Transisi 5

Page 1

RM2.50

4

30.7- 12.08.2010 Edisi Kelima Julai/Ogos 19 SYAABAN - 03 RAMADAN 1431H

BILANGAN: 05/2010

41

Aku, dia dan Mistero Buffo

IKON Kebal diri punca jaya

CINTA KAMPUS

28

Pesona Twilight

!

jana Minda anda

Akhbar Nasional Dwimingguan

www.transisi.com.my

11

38 selebriti bakal graduan

Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

Melayu tak layu NIK AZIZ

NAJIB

Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

APA sekalipun hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mahu melihat UMNO dan Pas bergabung demi perpaduan Islam dan Melayu, namun ia semacam hambar kerana sebilangan peneraju dua parti berkenaan dilihat berkepentingan daripada menjurus ke arah keutuhan bangsa Melayu itu sendiri. Ini kerana apa sekalipun alasan yang dihamburkan oleh wakil dua parti Melayu itu, hakikatnya masingmasing ada ‘strategi politik’ atas nama kepentingan parti dan bukannya penggabungan dalam erti kata sebenar untuk perpaduan bangsa Melayu.

HADI

>> Muka 6,7 & 8

MUHYIDDIN

MENYEDARI kepentingan ilmu dalam menaikkan martabat diri, seramai 38 selebriti, penggiat seni dan pengamal media mengambil keputusan menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Komunikasi dan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Mod Eksekutif. Kemasukan itu, yang julung kali dibuat universiti negara ini, dilaksanakan atas permintaan penggiat seni, selebriti dan media tempatan kepada UUM. Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama menawarkan program khas PLK Sarjana Muda Komunikasi, Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa kepada artis, penggiat seni dan pengamal media.

>> Muka 2


2

ISU

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

>> Dari Muka 1

Tiada tawaran istimewa “SERAMAI 38 orang mendaftarkan diri sebagai pelajar UUM untuk diberikan ruang pendidikan, selaras dengan hasrat melahirkan modal insan dan mewujudkan masyarakat berilmu dan berpendidikan tinggi. “Kelayakan pelajar bagi program ini berdasarkan syarat ditetapkan pihak universiti. Tidak wujud tawaran istimewa kepada mereka,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Khas di Hotel Nikko, Kuala Lumpur 22 Julai lalu. Bagi program itu, mereka akan mengikuti pengajian selama empat tahun secara PLK dan Mod Eksekutif. Antara artis dan pengamal media yang sudah menerima surat tawaran program khas tersebut adalah Emelda Rosmila, Didie AF, Akim, Suffian Saujana, Zehra Zambri, Sheila Abdul, Hazama AF4, Nerves Pretty Ugly, Alif AF6, Afiq AF5, Noh Hujan, Yok Bunkface, Syafinaz Yunus, Rizal Zulkapli dan Ashwad Ismail. Mustafa berkata, tawaran berkenaan adalah langkah awal UUM

untuk membuka peluang kepada golongan seni melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning). Ia juga bertujuan meluaskan akses pengajian tinggi yang termasuk dalam salah satu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. “Dengan mengikuti program ini, golongan selebriti boleh dijadikan teladan atau role model kepada masyarakat agar terus mencari ilmu pengetahuan tanpa batasan umur. “Secara tidak langsung, mereka dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif dan ini memberi kesan kepada kerjaya mereka. “Selain itu, ijazah diperoleh tersebut boleh digunakan untuk menaikkan kerjaya mereka. Bukan saja sekarang, tetapi pada waktu tua nanti,” katanya lagi. Di majlis sama, Mustafa turut menyampaikan penyerahan surat tawaran kepada mereka yang terlibat.

Sokongan

ADLIN AMAN RAMLI (SUAMI EMELDA ROSMILA) Saya sokong penuh keputusan isteri belajar. Kursus itu akan membantunya membina pengetahuan, sekali gus memiliki segenggam ijazah. Masa juga tidaklah terlalu ketat. Saya harap isteri dapat manfaatkan peluang belajar di UUM sebaik-baiknya.

AHMAD SULAIMAN (AYAH AKIM AF) Akim memang ada niat sambung belajar. Selepas terbaca iklan akhbar mengenai peluang artis belajar di UUM, saya terus beritahu Akim dan dia setuju. Ilmu dan pencapaian akademik amat penting zaman sekarang. Harap Akim fokus dalam karier dan tidak lupa tanggungjawab sebagai siswa UUM.

