah Projek & Penyunting Hasnul Jamal Saidon
Tel: 04 6533888 ext 3261/2137/4789/4788/4786/3294 Fax: 04 6563531/6535060 Email: dir_muzium@notes.usm.my Website: www.mgtf.usm.my www.mgtfusmpenang.blogspot.com www.tagged.com/mgtfusm www.facebook.com/mgtfusm www.twitter.com/mgtf www.youtube.com/mgtfusm
Penyumbang Esei & Penyusun Dr. Haji Abdul Manan Embong Aizuan Azmi Penyelaras Suntingan & Pereka Safinawati Samsudin Pembantu Penerbitan Nor Laila Abd Rozak@Razak Promosi Nurul Ashikin Shuib, Azizi Yahya, Adlan Redzuan
Penganjur Bersama
Kewangan Rohaya Sanapi Sokongan Umum Zolkurnian Hassan, Mohd Firdaus Khairuddin, Afzanizam Mohd Ali, Nur Hafizah Abd Aziz, Shamsul Ikhmal Mansori, Nor Mohammad Abd Rahim, Muhammad Husni Abd Latiff, Mohammad Yazdi Yaacop, Noordin Ban, Salim Ibrahim, Radhiyah Abu Bakar, Faridah Mohd Hashim, Izrul Abd Aziz, Salmiah Mohamad, Noor Rashid Sabidi, Rosli Hamzah, Ravi a/l Vansamy Pameran Atas Talian http://mgtf.usm.my/exhibit.php
Dunia Yang Hilang = Lost World (Exhibition) (2010 : Pulau Pinang) Dunia yang hilang - Lost World : [5 Mei - 5 Julai, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, sempena Karnival Bestari Sains dan Seni 2010] / --[pengarah projek & penyunting Hasnul Jamal Saidon ; penyumbang esei Abdul Manan Embong, Aizuan Azmi]. ISBN 978-967-0226-00-2 1. Art, Malaysian--Malaysia--Exhibition. 2. Art, Modern -21st century-Exhibitions. I. Hasnul Jamal Saidon, 1965-. II. Abdul Manan Embong, 1953-. III. Aizuan Azmi, 1977-. IV. Universiti Sains Malaysia. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. V. Judul. 759.9595 Š2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula kecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit.
KANDUNGAN Pengenalan 6 - 9 Susur Masa 10 - 41 Koleksi Fosil 42 - 63 Kerja-Kerja Pengubahsuaian Galeri Pameran di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia 64 - 83 Perasmian Pameran 84 - 91 Lawatan Pengunjung 92 - 113 Pasukan Penyelidik & Rekabentuk 114 - 115 Penghargaan 116 - 117 Rujukan 118 - 119
PENGENALAN DUNIA YANG HILANG
6
Segala puji hanya bagi Allah yang telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara dan menghiasi pula tiap-tiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya. “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah Ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu�. (Al-Quran, Surah Ath-Thalaaq: Ayat 12) Pameran “Dunia Yang Hilang� ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 180 fosil dari seluruh pelusuk dunia yang menjangkau usia 3,500 juta tahun pada zaman Cambrian sehinggalah pada zaman ais sekitar 1.8 juta tahun yang merupakan koleksi Galeri Warisan MAR, Terengganu. Asal usul dan perkembangan hidupan pada awal sejarah bumi sebenarnya masih diselubungi misteri. Ini adalah disebabkan oleh kerana fosil-fosil yang ditemui di dalam batu yang berada pada era Pra Cambrian adalah sangat jarang ditemui dan amat sukar dijumpai. Antara fosil yang paling tua adalah sejenis bakteria jenis alga bersel satu (tumbuh-tumbuhan ringkas) yang telah mencapai usia 3,500 juta tahun yang lalu.
7
Kebanyakan fosil yang agak mudah ditemui adalah daripada era Cambrian iaitu kira-kira 570 juta tahun yang lalu.  Semenjak kemunculan ikan-ikan primitif (vertebrata pertama, atau jenis binatang yang bertulang belakang), akhir-akhir abad Cambrian menunjukkan bagaimana makhluk hidup yang lebih rumit telah mula berkembang biak. Walau bagaimanapun, pergerakan jadual kehidupan segala benda hidup di atas muka bumi masih lagi menjadi satu agenda perdebatan. Ada yang mengatakan bahawa segala perubahan-perubahan besar adalah disebabkan oleh malapetaka atau bencana yang menyebabkan kepupusan besar-besaran. Fosil adalah petunjuk terpenting rincian kehidupan prasejarah. Dari berbagai kawasan dunia, ratusan juta fosil telah diperoleh dan semuanya memberikan sebuah jendela untuk melihat sejarah dan struktur kehidupan di bumi. Jutaan fosil menandakan bahawa spesies-spesies muncul mendadak, terbentuk sempurna beserta struktur rumitnya dan tidak mengalami perubahan apapun selama jutaan tahun setelah itu. Inilah bukti penting bahawa kehidupan dimunculkan dari ketiadaan dengan kata lain, kehidupan itu diciptakan. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh( terdapat ) tanda-tanda (Keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan�. (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: Ayat 164) 8
Sumber: Joanna Potts. Guide To Fossils, Toronto, Firefly Books, 2003. ms 16
9
SUSUR MASA DUNIA YANG HILANG
10
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, jika kamu orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menghidupkan dan Yang mematikan. (Dialah) Tuhanmu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. (Al-Quran, Surah Ad-dukhan: Ayat 7-8) Fosil adalah sisa jasad makhluk hidup yang pernah hidup pada masa lampau. Bentuk dan susunan kerangka makhluk hidup yang tubuhnya terlindung dari sentuhan udara, dapat terawet secara utuh. Sisa kerangka inilah yang memberi kita keterangan tentang sejarah kehidupan di bumi. Melalui catatan serta penyelidikan terhadap fosil-fosil inilah yang dapat memberikan kita jawapan secara ilmiah dalam usaha mengungkap rahsia asal-usul kejadian makhluk hidup. Masa geologi tujuh perlapan yang terawal adalah bahagian yang kita tidak banyak mengetahui kerana terlalu tua. Ia dikenali sebagai Pra-Cambrian. Ini meliputi masa dari pembentukan bumi sehingga kira-kira 590 juta tahun dahulu. Kita mengetahui tentang sedikit fosil dari zaman ini. Bahagian pertama Pra-Cambrian dikenali sebagai usia Arkean semasa belum ada kehidupan di bumi. Bahagian yang seterusnya ialah usia Proterozoik, apabila kehidupan tertentu wujud. Pada permulaan zaman Cambrian kira-kira 590 juta tahun dahulu, kita mula menemui banyak fosil. Haiwan tiba-tiba membentuk cengkerang keras yang mudah disimpan. Sejak itu, sejarah dunia mudah dibaca daripada batuan. Seluruh segmen masa ini dikenali sebagai usia Fanaerozoik, zaman kehidupan nyata.
