PIPE 20 PENAN G
INTERN
KETUMBUKAN, SENI CETAK ALTERNATIF MALAYSIA
ATION A
L PRINT
10
EXHIBI
TION
PIPE 20 PENAN G
INTERN
KETUMBUKAN, SENI CETAK ALTERNATIF MALAYSIA
ATION A
L PRINT
10
EXHIBT
ION
PIPE 2010: Ketumbukan, Seni Cetak Alternatif Malaysia 17 September - 15 Oktober 2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. Penyunting / Editor Hasnul Jamal Saidon Kurator & Penyumbang Esei / Curator & Essay Contributor Safrizal Shahir Konsep Rekabentuk / Design Concept Afzanizam Mohd Ali
Tel: 04 6533888 ext-3261/2137/4789/4788/4786/3294 Fax: 04 6563531/6535060 Email: dir_muzium@notes.usm.my Website: www.mgtf.usm.my www.mgtfusmpenang.blogspot.com www.tagged.com/mgtfusm www.facebook.com/mgtfusm www.twitter.com/mgtf www.youtube.com/mgtfusm
Pembantu Kuratorial / Curatorial Assistants Mohd Firdaus Khairuddin, Aizuan Azmi, Nur Hafizah Ab. Aziz, Nor Mohammad Abd. Rahim Pembantu Teknikal / Technical Assistants Shamsul Ikhmal Mansori, Noordin Ban, Rosli Hamzah, Muhammad Husni Abd. Latiff, Mohamad Yazdi Yaacop, Izrul Abd. Aziz, Noor Rashid Shabidi Pembantu Penerbitan / Publication Assistants Nor Laila Abd. Rozak@Razak, Safinawati Samsudin Pembantu Kewangan / Financial Assistant Rohaya Sanapi Promosi & Publisiti / Promotion & Publicity Nurul Ashikin Shuib, Azizi Yahya, Adlan Redzuan, Salim Ibrahim Sokongan Umum / General Supports Radhiyah Abu Bakar, Salmiah Mohamad, Faridah Hashim, Ravi Vansamy Pameran Atas Talian / Online Exhibition http://mgtf.usm.my/exhibit/php
Š2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced except for the purpose of research, criticism and review, without prior permission from the artist and publisher.
Kandungan / Contents Prakata / Preface
9
Ketumbukan dan Seni Cetak Alternatif: Wacana Pengantar Safrizal Shahir
10
Karya / Artworks
17
Penghargaan / Acknowledgement
56
Ketumbukan: Pameran seni cetak alternatif
Ketumbukan: Alternative printmaking exhibition
Pameran ini mengetengahkan karya-karya seni cetak alternatif dari lebih 20 orang seniman Malaysia. Sifat karya seni cetak alternatif dalam pameran ini adalah pelbagai dan unik. Ia meliputi bentukan karya dalam bentuk ruang khusus, seni pemasangan atau secara gabungan bahantara dan media. Bentukan seni cetak yang lain dan berbeza ini menandakan perubahan sikap dan praktis yang telah diambil oleh jurucetak Malaysia kini. Selain dari itu, pameran ini juga telah memberi tanda kepada perubahan dan tahap baru dalam perkembangan bidang praktis dan pemikiran seni cetak di Malaysia.
This exhibition represents alternative printmaking artworks from more than 20 local artists. The nature of these alternative printmaking artworks is varied and unique. It includes site specific, installation pieces and mixed or integrated media. The unconventional form of these printmaking pieces signifies a new attitude and path that Malaysian contemporary printmakers undertake. In addition, this exhibition also marks a new phase of development in Malaysian printmaking practice and thinking.
9
Ketumbukan dan Seni Cetak Alternatif: Wacana Pengantar Pameran ini diberi nama Ketumbukan: Seni Cetak Alternatif. Penggunaan perkataan ketumbukan di sini berkemungkinan boleh mengundang salah tafsiran atau salah tanggapan. Hal ini memandangkan perkataan tersebut biasanya tidak digunakan secara sembarangan atau ia digunakan dalam maksud dan konteks tertentu. Perkataan Seni Cetak Alternatif pula secara literal menggambarkan maksud atau tujuan pameran ini, dan maksud tersebut tidaklah begitu sukar ditelah atau difahami oleh pemerhati atau pengkaji seni cetak. Berbalik kepada perkataan ketumbukan. Perkataan tersebut biasanya digunakan dalam konteks ketenteraan. Mengikut Kamus Dewan, perkataan ketumbukan merujuk kepada sebuah kumpulan atau pasukan . Dalam kamus lain, perkataan ketumbukan merujuk terus kepada kumpulan atau pasukan ketenteraan di bawah perintah seorang mejar jeneral . Dalam konteks pengertian, kata kerja ketumbukan bersinonim dengan perkataan; pasukan, angkatan, batalion, rejimen atau platun . Melalui dapatandapatan ini jelaslah bahawa perkataan ketumbukan itu secara agak khusus merujuk kepada bidang ketenteraan. Dalam konteks kata terbitan yang berkaitan dengan perkataan ketumbukan, ia juga secara jelas menzahirkan sifat dan keadaan sebuah kumpulan ketenteraan.
