RM2.50
10.09 - 23.09.2010 Edisi Kelapan September 01-14 SYAWAL 1431H
BILANGAN: 08/2010
Kontrovasi agama Obama
Kami sidang Transisi mengucapkan
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
kepada semua pembaca budiman.
Akhbar Nasional Dwimingguan
www.transisi.com.my
KENYATAAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menyokong pembinaan masjid di tapak serangan 11 September 2001 mencetuskan kritikan rakyat dan pembangkang AS mengenai status sebenar agama beliau. Hasil tinjauan pendapat menunjukkan satu daripada lima penduduk AS menganggap Obama beragama Islam dan jumlah tersebut mencatatkan peningkatan berbanding tahun terdahulu. Namun, sesetengah pihak mendakwa spekulasi tersebut timbul akibat rasa tidak puas hati terhadap prestasi kerja Obama sejak menduduki Rumah Putih.
>> Muka 34
Umno
PAS Oleh Mohd Azhan Othman
Muafakat
Aidilfitri Sekarang anda boleh memiliki Ijazah
KEMAAFAN dan persaudaraan adalah manifestasi agung Aidilfitri terhadap umat Islam seantero dunia. Masyarakat Islam pada hari berbahagia ini sanggup mengetepikan perbezaan fahaman dan ideologi masing-masing dan dengan rela saling berjabat tangan memohon kemaafan. Apakah masyarakat Melayu negara ini mampu melihat signifikasi kedatangan Syawal ini dengan konsep persaudaraan dan perpaduan sesama mereka?
UUM di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur kami
lebih yakin dengan UUM
tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda... muat turun borang di:
http://www.uumkl.uum.edu.my
>> Muka 7 ungi :
an lanjut, hub
Untuk keterang
r Program, Koordinatodayah 03-2694 4228 ur Pn Noor Hi Kuala Lump ara Malaysia Abdul Aziz, Ut ti rsi ive Un Muda ja Ra lan No. 41-3, Ja Lumpur 50300 Kuala 28 42 Tel: 03-2694 9228 94 -26 03 : ks y Fa l@uum.edu.m E-mel: uumk n (DBA) n Teknologi, biran Perniagaa Doktor Pentad an, Perakaunan, Pengurusa Umum, Kewang jek (MBA) Pengurusan Pro angan, Perbankan (MSc) ) RM Kew Manusia (MH Pengurusan, usan Sumber Sarjana Pengur gurusan Perniagaan Pen Sarjana Muda [BBA (Hons)] n dengan Kepujia gurusan Awam Pen Sarjana Muda [BPM (Hons)] n dengan Kepujia unikasi Kom da )] Sarjana Mu n [BComm(Hons Ehwal Antarabangsa dengan Kepujia Pengurusan Hal *Sarjana Muda n [BIAM (Hons)] ujia Kep gan geris den m bahasa Ing *Untuk BIAM,
n dala
dapat kepujia
calon mesti men
2
ISU
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Ramai pengundi belia Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof
T
IMBALAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak berganjak untuk meneruskan usahanya membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyertai parti politik. Malah, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung isu itu disifatkan ‘batu loncatan’ buat Saifuddin, juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk memastikan ideanya itu mendapat reaksi positif. “Terdahulu, saya sudah katakan idea ini bersandarkan dua matlamat utama iaitu memenuhi hak pelajar sebagai warganegara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan mematangkan demokrasi negara dengan meningkatkan penyertaan rakyat, terutama golongan belia dan pelajar IPT seluruh negara. “Bagi matlamat memenuhi hak pelajar, ia bukan mewajibkan mereka menjadi ahli parti politik. Ia adalah melindungi hak mereka. Ini perlu dilakukan kerana pada masa ini, hak mereka dihalang oleh perundangan yang wujud di universiti berkaitan. “Idea ini bukan persoalan besar sama ada semua pelajar IPT akan menjadi ahli parti politik. Realitinya, jumlah yang ingin menyertai parti politik adalah kecil, iaitu kumpulan minoriti. Majoritinya tidak berminat, tetapi kumpulan majoriti tidak boleh menghalang pilihan yang ingin dibuat kumpulan minoriti. Apalagi dalam hal ini, pilihannya itu dijamin Perlembagaan. “Ia sama seperti sebuah sekolah yang ada kumpulan minoriti pelajar Islam. Walaupun kumpulan majoriti di sekolah itu bukan
Islam, tetapi hak beragama yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama) dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. “Justeru, kumpulan majoriti perlu benarkan kumpulan minoriti Islam memenuhi hak mereka dengan disediakan bilik solat dan guru agama,” katanya kepada Transisi, baru-baru ini. Bagi mematangkan demokrasi, kata Saifuddin, ia bersesuaian dengan cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat demokratik matang. “Ia juga bersesuaian dengan realiti, pengharapan dan tuntutan kontemporari. Kini, wujud belia dan pelajar IPT yang menolak secara skeptikal atau sinis terhadap ahli politik, parti politik dan institusi politik. Mujur mereka masih ada kepercayaan terhadap demokrasi. “Bagaimanapun, kepercayaan itu disatukan dengan harapan dan desakan supaya dilakukan reformasi terhadap demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang wujud dan diamalkan hari ini. Dalam konteks ini, kita perlu menyelami dinamika partisipasi belia dalam politik,” katanya. Menurutnya, dalam demokrasi, konsep partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar IPT ialah merujuk kepada pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan saja untuk mempertahankan fungsi institusi
sambut merdeka SAMBUTAN Hari Kemerdekaan ke-53 bertemakan ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 31 Ogos lalu melakarkan sejarah tersendiri apabila ia pertama kali diadakan di kawasan tertutup dalam stadium itu. (Dari kiri hadapan: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. demokrasi, malah untuk memantau perlakuan elit politik. “Sebagai muhasabah, kita perlu melihat keadaan dan perkembangan demokrasi kita. Persoalannya, apakah demokrasi negara ini sudah matang? Perkara ini wajar dibincangkan kerana ia antara cabaran Wawasan 2020, iaitu membangunkan dan mewujudkan masyarakat demokratik matang. “Demokrasi matang ialah apabila kita (Kerajaan) berjaya meluaskan dan meningkatkan penyertaan rakyat, terutama dalam kalangan belia dan pelajar IPT. Antara realiti politik hari ini ialah kebangkitan kuasa belia. “Jumlah pengundi muda berumur 21 hingga 35 tahun ialah 7.36 juta atau 49.7 peratus dijangka menentukan kedudu-
Ketua Pengarang Zian Johari
Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof
Pengarang Eksekutif Razali Yahaya
Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman
Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali Pereka Kreatif Noor Dina Daud
kan Kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) . “Jumlah ini lebih besar berbanding PRU-12, iaitu hanya 40 peratus. “Sekarang, hampir separuh pengundi di negara ini ialah belia dan pelajar IPT,” katanya. Menurutnya, sudah tentu idea nya itu memerlukan partisipasi aktif rakyat seperti perbincangan khalayak, pembabitan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi secara langsung. Beliau berkata, kini ada peruntukan perundangan yang tidak membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik, melainkan dibenarkan Naib Canselor (NC) atau setaraf dengannya seperti termaktub di bawah Akta Univer-
Jurufoto Nooratikah Ab Rahim
siti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta InstitusiInstitusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) untuk IPTS. “Dalam konteks ini, peruntukan kebenaran NC atau setaraf tidak membawa maksud ia dibenarkan, tetapi membawa erti sebaliknya (tidak dibenarkan). Pengecualian yang membenarkan itu tidak mengatasi peruntukan utama. “Analoginya, puasa Ramadan wajib hukumnya. Walaupun wajib, tetapi ia ada pengecualian yang membenarkan untuk berbuka puasa atau tidak berpuasa. Tetapi, pengecualian daripada berpuasa itu tidak membawa maksud hukum berpuasa itu tidak lagi wajib,” katanya.
Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan
Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah
Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar
Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Pepatah
Saya kini lebih tenang Profil
Ilustrasi
ABDUL MALEK MOHD NOOR Asal Batu Pahat, Johor Pendidikan Diploma Pemakanan Fizikal dari Kolej Weider, Kanada Sijil Kejurulatihan Bina Badan Persekutan Bina Badan Asian (ABBF)
Bekas jaguh bina badan
Datuk Malek Noor
Oleh Muhammad Amsyari Ismail
Pencapaian Mr Universe Heavyweight - Finalis (2 kali) Mr Asia Heavyweight - (6 kali) Mr. ASEAN Heavyweight - (4 kali) Mr. Malaysia Heavyweight - (6 kali) Olahragawan Negara Malaysia (1986 dan 1990) Pingat emas -Personaliti sukan Benson and Hedges (1985) Ahli Mangku Negara (AMN) 1986 Sultan Ibrahim (PIS) 1986 Legendary Sportsman of Malaysia Coca-Cola Olympian (2007) Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk (2010)
4
ISU
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Ikut hati, mati
Oleh Muhammad Amsyari Ismail
S
AMBUTAN Aidilfitri kembali lagi. Menjelang 1 Syawal, seperti biasa umat Islam negara kita akan mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masingmasing untuk meraikan perayaan tahunan itu bersama keluarga tercinta. Pelbagai alternatif digunakan untuk pulang beraya sama ada menaiki kenderaan persendirian, bas, motosikal atau pengangkutan awam. Apa yang penting, masing-masing selamat tiba ke destinasi tujuan. Namun, kematian akibat kemalangan jalan raya tidak dapat dielakkan pada setiap kali cuti umum atau musim perayaan menjelang. Setiap hari, ada saja berita kemalangan dilaporkan walaupun kempen keselamatan jalan raya diperhebatkan di media-media cetak atau elektronik sebelum musim perayaan tiba. Tetapi, semuanya bagai tidak dipedulikan dan kemalangan masih berterusan berlaku. Perangkaan Polis Trafik Bukit Aman menunjukkan kadar kematian rakyat Malaysia di jalan raya meningkat saban tahun iaitu 6,527 pada 2008 dan 6,745 pada 2009. Sehingga Jun 2010, kadar kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian adalah seramai 3,379 orang dan angka tersebut dijangka meningkat pada musim perayaan. Perangkaan Ops Sikap 17 dan 18 Hari Raya (HR) 2008 dan 2009 mencatatkan 15,994 kes kemalangan pada 2008 dan 17,335 pada 2009. Jumlah kemalangan maut pula
meningkat daripada 186 (2008) kepada 241 (2009), meningkat 55 kes, manakala, jumlah kematian turut mencatatkan peningkatan iaitu 208 (2008) dan 265 (2009), meningkat 57 kes. Kemalangan jalan raya bukanlah satu ‘takdir’ atau ‘malang tidak berbau’, sebaliknya boleh dielakkan kerana banyak kes berpunca daripada sikap pemandu yang bagaikan ‘raja’ di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain sekali gus mendedahkan diri kepada risiko kemalangan. Secara kebetulan atau memang ada kebenarannya, hasil Ops Sikap mendapati faktor utama berlaku kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah kenderaan terbabas sendiri, cuba/sedang memotong/tukar lorong, cuai ketika keluar masuk simpang jalan susur, makan jalan, membuat pusingan U/patah balik/menyeberang, berhenti mengejut, memandu laju, mengekori rapat kenderaan lain, memotong kenderaan lain secara berbahaya atau tibatiba, tidak menggunakan isyarat memotong, membelok secara berbahaya, memandu secara cuai, tidak mengikuti peraturan lampu isyarat, melawan arah trafik, tidak menggunakan lampu isyarat ketika mengubah laluan, terbabas, memandu ketika mengantuk, letih dan pelbagai kesalahan lain yang kesemua menjurus kepada kecuaian pemandu itu sendiri. Ops Sikap ke-22 tahun ini bermula 3 September dan berakhir 17 September ini. Bagi memas-
tikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim Aidilfitri nanti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menugaskan 4,962 anggota untuk mengawal lalu lintas seluruh negara. Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, anggota PDRM yang terlibat dalam Ops Sikap kali ini turut membabitkan pegawai polis di peringkat daerah dan juga unit tugas-tugas am. “Selain skuad peronda, kami juga menugaskan ramai anggota pada Ops Sikap kali ini, termasuk Ketua-ketua Polis Daerah dan anggota tugasan am bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini,” katanya. PDRM turut menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan hot spot yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sehubungan itu, lebih 100 kanopi polis akan ditempatkan di laluan-laluan berbahaya seluruh
“Konsep omnipresence polis ini tidak hanya memberi kesan kepada pengurangan kemalangan jalan raya, tetapi juga boleh memberi kesan dalam pencegahan jenayah di kawasan-kawasan operasi (penugasan) masing-masing,” katanya ketika melancarkan Ops Sikap ke-22 di Menara Telekom Malaysia (TM) pada 1 September lalu. Abu Seman berkata melalui konsep itu, anggota polis akan melakukan penugasan dan rondaan pada setiap masa meliputi lebuh raya, jalan-jalan persekutuan, negeri dan bandaran. “Di lebuh raya, penugasan operasi mereka adalah bagi tempoh 24 jam, manakala di jalanjalan persekutuan, ne-geri dan bandaran ialah 12 jam yang turut memfokus pada waktu-waktu puncak (kesesakan),” katanya. Beliau turut meminta semua pengusaha pengangkutan awam agar memperbaiki kualiti perkhidmatan masing-masing bagi menjamin keselamatan penumpang, sekali gus mengelak berlakunya kemalangan.
negara bagi mewujudkan gambaran kehadiran polis kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, konsep mendirikan kanopi-kanopi itu adalah langkah penambahbaikan dalam Ops Sikap ke-22.
“Aspek yang perlu diberi perhatian ialah kualiti pemandu itu sendiri, keadaan mekanikal kenderaan termasuk tayar dan amalan-amalan keselamatan bagi mengelakkan kesalahan seperti memandu laju dan had masa memandu tidak melebihi lapan jam sehari,” katanya. Sementara itu, Jabatan Pe-
ngangkutan Jalan (JPJ) akan mengerahkan 4,500 anggotanya mengawasi 202 ‘jalan maut’ yang berisiko tinggi berlaku kemalangan pada musim Aildilfitri nanti. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tumpuan diberikan kepada jalan-jalan tersebut kerana selain faktor pemandu dan kenderaan, keadaan jalan adalah salah satu faktor utama menyebabkan kemalangan maut. “Memang tidak dinafikan faktor jalan turut menyumbang kepada kemalangan, tetapi jika pemandu berhati-hati dengan mengikut peraturan kelajuan ditetapkan, sentiasa bersopan di jalan raya dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik, risiko kemalangan dapat dikurangkan,” katanya. Selain itu, JPJ juga akan memberi tumpuan terhadap perkhidmatan bas yang menjadi salah satu pengangkutan utama untuk orang ramai pulang beraya dengan berusaha memastikan semua bas di atas jalan raya berada dalam keadaan baik dan selamat. “Pihak kami sudah mengenal pasti 79 depoh atau bengkel bas yang akan digunakan bagi menjalankan operasi pemeriksaan bas-bas untuk memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, di mana ia bermula sejak 20 Ogos lalu. “Pemeriksaan di depoh atau bengkel juga dibuat bagi mengurangkan kesesakan di terminal. “Bas-bas yang sudah menjalani pemeriksaan di depoh itu akan diberikan slip pemeriksaan, dan ia tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan di terminal,” katanya. Pada masa sama, JPJ turut memperkenalkan beberapa strategi baru dalam Ops Sikap
>> ke Muka 5
PERANGKAAN OPS SIKAP HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2005,2006,2007,2008,2009 PECAHAN KEMALANGAN,KEMALANGAN MAUT DAN KEMATIAN
OPS SIKAP 9 (HR) 27/10-10/11/2005
Jumlah Kemalangan 13,661 Jumlah Kemalangan Maut 212 Jumlah Kematian 233 * (HR) : HARI RAYA AIDILFITRI
OPS SIKAP 11 (HR) 17/10-31/10/2006
15,716 213 228
OPS SIKAP 13 (HR) 07/10-21/10/2007
15,911 203 225
OPS SIKAP 17 (HR) 24/09-08/10/2008
15,994 186 208
OPS SIKAP 20 (HR) 13/09-27/09/2009
17,335 241 265
10 SEPT - 23 SEPT 2010
>> Dari Muka 4 Ke-22 dalam usaha melahirkan pemandu berhemah selain mengelak berlaku lebih banyak kemalangan maut. Antara strategi itu adalah tiada lagi sekatan jalan raya yang boleh menyebabkan kesesakan, tetapi rondaan pasukan penguatkuasa JPJ di lokasi-lokasi tertentu akan diadakan lebih kerap. Rondaan kerap itu akan dilakukan di 202 jalan maut yang berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara. Dalam rondaan berkenaan, anggota penguat kuasa JPJ akan menyamar sebagai orang awam untuk mengenal pasti pemandu berbahaya dan melanggar peraturan. “Orang ramai juga boleh mengambil gambar pemandu berbahaya dan membuat aduan terus kepada JPJ. Kerjasama orang ramai amat penting kerana menjelang musim perayaan pergerakan kenderaan di atas jalan raya meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa,” katanya. Strategi lain adalah mengadakan pemeriksaan yang lebih agresif terhadap sistem pengangkutan awam seperti bas ekspres dan teksi. Anggota penguat kuasa JPJ akan ditempatkan di 36 terminal bas di seluruh negara bagi memeriksa tayar, brek, buku log kenderaan, ujian air kencing dan ulat tiket. “Pihak JPJ menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan. Sehubungan itu, bas ekspres dan pemandu bas mesti dalam keadaan selamat. “JPJ turut membuka bilik gerakan dan kawalan negeri yang beroperasi 24 jam bagi memastikan semua maklumat dan aduan orang ramai dapat disalurkan. “Pada hari raya pertama dan kedua bilik gerakan dan kawalan terbabit ditutup bagaimanapun bilik kawalan ibu pejabat tetap beroperasi seperti biasa,” jelasnya. Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, walaupun teruja dan tidak sabar untuk pulang beraya di kampung, tetapi masing-masing perlu mengawal keghairahan bagi memastikan selamat tiba di destinasi dituju.
ISU
Transisi
Namun, ada segelintir yang lupa akan tanggungjawab mereka apabila berada di jalan raya. Menurutnya, pengguna jalan raya perlu bertangunggjawab terhadap keselamatan sendiri dan pengguna lain dengan membuat persiapan serta keperluan seperti mengisi minyak penuh dan melakukan penyelenggaraan kenderaan kerana aspek tanggungjawab juga amat dititikberatkan dalam Islam. “Jika mengantuk ketika sedang memandu, dinasihatkan berehat di kawasan rehat seperti hentian Rehat dan Rawat (RnR) yang disediakan. Kita boleh berwuduk dan menunaikan solat sama ada solat sunat atau fardu. Ini kerana wuduk dapat memberi ketenangan dan kesegaran. Jika bersolat, ia bukan saja otot kita bergerak, tetapi darah juga mengalir, sekali gus memberi kecergasan dan kesegaran. “Janganlah kita sebagai pengguna sekadar menjadikan RnR sebagai tempat berehat, makan dan tidur. Sebaliknya, manfaatkanlah ia ke arah positif. “Pengguna juga dinasihatkan banyak berzikir bagi menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Firman Rasullah, umatku yang paling hebat adalah dengan membaca AlQuran. Apabila berzikir, bukan sahaja mulut bergerak tetapi hati turut menghayati zikir. “Daripada memasang lagu-lagu rock, lebih baik kita dengar alunan zikir munajat dan bacaan suci Al-Quran. Insya-Allah, berkat kekuasaan ayat suci, kita dilindungi,” katanya. Adalah lebih baik punca kemalangan itu
5
PDRM, JPJ buka bilik gerakan 24 jam dapat dielakkan kerana tragedi malang ini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, mengakibatkan kecederaan, memusnahkan banyak harta benda pengguna dan kerajaan, menjejaskan ekonomi negara malah turut menjejaskan imej negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Menurutnya, pihak Kerajaan, PDRM dan JPJ sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya demi keselamatan pengguna, tetapi penyelesaiannya tetap berbalik kepada pemandu, iaitu kita sendiri.
NOH
ABU SEMAN
KEMATIAN JALAN RAYA : PEMBUNUH MODEN Laporan Status Global didedahkan WHO tahun ini mengesahkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya masih menjadi masalah pembangunan dan kesihatan terbesar dunia
117,997
Eropah
62%
daripada semua kematian berlaku hanya di 10 negara
175,668
Mediterranean Timur
234,768
Amerika
278,321
Pasifik Barat
1.2 juta
285,020
Asia Tenggara
maut dalam jalan raya setiap tahun
India, China, AS, Rusia, Brazil, Iran, Mexico, Indonesia, Afrika Selatan, Mesir
234,768
Afrika
Negara pendapatan rendah
50 juta
Angka Kematian oleh WHO
cedera
Maut di Jalan Raya
Populasi
Kenderaan Berdaftar
21.5 maut per 100,000 Negara pendapatan tinggi
Negara pendapatan sederhana
Negara pendapatan sederhana Negara pendapatan rendah 19.5 maut per 100,000 Negara pendapatan tinggi
90% kematian berlaku di negara pendapatan rendah atau sederhana
Negara berpendapatan tinggi ada lebih 50% daripada semua kenderaan berdaftar
UNDANG-UNDANG
10.3 maut per 100,000
SEDANG MENINGKAT?
Kemalangan jalan raya dijangka meningkat menjadi
punca kematian ke-5 menjelang 2030 lebih tinggi
Hampir 50% mangsa yang maut dalam nahas jalan raya adalah penjalan kaki dan penunggang basikal serta motosikal
berbanding AIDS, barah paru-paru dan diabetes
Hanya 49% negara mensyaratkan kandungan alkohol dalam darah
kurang daripada 0.059g desiliter
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Hanya 57% negara
mewajibkan tali pinggang
keledar ke atas penumpang
Hanya 40% negara ada
undang-undang helmet
menyeluruh dan mewajibkan standard spesifik helmet
kemalangan kereta adalah...
Pembunuh nombor 1 bagi individu 15-29 tahun
6
BICARA
Ikut hati, mati; ikut rasa, binasa; ikut mata, lata; ikut nafsu, lesu. - Pepatah -
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Islam itu hujah, fakta MUKADIMAH WALAUPUN dihujani kontroversi, bekas Mufti Perlis, Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin sentiasa menyuarakan pelbagai isu semasa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Baginya, Islam hari ini bukan lagi ajaran ikut-ikutan secara melulu Apakah kepelbagaian pendapat dan mazhab sesuatu yang positif? Tiada masalah kepelbagaian mazhab selagi setiap pihak berusaha memahami Islam berasaskan Al-Quran dan AlSunnah. Kepelbagaian harmoni mencetuskan minda yang sentiasa peka kepada hujah dan dalil. Ini menyebabkan setiap pihak berusaha memahami dan mendekati dua sumber utama itu. Perbezaan mazhab dan pendapat jika difahami dengan baik akan membuahkan perbincangan ilmiah dan kesedaran terhadap apa yang mereka amalkan. Lagipun, sekarang dunia internet tanpa sempadan. Kita tidak boleh halang maklumat sampai kepada generasi baru yang terdedah kepada kepelbagaian ilmu. Mereka berfikir setiap perkara. Sudah pasti mereka berfikir juga mengenai pegangan agama mereka. Bukan lagi zaman ikut-ikutan. Ini zaman memahami setiap perkara dan pantas mencari maklumat. Hanya mereka yang fanatik saja melarang orang lain
tanpa pemahaman jelas. tetapi perlu ditegak berdasarkan hujah dan fakta. Penulis Transisi, MUHAMMAD AMSYARI ISMAIL dan MOHD AZHAN OTHMAN mengajukan beberapa soalan kepada pendakwah bebas itu. berfikir atau memahami selain apa yang mereka faham. Ini sikap rakus dan ada unsur pembolotan keadaan dan kuasa. Keluasan melihat pelbagai pendapat adalah kunci kepada masyarakat Muslim moden supaya mereka tidak disempitkan fatwa silam yang menghalang kemajuan atau menyempitkan penghayatan Islam pada zaman kini. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut pendekatan beliau dalam penulisan: “Mengambil manfaat daripada khazanah fekah Islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam lain. Bahkan, kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk menye-lami dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan satu pendapat dengan pendapat lain, satu dalil dengan dalil lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab.
Kadangkala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian Malik, Syafii, Ahmad dan Daud al-Zahiri. Mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar daripada mazhab Sunni kepada mazhab Zaidiyyah ataupun Ja’fariyyah ataupun Ibadiyyah jika ada penyelesaian masalah di dalamnya. Mungkin juga kita mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab alAuza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Malah, kita kadangkala keluar daripada semua mazhab itu dan pergi ke dataran luas fekah sahabat Nabi SAW, tabi’in, dan atba’ al-tabi’in yang mana tiada sebarang mazhab diikuti. Mereka ialah al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan sahabat RA lain. Demikian juga murid mereka dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah lain yang mana sahabah dan murid mereka bertebaran. Antaranya Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata’, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka”. Inilah pendekatan sepatutnya. Cuba lihat fatwa sempit atau ala Taliban negara ini sejak dulu hingga sekarang, khususnya mengenai wanita, bukan muslim, orang sakit dan lain-lain. Semua terikat dengan satu pandangan tanpa ada kesediaan menyemak dan menilai semula pandangan atau pendapat agama itu. Fahaman Dr didakwa melanggar amalan dan tradisi masyarakat Islam Malaysia turun-temurun. Dr dianggap menimbulkan keraguan hingga mencetuskan perpecahan dan perbalahan, juga dituduh ulama Wahabi. Pendapat? Apakah amalan turun-temu-
run itu? Dulu ada mandi Safar, sekarang tiada. Dulu ada puja pantai, tangkal itu dan ini, sekarang tiada. Pejuang awal yang memberikan nasihat menghapuskan perbagai perkara khurafat zaman dahulu, juga dituduh merosakkan tradisi nenek moyang. Tapi alhamdulillah, hari ini sebahagian usaha mereka berjaya. Tradisi nenek moyang kita sayang, budaya bangsa juga kita jaga. Namun, syaratnya jangan berbeza atau bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Generasi baru datang, mereka akan menilai setiap perkara. Jika agama sekadar warisan tanpa kefahaman, nanti mereka mula mempertikaikan Islam. Tuduhan Wahabi adalah tuduhan lapuk. Macam Amerika tuduh orang bantah dia sebagai teroris, samalah tuduhan Wahabi pun. Asalkan berbeza pendapat, Wahabi. Berbeza pandangan, Wahabi. Jawablah perbezaan atau penghujahan itu dengan hujah ilmiah, bukan label melabel. Sejak dulu, inilah tuduhan dibuat golongan konservatif yang mempertahankan hayat penguasaan mereka ke atas institusi-institusi agama dalam masyarakat kita. Tokohtokoh perubahan dan pembaharuan menjadi mangsa. Syed Syeikh al-Hadi dituduh tuduhan sama. Za’ba juga. Bahkan, tokoh besar seperti Prof Hamka juga sama. Namun, perubahan zaman akan tetap menuntut perubahan pemikiran umat. Prof Hamka ketika menyentuh perkembangan ini di Indonesia pada zamannya menyebut dalam buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor: “Maka orang tua yang dahulunya berusaha keras mempertahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang masih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri kemenangan yang sekian kalinya daripada gerakan kaum muda! Akhirnya, semua orang hendak
dikafirkannya”. Katanya juga: “Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biar orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau ada pun fatwa daripada mufti hendaklah diterima dengan: Na’am (ya)! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan kereta api!”. Apakah bentuk perubahan Dr mahukan? Bukan saya mahukan. Siapalah saya. Saya hanya insan kerdil dan serba kekurangan di bumi Malaysia ini. Namun, saya mempelajari agama ini sedikit sebanyak dan berada di era baru yang terdedah kepada maklumat dan cabaran baru. Islam akan terus dipertikaikan jika kita tidak kembali kepada sifat syariah asal. Islam itu tertegak atas hujah dan fakta, bukan cerita khurafat atau kisah yang tidak diketahui asal-usul. Penilaian setiap perkara dalam agama ini ialah nas Al-Quran dan Al-Sunnah serta kematangan pemikiran dalam menangani situasi baru. Sifat Islam yang mudah, praktikal, interaktif dan sentiasa berpaksi alasan adil dan matang perlu ditonjolkan. Kefahaman Islam atas emosi, tidak mengambil kira nilai-nilai sejagat, fanatik mazhab dan semua yang mengganggu keluasan pemikiran generasi baru mesti dielakkan. Serangan 11 September mengubah persepsi masyarakat Islam terhadap orang bukan Islam hingga apa saja dilakukan mereka dianggap ada agenda menghancurkan Islam dengan timbul pelbagai teori konspirasi diperdebatkan. Pendapat? 11 September itu sama ada agenda disusun oleh konspirasi peringkat dunia atau memang realitinya begitu, apa yang perlu kita tangani ialah cabaran selepas peristiwa itu.
