MP 1988 Jilid 1 Bil. 1

Page 1

Buletin Perpustakaan DBP Bil. I, Jilid I, September 1988 ISSN: 0128-1461

Koleksi Majalah Melayu Di Perpustakaan DBP D

I dalam skop pengkajian sejarah (kontemporari) antara sumber bahan yang kerap digunakan oleh para pengkaji sejarab islah sumber tulisan dan lisan. amun begitu sumber lisan bukanlah selalunya tepat dan sehrang ini semakin sukar dipungut dari pencerita yang boleh mengingati sesuatu peristiwa dengan baik. Oleh itu bahan yang dianggap autentik dari segi faktanya ialah sumbcr tulisan. Dan bah an tuJi an yang paling kcrap digunakan selalunya berupa rekod-rekod rasmi kerajaan. Namun begitu, bahan yang tidak kurang pentingnya ialah penerbitanpenerbitan sczaman. Penerbitan yang dimaksudkan itu termasuklah akhbar dan berbagai jenis majalah . Akhbar sebagai bahan sumber sejarah sudah bia a digunakan. Tetapi atu lagi bahan yang penting ebagai sumbcr sejarah ialah majalah. Majalah-majalah tersebut mengandungi kupasan-kupasan yang lebih leliti mengenai berbagai perkara yang didnggap penting olch golongan yang tertentu kerana majalah bia anya mempunyai tujuan yang khu us dan justeru itu dituiukan kepada audien

Sebahagian dari koleksi majalah-majalah berjilid yang diletakkan di bahagian rujukan .

yang tertentu tidak eperti akhbar yang ditujukan kepada semua yang kenaI huruf. Majalah dan bukan akhbar merupakan khazanah pemikiran atu- atu bangsa; lebih daripad a atu- atu golongan di dalam sesebuah negara. (Khoo Kay Kim. Maja/ah dan akhbar Me/ayu sebagai

sumber sejarah. K. Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya, 1984 m.s.

15). Satu perkara yang menarik ialah banyaknya majalah dan akhbar Melayu yang teTah diterbitkan antara tahun 1876 hingga 1968. Menurut Drs. Bersambung ke ha/aman 12

A TARA KANDUNGAN. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka : Sejarah dan peranannya Manu krip MeJayu Warisan Budaya I1mu. Koleksi khas dan Leiden dan London. Dan catatan Dokumcmtasi. .


Dati Editor Dalam perkembangan teknologi maklumat hari ini, mahu tidak mahu kita harus mengakui peranan perpustakaan turut tercabar. Perpustakaan tidak sahaja menghadapi ledakan maklumat dipelbagai bidang ilmu tetapi menghadapi saingan dari media-media komunikasi yang berupaya bertindak di luar jangkaan. Teknologi komputer yang sudah basi diperkatakan masih belum sepenuhnya dikuasai oleh perpustakaan. Lalu apakah sikap perpustakaan terhadap teknologi media komunikasi yang lebih maju seperti teletext, 'direct satellite broadcasting' dan 'High-definition TV' yang berupaya menerima dan memancarkan rancangan-rancangan TV dari seluruh dunia dalam teknologi TV yang paling moden? Bagaimanakah penerimaan kita terhadap keupayaan 'optical video disc' yang berupaya menyimpan keseluruhan 18 juta naskhah koleksi Library of Congress di dalam hanya 200 keping OVD? Dengan segala keupayaan teknologi

Sidang Redaksi:

Penasihat Editor

Jurutaip

Rohani Rustam Abdul Wahab Hamzah Aizan Mohd. Ali Zairon Joned

M utiara Pustaka diterbitkan setiap tiga bulan sekali oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803. 50926 Kuala Lumpur. Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mutiara Pustaka pertama kali terbit pad a bulan September 1988.

2

tersebut mungkinkah era perpustakaan akan berakhir? Lebih jauh dari itu apakah masyarakat negara ini telah bersedia menghadapi gelombang tersebut sedangkan program mari membaca masih terkial-kial menuju matlamatnya. Kita berharap segala cabaran tersebut tidak menjadikan tugas pustakawan menerima garis penamat. Pada waktu-waktunya pustakawan perlu membuat 'rethinking', perlu bertanya, sejauh mana tugas murni mereka selama ini mencapai matlamatnya. Ada masanya pustakawan perlu menonjolkan dirinya dicelah-celah kesibukan koperat, menyedarkan orang ramai betapa perlunya maklumat dan perpustakaan dalam menjayakan matlamat koperat, lebih jauh dari itu berusaha membina individu yang berkeupayaan. Kita sedar, tidak ramai yang mahu meluangkan masa sejam dua merayapi rak-rak buku di perpustakaan, tetapi mereka perlu disedarkan. Dalam Mutiara Pustaka keluaran ini kita memaparkan rencana tentang koleksi majalah-majalah berbahasa Melayu dari semasa sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua yang terdapat di Perpustakaan DBP. Majalah-majalah yang diperolehi melalui pembelian dan hadiah itu amat berguna sebagai bahan rujukan sosio-

budaya bangsa. Tidak dinafikan rriajalah yang pada mulanya dipertikaikan kewujudannya tiba-tiba pada hari ini menjadi bahan rujukan sarjana. Dan kami Perpustakaan DBP telah lama menyedari hakikat ini dan kami berbangga koleksi kami antara yang lengkap di negara ini. Perpustakaan DBP bukan baru wujudnya. Sejarahnya seiring dengan penubuhan DBP sendiri. Sdr. Wan Salhah dan Kamariah Abu Samah menyorot kern bali sejarah dan perkembangan Perpustakaan DBP. Imej perpustakaan DBP yang tertonjol hari ini dibina dengan segala rintangan yang tidak pernah mudah diatasi. Tetapi dengan tenaga yang ada perpustakaan DBP masih terus memainkan peranannya yang tersendiri sebagai tempat rujukan dokumentasi bahasa dan sastera Melayu yang terkenal di rantau ini dan juga di luar negeri. Kami berharap imej Perpustakaan DBP ini akan tam bah bersinar dengan lahirnya Mutiara Pustaka. Majalah kecil ini berusaha menjadi jambatan penghubung antara Perpustakaan DBP dengan anda. Insya-Allah kami akan sentiasa menemui anda 3 bulan sekali. Sehingga ilU, berkunjunglah ke perpustakaan, dalam usaha and a menambahkan pengetahuan anda.