11
Usia Fanaerozoik terbahagi kepada tiga era iaitu usia Palcozoik, zaman kehidupan purba; usia Mesozoik, zaman kehidupan pertengahan dan usia Senozoik, zaman kehidupan moden. Era ini kemudian disub-bahagi (pecahkan) kepada jangka masa menurut jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup pada masa itu. Ahli geologi boleh melihat lapisan-lapisan batuan mendapan dan menentukan bagaimana keadaannya ketika zaman purba. Barangkali bukti yang paling menakjubkan ketika zaman purba dapat dilihat daripada saki-baki haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup pada zaman itu. Kita menyebut saki-baki ini sebagai fosil. “Dialah yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka Ia hanya berfirman kepadanya “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia”.
(Al-Quran, Surah Al-Mu’min: Ayat 68)
Fosil-fosil ditemui jauh ke dalam dasar bumi malahan ada yang tertanam di dalam batu dan ianya juga membantu ahli geologi untuk mengetahui abad geologi, cuaca dan keadaan tempat sesuatu fosil yang ditemui. Bukit batu jenis strata boleh dikaji dan dilihat pada masa peradabannya melalui lapisan-lapisan yang terhakis. Setiap lapisan tanah itu mempunyai kronologi-kronologinya yang tertentu dan berevolusi. Di antara lapisan-lapisan tanah ini, ianya mempunyai jurang-jurang yang memisahkan antara jenis-jenis fosil dan mengikut abad-abadnya. Tahap-tahap fosil ini tidak sama di antara satu sama lain.
12
PRA-CAMBRIAN Mengikut perkiraan ahli geologi, sejarah bumi ini bermula dengan zaman Pra-Cambrian. Zaman ini dikatakan adalah sebahagian daripada 1.7 peratus kehidupan yang baru bermula. Ia bermula kira-kira 4,600 juta tahun hingga 3,800 juta tahun yang lalu. Dikatakan bukti yang menunjukkan kewujudan zaman Pra-Cambrian terdapat pada batu yang dijumpai di Greenland. Pada zaman inilah bermulanya satu kehidupan yang halus iaitu sejenis bakteria yang bernama Cyanobacteria kira-kira 3,500 juta tahun yang lalu. Seribu tahun selepas itu muncul spesies bakteria baru yang bernama Proterozoic pula muncul kirakira 2,500 juta tahun. Akibat daripada peningkatan kandungan oksigen pada atmosfera bumi, maka terhasil pelbagai lagi kehidupan lain selepas itu. “Maka lihat olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanam-tanaman yang menghijau subur)�. (Al-Quran, Surah Ar-Ruum: Ayat 50) Hasil daripada proses multicelular maka terjadilah rumpai-rumpai hijau di dalam laut. Antara hidupan yang hidup pada abad Pra-Cambrian adalah Dickinsonia. Ia ditemui melekat pada batu-batu di kawasan Ediacara Hills, Australia. Ini merupakan salah satu binatang multicelular yang hidup yang boleh dikaitkan dengan cacing.
13
CAMBRIAN Zaman Cambrian merupakan satu zaman selepas evolusi masa Pra Cambrian. Zaman Cambrian ini bermula kira-kira 543 hingga 490 juta tahun lalu. Dari abad ini boleh dilihat berlakunya satu letusan kehidupan haiwan laut seperti obor-obor, Trilobite dan Ottoia. Selepas itu terhasil pula hidupan pelbagai jenis karang seperti Arthropods. Terdapat kirakira 100 jenis Trilobite pada masa Cambrian. Antara kehidupan pada masa Cambrian adalah Echinoderm, Graptolites dan Chordates. Pada zaman Cambrian ini suhu berada pada paras suam, lebih kurang 42 darjah Celcius. Cuaca berlarutan untuk jangka masa yang panjang hingga menyebabkan proses pemupusan hidupan zaman Cambrian secara perlahan-lahan. “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah pada sisi-Nya ada ibu segala suratan�. (Al-Quran, Surah Ar-Ra’d: Ayat 39)
14
KEPUPUSAN TERSEBAR Â
Pada zaman Cambrian telah berlaku banyak kematian secara besar-besaran. Ini menyebabkan haiwan pada zaman ini mengalami kepupusan seperti Trilobites. Selain itu terdapat juga kerang-kerang laut seperti Brachiopotis turut pupus. Faktor yang menyebabkan kejadian ini adalah disebabkan tekanan udara yang rendah dan masalah oksigen di dalam air. Antara hidupan laut yang hidup pada zaman Cambrian yang turut pupus adalah Trilobites, Archeocyathid, Hallusigenia, Halkeria, Wiwaxia, Marella, Pikai, Anomalacolis, Vauxia dan Groan Algue. “Sebenarnya apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada disisi Allah akan tetap kekal, dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang baik dari apa yang mereka telah kerjakan�. (Al-Quran, Surah An-Nahl: Ayat 96) Banyak terumbu karang yang berselerakan di atas lantai dasar lautan akibat proses kepupusan ini. Antara batu-batu karang yang telah pupus pada masa itu adalah Spike Hallucigenia, Spiked Wiwaxia, Anolocaris dan pelbagai lagi. Sesungguhnya proses pelupusan ini harus berlaku demi proses kesinambungan hidupan pada masa hadapan.