Perkataan ketumbukan telah dipilih sebagai tajuk pameran ini dengan idea bahawa kandungan dan bentukan karya yang wujud dalam pameran ini bukanlah sebagaimana yang biasa kita lihat atau tonton bagi sesebuah pameran seni cetak. Bahkan ia dihasilkan oleh sekumpulan seniman yang berani menghasilkan karya-karya seni cetak yang berbeza. Perkataan ketumbukan itu dianggap sesuai dan tepat memberi tafsiran intrinsik yang bersifat lanjutan kepada keadaan seniman atau peserta pameran ini. Iaitu bayangan semangat, sikap dan tindakan dalam pembuatan karya-karya seni cetak yang luar dari kebiasaannya atau boleh disebut sebagai yang bukan konvensional (non conventional printmaking practise). Demi penghasilan kepada karya-karya seni cetak yang “luar biasa�, berbeza dan ganjil, maka apa yang diperlukan juga adalah sikap, hasrat dan pemikiran seniman yang berbeza, demi menghasilkan karya seni cetak yang berbeza. Apabila seniman-seniman seni cetak dengan sikap dan hasilan karya seni cetak yang berbeza ini telah dipilih, maka hasilnya terdapat sebuah kumpulan atau pasukan telah dihimpunkan untuk menjayakan pameran ini. Apa yang nyata, kumpulan seniman ini telah menghasilkan dan mengetengahkan karya-karya seni cetak, yang begitu berani mencabar, merubah atau mempersoalkan konvensi, aturan dan doktrin seni cetak yang lama (konvensional). Sesungguhnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang lumrah dan biasa, sekurang-kurangnya dalam iklim seni cetak tempatan atau serantau, yang secara umum masih menerima dan mempraktikkan praktik, konvensi dan doktrin seni cetak konvensional. Maka sikap dan tindakan kumpulan seniman yang menyertai pameran ini telah ditafsirkan, diasosiasikan atau disimbolkan sebagai kumpulan atau pasukan perajurit ketenteraan yang berani berjuang mengetengahkan sikap, nilai dan tatacara berbeza dalam disiplin seni cetak. Sikap seniman dan keadaan ini, jika diselarikan konteks perkembangan seni moden pada suku pertama abad ke 20, akan menemukan kita dengan perkataan dan konsep avant-garde . Seperti yang dimaklumi, perkataan
10
Detail / Detail of THE MONUMENT OF THE YOUNG SOUL. 11
Prof. Madya Fauzan Omar memberikan ucapan ketika Majlis Penutupan Pameran. Assoc. Prof. Fauzan Omar giving a speech during the Exhibition Closing Ceremony.
