Sample Booklet

Page 1

PERPUSTAKAAN RAJA ZARITH SOFIAH Perpustakaan Penyelidikan





ISI KANDUNGAN

Prakata Matlamat Perpustakaan Konsep Pembahagian Aras -Aras 1 -Aras 2 -Aras 3 -Aras 4 Konsep Rekabentuk Bangunan Konsep Susun Atur Ruang Galeri Raja Zarith Sofiah Perkhidmatan dan Kemudahan Perpustakaan Akhir Kalam


Perpustakaan Raja Zarith Sofiah Universiti Teknologi Malaysia berkonsep perpustakaan penyelidikan bertaraf dunia.

01


PRAKATA Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia merupakan perpustakaan penyelidikan yang dibangunkan di bahagian Timur Laut tapak Universiti Teknologi Malaysia berhampiran kira-kira 1.3 km dari pintu masuk kedua Universiti dan 3.7 km dari pintu masuk utama Universiti. Perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, bersempena dengan nama DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia keempat. Perpustakaan yang mula beroperasi pada tahun 2014 ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Rancangan Malaysia ke-9 di Universiti Teknologi Malaysia. Berkeluasan 8,250 meter persegi dengan kos sebanyak RM26.6 juta, bangunan ini berupaya menampung kapasiti seramai 2,000 orang dalam satu masa. Perpustakaan setinggi empat tingkat ini mampu memuatkan sehingga 500,000 buah bahan bercetak bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan bertaraf dunia. Seiring dengan itu, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah turut dilengkapi dengan kemudahan ICT dan maklumat digital yang lengkap serta kemudahan pengaksesan maklumat melalui perkhidmatan internet yang cepat dan cekap.

02


MATLAMAT PERPUSTAKAAN Perpustakaan Raja Zarith Sofiah bermatlamat untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan penyelidikan yang efisien dan sistematik dalam persekitaran yang kondusif. Sasaran utama Perpustakaan Raja Zarith Sofiah adalah untuk menjadikan perpustakaan ini tempat tumpuan dan pilihan kesukaan untuk menjalani aktiviti penyelidikan, menelaah dan berdiskusi dalam suasana santai yang menyeronokkan.

03


Sistematik, Selesa dan Santai

04


05


KONSEP PEMBAHAGIAN ARAS Rekabentuk Perpustakaan Raja Zarith Sofiah ini mengambil pendekatan hierarki alam lingkungan manusia sebagai ilham. Keempat-empat aras dibahagikan mengikut simbol warna yang diperlambangkan dengan alam semulajadi yang melingkungi manusia. Aras Satu bertemakan warna kuningjingga melambangkan tanah dan akar. Aras Dua mengambil tema warna tona merah darah, lambang kepada kehidupan yang berjalan di muka bumi. Aras Tiga pula bertemakan warnawarna kehijauan mewakili tumbuhtumbuhan dan pohon-pohonan yang menemani kita manakala Aras Empat berlambangkan warna biru iaitu langit yang menaungi kita. Perlambangan setiap aras melalui tema warna ini memberi suatu tanda kunci pengenalan pada setiap aras agar para pengunjung dengan mudah dapat mengenalpasti lokasi sesuatu tempat yang dituju. Selain memberi imej yang ceria kepada perpustakaan, ia juga melambangkan pengurusan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah yang sistematik dan mesra pengguna.

