Edisi 18

Page 1

06 07

IKON

28 JAN - 10 FEB 2011 23 Safar - 07 Rabiulawal 1432H

BICARA

ALPHA

EDISI 18

RM2.50

Akhbar Nasional Dwimingguan

GAU

Air kehidupan

Penjenamaan ITNM

Muzik itu indah

TM

Stokis/Pengedar yang berminat hubungi

www.transisi.com.my

03 41025786/ 019 6070198 Http//:www.alphagau.com

Bilik Bedah, Pusat Jantung dan Paru-Paru, Jabatan Surgeri, PPUKM.

Takjub bedah jantung

Oleh Muhammad Amsyari Ismail Mohd Azhan Othman dan Noortikah Ab Rahim (Foto)

T

IADA ungkapan lain mampu diluahkan selain kata takjub ketika berpeluang merasai sendiri pengalaman melangkah masuk ke bilik bedah, Pusat Jantung dan Paru-Paru di Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), barubaru ini untuk menyaksikan secara ‘live’ pembedahan pintasan jantung atau coronary artery bypass. >> Muka 4& 5

PAKEJ UMRAH 2011 Hanya

RM4,950

(4 orang sebilik)

RM5,750

Sambut Ramadan (dari ) Awal Ramadan (dari RM6,100) Pertengahan Ramadan (dari RM6,650) Akhir Ramadan (dari RM7,650) Penginapan: • •

Madinah – Hotel Saraya/Andalus atau setaraf (50 meter dari Masjid Nabawi) Makkah – Ufuk Fateh 1/LakLak Maryam atau setaraf (150 meter dari Masjidil Haram) PILIH TARIKH ANDA!

61-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53100, Kuala Lumpur Tel: +603-41473699 (8 Talian Hunting) Faks: 03-41474699 Laman web: www.irna.com.my

RM 4,950

4 orang Hanya sebilik Cuti sekolah rm5,450 ramadan DARIrm6,750

MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS

: : : : : :

PILIH TARIKH ANDA!

SIT

DEPO

0

RM50

sahaja

UMA PERUCS UMRAH

KURS tiap Sabtu Se

at h dibu tau n bole a Bayara kad kredit t si la ru a mene 17 Muam

Bank 05-6057- ank ic B -00 1403 blic Islam 04 Pu -4344atau 3986

APRIL: 1 -13 Apr, 8 - 20 Apr, 12 -25 Apr, 19-30 Apr, 24 Apr-7 Mei, 29 Apr-11 Mei MEI 6 -18 Mei, 10-21 Mei, 17 -30 Mei, 20 Mei-1 Jun, JUN 10 -22 Jun, 12 -25 Jun, 21 Jun-2 Jul, 24 Jun-6 Jul JULAI 1 -13 Jul, 5 -16 Jul, 12 -23 Jul, 15 -27 Jul, 22 Jul-3 Ogos, 26 Jul-6 Ogos OGOS 2 Ogos-13 Ogos, 5 Ogos-17 Ogos, 16 Ogos-29 Ogos, 28 Ogos-10 Sept

DAFTAR SEGERA! TEMPAT TERHAD!

PENERBANGAN TERUS (MH sewa khas)

Hubungi: Irna Yakin Travel & Tours – 03-41473699, Hjh Raihanah (0104285081) Hj Azari BANK MUAMALAT 17 1403-0005-6057-Jumirah (0123605556), Zahira (0104285083), (0193290078), Amy (0199230254) PUBLIC ISLAMIC BANK

29 Mac-9 Apr 1 Apr -13 Apr, 8 Apr -20 Apr, 12 Apr-25 Apr, 19 Apr-30 Apr, 24 Apr-7 Mei, 29 Apr-11 Mei 6 Mei-18 Mei, 10 Mei-21 Mei, 17 Mei-30 Mei, 20 Mei-1 Jun, 29 Mei-11 Jun, 31 Mei-12 Jun 10 Jun-22 Jun, 12 Jun-25 Jun, 21 Jun-2 Jul, 24 Jun-6 Jul 1 Jul-13 Jul, 5 Jul-16 Jul, 12 Jul-23 Jul, 15 Jul-27 Jul, 22 Jul-3 Ogos, 26 Jul-6 Ogos 2 Ogos-13 Ogos, 5 Ogos-17 Ogos, 16 Ogos-29 Ogos, 28 Ogos-10 Sept

DAFTAR SEGERA! TEMPAT TERHAD! PENERBANGAN TERUS (MH Sewa Khas)

MENERUSI BAYARAN BOLEH DIBUAT KAD KREDIT ATAU

3986-4344-04

Deposit RM500 sahaja

Hubungi wakil kami: KL/Selangor: Hj Zainal (0133425528) Hj Yahaya (0173064515) Hj Nasaruddin (0193100997) Hjh Norisah (0126564546) Hj Hanafi (0193854293) Azli (0133324019) Hj Abd Majid (0123883545) Zulkifli (0122630367) Hj Halim (0197334369) Hj Sukria (0122085353) Jamaluddin (0133802404) Hj Husin (0126503125) Anas (0122520962) Negeri Sembilan: Ustaz Bakhtier (0176361949) Kamaliza (0193661577) Norazizah (0129024405) Melaka: Ustaz Nasir (014-2662726) Pahang: Hjh Noriah (019-9191453) Hj Azmi (0199897787) Kadir (0179110047) Perak: Hj Hanif (0192541871) Hj Nik Mohd (0135902497) Kedah: Ustazah Fatimah (0134381789) Hj Ku Md Ali (0194581849) Zulhazwani (0134216198) Mohd Zuhawir (0195137882) Johor: Hj Wan Mohamad (0137202358) Hjh Zaini (0197106387) Raja

Bimbingan Dan Pengisian Oleh Pasangan Pendakwah Tersohor,

CUTI-CU TI DOME STIK 3 HARI 2 MALAM • Pa

kej Pulau Kapas – • Pakej P dari RM2 ulau Red 80 ang (dari • Pulau T RM308) ioman (d a ri RM335) • Pulau S norkeling Redang Is (dari RM lan 338) • Recreati on Gemia Island (d RM565) ari • Pakej B ulan Mad u Cameron Highland s (RM1,18 8/pasang an) • Kota Kin abalu Exp erience (dari RM6 80)


4

ISU

Sudah calit, jangan palit - Bidalan

Mesin ganti jantung, paru-paru

Transisi

Fungsi jantung dan paru-paru dihentikan untuk membolehkan pembedahan pintasan dilakukan. Vena kava Superior