avant-garde dalam bahasa Perancis itu telah diambil dari terma ketenteraan. Ia merujuk kepada barisan hadapan bagi sesebuah pasukan atau rejimen askar yang begitu berani untuk menghadapi musuh dalam peperangan dan tidak gentar dengan segala cabaran atau risiko yang bakal dihadapi. Perkataan avant-garde telah digunakan dalam konteks seni moden untuk menterjemah maksud bagi kelompok seniman yang berani melawan arus kebiasaan bagi pembuatan seni berbanding sebelumnya. Ia dilakukan dengan merombak, mencabar dan mencetus fenomena seni dalam fahaman dan tafsiran segar lagi baru. Secara umum, semangat dan sikap avant-garde itulah yang ingin diketengahkan dalam pameran ini. Iaitu dengan merujuk kepada arus pembaharuan dan kelainan yang ditunjukkan melalui karya-karya seni cetak yang dihasilkan oleh sekumpulan seniman yang menyertai pameran ini. Perkataan ketumbukan telah diusulkan untuk menggemakan arus satu kelompok seniman yang berani menawarkan kelainan dari segi persembahan, format dan doktrin seni cetak yang berbeza atau baru. Semangat untuk mencipta sesuatu yang baru, berbeza atau terkehadapan telah lama menjadi resipi atau ramuan dalam penciptaan seni. Seni mendambakan pembaharuan
12
atau kesegaran pandang. Ia tidak boleh atau hampir mustahil untuk terus tetap memperkukuhkan sesuatu elemen atau prinsip kesenian itu secara tekal. Sejarah telah mengajar kita dalam hal ini. Tiada suatu pun jenis atau bentuk seni yang terus-terusan dipraktikkan dalam jangkamasa yang terlalu panjang, melainkan ia akan sentiasa menerima arus perubahan dan pembaharuan. Cuma soalnya berapa banyak dan pada tahap mana pula sesebuah perubahan itu akan terjadi atau jeda masa perubahannya. Namun prinsip asasnya adalah, perubahan seni akan berlaku untuk menyambut pembaharuan sikap atau pandangan alam dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini diresmikan secara alami dengan suasana alam di sekeliling, jika kita berpaling melihat inti tamadun atau budaya tinggi masyarakat tradisional, khususnya dari Timur. Sementara dalam resmi Barat (dibaca moden), perubahan itu pula ditandai dengan gejolak atau sistem ekonomi, yang secara berkaitan boleh merubah sistem nilai, teknologi dan budaya mereka. Memperkaitkan konsep-konsep pembangunan, perubahan dan pembaharuan tersebut dengan pameran ini adalah sebenarnya agak bersifat falasi, walaupun ada asas yang kukuh untuk menghujahkan ia dalam rangka falsafah pembangunan dan sosio budaya. Namun penulis cuma berminat untuk memberi sedikit latar idea yang berkaitan dalam hal pembaharuan dan perubahan dalam usaha untuk meninjau latar idea dan konteks bagi pameran ini. Bagi pameran ini, seni cetak telah menjadi subjek utama atau tumpuan dengan penekanan diberikan kepada usaha memberi wajah, watak atau sifatnya yang lain, berbeza atau baru. Usaha tersebut telah dipakej dalam rangka ayat “seni cetak alternatif�. Sifat lain, berbeza atau baru itu pula mestilah mempunyai suatu asas kanun atau doktrin yang ingin diterobosnya supaya perkataan-perkataan tersebut mempunyai nilai dan relevensinya yang kukuh lagi tulen. Dalam hal ini kanun atau doktrin yang ingin dilanggar, dicabar atau dirombak adalah seni cetak konvensional.
Maka seni cetak konvensional itu telah menjadi objek yang bersifat duluan (precedent) yang akan dibarukan, dalam konteks semangat seniman seni cetak alternatif ini. Pelbagai cara telah digunakan oleh seniman-seniman, khususnya dalam pameran ini, untuk mencipta pembaharuan atau perbezaan tersebut. Perubahan tersebut sebenarnya berdasarkan kepada aspek duluan yang telah menjadi resmi. Hukum asasnya adalah, untuk menjadi atau membuat yang baru maka kita mesti ada yang lama. Tanpa yang lama maka tiadalah yang baru. Hukum ini tidak boleh dielak memandangkan cara atau kaedah perkembangan seni itu, dalam konteks ini, adalah berteraskan sifat linear yang berkaitan juga dengan teori sebab dan akibat. Maka wujudlah pertalian yang bersifat teori domino dalam rangka sejarah perkembangan seni demi untuk membawa sifat pembaharuan yang disebutkan tadi. Pertalian yang lepas tidak dapat dielakkan dalam merangka atau membina sesuatu yang baru dalam konteks ini. Bahkan pembaharuan itu pula, dalam sesetengah kes, terjadi dengan menggabungkan sesuatu yang lama agar ia menjadi berbeza. Keadaan awal yang mempertegaskan sifat dan sikap seniman-seniman yang turut serta dalam pameran ini adalah jelas. Iaitu mereka dengan keberanian yang tegas telah mengusulkan karya-karya seni cetak yang disifatkan sebagai berbeza, berlainan atau baru berbanding yang sebelumnya. Bahkan dengan melihat karya-karya yang terpamer dalam pameran ini, kita mengakui keadaan atau sifat tersebut. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam dan strategis, persoalan-persoalan yang lebih instrumental dan kritikal akan segera terapung berdasarkan kepada tujahan hasrat tersebut, khususnya dalam konteks wacana idea dan praktis seni cetak itu sendiri. Asas idea yang ingin diketengahkan di sini adalah kepada persoalan seni cetak alternatif. Ia dapat kita fahami dengan mempersoalkan kembali asas kewujudan seni cetak alternatif itu sendiri. Apakah itu seni cetak alternatif? Mengapakah ia dipanggil seni cetak alternatif? Apakah kriteria seni cetak alternatif? Persoalan ini tidak akan dijawab secara definitif di sini kerana dengan menjawab persoalan tersebut, bermakna kita tidak dapat menyeluk
isu teras atau asas kepada persoalan wacana idea dan praktis seni cetak yang dihadapi kini. Dengan menjawab persoalan-persoalan tersebut secara definitif juga bermakna kita telah menyempitkan skop dasar kepada usaha untuk meluaskan maksud dan makna seni cetak baru yang dicari-cari itu. Namun ironinya pula persoalanpersoalan itu wajar menjadi batu loncatan untuk memahami dasar idea kepada keadaan atau sifat seni cetak baru yang dicari-cari. Perkataan seni cetak alternatif dianjurkan untuk memberi dimensi penerokaan yang lain, berbeza atau baru bagi sifat seni cetak yang sebelumnya terlalu ketat menggunakan doktrin konvensional. Alasan yang mudah bagi keadaan tersebut adalah memandangkan seniman seni cetak tempatan sudah sebegitu lama melanggan idea dan praktik seni cetak konvensional sehingga seakan-akan seniman sudah terpasung dengan kanun atau doktrin seni cetak konvensional tersebut. Lanjutannya ciptaan seni cetak yang dihasilkan itu seakan-akan hanya berpusingpusing di sekitar isu teknik, genre atau penerokaan dataran (surface treatment). Imej yang terhasil pula, walaupun berbeza-beza, dari segi prinsipnya masih terpasung dengan soal saiz matrik, bahantara konvensional dan format persembahan. Premis-premis tersebut telah seakanakan memasung dan membekukan seni cetak dalam
Para pengunjung sedang menghayati karya Jamil Mat Isa. Visitors appreciating Jamil Mat Isa’s work.
13
ruang dan masa yang tertentu. Keadaan tersebut juga telah meletakkan seni cetak begitu lewat atau naif untuk meneroka kemungkinan lanjutannya. Maka terdapat usaha untuk meluaskan tafsiran atau penerokaan seni cetak, demi membawanya ke dimensi penerokaan lanjutan yang lain, agar suatu pembaharuan yang asli dan benar-benar berbeza dapat dianjurkan. Salah satu dari kaedahnya adalah dengan meneroka sifat cetak dan cetakan dalam seni cetak konvensional dan mengeksploitasinya berdasarkan tafsiran-tafsiran yang baru. Kaedah lain yang turut diteroka adalah dengan kembali menafsirkan perkataan cetak dalam pelbagai konteks. Dengan menghasilkan karya-karya seni dari kaedah-kaedah tersebut maka akan terlihatlah suatu bentuk seni yang berbeza dan disifatkan sebagai bentuk “baru� seni cetak. Melihat pameran ini dalam skala tempatan, suatu keadaan perbezaan yang signifikan dapat diketengahkan, apabila majoritinya karya-karya yang terpamer itu telah berada di luar kotak atau kerangka yang biasa dikaitkan dengan seni cetak. Adakah ini menandakan suatu arus perubahan baru dalam bidang seni cetak telah dimulakan? Persoalan tersebut tidaklah sama penting dengan usaha untuk meneruskan wacana idea dan praktis seni cetak yang sebelumnya dilihat terlalu terbeban dengan soal kanun dan doktrin. Usaha pameran ini boleh dianggap sebagai salah satu inisiatif untuk mencari, memperkembang dan meneroka kemungkinan lain seni cetak yang selama ini mungkin dipandang sepi atau tertimbus dalam pasir sejarah, teknik atau ruang masa. Safrizal Shahir Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia
14
Prof. Madya Fauzan Omar & Prof. Madya A. Rahman Hj. Mohamed menandatangani buku pelawat ketika Majlis Penutupan pameran. Associate Professor Fauzan Omar & Associate Professor A. Rahman Hj. Mohamed signed the guest book during the Exhibition Closing Ceremony.