>> Muka 7
10 SEPT - 23 SEPT 2010
>> Dari Muka 1
K
EDATANGAN Aidilfitri tahun ini sewajarnya menjadi titik mula kepada masyarakat Melayu untuk merenung kembali manifestasi sebenar Syawal bagi menilai di mana kekusutan yang menghalang kelompok majoriti terbesar negara ini bersatu. Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008, isu perpaduan Melayu tidak pernah timbul dengan UMNO kelihatan begitu selesa dan gagah mengetuai rakan pakatan lain dalam Barisan Nasional (BN). Segalanya berubah akibat kelekaan BN hingga menyebabkan parti paling lama berkuasa di negara ini mengalami tsunami politik pada PRU12 dengan menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) bangkit menguasai empat negeri, iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Namun, beberapa konflik perundangan yang berlaku berikutan insiden ‘lompat parti’ menyaksikan Perak dikuasai semula BN. Ketika membicarakan isu perpaduan, kita sering merujuk kepada perpecahan yang berlaku dalam kalangan pemimpin Hamas dan Fatah hingga menyebabkan tanah air Palestin masih gagal dibebaskan daripada belenggu penjajahan rejim Israel. Ini termasuk persengketaan sesama negara Arab lain disebabkan perbezaan ideologi dan mazhab. Malah, ada kalangan pemimpin Arab secara terang-terangan bersekongkol dengan pemimpin Barat yang jelas menaja keganasan Zionis
ISU
Transisi
Syawal lambang Melayu bersaudara ke atas penduduk Palestin. Apakah situasi yang menimpa pemimpin Arab itu juga dialami pemimpin Melayu di negara kita? Apakah kepimpinan Melayu gagal menghayati makna Syawal yang hadir membawa manifesto kemaafan dan persaudaraan terhadap saudara seagama dan seluruh umat manusia. Sudahnya, selepas Aidilfitri berlabuh, isu perpaduan Melayu kembali hambar dan kemudian dibakar dengan beberapa isu sensitif yang hanya meretakkan perpaduan sesama mereka. Kita harus akui isu perpaduan Melayu menarik untuk dibincangkan. Namun, pelaksanaannya lesu dan longlai. Isu tersebut bagai garis panjang yang lurus tidak bertitik atau bagai bunga mekar berkelopak segar tetapi tidak mewangi yang akhirnya terkulai kusam. Sesiapapun yang arif mengenai budaya politik Melayu akan bertemu dalam persimpangan kemelut demikian. Walaupun titik pertemuannya berasaskan Islam,
tetapi Melayunya tetap sama sejak berkurun lama dan mereka lebih cenderung untuk berpecah. Sebaliknya, pengamal politik bukan Melayu lebih bijak menyelit diri di celahan adu domba perjuangan Melayu demi memperjuangkan hak mereka. Harus diakui, penjajah Inggeris sendiri pernah mendedahakan sikap buruk perangai Melayu. Segala harta benda tergadai, terjual dan terlelong kerana sikap Melayu itu mudah dibaca dan diselami. Egonya tinggi, tetapi apabila marah, panasnya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Melayu sangat mudah melupakan masa silam yang tertipu dan melayang gembira apabila dipuji. Mereka lebih teruja jika Islam dijadikan modal memancing undi murahan. Ganjaran berupa udang di sebalik batu tidak langsung dicurigai. Inilah budaya yang ada dalam politik parti Melayu sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Inilah yang dinamakan politik Melayu.
Biar apapun teras perjuangan yang dibanggakan, pemimpinpemimpin Melayu itu tetap membawa ciri budaya buruk Melayu, sekali gus disisip untuk diperagakan dalam merealisasikan pengurusan politik, negeri dan negara. Islam menjadi papan tanda yang dijulang gah dan dipacak merata-rata, tetapi ciri-ciri Islam sebenar pantas melebur apabila pemimpin Melayu diberikan mandat oleh rakyat. Natijahnya, perjuangan Melayu berteras Islam itu bertukar menjadi ciri Melayu yang busuk hati, penuh wasangka, tikam belakang dan saling memburukkan lawan. Dalam arena politik Melayu hari ini, apakah rakyat kita masih mampu menaruh kepercayaan bahawa masih wujud lagi sifat jujur, amanah, ikhlas, telus, kesederhanaan, berbudi dan berteraskan Islam dalam kepimpinan Melayu? Apakah maki hamun itu ciri Islam seandainya fitnah, dusta, salah guna kuasa, rasuah, kro-
7
nisme, pembaziran, sombong, angkuh, hina menghina dan segala macam budaya buruk Melayu itu diterjemah untuk diperkasakan dalam perjuangan hari ini. Di manakah ciri Islam yang dilaung-laungkan? Hakikatnya, semua gelagat dan tabiat buruk itu sedang dan masih diamal oleh juakjuak pendukung parti sama ada UMNO, Pas dan PKR yang berbangsa Melayu. Syawal mengajak umat Melayu berubah kerana yang perlu berubah itu adalah Melayu. Yang perlu bersatu itu adalah Melayu kerana Islam itu selamanya menyatukan. Namun, kepincangan dan perpecahan yang berlaku itu adalah kerana Melayu itu sendiri yang masih bergelumang dengan ciri bertentangan ajaran Islam. Fikirkanlah, jika semua umat Melayu dalam UMNO, Pas dan PKR mengaku berpaksikan ajaran Islam, apakah kita masih akan bertekak, berkelahi dan bergaduh hingga sekarang? Kita kini menjadi Melayu yang semakin sesat dalam tanah air sendiri. Janganlah hendaknya kita nanti tidak lagi bebas untuk menegakkan syiar Islam kerana kita sudah lama menjadi Melayu yang tidak dibaluti selimut Islam. Persaudaraan dan kemaafan sekadar rutin adat yang diamalkan saban tahun tanpa sebarang pengertian dan keinsafan. Tudinglah jari kepada sesiapapun. Akhirnya, telunjuk jari itu diacukan kepada diri kita sendiri, iaitu MELAYU.
Mantapkan kefahaman Al-Quran >> Dari Muka 6 Islam menjadi mangsa. Ketakutan Barat, ataup penjana konspirasi Barat terhadap perkembangan Islam di Eropah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah membawa mereka berkempen habis-habisan memberikan imej buruk terhadap Islam. Mereka kaitkan Islam dengan terorisme dan menganggap Muslim komited itu sebagai teroris. Ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah kalangan umat Islam sendiri yang seakan membenarkan dakwaan ini. Tindakan militan yang dilakukan di tempat salah, seperti tempat awam, negara yang tidak terlibat dengan perang dan fatwa songsang yang keras bukan
pada tempatnya memburukkan keadaan. Sesetengah umat Islam seakan habis akal fikiran, yang tinggal hanya demonstrasi dan letupan. Saya bukan kata tidak boleh demonstrasi, tetapi jika setiap perkara kita bantah dengan tunjuk perasaan tanpa diikuti dengan tindakan lebih berkesan, apakah itu akan berhasil? CNN akan terus putar belit, bukan saja Muslim, tetapi bukan Muslim juga akan terus keliru. Lihat Pakistan, tidak habis-habis dengan letupan sesama sendiri. Yahudi dalam dunia ini sedikit saja. Namun, mereka selalu memilih tindakan berkesan dalam menghadapi percaturan dunia. Kita banyak
cakap, kurang kesan. Sikap sesetengah golongan alim ulama memberi kefahaman Islam secara menghukum berbanding berdakwah secara hikmah menjauhkan masyarakat dengan keindahan Islam. Setuju atau tidak? Ini yang kita bimbang. Saya takut proses talibanisasi berlaku secara senyap. Masyarakat akan fobia dengan hukum agama. Lebih menghukum daripada mendidik. Cuba lihat isu Bible bahasa Melayu. Bantahan sana sini. Bimbang jika Bible dalam Melayu nanti anak-anak kita dapat baca lalu terpengaruh. Kenapa kita begitu defensif?
Mengapa mereka terpengaruh? Al-Quran yang sekian lama dibaca, gagalkah mempengaruhi mereka hingga dapat dipengaruhi Bible? Atau mungkin ada keluarga Muslim yang tiada tafsir Al-Quran atau terjemahan Al-Quran, sedangkan mereka tidak faham bahasa Arab. Jika takut mereka faham Bible bahasa Melayu, bagaimana Bible bahasa Inggeris? Anak-anak Melayu ramai pandai Inggeris. Tidak bimbangkah mereka terpengaruh? Atau patutkah haramkan bahasa Inggeris juga? Saya bukan sokong pihak yang ingin menterjemahkan Bible dalam bahasa Melayu. Saya pertikai sikap kita. Kita
patut memantapkan kefahaman Al-Quran dalam kerangka moden. Banyak buku mengenai Al-Quran dan sains ditulis ramai cendekiawan. Generasi ini patut diarahkan memahaminya. Kita sepatutnya dedahkan dialog perbandingan agama se-perti dilakukan Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Datanglah Bible atau apa saja, anak-anak kita sedia berhujah. Namun, jika kita meneruskan pendekatan agama ‘jangan banyak tanya, ikut saja’, maka hancurlah Islam pada masa hadapan. Kita perlukan Islam yang berpaksi kefahaman dan hujah, bukan taklid dan ikut tanpa faham!
8
ISU
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Mahu jadi jaguh biar kena tempat TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS
H
TEO
IBRAHIM
Oleh Razali Yahaya
ADIS riwayat al-Bukhari menyebut: ‘Apabila sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya’. Hadis di atas bukan boleh dibuat-buat tetapi sebagai panduan kepada umat Islam seantero dunia dalam mengharungi dunia penuh pancaroba, khususnya dalam menegakkan syiar Islam agar terus utuh di bumi bertuah ciptaan Allah. Bagaimanapun, sejak akhirakhir ini, intipati hadis berkenaan kian jauh malah lebih tragis lagi ia terus dipandang sepi oleh sebilangan besar umat Islam khususnya mereka yang ‘taksub politik’. Mereka ini sanggup melakukan atau menghalalkan apa sahaja kerana menjaga ‘tembolok’ sendiri demi menjaminkan ‘survival politik’ murahan di mata masyarakat. Ini bukan perkara atau isu baru tetapi jika kita yang kurang mahir atau bukan ahli dalam bidang berkaitan agama Islam, sebaik-baiknya biarlah mereka yang benar-benar ‘pakar’ bercakap mengenainya. Itukan lebih afdal. Inilah yang berlaku dewasa ini malah menjadi perdebatan berpanjangan dan terbuka oleh kalangan mereka yang kurang mahir agama tetapi berlagak lebih daripada ‘ustaz’ berhubung isu bukan Islam masuk masjid dan surau baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian, ianya membabitkan isu cadangan Perkasa, sebuah pertubuhan Melayu bukan kerajaan yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau. Hebat sungguh ketuanya, Datuk Ibrahim Ali yang baru sahaja ‘dijulang’ sebagai ‘jaguh kampung’ oleh konco-konconya di Kota Bharu, Kelantan. Sebenar, apa hak Perkasa mahu undangundang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki ka-
wasan masjid dan surau? Kita akui tidak sehebat macam ‘Pak Ibrahim’ dalam soal-soal agama, tetapi dalam proses pembesaran menjadi seorang insan berguna, saya mendapat pendidikan awal agama di negeri Johor Darul Takzim. Jadi, kalau setakat isu melarang orang bukan Islam masuk masjid dan surau pun mahu dipolitikkan, ‘apa kelas’ dan cukup malang kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai barisan pemimpin politik yang berfikiran low class. Banyak lagi isu rakyat lebih besar patut diperbesarkan, tetapi hingga kini masih banyak yang tertangguh dan tidak dapat diselesaikan. Sebaliknya, disebabkan kekeringan idea atau ‘zero idea’, kalangan orang politik Melayu terus bertelagah mengenai isu remah temeh yang meloyakan. Perlu diingat dan boleh rujuk ustaz mana sekali pun hatta kepada ‘orang kuat’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa dalam Islam sendiri tidak melarang. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh Perkasa dan yang jelas mereka mahu mencabar perintah agama. Ibrahim jelas cuba ‘menangguk di air keruh’ dan cuba menjadi ‘hero’ dengan menjadikan isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, baru-baru ini sebagai isu baru untuk ‘melalak’ di mana-mana media. Benda yang benar kita kena akur dan jangan cuba memandaimandai buat fatwa itu dan fatwa ini. Sebenarnya, tindakan Nie Ching itu tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. Tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam. Orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang asalkan mesti berpakaian so-
pan. Cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau. Jadi, mengapa perlu dijadikan ‘zon larangan’? Ibrahim memang diakui hanya ‘pandai cakap’. Bukan sahaja orang politik sudah sekian lama tahu, tetapi orang kampung pun sudah pandai menilai ‘siapa itu Ibrahim’. Rasanya, beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkannya. Kita rasa beliau sendiri tidak tahu apa makna takwa. Kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap yang bukanbukan sehingga mudah melabelkan orang-orang tertentu yang kita semua tahu memang arif dalam soal-soal agama. Sebenarnya, sikap terbuka dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia boleh menyelesaikan masalah sedemikian. Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini. Bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya. Jadi, kita tidak nampak mengapa isu ini perlu digembargemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum di negara ini. Isunya, kita telah disempitkan dengan ‘Islam ala Melayu. Sebenarnya, bukan masalah agama mahupun adat Melayu yang mahu diperbesarkan tetapi sebagai ‘modal politik murahan’. Masjid Negara sendiri sudah sekian lama dan mungkin jutaan pelancong bukan Islam mela-
watnya. Namun, tiada siapa pun membuat bising. Apa yang dapat kita lihat, pihak-pihak terbabit suka membuat bising pada perkara remeh temeh dan melalut. Sepatutnya, mereka bising pada perkara penting dan lebih besar seperti penyalahgunaan kuasa, keadilan, hak asasi dan lain-lain. Inilah masalahnya kalau kita pilih ahli politik yang ‘tidak berpendidikan’. Segalanya mahu dipolitikkan. Oleh itu, fakta Islam jangan mudah diputar belitkan dalam keghairahan ahli-ahli politik hendak menghentam musuh masing-masing khususnya berhubung isu mengunjungi masjid atau surau. Justeru, dalam negara yang penduduknya majmuk, orang bukan Islam tidak harus dihalang daripada memasuki masjid atau surau kerana ia penting bagi mereka memahami Islam. Jika masjid dijadikan ‘zon larangan’ orang bukan Muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka? Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam. Ini kerana tindakan itu menggambarkan kepada bukan Islam bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam yang ada mempunyai sejarahnya yang gemilang. Rasulullah menerima perwakilan dalam
Jadi, kalau setakat isu melarang orang bukan Islam masuk masjid dan surau pun mahu dipolitikkan, ‘apa kelas’ dan cukup malang kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai barisan pemimpin politik yang berfikiran low class.
masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid di negara kita diharamkan untuk mereka? Dalam negara berbilang agama seperti Malaysia, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri. Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi centre for Islamic Information yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada semua iaitu Muslim dan bukan Muslim. Ini tidak, masjid mahu digambarkan musuh dan bukan Islam dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput Muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan perbagai bantuan. Ini apa cerita? Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama Islam. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini? Hukum-hakam syarak seolah-olah dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam. Ingatlah, orang politik datang dan pergi dan begitu juga parti politik, Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh hancur dan parti juga boleh musnah. Selain manusia juga tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka. Ini boleh menjadikan bukan Islam bertambah keliru dengan hukam-hakam yang mereka keluarkan kebelakangan ini.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan, Azuraina Abdullah dan Ika Destiana Roseliah Zakaria, 50, Pekerja Am Kedua mertua saya sudah tiada sejak suami masih kecil. Jadi, setiap lebaran kami merayakan di rumah orang tua saya. Saya dan suami tidak lupa juga ajak anak-anak ziarah kubur atuk dan nenek mereka setiap raya.
Achmad Fauzi, 53, Pensyarah Aidilfitri kali ini saya ajak isteri dan anak-anak pulang ke kampung halaman saya kerana kedua-dua orang tua isteri sudah lama meninggal. Ketika mertua saya masih hidup, kami selalu mengunjungi mereka selepas orang tua saya.
Umi Dhira, 23, Pembantu Pentadbir Raya tahun ini balik kampung halaman saya. Raya tahun depan ke kampung suami. Setiap tahun kami bergantian mengunjungi ibu bapa kami.
Azrin Arnizan Abd Aziz, 29, Pegawai Khidmat Pelanggan Tahun ini saya beraya tanpa ayah. Jadi, untuk buatkan mak gembira, saya dan suami akan pulang beraya di kampung halaman sendiri.
Nadzirah Che Nazri, 28, Penolong Pegawai Penerangan Pada tahun pertama perkahwinan, kami sudah buat perjanjian awal untuk beraya di kampung mertua dulu. Pada tahun seterusnya, barulah beraya di kampung saya di Alor Setar, Kedah. Sampai sekarang kami masih bergilirgilir supaya keputusan dibuat adil.
ravenmin Tidak kisah. Kami memang akan bergilir-gilir. Raya puasa dan korban pun sama. Senang saja, tidak payah gaduh-gaduh dan kita kena ingat, bukan kita saja ada ibu bapa, tetapi pasangan kita pun ada. Jadi bertolak ansur. sizutsu Balik kampung rumah nenek kerana ibu bapa berasal dari kampung sama dan isu balik kampung memang tiada.
Manja Luna Saya dan mertua sekampung. Raya di mana pun tidak menjadi masalah. aqlima80 Tidak pernah bergaduh dengan suami. Asalkan dapat beraya dengan anak-anak dan suami, di mana pun tidak apa. Nona Adonara Raya di kampung halaman dulu sebab mertua sudah tiada.
ISU
!
9
Norzilawati Rahmat, 34, Ahli Perniagaan Budaya pulang menyambut Aidilfitri tidak jadi perbalahan kerana sudah dibincangkan sejak awal perkahwinan. Tahun ini kami akan beraya dengan keluarga saya di Bandar Tun Razak, KL selama seminggu.
Aizratul Ain Yosri, 23, Kerani Pentadbiran Saya beraya bersama keluarga suami di Besut, Terengganu ini tahun pertama kami beraya bersama. Kami tinggal di Semenyih dan kerap berjumpa dengan keluarga saya. Selepas bertolak ansur, saya setuju beraya bersama mentua.
Aliah Fatien Zainal, 23, Pembantu Pentadbir Saya dan suami tidak ada sebarang masalah untuk sambut Aidilfitri kerana rumah ibu bapa saya dan mertua berhampiran. Jadi, 1 Syawal ini kami boleh pergi rumah kedua-dua ibu bapa kami.
Tengku Haizal Tengku Azha, 26, Pegawai Khidmat Pelanggan Tahun ini saya terpaksa beraya di pejabat kerana tugas. Selepas dapat cuti, baru saya akan beraya di kampung halaman sendiri dan isteri akan ikut saya juga. ride_bmx1988 Kalau susah buat keputusan jangan pulang beraya. Nanti ada kes lain pula yang jadi kalau tak ada sefahaman. Ada kes sampai cerai-berai kerana nak pulang beraya saja. Jadi, pentingkan hal rumah tangga dulu kerana apabila sudah kahwin tanggungjawab berat, jadi fikir dengan baik.
layari kami di www.facebook.com/Transisi
Siti Hajar Ibrahim, 25, Juruteknik Makmal Perubatan Ini tahun pertama saya beraya bersama suami dan akan beraya di rumah sendiri dulu.
Maziana Osman, 26, Pelajar Setiap tahun, saya akan beraya di rumah mak terlebih dulu. Selepas itu, baru pulang ke rumah mak mertua.
Nor Haffiezza Abd Rahman, 23, Pelajar Pulang beraya di kampung bersama keluarga bagi memudahkan kami sekeluarga berkumpul kerana adik-beradik tinggal berjauhan.
Nurul Fatinah, 23, Pembantu Tadbir Hari raya biasanya kami berkumpul bersama keluarga besar di rumah mertua. Kami tidak ada masalah balik kampung, ikut giliran setiap tahun.
10
BISNES
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Bukan mudah jadi jutawan Oleh Muhammad Amsyari Ismail
J
UTAWAN. Gelaran itu sentiasa menjadi idaman sesiapa saja tanpa mengira usia. Dengan wang dan kekayaan, seseorang itu mampu mendapatkan semua perkara yang dihajati. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mampu menjadi jutawan? Ada kalangan kita terpaksa bekerja keras siang dan malam dengan berulang alik dari rumah ke pejabat, tetapi mereka belum tentu lagi dapat memegang status jutawan. Namun, ia berbeza dengan Irfan Khairi, nama yang tidak
asing lagi dalam perniagaan Internet hingga digelar jutawan Internet. Beliau, yang meraih gelaran jutawan ketika berusia 25 tahun, cuma perlu bekerja dari rumah untuk mendapatkan pulangan besar. Ketika ramai orang sedang sibuk ke pejabat dan mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari, Irfan pula lebih selesa berkerja di rumah sambil ditemani rakan karibnya, iaitu sebuah komputer. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini tidak perlu bersemuka dengan
pelanggan walaupun beliau sebenarnya seorang ahli perniagaan. Irfan tanpa mahu mendabik dada menyatakan beliau hanya memerlukan tempoh tiga tahun untuk bergelar jutawan. Jika orang lain menggunakan Internet sebagai saluran berhibur, Irfan pula memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan alam maya itu dengan menjadikan ia sebagai ruang mencari sumber pendapatan. Bercerita mengenai detik awal membabitkan diri dalam perniagaan Internet, Irfan mendakwa segalanya bermula ketika beliau masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia pada 1999. “Ketika itu, saya mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk laman web, kulit buku, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia. “Saya bersyukur kerana selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan internet, saya berjaya meraih RM1 juta. Ini amat mengejutkan saya. Memang tidak sedar kerana wang hasil perniagaan Internet saya hantar ke Malaysia. Baru saya terfikir apa yang dibuat selama ini berjaya. Jadi, saya berazam menyampaikan ilmu yang saya peroleh ini kepada rakyat Malaysia. “Bermula dari situ, saya ambil keputusan meninggalkan kerjaya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain selepas mendapati perniagaan internet mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya. Perjalanan hidup Irfan bukan mudah disangka. Menurutnya, beliau pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasar raya Britain dengan kadar upah paling rendah. Irfan berkata, beliau pernah dibayar £3.50 sejam iaitu sekitar RM14 mengikut kadar tukaran wang pada 1997 hingga 1998 sebagai gaji untuk kerja sampingan seperti mencuci
"Saya bekerja keras siang dan malam, dan tujuh hari seminggu untuk dapatkan apa yang saya miliki hari ini."
lantai dan tandas pasar dari jam 6 hingga 8 pagi untuk mendapatkan duit poket. Namun, semua kesusahan itu dilakukannya semata-mata untuk memastikan dia dapat menghadiri seminar kejayaan dan membeli buku motivasi seperti Think and Grow Rich, tulisan Napoleon Hill yang banyak mempengaruhi dirinya. Menurutnya, selepas bekerja, beliau akan bergegas pula untuk mengikuti kuliah di universiti dan begitulah rutin hariannya sepanjang dua tahun di bumi asing. “Kalau diikutkan, gaji ketika itu memang tidak cukup untuk hidup di bandar besar. Tetapi, disebabkan mahu hadir seminar dan beli buku motivasi, saya sanggup bekerja sebagai tukang cuci,” katanya. Dapat tiga pelanggan saja Irfan turut berkongsi pengalaman pada awal pembabitannya dalam perniagaan Internet sambil mengetepikan tanggapan ramai yang mendakwa pekerjaan tersebut mudah dengan hanya duduk di rumah dan menghadap komputer. “Ia tidak semudah disangka. Saya bekerja keras siang dan malam, dan tujuh hari seminggu untuk dapatkan apa yang saya miliki hari ini. Saya juga hanya tidur empat jam sehari. Selebihnya, saya di hadapan komputer menyiapkan tempahan grafik dan sebagainya. “Pada tahun pertama saya memulakannya (perniagaan internet), saya terima tiga pelanggan saja. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat saya. Sebaliknya, saya banyak membaca buku dan menghadiri ceramah perniagaan Internet. “Hasilnya, pada tahun kedua saya meraih RM2,000 ke atas sehari dan ia menjadi ukuran kepada potensi perniagaan Internet pada hari ini,” katanya. Irfan berkata, kelebihan perniagaan internet ialah di segi kebebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi. “Jika kita berniaga di kedai, kita perlu bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 ke atas sebulan. Tetapi perniagaan Internet, peruntukan kecil saja dalam sebulan, iaitu untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin untuk bayaran Internet, telefon dan elektrik. “Masa di rumah juga lebih banyak. Kerja ini boleh dilakukan di mana-mana saja. Disebabkan itu saya sentiasa membawa komputer riba saya ke manamana. Selain itu, saya turut dapat meluangkan lebih masa ber-
sama keluarga,” katanya. Irfan, juga suami kepada Shazrina Mohd Yusof, menjadikan Ketua Eksekutif Microsoft, Bill Gates sebagai idolanya dalam bidang perniagaan. “Saya kagum dengan manusia paling kaya di dunia ini. Idea dan konsep diketengahkan beliau sangat menarik. Bill Gates juga seorang bapa yang baik. Walaupun beliau manusia terkaya di dunia, tetapi masih tetap merendah diri. Kalau boleh saya ingin jadi seperti beliau. “Bill Gates kaya kerana lakukan perkara diminatinya, iaitu pengaturcaraan (programming). Itulah yang sering nasihatkan kepada peserta bengkel kendalian saya supaya buat perkara yang mereka minat. Jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. “Sebenarnya, kalau hendak capai kejayaan, industri apa-apa pun boleh. Tetapi, paling penting, kita minat,” katanya. Penglibatan Irfan dalam perniagaan Internet banyak dipengaruhi minatnya untuk menjadi ahli perniagaan yang sudah dipupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagaimanapun, pendirian Irfan ternyata tidak sehaluan dengan pandangan sesetengah pihak yang beranggapan seseorang itu perlu mengubah penampilan dan gaya hidup jika sudah kaya atau senang. “Keinginan untuk kaya bukan kerana duit semata-mata. Tetapi dengan kesenangan, ia dapat bantu kita menjalani kehidupan. Contohnya, membantu kita mendapatkan rawatan terbaik apabila sakit dan juga pendidikan yang terbaik untuk anakanak,” katanya. Ketika ditanya mengenai perancangannya, Irfan menegaskan dia mahu menumpukan kepada usaha memberi motivasi kepada orang lain supaya mereka dapat mencari kekuatan diri dan menggunakannya untuk membuat duit. “Berniaga sememangnya kunci menjadi kaya. Dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula ada potensi yang amat besar untuk berjaya. “Cuma cabarannya, bagaimana kita mampu meyakinkan khalayak luar mengenai produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka. Mereka juga tidak boleh pegang atau rasa produk kita dan hanya boleh lihat foto di hadapan skrin komputer,” katanya.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
BISNES
Transisi
11
Mampukah ekonomi China atasi AS?