>> Dari Muka 1

B

AU ubat dan darah yang menusuk masuk rongga hidung langsung hilang tatkala melihat betapa tenang dan yakinnya pasukan perubatan PPUKM, yang diketuai Prof Madya Datuk Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman menjalankan pembedahan itu. Pembedahan pintasan jantung dilakukan bagi membolehkan darah mengalir secara normal ke jantung. Ia dilakukan apabila saluran darah ke jantung tersumbat atau terhalang yang mana ia menyebabkan kesihatan pesakit terjejas dan mampu menyebabkan maut jika tidak dibedah. Bagi menggantikan salur darah yang tersumbat itu, doktor akan membuat saluran baru dengan menggambil vena pada kaki atau arteri (radial artery) daripada lengan dan bawah tulang dada (internal mammary artery). Selain Ramzi yang dibantu pakar pelatih, Dr Hairul Faizi Haron, sesuatu pembedahan pintasan jantung juga membabitkan khidmat pakar bius dan perfusionist, iaitu kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan mesin jantung dan paru-paru yang menggantikan fungsi dua organ

tersebut semasa pembedahan dilakukan. Ini termasuk khidmat jururawat yang ada bersama dalam bilik bedah atau wad semasa dan selepas sesuatu pembedahan selesai. Sepanjang pembedahan yang berlangsung kira-kira enam jam itu, kami diberi penerangan ringkas mengenai mesin jantung dan paru-paru yang digunakan dalam pembedahan tersebut oleh staf perfusionist, Mohd Zaki di bawah seliaan ketuanya, Yusof Hambali. Sebaik saja jantung dihentikan, kelihatan darah beroksigen dan terdeoksigen mula mengisi saluran paip yang disambungkan dari jantung pesakit ke mesin itu. “Secara klinikal, pesakit boleh dikatakan sudah mati. “Tetapi secara teknikal, pesakit masih bernyawa dan mesin inilah yang membuatkan dia masih hidup dengan mengambil alih fungsi jantung dan paru-paru,� kata Mohd Zaki. Menurutnya, perfusionist menggalas tugas berat dalam memberi dan menafsir maklumat kepada pakar bedah bagi memastikan kelancaran sesuatu pembedahan. Justeru, komunikasi antara pa-

kar bedah dan perfusionist amat penting, yang mana ketepatan dan ketelitian serta fokus tinggi sangat diperlukan bergantung kepada sesuatu kes pembedahan.

Atrium Kanan

Atrium Kiri

Tentang jantung JANTUNG adalah organ berongga dalam tubuh manusia yang berfungsi mengepam darah menerusi salur darah dengan denyutan sekata dan berulang. Secara purata, jantung manusia berdenyut 72 kali setiap minit dan 2.5 bilion kali jika seseorang individu itu mencecah usia 66 tahun, manakala berat jantung pula sekitar 250 hingga 300 gram bagi perempuan dan 300 hingga 350 bagi lelaki. Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi paru-paru serta terdiri daripada empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah. Dinding otot tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan denganatrium dan

Vertikel kiri

Injap Pulmonari Injap Trikuspid

Vertikel kanan

Vena kava Inferior

ventrikel kiri yang mana ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen daripada bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel pula hanya membenarkan aliran darah secara sehala dari atrium ke ventrikel. Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh, termasuk paruparu dan dindingnya lebih tebal berbanding atrium. Pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui dua salur, vena kava superior

28 JAN - 10 FEB 2011

(superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan yang berfungsi mengepam darah terdeoksigen ke paru-paru melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen daripada paru-paru, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri yang diibaratkan sebagai pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali paru-paru. Ventrikel kiri lebih tebal berdasarkan fungsinya mengenakan tekanan tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan tubuh. Ventrikel kanan tidak memerlukan otot dinding kuat kerana fungsinya hanya mengepam darah ke paru-paru. Lagipun terdapat dua faktor lain iaitu kapilari paru-paru akan rosak jika tekanan tinggi dan aliran darah perlahan pula sangat diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan paru-paru. Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan paling luar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah ialah myokardium (myoArteri Pulmonari cardium) dan laSalur pisan paling dalam Pulmonari dipanggil endokardium (endocarInjap dium). Mitral Perikardium boleh dibahagikan Injap lagi kepada dua laAortik pisan, iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium ialah lapisan paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium pula ialah lapisan paling dalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung. Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung, yang mana ia dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari.

>> Ke Muka 5


28 JAN- 10 FEB 2011

Dalam kilat ada kilau - Pepatah

Transisi

ISU

5

>> Dari Muka 5

Perfusionist, Mohd Zaki (dua dari kanan) menumpu perhatian bagi memastikan keadaan pesakit stabil.

Salur vena pada kaki diambil untuk menggantikan saluran darah ke jantung.

ungkan ke

isamb h jantung d Salur dara artifisial. paip mesin

salur

Mesin jantung dan paru-paru menggantikan fungsi sebenar jantung pesakit ketika pembedahan dilakukan.

Profil

Perlu bakat untuk jadi pakar

DR HAIRUL

P

AKAR Bedah Pelatih Jantung dan Paru-Paru, Dr Hairul Faizi Haron, 36, berkata, bidang kardioterapik sudah menjadi cita-citanya sejak di tingkatan tiga lagi. “Saya bukan daripada keluarga yang ada latar belakang bidang kedoktoran. Bapa saya guru dan ibu pula suri rumah. “Mungkin sebab terpengaruh dengan filem tentang pembeda-

DR HAIRUL FAIZI HARON

Asal: Pontian, Johor Tarikh Lahir: 24 Jun 1974 Umur: 36 Pendidikan: MS Ramaiah Medical College, Universiti

han kardiak, tetapi saya sudah tidak ingat judulnya. “Apapun, secara peribadi, saya rasa bidang ini nampak glamor,” katanya, ketawa. Hairul mengakui untuk menjadi seorang pakar bedah bukan saja memerlukan seseorang itu cemerlang dalam akademik, tetapi mereka juga perlu memiliki bakat. “Saya setuju bakat diperlukan jika seseorang itu mahu menjadi pakar bedah. “Bayangkan, misalnya dalam pembedahan pintasan jantung, salur darah cuma dua hingga tiga milimeter (mm) dan bagi yang berpenyakit salur darah antara 1.5 hingga 1.75mm dan anda perlukan kemahiran untuk membedahnya. “Tangan anda perlu steady dan latihan minimum selama lima ta-

hun diperlukan untuk menjadi seorang pakar. Anda perlu berkorban banyak perkara,” katanya.