HASSAN AHMAD: Jasamu Tetap Dikenang Setelah menabur bakti selama 25 tahun dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membina dan mengembangkan bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu, Yg. Bhg. Datuk Hassan Ahmad akan meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah untuk memulakan tugas baru sebagai Wakil Tetap! Duta Malaysia ke Pertubuhan Antarabangsa Unesco di Paris. Sebagai Ketua Eksekutif yang sentiasa berhadapan dengan masalah-masalah yang berat dan besar khususnya di dalam bidang penerbitan, Datuk Hassan tidak pernah melupakan Perpustakaan DBP. Minat beliau terhadap buku dan pembacaan telah mendorong kami di Perpustakaan untuk berazam meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan¡ dan bekerja

Cenderamata kepada Datuk Hassan Ahmad di Majlis Perasmian Pameran Hassan Ahmad. kuat untuk menjadikan Perpustakaan DBP sebuah Pusat Dokumentasi yang terkenal di dunia. Pada kesempatan ini kami dari Perpustakaan DBP, ingin merakam setinggi-tinggi pcnghargaan kepada Y g. Bhg. Datuk kerana nasi hat, tunjuk ajar serta minat beliau terhadap perkembangan Perpustakaan DBP. Kami mendoakan semoga Datuk sentiasa sihat untuk me1aksanakan tugas baru yang lebih mencabar. Wassalam.


T

Koleksi Khas dari Leiden & London Pada bulan April 1985, Puan Rohani Ru tam. Kelua Pustakawan telah membuatlawalan perolehan . ke luar negeri untuk mendapatkan bahan-bahan bahasa dan sa tera Melayu bagl tujuafJ memperkayakan kolek 'i Perpu takaan . Lawatan beliau ke kedai buku John Randall (dl London) and E.J. Brill (di Leiden) telah berjaya membawa balik enam puluh judul buku yang amat berguna kepada para penyelidik. Ke emua koleksi 101 telah siap diperbalkl . dlpro e dan juga telah dimikrofilem unluk kegunaan para penyelidik. Di sini kami memilih dua judul menarik untuk diulas. Kami berharap para penyelidik akan datang ke Perpu takaan unluk membuut kajian dan penelitian selajutnya lerhadap koleksi istimewa ini .

dalam tulisan jawi dan juga rumi. Terdapat banyak kesalahan dari segi penggunaan huruf Jawi dan juga ketidak selara an dalam mengeja beberapa perkataan. Sebutan atau bunyi perkataan Melayu itu adalah mengikut sebutan bahasa Inggeris. Kamus ini bolehlah dianggap di antara kamus terawal yang ditulis oleh bang a Inggeris seIepas A Dictionary English and Malaya. Malaya and English oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701. Ulasan:

HOWISON. James Dictionary oj the Malay Tongue. London: Arabic and Per ian Press, 1801.

Bahasa Melayu dalam sejarahnya memang telah lama terkenal sebagai bahasa lingua franca antara penduduk di Nusantara ini, juga sebagai bahasa perdagangan bagi sebahagian besar dunia Timur. Menyedari hakikat inilah James Howi on telah berusaha mengumpulkan kata-kata dalam bahasa Melayu dan diterbitkannya ebuah kamus Bahasa Melayu khas untuk kegunaan orang-orang Inggeris. Kamus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pada muka surat awal disertakan sebuah peta yang menunjukkan negeri-negeri yang bahasa pertuturannya ialah Bahasa Melayu. Bahagian pertama ialah daftar kata Inggeris & Melayu (English - Malay) yang bertujuan membantu mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu, mencari makna sesuatu perkataan dalam Bahasa Melayu. Bahagian kedua ialah daftar Melayu - Inggeris (Malay - English). Apabila makna perkataan Melayu yang dicari sudah dijumpai, bahagian kedua ini akan dirujuk untuk mendapatkan huraian lanjut mengenai perkataan tersebut. Dalam usaha beliau memberikan makna kepada perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu, Howison telah menulis perkataan-perkataan tersebut

kara. Sungguhpun kerja-kerja mengasingkan dokumen mengambil waktu yang panjang kerana keadaannya yang kabur, tidak bertarikh dan tidak bertandatangan, dokumen ini akhirnya telah dikategorikan mengikut perkara. Antaranya ialah: a.

Dokumen mengenai kehidupannya ema a berada di India, termasuk hal-hal perdagangan dan surat menyurat.

b.

Mengenai kehidupannya di England dari tahun 1668 sehingga 1713, termasuklah surat- urat peribadi dan akaun perbelanjaan rumah.

c.

Dokumen yang berkaitan dengan perkapalan sarna ada kapal kepunyaannya atau yang berkaitan dengan kargonya . Ini termasuklah sejarah perjalanan kapalkapal seperti ST. GEORGE. THE PROSPEROUS, THE WORCESTER, THE RISING SUN dan THE MARY GALLEY.

d.

Dokumen mengenai beberapa skim yang telah beliau cadangkan seperti penempatan baru di pantai Afrika dan South Seas, kim untuk menghapuskan lanun-Ianun yang bertapak di Madaga car, skim untuk meningkatkan perdagangan East India, kim membuka ladang gula dan nila di Jamaica dan sebagainya.

e.

Dokumen mengenai Malay Dictionary yang diterbitkannya serta hal-hal yang berkaitan. Diari perjalanannya ke Perancis, Flanders dan Holland.

Fatimah Zahrin .

TH E papers oj Thomas BOlVrey /6691713 edited by Lieut. Colonel Sir Richard Carnac Temple. London The Hankluyt Society, 1927. Thomas Bowrey merupakan seorang pedagang aktif yang telah banyak mengembara. Dalam kesibukan itu, beliau sempat meluangkan masa untuk mendalami kehidupan di negeri-negeri yang dijelajahinya. Pad a tahun 170 I, beLiau telah menerbitkan buku A Dictionary oj English and Malay yang merupakan salah satu sumber rujukan pertama bagi pedagang-pedagang Inggeris. Buku ini dibahagikan dalam dua bahagian. Bahagian pertama menghuraikan kandungan diari perjalanan Thomas Bowrey di Holland dan Flander dalam tahun 1698. Bahagian kedua pula mengisahkan perjalanan kapal The MARY GALLEY dari tahun 1704 hingga 1710. Dua ratus tahun selepas kematiannya, iaitu pada tahun 1713, sebuah peti lama yang mengandungi dokumen kepunyaannya dijumpai di sebuah perkampungan di South Worcestershire. Dokumen-dokumen ini berhubung dengan kehidupan Thomas Bowrey pada akhir abad ke-17 sehingga awal abad ke-18. Dokumen-dokumen ini terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz dan merangkumi berbagai per-

f. g.