Reaksi Selebriti

NOH (HUJAN)) Jarang ada universiti tawar peluang buat artis untuk belajar seperti UUM. Bukan saja memudahkan golongan artis macam saya, kos ditawarkan juga tidaklah membebankan. Jadi, saya ambillah peluang ini. DIDIE (AF) Saya bangga dan teruja apabila diberitahu permohonan diterima untuk program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Saya harap dapat ke peringkat lebih tinggi pada masa depan seiring dengan kerjaya diceburi. SHEILA ABDUL Sebaik saja tengok iklan di akhbar, saya terus mohon. Walaupun masih menuntut di kolej swasta, saya ambil keputusan berhenti untuk sambung belajar di UUM kerana merasakan universiti ini menawarkan pilihan lebih baik.

IZWAN PILUS (PENYANYI, ALUMNI UUM) Pertama kali saya menjejakkan kaki di UUM, Sintok pada 1997. Ketika itu tiada lebuh raya. Yang ada cuma PMC (Pasar Malam Changlun) setiap Rabu. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Tahniah kerana buat pilihan tepat untuk mengikuti kursus di UUM. Semoga berjaya!

Ketua Pengarang Zian Johari

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pereka Kreatif Noor Dina Daud Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

EMELDA ROSMILA Peluang ditawarkan amat baik sekali dan sukar dilepaskan. Sebelum ini, pernah terlintas sambung belajar, tetapi masa tidak kena dan jadual kerja agak padat. Waktu belajar juga fleksibel dan kelas pula diadakan di Kuala Lumpur. Sokongan dan dorongan kuat suami (Adlin Aman Ramli) menguatkan lagi azam saya.

ASHWAD ISMAIL (WARTAWAN ASTRO AWANI) Atas inisiatif disediakan UUM melalui program khas, saya terus mohon program Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa. Lagipun, ia turut didorong minat saya kepada lanskap sosio ekonomi dan politik antarabangsa.

ALIF (AF 6) Memiliki Sijil Elektrikal daripada Institut Sultan Ahmad Shah (TNB) di Bangi pada 2005. Sebelum dan selepas keluar AF saya pernah mohon belajar dalam bidang muzik di IPTA lain, tetapi tidak diterima. Saya bersyukur diterima kerana sedar ia bukan perkara mudah. AKIM (AF) Sangat teruja apabila UUM tawarkan peluang seperti ini, terutama kepada golongan seni dan selebriti. Sebagai siswa UUM, saya akan cuba bahagikan masa supaya kerjaya tidak terjejas. SYAFINAZ YUNUS, Penolong Penerbit TV Al-Hijrah Saya sudah lama impikan mendapat segulung ijazah. Namun, atas faktor masa saya terpaksa lupakan. Selepas mengetahui UUM menawarkan program sebegini, tanpa fikir panjang saya terus daftar program Sarjana Muda Komunikasi. AFIQ (AF 5) Sebaik saja diterima melanjutkan pelajaran, saya sudah tekadkan semangat berusaha keras agar dapat ijazah dalam empat tahun seperti ditetapkan universiti. Saya yakin dengan kelayakan akademik yang ada, golongan artis akan dipandang lebih tinggi selain tampil berkualiti

NERVES (PRETTY UGLY) Kami artis juga mahu belajar dan ingin menjadi individu berguna. Sebelum ini, fokus saya tertumpu kepada praktikal. Saya harap kursus ini beri lebih pendedahan mengenai pemahaman teori. Bidang komunikasi akan meningkatkan lagi cara saya hiburkan peminat dan menguruskan diri. SUFFIAN SAUJANA Ia langkah bagus kerana beri peluang kepada mereka mengukuhkan nilai akademik. Walaupun sudah ada Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), tidak salah saya tambah lagi ilmu dengan ambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM. ZEHRA ZAMBRI Selepas tamat pengajian peringkat Diploma, saya berhajat dapat terus sambung belajar di peringkat Sarjana Muda. Kini, peluang itu ditawarkan UUM kepada saya dalam jurusan Komunikasi. Walaupun sibuk dengan kerja, saya akan beri tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran.

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


30 JULAI - 12 OGOS 2010

Transisi

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Kuala Lumpur

Universiti Pengurusan Terkemuka • Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian [BBA (Hons)]

• Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)] • Sarjana Muda Komunikasi Kepujian [BComm(Hons)] • *Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian [BIDM (Hons)]

Kuliah dijalankan

HUJUNG MINGGU/ PETANG/ MALAM

Sekarang anda

boleh memiliki Ijazah UUM tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda...