Mencabar Namun, kata Faizi, apa yang membuatkan dia berasa seronok menjadi seorang pakar bedah jantung ialah peluang yang jarang dimiliki ramai orang untuk menyentuh sendiri jantung manusia. “Menjadi pakar bedah jantung, anda sebenarnya sedang menyentuh fizikal dan emosi seseorang itu secara langsung dan tidak semua orang berpeluang melakukannya. “Selain itu, apa yang menyeronokkan ialah cabaran yang ada dalam bidang ini. “Ini kerana tugas pakar itu tidak berakhir di bilik bedah. Seba-

Bangalore. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Isteri: Nooradyani Ariffin (32) Anak: Muhammad Firas Al Rayyan (5); Muhammad Danish Al Fayyad (10 bulan)

liknya, anda perlu ada di hospital untuk memantau perkembangan pesakit selepas pembedahan. Faizi berkata lagi, karakter pakar bedah sama saja seperti orang lain dan kurang tepat jika mengatakan mereka sentiasa serius sepanjang masa. “Itu cuma persepsi orang. Tetapi, sebenarnya, rata-rata pakar bedah happy go lucky. “Mungkin kerana mereka dulu terlalu kuat belajar,” katanya yang kini perlu menghabiskan dua hingga tahun lagi untuk menjadi seorang pakar bedah jantung dan paru-paru. Menurutnya, negara kini kekurangan pakar bedah kardiak, yang mana sekarang cuma ada kira-kira 40 orang berbanding sekurang-kurangnya 1,000 pakar yang diperlukan bagi menampung jumlah pesakit seluruh

negara. “Mungkin tempoh latihan yang terlalu lama membuatkan tidak ramai orang mahu menceburi bidang ini. “Kita juga masih belum ada sarjana untuk surgeri kardiak dan masih dalam perancangan. “Jadi, bagi mereka yang ingin menjadi pakar bedah jantung, hanya tiga tempat yang menawarkan bidang ini iaitu, Institut Jantung Negara (IJN), HUKM dan kementerian Kerajaan. “Media pula sepatutnya memainkan peranan penting untuk mendedahkan oang ramai dengan maklumat dalam bidang kardiak bagi menambahkan lagi jumlah tenaga pakar bedah di negara ini. Selain itu, galakan ibu bapa juga sangat penting untuk menimbulkan minat anak,” katanya.


x

presi

28 JAN - 10 FEB 2011/ 23 Safar - 07 Rabiulawal 1432H www.transisi.com.my

Profil

Shafina Mohd Salim

Asal: Kuala Lumpur Tarikh Lahir: 30 Disember 1988 Umur: 22 Adik beradik: Bongsu daripada tiga Suami: Ahmad Husni Mubarak Ibu: Rohana Hussin Bapa: Mohd Salim Ibrahim Alamat: Fiena Rosa Agriculture & Landscaping, Kampung Fajar Bt8, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor | Lot 843, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor

Oleh Muhammad Amsyari Ismail Foto Nooratikah Ab Rahim

W

ALAUPUN memegang jawatan Pengarah Urusan, empunya diri amat me-rendah diri dan belum mahu dianggap sudah berjaya. Sebaliknya, Shafina Mohd Salim menyimpan hasrat untuk memajukan diri dan mengembangkan perniagaan diusahakannya mela-

lui Fiena Rosa Agriculture & Landscaping. Menurut wanita yang lebih senang dengan panggilan Fiena ini, dia sudah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak usianya empat tahun lagi.

>> Muka 15


x

presi

28 JAN - 10 FEB 2011 Transisi

15

Tip Fiena untuk tanaman pokok di rumah 1. Pokok dipiih perlu disesuai kan dengan harga rumah 2. Pilih pokok yang sesuai sama ada untuk diletakkan di dalam atau luar rumah

USAHAWAN MUDA... Fiena bersama ibu dan dua pekerjanya.

>> Dari Muka 13 “AYAH sudah lama menjalankan perniagaan menternak ikan, manakala ibu pula lebih gemarkan perniagaan berunsurkan pokok-pokok. Mereka kerap membawa saya ke lokasi perniagaan. “Saya mula mengambil alih perniagaan Fiena Rosa Agriculture & Landscaping ini sejak empat tahun lalu. “Sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ingin melanjutkan pelajaran, tetapi ayah lebih suka saya bantu ibu mengusahakan perniagaannya. “Jadi saya pun menurut permintaannya dan kini saya seronok bergelar seorang usahawan,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman. Secara jujurnya, Fiena, 22, mengakui tidak berminat menceburi bidang jualan tanaman, pokok dan lanskap kerana dia lebih cenderung menjalankan perniagaan ikan hiasan. “Pada peringkat awal, saya rasa renyah berada di tapak semaian. “Apa tidaknya, kita terpaksa berpanas di bawah cuaca terik dan kulit menjadi gelap. Tetapi menariknya, saya dapat wang tunai setiap hari.

“Sejak itu, saya tidak lagi mempedulikan cuaca panas kerana ‘asyik’ dengan berniaga. Jika kulit gelap, kita boleh pergi spa,” luah hati Fiena. Dalam hati kecil anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia memasang impian untuk menjalankan perniagaan di atas kaki sendiri dengan tidak terlalu bergantung di bahu ibu dan ayahnya.

Bukti “Memang saya diberi tanggungjawab oleh ibu dan ayah untuk meneruskan perniagaan ini. Tetapi saya mahu berbangga dengan titik peluh sendiri. “Dalam masa terdekat ini, saya merancang untuk membuka satu lagi perniagaan yang sama di Taman Keramat Permai AU1,” katanya lagi. Fiena berkata, dia akan datang ke kedai setiap pagi untuk memberi duit tukar kepada pekerjanya. Selepas itu, dia akan memberi arahan kepada pekerja tentang apa yang perlu dilakukan setiap hari, misalnya memeriksa pokok, tanaman dan landskap. Ketika ditanya tanggapan bahawa perniagaan dijalankannya lebih ba-

nyak diusahakan oleh peniaga bukan Melayu, Fiena mengakui ada kebenarannya, tetapi dia tekad lture & Landscaping. membuktikan yang di Fiena Rosa Agricu Antara gubahan lanskap perniagaan ini bukan dikuasai oleh sesuatu kaum saja. Sebaliknya, jika komited dan sanggup berdepan cabaran, sebarang perniagaan mampu dijalankan dengan baik. Ibu Fiena, Rohana Hussin menyifatkan anak gadisnya itu memang pandai bercakap dan bijak dalam pergaulan. “Saya mendoakan dia berjaya dan mampu meneruskan perniagaan dengan baik,” katanya. Selain menjual pokok, tanaman, baja, Fiena Rosa Agriculture & Landscaping turut menyediakan khidmat landskap. Kebanyakan tanaman segar di sini dibekalkan dalam negara, manakala SENI TAMAN... Corak unik air terjun. corak lanskap pula dari Bali.