Dokumen berkaitan dengan beberapa keluarga.

Se1ain daripada mengandungi maklumat di atas, buku setebal 398 muka suratjuga dilengkapi dengan beberapa gambarajah perjalanan Bowrey. Buku ini amat penting untuk mengesan kembali sejarah awal kedatangan Inggeris ke BerlUa Asia awal abad 17; terutama di Kepulauan Melayu. Sungguhpun buku ini dalam bentuk ejaan lama (old English), keterangan-keterangan yang ada disertakan dapat memudahkan pemahaman pembaca.

Ulasan:

Hadijah Sani

3


Manuskrip MeIayu Warisan Budaya Ilmu Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai koleksi . manuskrip Melayu yang baik. Sejumlah 177 entri manuskrip dalam bent uk tulisan tangan Jawi telah disenaraikan dalam Katalog Manuskrip Di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang dihasilkan bersempena dengan Pertemuan sehari mengenai manuskrip Melayu yang diadakan pada 10 Oktober 1983. Perpustakaan terus berusaha memperolehi manuskrip-manuskrip Melayu dari semasa ke semasa untuk memperlengkapkan koleksi manuskripnya dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Manuskrip-manuskrip yang terkumpul dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh pegawai dan penyelidik Bahasa dan Sastera di Dewan Bahas~ dan Pustaka malahan kepada para penyelidik dan penuntutpenuntut dari institusi pengajian tinggi, dalam dan luar negeri. Semenjak lun 1984 hingga kini Perpustakan Dewan Bahasa dan Pustaka telah memperolehi tambahan sebanyak 17 manuskrip Melayu tulisan tanganjawi dan ini menjadikan manuskrip yang terkumpul berjumlah 194 entri. Manuskrip-manuskrip tersebut terdiri daripada hikayat, agama Islam, syair, sejarah, undang-undang dan soal kemasyarakatan. Sebagaimana yang kita ketahui manuskrip Melayu adalah merupakan satu warisan budaya yang tidak temilai .harganya. Manuskrip yang rata-rata berusia ratusan tahun ini menjadi satu lambang peradaban Melayu yang perlu dipelihara, untuk tatapan generasi yang akan datang. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh organisasiorganisasi tertentu di negara ini seperti Arkib Negara, Perpustakaan akademik universiti, Perpustakaan Ne-

4

gara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Islam untuk mendapatkan lebih banyak manuskrip yang ada di dalam simpanan individu bagi diperlihara dan disimpan dengan cara yang selamat. Rasanya usaha sekadar menyimpan sahaja manuskrip ini tidak memadai seandainya isi kandungan manuskrip ini tidak dikaji secara mendalam. Justeru itu bagi menyebarluaskan ilmu yang terkandung di dalam manuskrip ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil satu usaha untuk menerbitkan kembali di dalam bentuk moden bagi tatapan pembaca . Sesungguhnya usaha ini telah dijalankan sejak awal lagi. Beberapa orang mahasiswa pada waktu itu yang berkecenderungan dalam hal ini telah ditugaskan untuk membuat transliterasi dengan diawasi secukupnya oleh

tenaga pakar yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak cukup sekadar itu pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melantik seorang penulis tamu (Sdr. A. Samad Ahmad) bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. Hasilnya projek ini cukup menggalakkan. Beberapa judul buku yang selama ini cuma dalam bentuk manuskrip bertulis tangan telah diterbitkan . Antara judul-judul penting ialah: Hikayat Amir Hamzah .of Hikayat Bakhtiar Hikayat Pendawa Lima Hikayat Bongsu Pinang Peribut Hikayat Chekal Weneng Pati ./ Hikayat Ganja Mara Jlikayat Hang Tuah Hikayat Inderaputera Hikayat Iskandar Zulkarnain ./ Hikayat Ken Tambohan Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma flikayat Omar Ummayah./ Hikayat Panji Semirang Hikayat Parang Puting ~ Hikayat Sepurna Jaya Hikayat Ser; Rama Ilmu Perubatan Melayu Kerajaan Johor-Riau Peluru Petunang Oleh :

Raja Masittah & Idros SKamsuddin

Sasterawan A. Samad Ahmad sedang menyalin manuskrip Hikayat Amir Hamzah.


LAPORAN PERSIDANGAN

Seminar Kebangsaan Akhbar dan Majalah di Malaysia A

khbar dan majalah adalah perakam sejarah sesuatu ba ngsa dan negara. Begitu penlingnya peranan media le rsebut, salu seminar Kebangsaan Akhbar dan Majalah di Malaysia telah diadakan pada 25-28 lanuari 1988 di U niversi ti Kebangsaan Malaysia. Seminar yang bertemakan ' Pembinaa n Tmej dan Pembangunan Masyarakat' itu telah dirasmikan oleh Y.B. Encik Anwar Ibrahim, Menreri Pendidikan Malaysia. Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangk an oleh ahli akademik dan wartawan. Selain memperlihatka n peranan a khbar dan majalah sebagai sumber historiografi, kertas-kertas kerja itu juga membicarakan soal-soal sosio-ekonomi, rn a alah ras, kesedaran politik, keagamaan dan soal nasionalisme Melayu. Kertas-kertas kcrja yang telah dibentangkan itu ialah: I. Media sebagai warisan negara - A. Sam ad Ismail 2. English Newspapers in Malaya 1900-194 1: History and Historiogra phy - Prof. Dato' Khoo Ka y Kim 3. Koleksi akhbar dan majalah di Arkib egara - Puan Habibah Zon 4. Akhbar dan majalah ditinjau daripada sudut pensejarahan Melayu - Prof. Madya Tuan Hj . Muhd. Yusof Ibrahim 5. Akhbar dan majalah agama sebelum perang: Sumbangan dan peranannya dalam perkembangan masyarakat. - Dr. Mohd. Sarim bin Hj. Mustajab 6. Persuratkhabaran Melayu Abad ke-19: Perkembangannya di Ranlau Melayu - Prof. Madya Dr. Ahmat Adam 7. Perkcmbangan akhbar-akhbar Cina di Malaysia - Encik Tang Eng Teik 8. Teori Kolonial dan Isu Kemunduran Peribudi daIam akhbar dan majalah Melayu 1920-1941. - Encik Abdul Ghapa Harun

9.