15
ORDOVICIAN Zaman Ordovician adalah zaman yang bermula pada 490 hingga 443 juta tahun yang lalu selepas berlakunya kepupusan hidupan zaman Cambrian. Pada zaman Ordovician ini terhasil banyak hidupan laut seperti kala jengking laut dan udang dengan jumlah yang banyak. Hidupan-hidupan seperti kala jengking Adhropods, ada sesetengahnya mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia. Kebanyakan hidupan yang ada pada zaman Ordovician ini adalah hidupan yang tinggal di dalam laut seperti Bivalve, Planktonic, Araptolites. Pada zaman ini bermula membiaknya satu spesies Trilobites yang baru seperti Anomalocaris dan spesies ini terus membiak dan hidup dengan banyaknya dengan menjadikan rumpai-rumpai laut sebagai makanan. “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan�. (Al-Quran, Surah An-Najm: Ayat 44)
16
KEPUPUSAN HIDUPAN ZAMAN ORDOVICIAN Selepas beberapa abad berlalu Zaman Ordovician mula mengalami zaman kepupusan. Lebih kurang 100 jenis hidupan pupus pada penghujung zaman Ordovician, lebih kurang 440 juta tahun yang lalu. Hidupan yang paling banyak pupus pada waktu itu adalah Trilobites, Graptolites, Nautiloids, Conodont, Bryzoans, bunga karang dan Branchiopods. Kepupusan ini adalah disebabkan oleh kekurangan tekanan udara di dalam air dan berlakunya pencairan salji dengan banyaknya di kutub utara. Ia menandakan berakhirnya satu lagi zaman kehidupan demi berlakunya satu lagi anjakan hidupan bumi. “Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan�. (Al-Quran, Surah Al-Hadid: Ayat 4)
17
SILURIAN Tumbuh-tumbuhan primitif mula membiak dan membentuk kumpulan-kumpulan pada zaman Silurian bermula 417 juta tahun hingga 443 juta tahun yang lalu. Dengan adanya bantuan pembiakan kulat-kulat dan tumbuhan plankton ia turut membantu pembiakan tisu-tisu tumbuhan di dalam air pada zaman Silurian. Kulat-kulat ini mula membiak dengan masuk melalui akar-akar pokok dan membentuk spesies-spesies baru di dasar lautan dan merebak ke lautan. Kebangkitan semula hidupan-hidupan laut ini berlaku selepas terjadinya proses evolusi pemupusan pada abad yang sebelumnya. Sementara itu, terumbu-terumbu karang mula menumbuhkan karang-karang laut yang cantik dan besar. Hidupan laut yang lain seperti Calcareous, Nautiloids, Brachiopods, Bryozoans, Graptolites dan Crinoids semakin berkembang dengan banyaknya. Sementara hidupan lain seperti Trilobites semakin pupus sedikit demi sedikit. Sejenis ikan yang bernama Cartilaginous yang muncul pada zaman Ordovician semakin berkembang baik dan membentuk spesies baru yang mempunyai rahang yang pendek. Pelbagai jenis ikan yang muncul pada masa itu seperti Dunkleosteus memonopoli laut Ordovician dan Silurian. Seterusnya dengan kehendak ALLAH S.W.T ikan-ikan ini mula membiak dari satu spesies kepada spesies yang lain.
18
DEVONIAN Zaman Devonian bermula pada 417 tahun hingga 354 juta tahun yang lalu. Zaman ini telah menyaksikan perkembangan pembiakan ikan secara besar-besaran di dalam sistem ekologi marin dan spesies ikan-ikan inilah yang mendominasi alam laut pada masa itu. Antara hidupan yang mendominasi ekologi marin laut pada masa itu adalah ikan jerung jenis armor platedplacoderm. Selain ikan, Ammonite mula berkembang bersama di dalam satu keluarga yang besar. Pada zaman ini tiada sebarang tumbuhan yang tumbuh hasil daripada percambahan biji benih, tetapi pertumbuhan pokok adalah hasil daripada percambahan benih dari dalam laut yang dihanyutkan arus ke tepian pantai. Pada penghujung zaman Devonian telah terjadi satu kemusnahan yang besar terhadap tumbuhan yang terdiri daripada pokok Archeoptheris. Pada zaman ini telah berkembang pembiakan hidupan jenis Amfibia seperti katak, kura-kura, buaya dan pelbagai lagi hidupan yang hidup di dua alam.