Impian anda

www.transisi.com.my

akan menjadi kenyataan

Lihat muka 19 28 JAN - 10 FEB 2011/ 23 Safar - 07 Rabiulawal 1432H

3R ukuran universiti

M

ENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru supaya kedudukan dan pencapaian sesebuah universiti tempatan diukur berdasarkan 3R, iaitu Relevant (relevan), Referred

18 U TEM L A BU

NC UPNM

25 Sekitar varsiti

(dirujuk) dan Respected (dihormati). Justeru, bagi menjayakan ukuran itu, ia mestilah diasaskan kepada tiga peringkat

28 CINTA KAMPUS Hatimu, Sueraya

22 & 23 Pengering suria UKM mesra alam

persekitaran membabitkan kebangsaan, serantau dan global. Beliau berharap saranan itu mampu meletakkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara ini di peringkat antarabangsa.

>> Muka 20

KUIN sasar 15,000 pelajar

I

SU kepadatan pelajar yang menjadi topik hangat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak sedikitpun menjejaskan persiapan pengurusan institusi pengajian tinggi Islam terkenal utara Semenanjung Malaysia itu untuk menerima kira-kira 15,000 pelajar pada 2015. Malah, KUIN percaya isu kepadatan pelajar akan berakhir apabila kampus baru di Kuala Ketil, Kedah siap sepenuhnya pada 2013, sekali gus mampu meletakkan kolej universiti itu setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tersohor negara. Rektornya, Prof Datuk Dr

KHALED

Jamil Osman mengakui isu kepadatan menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar KUIN, terutama mereka di asrama. “Tapi ia bukan halangan buat kami untuk mengambil lebih ramai pelajar baru kerana kampus baru bakal siap pada 2013. “Tambahan pula, pelbagai rancangan baru, termasuk asrama sementara 18 tingkat di Ampang Jajar, Alor Setar yang mampu menampung hingga 1,800 pelajar satu-satu masa. “Perhatian serius berhubung isu ini (kepadatan) akan diberi supaya kualiti pengurusan dan pelaksanaan program KUIN di semua peringkat dapat diran-

cang sebaik mungkin,” katanya. Mengenai pembangunan kampus baru KUIN, Dr Jamil yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan, setakat ini kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berpuas hati dengan perkembangan semasa pembinaan kampus itu. “Daripada lawatan dijalankan 17 Januari lalu, pembangunan kampus itu sudah dilaksanakan 10 peratus dan saya difahamkan ia mampu meletakkan KUIN antara institusi pengajian tinggi Islam terbaik negara. “Sebelum ini, kita menjangka kampus baru itu siap pada 2012, tetapi mengikut Jabatan Kerja Raya (JKR), ia terpaksa ditunda kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan,” katanya. KUIN adalah sebuah universiti milik penuh Kerajaan Kedah menawarkan 43 program, termasuk pengajian Islam, Bahasa Arab, Kejuruteraan, Kejururawatan, Multimedia dan terbaru bidang perubatan dan pelancongan.


20

KAMPUS

Transisi 28 JAN - 10 FEB 2011

Contohi Oxford, Harvard >> Dari Muka 17

“DALAM konteks sektor pengajian tinggi, ia adalah faktor kritikal dalam mentransformasi negara melalui sumbangan pengeluaran modal insan berkualiti. Kita perlu bersama menjayakan transformasi kerajaan, ekonomi dan seterusnya menggalas amanah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) serta Model Baharu Ekonomi (MBE) dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan. “Bagi menentukan supaya Malaysia berjaya menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan mempunyai peranan penting dalam ekonomi global, satu-satunya pilihan kita ialah menggerakaktifkan semua potensi, kemahiran dan bakat seluruh rakyat Malaysia. “Kita perlu sedar negara China dan India mampu melahirkan empat juta graduan setahun. Negara kita yang kecil ini tidak mungkin dapat meminggirkan potensi setiap seorang anak Malaysia dan mengabaikan bakat anak muda kita. “Kita mesti memastikan setiap orang, tidak kira latar belakang etnik, agama, ekonomi dan daerah mendapat peluang bukan sahaja dalam menguasai ilmu di bidang pendidikan, tetapi juga membabitkan diri dalam program ciptaan KPT. “Universiti pada dekad ini, arah tujunya banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh proses globalisasi dan kuasa pasaran. Semua ini menuntut pengorbanan serta keberanian melakukan rejuvenasi, mengembali dan menyuburkan semula budaya akademia sebenar dalam universiti. “Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan pendidikan, universiti harus menjadi medan di mana semua idea dan pemikiran dapat diperdebatkan secara ilmiah dan terbuka. Kita perlu beri ruang kepada idealisme positif yang sememangnya wujud di universiti,” katanya ketika memberi amanat tahun baru 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini. Selain itu, Mohamed Khaled berkata, komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan dan kepelbagaian juga perlu diperkukuhkan kerana tidak akan ada kejayaan yang bermakna jika sesuatu itu gagal dicapai pada tahap cemerlang. Oleh itu, menurut beliau, pengurusan universiti mesti peka

kerana mereka adalah institusi yang mengurus pekerja berilmu dan pendekatan pengurusan perlulah memenuhi aspirasi yang ditentukan pihak Kerajaan. “Mereka (universiti) mesti membangunkan budaya bekerja secara berkumpulan, mampu menguruskan bakat yang ada dan bersedia serta terbuka dalam soal peralihan kuasa kepemimpinan. “Dalam menjayakan hasrat kerajaan supaya ada nilai dalam perbelanjaan (value for money), semua peruntukan yang diberikan kepada universiti mesti diuruskan sebaik mungkin, telus dan impaknya mesti dirasakan. “Pimpinan utama universiti perlu mempunyai visi dan misi yang jelas, memahami budaya dan kehendak universiti masing-masing. Mereka juga perlu mempunyai kesungguhan dan semangat serta berlumba-lumba meningkatkan kemajuan prestasi dan kreadibiliti universitinya,” katanya. Justeru, kata Mohamed Khaled, semua pemimpin terutama Naib Canselor perlu menonjolkan kepemimpinan akademik yang berupaya dengan mendapat penghormatan, dijadikan rujukan dan mendapat sanjungan ahli akademik lain. “Pada masa sama, semua Naib Canselor mesti mampu

Pada masa sama, semua Naib Canselor mesti mampu membangun dan menjalinkan jaringan serta hubungan intelektual termasuk peringkat antarabangsa, terutama dalam usaha mengumpul dana untuk mengukuhkan pendapatan universiti”