SYARAT KEMASUKAN

Kemudahan

wi-fi, bilik kuliah berhawa dingin, dikelilingi pelbagai kemudahan, pengangkutan awam, hotel, masjid, fotokopi serta gerai dan restoran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Koordinator Program, Pn Noor Hidayah (Tel: 03-2694 4228)

muat-turun borang di:

angCalon mestilah memiliki sekurang-kur asa Bah m dala jian kepu an deng nya SPM tahun. 21 mur beru pun telah dan yu, Mela M atau Bagi calon yang berkelulusan STP iraf diikt yang tusi insti Diploma daripada n. biha kele ai akan mempuny jian *Untuk BIDM, calon mesti mendapat kepu dalam bahasa Inggeris

http://www.uumkl.uum.edu.my

Borang permohonan boleh didapati di:

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur No. 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur Tel: 03-2694 4228 . Faks: 03-2694 9228 . E-mel: uumkl@uum.edu.my


4

IKON

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Kebal diri punca jaya

Pengerusi Kumpulan Securiforce Pakar Motivasi Keusahawanan/ Pembangunan Insan Datuk Dr Maznah Hamid Oleh Muhammad Amsyari Ismail

Profil ril 1955 Tarikh lahir : 18 Ap am, Jerlun, Kedah Hit er Ay : ir Tempat lah n Perniagaan ran (PhD) Pentadbira kto do Ke h za Ija : Pendidikan an, Motivasi dan Bidang Keusahawan ri lam da n Insan da Modal Pembanguna ty of rsi ive Un te Sta al Centr arikat New York, Amerika Sy rza Habib Mi tuk Haji Shaheen Nama Suami : Da ril Reza (29) ah r Sharmila (30) Sh Nama Anak : Nu ) Nurul Shameem (25 im (21) Az q afi Sh d ma ha Mo ) Mazreen Shanim (18

BAGAIMANA timbulnya gelaran ‘The Iron Lady’? Gelaran itu diperolehi pada 1990, di mana saya menerima Anugerah The Most Outstanding Entrepreneur mengalahkan ramai juga kaum adam. Ia menggambarkan daya ketahanan, kekebalan diri dan sifat dinamik yang ada pada saya sebagai wanita. Siapa pencetus semangat atau pen-

dorong kepada kejayaan Datuk? Sebenarnya sejak kecil saya suka berangan untuk hidup senang, dikenali dan berhasrat membantu orang. Saya gemar membaca buku orang terkenal dan menjadikan mereka sebagai mentor saya. Suami, Datuk Shaheen juga salah seorang sumber inspirasi saya. Dia sentiasa menghormati keistimewaan dan keunikan seorang wanita. Saya amat bersyukur, juga bertuah

Hobi Datuk? Saya suka belajar, membaca, menulis dan mengikuti seminar keusahawanan, pengurusan perniagaan dan kekuatan diri. Saya sanggup menjelajah seluruh dunia untuk mengikuti seminar itu. Saya akan gelisah jika tidak mempelajari sesuatu yang baru.

Bagaimana mendidik anak-anak? Saya amat tegas dalam mendidik mereka berbanding suami yang berlembut. Didikan agama amat dititikberatkan. Motivasi sentiasa menjadi amalan dan kemestian. Sehingga kini, saya tetap memantau perkembangan mereka demi kebaikan mereka juga.

Bagaimana meluangkan masa bersama keluarga? Saya harap saya mempunyai 26 jam sehari. Tetapi, kami sekeluarga bertemu setiap hari kerana suami dan anak-anak bekerja dalam bangunan sama. Setiap malam mereka berkumpul di bilik tidur saya. Kami sangat rapat dan saling memerlukan.

Artis dan lagu kegemaran? Antarabangsa - Celine Dion dan Mariah Carey. Tempatan - Anuar Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Saya juga setiap hari melayan lagu-lagu membangkitkan semangat seperti ‘Fikirkan Boleh’.