Susunan Mohd Azhan Othman
E
Ibu kota Beijing menjadi penanda aras kepada kepesatan ekonomi China.
KONOMI China kini sedang memecut laju untuk cuba memintas kedudukan Jepun sebagai kuasa besar ekonomi nombor dua dunia. Peningkatan mendadak ekonomi China mencetuskan perdebatan dalam kalangan penganalisis ekonomi dunia mengenai berapa lama lagi masa diperlukan untuk negara Asia itu mengambil alih dominasi ekonomi Amerika Syarikat (AS). Penganalisis AS berpendapat tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kemungkinan China menguasai ekonomi dunia suatu hari nanti. Pakar ekonomi antarabangsa, Jay Bryson dari Wells Fargo Economics di Charlotte, North Carolina, AS menyatakan China tidak mungkin mampu menyaingi AS dalam tempoh 20 tahun akan datang berdasarkan kadar pertumbuhan sekarang. “Bahkan jika mereka (China) melakukannya, mereka tidak akan berada pada standard taraf hidup rakyat AS,” katanya. Hakikatnya, angka-angka dicatatkan China menunjukkan perkembangan ekonomi yang semakin melonjak pantas. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan ekonomi China tahun ini berjumlah kira-kira AS$5.4 trilion (RM26.3 trilion), manakala AS pula AS$14.8 trilion (RM77.2 trilion) tahun ini, tiga kali ganda lebih besar berbanding ekonomi China. Justeru, jika China mahu menyaingi AS, ekonomi negara komunis itu perlu mencatatkan perubahan drastik sambil mengharapkan ekonomi AS kekal rendah. Menurut IMF, ekonomi AS diramalkan meningkat 3.8 peratus tahun ini, manakala ekonomi China pula 9.3 peratus. Bryson berkata, jika Beijing mahu memintas AS dalam tempoh 10 tahun, ekonomi negara
Gambaran Terkini
Kebangkitan China
KDNK, Suku kedua
China mengatasi Jepun sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia Kedudukan Ekonomi, 2009 KDNK, per individu Sektor terbesar Tenaga buruh
China
AS$1.337 trillion
Jepun
AS$1.288 trillion
Jepun $6,600
$32,600
Industri $67
Perkhidmatan $77
813.5 juta
65.9 juta
Pengangguran Pertumbuhan, pengeluaran industri
Ekonomi tertinggi 2009 dalam trilion
AS Jepun Jerman Perancis
SUMBER: Biro statistik Kebangsaan China, Biro statistik Jepun, CIA World Factbook
itu perlu tumbuh lebih 12 peratus setiap tahun dan pertumbuhan ekonomi AS pula perlu berada sekitar 2 peratus. Bagaimanapun, ramai pakar mendakwa China kemungkinan akan terus mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tengah kemerosotan ekonomi AS. “Mereka akan mengatasi kita dalam masa-masa tertentu pada masa akan datang,” kata Bryson. Berdasarkan analisis Januari lalu, pakar ekonomi, John Hawkworth dari PriceWaterhouseCoopers di London meramalkan ekonomi China akan mengatasi AS menjelang 2020. Beijing juga dijangka mengalahkan Washington dalam aspek tertentu menjelang 2030. Bagaimanapun, Hawksworth menyatakan pertumbuhan China akan mula perlahan selepas 2020 akibat pertambahan usia penduduk negara itu berikutan dasar satu anak yang dilaksanakan kerajaan Beijing. Hakikatnya, dalam tempoh dua tahun, India pula akan muncul menjadi negara ekonomi ketiga terbesar dunia mengatasi Jepun. Hawkworth berkata, selepas 2020, ekonomi India akan tumbuh lebih cepat berbanding China kerana ia memiliki ramai
kelompok generasi muda dan dibantu pertambahan jumlah penduduk yang meningkat pantas. Pakar AS juga berpendapat walaupun Kadar Dalam Negera Kasar (KDNK) China berjaya mengatasi AS nanti, Beijing masih di belakang Washington di segi standard taraf hidup. Bryson mendakwa secara purata, taraf hidup rakyat China tidak akan sebaik penduduk AS untuk sekurang-kurangnya seabad. Pengarah kumpulan ekonomi global, Todd Lee dari IHS Global Insight di Lexington, Massachusetts menyatakan beberapa kesan psikologikal akan berlaku apabila China menjadi negara ekonomi nombor satu dunia kelak. “Contohnya, China akan memiliki banyak wang untuk pertahanan dan penerokaan angkasa lepas. “Pada masa itu, apa dilakukan China dengan sistem politiknya adalah membuka pintu kepada pengimportan. Jika mereka sudah berubah dan beralih kepada demokrasi, kita mungkin merasa kurang diancam berbanding kekal pada tahap sama seperti sekarang,” katanya.
12
POTRET
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Menghitung s Penjual kebab di Pasar Besar dekat Masjid Biru, Turki.
Kanak-kanak Palestin menyalakan pelita di tengah Bandar Raya Gaza.
Kakitangan dan keluarga Transisi ketik Nelayan, KL. Ribuan jemaah memenuhi Masjidil Haram di Mekah untuk menunaikan solat Terawih.
Seorang peniaga pasar Ramadan berhampiran Masjid Jama di kawasan Chandni Chowk, Delhi Lama, India.
Suasana pasar di Bandar Raya Rafah dalam wilayah Palestin yang kebanyakannya menjual gula-gula menjelang Aidilfitri.
Orang ramai menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi, Madinah.
x
presi
10 - 23 September 2010 / 1 - 14 Syawal 1431H
www.transisi.com.my
Karim bertemu bintang filem James Bond, Datuk Michelle Yeoh dan Gotz Otto pada 1997.
Karim reda segala ujian Oleh Azuraina Abdullah
S
IAPA menyangka Karim Sulaiman, 49, yang suatu masa dulu sihat, ceria dan komited dalam kerja, kini hanya mampu bergantung kepada ahli keluarganya untuk melakukan tugas-tugas mudah dan sukar akibat penyakit Sceleromyxedema dideritainya.
>> Muka 16/29
14
x
presi
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Teater muzikal Tun M jadi motivasi Oleh Azuraina Abdullah
I
STANA Budaya akan mempersembahkan Muzikal Tun Mahathir hasil arahan Rosminah Mohd Tahid dan skrip tulisan beliau dan Ismail Kassan berlokasi di Panggung Sari pada 24 September hingga 4 Oktober ini. Tenaga produksi terdiri dari-
pada pihak Istana Budaya, CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Muzikal Tun Mahatihir berkisar mengenai kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segala yang menjadi
motivasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin ulung, di mana sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Ini termasuk kisah hidup beliau ketika mengetuai penentangan terhadap Malayan Union
Barisan pelakon teater yang akan beraksi atas pentas Muzikal Tun Mahathir.
Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.
Poster Teater Muzikal Tun Mahathir.
dan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Turut ditampilkan ialah perjalanan hidup beliau sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan juga ahli politik yang ada pasang surut. Begitu juga dilema dan kejayaan yang digapai beliau semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak dengan disesuaikan fakta sebenar yang diperakukan sendiri oleh Tun Mahathir. Pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir berkata, teater ini amat berbeza dengan persembahan teater lain kerana penghargaan diberikan kepada pemimpin yang masih hidup dengan menumpukan kisah zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa Tun Mahathir untuk dipertontonkan kepada umum. “Kami mengurangkan kisah kejayaan yang beliau kecapi dalam ataupun luar negara.
Kami lebih menekankan kepada cerita mengenai masa beliau kanak-kanak, remaja hingga dewasa. “Kelainan ini diharap dapat mendekatkan para peminat dan pemuja Tun Mahathir untuk mengenali insan ini dengan lebih dekat lagi melalui fakta benar yang diperakukan beliau sendiri,� jelas Rosminah. Teater muzikal ini menampilkan beberapa nama besar dalam bidang lakonan tempatan seperti Esma Daniel yang membawakan watak Tun Mahathir ketika dewasa, Zizan Nin (Tun Mahathir ketika remaja), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah), Mohd Shafieq Shazwan (Tun Mahathir ketika kecil) dan dibantu pelakon lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Erma Fatimah, Ako Mustapha dan Zaibo. Persembahan muzik ini menampilkan 20 hingga 30 lagu hasil arahan dan ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain dengan melibatkan 80 pelakon.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
Transisi
x
presi
15
Saya bukan novelis cinta - Aina Emir Oleh Azuraina Abdullah
Selain itu, dia juga aktif dalam pelbagai genre seperti triler atau dalam menentukan rezekinya program motivasi anjuran Ke- penyiasatan, awal remaja, kolek- dan dia bersyukur kerana kementerian Pelajaran berdasarkan si cerita menarik, dokumentasi luarga banyak memberi sokopengalamannya berkhidmat se- dan buku mewah (coffee table). ngan sepanjang bergelar penulis. lama 17 tahun sebagai Pengurus Malah, nama samaran bagi “Pelbagai cabaran yang dihaLatihan dan Motivasi di Universiti setiap buku dan novel terbitan- dapi langsung tidak menjejaskan Kebangsaan Malaysia (UKM). nya juga berbeza bagi memu- saya kerana apa saja yang berMenurutnya, pengalaman itu dahkan dia dikenali pembacanya laku adalah urusan Allah. Jika itu banyak membantunya menulis dalam bentuk genre berlainan. rezeki saya, saya sentiasa berkarya berbentuk ilmiah dan pemMenurutnya, dia mengguna- syukur menerimanya,” katanya. binaan jati diri. kan nama Lea Mansur untuk noAina kini dalam proses meNilai-nilai positif berkenaan vel awal remaja dan Jenna Jehan nyiapkan novel terbaru terbitan menjadi garis panduan kepada bagi genre triler, manakala buku syarikatnya dan mengadaptasi Aina untuk mengajak peminat- dokumentari masih mengguna- novel ‘Bunga-Bunga Kemboja’ peminat novelnya untuk bersama kan nama Aina Emir. kepada skrip filem. berubah ke arah lebih positif Selepas kejayaan adaptasi selain menjadi inspirasi kepada novel-drama Kau Laksana Buorang lain. lan, Aina kini sedang merancang Bagi Aina, dia tidak kisah jika mengadaptasi satu lagi karya LATIFAH EMIR AHMAD (AINA EMIR) terpaksa bersusah payah men- novelnya kepada filem dan diAsal Kuala Kangsar, Perak cari lokasi dan kawasan serta jangka diterbitkan sendiri syariTarikh Lahir 28 Disember 1956 melakukan kajian mengenai katnya. Umur 56 karakter watak dan aktiviti dalam “Label sebagai ‘penulis novel Pendidikan penulisannya. cinta’ tidak memberi impak meIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Asia Tenggara, “Saya suka menulis dan mahu narik kerana saya ialah penulis. Universiti Malaya (1979) sampaikan kepada pembaca ba- Saya menulis pelbagai jenis buku Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Liverpool hawa sesuatu yang berilmu bu- dan novel, bukan hal cinta sema(1990) kan hanya unsur kasih sayang ta-mata. Saya menulis untuk seSuami Syed Mansur bin Syed Junid (57) sesama lelaki dan wanita. Saya mua golongan masyarakat tanpa Anak Syed Muhammad Faiz Syed Mansur (31) mahu mereka lihat nilai kekeluar- mengira jantina walaupun ramai Syed Muhammad Irfan Syed Mansur (27) gaan dan rohani dalam menem- pembaca saya wanita. Syarifah Laila Hana Syed Mansur (23) puh kehidupan realiti,” katanya. “Saya tidak mengkhususkan Syed Muhammad Nabil Syed Mansur (18) Aina berkata, dia sebenarnya penulisan saya untuk mereka Hobi Membaca, Melancong, Berkebun lebih selesa dikenali sebagai pe- yang profesional saja. Saya nulis yang bukan hanya menulis mempunyai peminat novel dalam RAMA Kau Laksana Bu- 40 tahun, saya mula berjinak novel cinta. kalangan orang biasa hingga lan yang ditayangkan di dengan dunia penulisan yang tiIni dibuktikan apabila dia turut golongan profesional,” katanya. saluran TV2 sejak Mei lalu ada kena mengena dengan saya. menulis novel dan buku dalam Aina percaya Allah berkuasa berjaya mengangkat lagi popu- Novel pertama saya ditulis dalam lariti novelis popular tanah air, tempoh 10 bulan pada 2002 dan Aina Emir atau Latifah Emir Ah- diterbitkan pada 2003. Karya itu mad, 56, apabila karya adaptasi saya hantar kepada Alaf 21 unnovel-drama itu menjadi antara tuk diterbitkan, diikuti dua novel rancangan kegemaran penonton seterusnya, juga saya hantar kepada Alaf 21,” katanya. tempatan. Didorong semangat penulisan Namun, sebelum drama tersebut menjadi bualan ramai, yang tinggi, Aina memutuskan Aina terlebih dahulu mengumpul mengembangkan lagi bidang kelompok peminatnya tersendiri diminatinya itu dengan menubuhmelalui novel-novel hasil karya- kan sebuah syarikat penerbitan nya yang tersenarai antara novel buku sendiri, di namakan KarMelayu terlaris di pasaran. yaDya Solutions Sdn Bhd pada Aina mula menceburkan diri 2005. Hingga kini, sebanyak tudalam dunia penulisan pada penghujung 2002 dengan menulis no- juh novelnya sudah diterbitkan vel ‘Sesuci Cinta’ dan diterbitkan sendiri syarikat itu yang dikendalikan bersama ahli keluarganya, pada 2003. Dia kemudian terus memba- termasuk karya-karya penulis bitkan diri dalam bidang itu se- lain. “Saya menjadi penasihat syaricara profesional dengan menulis lebih 10 novel dengan penerbit- kat, manakala pengurusan syarikat dikendalikan sepenuhnya oleh penerbit berlainan. “Selepas bersara pada usia anak-anak saya,” kata Aina. FAMILI... Majlis perkahwinan anak perempuannya, Syarifah Laila Hana.
PROFIL
D
“
Saya suka menulis dan mahu sampaikan kepada pembaca bahawa sesuatu yang berilmu bukan hanya unsur kasih sayang sesama lelaki dan wanita.”
16
x
presi
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Sokongan keluarga buat Kesan Sceleromyxedema 1. Luka mengambil masa lama untuk sembuh. 2. Jika demam atau batuk, pesakit hanya mampu/boleh mengambil ubat dalam dos kanak-kanak. 3. Jika tidak dirawat segera, organ dalaman tubuh mungkin mengeras dan tidak boleh berfungsi lalu menyebabkan kematian. 4. Kecenderungan memori pesakit terhapus juga amat tinggi akibat ketegangan sel-sel dalam tubuh. 5. Mampu menjadikan manusia seperti batu. 6.Tidak boleh terlalu stres kerana ia mampu menarik sel-sel saraf dalaman selain memberi kesan kepada seluruh tubuh. 7. Tidak boleh bercakap jika kerongkong kekurangan air liur dan peti suara semakin mengecil.
“
Tanda-tanda penyakit ini ialah saya mula sakit kepala, gatal dan sentuhan rasa semakin kurang. Deria rasa juga ekstrem.”
>> Dari Muka 13
IL F O PR
KARIM SULAIMAN
Pekerjaan semasa Kolumnis Berita Harian Asal Kluang, Johor Umur 49 tahun Isteri Siti Hawa Mohd Ariff (48) Anak-anak Khairah Nadhirah Karim (21) Khairah Nabilah Karim (20) Khairah Nazurah Karim (19) Khair Najid Karim (16) Khair Naqib Karim (14) Khair Naufal Karim (13)
K
“
ULIT menjadi tegang, berkilat dan nipis. Sendisendi tubuh menegang hingga tidak mampu bergerak seperti manusia normal. Malah, kulit yang kemerahan bagai dipanggang mengundang pandangan sinis masyarakat.” Fakta di atas antara kesan yang menyebabkan terjadinya tanda-tanda Sceleromyxedema, sejenis penyakit yang sangat jarang ditemui di Malaysia atau dunia kerana pakar perubatan kerap menyalahtafsirkan penyakit itu. Anda salah jika menyangka penyakit itu sama seperti penyakit Sceleroderma. Sceleromyxedema cuma penyakit yang seakan sama dengan Sceleroderma, teta-
Siti Hawa membantu suami minum menggunakan penyedut minuman.
pi ia sebenarnya berbeza di segi konsep dan perubatannya. Sceleromyxedema juga sering dianggap sebagai tanda-tanda penyakit kusta, sopak ataupun Aids. Justeru, penilaian mata masyarakat harus diperbetulkan untuk menghindarkan tanggapan negatif terhadap golongan pesakit berkenaan. Sceleroderma adalah penyakit autoimun kronik yang disebabkan oleh fibroris atau pengerasan, perubahan sistem pembuluh darah dan autoantibodi dalam badan perumah. Terdapat dua bentuk Sceleroderma major, iaitu limited systemic sclerosis/scleroderma dan diffuse systemic sclerosis/sclero-
derma. Banyak penyakit kulit yang disenaraikan seperti Sceleroderma, antaranya ialah Sceleromyxedema. Namun, perbezaan ketara itu tidak ramai diketahui pakar dan umum. Scleromyxedema sama seperti penyakit scleroderma. Bagaimanapun, ia mengakibatkan penipisan kulit dan ketegangan yang menampakkan kulit seperti licin, tegang dan nipis, manakala scleroderma hanya menunjukkan keadaan kulit yang tegang. Penyakit itu juga merujuk kepada Scleromyxedema of Groton, Lichen Myxedematosus dan Papular Mucinosis, tetapi ia bukan penyakit keturunan.
BERDASARKAN jurnal penyakit kulit dunia, apa dialami Karim itu sangat jarang dijumpai di Malaysia dan kurang daripada 200 kes yang sama seluruh dunia. “Seluruh dunia pun tak banyak kes ini. Malah, di Malaysia saya antara kes pertama dirujuk ke hospital Kerajaan. Mungkin ada pesakit yang sakit seperti saya, tetapi mereka didianogsis sebagai penyakit kulit lain dan bukan Sceleromyxedema,” katanya. Segalanya bermula pada 2000 apabila dia pulang dari Port Dickson selepas menyambut Hari Keluarga pejabatnya. Karim yang ketika itu menyandang jawatan Pengarang Unit Khas Berita Harian mendapati kulitnya bertukar menjadi kemerahan, tetapi tidak seperti kesan kulit terbakar biasa. Dia, yang beranggapan sistem imunisasi tubuhnya mengalami kecelaruan, kemudian memutuskan mendapatkan rawatan doktor untuk tindakan susulan. “Mulanya, saya ingat cuma kulit terbakar disebabkan cahaya matahari di pantai. Ketika itu, hanya hidung yang menjadi merah, tetapi makin hari kulit semakin merah dan gatal,” kata isterinya, Siti Hawa Mohd Ariff. Anak jati Kluang, Johor itu
Be mula menjalani dianogsis penyakitnya pada 2004 dan doktor yang merawatnya mengatakan penyakit dihidapinya itu sebagai Papular Mucinosis iaitu masalah kulit yang agak susah didapati. Namun, penyakit berkenaan masih belum disahkan secara klinikal sebagai Sceleromyxedema. “Tanda-tanda penyakit ini ialah saya mula sakit kepala, gatal dan sentuhan rasa semakin kurang. Deria rasa juga ekstrem. Kadang-kadang kalau sejuk, saya akan rasa sejuk sangat. Kalau makan manis, rasa manis terlampau,” katanya. Pada 2005, sekali lagi diagnosis yang dilakukan tidak dapat mengesahkan penyakit sebenarnya dan pada 2006, bapa kepada enam cahaya mata ini mula terlantar serta tidak mampu bergerak sepenuhnya. “Saya berhenti kerja apabila sudah tidak boleh bergerak sepenuhnya. Kemudian keadaan semakin teruk dan saya ambil keputusan dapatkan rawatan. Ketika itu saya masih boleh bercakap. Tidak seperti sekarang, kena cakap perlahan-lahan. “Jika dulu, buka mulut untuk makan hanya 0.8 sentimeter (sm) saja. Sekarang, sudah boleh buka 1 sm. Saya pernah juga cabut gigi semasa sakit dan doktor sedaya-upaya bukakan mulut
saya “D boleh saya nasi nyed Ke tenat mend di Ho dan nyak 2007 Ke lepas diano di Ja Pa mend iaitu Glob dia seca dokto yang kesa Se meng tidak Karim Selan wata bulan baha “S pat b pasti mere
10 - 23 September 2010 / 1 - 14 Syawal 1431H
22-23 Kajian Ilmiah
www.transisi.com.my
Penjanaan idea baru universiti
M
ALAYSIA menjadi tuan rumah persidangan bagi 57 Kementerian Pengajian Tinggi negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bermula 19 hingga 21 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persidangan yang bertemakan ‘Pembudayaan Kualiti Dalam Akademik, Penyelidikan,
Inovasi ke Arah Kebaikan Ummah’ itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurutnya, ia antara lain akan membincangkan mengenai penjanaan idea baru dalam meningkatkan kualiti ahli akademik, penyelidikan dan inovasi di kalangan universiti-universiti negara ahli. ‘’Empat negara bukan anggota OIC iaitu Thailand, Rusia, Turki
Usah P cemar IPTA
KHALED
dan Bosnia Herzegovina turut dijemput sebagai negara pemerhati,’’ katanya. Terdahulu, beliau merasmikan majlis pra pelancaran Malaysia sebagai tuan rumah persidangan Menteri-menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Kelima (ICMHESR) serta majlis berbuka puasa kementerian itu bersama media di sini, baru-baru ini.
Menarik di dalam
25
Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof
ENTADBIR institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberi amaran jangan menjadikan universiti sebagai medan politik atau membenarkan kemudahan yang disediakan untuk membantu sesebuah parti politik di negara ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Da-
tuk Saifuddin Abdullah, berkata pihak Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pentadbir IPTA di negara ini membabitkan diri dengan membantu parti politik berkempen di dalam atau luar universiti.
Mewariskan negara kuat
21
‘Bebola lumpur’ bersih air tasik USM
>> Muka 19
KITA ucap selamat Hari Raya
D
ALAM suasana keriangan tidak terhingga menyambut Aidilfitri 1431 Hijrah, kakitangan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak melepaskan peluang meraikannya bersama Pengarah Pengasas institut itu, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Turut serta di pejabat KITA ialah Felo Utama institut itu, Prof Dr Mansor Mohd Noor bersama kakitangannya, Rahayu Zainal Abidin (baju kurung hitam); Siti Salwa Shaharim (baju kurung hijau) dan Siti Raudah Ismail (baju kurung merah). Pegawai kanan KITA, Mohd Faris Ngadimin (kemeja putih) turut ada bersama kakitangan lain, iaitu Mohd Sharin Rahmat, Ahmad Adzhar Abu Hassan dan SELAMAT HARI RAYA... Dr Shamsul Amri (baju gelap) menerima salam lebaran daripada Amizrudin Ahmad Sinari. – Foto Dr Mansor sambil diperhatikan kakitangan lain. oleh Nooratikah Ab Rahim.