Universiti Oxford di UK. membangun dan menjalinkan jaringan serta hubungan intelektual termasuk peringkat antarabangsa, terutama dalam usaha mengumpul dana untuk mengukuhkan pendapatan universiti. “Pendek kata, Naib Canselor dan kepemimpinannya mesti berani membuat perubahan untuk memastikan universiti mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pelajar paling berbakat, menjadi fakulti paling tersohor serta memperolehi geran penyelidikan paling ternama. “Sudah sampai masanya pemimpin utama di universiti memainkan peranan yang lebih luas dari lingkungan universiti masingmasing terutamanya bagi mendapat status Universiti Penyelidikan (RU) untuk menjayakan peranan yang lebih global sifatnya,” jelas Mohamed Khaled lagi. Sehubungan dengan itu, katanya, sebahagian universiti tempatan juga mesti memiliki pengiktirafan antarabangsa jika mahu mengekalkan daya saing negara. “Sektor pengajian tinggi terutama di peringkat universiti, sudah menjadi perkara universal. Bila kita bercakap mengenai Universiti Oxford atau Harvard, kita tidak melihatnya sebagai sebuah universiti milik negara atau bertaraf kebangsaan semata-mata tetapi mereka dilihat sebagai universiti milik antarabangsa yang diiktiraf dunia. “Jadi, universiti kita harus berani mengambil cabaran un-

tuk meningkatkan kedudukan masing-masing di peringkat antarabangsa. Naib Canselor dan pasukan kepemimpinannya mesti bersedia mengorak langkah untuk meletakkan universiti mereka sebagai entiti yang memiliki pengiktirafan antarabangsa melangkaui lingkungan kebangsaan atau negara,” katanya. Justeru, beliau menyeru supaya kedudukan dan pencapaian universiti diukur berasaskan sama ada mereka kekal ‘Relevant’ (relevan), ‘Referred’ (dirujuk) dan ‘Respected’ (dihormati). “Ukuran 3R ini mestilah diasaskan kepada tiga (3) peringkat persekitaran yang mengelilinginya iaitu di peringkat kebangsaan, serantau dan juga global. Setiap universiti perlu berusaha membangun dan mencapai kedudukan itu secara berperingkat,” katanya. Selain itu, kata Mohamed Khaled, kementerian akan memperkenalkan satu lagi Projek Agenda Kritikal (CAP) iaitu Program Pemindahan Ilmu (KTP), menjadikan jumlah CAP di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) kepada 23 kesemuanya. “Tidak dinafikan, universiti pada hari ini, bukan semata-mata menjadi menara gading dan gedung ilmu tetapi ia juga sepatutnya menjadi tempat penjana tenaga masyarakat yang dinamik, sentiasa membangun dan maju.

“Bagi mengukuhkan lagi peranan dan kedudukan universiti untuk memimpin masyarakat serta negara, KPT berpendapat projek terbaru ini mampu menjadi medan penting buat IPTA melahirkan masyarakat dinamik serta maju. “Kepimpinan universiti perlu mempunyai pemikiran terbuka dan mempercayai bahawa sumber akademik bernilai universal perlu dimanfaatkan untuk pembangunan negara dalam kerangka pelan mobiliti akademik baru. “Saya akur bahawa amat penting buat ahli akademik menjalankan tugas asas di institusinya. Mereka perlu digalakkan menyumbang sesuatu kepada universiti atau agensi luar (Kerajaan mahupun swasta). “Berasaskan kepakaran dan keupayaan mereka. Konsep pelantikan bersama iaitu double-triple, multi appointment boleh dikaji dan dipertimbangkan,” katanya. Justeru, beliau meminta universiti meneliti semula perkara berkenaan supaya bakat yang ada pada setiap lapisan pelajar, kakitangan akademik serta pengurusan lain dapat dimanfaat di pelbagai peringkat untuk membantu negara. “Jika gagal dilaksanakan, saya bimbang universiti akan kehilangan lebih ramai bakat pada masa hadapan dan hasrat negara untuk perkongsian ilmu tidak mampu dicapai,” katanya.


28

KAMPUS

Transisi 28 JAN - 10 FEB 2011

CINTA KAMPUS Oleh Boabdil

P

ERTENGAHANAN 1997 adalah tahun terakhir aku belajar di kolej negara jiran, khusus dalam bidang ‘Lukisan dan Pembinaan’ dengan dibiayai pihak Kementerian. Aku meneruskan pengajian bagi melengkapkan pembelajaran tahap kedua amali untuk satu tahun setengah yang mana sebelum ini aku sudah menamatkan peringkat asas di sebuah kolej di Australia. Di situ, tiada pelajar lain dari Malaysia dan aku hanya bersendirian. Ini membuat aku terlalu bosan, terutama selepas balik kuliah. Satu petang pada awal 1996 selepas beberapa minggu aku di kolej itu, bagi mengelak kebosanan aku ke komplek sukan untuk berenang. Puas aku berenang beberapa pusingan hingga kepenatan sebelum berhenti rehat seketika di kafe berhampiran untuk membeli segelas oren. Sambil minum aku duduk di kerusi yang menghadap ke kolam renang. Kelihatan tidak begitu ramai pengunjung ketika itu. Semuanya dikira dengan jari dan petugas penyelamat mengambil kesempatan menghilangkan diri. Pandanganku begitu asyik melihat seorang gadis di atas papan anjal yang sedang bersedia untuk terjun. Aksi dan gayanya seperti seorang profesional. Sebelum membuat terjunan, dia sempat melihat ke arahku sambil melemparkan senyuman. Aku tidak melepaskan peluang lalu membalas senyumannnya dan mengangkat tangan, memberi isyarat agar berhati-hati. Dia kemudian terjun dari papan anjal setinggi 15 meter itu terus ke kolam renang. Dari apa yang kulihat cara terjunan yang dilakukan amat berbahaya kerana dadanya terlebih dahulu mengenai permukaan air. Buat beberapa ketika dia tenggelam, tetapi masih tidak naik ke permukaan. Aku lantas menuju ke tepi kolam, menjenguk dan memang sah gadis tadi masih di dasar kolam. Aku lantas menjerit meminta tolong, tetapi pengawal pantai masih tiada di situ. Aku terus menjerit lagi agar mendapat perhatian sebelum memberanikan diri untuk terjun menyelamatkan gadis tersebut. Sememangnya, satu kelemahan bagiku untuk menyelam dengan pantas ke dasar kolam

dan aku mengambil sedikit masa untuk sampai ke tempat gadis itu yang sudah tidak sedarkan diri dan tenggelam. Tiba di dasar kolam, aku menggapai lehernnya lalu berenang ke atas sedaya-upayaku. Aku perlu bertarung demi menyelamatkannya dari dasar kolam yang dalam itu atau aku pula akan mati lemas bersamanya di situ.