ARAS 4

ARAS 3

ARAS 2

ARAS 1

06


ARAS SATU Aras satu mengambil tema warna kuning-jingga sebagai lambang warna bumi tempat kita berpijak. Umpama bumi yang di dalamnya tertanam akar umbi dan sumber nutrien kepada kehidupan di atasnya, Aras satu ini menempatkan akar tunjang pentadbiran dan asas kepada operasi perpustakaan di mana pihak pengurusan dan ruang utama berada di sini. Bermula dengan ruang pameran dan galeri, pintu masuk utama mengarah pengunjung memasuki ruang lobi dan kaunter sirkulasi. Sebahagian besar aras bawah dilengkapi dengan ruang bacaan yang memenuhi lompong setinggi empat tingkat di bahagian kiri bangunan. Terdapat juga dua bilik seminar bersebelahan dengan ruang bacaan ini. Sebuah laman gelanggang yang tidak berbumbung di tengah-tengah bangunan pula sesuai digunakan sebagai ruang membaca atau berdiskusi. Pejabat Pentadbiran Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan kaunter perkhidmatan turut ditempatkan di aras ini untuk memudahkan urusan pentadbiran dan membolehkan penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra pengguna. Kemudahan surau juga disediakan di bahagian kanan sebelum pintu masuk.

07


08


ARAS DUA Aras dua pula membawa perlambangan alam kehidupan yang diperlambangkan dengan tona kemerahan, simbol darah sebagai simbolik pertalian kekeluargaan, pengorbanan dan kesatria. Di aras ini terdapat satu ruang istimewa iaitu Galeri Raja Zarith Sofiah yang menempatkan koleksi hadiah daripada DYMM Tuanku Canselor UTM keempat. Selain itu terdapat juga Ruang Bacaan Terbuka, Bilik Perbincangan Pelajar, Bilik Mesyuarat Utama, pejabat Bahagian Automasi dan pejabat Bahagian Repositori yang memainkan peranan penting dalam mengumpul, memproses dan menyebar luas koleksi digital UTM. Aras ini juga menempatkan ruang komputer berinternet untuk kemudahan para pengunjung.

09


10


ARAS TIGA Aras tiga diperlambangkan sebagai alam pohonpohonan yang mendampingi dan memayungi kita. Oleh itu warna kehijauan dipilih sebagai warna tema bagi aras ini yang memfokus kepada aktiviti rujukan. Sebahagian besar ruang di aras ini dipenuhi dengan Koleksi Tesis, Koleksi Khas UTM dan Koleksi Lukisan Terukur. Di aras ini juga menempatkan ruang khas Research Data Management (RDM) – Show case, yang mana RDM berperanan mengumpul, memproses dan mempamer bagi menyebar luas maklumat berkaitan tokoh penyelidik UTM. Aktiviti ini meliputi pameran susur galur tokoh penyelidik tersohor UTM sehingga pencapaian tertinggi beliau. Terdapat juga Bilik-bilik Karel, Ruang Bacaan dan Bilik Perbincangan Pelajar untuk kegunaan individu dan berkumpulan. Di aras ini juga terdapat Unit Pengurusan UTMIR yang diletakkan di bawah Bahagian Repositori yang memainkan peranan penting dalam mengumpul, memproses dan menyebar luas penerbitan yang telah dihasilkan. Keistimewaan di aras ini terdapat ruang bumbung yang berpotensi dijadikan ruang bacaan dan perbincangan di masa akan datang apabila sudah di lanskapkan.

11


12


13


14


15


ARAS EMPAT Aras empat merupakan aras teratas yang menggunakan tema warna putih kebiruan lambang langit dan awan yang menjadi bumbung dan penaung kepada semua. Di aras ini ruang-ruang Koleksi Layanan Terbuka memenuhi sebahagian besar aras ini. Di sini juga ditempatkan Makmal Pencarian Maklumat, Bilik Rujukan Pangkalan Data, Bilik Tayangan Multi Media dan Unit Runding Maklumat & Penyelidikan di samping sebahagian lagi Bilik-bilik Karel. Turut berada di aras ini ialah Bilik Eksekutif, Bilik Penyelidik dan beberapa lagi ruang bacaan.