20
Rosna tiupkan inspirasi, kerjasama
26
Salam perantauan pelajar kampus
18
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Iktiraf USM pusat latihan bertauliah
U
NIVERSITI Sains Malaysia (USM) menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama diiktiraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah (Certified Training Provider) Perisian Sumber Terbuka apabila Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM menerima lantikan berkenaan daripada Unit Permodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sijil lantikan disampaikan oleh Datuk Dr Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU kepada Dr Hj Ramli Saad, Pengarah IPPT USM dalam majlis khas di IPPT USM, baru-baru ini. Dengan pengiktirafan itu, USM, menerusi IPPT akan berfungsi sebagai tempat latihan dan bimbingan bagi sektor awam dalam penggunaan aplikasi sumber terbuka. Berucap di majlis berkenaan,
Nor Aliah menyampaikan sijil lantikan kepada Ramli dalam majlis khas di IPPT USM. Datuk Dr Nor Aliah berkata selain USM, 10 lagi pusat latihan lain turut dikenalpasti dan dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah sejak 13 Ogos lalu. Turut hadir pada majlis itu ialah Hj Mohamad Rosli Abd Razak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT MAMPU serta
Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah Open Source & Open Standard, Bahagian Bahagian Dasar dan Perancangan ICT MAMPU. “USM IPPT pertama dilihat oleh MAMPU bersedia dan berpontensi bagi menjalankan latihan perisian tersebut kepada
kakitangan awam terutamanya di kawasan utara dan MAMPU percaya USM akan dapat menggalas tanggungjawab ini,” katanya. Penggunaan perisian terbuka tercetus menerusi Pelan Induk Open Source Software Sektor Awam yang dilancarkan pada 16 Julai 2004 dengan objektif bagi mengurangkan jumlah pemilikan, meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian, meningkatkan tahap operasi antara system dan perisian serta meningkatkan pertumbuhan industri ICT. Antara latihan Perisian Sumber Terbuka yang telah dilaksanakan oleh IPPT adalah OpenOffice.org, PHP5/MySQL5, Fundamental Linux, Virtualization for System Administrator using OSS, MySQL for System Developer, Introduction to CMS with Joomla!, OsiriX - Advanced DICOM Medical Imaging Soft-
ware, Integrated Library System (Koha) dan Document Management System (OpenKM). Pada majlis yang sama, Pengarah IPPT, Dr Hj Ramli Saad berkata, IPPT melalui inisiatif Perisian Sumber Terbuka IPPT telah melaksanakan latihan dan pembangunan Perisian Sumber Terbuka tersebut sejak 3 tahun lalu di bawah Pusat Bio-ICT. “Kita amat serius di dalam menyokong hasrat kerajaan ini dan amat berbangga menerima lantikan ini. Kita juga telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus pertama perisian sumber terbuka bermula pada hari ini sehingga 25 Ogos 2010 melibatkan sejumlah 15 peserta dari pelbagai jabatan kerajaan. “Ini turut menjadikan IPPT USM sebagai pusat pertama yang menjalankan kursus sejak menerima lantikan ini,” katanya.
YTTK wujud skim biasiswa
Oleh Rudysham Abd Raof
M
ENYEDARI hakikat betapa ramai pelajar kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang gagal melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan kerana kekangan ekonomi, Yayasan Tengku Temenggung Kelantan (YTTK) bakal memperkenalkan skim biasiswa dalam usaha membantu golongan berkenaan mampu menjejakkan kaki mereka ke menara gading. Pengasas YTTK, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, berkata beliau sedar bahawa ramai pelajar bijak dari Kelantan kecewa kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana masalah kemiskinan. “Saya banyak terima laporan mengenai masalah ini. Saya tahu mereka bukan kandas ke IPTA kerana gagal dalam peperiksaan tetapi tidak boleh pergi ke sana (universiti) kerana masalah kewangan. Saya kecewa kerana tiada pihak tampil untuk membantu. “Mungkin mereka (pelajar) malu untuk melaporkan kerumitan yang mereka hadapi, tetapi saya terpanggil untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran ke universiti kerana saya tidak mahu mereka kecewa pada masa depan.
“Saya akan kumpul rakan-rakan perniagaan saya untuk menyumbang (beri derma), supaya dapat kukuhkan kewangan YTTK sekali gus mampu membiayai atau memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pelajaran ke menara gading. “Malah, saya mohon supaya lebih banyak pihak, terutama kalangan korporat berjaya dari seluruh negara tampil membantu golongan pelajar miskin yang cemerlang melanjutkan pelajaran mereka melalui biasiswa yang bakal YTTK perkenalkan tidak lama lagi,” kata Tengku Muhammad Fakhry kepada Transisi ketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini. Sejak penubuhan YTTK setahun lalu, yayasan berkenaan lebih banyak membantu golongan miskin terutama orang kurang upaya (OKU), anak yatim, penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat masalah bencana alam dan memberi zakat kepada fakir miskin. Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum YTTK meluluskan sesuatu biasiswa yang bakal diperkenalkan kelak, pegawai yayasan itu akan mengkaji terlebih dahului setiap latar belakang pemohon sebelum meluluskannya.
“Kita tidak mahu ada pihak yang tidak layak mendapat biasiswa ini dan kita akan buat saringan secara telus supaya mereka yang benar-benar layak memperolehinya. Saya berpendapat ini adalah cara terbaik untuk memastikan lebih ramai pelajar Kelantan jejak kaki ke universiti,” katanya. Mengenai pembabitan YTTK dalam aktiviti sosial membantu golongan tidak berkemampuan, Tengku Muhammad Fakhry menjelaskan yayasan itu menampakkan peningkatan yang baik sejak ditubuhkan pada 2009. “Kita ada majlis berbuka puasa bersama golongan miskin di Kelantan. Jika tahun lalu, kira-kira 60 anak yatim dan OKU dipanggil untuk berbuka puasa dengan YTTK, tetapi tahun ini dengan kewangan yang agak baik dalam dana yayasan, kita berjaya menjemput lebih ramai,” katanya. Selain membantu golongan kurang bernasib baik itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, YTTK turut membantu mangsa yang dilanda masalah bencana alam termasuk kebakaran. Malah, beliau akan mengadakan lawatan di Kampung Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan selepas mendapat laporan mengenai
TENGKU MUHAMMAD FAKHRY kejadian kebakaran membabitkan beberapa keluarga, bulan lalu. “Kita kena akur mengenai kedudukan mereka saat ini. Sudah pasti mereka tidak mempunyai arah tuju sekiranya kita tidak tampil membantu mereka sekadar termampu. Biarlah mereka mendapat pelindungan sebagaimana kehendak ajaran agama Islam yang kita pegang selama ini,” katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru syarikat konglomerat dan pihak tertentu turut serta untuk
membantu YTTK dengan meyalurkan dana kerana sumbangan kepada yayasan itu dikecualikan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). “Sebelum ini, ada pihak yang mahu membantu tetapi menolak berbuat demikian kerana bantuan mereka tidak dikecualikan cukai oleh LHDN. Namun, YTTK sudahpun memperolehi kelayakkan ini dan berharap mereka turut tampil memberi bantuan dari segi kewangan supaya kita dapat salurkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
KAMPUS
Transisi
19
Amaran buat pentadbir IPTA >> Dari Muka 17
“SAYA dapat tahu ada pentadbir beri kebenaran guna kemudahan disediakan kerajaan untuk kepentingan parti politik tertentu berkempen dalam pilihanraya kecil atau umum. Saya agak dukacita dan mahu ia dihentikan kerana universiti terikat pada Perlembangan Negara. “Sebenarnya perkara ini sudah diketahui pihak kerajaan bahawa ada pentadbir melakukannya secara ‘senyap’. Saya harap mereka hentikan segera kerana universiti adalah tempat pelajar mencari ilmu menerusi pentadbir yang bijaksana. “Oleh itu, pengurusan tertinggi universiti perlu memantau secara lebih kerap situasi ini kerana segala kemudahan yang ada di universiti adalah untuk kegiatan pelajar dan perlu digunakan sebaik mungkin. Jangan salah guna apa yang diberikan Kerajaan,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegiatan IPTA yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada parti politik tertentu di negara ini dengan membantu menggunakan kemudahan universiti ketika berkempen dalam pilihan raya kecil atau umum. Menurut Saifuddin, apa yang diterjemahkan selama ini ialah mengenai pembabitan pelajar
dalam parti politik dan tidak semestinya pentadbir turut serta dalam kempen itu kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan universiti itu sendiri. “Jadi, ia tidak sama kerana universiti lain dan pelajar pula lain. Universiti terkecuali daripada sertai parti politik. Hanya pelajar diberi keutamaan (sekiranya dipersetujui Perdana Menteri) babit diri dalam parti politik. Oleh itu, jangan guna kesempatan yang diberi kerana boleh mencemarkan institusi pengajian tinggi negara,” katanya. Ketika ditanya cara terbaik memahami psikologi pelajar atau orang muda, Saifuddin berkata, bab itu mempunyai tiga teras utama yang perlu direalisasikan semua pihak untuk memastikan pelajar sentiasa berada dekat dalam hati. “Pertamanya, saya lihat Kerajaan atau pengurusan universiti perlu tahu permintaan pelajar, suara mereka didengar dan perlu rapat dengan mereka. Kedua, peranan pelajar perlu diiktiraf dari semasa ke semasa, terutama pemimpin pelajar dan ketiga, perlu menangani sesuatu isu berkenaan pelajar menerusi pendekatan orang muda. “Tiga aspek ini amat penting kerana jika kita (Kerajaan) tidak tahu bagaimana menangani situasi ini sudah tentu mereka akan memberontak dan mencari pelbagai isu menghentam kita
dalam pelbagai jaringan, terutamanya dalam blog. “Belia atau pelajar IPT mempunyai jaringan yang luas di peringkat antarabangsa. Mereka lebih kepada alam maya berbanding kalangan profesional. Sudah pasti, mereka akan guna sebaik mungkin kemudahan yang ada untuk meluahkan perasaan kecewa mereka,” katanya. Menurutnya, ada dua kes berlaku di universiti tempatan yang gagal memainkan peranan melembutkan hati pelajar masing-masing kerana gagal dalam penggunaan tiga teras utama yang dilabelkannya itu. “Kes ini agak terpencil dan tidak diwar-warkan dalam akhbar tetapi saya lihat ia sepatutnya mudah diatasi jika pentadbir universiti menggunakan pendekatan yang saya huraikan tadi. “Kesnya agak mudah iaitu pengubahsuaian bangunan kuliah sehingga memaksa pelajar terbabit berulang alik dari tempat penginapan ke bangunan kuliah sementara yang agak jauh. Pengurusan universiti terpaksa menggunakan bas untuk menjemput pelajar. “Namun pelajar memberontak kerana pihak pengurusan tidak pernah berbincang terlebih dahulu dengan mereka dan gagal menangani isu ini dengan baik. Saya enggan dedahkan universiti mana tetapi jika mereka dari awal mendekati pelajar atau pemimpin
Perkim UUM menang anugerah cemerlang
Tun Dr Mahathir (tengah) bersama barisan pemenang Anugerah Kepimpinan Cemerlang.
K
ELAB Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Universiti Utara Malaysia memenangi Anugerah Kepimpinan Cemerlang di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia melayakkan kelab itu meneri-
ma piala dan replika cek berjumlah RM2,000 daripada Yang Dipertua Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mohd Jelani Mohd Noor, Yang Dipertua Perkim UUM menerima hadiah dan replika itu.
Exco Publisiti dan Penerbitan Perkim UUM, Deddy Dixson berkata, kejayaan UUM kerana pembabitan mereka dalam kerja dakwah dan kebajikan yang merangkumi aktiviti perpaduan, kedamaian dan kesefahaman.
SAIFUDDIN pelajar sudah pasti perkara ini tidak berlaku,” katanya. Mengenai pembabitan pelajar dalam parti politik dan ada pihak mengatakan pelajar akan diperkuda oleh pemimpin politik luar, Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, “Siapa suruh pelajar jadi kuda? Jadilah penunggang. Sebab itulah kita mahu beri peluang kepada pelajar kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. “Kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga adalah langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik,” katanya. Beliau berkata, semua pihak perlu melihatnya secara pro dan
kontra mengenai perkara ini serta tidak seharusnya menghukum tanpa menilai terlebih dahulu. “Kita perlu lihat secara pro dan kontra mengenai jaminan hak berorganisasi dalam Perlembangaan. Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu nikahpun ada pro dan kontranya. Cara begini adalah untuk timbulkan alasan tidak bersetuju. “Jadi, persoalan ini adalah persoalan individu dan kita perlu fikir untuk majukan pelajar mengenali lebih dekat cara berpolitik. Jika kita sekat sudah pasti mereka akan terus memberontak dan tentu memudaratkan lagi keutuhan Kerajaan yang dibina,” kata Saifuddin.
Dua Profesor dinaikkan ke Gred Khas (VK6)
P
ROF Dr Abdul Razak Saleh dan Prof Ir Dr Che Sobry Abdullah masingmasing menerima pelantikan ke jawatan Profesor Gred Khas (VK6) yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, bar-baru ini. Prof Dr Abdul Razak yang juga Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNC P&I) mula berkhidmat dengan UUM sebagai Penyelia Group Kembara dan pensyarah pada 1986. Prof Ir Dr Che Sobry pula mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ahmad Tajud-
Abdul Razak (kanan) dan Che Sobry ke Gred Khas (VK6) din Jitra mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia pada 1976 sebelum melaporkan diri di UUM pada Jun 1996. Beliau dilantik sebagai Profesor pada 2000 dan menerbitkan jurnal kejuruteraan, buletin jurutera, penerbitan, makalah akademik serta membentangkan kertas kerja dalam persidangan dan membuat pelbagai penyelidikan.
20
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Prof Dr Rosna tiupkan inspirasi, kerjasama
Oleh Nor Azizah Din Foto Zamarizul Salleh
S
EORANG profesor wanita dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) buat kali pertama di Universiti Utara Malaysia (UUM). Ikuti wawancara wartawan, Nor Azizah Din dengan Prof Dr Rosna Awang Hashim.
Apakah perasaan Prof setelah menerima amanah yang besar ini? Dah nama pun perasaan‌ Susah untuk digambarkan. Terharu pun ada. Pada masa sama, ramai orang kata orang perempuan lebih bertanggungjawab, concern pun tinggi dan fikir panjang. Nak bercakap pun kena fikir panjang, kena lebih berhati-hati. Dulu, I represent myself and now I represent the university and of course terharu dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak kerana memberi kepercayaan untuk saya menjalankan tugas ini. Apakah visi Prof di Bahagian Akademik dan Antarabangsa terus ke hadapan selari dengan visi Naib Canselor? Alhamdulillah, Naib Canselor sudah menjelaskan UUM hendak menjadi Universiti Penyelidikan (RU). Landasan telah dibina, jadi kita hanya perlu memperkukuhkannya untuk menjadi RU dalam tempoh tiga tahun, kita cuba. Saya rasa jika kita dah determine ada matlamat yang jelas, kita akan menyusun strategi untuk mencapainya dan dalam masa yang sama, kita hendak mencapai tahap sebagai The Eminent Management University di Malaysia. Kalau boleh, biar kita mencapai taraf antarabangsa dengan adanya program-program berkualiti dan pekerja berkualiti maka kita akan mendapat pelajar berkualiti. Kerana saya rasa, kalau kita hendak sustain in the global competition,
Tip
U
Siri 1
we have to become world class. Apakah strategi mencapai hasrat itu? Sebagai permulaannya, landasan telah diberikan, kita perlu memantapkan Sistem Lead (Leadership Academic Scheme) yang telah diasaskan oleh Naib Canselor sekarang. Saya rasa, sistem lead itu sebagai satu asas bagi pembinaan universiti di mana dalamnya terbina satu sistem pemantauan membolehkan kita sebagai pensyarah senior dan profesor bertindak sebagai ‘malim’ untuk sama-sama membimbing pensyarah-pensyarah baru dari segi penyelidikan dan penerbitan. Semestinya mengajar adalah asas. Semua harus menjadi tenaga pengajar yang mahir dan berkualiti serta mempunyai asas student centered learning. Sebab saya dalam bidang pendidikan, memang saya tahu itu penting. Pengajaran adalah our core business. Pastikan kualiti pelajar yang masuk dan keluar daripada universiti ini hebat, sekarang kita kena ambil pelajar postgraduate students lebih banyak sebab ke arah RU, postgraduate itu salah satu sebagai indicator. Kita kena perbanyakkan penyelidikan dari pelajar, tidak kepada course work sahaja. Dengan adanya itu, dapat menyemarakkan penyelidikan universiti ini. Kita juga dalam usaha mendapatkan Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), terutamanya untuk College of Business, kerana sekiranya, kita mahu program kita relevan. Program kita masih dalam re-preview dengan MQA. Jadi, kita pastikan program kita relevan dengan keperluan semasa dan tidak lari daripada falsafah bidang ilmu sendiri. Itulah yang terpenting buat masa ini. Selain itu, pelan strategik universiti dalam aspek pengantarabangsaan sendiri, kita ada banyak strategi untuk mendapatkan pensyarah pelawat dan pelajar antarabangsa.
Saya akan cuba memahami budaya kerja dan menerima pandangan dari peringkat akar umbi. Ini adalah antara salah satu strategi yang akan dipraktikkan bagi mencapai satu rangkaian kerjasama dengan semua pihak. Apakah Prof merasakan bidang pendidikan memberi kelebihan dalam menjalankan tugas ini? Insya-Allah. Kita kena memahami falsafah Scholarship of Learning and Teaching (SOLT). Seorang pensyarah perlu tahu mengajar, memahami pendekatan terkini di mana hala tuju pendidikan tinggi ke arah Outcome Based Education (OBE) dan pensyarah harus faham macam mana melaksanakan OBE berteraskan student centered learning. Jadi kita pentingkan itu supaya pelajar yang dikeluarkan dari universiti ini dapat berbakti kepada negara. Kemudian, dari segi penyelidikan iaitu the scholarship of discovery itu, ia menjadi tanggungjawab pensyarah. Mereka kena buat penyelidikan dan kemudian menerbitkannya untuk dikongsikan ilmu kepada orang ramai supaya lebih relevan kepada masyarakat. Jika keempat-empat SOLT membabitkan pemahaman, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan , jadi kita selaraskan secara constructively apa hasrat universiti, insya-Allah kita akan berjaya. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh Prof apabila menyandang jawatan ini? Cabaran sebagai pemimpin wanita berbeza dengan pemimpin lelaki. Persepsi manusia sukar ditukar. Apabila diberi cabaran ini, saya terima dan berharap, staf wanita UUM akan lebih bersemangat untuk bekerja dan berbakti pada UUM. Kadang-kadang banyak benda remeh yang mendatangkan masalah, tetapi saya rasa key point adalah komunikasi.
ROSNA Bagaimanakah penerimaan wanita dengan pelantikan Prof sebagai TNC? Saya rasa, ini boleh menjadikan satu inspirasi kepada wanita menunjukkan bahawa wanita hari ini mampu dan boleh bekerjasama dengan kaum lelaki dan mentadbir sesuatu organisasi. Bukan fizikal tetapi mental strength yang diperlukan untuk mentadbir sesuatu organisasi. Apakah harapan Prof kepada semua? Harapan saya, pelantikan ini boleh menjadi aspirasi kepada pelajar kita. Semua pihak dapat terima saya seadanya, cara bekerja, interaksi juga bebeza. Saya perlu belajar banyak dan masih perlukan bimbingan daripada rakan-rakan dan pandangan pelajar supaya kita dapat melakukan penambahbaikan secara berterusan. Kepada pelajar, diharap mereka dapat membantu diri sendiri, membantu UUM dengan menjadi seorang pelajar yang terpuji dan berkualiti.
Petua jadi mahasiswa cemerlang
NTUK menjadi pelajar atau mahasiswa cemerlang, apa yang perlu anda lakukan? Sebenarnya, pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Lebih tepat lagi ini merangsang semua deria dalam pembelajaran. Ini kerana dalam beberapa analisis atau kajian oleh pakar sains dan pakar motivasi, kajian menunjukkan bahawa: kita ingat 10 peratus apa yang dibaca; kita ingat
20 peratus apa yang didengar; kita ingat 50 peratus apa yang didengar dan dilihat; kita ingat 70 peratus apa yang dicakapkan dan kita ingat 90 peratus setelah dipraktikkan. Untuk itu, pelajar atau mahasiswa terutama bagi mereka yang baru memasukki alam kampus dinasihatkan untuk menjadikan beberapa petua dibawah ini sebagai panduan ke arah kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian sebagai pelajar universiti. 1. Belajar secara aktif dengan pen ditangan
2. Belajar tiga jam sehari atau 20 jam seminggu 3. Belajar dalam persekitaran kondusif. a) Pastikan cahaya adalah terang. b) Kurangkan gangguan bunyi. c) Tampal poster mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar. d) Tampal gambar yang menenangkan fikiran. e) Kerusi dan meja menghadap kiblat. f) Jangan lupa senyum.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
KAMPUS
Transisi
Guna ‘bebola lumpur’ bersih air tasik USM
21
M
ENYEDARI pentingnya memelihara keseimbangan alam sekitar, Universiti Sains Malaysia (USM), menerusi Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni USM dengan kerjasama CIMB Foundation dan Bioremediation Sdn. Bhd mengambil inisiatif membersihkan tasik yang terdapat di kampusnya dengan menggunakan teknologi mudballs atau juga dikenali sebagai bebola lumpur. Menerusi Projek Pembersihan Tasik Harapan ini, 10,000 bebola lumpur dilontarkan ke dalam tasik berkenaan bagi menyerap kotoran dan bakteria sekali gus memperbaiki kualiti air tasik berkenaan. Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, berkata, projek ini mendapat bantuan kewangan bernilai RM116,000 hasil sumbangan CIMB Foundation. “Kita menggunakan teknologi Mudballs ini kerana berpendapat ia adalah cara yang paling sesuai untuk membersihkan Tasik Harapan yang sudah hampir 20 tahun terbiar tanpa ada kaedah pera-
DZULKIFLI watan yang sempurna. “Kawasan tasik ini yang dahulunya menjadi asrama penempatan pelajar lebih 20 tahun lalu sudah cukup dekat di hati setiap warga USM termasuk alumninya. “Sewajarnya kita kini kembali memikirkan apa lagi yang boleh kita lakukan agar kawasan tasik ini lebih terpelihara dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya,” katanya selepas majlis berkenaan, baru-baru ini. Turut hadir isteri beliau Puan Seri Masrah Abidin; Pengarah
Pegawai dan pelajar USM membaling ‘bebola lumpur’ ke dalam tasik. Kawasan CIMB Pulau Pinang, Liew Chee Cheang; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof Ahmad Shukri Mustapha Kamal dan beberapa jemputan khas dari CIMB Foundation dan Bioremediation Sdn Bhd. Program yang julung kali dianjurkan itu turut membabitkan
Saintis UKM cipta toner printer daripada minyak sawit
P
ENYELIDIK dan saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengorak langkah apabila berjaya menghasilkan sejenis lilin, wax ester yang banyak digunakan untuk toner, iaitu dakwat pencetak daripada produk tempatan, minyak sawit. Permintaan wax ester kini semakin meningkat dengan pertambahan penggunaan komputer dan pencetak. Malangnya, jenis lilin ini kini hanya dihasilkan dari sarang lebah yang tidak banyak meningkat. Justeru, pengeluarannya terhad dan harganya pula agak mahal di pasaran. Semua masalah itu akhirnya dapat diatasi dengan pengeluaran toner yang lebih murah hasil ciptaan saintis UKM, Prof Dr Mohd Ambar Yarmo dari Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Beliau dan pasukan penyelidiknya sedang melakukan pe-
nyelidikan mengenai kegunaan asid oleic yang diperolehi daripada minyak sawit, sebagai pelincir bio, apabila mereka telah menghasilkan wax ester itu. Prof Ambar, seorang pakar dalam bidang pemangkinan kimia, sains permukaan dan kimia analisis, berkata beliau sedang mencari lebih banyak kegunaan industri bagi minyak sawit dan antara hasilnya ialah wax ester itu. Prof Ambar berkata, menukar alkohol berlemak kepada wax ester bukanlah satu kaedah baru tetapi apabila ia diperoleh daripada minyak sawit melalui satu proses yang mudah dan murah, ia adalah satu peluang komersil yang baru. Menurut beliau, pasukannya telah berjaya memperolehi alkohol berlemak daripada minyak sawit dan mereka telah menukar alkohol berlemak itu kepada wax ester khas dengan kimia dan peralatan biasa.
hampir 500 pelajar dan kakitangan universiti serta beberapa orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sementara itu, menurut Pengarah Projek, Dr Asha Suresh Chand, bebola lumpur tanah liat bersaiz bola tenis yang diadun bersama beberapa bahan lain termasuk mikroorganisma efektif,
asid laktik dan yis adalah selamat digunakan dan terbukti keberkesanannya. “Kaedah ini dibangunkan oleh Dr Terugo Higa, seorang saintis di Universiti Ryukyus, di Okinawa, Jepun dan kita jangka kesannya akan dapat kita lihat dalam tempoh tiga bulan lagi,” katanya.
DR MOHD AMBAR “Ini bermakna wax ester khas ini boleh dikeluarkan secara komersil dan apabila dapat diguna dalam proses membuat dakwat toner, ia pasti boleh menurunkan harga toner di pasaran,” katanya. Beliau berhasrat mahu mengeluarkan wax ester dari minyak sawit itu secara besar-besaran untuk kepentingan pengguna. Pasukannya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan paten bagi proses ciptaan mereka itu yang kini dalam pertim-
Tandan kelapa sawit. bangan. Selesai menerima paten, beliau bersedia berbincang dengan mana-mana syarikat swasta yang berminat mengeluarkan wax ester khasnya untuk pasaran toner. Prof Ambar berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan kepujian dari UKM pada 1979 dan Dok-
tor Falsafah (PhD) dari Wales pada 1983, adalah seorang profesor kimia di Fakulti Sains dan Teknologi UKM sejak 2006. Beliau juga mengetuai Program Kimia Oleo UKM. Selain toner, wax ester kini banyak digunakan sebagai bahan dalam pengilap kereta dan lantai.
22
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Anugerah robot Oleh Gan Yong Li dan Muhammad Amsyari Ismail
T
EKNOLOGI robotik kini semakin berkembang luas dengan pelbagai reka cipta robot berjaya dihasilkan. Di Jepun, robot dicipta untuk memudahkan penduduk negara Matahari Terbit itu melakukan sesuatu tugas tanpa menggunakan khidmat tenaga buruh yang mahal. Antara robot ciptaan pakar robotik Jepun itu ialah robot mampu berbual, mencari barang, melukis dan bermain dengan kanakkanak. Ciptaan terbaru ialah robot bernama Chapit, yang sensitif kepada bunyi dan mampu menjawab beberapa soalan mudah serta pandai berjenaka. Chapit dicipta untuk mengurangkan sunyi warga emas negara itu. Justeru, tidak hairan jika suatu masa nanti ada robot yang mampu memanjat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur sebagai pekerja untuk memastikan mercu tanda Malaysia itu terus kekal bersih, kukuh dan selamat. Menyedari hakikat betapa pentingnya robot untuk masyarakat pada masa depan, sepasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Elektrikal dan Elektronik (FKJEE) Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, berjaya mencipta robot jenis Rope Climbing.
Aksi Rope Climbing Robot memanjat tali dalam masa yang pantas.