19
20
ERA KEPUPUSAN DEVONIAN Era kepupusan melanda zaman Devonian terutama kehidupan yang terdapat di dalam laut. Peristiwa ini berlaku kira-kira 365 juta tahun yang lalu, tetapi kepupusan ini tidak banyak menjejaskan kehidupan yang hidup berhampiran dengan tebing bukit. Bukit-bukit yang dikaitkan dengan kepupusan era Devonian ini tidaklah diketahui secara terperinci tetapi ahli sains ekologi marin mengatakan kepupusan hidupan zaman Devonian adalah disebabkan berlakunya pencairan salji yang besar di kawasan Gondwana dan juga diikuti dengan berlakunya satu hentaman meteorite (tahi bintang) ke atas bumi pada masa itu yang mana turut sama membunuh banyak hidupan yang lain. Hidupan laut seperti ikan Armored Placoderm adalah hidupan yang menjadi raja di lautan pada masa itu, sehingga akhir zaman Devonian. Sejenis ikan yang bernama Dunkleosteus tidak mempunyai gigi tetapi mempunyai susunan tulang yang sangat tajam dan dapat memburu mangsa dengan menghidu darah daripada sisa-sisa makanan yang dimakan oleh ikan-ikan lain yang lebih besar. Ikan-ikan besar yang mempunyai gigi yang sangat tajam pada masa itu adalah seperti Stethacanthus. Ikan jenis ini adalah terdiri daripada jenis betina yang boleh didapati dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini banyak Tribolites, Brachiopod dan Sponge yang ditemui mati di dasar lautan dan terdampar di atas batu-batu karang yang akhirnya terus membeku menjadi fosil.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
21
22
CARBONIFEROUS Zaman Carboniferous bermula pada 354 hingga 290 juta tahun yang lalu. Tetapi zaman ini terbahagi kepada dua jangka masa, iaitu pertengahan Carboniferous dan bawah Carboniferous atau lebih dikenali dengan nama Misisipian dan Pennsylvania. Apabila berlakunya kepupusan yang besar pada zaman Devonian, yang paling banyak terlibat adalah hidupan di dasar laut. Zaman ini adalah permulaan kehidupan hidupan siput-siput laut. Antara hidupan laut yang lahir pada zaman ini adalah Ammonite yang menggantikan hidupan zaman Devonian yang telah pupus. Ikan jerung telah mengambil alih penguasaan di dalam laut pada zaman ini menggantikan ikan jenis Lobe Pine. Kehidupan di darat juga telah mengalami satu perubahan daripada zaman kehidupan cacing yang terhasil daripada zaman Carboniferous.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
23
24
Sementara hidupan seperti pokok paku pakis, lumut dan sejenis pokok yang bernama horse tail (ekor kuda) juga telah mula membiak dengan banyaknya, serta mendominasi hidupan di darat pada zaman ini. Pokok paku pakis yang paling tua bernama Pecopteris telah membiak dengan banyaknya di sekitar paya-paya dan di sepanjang pinggir sungai. Hidupan lain seperti pepatung, semut, tebuan, lebah dan pelbagai lagi serangga lain juga turut membiak. Sesungguhnya zaman ini adalah zaman yang menjadikan permukaan bumi menghijau dan subur dan dari sini bermulanya kehidupan yang melata di muka bumi.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
25
26
PERMIAN Menjelang zaman Permian lebih kurang 290 hingga 248 juta tahun yang lalu, kehidupan kelihatan masih berada dalam keadaan yang baik dan berkesinambungan selepas melalui zaman Carboniferous. Walaupun banyak hidupan yang berjaya melalui zaman Carboniferous tetapi apa yang tidak dapat dielakkan ialah banyak pokok yang telah mati malahan terus pupus daripada muka bumi terutamanya pokok jenis Pine. Walaupun banyak pokok Pine telah pupus tetapi jauh di dalam perut bumi telah lama tertanam benih-benihnya dan akhirnya dengan kekuasaan Allah benih-benihnya telah dihidupkan semula oleh Allah dengan suburnya sehinggalah sekarang. Â Kepupusan ini berlaku adalah kerana disebabkan keadaan permukaan tanah pada masa itu telah menjadi kering kontang dan menyebabkan banyak pokok yang telah mati. Pokok yang dapat terus bertahan pada masa itu adalah spesies pokok yang habitatnya tumbuh di kawasan paya berair. Ketika itu, beberapa jenis mineral telah mula berkumpul di pertengahan padang pasir Pangea. Kebanyakan haiwan jenis vetebrata yang hidup di kawasan berair juga telah mati dan pupus dan hidupan jenis reptilia telah membiak dengan banyak pada zaman Permian ini. Zaman ini telah menyaksikan satu hidupan yang baru membiak seperti Demitrodon dan Edaphossaurus.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
27
28
Pada zaman ini banyak juga hidupan telah mula membiak dengan banyak seperti siput, Ammonite, Trilobite dan berbagai lagi hidupan yang mempunyai tulang belakang telah mula mendominasi zaman tersebut. Â Pada zaman ini telah berlaku satu kepupusan besar yang melibatkan sebanyak 90% hidupan daripada laut dan hidupan vetebrata turut terhapus dari muka bumi. Selepas berlakunya proses kepupusan ini terdapat banyak lapisan yang terdiri daripada hidupan dari zaman Permian yang telah menjadikan fosil di serata bumi ditemui di setiap lapisan tanah. Â Bunga-bunga karang laut mengambil masa selama 10 juta tahun untuk pulih kembali daripada bencana kepupusan yang lalu. Sementara itu, banyak hidupan lain yang pupus dari muka bumi seperti Trilobites, Tabulate, Red Rugose Coral dan Biastoid. Hidupan ini terdampar di dasar lautan dilitupi oleh debu-debu siput yang telah hancur sehingga menjadi fosil. Bukan hanya hidupan tersebut sahaja yang telah pupus tetapi hidupan lain seperti Eurypterids, Bonyfish, Crinoid, Bryzoan, Braciopodsdan Ammonoid juga turut pupus dari alam hidupan laut bumi ini. Kehidupan di muka bumi pada masa itu mengambil masa selama 150 juta tahun untuk kembali pulih selepas mengalami proses kepupusan dari zaman Permian. Pada penghujung zaman Permian, kehidupan kelihatan seperti berwarna kemerah-merahan akibat daripada berlakunya letupan gunung berapi dari seluruh dunia. Â Di antara kehidupan yang masih tinggal pada penghujung zaman Permian adalah seperti Helicoprion, Flexibilia, Camerata, Menaspisarmata, Paleoniscum, Philipsia, Herbertelle, Rhynchonellida, Composite, Tabulate, Inostranscevia, Scutosaurus dan Araucaria. Ini adalah merupakan hidupan yang menjadi satu sumber untuk pembiakan kehidupan yang lain.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