16


KONSEP REKABENTUK BANGUNAN

Secara keseluruhannya bangunan perpustakaan ini direkabentuk dengan konsep ketelusan sebagai satu simbol mesra pelanggan. Dari luar lagi ia telah bercerita tentang bilangan arasnya. Penggunaan dinding kaca yang merangkumi kira-kita 60 peratus daripada parameter bangunan memberi kesan ketelusan terhadap aktiviti di dalamnya. Bahasa senibina yang dipaparkan seolah-olah menjemput dan mengalu-alukan kunjungan semua. Ini bersesuaian dengan matlamat perpustakaan untuk menjadikan ianya sebuah pusat mesra pengguna yang gemar dikunjungi. Walaupun penggunaan kaca meliputi sebahagian besar dinding bangunan perpustakaan ini, ianya di sulami dengan penggunaan sisip-sisip aluminium untuk tujuan mengawal kadar masuk cahaya matahari ke dalam bangunan agar tidak keterlaluan. Ia bertujuan untuk menjamin keselesaan pengguna agar ruang dalam dilimpahi dengan cahaya siang yang secukupnya. Ini membantu dari segi penjimatan tenaga elektrik yang menjadikan rekabentuk perpustakaan ini sebuah rekabentuk lestari.

17


… Intai kami antara nampak …esok jangan rindu rinduan…. 18


KONSEP SUSUN ATUR RUANG Aktiviti mencari maklumat, menelaah dan berdiskusi secara intelektual kebiasaannya memberi tekanan dan memenatkan mental serta fizikal.

19

Menyedari isu ini, objektif rekabentuk Perpustakaan Raja Zarith Sofiah bukan melihat ia sebagai pusat pemerolehan maklumat dan penyelidikan semata, bahkan ia diolah sebagai ‘taman ilmu’ supaya aktiviti yang dilakukan di dalamnya bertukar menjadi aktiviti yang sihat dan menceriakan mental dan fizikal. Senibina bangunan ini digarap untuk mencapai objektif yang telah digariskan.


Susun atur ruang Perpustakaan Raja Zarith Sofiah ini diolah dengan menitikberatkan interaksi antara ruang dalaman dan ruang luaran bangunan. Konsep sebegini bertujuan untuk memaksimakan manfaatnya kepada psikologi dan fisiologi pengguna. Ruang yang mempunyai hubungkait dengan ruang luaran dapat menjadi media untuk melepaskan tekanan, meredakan kerengsaan mata dan merehatkan minda. Secara tidak langsung tata atur sebegini dapat menjemput pencahayaan siang masuk dengan secukupnya, memberi kesan pencahayaan semulajadi yang lebih menyihatkan. Zon pintu masuk disambut dengan ruang ‘transparent’ yang merupakan ruang galeri ‘hall of fame’ untuk mempamerkan pelbagai produk intelek yang menjadi kebanggaan Universiti Teknologi Malaysia. Seterusnya pengunjung dibawa merentasi ruang lobi utama yang juga merangkap ruang sirkulasi dan ruang membaca secara santai. .

20


21


Bersetentang dengan ruang lobi dan Bahagian Sirkulasi terhampar sebuah laman gelanggang iaitu ruang luaran tidak berbumbung yang dikepung oleh empat penjuru bangunan. Ia merupakan satu alternatif ruang bacaan atau ruang diskusi yang menawarkan suasana berbeza. Dari kaunter sirkulasi, pengunjung perlu membelok ke sebelah kiri untuk memilih samada untuk ke ruang bacaan terbuka atau terus naik ke atas menggunakan lif atau tangga. Ruang bacaan terbuka ini merupakan ruang bacaan utama yang mengujakan kerana ianya merupakan ruang berisipadu setinggi empat tingkat bangunan yang bersisikan dinding kaca yang memberi kesinambungan antara ruang dalam dan ruang luar lambang dunia tanpa sempadan. Ia juga menghidangkan pemandangan saujana mata memandang ke luar bangunan. Ruang ini dilengkapi dengan perabot seperti kerusi meja yang dilengkapi kemudahan sambungan ke internet dan juga perabot pelbagai warna yang ceria agar aktiviti yang dijalankan di sini terasa santai serta menghilangkan tekanan. .