Pegangan hidup Datuk? Setiap insan tidak kira lelaki atau wanita kena berjaya dan perlu memiliki kestabilan ekonomi tanpa penggantungan. Kita kena belajar berdikari dan kurangkan bergantung kepada orang lain. Ini kerana kita sendiri yang menentukan kejayaan kita. Gambarkan diri anda secara ringkas? Bagi mereka yang kenal saya, mereka akan bersetuju bahawa saya seorang yang peramah, mudah berkawan, penyayang tetapi ‘tegas’ ‘no nonsense’, berkata benar dan tidak suka berpura-pura. Tapi personaliti saya berubah apabila berurusan dengan bisnes, kena tegas, berani dan berdisiplin apabila dikelilingi ratusan senjata api, van kalis peluru dan 5,000 pekerja. Nasihat kepada mereka yang berminat menjadi usahawan? Saya mahu mereka menerapkan amalan, tabiat dan semangat keusahawan dalam diri masing-masing kerana dengan ciri-ciri begini kita boleh mencipta kesenangan hidup. Tetapi mesti ingat, bukan semua orang boleh menjadi usahawan, tetapi boleh jadi usahawan dalaman intrapreneur. Pernahkah terlintas menjadi tokoh usahawan seperti sekarang? Mula saya impikan menjadi orang berjaya dan hidup senang. Saya dapati ramai orang berjaya dan ternama terdiri daripada kalangan usahawan dan ahli perniagaan. Dari situ, saya mula belajar ilmu perniagaan dan berdoa untuk menjadi usahawan berjaya dan boleh menjadi role model. Datuk memiliki segala yang diimpikan, apa perancangan seterusnya? Mungkin orang di luar sana melihat saya sudah berjaya. Tetapi masih banyak lagi yang perlu diterokai untuk menjadi lebih berjaya. Impian saya untuk membina empayar perniagaan sudah tercapai. Sekarang, saya ingin melatih anak-anak dan mentee saya untuk sama-sama berjaya.

Genre filem kegemaran? Filem yang memberi inspirasi dan mencabar potensi diri seperti lakonan Jackie Chan dan Sylvester Stallone. Saya juga gemar menonton lakonan Eman Manan, Rosyam Nor, Datuk Aziz Singah, Fahrin, Que Haidar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Ako Mustapha. Jika berdepan masalah, bagaimana mengatasinya? Anggaplah diri kita lebih tinggi daripada masalah itu. Kaji masalah itu, buat pelan A dan B, cuba selesaikannya. Kadangkala masalah tersebut memberikan kita banyak peluang. Yakini keupayaan diri. Difahamkan, anda aktif dalam kokurikulum ketika di bangku sekolah. Kongsikan apa yang dipelajari hingga berjaya bergelar usahawan berjaya? Saya bukan pelajar pintar dengan straight A. Tetapi, kualiti kepimpinan saya mula kelihatan apabila aktif kokurikulum. Saya menjadi kapten sukan dan pengerusi pelbagai persatuan. Itu semua membina daya kepimpinan dan menjadikan saya a wise leader. Ini amat penting untuk membina personaliti dan sahsiah diri. Apa cabaran dihadapi dalam bidang yang sinonim dikuasai kaum lelaki? Sebenarnya, cabaran itu peringkat permulaan saja. Wanita kena bijak mengenal pasti kelebihan dan keunikan mereka serta cuba menguasainya. Kita juga perlu gigih berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan daripada lelaki. Apa yang menggembirakan Datuk? Saya terharu dan gembira apabila mentee memberi surat menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada saya kerana mengubah hidup mereka. Jika stres, apa yang dilakukan? Menonton cerita Mr Bean dan Indahnya Iman.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

D

OKTOR peribadi Sultan Kelantan, Kol Dr Amir Ramli menyifatkan pemulihan mendadak kesihatan Tuanku Ismail Petra adalah mengikut kadar nisbah ‘satu dalam sejuta’ dan ia adalah keajaiban yang tidak mampu difahami menerusi perubatan moden. Menurutnya, lebih menakjubkan apabila Tuanku Ismail sering memberi respon yang baik setiap ujian yang dijalani dan sememangnya ia satu perkembangan yang teramat baik jika dibandingkan ketika baginda gering setahun yang lalu. “Semakin hari saya melihat Tuanku Sultan menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan ketika di Singapura kami semua sudah dapat mendengar gelak tawa baginda bersama pasukan perubatan. Ini satu perkembangan yang begitu baik untuk baginda terus sihat seperti biasa. “Segala ujian yang dijalani baginda seperti ujian darah, x-ray serta denyutan nadi amat baik. Malah, fisioterapi dan sesi terapi pertuturan juga mendapati Tuanku semakin berkesan. Secara peribadi sebagai doktor per-ubatan, saya melihat Tuanku akan kembali pulih tidak lama lagi. Insya-Allah! “Semua doktor yang merawat baginda di Singapura turut terkejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi dengan baik. Kekuatan fizikal baginda juga semakin baik. Syukur Alhamdullilah kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin tidak pernah melihat pesakit lain sekuat baginda. “Ada yang kata kes Tuanku bertambah baik ini mungkin berlaku dalam kadar nisbah ‘satu dalam sejuta’. Apa yang berlaku ini mungkin tidak dapat difahami melalui perubatan moden tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu faham bahawa Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menurunkan ubatnya. “Sebagai doktor peribadi kepada Tuanku, saya berharap semua pihak terutama rakyat seluruh negara terus berdoa semoga