29
30
TRIASSIC Â
Zaman Triassic bermula kira-kira 248 hingga 206 juta tahun yang lalu. Â Selepas melalui zaman Permian kehidupan di muka bumi seolah-olah baru bermula dengan lahirnya hidupan-hidupan baru demi kesinambungan fauna dan flora (laut dan darat). Sementara ada antara karang laut, Tabulate dan juga Rugose Coral telah pupus sama sekali dari senarai nama hidupan di dalam laut. Â Proses untuk mengharmonikan semula kehidupan adalah tidak mudah setelah apa yang dialami. Hidupan seperti Ammonite, Brachopoid, Bivalve dan Echinoderms memakan masa untuk membiak kembali. Setelah sekian lama, beberapa hidupan jenis reptilia telah mula kembali ke dalam laut sebagai pemburu di dalam laut. Antaranya seperti, Northosaurus dan Ichthoyosaurus. Â Sementara keadaan di darat masih berada di dalam keadaan kering kontang dan kawasan Pangea keseluruhannya masih berada di dalam keadaan kering malahan keseluruhannya dilitupi oleh garam. Menjelang zaman Triassic, hidupan jenis reptilia yang jenis berdarah sejuk seperti Archosaur telah mendominasi kawasan paya dan tasik. Ketika ini muncul hidupan seperti kura-kura dan buaya. Saiz hidupan pada masa ini adalah sangat besar.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
31
Pada penghujung zaman Triassic, hidupan yang bersaiz kecil mula wujud dan membiak dengan cepat dan terus mendominasi sehingga zaman Jurassic. Sementara situasi di kawasan kutub utara cuaca masih berada dalam keadaan suam dan kering. Suasana ini adalah merupakan kesinambungan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman Permian. Kejadian kekeringan di kutub yang berlaku pada zaman Triassic ini adalah yang paling teruk pernah berlaku sepanjang zaman-zaman yang lepas. Selain terjadinya kekontangan, berlaku juga keretakan tanah secara menyeluruh di seluruh kawasan yang mana akhirnya terjadi pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh bongkah-bongkah garam.  Kawasan yang paling teruk terjejas akibat perpecahan tanah ialah di kawasan tasik Amedus Australia. Akhirnya bermulalah hidupan-hidupan spesies tumbuhan di atas pulau-pulau tersebut. “Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, dan bumi yang merkah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)�. (Al-Quran, Surah At-Taariq: Ayat 11-13)
32
KEPUPUSAN ZAMAN TRIASSIC Sebahagian kecil hidupan jenis amfibia seperti kura-kura, buaya dan katak merupakan sebahagian daripada hidupan yang masih hidup selepas menempuhi zaman kepupusan Triassic, kira-kira 206 juta tahun yang lalu. Hidupan yang masih tinggal adalah lebih kurang suku peratus dan yang paling banyak terlibat adalah hidupan amfibia. Ini adalah disebabkan kerana hidupan jenis amfibia mempunyai sistem daya tahan badan yang tinggi. Jadi, hidupan inilah yang berjaya sampai kepada zaman Jurassic dan Creataceous. Faktor yang menyebabkan berlakunya kepupusan pada zaman Triassic tidaklah begitu jelas walaupun ahli sains mengatakan punca kepada kepupusan hidupan pada zaman Triassic adalah kerana berlakunya satu hentaman meteorite (tahi bintang) ke atas permukaan bumi pada masa itu. “Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu”. (Al-Quran, Surah Taha: Ayat 98)
33
34
JURASSIC Abad Jurassic bermula kira-kira 206 hingga 144 juta tahun yang lalu. Abad ini merupakan abad pertumbuhan hidupan yang paling pesat selepas zaman Triassic. Hidupan seperti bunga batu karang laut dan hidupan laut iaitu Sponge, Bryzoan, Gastropod, Bivalve, Ammonitex, serta Belemnites tumbuh dengan banyak di sepanjang laut bercuaca suam. Tetapi hidupan lain seperti Brachiopod dan Crinoid tidak banyak pertumbuhannya. Sementara hidupan laut seperti Ichthyosaurs, Plesiosaurs dan Pleisaurs yang terselamat dari zaman Triassic meneruskan kehidupan ke zaman Jurassic dengan mendominasi zaman tersebut. Hidupan jenis Gymnosperm dan Cycads mula membiak dengan baik. Selain daripada dua hidupan ini, hidupan jenis pemakan tumbuhan dan serangga juga telah bertambah dengan cepat dengan saiz yang amat besar. Selepas beberapa waktu yang singkat, hidupan jenis memakan daging pula telah lahir seperti Trynosaurus Rex. Selain daripada hidupan jenis di darat, hidupan jenis bersayap pula telah lahir pada zaman ini seperti Archeopteryx yang berterbangan sambil mencari mangsa. Sementara Ammonite jenis Cephalopod yang dijumpai pada akhir Jurassic di kawasan strata di daerah Saratov dan juga Belelmnites adalah hidupan yang memonopoli kehidupan jenis invetebrata (tidak bertulang belakang) di dalam laut. Antara punca kepupusan hidupan zaman Jurassic adalah disebabkan oleh hentaman meteorite, letusan gunung berapi dan ais yang cair di kutub utara. “Dan Dia-lah Allah Yang Menciptakan,Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih KepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana�. (Al-Quran, Surah Al-Hasyr: Ayat 24)