Lemas Akhirnya aku berjaya juga ke tepi kolam, melompat dan menariknya ke atas. Kelihatan beberapa perenang berada di kawasan kolan renang itu untuk memberi bantuan sama. Dengan kepakaran yang diajar semasa di Australia dulu, aku cuba menyelamatkannya. Banyak air keluar dari mulutnya, tapi dia masih tidak sedarkan diri. Lalu aku cuba melakukan CPR mulut ke mulut. Dia akhirnya mula sedar, tetapi lemah. Melihat keadaanya yang sudah sedar, aku terus meninggalkannya untuk dibawa ke hospital tentera oleh pengawal. Aku diberikan tepukan gemuruh oleh perenang lain atas kejayaanku menyelamatkan nyawa gadis itu, manakala petugas penyelamat yang hilang tadi menghampiriku dan meminta agar aku tidak mendedahkan ketiadaannya kepada pihak pengurusan. Segala butir peribadiku diambil untuk laporan. Keesokkannya aku ke kuliah seperti biasa. Ketika sedang asyik mendengar kuliah subjek pagi itu, tiba-tiba masuk empat anggota tentera mencariku. Aku panik seketika dan selepas diberi penerangan, barulah aku lega. Sebenarnya, aku dipanggil Ketua Dekan untuk berjumpa seseorang di pejabatnya. Di pejabat, kelihatan seorang pegawai berpangkat ‘Laksamana’ dalam tentera laut bersama isterinya datang dan terus memeluk erat tubuhku. Aku kehairanan. Selepas dijelaskan Ketua Dekan, aku baru tahu mereka ialah ibu dan bapa kepada gadis yang aku selamatkan semalam. Petang itu, aku dijemput dengan kereta mewah untuk melawat gadis semalam di hospital. Di sana, aku diperkenalkan kedua ibu bapa gadis itu. Aku bersalaman dengannya dan aku lihat di wajahnya terpancar kegembiraan apabila dapat berjumpa-

ku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sueraya dan aku pula memperkenalkan diriku, Boabdil. Sueraya juga salah seorang pelajar di kolej berkenaan. Dia anak bongsu daripada dua beradik kepada seorang pegawai laksamana yang berpangkalan di situ. Sejak itu, sebagai membalas jasa baikku, bapanya, Bung Karno menempatkan aku sepanjang kuliah di sebuah apartmen serba mewah dengan kenderaan dan pemandu atau supirnya sekali. Senang dan bebas bagiku untuk bergerak ke sana ke mari tanpa ada yang berani menahan kerana negara itu di bawah pemerintahan undangundang tentera (Martial L a w ) dan sememangnya tentera amat ditakuti di sana. Selain pelajar, Sueraya meminati bidang peragawati dan jika ada kelapangan di hujung minggu, aku menemaninya ke kelas peragawan, di samping menjadi ‘bodyguard’ kerana sudah diberi kepercayaan ibu bapanya. P e r n a h suatu hari ketika dalam perjalanan pergi membeli belah, tiba-tiba kenderaanku terlanggar sebuah teksi motor. Supirku yang lengkap berunifom tentera turun dari kereta lantas membelasah pemandu teksi motor itu dengan rotan agar segera mengalihkan kenderaannya. Semuanya semata-mata tidak mahu perjalanan kami terganggu. Di kolej, hubungan rapat kami sudah menjadi buah mulut pelajar lain. Ada yang begitu irihati terhadapku kerana seorang pendatang luar dapat menakluk hati seorang gadis secantik Sueraya. Malah, aku juga mendapat beberapa kemudahan dan layanan istimewa pihak pengurusan kolej yang tidak mereka peroleh. Tetapi, apakan daya, mereka hanya sekadar menelan liur melihat keintiman kami. Tiada siapa pun pelajar di situ yang berani mendeka-

Jika anda ada cerpen mengenai kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda ke transisi.mail@ gmail.com. Setiap cerpen yang tersiar akan menerima pendrive 2GB daripada Transisi.

ti kami ataupun me-ngusiknya. Walaupun Sueraya anak kepada seorang pegawai atasan, tetapi dia langsung tidak pernah sombong dengan status dirinya. Hari berganti hari dan aku rasakan masa terlalu cepat berlalu. Kini, tibalah masa kami berpisah. Aku menamatkan pelajaran dengan jayanya di sana. Pada suatu hari yang muram, kami dihantar ke lapangan terbang oleh ibu bapa Sueraya. Aku akan pulang ke tanah air tercinta, sedangkan Sueraya akan menetap bersama ibu saudaranya di Richmond, New South Wales, Australia sementara menunggu panggilan melanjutkan pengajian di Sydney. Dalam perpisahan itu, aku memberitahunya agar tidak

terlalu mengharapkan cintaku. Kataku, aku sudah dimiliki seseorang yang setia menanti di kampung halaman. Aku merelakan dia dimiliki sesiapa pun. Hanya tangisan yang mengiringi perpisahan itu. Hingga saat ini, aku masih menghubungi Sueraya dan dia sendiri ada juga terbang ke sini sematamata menemuiku walaupun aku sudah mengikat tali pertunangan. Kami berjumpa di bandar berhampiran kampungku sekadar melepaskan rindu. Sayang sekali, walaupun Sueraya mempunyai raut wajah cantik dan memiliki kemewahan, tetapi dia masih setia menanti hanya kerana ingin membalas budiku menyelamatkannya di kolam renang dulu.


34 GLOBAL

Kita boleh dengan mudah memaafkan seorang kanak-kanak yang takutkan kegelapan. Namun, adalah sesuatu tragedi apabila orang dewasa takutkan cahaya - Plato

Transisi

Apa kita semai, itulah hasil kita Aung San Suu Kyi S

Bagaimana perasaan anda apabila mendengar berita pemberontakan sami-sami menentang junta Myanmar pada 2007? Saya tahu, dari awal-awal lagi, ia tidak akan berkesudahan dengan baik, jadi saya amat sedih. Tapi, ia menuntut perubahan dalam minda ramai rakyat, dan itulah sesuatu yang sangat penting. Saya fikir ramai yang

berasakan politik bukan urusan utama, tapi saya terkejut sangat bagaimana sami-sami itu dilayan, dan barulah mereka nampak bahawa pergolakan di Myanmar tidak boleh dibiarkan begitu saja. Anda dikritik kerana mengambil pendirian degil mengenai sekatan ke atas rejim yang dikuasai tentera Myanmar? Ada pihak menggunakan sekatan ekonomi sebagai alasan bercelarunya ekonomi negara ini. Tapi, kebanyakan pakar ekonomi berpendapat masalah utama ialah dasar-dasar yang dikenakan rejim sekarang. Perubahan dalam dasar-dasar kerajaan pasti akan membawa perubahan dalam situasi ekonomi. Itulah yang dikatakan beberapa organisasi seperti IMF dan pakar-pakar ekonomi. Kenapa mereka tidak mahu perubahan? Ini kerana ada pihak kelihatan mendapat faedah daripadanya. Yang rapat dengan pemerintah tidak berminat dengan sebarang perubahan. Bagaimana parti anda boleh mengelakkan kekosongan pucuk pimpinan apabila generasi lebih tua beredar lalu? Ada ramai orang muda dalam

Orang Perancis paling pesimis

Profil AUNG SAN SUU KYI

ELEPAS tujuh tahun dikenakan tahanan rumah oleh kerajaan junta, pemimpin demokrasi Myanmar itu yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan berbicara mengenai sekatan, karma dan masa depan.