ISU

Transisi

5

CERIA: Sultan Kelantan bersama pegawai-pegawainya

Satu dalam sejuta – Dr Amir

Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

Semua doktor yang merawat baginda di Singapura turut terkejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi dengan baik. Kekuatan fizikal baginda juga semakin baik. Syukur Alhamdullilah kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin tidak pernah melihat pesakit lain sekuat baginda.

Allah memberikan kekuatan kepada Tuanku untuk terus sihat dan kembali memerintah seperti dulu,” katanya ketika ditemui Transisi baru-baru ini. Sementara itu, Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika ditemui turut menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan ayahanda beliau dan berharap rawatan susulan di Singapura memberi kekuatan kepada baginda untuk terus pulih sepenuhnya. “Saya agak kecewa dengan sikap pembesar negeri (Kelantan) tidak hadir untuk menyambut keberangkatan pulang Tuanku. Saya harap ini tidak memberi impak negatif terhadap pemulihan sepenuhnya terhadap ayahanda saya,” katanya. Beliau berkata, Tuanku Ismail turut menzahirkan ucapan terima

kasih kepada seluruh rakyat negeri Serambi Mekah yang sentiasa mendoakan kesihatan baginda agar segera sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan berkenaan. “Keadaan kesihatan Tuanku berada pada tahap yang amat baik dan berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor pakar di Singapura, Tuanku mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri,” katanya. Tuanku Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 1.20 petang, 21 Julai lalu selepas menerima rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura sejak 15 Julai lalu. Baginda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Muhammad Fakhry.


6

ISU

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Perpaduan Melayu satu harapan

P

ENGARAH Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, beliau akur dan sedar banyak artikel serta suara pemimpin mahu melihat UMNO dan Pas bergabung dalam usaha mengukuhkan perpaduan Islam dan Melayu di negara ini. “Apabila saya buat kajian, ramai tokoh akademik dunia hairan bagaimana Malaysia berjaya mengekalkan kesepaduan rakyatnya. Jadi, perlukah Kerajaan berbicara mengenai ‘Perpaduan Melayu’ sedangkan orang luar ingin mencontohi Malaysia dalam mengukuhkan keharmonian negara. “Bukan konsep Perpaduan Melayu perlu ditekankan kerana ia bersifat satu harapan. Apa yang penting kesepaduan sosial kerana kita boleh mengharapkan perpaduan ini terjalin,” katanya Beliau, juga T i m b a l a n Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) turut menolak andaian beberapa pihak bahawa kegagalan penggabungan UMNO dan Pas menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa di bumi sendiri. “Soal kehilangan kuasa tidak perlu ditimbulkan jika penggabungan UMNO dan Pas menemui jalan buntu. Ini dakyah semata-mata dan tidak boleh dipercayai. Kita perlu perjelaskan hakikat sebenar bahawa orang Melayu tidak pernah sebulat suara sejak dulu lagi. “Faktor utama adalah Malaysia memiliki sembilan Raja Melayu berdaulat dan mempunyai kepelbagaian etnik. Ada ketika mereka bersatu jika diserang musuh. Ada kala tidak berlaku. Sebab itu, biarlah kaum Melayu banyak parti, bukan setakat UMNO dan Pas saja. “Dalam konteks perpaduan,