22


23


Ruang-ruang bacaan disediakan di setiap aras dalam perpustakaan di sekitar ruang laluan dan sudut-sudut tertentu. Ini bertujuan untuk menghidupkan suasana perpustakaan kerana ianya akan memberikan imej yang ceria dan hidup. Setiap meja bacaan disediakan kemudahan sambungan kuasa elektrik dan juga internet bagi membolehkan penyelidik atau pelajar menggunakan komputer riba masing-masing untuk melakukan aktiviti pencarian maklumat. Keadaan ini menjadikan susana belajar dan menyelidik lebih mudah dan selesa.

24


Menjunjung Kasih‌

GALERI RAJA ZARITH SOFIAH Galeri Raja Zarith Sofiah yang berada di aras dua bangunan ini merupakan ruang istimewa yang menempatkan koleksi peribadi DYMM Raja Zarith Sofiah, Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia keempat. DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan menghadiahkan koleksi buku, album, bahan media, jurnal dan koleksi peribadi baginda berjumlah 2599 judul dan 2657 naskah. Kecintaan terhadap ilmu pengetahuan dan kepercayaan terhadap Universiti Teknologi Malaysia telah mendorong baginda menyerahkan koleksi kesayangan untuk dikongsi bersama dengan masyarakat umum.

25


GALERI KOLEKSI RAJA ZARITH SOFIAH

LIF LOBI (ARAS 2)

LIF

PELAN SUSUN ATUR GALERI RAJA ZARITH SOFIAH

26


PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN Perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah menjustifikasikan ia sebagai sebuah perpustakaan penyelidikan universiti bertaraf dunia. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah termasuk: 1. Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan. 2. Pengaksesan maklumat secara terbuka dan pelbagai. 3. Penyediaan koleksi digital (digital collection) yang meluas. 4. Repositori yang menyimpan khazanah penyelidikan UTM. 5. Pelbagai koleksi khas dan tesis samada dalam bentuk bercetak atau digital dan juga ruang rujuk tesis. 6. Ruang bacaan dalam dan luar yang menstimulasikan ilham penyelidikan. 7. Ruang seminar yang dilengkapi dengan peralatan visual. 8. Bilik Mesyuarat Eksekutif dan Bilik Mesyuarat Utama. 9. Bilik Perbincangan untuk pelajar dan penyelidik. 10. Bilik Karel untuk ruang menelaah yang lebih privasi. 11. Bilik Rujukan Pangkalan Data. 12. Makmal Pencarian Maklumat. 13. Bilik tayangan media dilengkapi dengan peralatan audio visual. 14. Research Data Management: Show-case. 15. Hybrid Auto Sorting System. 16. Kemudahan surau di bahagian kanan perpustakaan. 17. Kemudahan bilik air lelaki dan perempuan di setiap aras. AKHIR KALAM Tersergam indah memancarkan aura keilmuan, gelaran ‘Taman Ilmu’ pastinya amat serasi untuk melambangkan kedudukan perpustakaan ini dalam memastikan kesinambungan aktiviti kesarjanaan khususnya di Universiti Teknologi Malaysia. Semoga segala perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran yang disediakan dapat membantu pengguna mengakses maklumat dan mencerna ilmu dalam suasana yang kondusif.

27


Kami tidak lagi merujuknya sebagai „gedung ilmu‟. Kini kami menggelarnya “taman ilmu”

28


Perpustakaan UTM A. Bakhtiar Architect Copyright Š 2014 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan booklet ini dalam apa cara sekalipun sebelum mendapat izin bertulis daripada Perpustakaan UTM & A. Bakhtiar Architect


Kru Media, Perpustakaan UTM : Mohd Fuad Bin Mohamed Yusof | Mohd Zaidi bin Othman | Wan Jamal Bin Mohd Arif Hasbullah Bin Jalil | Mohd Azmi bin Hj Jufri


Taman Ilmu (Garden of Knowledge)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.