Anda menghabiskan banyak masa di bawah tahanan rumah dengan mendengar radio. Apa yang anda suka dengar? Mendengar program politik adalah satu tugas, satu pekerjaan. Tapi program budaya juga saya minat. Saya mendengar banyak siaran BBC World Service. Tapi, barangkali atas beberapa sebab tertentu, mereka tidak banyak program muzik. Mungkin siaran muzik itu ke udara semasa saya mengikuti rancangan BBC dalam bahasa Myanmar dan Radio Free Asia. Saya mendengar radio sekurang-kurangnya enam jam setiap hari. Banyak berita sana sini yang menggemparkan sepanjang masa. Banyak sangat keganasan dan bencana alam di seluruh dunia, bukan hanya di Myanmar. Banjir, gempa bumi, taufan..

28 JAN - 10 FEB 2011

negara Myanmar ini yang aktif, peka, dan berkobar-kobar untuk belajar. Mereka mungkin tidak tahu banyak berbanding rakanrakan seangkatan di luar negara, tetapi mereka sedang belajar menimba pengalaman. Kami perlu memastikan sebahagian orang muda berpelajaran tinggi tidak meninggalkan negara. Tidak ada kekosongan, hanya bilangannya tidak seramai yang kami hajatkan. Apa rintangan bagi mereka yang memilih untuk tinggal di negara sendiri? Banyak sangat rintangannya! Saya tak fikir saya boleh menyebut satu persatu rintangan itu. Saya hanya membayangkan sama ada kita tidak boleh mencari perkataan lebih kuat daripada ‘rintangan’. Terdapat beberapa tokoh politik wanita yang nampaknya mewarisi suatu keinginan berkorban kepada negara masingmasing daripada bapa mereka. Apakah ini yang sebenarnya terjadi kepada anda? Saya memang selama ini memandang hormat bapa saya (pengasas dan pejuang kemerdekaan Myanmar, Jeneral Aung San) sebagai pemimpin dan juga bapa kandung saya,

Tarikh Lahir: 19 Jun 1945 Umur: 65 Suami: Michael Aris (19721999) Anak: Alexander Aris (1973); Kim Aris (1977) Anugerah: • Hadiah Rafto (1990) • Hadiah Nobel Keamanan (1991) • Hadiah Jawaharlal Nehru (1992) • Hadiah International Simón Bolívar (1992) • Hadiah Olof Palme (2005) juga tokoh politik yang saya menaruh kepercayaan sepenuhnya. Saya mempelajari riwayat hidup dan kerjayanya, juga pemikiran politiknya. Adakah anda fikir ini sudah menjadi takdir anda? Saya tidak percaya kepada takdir secara begitu. Orang Myanmar suka bercakap mengenai karma. Saya sentiasa mengingatkan bahawa karma itu berusaha sesuatu. Apa yang kita semai, itulah hasil kita. Jadi kita mencipta karma sendiri dengan melakukannya; karma kita itu ialah melalui usaha kita. Saya tidak percaya kepada takdir yang lebih kerana nasib dan seakan-akan begitu. Anda dapat mengekalkan rasa lucu walaupun hidup penuh penderitaan? Saya harap begitu! - Agensi

UMUM selalu membayangkan Perancis sebagai destinasi indah, aman dan nyaman serta dihuni masyarakatnya yang romantis. Namun, hasil tinjauan umum, BVA-Gallup yang dijalankan 53 negara pada awal tahun ini mendapati pendudukan Perancis adalah masyarakat paling pesimis di dunia. Malah, sikap pesimis mereka itu jauh lebih buruk berbanding rakyat Iraq ataupun Afghanistan. Keputusan tinjauan mendedahkan 37 peratus warga Perancis meramalkan tahun ini akan menjadi lebih buruk berbanding 2010. Sebaliknya, hanya 14 peratus rakyat Afghanistan dan 12 peratus warga Iraq yang berpendapat sedemikian. “Orang Perancis dicengkam ketakutan. Mereka rasa masa kini tidak seindah masa lalu dan masa depan akan menjadi lebih buruk daripada masa kini. Ada fenomena depresi klinikal,” kata pengasas dan penasihat kanan di Institut Perancis bagi Hubungan Antarabangsa (Ilfri), Dominique Moisi. Namun, jika diimbas sikap skeptikal yang memang sudah sebati dengan penduduk negara itu, keputusan BVAGallup nyata tidak menghairankan.


Misai pulang ke bibir - Simpulan Bahasa

Transisi

28 JAN - 10 FEB 2011

Jangan ghairah melampau Oleh Ain Rodly

K

EGHAIRAHAN rakyat Malaysia atas kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki sudah sedikit reda dan tumpuan kini beralih ke liga domestik, Liga Super yang sepak mula dilakukan Selangor dan Kelantan pada 29 Januari, merebut Piala Sumbangsih. Kejayaan skuad muda bimbingan K Rajagobal di Piala Suzuki itu memberi anjakan baru dalam bola sepak Malaysia. Peminat-peminat bola sepak tempatan kini kembali ghairah ke stadium untuk menyokong pasukan mereka. Ini petanda positif ke arah kebangkitan bola sepak tempatan yang kelihatan lesu sejak sedekad lalu, dibayangi aksi menarik Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga di kaca TV. Namun, bagi pemerhati dan pengkritik sukan, Tan Sri Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim, di sebalik reaksi positif peminat terhadap kejayaan itu, pemimpin politik dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain-pemain dan penyokongpenyokong tidak harus terlalu ghairah merayakan kejayaan itu. “Kita baru menang kejohanan peringkat Asean. Tapi cara kita meraikannya seolah-olah menang Piala Dunia!” kata Khoo. “Saya bukan memperlekehkan kejayaan mereka, juga tidak me-

SEMUT API Tuan rumah Piala Dunia? SEMUT Api tak tahu bagaimana tibatiba boleh timbul idea pak menteri kita nak ajak negara-negara Asean berpakat membida untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2026 atau 2030. Mungkin pak menteri kita belum kebah dengan demam kejayaan pasukan bola sepak kita menjadi juara Piala AFF Suzuki. Semut Api faham perasaan pak menteri kita tu, maklumlah kita dah lama tak jadi juara, tiba-tiba jadi juara, tentu perasaan seronok tu membuakbuak. Semut Api pun macam tu. Bangga dan bersemangat kembali.