Berbekalkan geran penyelidikan RM50,000 yang diperolehi daripada UPM, pasukan penyelidik itu berjaya menghasilkan tiga jenis robot iaitu Rope Climbing Robot, Paintball Robot dan Fire Fighting Robot yang memiliki ciri-ciri dan keistimewaan tersendiri. Lebih membanggakan, hasil ciptaan berkenaan membolehkan UPM membolot dua kategori utama menerusi kategori Rope Climbing Robot dan Paintball Robot dalam Pertandingan Robotik Antara Universiti Malaysia (MURoC) 2010 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), awal tahun ini. Pengurus pasukan yang juga pensyarah FKJEE, Wan Juha Wan Hasan menyifatkan kejayaan UPM itu sebagai dimensi baru dalam penerokaan dunia robotik di Malaysia. “Hasil penyelidikan selama dua bulan ini, pasukan kami berjaya menghasilkan beberapa prototaip robot. Dari segi penciptaan, robot ini boleh diaplikasikan untuk keperluan pembangunan industri negara. Contohnya, ia berupaya memudahkan dan mempercepatkan tenaga kerja dalam sektor industri pembuatan atau penyelenggaraan. “Rope Climbing Robot boleh digunakan untuk memanjat sesuatu objek tinggi tan-
Pasukan UPM berjaya memenangi dua kategori utama dalam pertandingan Robotik antara Universiti Malaysia (MURoC) 2010 di UniMAP.
pa mengambil masa l tik buah kelapa sawit. disesuaikan dengan sp hendaki pengguna, term objek,” katanya ketika d baru ini. Menurutnya, robot c wujudkan sepenuhnya mampu memanjat tali dalam masa 13 saat sa “Kami banyak buat e mastikan robot ini bole fungsi sepenuhnya sebe tai pertandingan. Dari s diperbuat daripada gent kerana ia lebih ringan d “Kami menggunaka berfungsi mengawal b mengikut dimensi yang guna. Robot ini juga m controller dengan per Interface Controller (PIC “Ia berfungsi sebaga yang mengawal moto gerakkan robot berken lain, komponen yang d nyawa untuk mengaw ciptaan kami,” katanya.
KAMPUS
Transisi
10 - 23 SEPTEMBER 2010
23
julang imej UPM
lama seperti memeReka cipta robot ini pesifikasi yang dikemasuk saiz dan jenis ditemui di UPM, baru-
ciptaan mereka itu dia pelajar FKJEE dan sepanjang 2.5 meter ahaja. eksperimen bagi meeh bergerak dan berelum dihantar menyersegi struktur robot, ia tian kaca (fiber glass) dan mudah dibentuk. an motor servo yang bukaan sudut robot g dikehendaki pengmenggunakan Microrisian Programmable C). ai pemprosesan mikro or servo bagi mengnaan. Dalam erti kata digunakan ini adalah wal pergerakan robot .
“
Hasil penyelidikan selama dua bulan ini, pasukan kami berjaya menghasilkan beberapa prototaip robot. Dari segi penciptaan, robot ini boleh diaplikasikan untuk keperluan pembangunan industri negara.”
Wan Juha berkata, bagi menggerakkan robot berkenaan, mereka memilih bateri lithium-ion polymer (Li-Po) 12V kerana ia lebih ringan dan mampu bertahan lama serta biasa digunakan pada helikopter kawalan jauh. “Sehingga hari ini, kami turut membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi masa kini. Kami turut menggunakan kaedah cubaan demi cubaan supaya robot ciptaan kami mampu diterima masyarakat,” katanya. Menurut beliau, pelajar terpaksa membahagikan masa untuk kuliah dan penyelidikan sepanjang proses penciptaan robot ini selain berkorban masa cuti semata-mata menghasilkan reka cipta terbaik. Wan Juha dan pasukan penyelidik UPM amat berharap penciptaan robot berkenaan dapat membantu memudahkan masyarakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. “Kami juga merancang menghasilkan troli kawalan jauh untuk mengisi barang dan boleh mendaki tangga. Ciptaan ini dijangka mampu menjimatkan tenaga manusia. Penyelidikan ini akan dibangunkan tidak lama lagi,” katanya.
Khairul Hamzani memasang Rope Climbing Robot pada atas tali.
KAJIAN ILMIAH t.
bing Robo
Rope Clim
24
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
132 pelajar Orang Asli diterima masuk IPTA Disember ini
S
ERAMAI 132 pelajar Orang Asli diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada sesi pengambilan Disember ini. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Datuk Mohd Sani Mistam berkata, mereka terdiri daripada 114 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 18 lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berjaya dalam rayuan untuk memasuki IPTA. “Tahun ini sahaja enam pelajar Orang Asli sudah menerima biasiswa daripada MARA. Mereka ini ditempatkan di kelas persediaan selama dua tahun sebelum
dihantar ke luar negara. “Pada masa sama, 176 pelajar Orang Asli memasuki IPTA pada sesi pengambilan Julai lalu,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat Orang Asli Kampung Lata Kinjang, Tapah Perak baru-baru ini. Pada majlis yang samam, Sani turut memberi duit raya kepada lebih 60 anak Orang Asli kampung berkenaan yang berusia bawah 12 tahun. Perkampungan itu didiami kira-kira 48 keluarga dengan 39 daripadanya adalah beragama Islam. Dalam pada itu, Mohd Sani
Sharifah Hapsah sambung dua tahun NC UKM
P
ROFESOR Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tempoh dua tahun hingga 27 Ogos 2012. Beliau mula menerajui UKM sejak 27 Ogos 2006. Lanjutan tempoh untuk dua tahun itu diumumkan oleh Pengurusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Mazlan Ahmad dalam satu kenyataan barubaru ini. Sambil mengucapkan tahniah di atas perlantikan itu, Tan Sri Mazlan juga berharap semua warga UKM akan terus memberi soko-ngan padu kepada Prof Sharifah Hapsah supaya beliau dapat terus memberi khidmat terbaik dan cemerlang kepada UKM. Tan Sri Mazlan berkata, perlantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamad Khaled Nordin selaras de-ngan peruntukan Seksyen 12 (1) Perlembagaan UKM. Sharifah Hapsah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari University of New South Wales, Australia (1982) dan Doktor Perubatan
memberitahu, Kerajaan sudah meluluskan peruntukan RM1 juta baru-baru ini bagi JHEOA menjalankan kempen ‘Nyah Cacing’ di kalangan anak-anak Orang Asli. Katanya, peruntukan berkenaan akan digunakan untuk membeli ubat cacing dan sebuah kereta pacuan empat roda sebagai klinik bergerak. “Pemberian ubat cacing ini dijangka mengatasi masalah kesihatan di kalangan anak Orang Asli yang keletihan dan lesu sehingga menjejaskan penumpuan ketika belajar di sekolah mahu pun di rumah,” ujarnya.
pada 1997. Beliau sebenarnya bukan asing dengan UKM. Ini kerana beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM ialah sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan. Selain itu, Sharifah Hapsah juga pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (2004-2005).
MOHD SANI
UMP, Kuas jalin kerjasama industri pembuatan acuan
U
SHARIFAH HAPSAH
Sementara itu, beliau berkata, masih terdapat lebih 24,000 Orang Asli yang sudah berusia 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya. “Saya menyeru masyarakat Orang Asli yang belum mendaftar supaya segera mendaftar sebagai pemilih untuk memastikan kita dapat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara,” katanya. Pada majlis berkenaan, Mohd Sani turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pegawai JHEOA daerah di negeri ini untuk dipasang di semua perkampungan Orang Asli.
NIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik dengan sebuah universiti di Taiwan, dalam usahanya membangunkan industri pembuatan acuan di negara ini. Kerjasama dengan National Koahsiung University of Applied Sciences (Kuas) yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang kejuruteraan pembuatan dijangka dapat mengembangkan industri pembuatan tempatan dengan meminimum dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing. Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, kerjasama itu membolehkan UMP mendapatkan tenaga pakar dalam bidang pembuatan acuan sebagai profesor pelawat di universiti berkenaan. Katanya, keupayaan tenaga mahir tempatan dan pakar dalam pembuatan acuan itu menyokong ke arah perkembangan industri automotif negara. ‘‘Kerjasama dengan Kuas nanti diharapkan mampu mengangkat keupayaan dan kepakaran dalam pengembangan pengajaran, penyelidikan dan
pembangunan bidang pembuatan acuan di UMP dan Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UMP dan Kuas di Kampus UMP, Gambang di sini baru-baru ini. UMP diwakili Daing Nasir dan Timbalan Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus, manakala Kuas diwakili Presidennya, Prof Chun-Hsiung Fang dan Pengerusi Jabatan Kejuruteraan Pembuatan Acuan, Pro ChengHsien Wu. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abd Aziz; Penolong Naib Canselor (Pengurusan Korporat dan Perancangan Kualiti), Prof Dr Shamsuddin Baharin dan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Yuserrie Zainudin. Turut hadir Pengarah Pusat Kecemerlangan Automotif, Mohd Paudzi Abdullah dan Timbalan Dekan Jabatan Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan Teknologi, Prof Madya Dr Wan Azhar Wan Yusoff. Delegasi Kuas yang dike-
tuai oleh Ketua Pengarah Pusat Industri Akademiknya, Prof. Jinn-Jong Sheu dan Pengarah Pejabat Antarabangsanya, Prof Chun-Hsien Kuo turut melawat Makmal Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UMP. Menurut Daing Nasir, UMP juga telah memulakan program pembelajaran pembuatan acuan sebagai subjek elektif bagi penuntut tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Pembuatan mulai semester ini. ‘‘Kami berharap kerjasama dengan Kuas akan melibatkan bidang kerjasama berkaitan kejuruteraan automotif, kejuruteraan elektrik dan elektronik pada masa akan datang,” ujarnya. Sementara itu Hsiung Fang dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan jalinan kerjasama yang melibatkan bidang penyelidikan, pertukaran penuntut dan pengajian program pasca siswazah itu akan memberi kebaikan kepada keduadua pihak. ‘‘Kuas sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama bagi memperkukuhkan lagi hubungan khususnya dalam bidang industri ini bagi mempertingkatkan mutu kerja dan penyelidikan pada masa akan datang,” katanya.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
KAMPUS
Transisi
25
Pelajar antarabangsa dapat penginapan selesa
P
ELAJAR antarabangsa bakal mendapat kemudahan penginapan baru apabila projek pembinaan pangsapuri di luar kawasan kampus berhampiran Bukit Kachi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok akan dijalankan tidak lama lagi. Projek pangsapuri itu akan memberi kemudahan baru kepada pelajar antarabangsa yang kini mencecah lebih 3,000 orang, yang sebelum ini menginap di ka-
wasan perumahan di sekitar Changlun dan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Maybank. Terdahulu, pihak pengurusan UUM bercadang menjadikan kawasan Taman Siswa di Bandar Darulaman, Jitra sebagai penginapan pelajar antarabangsa, tetapi faktor jarak menyebabkan usaha itu agak kurang mendapat sambutan daripada pelajar antarabangsa. Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak pengurusan akan membina kediaman baru yang lebih
baik dari segi prasarananya serta kawasan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelajar antarabangsa. Katanya lagi, kemudahan DPP yang sedia ada sekarang ini, keadaannya sudah agak lama berikutan bangunan itu dibina pada tahun 1990-an dan perlu dibaik pulih agar lebih selesa. Beliau berkata, demikian dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Antarabangsa anjuran Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) di Pusat Kegiatan Pelajar, di sini, semalam.
Mustafa beramah mesra dengan seorang pelajar antarabangsa.
Mewariskan negara kuat
Oleh Nor Adila Ab Kadir Foto Zamarizul Bin Salleh
P
ERJUANGAN mempertahankan negara bukan sekadar untuk generasi dan jangka hayat kita sahaja, tetapi perjuangan kita sebenarnya adalah untuk mewariskan sebuah negara yang kuat kepada generasi akan datang, kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak. Oleh itu, pengisian tentang erti kemerdekaan sangat penting untuk dikongsi bersama generasi masa kini supaya mereka dapat mewarisi semangat perjuangan tokoh silam yang telah memerdekakan negara kita daripada cengkaman penjajah. “Kemerdekaan yang kita miliki hari ini adalah hasil usaha kuat pejuang terdahulu yang tidak pernah gentar untuk mempertahankan maruah tanah air tercinta demi mencapai kemerdekaan negara yang mampu bertahan sehingga ke hari ini. “Apa sumbangan yang akan diwariskan kepada generasi akan datang. Adakah negara yang porak peranda atau negara yang penuh dengan gejala sosial dan negara yang generasinya berakhlak binasa. “Persoalan itu menyebabkan kita tidak boleh membiarkan negara kita lemah dan hilang kekuatan di samping memikirkan bagaimana caranya menyusun strategi sekali gus mengambil langkah-langkah membina negara yang gagah perkasa dan semakin merdeka dari pelbagai aspek,” katanya. Tambahnya, inilah yang harus disemaikan setiap kali menyambut kemerdekaan kerana merdeka itu melonjakkan diri daripada satu tahap ke tahap yang lain. Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ambang
Merdeka Peringkat IPT Zon Utara di perkarangan Masjid Sultan Badlishah, UUM anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selain itu, Mustafa berkata, walaupun sambutan dan tempat lokasi sambutan hari kemerdekaan di peringkat UUM agak berlainan sedikit berbanding tahun-tahun lalu tetapi sedikitpun tidak memadam dan mengurangkan semangat seluruh warga UUM untuk menyambutnya. Beliau juga turut mencadangkan agar perancangan untuk menyambut hari kemerdekaan ini perlu dilakukan lebih awal agar dapat memupuk semangat sambutan kemerdekaan dalam kalangan setiap staf dan pelajar di universiti ini. Antaranya, memulakan dengan perarakan obor merdeka dari satu jabatan ke jabatan yang lain, memasang Jalur Gemilang atau mengadakan program tertentu sehingga semangat menyambut kemerdekaan itu dapat dirasai oleh semua pihak. Katanya, memahami pengertian tentang erti kemerdekaan dan mengingatinya adalah lebih penting, kerana kemerdekaan yang dimiliki pada hari ini sangat bermakna dan besar ertinya kepada bangsa dan negara. Justeru, katanya lagi, kemerdekaan yang telah diperoleh hari ini, haruslah dijaga dengan sebaikbaiknya dengan mengisi dan meneruskan perjuangan kemerdekaan. “Sayangkan negara sebahagian daripada iman, kerana jika negara sudah tiada atau musnah, maka tidak mungkin kita dapat meneruskan kehidupan sebagai umat yang merdeka dan berdaulat,” katanya
Suasana Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat IPT Zon Utara anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM baru-baru ini.
26
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
SALAM PERANTAUAN Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, Transisi memberi peluang kepada perantau untuk mengutuskan ucapan Salam Aidilfitri dan menghulur kemaafan kepada keluarga serta sahabat handai di tanah air. Walau di mana anda berada, anda boleh menghantar ucapan bersama sekeping gambar kepada: transisi.mail@gmail.com
Kepada kedua-dua ibu bapa kami yang berada di Penang, Perak, Kelantan, Johor Bharu dan Kuala Lumpur, selamat berpuasa! Jangan lupa kami di sini. Salam rindu dari kami semua. Kepada rakan-rakan yang mengenali, semoga persahabatan kita akan kekal lama. Selamat beribadah pada bulan mulia ini. Daripada: (dari kiri atas) Nurul Fatin,Nurul Wahidah,Sharifah Nazirah, Muhd Hafiz, Aisyah Lokman,Siti Adibah, Nuruul Firhana, Jahirah, Izzah Husairi, Nurul Safinas, Hanim Arianie, Syafiqah Haizar,Siti Atiyah, Nurul Hanis, Siti Nabilah, Siti Aisah, Sheera Nabila. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H kepada ayah dan ibu serta keluarga di Jogjakarta, dan keluarga angkat saya di Johor. Tidak lupa juga orang tersayang dan rakan-rakan yang mengenali diri saya. Maaf zahir dan batin.
Salam rindu kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang tercinta.Semoga bulan penuh keberkatan ini dapat dimanfaati bersama. Kami, herohero UiTM Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Daripada: (dari kiri atas) Muhd Hasif, Mohd Hazeem, tengah: Shah Mirul, Mohd Hafiz, Mohd Firdhaus, Aliff Shafique, bawah: Muhd Nazrin, Shah Afendi, Mohd Iqbal.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada emak dan ayah serta sanak saudara di Kedah, guru-guru dan bekas rakan-rakan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, pihak JPA, rakan-rakan seperjuangan di Jepun yang pulang beraya di Malaysia dan sesiapa sahaja yang mengenali saya. Semoga raya tahun ini lebih meriah dan disambut dengan gembira serta jangan lupa kami yang berada di perantauan. Walaupun tidak dapat beraya bersama, kenangan bersama kalian tetap diingati.
Daripada: Nurul Fauziah Ulfa, 20, Pelajar Semester 7, Kejuruteraan Perisian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Daripada: Hasanah Ichiro, 23, Kejuruteraan Mekanikal Elektrik, Tokuyama College of Technology.
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ayah dan ibu, semua rakan dan kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) termasuk semua yang mengenali kami, khususnya rakan sekolah yang berada di universiti tempatan lain. Daripada: Kpt Azli M Amin, Kpt Anwar Kamal, Kpt Mohd Nazamuddin Razali dan Kpt Afiq Safwan - dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sg Besi Kuala Lumpur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada keluarga saya di Nilai Negeri Sembilan, rakan-rakan yang mengenali saya dan seluruh rakyat Malaysia. Daripada: Nur Liyana Mohd Sahiffudin, 24, Pelajar Semester 7 Pengurusan Pelancongan UUM yang sedang praktikal di Matrade London.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
KAMPUS
Transisi
27
Sultan cemar duli rasmi masjid
Gambar kenangan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama pengurusan UUM sempena majlis pemahsyuran Masjid Bukit Kachi dan majlis berbuka puasa UUM. - Foto oleh Hairul Nizam Zahari dan Abdul Halim Husain.
Anda
peka?
Cari 8 perkara yang sama tapi tak serupa
UJI MINDA S u d o
7 9
8 7 2
2 6
2 5
1
4 3
5 3 7
k u
A
9
9 1
3
5 7
Sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan makan malam bersama anak tunggalnya. Anak: “Ayah, di...” Ayah: “Diam, semasa makan tidak boleh bercakap!” Selepas selesai makan.
2
9
1
6 3
8
2
3
Ayah: “Nak, semasa makan tadi, apa yang ingin kamu katakan?” Anak: “Ayah, sebenarnya saya nak beritahu daun salad yang ayah makan tadi ada ulat.”
Jawapan Bilangan 07
08/10 Teka Silang Kata 1
Jangan bercakap
Sudoku
4
5
6
9 6 1 7 3 8 5 2 4
6
8 2 3 4 9 7 1 5 6
5 7 2 6 4 1 8 3 9
MELINTANG
1. Cahaya terang 2. Harga 3. Ilmu sains 4. Wangi
1. 5. 6. 7.
Tumbuhan Meminang Gelaran orang besar Hukumann mati
7 1 5 8 6 2 4 9 3
3 4 9 1 7 5 6 8 2
1 8 7 3 2 6 9 4 5
7
5 6
2
SILANG KATA MELINTANG 1. Gelekek 5. Konga 6. Yak 7. Ele 8. Halus 10. Ai
2 5 6 9 8 4 3 1 7
8
4
3
KE BAWAH
6 9 4 5 1 3 2 7 8
Anda Peka 4
1
7
B
4 3 8 2 5 9 7 6 1
KE BAWAH 1. Gokgek 2. Londeh 3. Khayali 4. Konkos 9. AA
28
KAMPUS
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Rahsiamu umi CINTA KAMPUS
Jika anda ada kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda ke transisi.mail@gmail.com atau www.facebook.com/Transisi
Oleh Ana Abdullah
C
UTI kali ini amat berharga. Nur Isya pulang ke kampung hanya untuk menyambut Ramadan pertamanya bersama keluarga. Sudah dua kali dia tidak menyambut puasa bersama umi sejak menjejak kaki di bumi Malaysia. Petang itu, selepas dua jam berehat melepaskan lelah, umi mengajaknya ke bandar. Ingin membeli barangan dapur dan sedikit lauk untuk bersahur nanti, katanya. Ketika asyik melihat wajah ceria umi yang sedang sibuk memilih barangan dapur, hatinya terdetik sayu mengenangkan pemergiannya yang lama di rantau orang hingga membuatkan wajah wanita tua itu semakin dirinduinya. Baba yang kini hampir lima tahun meninggalkan mereka tambah meruntun lagi benaknya. “Aku harus kuat. Demi umi dan adik-adik..” katanya, berbisik. Pulang ke rumah, umi kelihatan menyibukkan diri mengemas di dapur. Walaupun umi nampak seperti gembira dengan kepulangannya, tetapi sejak tiba di kampung halaman, hanya beberapa patah kata saja yang terucap dari bibir wanita penuh tabah itu. Pelik, apakah umi sudah hilang kata-kata hanya kerana melihat dia di sini atau ada sebab lain? Aisya beritahu, malam itu mereka sekeluarga akan solat berjemaah di masjid. Umi juga mahu bertadarus di sana, rutin biasa yang selalu dilakukannya setiap kali menjelang Ramadan.
Jika dulu, baba ada menemani umi, kini cuma tinggal Aisya dan Aina yang sedia menanti. Perjalanan ke masjid hanya 10 minit berjalan kaki dan gelagat umi masih sama. Tersenyum apabila memandangnya. Walaupun kurang bercakap, tetapi apabila melihat senyuman umi, dia hanya mampu mengharapkan yang terbaik untuk ibunya itu. “Isya, nanti jangan lupa pakai telekung bunga biru itu, ya.” Pesanan itu membuatkan dia tertanya-tanya. Umi sejak dulu memang tahu dia inginkan telekung berbunga biru. Tetapi, kata umi, telekung putih bersih lebih ayu. Pesan baba, jika memilih telekung, pilih yang selesa dan bukan bercorak bagai. Kali ini, dia pelik juga kerana umi tibatiba mengiyakan permintaannya itu. Itupun selepas baba tiada? Kata Aisya, dia wajib memakai telekung itu malam ini. Mereka berjalan beriringan ke masjid. Sampai di sana, dia lihat sudah ramai jemaah hadir. Antaranya, teman baik umi dan arwah baba, Umi Rasyidah dan Om Zakri serta anak perempuan pasangan itu, Emelisa. Manis gadis itu, seperti umi juga. Isya ingat pesan baba, jika melihat orang jangan dilihat rupa saja. Lihat hatinya kerana yang manis dan tulus itu datang dari hati bukan saja dari rupa. Senyum menguntum di bibir mereka. Manisnya, subhanallah! Emelisa bersimpuh di sebelah. Walaupun baru berusia awal 20-an, gadis itu sudahpun berni-
kah dengan pilihan ibu bapanya. Dulu, umi juga mahu dia begitu, bernikah sebelum ke Malaysia. Namun, arwah baba menentang. Mereka solat Maghrib, Isyak dan seterusnya berterawih berjemaah. Betapa nikmat Ramadan begitu dirasai. Selesai solat, dia keluar masjid, mahu ke tandas sebelum pulang. “Kalau tiada aral, esok kami ke rumah ibu. Hanaz Erman juga pulang ke rumah pagi nanti. Jadi, lagi mudah perbincangan kita kalau dia ada sekali,” suara Umi Rasyidah jelas kedengaran di telinga. “Esok? Mereka ke rumah? Apa tujuan?” Isya bermonolog sendirian, tiba-tiba bimbang. Mujur Siti ada kenderaan. Kalau tidak, mahu saja dia berjalan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ke simpang jalan menunggu bas. Bukan dia tidak mahu ambil teksi, tetapi bayaran pula terlalu mahal. Lebih baik habiskan wang untuk perkara lain. Tiba di bilik, Norma setia menanti dan dia sedang menunggu mahu berbuka puasa bersama. Ini tahun terakhir mereka berpuasa sebagai rakan kampus sebelum menamatkan pengajian masing-masing. Juadah terhidang di lantai bilik nampak begitu menyelerakan. Tetapi, jika dikenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, mahu saja dibiarkan makanan di hadapan itu. Apa yang penting, dia dapat mengharunginya sebaik mungkin. Biar Ramadan kali ini menarik dengan ceritanya seorang. Dipandangnya wajah Norma yang sentiasa setia ditemani teman hatinya, Zaidi. Walaupun mereka pasangan kekasih, tetapi Zaidi seorang lelaki yang boleh dipercayai. Lelaki itu pan-
dai membezakan waktu kuliah dan bersenda gurau. Malah, dia memandang berat mengenai agama, masa depan dan dirinya sendiri. Bertuah sungguh Norma. Mengenangkan budi baik lelaki seperti Zaidi, dia mula merangka soalan-soalan rawak dalam hidupnya. Mampukah dia menjadi seperti Norma? Gadis yang kaya dengan sifat kewanitaan dan selayaknya mendapat lelaki seperti Zaidi. Bagaimana pula dengan dirinya? Layakkah dia bersama Hanaz Erman? Hanaz Erman, lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya beberapa hari lalu. Memperkenalkan diri sebagai anak lelaki kepada Om Zakri dan Umi Rasyidah. Seorang manusia yang dia sendiri tidak pasti kewujudannya sebelum ini, sama juga seperti Erman yang juga baru menyedari kehadirannya pada Ramadan ini. “Isya, kalau aku tanya kau jangan marah ya,” Norma memulakan bicara. “Tanyalah, kalau aku boleh jawab, aku berikan jawapan.” “Kenapa sejak kau balik cuti hari tu, kau suka termenung dan
yang berlaku? Hati makin kalut. Norma sudah mengemaskan bagasi. Katanya, suara Aisya seperti resah. Ada baik dia pulang ke sana segera. Petang itu juga, dia gesit mendapatkan tiket penerbangan ke Jakarta. Biarlah jauh sedikit, janji dia segera berada di tanah air. Tatkala teringatkan diri umi yang terlalu berahsia dan ragam Aisya dan Aina yang seakan belangkas ketika bersama umi, dia semakin hanyut dengan pelbagai andaian. Dalam hati, doa tidak putus agar segalanya mudah. Selepas subuh dia sampai. Perkarangan rumah lengang. Masih seperti biasa dan tiada apa yang berubah. Namun, hati lebih berkocak berbanding semalam. Tidak tenang dengan suasana agak kusam. Tidak menarik hati untuk senyum. Cuma tinggal Aisya menantinya. Umi tiada. Kata Aisya, umi akan pulang. Doakan umi selamat. Dia diam. Umi memang pulang. Tetapi hatinya bingung kerana apa dilakukan umi. Pilu? Dia tahu apa yang dilakukan ini bukan atas kerelaannya. Tetapi, apabila
Isya ingat pesan baba, jika melihat orang jangan dilihat rupa saja. Lihat hatinya kerana yang manis dan tulus itu datang dari hati bukan saja dari rupa. perhatikan rantai tangan yang kau pakai. Aku juga perasan, kau ada telekung baru. Berbunga biru,” tanya Norma. “Telekung dan rantai tangan ni pemberian kawan umi. Aku tak ada apa-apalah. Banyak fikir mungkin. Kau jangan risaulah,” dia menjawab ringkas. Akhirnya berita yang tidak disangka terjadi. Memang benar, umi menyimpan rahsia. Bukan setakat perjumpaannya dengan Hanaz Erman, tetapi juga rahsia yang menyakitkan hatinya ketika ini. “Isya, kau di mana? Aisya telefon dari Palembang banyak kalilah!” suara Norma separa menjerit dari telefon Asyikin. Kecuaian yang tidak disangka hari ini. Telefonnya tertinggal di bilik ketika bergegas ke dewan kuliah. Nasib baik dia sekelas dengan Asyikin, teman baik Norma. Lantas dihubunginya nombor rumah di kampung. Tiada jawapan. Hanya bunyi desah nafas sendiri di corong telefon. Apa
mengenangkan umi, dia tidak mampu berkata apa-apa. “Assalamualaikum,” Hanaz Erman kini di hadapannya. Disalami dan dikucup tangan kasar itu, milik lelaki yang kini halal buat dirinya. Jika dulu telekung berbunga biru dan rantai tangan menjadi tanda pertunangan mereka, kini cincin bertukar jari. Lalu, dahi mulusnya dikucup Hanaz Erman. Umi, Isya harap umi mampu senyum kini. Ini permintaan terakhir umi dan Isya sudah tunaikan. Mungkin Isya bukan anak yang baik yang bersama umi sentiasa. Melihat jatuh dan bangun umi selepas baba tiada. Namun, Isya mahu umi tahu, tiada apa yang dapat menandingi kasih Isya kepada umi. Isya akan galas tugas umi dan baba mulai hari ini dan jadi insan yang terbaik buat Aisya dan Aina, juga si kekasih hati, Hanaz Erman Zakri. Moga umi berada di sisi Allah bersama kekasih-kekasih-Nya. Al-Fatihah.