15
Karya / Artworks
17
THE MONUMENT OF THE YOUNG SOUL SAMSUDIN WAHAB / ZELHUSNI RIDZUAN Mixed Media 2010 Variable Dimension
18
19
SSSSHHHHH......! Giving Birth to a child is easier than worrying about it.... MOHD FADLI MOKHTAR Wood Cut on Canvas, Stensiling & Oil Paint 2010 Variable Size
LOVE U : WE FORGIVE U DR. CHEW TENG BENG Papercast 2010 81cm x 109cm
22
DO NOT DISTURB MANSOR IBRAHIM Mixed Media 2010 Variable Dimension
23
PANORAMA #1 MOHD AZMAN MAJIS Stencil, Fluorescent Spray, UV lamp on Canvas 2010 90cm x 120cm
24
KUDA KUDET LONG THIEN SHIH Water Colour, Charcoal, Wood Block 2010 100cm x 79cm
25
KURUNG JOHOR (LELAKI) ISHAK RAMLI Cloth 2010 116cm x 65cm
26
KURUNG JOHOR (PEREMPUAN) ISHAK RAMLI Cloth 2010 116cm x 65cm
27
POLA KURUNG JOHOR ISHAK RAMLI Paper 2010 116cm x 65cm
28
GENERASI I: 3 + 3 = 6 AHMAD NOOR RASHIDI MOHD SALLEH Digital Print 2010 46cm x 46cm
29
GENERASI II: 2 + 1 = 3 AHMAD NOOR RASHIDI MOHD SALLEH Digital Print 2010 46cm x 46cm
30
WE NEED YOUR HELP! WONG SIEW LEE Mixed Media on Canvas 2010 122cm x 90cm
31
www.sunbears.wildlifedirect.org WONG SIEW LEE Mixed Media on Board 2010 122cm x 90cm
32
MENGHARAP HIJAU MOHD FAIZAL MD SUHIF Water Colour & Cement Cut 2010 48cm x 39cm
33
HIJAU DAN TERBAKAR MOHD FAIZAL MD SUHIF Water Colour & Cement Cut 2010 48cm x 39cm
34
MENGHARAP BIRU HUJAN MOHD FAIZAL MD SUHIF Transfered Image, Stencil, Ball Pen On Canvas 2010 68cm x 84cm
35
MENYEMAI LALANG MOHD FAIZAL MD SUHIF Water Colour & Cement Cut 2010 48cm x 39cm
36
DESTINY OF FUTURE NORIZA ARZAIN Sticker Cutting on Paper Grid 2010 95cm x 95cm
37
MIDDLE OF MELANCHOLY NORIZA ARZAIN Paper, Origami 2010 63cm x 93cm
38
I NEED A SPACE NORIZA ARZAIN Paper, Origami 2010 63cm x 93cm
39
69 MOHD JAMIL MAT ISA Rubber Dye & Collage on Canvas 2010 90cm x 90cm
40
1641 : BENGGALI PUTIH MOHD JAMIL MAT ISA Rubber Dye on Canvas 2010 90cm x 90cm
41
SHAN HAI JING II – MING – SHE AND XUN LOW KHAY HOOI Mixed Media 2010 41cm x 61cm
42
SHAN HAI JING I – CERALAK AN HUMAN SNAIL LOW KHAY HOOI Mixed Media 2010 41cm x 61cm
43
SHAN HAI JING II – YAO AND DUCK – BILL FISH LOW KHAY HOOI Mixed Media 2010 41cm x 61cm
44
GREEN VESPA MOHD RAJIS JAMALUDDIN Wood Cut on Paper 2010 243cm x 121cm
45
YELLOW VESPA MOHD RAJIS JAMALUDDIN Wood Cut on Paper 2010 243cm x 121cm
46
RED VESPA MOHD RAJIS JAMALUDDIN Wood Cut on Paper 2010 243cm x 121cm
47
MENJADI HIJAU SEMULA MOHD KHIZAL SAAT Transfered Image on Paper 2010 106cm x 81cm
48
RED DROPS MOHD KHIZAL SAAT Transfered Image on Paper & Collage 2010 106cm x 81cm
49
PAKAI BUANG SHAMSU MOHAMAD Ceramics 2010 Variable Dimension
50
51
52
53
54
55
Penghargaan / Acknowledgement Kurator ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang tersenarai di bawah di atas sokongan bagi menjayakan pameran ini; The curator wishes to thank the following individuals for their support; Kesemua peserta pameran (seniman) / All of the participant (artists) Juhari Said Prof. Madya / Assoc. Prof. A. Rahman Mohamed Prof Madya / Assoc. Prof. Hasnul Jamal Saidon Prof Madya / Assoc. Prof. Fauzan Omar Afzanizam Mohd Ali Kesemua kakitangan MGTF / All of MGTF staffs Zamri Mohd Salleh U Design, Pusat Pengajian Seni / School of the Arts Universiti Sains Malaysia
56