KAY KIM nafikan peningkatan ditunjukkan. Namun, ini bukan kejayaan amat luar biasa. Sebenarnya, tiada apa yang perlu kita banggakan sangat. Ingat, ini baru peringkat Asean,” katanya lagi. Apabila ditanya pendapat mengenai ganjaran diterima pemain berikutan kejayaan itu, Khoo berkata: “Apa nak buat, orang anggap wang begitu penting dalam sukan hari ini. Ia tak sama seperti pemain dulu, mereka bermati-matian untuk mengejar sebutir pingat dan tidak pernah fikirkan wang. “Pemain badminton yang menjuarai Piala Thomas pada 1940-an tidak mendapat sebarang ganjaran. Begitu juga pemain skuad bola sepak yang berjaya ke Sukan Olimpik 1972, mereka hanya dihadiahkan seutas jam tangan,” kata pakar sejarah itu. Pemain-pemain Malaysia mendapat ‘durian runtuh’ apabila Tapi Semut Api masih berpijak di bumi nyata. Kalau baru setakat menang Piala Suzuki, tak usahlah kita berangan-angan nak bermain di Piala Dunia. Bukan niat Semut Api nak memperlekehkan kejayaan anak-anak buah K Rajagobal itu tapi perjalanan kita masih jauh sebelum kita boleh fikirkan tentang Piala Dunia. Buktikan dulu di peringkat Asia, barulah pasang mimpi ke Piala Dunia. Semut Api tak nak kita sekadar gah sebagai penganjur terbaik sedangkan hakikatnya pasukan kita jadi budak belasahan. Kalau ya pun teringin sangat nak tengok Malaysia beraksi di Piala Dunia, biar secara anak jantan, bukan melalui jalan mudah. - Sentiasa muhasabah diri.

Wujudkan liga badminton SEMUT Api dah lama nak kemukakan

Ganjaran diterima skuad kebangsaan dikhuatiri menyebabkan mereka leka. kerajaan memberi RM65,000 tiap seorang. Di samping itu mereka juga menerima insentif daripada kerajaan negeri masing-masing berupa wang tunai dan lot tanah. Khoo berkata, ganjaran keterlaluan memberi kesan positif dan negatif. Ia bergantung kepada penerimanya. Mungkin ada pemain yang menerima ganjaran tambah bersemangat untuk mencapai tahap lebih tinggi. Namun, apa dibimbangkan ialah jika pemain bersikap puas hati. “Mereka masih muda belaka dan potensi belum mencapai idea ini kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tapi tak ada tempat nak diluahkan. Jadi, bila Transisi bagi peluang kepada Semut Api kelolakan ruangan ini, bolehlah Semua Api nyatakan apa yang terpendam. Harapharap BAM tak pula pandang sebelah mata idea Semut Api ni. Begini, memandangkan BAM masih terkial-kial untuk melahirkan jaguh-jaguh badminton sehebat Datuk Lee Chong Wei, apa kata mereka mencari bakat-bakat baru melalui kaedah lain iaitu wujudkan liga badminton. Formatnya sama dengan liga bola sepak di mana pemain-pemain mewakili negeri dari Perlis hingga ke Sabah. Setiap negeri diwajibkan menghantar pasukan, tiada kompromi. BAM boleh memberi sedikit dana untuk membantu negeri-negeri itu. Di samping itu negeri-negeri boleh mencari dana sendiri melalui penajaan. Rasanya dengan cara ini, dapatlah kita melahirkan ramai jaguh baru. Tidaklah bila kalah Piala Thomas saja kita bagi alasan China hebat kerana

tahap maksimum. Saya harap mereka tidak hanyut dalam pujian dan ganjaran kerana apa yang dicapai itu terlalu kecil dan belum boleh didewa-dewakan sangat,” katanya. Menurutnya, pasukan Malaysia sepatutnya meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu Asia dan Olimpik. “Kita pernah menjadi nombor tiga terbaik Asia (gangsa Sukan Asia, Teheran 1974) dan dua kali layak ke Olimpik. “Selagi pemain muda gagal mengulanginya, tak usahlah berbangga dengan kejayaan Piala populasi penduduknya bergandaganda daripada kita. Kita bukan nak lahirkan beribu-ribu pemain hebat, tak kanlah nak cari 30 orang pemain hebat daripada hampir 30 juta rakyat Malaysia susah sangat. Sebenarnya, kita yang tak pandai menari, bukan lantai yang tinggi rendah. Semut Api kesian dengan BAM yang bertungkus-lumus hendak menaikkan taraf badminton Malaysia sedangkan persatuan negeri hanya jadi ‘sleeping partner’. - Ikutlah resmi semut.

Mampukah Red Warriors? KEBETULAN, Semut Api baru saja balik dari Kota Bharu, Kelantan. Walaupun pergi atas urusan lain tapi kerana Semut Api kaki bola, sambil lepak-lepak dan minum-minum dengan beberapa rakan di sana, Semut Api tanyalah pendapat mereka

Suzuki itu,” katanya. Mengenai hasrat Malaysia menjadi tuan rumah bersama Pia-la Dunia dengan negara Asean lain, Khoo menganggap ia idea tidak praktikal. “Soalnya, pasukan mana yang akan mewakili Asean sebagai tuan rumah. Ini bukan idea baik. Ia akan mencetuskan pergeseran apabila masing-masing berebut beraksi di Piala Dunia atau berebut menjadi gelanggang perlawanan. Saya tak fikir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menerima idea ini,” kata Khoo. mengenai pasukan Red Warriors musim ini. Ternyata masing-masing was-was dengan kemampuan juara bertahan Piala Malaysia itu. Pada pendapat mereka, Kelantan akan tempang kerana kehilangan lima tonggak utama, Indraputra Mahyuddin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose, Akmal Rakhli dan Hairuddin Omar. Walaupun dah dapat pengganti tapi ramai yang ragu dengan pemain-pemain yang dibawa masuk musim ini. Orang kuat Red Warriors, Tan Sri Anuar Musa sendiri secara terus terang menyatakan penghijrahan pemain-pemain itu terutama trio yang menyertai T Team membuatkan Kelantan sedikit pincang. Timbalan Presiden Kafa, Datuk Affendi Hamzah, ketika minum bersama Semut Api di gerai di belakang ofisnya turut mengakui B Sathianathan memerlukan masa untuk mengadunkan semula persefahaman pemain. - Setia menyokong Hijau Kuning.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.