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
35
36
CRETACEOUS Kepupusan hidupan zaman Jurassic ini tidak terhapus tetapi masih ada saki baki kehidupan yang berupaya sampai jangka hayatnya sehingga awal zaman Cretaceous. Zaman Cretaceous ini bermula kira-kira 144 hingga 65 juta tahun yang lalu. Di antara jenis-jenis hidupan pada zaman ini adalah anggota pilum Protozoa, khususnya dari Ordo Foraminifera, Pilum Coelenterara, Pilum Mollusca dan Pilum Arthropoda. Di samping itu terdapat pula perkembangan dari golongan Vertebrata iaitu Genus Orbitolina mempunyai peranan yang penting, bahkan berfungsi sebagai fosil penunjuk. Di antara kelompok Dinosaur yang hidup pada zaman Cretaceous boleh dikatakan merupakan perkembangan yang ada pada zaman Jurassic. Stegosaurus telah mulai pupus pada zaman ini. Ankylosaurus dijumpai pada akhir zaman ini bersama dengan Tyrannosaurus, Trachydon, Triceratops, Struthiomimus dan Pterodon. Di antara jenis-jenis tersebut Tyrannosaurus Rex merupakan jenis yang terbesar . Di samping itu pada akhir zaman ini dikenali Ornithomimus dimana padanya sudah tidak ada gigi taring yang nyata dan jenis Ceratopsia yang merupakan dinosaurus bertanduk. Golongan reptilia yang hidup di laut Elasmosaurus memegang peranan pada zaman ini. Pada Kura-kura dari jenis Archelon yang fosilnya didapatkan pada serpih di Pierre, South Dakota dan Amerika. Pada zaman ini mulai muncul Crocodiles (sebangsa buaya). Golongan Reptilia terbang (Pterosaurs), salah satu di antaranya yang terkenal adalah Pteranodon yang mempunyai bentangan sayap 8 meter dan fosilnya dijumpai pada batu di Niobrara, Kansas, Amerika. Perkembangan jenis fauna diimbangi pula dengan perkembangan jenis flora. Pada zaman ini mulai nyata perkembangan yang baik jenis Angiosperm yang merupakan golongan tumbuhan golongan tinggi dan telah mempunyai bunga. Jenis flora yang berkembang pada zaman ini adalah Andromeda, Magnolia, Salix, Populites, Ficus, Bitula dan Sassafras serta Palm.
Gambar dipetik dari Kertas Kerja Pameran Galeri Warisan MAR, Terengganu Astronomi dan Fosil: Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
37
TERTIARY Â Zaman Tertiary bermula kira-kira 65 hingga 1.8 juta tahun yang lalu di mana zaman hidupan jenis mamalia telah mengambil alih tempat kehidupan Dinosaur. Zaman Tertiary terbahagi kepada lima zaman iaitu Paleocene, Eocene, Oligocene, Miocene dan Pliocene. Â Pada era Paleocene, tumbuhan mula hidup di kawasan yang bertanah suam dan gambut. Pada penghujung era Eocene, cuaca telah bertukar menjadi sejuk. Pada era Oligicene dan Miocene cuaca menjadi semakin sejuk yang menjadi faktor utama banyak hidupan mati. Â Ada juga hidupan yang terselamat melarikan diri ke laut mencari perlindungan. Sementara itu, cuaca di benua Antartika menjadi tidak menentu. Keadaan air laut pada masa itu juga surut dan menyebabkan banyak hidupan yang tidak sempat menyelamatkan diri akhirnya mati di dasar lautan. Sementara di daratan pula, rumput-rumput semakin tumbuh dengan baik dan menghijau di sepanjang kawasan tersebut. Padang rumput ini secara tidak langsung merupakan satu sumber makanan untuk kuda, pelanduk dan juga Anthelop. Pada era Pliocene, cuaca sejuk masih berterusan.
38
Pada era inilah banyak lahirnya hidupan jenis mamalia. Kira-kira 2 juta tahun yang lalu, bermulanya zaman ais batu. Pada masa inilah lahirnya kuda, anjing, beruang dan pelbagai hidupan jenis mamalia (berdarah panas). Akibat daripada perubahan pada zaman Ais, maka berlakulah perubahan pada struktur muka bumi. Di Utara Afrika, berlaku pergerakan muka bumi yang akhirnya telah membentuk dataran-dataran baru. Pergerakan ini terjadi sehingga sampai ke Selatan Eropah lalu terbentuklah banjaran Alps, Balkan dan Banjaran Atlas. “Dan kamu lihat gunung-gunung itu,kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu, sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Quran, Surah An-Naml’: Ayat 88) “Dan Dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan ) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang”. (Al-Quran, Surah Luqman: Ayat 10)
39
QUATERNARY Â Zaman Quaternary mempunyai dua era iaitu Pleistocene dan juga Holocene. Zaman ini bermula kira-kira 1.8 juta tahun yang lalu dan suasana ais ini berkekalan sehingga sekarang sebagai satu wadah untuk Allah menjadikannya satu elemen yang akan menstabilkan suhu bumi. Pada era Pleistocene, ketulan-ketulan ais mula bergerak ke arah pusingan laut Artik dan menghampiri benua Eropah dan benua Amerika Utara. Pada era ini juga suhu telah turun dengan mendadak dan diikuti cuaca menjadi panas dan mengakibatkan ketulan ais menjadi cair dengan cepat. Akibat kejadian ini, banyak hidupan yang telah terkandas dan mati terperangkap membeku di dalam ais. Akhirnya objek tersebut menjadi fosil. Pada masa ini, hidupan yang mempunyai bulu-bulu yang tebal seperti gajah jenis Mammoth, Bisons, Reindeer dan juga Musk Ox sahaja yang berjaya melalui era ini. Malangnya bagi hidupan lain seperti reptilia terus pupus. Sementara era Holocene mula terbentuk pada 10,000 tahun yang lalu, iaitu pada masa berlakunya pencairan ais secara besar-besaran.
