12 Kaedah PdPc Kemahiran Abad Ke-21

Page 1

      

 

KAEDAH ‘FAN-N-PICK’ Murid berkumpul dalam kumpulan. Guru memberi nombor kepada murid 1-4 / Murid memberi nombor kepada diri sendiri 1-4. Guru memberikan satu set kad kepada setiap kumpulan. Murid #1 memegang kad dalam bentuk kipas tangan dan menyatakan “Pilih satu kad, yang mana anda mahu”. Murid #2 memilih satu kad dan membacakan soalan yang terdapat pada kad tersebut untuk dijawab oleh murid #3 dan memberikan masa 5 saat untuk berfikir. Murid #3 menjawab soalan. Murid #4 memberi respons/merumus jawapan tersebut. [Jika soalan dijawab dengan betul, murid #4 memberikan pujian. Jika jawapan yang diberikan „salah‟, murid #4 memberikan/mendapatkan jawapan yang betul. Jika soalan terbuka, murid ke-4 hanya memuji idea rakan dan menambah/merumus idea. Murid bertukar peranan mengikut arah pusingan jam.

VARIASI  Fan-N-Pick boleh dimainkan secara berpasangan. Murid #1 memegang kad, murid #2 memilih dan membaca soalan. Murid #1 menjawab, murid #2 memuji dan menjelaskan/merumuskan. Murid bertukar peranan.

KAEDAH ‘JIGSAW’      

Mulakan dengan KUMPULAN RUMAH (HOME GROUP) Setiap ahli diberikan nombor mengikut topik kecil yang diberikan oleh guru. KUMPULAN RUMAH dipecahkan kepada KUMPULAN PAKAR (EXPERT GROUP) mengikut nombor yang ditetapkan dalam kumpulan. KUMPULAN PAKAR duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Selepas peruntukan masa tamat, KUMPULAN PAKAR kembali kepada KUMPULAN RUMAH. Mereka akan membimbing rakan dalam KUMPULAN RUMAH dalam tajuk khusus mereka.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.