10. II. 12.

13.

14.

15.

16.

17.

Sejarah dan Perkembangan akhbardan majalah India sebelum dan selepas Merdeka dan sumbangan Duta peranannya dalam masyarakat India . - Encik Krishnan s(o Maniam Persuratkhabaran dan masalah hubungan kaum di Malaysia sebelum dan selepas merdeka . - Encik Ahmad Nazri Abdullah Ekonomi masyarakat Melayu tahun 1930-an melalui akhbar Melayu: Satu kajian awal. - Prof. Madya Encik Mohd. Amin Hassan Pemikiran tokoh-tokoh wartawan Melayu 1930-an mengenai pembinaan masyarakat Encik LatiIT Abu Bakar Fajar Sarawak dan Utusan Sarawak sebagai peniup semangat kesedaran dan perpaduan orang-orang Melayu di Sarawak. - Dr. Sabihah Osman North Borneo News and Sabah Times wadah sastera Melayu moden di Sabah sebelum merdeka . - Dr. Ungku Maimunah bt. Mohd. Tahir Kebebasan akhbar di Malaysia: SalU tinjauan undangundang Prof. Madya Datuk Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid Perkembangan Industri persuratkhabaran di Malaysia : Tinjauan Khusus kepada The New Straits Times . - Encik A. Kadir lasin Industri persuratkhabaran dengan tinjauan khusus terhadap Utusan Melayu - Encik Chamil Wariya

Kertas kerja tersebut boleh and a rujuk di Perpustakaan. Aizan Mohd . Ali

Seminar Dunia Melayu 1988 Usaha mengukuhkan lagi kewujudan bangsa da n bahasa Melayu dibicarakan secara khusus di dalam Seminar Pertemuan Dunia Melayu pada 24-25 lanuari 1988 lalu. Seminar dua hari ini telah diadakan di Alor Setar Kedah Darulaman dengan tema Dunia Melayu dalam Tamaddull Sejagat . Sebanyak 8 kertas kerja telah dibentangkan di dalam seminar tersebul. Kertas-kertas kerja tersebut ialah: I.

2. 3.

Dunia Melayu dan tersebar luasnya rumpun bangsa Melayu - Wan Hashim Wan Teh Brunei Darussalam dalam konteks dunia Melayu - Juwawi Hj. Ahmad Filipina dalam konteks dunia Melayu - Guillermo Q. Roman

4. 5. 6. 7. 8.

Patani dalam konteks dunia ~elayu - Warawit Baru (Ahmad Idris) Singapura dalam konteks dunia Melayu - Hj. Muhammad Arirr Ahmad Aceh dalam konteks dunia Melayu - Darwis A. Soelaiman Kerjasama kebudayaan dalam hubungan Indonesia - Alfitra Salam Perancis (Barat) melihat Dunia Melayu - Laurent Metzger

Kertas-kertas kerja tersebut boleh anda dapat dari Perpustakaan anda . Che Ros Rahim

5


Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka - Sejarah dan Peranannya Gerakan pelopor kesusasteraan tanahair banyak memberi dorongan ke atas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Angkatan Sasterawan 50 telah mengemukakan memorandum penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pusat usaha dan tenaga untuk memaju dan memperkayakan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan. ASAS 50 juga turut mengusulkan supaya diujudkan "perpustakaan kebangsaan yang mengandungi segala jenis buku dari segala bahasa yang difikirkan mustahak". Berikut dari memorandum ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pad a bulan Jun 1956 di Bukit Timbalan, Johor Baharu, bertempat di pejabat kerajaan Negeri Johor. Perpustakaan merupakan sa lah satu bahagian yang terawal di tubuhkan bertujuan untuk membantu bahagian penerbitan. Oleh itu sejarah Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka boleh dikatakan telah berkembang sejajar dengan usia organisasi induknya. Ketika itu Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka diketuai oleh Allahyarham Che Sulaiman Hamzah hingga Mac 1957. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Jalan Young, Kuala Lumpur pada 11 Mei 1957, perpustakaan turut dipindahkan dan ditempatkan di bahagian depan bangunan Pejabat Orang Asli. Pada ketika itu perpustakaan beroperasi di dalam ruang kerja yang berukuran

60¡5 meter persegi . Bermula dengan koleksi yang berjumlah 4,671 naskhah, perpustakaan berkembang dengan keadaan yang mantap. Peruntukan yang diperolehi hanyalah berjumlah $12,350.00. Kegiatan perolehan buku telah diusahakan apabila majalah 'Jurnal of EastAsiatic Studies' dibeli dari University of Manila. Seterusnya majalah-majalah bahasa diperolehi dari penerbit Amerika dan United Kingdom. Oleh kerana koleksinya masih kecil, maka semua buku dijadikan bahan rujukan dan tidak dipinjamkan. Kegiatan perpustakaan begitu aktif memenuhi permintaan dengan mengadakan pameran buku di beberapa buah negeri. Pada awal tahu-n enam puluhan perpustakaan telah menambah bilangan kakitangannya, iaitu seorang jurutaip dan seorang penyelenggara pejabat. Ketika ini belum ada lagi perpustakaan khas dan lengkap untuk buku-buku bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu ditubuhkan di Pers~kutuan Tanah Melayu selain dari Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh yang demikian selain daripad a berfungsi membantu kegiatan penerbitan, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga dibuka untuk kegunaan orang ramai. Disebabkan kekurangan kakitangan, bukubuku hanya dipinjamkan kepada orang-orang tertentu dari jabatanjabatan kerajaan, Universiti Malaya

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di tahun

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka sekarang' yang terlengkap.


In

1960, terletak di lalan Young, Kuala Lumpur.