10 - 23 SEPTEMBER 2010
x
presi
Transisi
29
t saya mahu terus hidup
Sewaktu sakit teruk pada 2006 di samping anak, Khair Naqib.
ergambar bersama anaknya, Khair Naqib di luar Masjidil Haram di Mekah.
a untuk cabutkan gigi. Dulu, makan kena jaga. Tidak h pedas sangat. Selalunya a makan sup saja atau bubur dan minum air guna pedut,” katanya. eadaan diri Karim yang agak t membuatkan keluarganya dapatkan rawatan susulan ospital Kuala Lumpur (HKL) dia disahkan mengidap pekit Sceleromyxedema pada 7. eputusan ini diperoleh ses darah dan kulitnya diogsiskan oleh doktor pakar abatan Dermatologi HKL. ada tahun sama juga dia dapat rawatan terperinci Intra Venous Immune bulin (IVIG). Sebelum itu, cuma diberikan rawatan ara trial and error, di mana or cuba memberikan ubat g mampu mengurangkan akitannya. elain transplan, dia juga tidak gambil ubat tahan sakit atau k sesuai dengan dirinya. Kini, m, yang menetap di Gombak, ngor akan mendapatkan raan IVIG di HKL setiap tiga n dan dia juga diletakkan di agian rujukan hospital itu. Saya bangga kerana dabantu doktor HKL mengenal i penyakit ini dan bagaimana eka dapat menggunakan
IVIG untuk merawat penyakit saya serta respon rawatan itu terhadap penyakit lain. “Tidak semua pesakit Sceleromyxedema dapat menerima rawatan IVIG. Ini kerana jika sistem imun tubuh tidak dapat bertindak balas dengan rawatan berkenaan, ia mampu mengakibatkan kesan-kesan lain ke atas tubuh pesakit,” katanya. Selain itu, rawatan fisioterapi dan tata cara kerja juga dilakukan di HKL bagi memulihkan pergerakan tubunhnya. Rawatan tersebut dilakukan tiga kali seminggu pada awal permulaan rawatan dulu dan dia kini lebih senang melakukannya di rumah sendiri. Sokongan keluarga dan rakan-rakan banyak membantu Karim Sulaiman untuk terus tabah menghadapi hari-harinya kini. Setiap daripada mereka banyak memberikan kata-kata nasihat dan pertolongan dari segi fizikal dan mental dan dia juga mendapat dorongan untuk membukukan segala penderitaan dilaluinya. Karim berkata, jika dulu, dia takut dan rendah diri untuk keluar bersama keluarga menjalani aktiviti riadah, tetapi sekarang dia lebih berfikiran positif dan tidak lagi bimbang menghadapi sebarang pandangan masyarakat luar
terhadap dirinya. Menurutnya, keadaan dirinya itu langsung tidak menjejaskan aktiviti kenduri di rumah saudara-mara atau makan di luar bersama keluarga. Namun, isterinya akan sentiasa mengambil kira soal keterbatasan masa dan cuaca serta keadaan sekeliling. “Pernah juga malu mahu keluar rumah. Semua orang akan pandang dan cakap pasal kulit dan tubuh saya yang kurus dan tegang. Ada yang kata saya sakit Aids dan kusta. Tetapi, sokongan keluarga dan rakan-rakan buat saya mahu terus hidup. “Penyakit ini merapatkan hubungan saya sekeluarga. Walaupun pergerakan terbatas dan memerlukan bantuan mereka, saya tidak pernah diabaikan. Semangat kekeluargaan ini bertambah kukuh,” katanya. Karim mendapat bantuan kewangan daripada pencen ilat dan sumber pendapatan lain yang diperoleh isterinya. Kini, dia aktif dalam kumpulan pesakit Sceleromyxedema yang diasaskan di Amerika Syarikat bagi membantu golongan pesakit yang masih di peringkat awal. “Kita kena berani menghadapi kenyataan. Tidak boleh malu kerana hidup mesti diteruskan,” katanya.
Menerima kunjungan bekas rakan sekerja Berita Harian/Harian Metro pada 2006.
Ketika dirawat di hospital Tabung Haji di Mekah semasa menunaikan haji.
30
x
presi
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Nokia E5 jiwa eksekutif muda Oleh Gan Yong Li
G
ERGASI telefon bimbit, Nokia seakan sudah menjadi pilihan ramai apabila syarikat berkenaan sentiasa komited dalam meluaskan rangkaian produk telekomunikasinya. Ini kerana Nokia tidak pernah jemu tampil dengan pelbagai perkhidmatan teknologi baru dalam usaha menghubungkan manusia secara komprehensif. Terbaru, syarikat itu mengumumkan kemunculan telefon bimbit pintar siri E, iaitu E5 dengan harga kompetitif yang dibangunkan sebagai gajet me-
ngurus perniagaan dan peribadi secara lebih tersusun dengan menjadikan eksekutif muda dan golongan profesional sebagai sasaran. Pelbagai kemudahan disediakan memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses banyak platform komunikasi mobiliti yang semakin mendapat permintaan tinggi sekarang. Dengan berat 126 gram, kuasa bateri E5 dapat bertahan selama 18 jam 30 minit untuk masa berbual dan lima jam 30 minit bagi perkhidmatan panggilan video (3G).
Reka bentuk elegan Nokia E5 dijangka menarik minat golongan bekerjaya.
Nokia E5 didatangkan dengan fungsi papan kekunci QWERTY bagi memudahkan capaian aplikasi seperti mesej, laman web jaringan sosial, e-mel dan borak melalui talian. Bagi pasaran Malaysia, E5 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Ia dikuasakan sistem operasi OS Symbian 9.3 pada platform S60 3.2 dan mempunyai ruang storan hingga 250 megabait (MB). Malah, telefon bimbit ini turut menyokong storan luaran tambahan sebanyak 32 gigabait (GB) menggunakan kad memori MicroSD. Spesifikasi multimedia dalam E5 ini pula dilengkapi kamera 5 megapiksel bersama l a m p u f l a s h LED dan sokongan akaun e-mel popular seperti Yahoo,
Tip penjagaan
komputer
Gmail, Windows Live, Hotmail, Ovi Mail dan Microsoft Exchange serta IBM Lotus Notes Traveler Business. Pelbagai aplikasi menarik ditawarkan itu membolehkan pengguna melaksanakan rutin tugas mereka dengan lebih lancar dan tersusun. Tidak cukup dengan itu, E5 turut menyediakan perkhidmatan inovasi Ovi secara percuma bagi kemudahan capaian seperti muzik, peta, e-mel dan aplikasiaplikasi terkini lain. E5 juga mampu melakukan capaian internet dan komunikasi menggunakan protokol perkhidmatan data seperti HSDPA/HSUPA, WLAN, Tri-band WCDMA, GPRS, Bluetooth 2.0 dan integrasi A-GPS.
1. Jangan terlalu kerap hidup dan matikan komputer anda. 2. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer kerana minuman yang tertumpah atas papan kekunci atau masuk dalam komputer akan merosakkan komputer. 3. Elakkan komputer daripada terdedah terus kepada cahaya matahari. 4. Jauhkan benda-benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. 5. Pastikan komputer anda dijauhkan daripada habuk kerana ia mampu masuk ke dalam papan induk dan memendekkan hayat komputer. 6. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer.
Spesifikasi Produk Nokia E5 Rangkaian GSM, HSDPA/HSUPA, WLAN, Tri-band WCDMA, GPRS Kamera 5.0 megapiksel Paparan 2.36 inci Masa berbual 18 jam 30 minit Masa bersedia 705 jam Memori 256MB (hingga 32GB untuk kad memori MicroSD)
Lampu butang kuasa terpadam
Bersama Dr PC Jika anda ada sebarang masalah komputer, hantar soalan anda kepada transisi. mail@gmail.com atau www. facebook.com/Transisi
Saya pembaca setia Transisi. Terima kasih dan tahniah kepada Transisi kerana ruangan ini banyak membantu pembaca menyelesaikan masalah komputer. Soalan saya, apabila membuka laptop, lampu pada butang kuasa hanya menyala sekejap dan kemudian padam semula. Apabila laptop sedang melaksana-
kan operasi Windows, ia turut terpadam. Mengapa ini berlaku? - Teman setia Dr PC Terima kasih kerana setia bersama kami. Bagi masalah tersebut, kemungkinan papan induk (motherboard) laptop rosak. Lebih baik hantar laptop anda ke kedai untuk dibaiki dan tidak perlu risau kerana
Aplikasi E-mel (SMTP, IMAP4, POP3), SMS, MMS (OMA 1.3), AMS, Nokia Messaging Sambungan WLAN, Micro-USB 2.0, Bluetooth 2.0 Dimensi 115 x 58.9 x 12.8mm Berat 126 gram Harga RM760-RM765
7. Buat sokongan data (backup) kerana sekiranya cakera keras rosak, hasil kerja anda tidak akan terjejas. 8. Kerap buat imbasan virus pada cakera keras anda sekurang-kurangnya sekali sebulan sekali untuk pastikan tiada masalah berlaku.
segala data dalam komputer anda tidak akan hilang jika papan induk ditukar.
isian yang membolehkan folder tersebut dibuka?
Lupa kata kunci
Anda boleh menggunakan perisian File & Folder Unlock dari laman web,http://www. downloadatoz.com/utility_directory/file-and-folder-unlock/download.html.Selamat mencuba.
Saya ada fail folder yang dikuncikan kerana ada pelbagai maklumat penting. Tetapi, saya terlupa kata kunci untuk membuka folder tersebut. Apakah ada per-
- Siti Suhaida Rahman
10 - 23 SEPTEMBER 2010
x
presi
Transisi
31
Universal Studios Singapura penuh dramatik Oleh Ika Destiana
U
NIVERSAL Studios Singapura (USS) adalah taman tema Universal Studios keempat dunia selepas Hollywood (California), Orlando (Florida) dan Osaka (Jepun). USS dibina dalam kawasan pusat peranginan Resort World Sentosa (RWS) di Pulau Sentosa Singapura yang menempatkan kemudahan hotel dan kasino. Ia dibuka secara rasmi pada April 2010 dan menjadi salah satu destinasi pelancongan berkelas dunia. Harga tiket masuk ke USS bagi pengunjung dewasa ialah S$66 (RM153), warga emas atas 65 tahun S$32 (RM74) dan kanak-kanak bawah 13 tahun S$48 (RM111). Anda boleh menghabiskan seharian suntuk di sini untuk menyaksikan pertunjukan-pertunjukan luar biasa sambil membeli-belah cenderamata khas USS, menikmati hidangan enak dan mengelilingi keseluruhan taman tema tersebut yang seluas 20 hektar. Sebaik saja menjejak kaki di USS, anda akan disambut dengan sebuah replika glob gergasi, iaitu ciri khas dan logo Universal Studios yang selalu menjadi tempat kegemaran pengunjung mengabadikan gambar mereka.
USS terbahagi kepada tujuh zon, iaitu Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City, New York dan Hollywood yang menyajikan suasana dan pengalaman berbeza kepada setiap pengunjung. Ketika memasuki zon Madagascar, anda akan dipertontonkan suasana dalam filem Madagascar, berupa hutan tropika yang dipenuhi haiwan-haiwan unik dan menakjubkan seperti lemur dan foosa sambil mendengar teriakan kera dan nyanyian burung. Lebih menarik lagi, jika anda mencuba A Crate Adventure, anda akan dibawa mengembara di atas perahu untuk mengalahkan foosa di tepi kawah gunung berapi dengan dibantu penguinpenguin psiko yang cerdas. Selepas puas menjelajahi dunia Madagascar, anda seterusnya dapat merasai pengalaman lain di negeri Far Far Away, iaitu istana dan tempat berkumpulnya karakter-karakter kartun dalam filem animasi, Shrek. Pengembaraan Shrek menyelamatkan Puteri Fiona dapat anda saksikan menerusi tayangan pawagam Shrek 4D Adventure. Percikan air, tiupan angin dan tempat duduk bergerak membuatkan anda merasa seperti
The Lost World Ancient Egypt
benar-benar bersama Shrek menyelamatkan sang Puteri Fiona. Di sini juga terdapat King Julien’s Beach Party-Go-Round, Enchanted Airways, Magic Potion dan persembahan secara langsung daripada Spin Donkey. Zon The Lost World juga tidak kurang menariknya, iaitu penjelajah seperti dalam filem Jurassic Park dan WaterWorld. Di Jurassic Park, anda akan menikmati suasana hutan tropika pada zama dinosaur dengan melihat sendiri kumpulan Pteranodons berterbangan di udara. Ketika memasuki dunia WaterWorld pula, anda pasti terpukau dengan persembahan secara langsung daripada letupan api, kepulan asap, semburan dan tembakan air hingga kepada kapal terbang yang meluncur masuk dalam arena pertunjukan. Suasana Mesir seperti bangunan berbentuk piramid kuno dan menara obelisk dapat anda lihat ketika memasuki Ancient Egypt, di mana anda akan rasa seperti berada di negara itu pada latar 1930-an. Di sini, anda boleh bergerak santai untuk mencari harta karun dengan menaiki jip uzur ala Indiana Jones di Treasure Hunter. Adrenalin anda pasti memuncak apabila memasuki zon Revenge of the Mummy untuk mengelilingi dunia Mesir kuno yang gelap, menakutkan dan penuh misteri dengan menaiki roller coaster berkelajuan tinggi yang kadangkala berundur secara Sci-Fi City
Far Far Away
New York
Madagascar
Peta lokasi zon dalam taman tema Universal Studios Singapura.
Hollywood
MENCABAR... Roller coaster Battlestar Galactica benar-benar menguji keberanian anda.
Rasai sendiri pengalaman menjelajah hutan tropika dalam zon Madagascar.
Replika glob Universal Studios Singapura di hadapan pintu masuk taman tema itu.
mengejut, termasuk meluncur ke bawah di atas landasan yang sangat curam. Ketika memasuki zon Sci-Fi City, anda akan terpegun dengan suasana kota masa depan yang serba futuristik dan berpeluang menaiki roller coaster Battlestar Galactica: Human VS Cylon, yang didakwa roller coaster ganda tertinggi di dunia. Di sini, anda juga boleh mencuba pengalaman menembus ruang waktu dengan duduk di atas kerusi berputar di Accelerator. Apabila anda memasuki zon New York, anda akan rasa seperti sedang berjalan di ibu kota New York dengan terdapat banyak gedung beli-belah di sepanjang jalan. Malah, anda juga dapat bergambar dengan selebriti-selebriti Hollywood terkenal seperti Charlie Chaplin dan Marilyn Monroe. Jika mahu menyaksikan proses pembuatan kesan khas yang digunakan Steven Spielberg ketika menghasilkan satu adegan ibu kota New York yang dilanda
ribut, anda boleh saja mengunjungi Lights, Camera, Action! Kesan khas luar biasa itu mampu membuatkan anda rasa seperti berada di tengah amukan ribut dan angin kuat, manakala di Stage 28, anda dapat melihat pentas suara berteknologi terkini yang biasa dipakai dalam sesebuah produksi filem. Akhir sekali, zon yang menawarkan kota tema terkenal di Amerika Syarikat ialah zon Hollywood, di mana anda berpeluang berjalan di atas lantai walk of fame antara deretan pohon palma. Terdapat juga pelbagai kedai cenderamata khas USS dan persembahan secara langsung daripada maskot Universal Studios pada acara muzikal yang berjudul Rock-n-Roll Musical di Pantages Hollywood Theater. Semua zon di USS direka dengan penuh keindahan dan kesempurnaan hingga meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan oleh sesiapa saja yang berkesempatan ke tema tema tersebut.
32
x
presi
Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010
Bubur lambuk Transisi kena serbu
W
AKIL sidang redaksi Transisi terAntara wakil Transisi yang turut hadir mengbitan Universiti Utara Malaysia agihkan sumbanan itu ialah Pengurus Kanan (UUM) mengedarkan bubur lam- Iklan dan Promosi, Fuzilah Hasan dan Pengubuk dan naskhah percuma akhbar itu ke- rus Pengedaran, Khairi Ng Abdullah. pada orang ramai sekitar Pekan Rabu, Alor Setar pada 29 Ogos lalu. Sambutan diterima amat menggalakkan dan rata-rata pengunjung yang ditemui gembira dengan pengagihan tersebut. Seorang peniaga, Salwa Ismail, 33, menyifatkan pengagihan bubur lambuk dan naskah akhbar secara percuma itu sebagai satu kelainan. “Selalunya, kita dapat bubur saja. Tetapi, akhbar yang diberikan percuma ini mungkin dapat digunakan saya sekeluarga untuk membaca sementara menunggu waktu berbuka nanti. r “Tambahan pula, ini universiti pertama patkan bubu ratur menda be u . ab si R si an menerbitkan akhbar yang diedarkan seluan Pek an Tr Pengunjung ang kakitang Pengunjung di kawasan Pekan Rabu tidak ketinggalan ruh Semenanjung Malaysia. Syabas kepada salah seor pa ri da k bu m la mendapatkan sumbangan wakil Transisi. da pihak Transisi UUM,” katanya. Sementara itu, pelajar, Khairul Nazmi, yang menggemari bubur lambuk mengucapkan terima kasih kepada pihak akhbar Transisi atas pemberian itu. “Saya terkejut kerana menyangka bubur ini dari Alor Setar, tetapi ia sumbangan UUM Sintok,” katanya. Ketua Pengarang, Zian Johari bersama beberapa kakitangan mula mengedarkan 500 bungkus bubur lambuk dan akhbar mereka bermula jam 3.30 petang. Zian berkata, akhbar terbitan UUM ini, yang diterbitkan dua minggu sekali, menampilkan berita-berita menarik yang menumpukan pelbagai isu semasa seperti politik, sukan, luar negara, wanita dan akaKakitangan Transisi sibuk membahagikan bubur lambuk demik. Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bubur lambuk dan dan akhbar Transisi percuma sempena menyambut akhbar Transisi secara percuma. Ramadan.
Kakitangan Transisi bergambar selepas mengedarkan bubur lambuk di Pekan Rabu. Turut hadir Ketua Pengarang Transisi, Zian Johari (berdiri paling kanan) dan Pengurus Kanan Iklan dan Promosi, Fuzilah Hasan (berdiri dua dari kanan).
Pengurus Pengedaran Transisi, Khairi Ng Abdullah memberikan bubur lambuk dan akhbar kepada seorang pengunjung.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
POTRET
Transisi
sinar Syawal
Tudung berwarna terang menjadi cita rasa wanita muda.
ka berbuka puasa di Restoran
Si cilik bergambar bersama baju raya baru.
Gadis kota asyik membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR, KL.)
Songkok sangat padan dikenakan dengan baju Melayu.
Seorang pelanggan memilih kain sampin di pasar Jalan TAR, KL.
33
Gerai aksesori wanita sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Aneka kuih-muih pelbagai rupa dan rasa.
Si ayah sabar melayan kerenah anak memilih kasut raya.
34
GLOBAL
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Kontroversi agama Obama
Semakin ramai rakyat AS anggap beliau seorang Muslim
Rakyat AS menentang cadangan membina masjid berhampiran tapak Gr ound Zero, New York. Spekulasi mengenai agama anutan Obama tercetus sejak sebelum beliau melancarkan kempen politiknya.
S
ELEPAS hampir dua tahun Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), satu tinjauan pendapat terbaru menunjukkan hampir 20 peratus atau satu daripada lima penduduk AS menganggap beliau sebagai beragama Islam. Sebenarnya, agama anutan Obama, sama seperti tempat lahirnya, sudah menjadi subjek yang kerap diperdebatkan di internet sejak sebelum beliau memulakan kempen politiknya. Kemudian, khabar angin dan desas-desus bahawa beliau beragama Islam semakin memuncak sebaik saja beliau berjaya menawan Rumah Putih. Tinjauan terbaru dilakukan Forum Pew berhubung Agama dan Kehidupan Awam mendapati jumlah rakyat AS yang percaya Obama seorang Kristian turun kepada 34 peratus, merosot hampir separuh sejak beliau menjadi Presiden. Hasil tinjauan diperoleh berdasarkan reaksi 3,003 responden dan dibuat sebelum tercetusnya kontroversi pembinaan masjid berhampiran tapak serangan 11 September 2001 di Manhattan, baru-baru ini.
Keputusan tersebut ternyata mengecewakan pegawaipegawai kerajaan di Rumah Putih. Mereka menyalahkan kempen dilancarkan kumpulan penentang Obama yang didakwa sengaja mencetuskan kekeliruan maklumat dan salah faham. Daripada jumlah itu, 60 peratus daripada kalangan penduduk AS yang menganggap Obama sebagai Muslim mendakwa mendapat maklumat mengenai agama anutan Presiden AS itu menerusi media. Televisyen menjadi sumber media yang banyak mempengaruhi sebahagian besar persepsi rakyat AS, iaitu 16 peratus. Namun, anjakan sikap terhadap kepercayaan agama Obama itu juga dikaitkan dengan kurangnya daya tarikan umum dimilikinya, serentak dengan meningkatnya imej-imej negatif yang dilabelkan ke atasnya. Dalam Tinjauan Pew itu, 41 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Obama, berbanding cuma 26 peratus pada Mac 2009. Bagaimanapun, pandangan
bahawa Obama seorang Muslim lebih banyak menular secara meluas dalam kalangan kumpulan pembangkang berbanding mereka yang menyokongnya. Secara spesifik, lebih satu pertiga penyokong parti Republikan percaya Obama beragama Islam dengan peratusan meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu. Selain Republikan, rakyat AS biasa yang menganggap Presiden AS itu seorang Muslim juga meningkat, iaitu 18 peratus, bertambah sebanyak 8 peratus. Malah, kurang daripada sepa-
ruh penyokong dan sekutu Obama yang mendakwa Obama seorang Kristian. Ini dibuktikan apabila hanya 46 peratus kalangan parti Demokrat pimpinan Obama yang menyatakan beliau beragama Kristian, merosot daripada 55 peratus dalam tinjauan dilakukan pada Mac 2009. Jumlah itu muncul ketika Obama dan pemimpin Demokrat lain cuba meminimumkan konflik yang berlaku akibat kenyataan yang dikeluarkan mengenai pembinaan sebuah pusat Islam di New York. Tinjauan Time-SRBI mendapati 61 peratus rakyat AS menentang pembinaan pusat Islam itu. Majoriti responden menyifatkan rancangan itu sebagai penghinaan ke atas mangsa serangan 11 September berbanding mereka yang menganggap ia sebagai simbol toleransi agama di AS. Menurut tinjauan Time, 25 peratus responden mendakwa kebanyakan penganut Islam AS sebagai warga AS yang tidak patriotik. Namun, tinjauan juga menunjukkan bantahan umum terhadap pembinaan pusat Islam itu mung-
kin lebih rumit berbanding sentimen anti-Islam. Ini dibuktikan apabila 55 peratus rakyat AS menyatakan kesediaan menerima pusat komuniti dan tempat ibadat Islam jika ia dibina dua blok jauh dari rumah mereka. Selepas lebih setahun setengah menjadi Presiden, ramai penduduk AS mengakui tidak mengetahui apakah agama anutan Obama. Tinjauan Pew mendapati kepercayan umum mengenai agama Obama ada kaitan rapat dengan keputusan politik dibuat oleh beliau. Kebiasaannya, rakyat AS yang mendakwa beliau seorang Muslim terdiri dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Sebaliknya, mereka yang menganggap Obama seorang Kristian berpuas hati dengan apa dilakukan beliau. Bagi mereka yang tidak pasti mengenai agama Obama pula terbahagi kepada kelompok yang memiliki pendapat peribadi masing-masing berdasarkan prestasi kerja beliau.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Syawal yang bebas
GLOBAL
Transisi
DI TENGAH kemelut Islamofobia hari ini, ramai kalangan bukan Islam, terutama di Barat menganggap Islam sebagai agama kolot, tertutup, menindas dan penuh diskriminasi. Malah, kenyataan tersebut diburukkan lagi dengan sikap dan aksi jelik sesetengah penganut Islam itu sendiri yang mentafsir ajaran agama ini mengikut fahaman peribadi sempit dan bukan atas dasar kemaslahatan umat manusia. Justeru, tidak hairan kenapa hari ini kita dapat menyaksikan kebangkitan kelompok-kelompok ultraliberal yang begitu memuja kebebasan Barat. Sudah-
nya, Islam dilihat sebagai agama yang serba mengelirukan. Hakikatnya, jika kita bijak menelah dan menilai, kebebasan Islam itu sebenarnya jelas terpancar dalam setiap ritual dan perayaan agama tersebut. Contoh paling tepat mengenai kebebasan Islam di sini ialah sambutan Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal. Pada hari tersebut, umat Islam seluruh dunia akan meraikan perayaan penuh suka cita itu dengan menggayakan pakaian tempatan dan menjamah makanan tradisi negara masingmasing. Di negara Asia Tenggara,
masyarakat Islam Malaysia, Indonesia dan Brunei serta minoriti penganut Islam di rantau berkenaan akan sibuk membeli dan menempah baju Melayu, kurung, kain pelikat dan songkok. Kaum ibu pula kalut menyediakan juadah kuih dan makanan tradisional seperti baulu, dodol, ketupat, lontong, sate dan aneka hidangan lain. Berlainan pula dengan penganut Islam di Timur Tengah. Majoriti penduduknya akan keluar berhari raya dalam pakaian jubah, serban, purdah dan jilbab. Di Asia Selatan, penduduk Islam di Pakistan, Bangladesh, India, Sri
Lanka dan Nepal akan memakai kurta atau shalwar, manakala kaum wanitanya, terutama gadis dan kanak-kanak perempuan akan melukis inai di tangan mereka sambil memakai gelang berwarna-warni. Dan jangan pula terkejut atau menuduh sesat apabila melihat penganut Islam Eropah memakai sut kot dan lengkap bertali leher atau berseluar jeans sambil menyarung topi salji ketika menunaikan solat Aidilfitri. Nabi Muhammad tidak pernah menetapkan pakaian Arab atau hiasan pohon kurma berlilit lampu sebagai syarat menyambut Aidilfitri. Pakailah apa saja
35
asalkan ia menutup aurat. Makanlah apa saja asalkan ia daripada sumber dan proses yang halal. Bukankah betapa liberal dan bebasnya Islam itu? Hadirnya Syawal adalah semiotik kepada keterbukaan Islam dalam meraikan kepelbagaian adat dan budaya umat manusia. Malangnya, sambutan hari kemenangan itu tidak pernah ditafsirkan sebagai simbolisme kepada kebebasan fikrah dan dakwah umat Islam hari ini ketika menangani isu-isu di luar lingkup ibadat dan amalan ritualnya.