40
Mengikut kajian ahli sains, pada era inilah lahirnya manusia dan mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Namun hakikat yang sebenar tidak siapa pun yang mengetahui dengan tepat kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan manusia hanyalah sedikit. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaanya)�. (Al-Quran, Surah At-Tin: Ayat 4) “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Mengenal�. (Al-Quran, Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
41
KOLEKSI FOSIL DUNIA YANG HILANG
42
TRILOBITE ‘ELRATHIA’ Mempunyai 12-22 bahagian perut. Habitat: Dijumpai di Maghribi, habitat asal tidak diketahui. Abad: Pertengahan Cambrian, 495 juta - 545 juta tahun.
43
SCUTELLUM Merupakan spesies Olenellus yang paling jarang ditemui. Habitat : Dijumpai di Asia Tenggara, habitat di laut. Abad: Triassic, 205.7 juta - 248.2 juta tahun.
44
TROCHACTAEON Siput ini merupakan di antara siputsiput yang mempunyai kulit yang keras. Habitat: Dasar Laut. Abad: Akhir Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
45
46
MAMMUTHUS ‘MAMMOTH’ Ini adalah gigi sejenis mamalia yang terdiri daripada keluarga gajah yang telah pupus secara keseluruhannya di muka bumi ini. Habitat : Padang rumput Siberian. Abad : Pliocene, 1.8 juta - 5.3 juta tahun.
47
LEIODON Gigi seekor hidupan laut yang berenang dengan pantas dan memakan ikan-ikan yang lain. Giginya berbentuk segi tiga untuk memudahkan ia memotong makanan. Habitat : Dijumpai di Eropah, habitat di laut. Abad : Awal Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
48
SEPTASTREAEA Sejenis batu karang yang hidup bersama batu karang lain di dasar lautan. Habitat : Dasar lautan. Abad : Miocene - Pliocene, 1.8 juta - 23.8 juta tahun.
49
CYLINDPOPHYMA Ini adalah sejenis siput yang telah menjadi batu (fosil) dan telah bersatu dengan selut. Habitat : Dijumpai di sekitar Asia, habitat di terumbu karang. Abad : Jurassic, 142 juta - 205.7 juta tahun.
50
SAND DOLLAR ‘CLYPEASTER’ Sejenis bunga karang yang hidup di atas terumbu karang di dasar lautan. Habitat : Dijumpai di Eropah, habitat di dasar laut. Abad : Eocene, 33.5 juta - 54.8 juta tahun.
51
VOLUTOSPINA Ini juga adalah terdiri daripada keluarga siput yang mempunyai cangkerang yang keras sebagai perisai dirinya,dan siput ini habitatnya adalah di kawasan yang berpaya lumpur. Habitat : Dijumpai di Asia Tenggara, habitat di hutan paya. Abad : Awal Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
52
CRETACEOUS AMMONITES ‘BACULITES’ Ini adalah sejenis ammonite(keluarga sotong). Habitat : Di dasar dan permukaan laut. Abad: Akhir Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
53
ULLMANNIA Mempunyai daun yang bersifat lut cahaya. Ia juga merupakan sejenis pokok paku pakis. Habitat : Dijumpai di Jerman, habitat di hutan paku pakis. Abad : Penghujung Permian, 248.2 juta - 290 juta tahun.
54
TODITES Tumbuhan ini mempunyai 2 spesies yang berbeza. Iaitu Osmundaceae dan juga Sporangia. Habitat : Dijumpai di Asia Tenggara, habitat di hutan paku pakis. Abad : Permian, 248.2 juta - 290 juta tahun.
55
CARDIOLA Ini juga adalah keluarga kerang tetapi ini adalah spesies kecil tetapi mempunyai kulit yang keras. Kerang jenis ini adalah jenis yang paling sukar ditemui kerana hidupnya mengikut arus. Habitat : Dijumpai di United Kingdom, habitat di lumpur laut. Abad: Silurian - Divonian, 350 juta - 443 juta tahun.
56
AUSTRALORBIS Ini adalah sejenis siput yang sering ditemui di kawasan lumpur. Habitat : Dijumpai di Madagaskar, habitat di tasik dan sungai. Abad: Awal Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
57
CRETACEOUS AMMONITES ‘HAMITES’ Ini adalah sejenis ammonite-keluarga sotong pra sejarah yang sering di temui di kawasan dasar laut. Habitat : Laut. Abad: Akhir Cretaceous, 65 juta - 142 juta tahun.
58
AMMONITE ‘OXYNOTICERAS’ Ini adalah jenis keluarga sotong prasejarah. Habitat : Dijumpai di Madagaskar, habitat di tasik, laut dan sungai. Abad: Awal Jurassic, 65 juta - 142 juta tahun.
59
DRAGONFLY ‘LIBELLULIUM’ –’PETALURA’ Ini adalah sejenis serangga pepatung pra-sejarah. Habitat : Padang rumput dan kawasan berair. Abad: Carboniferous, Awal Jurassic dan Akhir Cretaceous, 65 juta - 350 juta tahun.
60
BIVALVES ‘MELEAGRINELLA’ Ini adalah sejenis kerang pra-sejarah yang sering di temui di kawasan dasar laut. Habitat : Dijumpai di Asia Tenggara, habitat di laut. Abad: Triassic - Jurassic, 248.2 juta - 142 juta tahun.