19 - Koleksinya di bidang bahasa dan sastera antara

dan sekolah -sekolah sahaja. Dalam masa empat tahun sahaja, koleksinya telah meningkat kepada 10,334 judul. Perolehan bertambah dengan termaktubnya Undang-Un dang Pemeliharaan Buku 1967 yang menyenaraikan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerima terbitan Malaysia di bawah peruntukan akta ini. Menyedari akan banyaknya mak lumat kesusasteraan bahasa dan kebudayaan Melayu tersiar di akhbarakhbar, maka Ketua Perpustakaan (Allahyarham) Syed Ahmad b. Ali telah mengambil langkah untuk memikrofilemkan akhbar berbahasa Melayu . Usaha ini dibuat dengan kerjasama Arkib Negara dan universiti-universiti tempatan. Bahan - bahan lama seperti manuskrip turut dikumpulkan. Pada tahun 1971 , Perpustakaan dengan aktifnya mengumpulkan novel - novel Melayu sebelum Perang Dunia II . Bahan-bahan bernilai ini perlu dipelihara dan disimpan sebagai khazanah maklu mat sastera negara . Pada tahun 1977 Un-it Dokumentasi Sastera dari Cawangan Kajian Sastera telah dipindahkan ke Perpustakan dan perpustakaan mengambil alih tugas-tugas Cawangan Kajian Sastera. Ko leksi utamanya ialah pita rakaman cerita rakyat, keratan akhbar dan failfail penul is. Tugas utama unit ini ialah mendokumentasikan maklumat bahasa dan sastera khususnya bahasa dan sastera Melayu tempatan dan luar negeri . Setahun kemudian Bilik Bahan pula (iaitu koleksi gambar foto, sela id) dipindahkan dari Unit Seni foto ke Perpustakaan. Dengan tambahan peralatan pandang dengar (pita rakaman, video, filem, mikro fom ) perkh idmatan Bilik Bahan ini dipertingkatkan sebagai Unit APD (Alat Pandang Dengar) . Kini Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perpustakaan khusus dalam bidang bahasa dan sastera Melayu yang ulung di tanahair. lanya berperanan sebagai pusat dokumentasi dan pusat warisan bahasa dan sastera selain daripada bertanggungjawab membantu kegiatan-kegiatan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rancangan-rancangan penyelidikan bahasa, sastera, terjemahan dan penerbitan. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai koleksi bahasa, sastera dan kebudayaan yang boleh dikatakan terlengkap

jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Koleksi nya merangkumi buku dan juga bahan bukan buku seperti fail-fail keratan akhbar, bahasa, sastera dan kebudayaan, fail penulis tempatan dan luar negeri, cenderamata, pita video, kaset, ril, gam bar foto, selaid dan juga mikrofilem. Dalam usia 32 tahun, koleksi buku perpustakaan telah mencapai ke angka 100,000 naskhah, merang kumi berbagai bidang khususnya bidang bahasa, sastera dan kebudaya an Melayu. Selain daripada menyediakan bahan untuk para pe nyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga bertanggungjawab menyediakan bibliografi apabila diperlukan dan diminta. Unit Doku mentasi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan untuk majalah - majalah indeks Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya. Di samping itu semua bahan atau artikel mengenai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dalam majalah berbahasa Malaysia juga di indeks untuk memudahkan para pe nyelidik. Selain daripada memberikan per khidmatan rujukan kepada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dibuka kepada para penyeli dik luar yang berdaftar yang ingin membuat kajian dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Sesuai dengan perkembangan teknologi moden, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga sedang berusaha untuk mengkomputerkan sistem perpustakaan keseluruh annya. Pada peringkat awal ini Unit Katalog diberi keutamaan untuk meng.komputerkan sistem peng katalogannya. Sistem perpustakaan berkomputer ini akan meliputi se mua operasi di Unit Perkhidmatan Teknik dan Perkhidmatan Pembaca . Perkembangan ini akan menjadikan Perpustakaan sebagai pusat maklumat dan pangkalan data bahasa dan sastera Melayu bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara. Oleh Kamariah Abu Samah Wan Salhah Hj . Megat Ahmad


Dari Catatan Dokumentasi Pertubuhan Bahasa dan Sastera Mendokumentasikan karya-karya bahasa dan sastera Melayu adalah usaha penting yang dilakukan oleh Perpustakaan DBP melalui Unit 00kumentasinya; selain daripada koleksi buku, majalah, risalah, cenderamata, jurnal, mikrofilem, mikrofis, manuskrip, fail maklumat amat popular sekali di kalangan para penyelidik. Fail-fail tersebut terdiri daripada fail-fail penulis tempatan dan luar negeri, persatuan penulis, kegiatan bahasa dan sastera, seni dan kebudayaan, kesusasteraan asing dan fail tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam beberapa keluaran Mutiara Pus taka ini, kami akan menghuraikan satu persatu bidang ini untuk memudahkan usaha penyelidikan yang sedang dan yang akan dijalankan oleh para penyelidik. Bidang pertama yang cuba disentuh ialah fail Pertubuhan Bahasa dan Sastera. Kelahiran pertubuhan bahasa dan sastera Melayu sebelum Perang Dunia Kedua mempunyai hubungan erat dengan sejarah pergerakan kebangsaan Melayu. Kesedaran kepersatuan wujud di kalangan orang-orang Melayu kerana rasa insaf segelintir cendiakawan Melayu yang telah mendapat pendidikan. Bermula dari 1888 apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor, berbagaibagai pertubuhan bahasa dan sastera telah lahir di negara ini. Kelahiran pertubuhan ini sedikit sebanyak telah berupaya meningkatkan lagi perkembangan bahasa dan sastera tanahair. Segala maklumat ten tang pertubuhan ini perlu dikumpul sebagai bahan dokumentasi yang penting dalam perkembangan bahasa dan sastera Melayu.

8

Sejauh ini, maklumat pertubuhan setiap negeri yang tersimpan di perpustakaan adalah seperti berikut: Perlis-2, Kedah - 7, Perak - 10, Pulau Pi nang - 2, Selangor - 15, Melaka - 6, lohor - 4, Pahang - 2, Terengganu - 3,

Kelantan - 5, Wilayah Persekutuan - 9, Sabah - 6, Sarawak - 7, Negeri Sembilan - 3, Singapura - 2, dan Brunei - I. Oleh: Idros Samsudin

Sewaktu penubuhan PENA. 12.2. 1961.

Bergarnbar rarnai selepas penubuhan PENA, 12.2. 1961.


CATATAN BUKU MASTERS, Anthony Literary agents: the novelist as spy Oxford : Basil Blackwell, 1987

Novel-novel yang mengisahkan dunia perisikan merupakan buku-buku yang popular dalam abad ke-20. Buku setebal271 halaman ini bukan saja cuba meninjau keintelektualan 13 novelis terkemuka yang telah dianggap sebagai penulis perisik, tetapi juga mengandungi biografi ringkasan setiap novelist. Mereka cuba memindahkan pengalaman masing-masing ke dalam karya tersebut hasil dari tugas yang disandang sebelum itu. Bermula dari novelis John Buchan semasa Perang Dunia Pertama sehingga dilantik sebagai Pengarah golongan intelek. Kemudian kisah Somerset Maugham yang akhimya dilantik sebagai agen perisik dan dihantar ke Switzerland dan Rusia. Semasa Perang Dunia Kedua, Makolm Muggeridge dan Graham Greene telah menganggotai M 16 dan dihantar pula ke Afrika. Begitu juga dengan Ian Fleming, Howard Hunt, John Ie Carre dan lain-lain lagi . Walaupun mereka ini bukan penulis pada asalnya, tetapi dari pengalaman mereka sebagai perisik telah membantu mereka menghasilkan novel-novel perisikan. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh novelis tanahair dan juga peminatpeminat novel berbentuk perisikan.