Artis cilik luar biasa S
AMA seperti rakan-rakan sebaya lain, Kieron Williamson, 8, dari Britain amat gemar melukis dan mengecat. Namun, apa yang membezakan dia dan kanak-kanak lain adalah keunikan setiap lukisan dihasilkannya hingga menarik perhatian pencinta-pencinta seni lukisan antarabangsa. Pada bulan lalu, 33 lukisannya yang dipamerkan di galeri seni di Holt, Norfolk, United Kingdom habis dijual dalam masa 30 minit dengan meraih keuntungan sebanyak £150,000 (RM732,054). Malah, lebih 3,000 orang berada dalam senarai menunggu dengan harapan dapat memiliki lukisan-lukisan ajaib ‘Williamson’. Kieron dianggap bakat luar biasa dan media menggelarkan sebagai ‘Monet Kecil’, mengambil sempena nama pengasas lukisan cat terkenal dari Perancis, Claude Monet yang hidup pada abad ke-18. Bagaimanapun, populariti diraih Kieron sedikit sebanyak menggusarkan ibu bapanya, Keith dan Michelle Williamson. Justeru, ibu bapanya awalawal lagi menegaskan bahawa anak lelaki mereka itu akan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain dengan tugasan sekolah menjadi fokus utama dalam rutin harian Kieron. Mereka juga meminta agar anak mereka itu tidak dibandingkan dengan mana-mana
artis terkenal lain. Michelle menyedari media amat berpengaruh dalam membuat perbandingan tersebut. Dia menganggap situasi itu sebagai membimbangkan kerana ia bukan apa yang mereka mahukan sebagai ibu bapa. “Membandingkan Kieron pada tahap usia begini adalah sesuatu yang tidak matang. Sebagai ibu bapa, apa yang kami raikan adalah pencapaian biasa Kieron. “Kami berkongsi dirinya dengan umum kerana tuntutan besar daripada mereka yang ingin
tahu perkembangannya. Tetapi, penting juga untuk kami beritahu apa yang kami suka sebagai satu keluarga supaya kami dihakimi bukan berdasarkan apa diperkatakan media,” katanya. Kieron mula menarik perhatian umum semasa bercuti bersama keluarganya ke Cornwall, England pada Mei 2008. Michelle berkata, dia mula menyedari bakat awal Kieron apabila anaknya itu cenderung melukis pemandangan sekeliling, berbeza berbanding topik lukisan kanak-kanak lelaki seusia lain seperti dinosaur.
“Inspirasi pertama Kieron adalah keinginannya untuk merakamkan pemandangan desa dalam satu gambar. Sikapnya itu jelas menunjukkan kecintaannya kepada alam sekitar,” katanya. Menurutnya, Kieron menghabiskan banyak masa untuk mencuba perkara berbeza dengan menggunakan pelbagai media. “Dia akan cuba banyak perkara dan belajar sepanjang masa. Kami kerap menyaksikan perubahan halus dalam gayanya. Namun, saya fikir dia akan terus mengecat pemandangan desa
bagi jangka masa lama,” katanya. Michelle menyatakan katanya dan suami akan sentiasa menyokong apa saja dilakukan Kieron dengan membantu apa yang termampu walaupun mengakui kehidupan mereka sekeluarga banyak berubah sejak anaknya itu menjadi perhatian ramai. “Kami bukan artis dan kami tidak dapat membantu dia di segi teknikal. Kami hanya boleh memberikannya sokongan untuk melukis atau menghantarkan ke kelas lukisan,” katanya lagi.
Kieron menunjukkan lukisan cat dihasilkannya.
Bersama himpunan karya semasa galeri seni di UK.
Contoh hasil kerja tangan Kieron.
36
AGAMA
HADIS: Rasullah SAW bersabda: Tidaklah (wajib) zakat pada harta seseorang sebelum satu tahun dimilikinya.
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
- Darqutni
Soal/ Jawab
Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.
GITAR Apakah benar bermain gitar itu haram? Bermain muzik mengikut perspektif Islam adalah harus jika tidak ada unsur-unsur bercanggah dengan syariat Islam seperti tidak melalaikan si pemain daripada menunaikan perintah Allah.
SOLAT Saya mengalami luka bernanah di lutut akibat terjatuh. Apakah solat saya sah? Luka bernanah itu mesti
dibersihkan dan dibalut agar ia tidak terkena pakaian dan tempat solat. Solat pula sah dilakukan dalam keadaan tersebut.
Madu biasanya bercampur dengan bangkai lebah. Apakah ia dianggap najis? Lebah bukanlah dalam kategori haiwan najis. Ia sama seperti belalang. Jadi tidak timbul masalah madu bercampur bangkai lebah itu najis. Memadai dibuang saja lebah itu jika tidak perlu.
FIDYAH
AKIKAH Apakah hukum jika seseorang itu tidak dapat melakukan akikah seumur hidupnya? Hukum akikah adalah sunat muakkad (yang dituntut). Ia disunatkan ke atas ibu bapa yang mendapat anak bermula anak itu baru dilahir-
MADU
kan hingga sebelum baligh. Selepas baligh dan dewasa, tuntutan itu berpindah kepada diri anak tersebut jika dia mampu. Namun, dia tidak berdosa jika tidak mampu hingga akhir hayatnya.
Bolehkah Fidyah dibayar dalam bentuk wang dan jika boleh, berapakah bayarannya? Boleh sebagai ganti harga beras yang dikenakan fidyah. Bayarannya dikira harga secupak beras bagi satu hari puasa yang tertinggal berganda tahun, di samping mengqada’puasa tertinggal.
Aristotle kedua serba zuhud A
BU Nasir Muhammad bin alFarakh al-Farabi (872-950M) atau lebih dikenali sebagai Al-Farabi adalah tokoh ilmuan terkemuka dunia, juga antara saintis dan ahli falsafah terhebat dalam dunia Islam. Beliau, yang dikenali Barat sebagai Alpharabius, terkenal sebagai cendekiawan yang menguasai pelbagai cabang ilmu seperti kosmologi, logik, muzik, psikologi dan sosiologi. Al-Farabi dilahirkan pada 872M di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya adalah seorang anggota tentera keturunan Turki, manakala ibunya berdarah Parsi (Iran). Beliau menghabiskan sebahagian besar usianya di Baghdad, ibu kota Empayar Abbasiyah dengan mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Kemudian, beliau berpindah ke Damsyik, Syria sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Di sana, beliau berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji cuma empat dirham sehari. Kebijaksanaan dimiliki Al-Farabi langsung tidak membuatkan beliau bongkak dan cintakan duniawi. Sebaliknya, beliau sangat zuhud dan sentiasa merendah diri
dalam menjalani kehidupan sehariannya dengan lebih menumpukan perhatian kepada usaha menuntut ilmu. Antara kelebihan dimiliki AlFarabi ialah kemampuannya menguasai pelbagai bahasa dan bermain alat muzik. Hasil karya terkenalnya dalam bidang muzik adalah Kitab al-Musiqa, iaitu buku kajian mengenai teori muzik Parsi yang menggariskan prinsip asas, kualiti kosmik dan pengaruh muzik. Beliau juga memperkenalkan kaedah pengubatan jiwa menggunakan terapi muzik yang kemudian dikembangkan oleh Robert Burton pada abad ke-17. Selain itu, beliau juga menguasai bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, ketokohannya sebagai ilmuwan ulung lebih terserlah dalam bidang falsafah hingga kehebatannya didakwa mengatasi ahli falsafah Islam lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Ketika membicarakan teori politik, beliau berpendapat akal dan wahyu adalah hakikat yang padu dan sebarang usaha memisahkan kedua-dua elemen itu akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Menurutnya, akal dan wahyu perlu dijadikan dasar ke-
pada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil dan makmur. Ketekunan beliau mengkaji karya-karya Socrates, Plato, dan Aristotle membolehkannya menghasilkan teori dan konsep kebahagiaan di segi pengamatannya. Justeru, tidak hairanlah mengapa Al-Farabi diberikan jolokan Aristotle kedua berikutan kemampuannya memahami falsafah tokoh cendekiawan Yunani itu. Dia juga antara ilmuan terawal yang menulis ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikirannya banyak dipengaruhi falsafah Yunani, tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan diri daripada sains dan politik. Sebaliknya, perlu menguasai keduaduanya untuk menjadi ahli falsafah sempurna. Tanpa sains, seseorang ahli falsafah itu tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan demi kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan antara dirinya dan pemerintah tertinggi kerana kedua-duanya adalah komponen yang saling lengkap melengkapi.
Dalam hal ini, beliau mencadangkan mengenai kewujudan sebuah negara kebajikan yang diketuai ahli falsafah. Baginya, ilmu adalah segalagalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya ada persamaan dengan falsafah Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki tertinggi dalam sistem sosial sesebuah negara. Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya seperti menyatakan konsep keadilan sebagai sifat semula jadi manusia, di mana pertarungan dan persengketaan yang berlaku sesama manusia adalah kesan daripada sifat semula jadi itu. Pemikiran, idea dan pandangan beliau mengenai falsafah politik ditulis dalam karya Madinah alFadhilah, manakala karya Ihsa alUlum dan Kitab al-Jam menyentuh mengenai ilmu falsafah Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle. Namun, beliau tidak sempat menyiapkan dua buku, iaitu Kunci Ilmu yang disempurnakan oleh pelajarnya, Muhammad al-Khawarismi atau Al-Khwarizmi pada
Al-Farabi 976M dan Fihrist Al-Ulum yang diselesaikan oleh Ibnu al-Nadim pada tahun 988M. Sumbangannya dalam bidang perubatan juga tidak kurang pentingnya.Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai kepentingan jantung berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini kerana jantung memberikan kehangatan kepada tubuh, sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
AL-QURAN: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
- Surah Aali-’Imran 3:132
AGAMA 37
Aidilfitri tanda kemenangan Oleh Ust Jeffri Bujang
A
IDILFITRI atau hari raya adalah hari kemenangan umat Islam yang disambut dengan meriah pada setiap tahun. Ia menunjukkan kesyukuran umat Islam atas kejayaan mereka menunaikan fardu puasa sepanjang Ramadan, juga tanda kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu daripada perkara-perkara ditegah dalam bulan puasa. Rasulullah bersabda bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama, kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua, kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.” Hari raya adalah anugerah istimewa dari Allah kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa. Ia menunjukkan kemenangan ke atas diri sendiri kerana berjaya membersihkan diri bagaikan bayi baru dilahirkan dengan melakukan ibadat puasa dan ibadat-ibadat sunat lain seperti solat terawih, tadarus AlQuran, qiamullail, sedekah, doa dan sebagainya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semua amalam itu akan dapat melebur dan membersihkan diri daripada dosadosa lalu dan tidak ada yang lebih menggembirakan apabila puasa yang kita laksanakan diterima Allah. Nikmat perayaan ini hendaklah dikongsi dengan seluruh umat Islam lain dengan melakukan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini sangat dituntut Islam supaya hubungan silaturrahim akan berkekalan selain menghindari pergaduhan dengan saling bermaafan. Inilah pengisian penting pada hari raya, juga yang dimaksudkan dengan kegembiraan bagi orang-orang berpuasa. Ditambah lagi kegembiraan dengan janji pahala daripada Allah kepada hambahamba-Nya yang menghidupkan hari kebesaran itu dengan amalan sunat dan menghindari melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa. Dalam menyambut hari raya, janganlah berlebih-lebihan, cukuplah sekadar perlu saja mengikut syariat Islam. Di sudut hiburan, hari raya dalam Islam adalah hari gembira bagi penganutnya sebagai keraian atas kemenangan
melaksanakan ibadah pada Ramadan. Tidak digalakkan bersedih, terutama pada pagi Syawal atau terikut-ikut drama yang di tayangkan di media. Apa saja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah menyediakan juadah kuih-muih, ziarah-menziarahi, memberi duit dan hadiah raya dan nyanyian serta hiburan. Islam ialah agama yang senang dan praktikal. Bagi umat Islam yang kehilangan orang tersayang, mereka kebiasaannya akan mengunjungi pusara dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau Yassin. Hakikatnya, ziarah tanah perkuburan ini bukan hanya tertumpu semasa Ramadan atau Syawal, tetapi kita juga digalakkan menziarahi pusara mereka yang sudah tiada pada bila-bila masa, terutama pada Jumaat. Ketika berada di tanah perkuburan, kita hendaklah menjaga adab-adab sopan. Antaranya, sebelum menziarahi kubur, disunatkan berwuduk dan memakai pakaian bersesuaian serta menutup aurat. Disunatkan memberi salam kepada semua ahli atau penghuni kubur dan ditegah sama sekali duduk di atas kubur orang lain dengan alasan letih berdiri. Selain itu, amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak sangat popular di negara kita. Ini adalah amalan sedekah dan hadiah yang baik sebagai meraikan kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumah kita.Jika difikirkan, memberi sedekah kepada kanak-kanak yang datang akan meningkatkan kasih sayang terhadap jiran dan saudara. Namun, duit raya yang diberikan hendaklah ikhlas dan bukan kerana terpaksa atau menunjuk-nunjuk kehebatan diri. Perbetulkan niat agar kesempurnaan sedekah itu sampai pahalanya kepada kita. Ini adalah kerana hari raya ia hari ibadah dan bukan hari tradisi atau budaya dan majlis hiburan sesuatu kaum. Ketika sibuk membuat persiapan hari raya, tahukah kita perkara paling utama sebelum menyambut hari gembira itu ialah keperluan membayar zakat fitrah. Dalam artikel terdahulu, kita sudah membincangkan serba ringkas mengenai keperluan
Rasulullah bersabda; "Sesiapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa setahun."
- Riwayat Muslim.
membayar zakat fitrah. Jangan sesekali dilupakan kewajipan tersebut kerana tidak lengkap keperluan puasa dan Aidilfitri itu jika tidak melakukannya. Malah, kewajipan menyempurnakan rukun Islam ketiga juga kita tidak laksanakan sepenuhnya. Hidupkan suasana raya Semua umat Islam seluruh dunia menanti kedatangan 1 Syawal dengan seruan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan kerana sudah berjaya menempuh ujian berpuasa. Seseorang Muslim itu digalakkan menghidupkan suasana pagi raya dengan amalan sunat yang boleh mendekatkan diri dengan Allah. Pertama, mandi sunat. Amalan ini dilakukan sendiri Rasulullah pada pagi raya bagi menghilangkan bau-bauan tidak elok. Ini dilakukan tanpa mengira sama ada seseorang itu hendak keluar ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya ataupun duduk di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias diri. Tidak lupa juga disunatkan mengenakan pakaian cantik dan indah serta haruman. Kedua, hendaklah menjamah makanan terlebih dahulu sebelum menuju ke surau atau masjid walaupun hanya sepotong kuih. Diceritakan dalam hadis, Rasulullah tidak keluar pada hari raya hingga baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan selepas itu barulah baginda melangkah keluar. Ketiga, bertakbir memuji Allah. Lazimnya, kita akan bertakbir menyebut kalimah tak-
bir hari raya dan itu sudah memadai. Kita juga disunatkan mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita satu sama lain. Jubair bin Nufair berkata, sahabat-sahabat Nabi apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya akan mengucapkan tahniah. Ini kerana hari raya ialah hari kemenangan dan kegembiraan ke atas umat Islam dan ucapan tahniah ini perkara yang sangat disyariatkan Islam. Keempat, disunatkan pergi dan balik masjid menggunakan jalan berlainan. Rasulullah bersabda bermaksud: “Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Rasulullah keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan lain dari jalan ia keluar daripadanya.” Lebih afdal, jika berjalan kaki ke masjid supaya mendapat keberkatan pada setiap langkah kita pergi ke masjid sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan. Selain itu, Islam menggalakkan umatnya berpuasa sunat pada Syawal. Sabda Rasulullah bermaksud; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolaholah berpuasa setahun,” - Riwayat Muslim. Islam memudahkan umatnya melakukan ibadah puasa sunat pada Syawal dan tidak disyaratkan atau harus diselang-selikan, asalkan ia dalam bulan Syawal dan bilangannya cukup enam hari. Namun, lebih afdal jika ia dilakukan berturut-turut dan lebih afdal lagi jika memulakannya pada 2 Syawal. Antara kelebihan dan faedah Puasa Enam:
1. Menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardu. 2. Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadan itu menjadi tanda kepada peningkatan iman dan takwa. 3. Tanda kita bersyukur kepada Allah atas nikmat dianugerahkan-Nya. 4. Amalan dilaksanakan akan berterusan dan tidak hanya selesai pada bulan Ramadan saja. 5. Hormatilah Syawal seperti mana kita hormati Ramadan. Syawal bukan bererti kita bebas melakukan apa saja. Syawal hendaklah dipenuhi dengan pelbagai aktviti kebajikan dan berfaedah lain sama ada untuk diri sendiriatau orang lain selain tidak lupa mengingati Allah. Sambutan hari raya tidak wajar dipenuhi dengan perbuatan sia-sia. Elakkan pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, elakkan menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya. Hari raya ialah perkara disyarakkan Islam. Pada hari pembalasan nanti, orang-orang beriman dan beramal soleh hatinya bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat keredaan Allah hasil amal kebajikan yang mereka kerjakan ketika hidup di dunia seperti berpuasa Ramadan. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam khasnya pembaca ruangan saya.
38
HAWA
Lambai bagai pimping di lereng, lemah bagi leggundi muda - Perumpamaan.
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Syahdu pagi Syawal MERIAH... Sambutan Aidilfitri di kedutaaan Malaysia di Jepun.
Asmidar (paling kanan) dan rakan-rakan seperjuangan di negara Matahari Terbit.
RE
B SIPI ARAT
Oleh Siti Nurmah Wasilan
K
EMERIAHAN bersantap dengan hidangan lazat pada 1 Syawal menggamit kerinduan terhadap keluarga di tanah air. Aroma ketupat, rendang, lemang dan lotong begitu menggoda selera pada pagi lebaran itu dengan keriuhan gelak tawa ahli keluarga dan saudara-mara bergurau senda terngiang di telinga. Wajah ibu bapa dan sanak keluarga sentiasa berlegar-legar di minda. Sebak hati apabila tidak kesampaian mengucup tangan dan memeluk erat tubuh mereka memohon ampun pada hari penuh bahagia itu. Ketika itu, hanya telefon yang menjadi penghubung dua negara. Begitulah perasaan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Sistem Eletronik, Asmidar Mohd Nor di Kolej Teknologi Kebangsaan Toyota setiap kali Syawal menjelang. Kerinduan terhadap keluarga pasti menebal dan meruntun perasaan apabila keluarga tiada disisi ketika menyambut Aidilfitri. Namun, perasaan sunyi tanpa keluarga di sisi terubat apabila masih ramai lagi teman seperjuangan turut senasib dengannya. Kemeriahan menyambut lebaran di kedutaan Malaysia di Tokyo dirasakan seperti berada di tanah air sendiri apabila ramai rakyat Malaysia di Jepun berkumpul bersama meraikannya. Takbir raya sayup-sayup kedengaran di Masjid Anjo dalam wilayah Aichi yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia di Jepun menunaikan solat Aidilfitri berjemaah. Asmidar atau lebih dikenali sebagai As berkata, tahun ini adalah kali ketiga beliau menyambut Aidilfitri di perantauan bersama rakan-rakan. Menurutnya, walaupun sedih, dia menyedari masih ada misi yang
Makaroni Goreng Berempah BAHAN-BAHAN : 200 gm makaroni maggi 3 camca besar minyak masak BAHAN A 1 ulas bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dicincang 1 tangkai daun kari 1 camca teh biji sawi
BAHAN B 2 pek perencah bihun goreng Maggi 1 camca besar serbuk kari 100 gm daging ayam dipotong dadu/udang 1/2 camca teh kicap pekat maggi 1 camca teh serbuk pati ayam Maggi 3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang Garam dan gula secukup rasa Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang
harus dicapai demi kepentingan situlah kami bertemu dan bermaafkeluarga kerana pengajiannya kini maafan. cuma berbaki tiga tahun untuk di“Kerinduan pada zaman kanakhabiskan. kanak seperti bermain bunga api “Kenangan pahit sepanjang di pada malam raya masih segar sini ialah semasa tahun pertama dalam ingatan. Cahaya lampu peberaya di Jepun. Saya masih perlu lita memberi nostalgia ketika saya hadir kuliah kerana cuti tidak diberiberada pada zaman kanak-kanak. kan. Sedih apabila solat aidilfitri Apabila diingat kembali kenangan tidak dapat ditunaikan bersama itu, saya pasti tersenyum sendiri,” rakan memandangkan 1 Syawal katanya. hanya sekali dalam setahun. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah “Tetapi, apa yang menggembiraitu dijangka pulang ke tanah air kan saya ialah raya tahun lalu. Kepada musim panas tahun hadapan tika itu saya berpeluang menunaidan bakal menamatkan pengajian kan solat Aidilfitri di Masjid Anjo,” pada 2013. katanya. As berkata, sambutan Aidilfitri di Jepun diraikan secara sederhana dan tidak seperti sambutan di Malaysia dengan tiada budaya kunjung mengunjung dari rumah ke rumah kerana jarak lokasi dengan rakan lain agak jauh. “Saya sangat merindui budaya kunjung mengunjung yang menjadi tradisi di Malaysia. Namun, di Jepun budaya ini tidak diamalkan kerana lokasi sesama kami jauh. Jadi, peluang berkumpul di kedutaan tidak dilepaskan kerana di D NOR ASMIDAR MOH dah Ke , tar Se r Asal Alo raan Elektrikal ute jur Ke n ia aj Peng ik on dan Sistem Elektr Toyota, ologi Kebanghsaan Universiti Kolej Tekn Aichiken, Jepun ail Bapa Mohd Nor Ism ri ha Ba ti Ibu Zarina bin k di ra Adik be NorMisuari Mohd Adib Jepun a pagi Syawal di Santapan utam Laksa dan nasi ayam gara: Alamat di luar Ne 471-0067 ge of Technology Toyota National Colle hi, Aichiken Japan. tas Eiseicho 2-1, Toyo
"Kerinduan pada zaman kanak-kanak seperti bermain bunga api pada malam raya masih segar dalam ingatan."
CARA MEMBUATNYA : • • • • • • •
Masak makaroni mengikut arahan pada pek. Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan. Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau. Tambahkan daging ayam/ udang dan goreng selama 2 minit. Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
Hempas tulang, berisi per ut - Bidalan-
SIHAT
39
Radang apendiks menyakitkan Oleh Siti Nurmah Wasilan
A
PENDISITIS atau lebih dikenali sebagai penyakit apendiks ialah sakit sekitar perut bermula di bahagian tengah pusat ke bahagian bawah kanan perut. Malah, pesakit terpaksa menanggung kesakitan dalam masa 6 hingga 12 jam. Apabila penyakit itu menyerang, pesakit akan menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut, tetapi apabila melepaskan tekanan tersebut kesakitan akan bertambah teruk. Kebiasaannya, pesakit akan berbaring secara mengiring sambil menarik lutut ke dada untuk menahan sakit. Kaedah menahan sakit tanpa mendapatkan rawatan seperti ini adalah gaya hidup tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan. Apendisitis menyebabkan perut mengalami kesakitan luar biasa dan ia sering menyerang pada waktu malam. Langkah terbaik bagi mengelakkan penyakit ini ialah merujuk
kepada doktor kerana ia berisiko menyebabkan barah usus. Appendisitis mengakibatkan keradangan pada appendiks vermiform, iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan. Apabila apendiks terkena jangkitan, ia akan membengkak dan bernanah. Tahap paling berbahaya adalah apabila apendiks pecah dengan menyebabkan kuman, najis, nanah dan kotoran yang ada di dalamnya merebak ke bahagian usus. Jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan, penyakit ini berupaya mendatangkan komplikasi kegagalan organ, sekali gus membawa maut. Satu-satunya rawatan paling berkesan untuk pesakit apendisitis ialah pembedahan membuang apendiks yang terkena jangkitan itu. Kebiasaannya, apendisitis menyerang pesakit yang berusia belasan tahun tanpa mengira jantina. Malah, bayi dan kanak-kanak
juga berpotensi mengidap penyakit berkenaan. Fakta menunjukkan lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit yang menderita appendisitis berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan penyakit itu seperti benda keras yang tersangkut pada pangkal apendiks seperti najis dan sisasisa makanan seperti biji-bijian, batu karang dan ketumbuhan. Antara faktor penyebab penyakit apendiks ialah makan terlalu banyak sumber protein seperti daging, termasuk tidak mengambil makanan harian seimbang. Justeru, bagi mengelakkan radang appendiks, diet dan pengambilan makanan seimbang perlu diamalkan, terutama sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan fiber dan bagi kanak-kanak pula, mereka digalakkan mengambil ubat cacing.