61
PERCH ‘PRISCACARA’ Ini adalah sejenis ikan pra-sejarah yang sering di temui di kawasan sungai yang bersih dan tasik. Habitat : Sungai dan tasik. Abad: Eocene, 33.7 juta - 54.8 juta tahun.
62
SABER-TOOTH TIGER ‘SMILODON’ Ini adalah sejenis keluarga kucing pra-sejarah. Habitat : Amerika Utara dan Selatan. Abad: Awal Pliocene, 1.8 juta - 5.3 juta tahun.
63
KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN GALERI PAMERAN DI MUZIUM & GALERI TUANKU FAUZIAH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DUNIA YANG HILANG
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
PERASMIAN PAMERAN DUNIA YANG HILANG
84
Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi Ismail (Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Malaysia) memberikan ucapan perasmian sambil diperhatikan oleh dari kiri: Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon (Pengarah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia), Dr. Haji Abdul Manan Embong (Pengarah Galeri Warisan MAR, Terengganu) dan Y. Berusaha Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal (Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia). 85
Dr. Haji Abdul Manan Embong menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi Ismail. 86
Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi Ismail mendengar taklimat pameran dari Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon sambil diperhatikan oleh Y. Berusaha Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. 87
88
Dari kiri: Kartunis Negara Dato’ Mohammad Nor Khalid (Dato’ Lat) merakamkan gambar kenangan bersama En. Marzuki Ali semasa lawatan ke Pameran Dunia Yang Hilang di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. 89
Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi Ismail melawat pameran Dunia Yang Hilang sambil diiringi oleh Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon dan En. Azman Abdullah. 90
En. Aizuan Azmi sedang menerangkan mengenai Pameran Dunia Yang Hilang kepada Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi Ismail. Y. Berusaha Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, En. Azman Abdullah dan Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon turut berminat. 91
LAWATAN PENGUNJUNG DUNIA YANG HILANG
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
PASUKAN PENYELIDIKAN & REKABENTUK DUNIA YANG HILANG
114
Dr. Haji Abdul Manan Embong Aizuan Azmi Penyelidik Utama Zolkurnian Hassan Saifu Aziman Abdul Manan Saifu Nizam Abdul Manan Saifu Din Abdul Manan Pembantu Penyelidik Hasnul J Saidon Pengarah Rekabentuk Afzanizam Mohd Ali Nur Hafizah Ab. Aziz Salim Ibrahim Penataan Artistik Muhammad Husni Abd. Latiff Teknikal Shamsul Ikhmal Mansori Video Mohd Firdaus Khairuddin Logistik Nor Mohammad Abd. Rahim Bahan Noor Rashid Shabidi Lampu & Pencahayaan Rosli Hamzah Pertukangan Noordin Ban Mohamad Yazdi Yaacop Izrul Abd. Aziz Ravi Vansamy Pemasangan 115
PENGHARGAAN DUNIA YANG HILANG
116
Semua Staf Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM Dr Haji Abdul Manan Embong Galeri Warisan MAR, Terengganu
Encik Azahri Hariss Encik Aizam Azmi Gabungan koridor Maju Tani Sdn Bhd Balik Pulau, Pulau Pinang
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat,USM (BJIM)
Pelajar-Pelajar Sukarelawan SMK Dato’ Lela Pahlawan, Padang Serai Kedah
Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
Cikgu Nasir Mohd Noh SMK Dato’ Lela Pahlawan
YM Pengiran Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
Encik Maksalmina Puan Zaliza Ismail Spac Resources
Henny Saran Cyril Lilian Lee Shiau Gee Pelajar Teknologi Seni Visual (Advertising) Universiti Malaysia Sabah
Puan Roslina Osman Kolej Teknologi Pulau (ICT) Sungai Rusa, Balik Pulau
Nursiti Zaleha Muhmd Noh Sharafuddin Samsuri Nursyairah Abdul Malek Mohd Norihan Mohayan Abdul Rashid Mohammad Hasrunnaim Bin Hassan Pelajar Falkulti Seni Gunaan & Kreatif Universiti Malaysia Sarawak
Encik Ahmad Bizri Abdul Samad Puan Azizah Hj Abdullah Perpustakaan Keluarga Azizah Hj Abdullah Kampung Pulau Betong, Balik Pulau
Noor Azlia Ismail Anisha Shapiin Pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor
117
RUJUKAN
DUNIA YANG HILANG
118
Buku:
Abdurrahman Alhamdan, Asy Syeikh Al Imamul Ajalu Abu Nashr Muhammad (2009) 7 Rahsia Langit & Bumi, Johor Bahru: Pustaka Azhar
Potts, Joanna (2003) Guide To Fossils, Toronto: Firefly Books
Walker, Cyril & Ward, David (2000) Fossils,Great Britian: British
L.Stinchcomb,Bruce (2000) Mesozoic Fossils II-The Cretaceous Period, Pennsylvania: Amerika
Ahmad, Yusof Al-Hajj (2009) Ensiklopedia-Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication Sheikh Abdullah Basmeih (2002), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman-Kepada Pengertian Al-Quran Dar Al-Kitab Malaysia Mushaf Malaysia Rasm Uthmani, Kuala Lumpur: Darulfikir
Hamidy, Zainuddin (2002), Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I, II, III, IV, Singapura: Darel Fajr
Pembentangan Kertas Kerja:
Abdul Manan Embong, Astronomi & Fosil dalam Pameran Astronomi dan Fosil Majlis Ilmu Brunei Darussalam, Brunei, 2007
Katalog:
Fosil Dunia Yang Hilang - A Visual Guide, Galeri Warisan MAR, Terengganu, 2007
119