CRYSTAL, David The Cambridge Encyclopedia of language. Cambridge: Cambridge University Press, 1987. Memandangkan kurangnya bukubuku bagi sumber maklumat seperti ensiklopedia dalam bidang bahasa, maka kemunculan buku ini sangatlah berguna bagi ahti bahasa dan penyelidik bahasa. Ensaiklopedia ini tidak disusun mengikut abjad, tetapi telah disusun mengikut II topik utama dan dibahagikan pula kepada beberapa sub, topik sebagai rujukan pada beberapa

sub-topik . sebagai rujukan silang. Topik-topik tersebut ialah: I. Falsafah bahasa (konsep, teori kewujudan bahasa) 2. Bahasa dan identiti 3. Struktur bahasa 4-6. Unsur-unsur perantaraan bahasa (Dengar, cakap, tutis, baca, bahasa isyarat dan Ii hat) 7. Bahasa kanak-kanak 8. Hubungan di antara bahasa, akal budi dan kecacatan 9-10. Bahasa-bahasa di dunia II .

Bahasa dan komunikasi

Selalunya buku-buku linguistik agak bosan untuk dibaca oleh mereka yang bukan ahli bahasa. Berlainan sekati dengan buku ini. Cara David Crystal memberikan analisanya yang jelas dengan penggunaan bahasa yang indah menjadi tarikan untuk kita membaca lagi tentang teori linguistik. En aiklopedia setebal471 halaman ini mempunyai bibliografi yang sangat bermakna untuk rujukan di samping adanya indeks perkara, indeks pengarang, glosari linguistik yang ekstensif serta jadual bahasa yang terdapat di dunia beserta dengan jumlah penuturnya . Yang menarik di sini, Bahasa Melayu digolongkan sebagai Bahasa Austronesia dan dituturkan oleh sejumlah 10 juta orang di Malaysia. Singapura. Brunei, Thailand, Sumatera Jawa dan kawasan sekelilingnya . Baha a Melayu sebagai bahasa kedua mempunyai jumlah penutur antara 100-160 juta orang, yang dinyatakan di dalam jadual bahasa dunia. Selain itu Bahasa Tndonesia disenaraikan juga berasingan daripada Bahasa Me\ayu, mempunyai jumlah penutur 30 juta. Bahasa-bahasa Jawa, Sunda, Batak, Minangkabau juga diberi entri yang berasingan. Rekabentuk buku ini sungguh menarik dan sangat selesa untuk dibaca.

ST AND ERA, Old rich The electronic era of pl(blishing : an

overview of concepts. technologies and methods B. Amsterdam : Elsevier, 1987. Penerbitan secara elektronik merupakan satu bidang yang semakin penting di dalam industri penerbitan . Buku ini cuba mengupas secara menyeluruh konsep teknik dan kaedah penerbitan secara elektronik bagi bahan bercetak dan bukan bercetak. Buku ini juga meneliti gay a di dalam teknologi penerbitan elektronik dan kesannya, serta meramalkan peranan yang bakal dimainkan oleh cara penerbitan ini dalam menentukan masa depan industri penerbitan. Buku ini banyak menggunakan angka-angka dan carta untuk menjelaskan konsep-konsep utama , carta perkembangan industri penerbitan dari awal dan unsur-unsur di dalam proses perkembangan tersebut. Buku ini menyediakan lebih 500 istilah penerbitan sebagai panduan para pembaca. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan dan ahli sains komputer sesuai sekali membaca buku ini. CA TRIONA, Picken The business of trans/at ion and interpreting. London : ASLIB, 1987. Buku ini merupakan himpunan kertas yang dibentangkan di persidangan tahunan yang pertama Tnstitut Penterjemahan dan Interpretasi, London pad a tahun 1987. Kertas kerja ini meliputi permintaan masyarakat terhadap peranan penterjemah/penginterprestasi ; 1atihanlatihan ikhtisas; aktiviti-aktiviti awal dalam kerja-kerja terjemahan; imej kerjaya tersebut; bagaimana agensi atau organisasi penterjemahan dan menginterpretasi boleh diurusniagakan. Tiga judul yang di atas ini boleh didapati dari perpustakaan anda .

Ulasan: Che' Ros A. Rahim

9

L


Berita Berita Berita Berita Seminar /Kursus/Ceramab 24-25 Jan 1988: Puan Che Ros telah menghadiri Seminar Pertemuan Dunia Melayu di Alor Setar yang bertemakan 'Dunia Melayu dalam tamaddun sejagat'. 25-28 Jan 1988: Puan Aizan & Puan Hadijah Sani Ahmad telah menghadiri Seminar Kebangsaan Akhbar dan Majalah di Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh ahli akademik dan wartawan. 14-23 Mac 1988: Encik Idros telah berpeluang menghadiri kursus Regional Training Program on Information Consolidation di Institute of Public Enterprise, Hyderabad, India. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pustakawan mengenai kaedah-kaedah pengun:tpulan maklumat dan penyebarannya kepada para penyelidik. 17 Mac 1988:

Encik Nik Aman telah mengikuti kursus Setting up a video production facility di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan para peserta mengenai alat kelengkapan produksi secara amatur hingga ke tahap profesional.

25 Mac 1988: Puan Norma dan Puan Fatimah Zahrin telah menghadiri Seminar Sumber-Sumber Maklumat di Malaysia, di Universiti Malaya. Di seminar ini Puan Rohani dan Puan Che Ros ,teJah membentangkan kertas kerja berjudul 'Sumber-sumber maklumat di Malaysia: bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu'. 26 Mac - 8 April 1988: Puan Wan Salhah telah mengikuti kursus mengenai pembentukan Pengkalan Data Maklumat dengan Perisian CDS/ISIS di Universiti Utara Malaysia.