Komplikasi KOMPLIKASI yang sangat serius ialah apendiks pecah, di mana kandungan dalam usus dan organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen dengan menyebabkan jangkitan pada lapisan sekitar kawasan pencernaan. Apendiks pecah juga menyebabkan pesakit tiba-tiba merasa dirinya lebih sihat berbanding sebelumnya sebelum seluruh bahagian abdomennya mengembung dengan gas dan cecair. Ketika itu, pesakit akan rasa tidak selesa, tegang dan sakit di bahagian-bahagian abdomen tertentu jika disen-
tuh dan tidak mampu membuang angin akibat radang tersebut. Komplikasi lain yang dapat dilihat ialah demam, dahaga dan kandungan air kencing yang sedikit.
Sebelum
Simptom apendisitis RADANG apendiks menyebabkan beberapa simptom dan ia berubah mengikut masa. Tetapi, bahagian yang dirasakan sakit adalah berbeza-beza dan bergantung kepada umur dan kedudukan apendiks seseorang pesakit. Antara simptom yang dapat dikesan: > Kesakitan dirasai pada bahagian pusat dan kemudian
melarat hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. > Jika radang merebak, rasa sakit lebih menusuk dan semakin teruk. > Loya dan muntah-muntah. > Hilang selera makan. > Sembelit. > Sukar membuang angin. > Cirit-birit. > Bengkak abdomen. > Demam.
Rawatan PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit apendisitis untuk membuang apendiks (appendectomy). membabitkan torehan kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan segera dengan meninggalkan parut kecil pembedahan pada perut pesakit.
Selepas
Jika apendiks pesakit pecah, bengkah bernanah ataupun jangkitan sudah merebak, pesakit akan dibedah dengan torehan besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberikan antibiotik melalui salur darah dan ditahan di wad hingga sihat. Jika simptom yang dialami sudah melepasi tempoh lima hari atau lebih, doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang dan jangkitan pada bahagian sekitar apendiks yang biasanya bengkak dan bernanah. Melalui cara tersebut (antibiotik), bengkak akan dapat dikurangkan dan nanah dapat dikeluarkan melalui kulit.
40
HIBURAN
Ada wang, abang sayang; tak ada wang, abang payah - Pepatah -
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
ALANGKAH LUCUNYA NEGERI INI TANAH AIR BETA
FILEM ini mengungkap peristiwa referendum berdarah 1999 ketika Timor Leste berpisah daripada Indonesia dengan menyebabkan berlaku penghijrahan besar-besaran penduduk tempatan yang memilih ber-
SAMA seperti industri perfileman tempatan, dunia layar perak di negara jiran, Indonesia turut menghadapi masalah lambakan filem-filem komersil yang hanya berorientasikan keuntungan. Namun, karya-karya berat dihasilkan pembikin filem republik itu,
gabung dengan Indonesia sebagai tanah air mereka. Filem ini menggugah perasaan mengenai derita hidup dalam perkongsian, berpisah dengan keluarga, kemiskinan dan keterbatasan selain memberi tamparan hebat betapa masih ramai rakyat Indonesia yang sedang hidup dalam penderitaan. Filem karya Ari Sihasale ini juga menyingkap erti persahabatan tanpa mengira latar belakang agama ataupun etnik yang dapat dilihat pada karakter Abu Bakar (keturunan Arab) dan pedagang peranakan Tionghoa (Koh Ipin dan Cik Irene). Karya ini bukan sekadar menjual pesona bandar Atambua di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, tetapi juga mengajak penonton kembali menilai rasa cinta mereka kepada tanah air dengan nilai persaudaraan dan persahabatan.
sama ada membi-carakan tema perjuangan, sejarah atau realiti sosial, ia langsung tidak pernah mengecewakan. Saksikan tujuh filem nasionalisme terbaik Indonesia bertemakan nasionalisme yang mampu dijadikan contoh terbaik buat pengarah Malaysia.
SANG PEMIMPI TIDAK jauh berbeza dengan sekuelnya, Sang Pemimpi masih berkisar mengenai perjuangan anak-anak Bangka Belitung meraih mimpi mereka. Filem kali ini lebih bertumpu kepada cerita tiga sahabat. Filem ini adalah sindiran kepada golongan muda yang membiarkan diri hanyut dibuai mimpi. Ini jauh berbeza dengan sikap Ikal dan Arai (watak
utama filem ini) yang datang dari daerah terpencil dan rela membanting tulang demi membiayai pengajian mereka dan meraih biasiswa ke Paris. Filem ini turut membuka mata sesiapa saja betapa mimpi boleh diraih dengan semangat, perjuangan, keyakinan, ketekunan dan juga doa.
MERAH PUTIH JIKA dilihat deretan nama pembikin filem asing yang terlibat, Merah Putih adalah satu-satunya filem usahasama Indonesia-Hollywood. Namun, keunggulan filem ini bukan hanya di segi teknikalnya, tetapi juga tema ceritanya. Filem arahan Yadi Sugandhi ini menyingkap suasana perjuangan Indonesia pada 1947, mengenai lima pe-
muda yang mendaftarkan diri ke sekolah tentera rakyat. Dengan watak, latar belakang dan kepercayaan berbeza, mereka harus bersatu atau kalah di tangah penjajah. Merah Putih cuba mengembalikan semangat perjuangan wira-wira tanah air itu.
SUTRADARA dan aktor veteran, Deddy Mizwar melihat Indonesia sebagai negara yang sedang sakit. Rasa sakit itu diluahkannya dalam filem ini. Deddy mengangkat realiti sosial daripada isu pengangguran, pasukan polis Satpol PP, jenayah dan orang-orang pinggiran sebagai tema utama filem ini. Karya lakonan ramai aktor ternama ini begitu memberi begitu banyak
ragam perasaan dari sedih, marah, haru, ketawa hingga pilu. Melalui filem ini, Deddy ternyata berjaya mengangkat realiti sosial yang sekian lama menjadi masalah yang gagal diselesaikan. Filem ini begitu sarat dengan pesan moral, sosial dan politik selain turut mengundang rasa nasionalisme untuk lebih peka dan prihatin mengenai perkembangan tanah air.
GARUDA DI DADAKU FILEM ini mengisahkan perjuangan kanak-kanak bernama Bayu yang memiliki bakat bermain bola dan sangat bercita-cita tinggi untuk menyertai pasukan kebangsaan bawah 13 tahun dengan memakai jersi berlogo garuda di dadanya. Plot filem ini sebenarnya tidak jauh berbeza berbanding cerita sama yang kerap ditayangkan di kaca TV. Namun, tema sukan (bola sepak) yang memaparkan ragam
kanak-kanak dalam pasukan kebangsaan bawah 13 tahun dari pelbagai etnik (Cina, Jawa dan juga Papua) mengungkap falsafah lain mengenai erti persahabatan tanpa mengira kaum, suku dan agama. Ulangan lagu Garuda di Dadaku nyanyian kumpulan Netral cukup mengesankan ketika masuk babak akhir tayangan filem berkenaan dan mampu membuatkan bulu roma penonton meremang.
Filem nasionalisme terbaik Indonesia LASKAR PELANGI DIANGKAT daripada novel tetralogi Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. Ia mengisahkan perjuangan anak-anak Bangka Belitung meraih pendidikan sekitar era 70an. Ikal, Lintang, Kucai, Mahar, Zahara dan lima kanak-kanak lain serta guru di daerah pinggiran itu berjaya memberikan pengala-
man visual mengkagumkan hasil garapan pengarah, Riri Reza. Laskar Pelangi tidak hanya mengkritik keadaan pendidikan Indonesia, tetapi juga menyindir keras pihak berkuasa yang membiarkan syarikat asing menguasai hasil bumi Bangka Belitung dengan menyebabkan penduduk asal daerah itu hidup dalam kemelaratan.
MINGGU PAGI DI VICTORIA PARK FILEM yang menyoroti kehidupan pekerja wanita Indonesia di Hong Kong ini mengajak kita menyelami kehidupan mereka dari pelbagai sudut, tidak hanya ekonomi dan politik, tetapi juga sosial dan budaya. Walaupun kemelut dihadapi buruh migran yang bergelut dengan sentimen perkauman, perhambaan dan diskriminasi sememangnya sukar digambarkan dalam filem garapan Lola Amaria ini,
tetapi sekurang-kurangnya ia lantang mengkritik kegagalan kerajaan negara jiran itu dalam menyediakan pekerjaan dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya. Beberapa adegan dalam filem ini secara tidak sedar membangkitkan rasa nasionalisme menerusi paparan adegan berkumpul dan melakukan aktiviti bersama sambil mendengar lagu-lagu tanah air yang dianggap sesetengah orang sebagai murahan
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
Hidung laksana kuntum seroja, dada seper ti mawar merekah - Pepatah
Azma masih di sini
MUHAMAD ISMAIZAL YUSOOF Asal Kuala Lumpur Tarikh lahir 12 Ogos 1982 Umur 28 Pendidikan Animasi Filem, Universiti Multimedia (MMU) Kerjaya Pelakon, Pengarah, Komposer Drama/Filem terbaru Di Tangga Usang (drama) Ngompol (drama) Dilarang Masuk (filem)
Oleh Azuraina Abdullah
“A
KU masih di sini,” ujar Azma Aizal Yusoof, yang dulu lebih dikenali sebagai Isma Yusoof atau nama sebenarnya, Muhamad Ismaizal Yusoof, 28 penuh yakin ketika menceritakan kewujudannya dalam bidang seni tanah air. “Saya sangat menanti Ramadan kali ini kerana sudah setahun perkara lepas berlalu. Saya bangga dengan diri sendiri sebab tidak putus asa,” katanya. Azma menyatakan dia hampir putus asa dalam mengharungi kehidupan awal tahun ini berikutan peristiwa hitam terjebak dalam kancah dadah, tetapi mujur sokongan rakan-rakan banyak membantunya walaupun dulu dia takut menempuh harihari mendatang. “Saya hampir putus asa awal tahun ini. Dulu saya pernah rasa rendah diri untuk keluar. Apabila orang pandang, saya rasa mereka sedang bercakap mengenai saya. Tapi, saya rasa kuat semula apabila ada penyokong yang sentiasa beri semangat,” katanya. Antara perubahan ketara yang begitu dirasai ialah Azma kini sudah mampu bergerak sihat dan ceria sambil ditemani rakan yang setia bersama dengan mengubahnya menjadi lebih serius dan matang. “Tahun lalu membuatkan saya lebih matang. Saya ini jenis orang yang percaya apa saja berlaku dalam hidup ada hikmah di sebaliknya. Saya kini lebih serius dan tidak endahkan perkara remeh,” katanya.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, pengarahan drama, lagu dan fotografi, Azma juga berkebolehan dalam seni muzik apabila dia pernah menghasilkan lagu yang dinyanyikan penyanyi baru, Azfar berjudul ‘Akan Ku Jumpa’ untuk drama ‘Syurgamu Ramadhan’ sempena Ramadan tahun ini. “Saya suka lagu-lagu yang bersifat ketuhanan dan saya mahu sampaikannya dengan cara saya supaya semua orang boleh mendengar, terutama golongan muda. Terbaru, saya hasilkan lagu ‘Akan Ku Jumpa’ nyanyian Azfar yang berkisar tentang rasa kecintaan cinta kepada Tuhan,” katanya. Tulis lagu drama Azma, yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Dilarang Masuk’ mengakui sangat minat menggubah lagu walaupun baru mengenali dunia not muzik. Menurutnya, dia kini lebih cenderung kepada bidang penggubahan lagu dalam drama kerana ia ada nilai-nilai tersendiri. “Saya pernah tulis lagu untuk drama Rona Roni Makaroni, Akan Tiba, Merah Putih dan Kau dan Aku. Apabila menulis lagu untuk drama, saya rasa ia lebih menarik kerana ada mesej yang boleh saya sampaikan melalui drama berkenaan,” katanya. Ketika bercerita mengenai puasa dan raya, bekas pelajar Universiti Multimedia ini menyatakan raya tahun ini dia akan meraikan perayaan tahunan tersebut bersama keluarga tercinta di
HIBURAN
Kuala Lumpur atau kampungnya di Simpang Renggam. “Saya berasal dari Kelantan. Ayah masih di Kelantan dan apabila raya, saya akan pulang ke Kelantan kalau mahu. Biasanya, saya akan beraya bersama mak dan adik-adik lain di sini,” katanya. Azma yang mempunyai 12 beradik menyifatkan Aidilfitri sebagai hari untuk adik-adiknya kerana persiapan hari perayaan itu lebih meriah bagi mereka. “Bagi saya yang sudah dewasa ini, jarang hendak bersuka sangat untuk persiapan raya. Saya lebih suka tunggu tetamu di rumah. Adik-adik pula akan keluar berjalan cari duit raya. Tapi, seperti biasa, saya juga akan sediakan duit raya buat mereka,” katanya. Azma yang sedang mempromosikan dramanya, Di Tangga Usang dan Ngompol yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini berkata, Ramadan ialah bulan untuk dia berehat dan memenuhi jemputan berbuka puasa bersama rumah anak yatim dan badan kebajikan lain. “Selain berehat dan memenuhi jemputan berbuka, saya juga berbincang dengan rakanrakan mengenai rancangan menggubah lagu, drama atau sebagainya untuk masa akan datang,” katanya. Azma kini sedang sibuk mengumpul bahan cerita untuk skrip drama terbarunya yang masih dalam perancangan. Baginya, semangat untuk mengarah drama semakin kuat kebelakangan ini sejak berehat lama.
41
Ada padi, semua ker ja jadi; ada beras, semua ker ja deras - Pepatah -
Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010
Roslinda sasar pingat Komanwel, Asia Oleh Gan Yong Li
T
UGAS berat menanti ratu lompat galah negara, Roslinda Samsu, 28, apabila terpaksa bekerja keras bagi memastikan kemenangan menjadi miliknya dalam Sukan Komanwel di New Delhi (3-14 Oktober) dan Sukan Asia di Guangzhou (12-27 November). Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, teknik lompatan menjadi tumpuan utama Roslinda dengan dibantu percaturan yang direncanakan jurulatihnya, Mohd Mansahar Abd Jalil. Walaupun menyambut Ramadan, anak kelahiran Kedah ini tetap cekal menjalani latihan tanpa mengeluh dalam usaha memastikan dia cukup bersedia menghadapi perlawanan akan datang. “Saya memperuntukkan masa enam jam sehari untuk berlatih di Bukit Jalil. Tanpa mengira apa jua kilauan pingat, saya akan cuba memperbaiki keputusan tempat keempat yang dicatatkan semasa Sukan Komanwel di Melbourne 2006. “’Saya cukup bersedia ke New Delhi dan yakin berpeluang mendapatkan pingat di sana nanti,” katanya. Pada Sukan Asia di Doha 2006, Roslinda meraih pingat perak dengan catatan 4.35 meter.
Tepi Padang
Muhammad Amsyari Ismail
B
ADMINTON negara terus kempunan melahirkan juara dunia. Tamat Kejohanan Dunia di Paris 29 Ogos lalu, impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat berdirinya juara dunia mengibarkan Jalur Gemilang di kota Paris berkecai, dan badminton pulang hampa sekali gus memanjangkan kemarau 33 tahun tanpa kejuaraan berprestij itu. Beregu lelaki, Koo Kien KeatTan Boon Heong yang turun selaku pasangan nombor satu dunia berpeluang mencipta sejarah apabila turun di pentas final tetapi gagal menyaingi kehebatan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng dalam aksi rubber set. Status nombor satu dunia turut
Tambah Roslinda, dia berharap keputusan menangguhkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Jasmani akan dapat membantu memantapkan aksinya. “Saya juga akan menyertai Kejohanan Terbuka Singapura pada 18 September ini sebelum berangkat ke New Delhi. “’Kejohanan itu lebih kepada memastikan prestasi saya sentiasa konsisten agar dapat bersaing dengan atlet-atlet negara lain. “’Antara pencabar yang perlu diberikan perhatian semasa kejohanan Komanwel nanti ialah Australia dan Britain, manakala dalam Sukan Asia pula ialah pencabar dari China dan Korea,” katanya. Dengan catatan peribadi terbaik, iaitu 4.40m semasa kejohanan sukan di Barcelona pada 2007, Roslinda yakin dia mampu mengatasi pencabar-pencabar utamanya. “Kita bukan saja perlu membuat persiapan di segi latihan, malah fizikal dan mental turut diberikan keutamaan dalam menyertai sesuatu pertandingan. Apabila menghadapi sebarang tekanan, kita cuba jadikan ia se-
bagai cabaran untuk mengatasi masalah itu. Apa yang penting ialah mesti ada sasaran, matlamat, minat dan disiplin,” katanya lagi. Roslinda kini menjadi sandaran utama Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk menamatkan penantian 12 tahun negara membawa pulang pingat emas olahraga Sukan Komanwel. “Jurulatih dan rakan seperjuangan banyak memberi dorongan ketika di tengah padang. Bukan itu saja, keluarga turut sentiasa memberi sokongan padu bagi memastikan saya dapat bermain dengan cemerlang. “Svetlana Feofanova dan Yelena Isinbayeva adalah idola saya. Apa yang saya kagumkan, walaupun Feofanova memiliki ketinggian sama dengan saya, dia mampu melakukan lomptan hingga 4.8m berbanding atlet lain. “Saya berharap dapat memecah rekod peribadi dan menyumbang pingat kepada negara. Saya juga teringin mencipta nama semasa Sukan Olimpik kerana itulah sasaran terbesar dalam hidup saya selama bergelar atlet negara,” katanya.
MSU DA SA ROSLIN
ah Asal p, Ked g Tera Padan ahir Tarikh L 82 19 n 9 Ju 28 r u m U i Hob yang ton wa Menon
Bila kita nak jadi juara dunia? menghantui Datuk Lee Chong Wei yang terkandas di suku akhir kepada finalis, Taufik Hidayat dari Indonesia. Mungkin kekalahan itu ada kaitan dengan strategi khusus Chong Wei menolak tawaran Institut Sukan Negara (ISN) berlatih di Somerset, England atas alasan peribadi dan mahu bersama sifunya, Datuk Misbun Sidek? Namun, Misbun cepat membela anak didiknya dengan alasan kecederaan belakang sebagai punca dia gagal meneruskan kemaraan. Apa sekalipun alasan, kesimpulannya, kita gagal melahirkan juara dunia sejak kali pertama ia diperkenalkan di Malmo, Sweden pada 1977. Memang benarlah kata Datuk
James Selvaraj, apa guna memegang tampuk nombor satu dunia tetapi gagal bergelar juara dunia. Chong Wei dan Kien KeatBoon Heong sekadar berbangga dengan kejuaraan Siri Super dan mengejar ranking tetapi belum cukup bagus untuk menjadi juara dunia atau berada setaraf dengan Lin Dan, Chen Jin, Taufik dan Cai Yun-Fu Haifeng yang sudah bergelar juara dunia. Saya rasa mungkin sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi peluang kepada pemain muda seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Arif Latif, Tan Chun Seang, Chan Kwong Beng dan Syawal Ismail
memikul tanggungjawab lebih berat pada kejohanan besar selepas ini. Sampai bila kita perlu bergantung harap kepada Chong Wei yang sudah berusia 28 tahun. Apa ada pada Hafiz Hashim selepas menjuarai Seluruh England pada 2003, dia terus dihambat aksi yo-yo dan tidak bertenaga. Wong Choong Hann pula dihambat usia dan era kecemerlangannya sudah berlalu. BAM perlu mengambil langkah berani dan drastik. Sampai bila perlu ‘memeram’ potensi pemain muda. Saya yakin, pemain muda kita berpotensi dan bernafsu besar membuktikan kemampuan mereka. Standard kita jauh jika nak
dibandingkan dengan China yang membolot semua kejuaraan dunia di Paris. Suka atau tidak, BAM kena akui kita ketandusan pemain berkualiti dan jalan perlu dicari bagi mengatasi kepincangan ini. Kita bakal berdepan masalah besar dua tahun dari sekarang jika kelemahan ini tidak diatasi kerana Chong Wei berusia 30 tahun ketika itu begitu juga Hafiz dan Choong Hann pula boleh tutup buku. Post mortem segera perlu dilakukan bagi mencari punca kegagalan di Paris dan sistem pembangunan BAM agar kita tidak terus kempunan untuk bergelar juara dunia, meraih emas Olimpik 2012 serta merampas kembali Piala Thomas.
10 SEPT - 23 SEPT 2010
Transisi
Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang - Bidalan -
Oleh Muhammad Amsyari Ismail
T
ANGGAL 16 Ogos 2010, sejarah dicipta tonggak veteran Manchester United, Ryan Giggs apabila terus mengekalkan rekod jaringannya dengan menjaringkan gol pada setiap musim saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak ia mula diperkenalkan. Giggs meledakkan gol ketiga pasukannya ketika menewaskan Newcastle United 3-0 dalam saingan pembukaan musim 2010/11. Dia kini mencipta jaringan dalam 21 aksi musim berturut-turut. Dia muncul pemain United paling banyak membuat penampilan dan memenangi kejuaraan berbanding mana-mana pemain Red Devils dalam sejarah kelab berkenaan. Giggs mengatasi rekod penampilan terdahulu milik legenda United, Sir Bobby Charlton (758 perlawanan) ketika membantu kelab itu merangkul kejuaraan Eropah kali ketiga dan kedua bagi dirinya di Moscow pada 21 Mei 2008. Dianggap pemain paling dinamik, Giggs mungkin tidak berada dalam skuad United sekarang jika tidak kerana campur tangan Sir Alex Ferguson yang mengadakan kunjungan peribadi ke rumahnya ketika dia berusia 14 tahun untuk menawarkannya kontrak bersama kelab itu. Dia yang ketika itu belajar di Sekolah Kecemerlangan Manchester City pada zaman remajanya tidak membuang masa untuk bersama kelab kegemarannya hingga kini. Memulakan karier profesional bersama United pada November 1990 dan melakukan kemunculan pertama menentang kelab Divisyen Satu, Everton pada 2 Mac 1991 sebagai pemain gantian kepada Denis Irwin. Dia menjaringkan gol sulungnya pada 1991/92 apabila membantu United menewaskan City 1-0 yang dibantu defleksi Colin Hendry. Giggs mendakap trofi aksi seniornya pada November 1991 ketika United menundukkan Red Star Belgrade pada final Piala Super Eropah. Lima bulan kemudian, dia meraih trofi keduanya apabila Red Devils menewaskan Nottingham Forest pada perlawanan akhir Piala Liga dan pada musim berikutnya, 1992/93, Giggs dan United menjuarai edisi sulung EPL. Giggs turut berada dalam skuad kejuaraan berganda 1993/94 dan 1995/96, sebelum menambah kejuaraan hatrik pada 1998/99 selepas menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan EPL. Sumbangannya paling diingati ketika musim gemilang itu ialah
SUKAN
43
Giggs menjulang trofi EPL yang dimenangi pasukannya pada musim 2008/09.
Giggs belum puas menerusi jaringan solo menarik ketika menewaskan Arsenal dalam ulangan separuh akhir Piala FA di Villa Park dan dianggap antara gol terbaik sepanjang zaman United. Bagi Ferguson, Giggs yang memakai jersi nombor 11 dianggap sebagai amat istimewa dan wajar dijadikan contoh oleh pemain muda masa kini. “Dia masih mampu mengekalkan gaya permainan menarik pada usia 36 tahun. Dia bukan seorang pemain yang suka gaya hidup mewah dan popular. Sebaliknya, suka merendah diri dan sentiasa meningkatkan teknik bola sepak. “Dia, Paul Scholes dan Gary Neville boleh dijadikan contoh oleh pemain muda sekarang. Bola sepak adalah sebahagian hidupnya. Saya berharap akan muncul lagi pemain sepertinya pada masa depan. “Giggs membuktikan pada usianya kini, dia masih belum hilang sentuhan. Dia masih ‘berselera’ untuk beraksi. “Dia sekali lagi akan menjadi tonggak United dan pengalaman dimilikinya diharapkan dapat membantu kami merampas semula trofi EPL,” katanya penuh bersemangat. Giggs menyifatkan musim lalu amat perit baginya kerana gagal mengekalkan kejuaraan EPL buat kali keempat berturut-turut
selepas tewas kepada Chelsea dengan perbezaan satu mata. Lantas, Giggs tekad membantu United merampas kembali trofi EPL daripada tangan Chelsea untuk dibawa semula ke Old Trafford. “Ia memang mengecewakan apabila kecundang kepada Chelsea musim lalu dengan perbezaan satu mata. Tetapi kami bertekad bangkit semula musim ini. Kekecewaan itu menyuntik semangat kami. “Kami berusaha memenanginya semula. Kami tahu ia tugas sukar kerana banyak pasukan dan pemain bagus musim ini.” katanya. Masih dahaga kejayaan
Giggs merasakan jiran United, City akan menjadi saingan utama kelabnya musim ini. Menurutnya, kehadiran ramai pemain bintang ke Eastlands sudah tentu menjadikan City sebagai pasukan digeruni, apatah lagi jika pemain-pemain kelab itu cepat menyesuaikan diri. “Seperti musim lalu, City membeli ramai pemain baru berkualiti. Persoalannya, sama ada mereka dapat menyesuaikan diri atau tidak. Jika cepat menyesuaikan diri, saya rasa mereka akan bersaing dalam kelompok Big Four. “Selain City, sudah tentu Arsenal, Liverpool, Chelsea dan
pasukan kami serta Tottenham Hotspur yang beraksi baik musim lalu,” katanya. Giggs turut memasang impian untuk mengambil alih tugas di kerusi panas Old Trafford daripada Ferguson apabila dia menggantung butnya nanti. Dia yang memenangi semua kejuaraan utama di peringkat kelab bersama United sepanjang 20 tahun, mengintai beralih ke bidang pengurusan dan kejurulatihan di Old Trafford atau membimbing skuad kebangsaan, Wales. Giggs kini sudah mula mengambil lesen kejurulatihan dan jika berjaya, dia akan mengikut jejak bekas rakan sepasukan di United, Steve Bruce, Mark Hughes, Roy Keane dan Bryan Robson yang beralih ke bidang pengurusan. “Sasaran saya adalah untuk membimbing Manchester United atau Wales. Saya tidak rasa saya mampu menangani situasi, di mana jika saya berundur dan berkata, apa yang saya lakukan ketika ini? “Bola sepak adalah sebahagian hidup saya. Walaupun ada banyak tekanan, saya rasa ramai pemain menikmati kehidupan mereka apabila menjadi pengurus dan seronok dengannya,” katanya.
Nama Ryan Giggs Asal Cardiff, Wales Umur 36 Kelab Manchester United Posisi Tengah No jersi 11 Tinggi 180 sm