10

3 Jun 1988: Puan Rohani menerima undangan untuk memberi ceramah bertajuk Tahun Pembaca ke arah Masyarakat Malaysia yang berpengerahuan atau berilmu di Sekolah Menengah Perempuan St. Mary, Kuala Lumpur. 4 Jun 1988: Encik Abdul Wahab telah memberi ceramah bertajuk Penubuhan Perpustakaan di rumah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Periis, di Kangar. 6-8 Jun 1988: Puan Fatimah Zahrin berpeluang mengikuti Bengke/ Pengurusan kata anjuran Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat, ITM. Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengendalian komputer khususnya penggunaan wordstar. 8 Jun 1988: Puan Aizan telah memberi ceramah bertajuk Pustakawan sebagai satu profesian di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru sempena Minggu Gerakan Membaca dan Gerakan Cintailah Bahasa Kita anjuran sekolah tersebut.

16-18 Jun 1988: Perpustakaan mengadakan pameran bertajuk 'Sejarah Dalam Karya Kreatif bersempena dengan pelancaran buku drama berjudul Sungai Karak Wan Mat Saman karya Y.B. Tan Sri Muhammad Zahir Ismail. Pelancaran buku ini dirasmikan oleh Y .A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed. Julai 1988: Sempena dengan Majlis Perpisahan Yg. Bhg. Dato' Hassan Ahmad, Ketua Pengarah DBP, perpustakaan akan mengadakan satu pameran khas mengenai perjuangan dan ketokohan beliau semasa di DBP tidak ketinggalan penglibatan beliau dalam dunia penerbitan buku. Perlantikan

2 Jan 1988: Encik Ahmad Nazri melaporkan diri untuk bertugas sebagai Penyelenggara Pejabat (semen tara) dan ditempatkan di Unit Dokumentasi . 3 Mei 1988: Encik Azhar Ismail melaporkan diri untuk bertugas sebagai Kerani Rendah (semen tara) dan kini ditempatkan di Unit Perkhidmatan .

Bersara Pertukaran

22 Jun 1988: Perpustakaan telah mengadakan satu jamuan perpisahan untuk Puan Salmah yang mula bersara pad a 24 Jun 1988.

Pameran 2 April 1988: Perpustakaan mengadakan pameran sempena Majlis Memperingati AlIahyarham Profesor Ismail AI-Faruqi yang teJah dirasmikan oleh Y.B. Sdr. Anw~r Ibrahim di Balai Seminar. Majlis ini adalah anjuran DBP dan Akademi Sains Islam Malaysia. Beberapa buah buku hasil tulisan Allahyarham dan buku-buku mengenainya telah dipamerkan.

15 Jan 1988: Encik Omar bertukar ke Bahagian Kewangan dan Encik Zulkifli Kamaruddin pula ke Perpustakaan.

1 Mac 1988: Puan Ainon bertukar ke Bahagian Pentadbiran dan Puan Zalila pula bertukar ke Unit Perhubungan Awam. Puan Sofiah dan Cik Zawyah ditugaskan ke Perpustakaan mulai tarikh ini.

Latihan AmaH 23 Mei-25 Jun 1988: Cik Fauziah lobar dari Kajian Sains Bersambung k e halamall I J


Koleksi Pita Video Aplikasi alat-alat pandang dengar . atau 'audio-visual adalah satu tahap kemajuan di dalam teknologi penyebaran maklumat perpustakaan . Keberkesanan maklumat melalui teknologi ini jelas terbukti kerana ia dapat mempengaruhi tumpuan perharian seseorang pengguna melalui de ria pandangan dan pendengaran . Perpustakaan DBP tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi ini . Mulai akhir tahun 1985 perpustakaan telah memulakan tugas rakaman video dan secara langsung mewujudkan koleksi dokumentasi pita video khusus dalam bidang bahasa. sastera dan kebudayaan . Terdapat juga pita video yang dibeli atau dipinjam daripada koleksi perpustakaan lain. Bertolak dari itu unit rakaman video perpustakaan telah menjalankan kegialan merakam semua kegiatan-kegiatan yang berkaitan tentang bahasa, sastera dan kebudayaan di sekitar DBP ataupun yang melibatkan DBP. Tidak ketinggalan juga kegiatan-kegiatan seperti buku, pertemuan keluarga DBP dan peristiwa-peristiwa penting dirakamkan untuk tujuan dokumentasi. Sehingga akhir bulan J un 1988, perpustakaan telah mempunyai koleksi sejumlah 264 judul utama pita video. Boleh dinyatakan juga bahawa ia termasuk koleksi rakaman video rancangan-rancangan televisyen yang berkaitan ten tang bahasa dan sastera. Dar; halamall 10

Kesetiausahaan, ITM telah menjalani latihan amali di Perpustakaan.

6 Jun - 3 Sept. 1988: Cik Aminah Abdullah Sani dan Cik Nihayah Hj. Ebni Hajar dari Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat. ITM sedang menjalani latihan amali.

Walaupun koleksi ini tidak begitu besar. namun ia merupakan koleksi penting di bidang bahasa dan sastera Melayu dalam bentuk video yang terdapat di Malaysia. Antara kegiatankegia tan yang dirakam ialah ucapanucapan sewaktu perasmian seminar, bengkel dan sesuatu kempen. Sebilangan dari pembentangan kertas kerja dan ceramah dirakam mengikut kepentingan dan atas permintaan. Kegiatan-kegiatan lain termasuklah drama pentas, pembacaan puisi, pelancaran buku. aktiviti keluarga DBP, Gerakan Membaca dan lain-lain lagi. Untuk memudahkan akses kepada bahan istem kad indeks disediakan untuk para pengguna. Entri indeks lersebut adalah mengikut taju~ peristiwa . Pita video boleh ditonton di perpustakaan atau dipinjam oleh kakitangan DBP untuk tempoh seminggu. Antara judul-judul menarik bagi tahun 1988 ialah:

I. Cover to Cover Persembahan video yang menunjukkan proses penerbitan buku termoden di Eropah bermula dari proses pra-penerbitan hingga ke pemasaran buku.

komedi arahan dan karya Khalid Salleh. Antara pelakon utama ialah Ahmad Tarmimi Siregar.

4. Manifestasi Tiga Seni Persembahan gabungan antara tiga seni iaitu puisi, lukisan dan lagu. Antara pen yair dan artis terkenal ialah Zaihasra, Kemala. Kumpulan Harmoni dan Kopratasa. 5. Majlis pelancaran buku 'Sungai Korok Wan Mat Saman' oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Satu majlis pelancaran buku yang unik di mana sebuah pementasan drama yang menarik diadakan dipetik dari isi buku drama yang dilancarkan.

2. Book of Science/Kitab Allah: satu pandangan baru mengenai sains Menceritakan hubungan sains dengan kejadian Allah. 3. Drama Si Bereng-Bereng Sebuah persembahan dramalari

Oleh: Nik Aman Nik Yusuf.

Hospital Besar, Kuala Lumpur.

Kembali ke Rahmatullah

13 Februari 1988:

7 Mac 1988: Seluruh kakiJ:angan Perpustakaan seperti terpaku mendengar berita kemati an seorang kakitangan Perpustakaan. Berita yang sungguh memilukan ini dirasakan semacam mimpi kerana satu hari sebelumnya beliau masih mampu memberikan senyuman terakhir buat kami semua. Itulah, kernbalinya Allahyarham Puan Habsah bt. Abdul Hamid seorang penjilid dengan meninggalkan dua orang cahaya mala. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Encik Zulkini Abu Bakar telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata (perempuan) pertama.

17 Mac 1988:

Cahaya mata '

Encik Zaharuddinjuga telah dikurniakan seorangcahaya mata (perempuan) pertama.

2 Januari 1988: Puan Fatimah Zahrin telah mendapat seorang cahaya mata (Ielaki) ketiga di

31 Mac 1988: Puan Zaharah telah mendapat cahaya mata (Ie\aki) kedua.

II


Dari halaman I

A.M. Iskandar dalam bukunya Persuratkhabaran Melayu 1876-1968 terbitan DBP, 1973, tidak kurang dari 40G judul majalah telah diterbitkan. Kecenderungan orang-orang Melayu menerbitkan majalah merupakan satu fen omena yang sangat menarik, yang jelas memperlihatkan aliran intelektualisme di kalangan mereka. Sungguhpun ban yak majalah yang diterbitkan itu tidak panjang usianya, tetapi kemunculan penerbitannya pada masa-masa tertentu jelas mencerminkan pergolakan pemikiran masyarakat setempat pad a waktu itu. Menyedari betapa pentingnya periman majalah-majalah tersebut Perpustakaan DBP telah mengambil usaha mengumpulkan dan menyimpan penerbitan-penerbitan tersebut. Majalah-majalah yang diperolehi sarna ada melalui pembelian dan hadiah dari orang perseorangan disimpan dengan baik, dijilid (yang rosak diperbaiki) dan dimikrofilemkan. Mengikut senarai yang diberikan oleh Drs. A.M. Iskandar Haji Ahmad dalam Persuratkhabaran Melayu (1876- 1968) koleksi majalah sahaja yang terdapat di Perpustakaan DBP adalah tidak kurang dari 178 judul.

Koleksi majalah Melayu di Perpustakaan DBP kian bertambah. Tidak kurang dari 248 judul telah dikumpulkan setakat ini. Pecahan judul-judul tersebut adalah seperti berikut: sebelum 1945, terdapat 40 juduJ. ludul majalah yang terawal dalam koleksi Perpustakaan DBP ialah AI-Imam (terbit 1906 - terbit selepas majalah Khizanah Af-I1um, 1904 - dianggap majalah yang pertama kali terbit).

"AI-Imam", antara majalah yang terawal diterbitkan di Tanah Melayu.

Selepas 1945, tidak k urang dari 208 judul majalah telah dikumpulkan. Kesemua koleksi majalah tersebut telah diperolehi melalui hadiah dari koleksi persendirian Encik Othman Khamis, Encik Hassan Sahat dan Encik Asraf. Perpustakaan juga telah membeli koleksi majalah dari Encik

Fakharuddin dari Singapura. Untuk memastikan keselamatan majalah-majalah tersebut, usahausaha memikrofilemkan telah dilakukan . Set<>.kat ini lebih daripada 80% telah dimikrofilemkan. Untuk majalah yang telah dijilid, koleksi majalah tersebut boleh dirujuk di Bahagian Rujukan, Perkhidmatan Perpustakaan. Sekarang ini pihak perpustakaan sedang menyediakan satu senarai majalah yang ada di dalam koleksi kami. Usaha penerbitannya sedang dirangkakan pada hujung tahun ini. Jelas, majalah dan akhbar Melayu adalah bahan yang sangat mustahak yang memungkinkan pandangan secara langsung terhadap perkembangan, pergolakan .dan perubahan yang berlaku sepanjang masa dalam masyarakat Melayu. Sebarang kajian terhadap perkembangan intelektual di kalangan orang-orang Melayu pada suatu tahap masa, majalah adalah sumber yang tidak harus ditinggalkan. Oleh: Abd . Wahab Hamzah Aizan Mohd. Ali

Sclamat Datang Ketua Pengarah Baru - Tuan Haji Jumaat Dato' Mohd. Noor

6.9.1988 : Hari pertama menjejakkan kaki ke DBP sebagai Ketua Pengarah.

Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 September 1988 merasa bertuah menerima kehadiran Ketua ,Pengarah Baru, Yang Berbahagia Tuan Hj. lumaat bin Dato' Mohd. Noor, sebagai menggantikan Datuk Haji Hassan Ahmad yang kini berkhidmat di Paris.

12

Yang Berbahagia Tuan Hj. Jumaat bukanlah muka baru di kalangan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah memegangjawatan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1978 hingga 1982. Dilahirkan pad a 20 November 1936 di Batu Pahat lohor. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, Bandar Pcnggaram, Batu Pahat dan seterusnya mendapat pendidikan menengah, di sekolah Tinggi Batu Pahat. Beliau memasuki Universiti Malaya (1961-63) hingga memperolehi ijazah sarjana muda dan memperolehi ijazah sarjana dalam bidang 'Teacher Education di University of Philippines' ( 1969-1970). Sebelum memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan

Pustaka, jawatan beliau yang akhir ialah sebagai Pengarah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan. Sebaik memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah, yang Berbahagia Tuan Hj. Jumaat telah melakukan lawatan ke Perpustakaan pada 8 September. Beliau telah diberikan pe- " nerangan oleh Ketua Pustakawan Puan Rohani Rustam ten lang kemajuan dan juga beberapa masalah Perpustakaan. Pihak Perpustakaan dan keseluruhan Dewan Bahasa dan Pustaka, percaya dengan pengalaman Tuan Hj. Jumaat yang begitu luas, Dewan Bahasa dan Pustaka akan lebih berjaya dan gemilang dalam peranannya memajukan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.