lebih banyak parti lebih baik. Kita lihat ada rakyat yang tidak kenal pun Pas, Pakatan Rakyat ataupun Keadilan, tetapi mereka boleh disatukan jika berlaku musibah ke atas kaum mereka. Ini lebih penting. “Jadi, saya percaya kepelbagaian parti politik boleh mengubah kedudukan kita menjadi kuat. Dalam realiti keh i d u p a n masyarakat Melayu, mereka selalu berubah fikiran. Contohnya, Datuk Onn Jaafar berubah fikiran meninggalkan parti itu walaupun dia yang mengasaskan UMNO. “Sebab itu kenyataan sebegini mengelirukan dan saya tidak percaya serta menolak sama sekali sebarang andaian mengatakan orang Melayu bakal atau sudah hilang kuasa. Ini tidak betul,” katanya. Ditanya sama ada kekeliruan yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab itu akan membuatkan kaum lain mengambil kesempatan, Dr Shamsul Amri berkata, ia tidak akan berlaku sama sekali . “Saya amat yakin orang Cina atau India dan kaum lain tidak mungkin boleh berkuasa tanpa orang Melayu, begitu juga sebaliknya. Orang Melayu adalah ‘raja’ di Malaysia. “Uniknya di Malaysia, kita saling bergantung satu sama lain. Jika kita lihat orang Melayu berpecah, tetapi yang berpecah ialah parti politik ciptaan pem-

impin Melayu. Kita boleh lihat dengan jelas bukan saja parti politik Melayu yang berpecah. Malah, Cina dan India pun berpecah. “Bagi kaum Cina mereka ada Gerakan, MCA dan DAP. Ini pun perpecahan parti. Sebenarnya, kaum Cina juga dilihat berpecah tetapi mereka bersatu terhadap tiga perkara iaitu bahasa, budaya dan pendidikan. Manakala orang Melayu yang paling nyata ialah mereka akan bersama dalam hal ehwal Islam,” katanya. Apa sebenarnya berlaku, kata Dr Shamsul Amri disebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘menangguk di air yang keruh’ berhubung isu ‘Perpaduan Melayu’ hasil ciptaan parti-parti politik di negara ini. “Apa yang kita hadapi di Malaysia bukan ‘ketidaksepaduan’ orang Melayu. Ia adalah meningkatnya pemikiran orang Melayu. Faktor utama yang buat kita cemas dan tidak seia sekata disebabkan ada pihak suka ambil kesempatan atau lebih tepat ‘menangguk di air keruh’ untuk dapat nama. “Sebab itu saya agak curiga dengan kewujudan Perkasa. Apakah Perkasa mampu memperkasakan orang Melayu atau sebaliknya? Saya tidak percaya dengan perjuangan pertubuhan ini. Mereka sebenarnya tidak jaga hak orang Melayu tetapi lebih menitik beratkan orang yang kecewa dalam parti politik tanah air,” katanya. Beliau turut ditanya mengenai teori Malaysia akan dipimpin orang Cina sebagai pemerintah negara, Dr Shamsul Amri jelas menolak dakwaan itu dan ia adalah fakta untuk menakutnakutkan kaum Melayu di tanah air sendiri. “Sebenarnya orang Cina sudah menguasai ekonomi negara. Mereka tidak berminat langsung untuk mengambil alih politik tanah air. Jika politik pun mereka ambil, mereka sendiri akan susah. Bagi kaum ini, biarlah orang Melayu terus kuasai Malaysia. “Contohnya, biarpun mereka hebat di Perak, tetapi mereka terpaksa menyerahkan kuasa pemerintahan kepada orang Melayu. Mereka tidak mungkin boleh jadi Raja di Malaysia. Maknanya, isu ini hanya menakut-nakutkan orang Melayu saja. “Kehidupan orang Cina akan

lebih sukar jika Menteri Besar bukan kalangan orang Melayu. Mungkin di Pulau Pinang, Cina boleh jadi Ketua Menteri, tetapi mereka tidak boleh jadi Menteri Besar. Saya juga bayangkan orang Cina tidak boleh memerintah walaupun menang banyak kerusi. “Ini semua retorik pihak yang ada kepentingan sendiri. Mereka bimbang tidak mampu mendapat sesuatu jika penggabungan ini gagal. Terserah kepada pihak Kerajaan untuk melakukan perubahan drastik demi kepentingan Melayu. Yang jelas, tanah air kita akan terus dikuasai orang Melayu,” kata Dr Shamsul Amri. Apapun, pandangan tokoh akademik Shamsul Amri itu ada kebenarannya. Namun, Najib mungkin mempunyai alasan mengikut ‘kamus politik’ demi kesepakatan Melayu. Sebagai peneraju parti berpengalaman yang memerintah Malaysia, beliau mahu melihat UMNO dan Pas dapat menjayakan rundingan perpaduan. “Pendirian UMNO tidak pernah berubah dan terserah kepada Pas menyatakan pendirian mereka. Kita tidak mahu ulang perkara ini sebab ia tidak produktif. Mereka mengetahui pendirian kita dan biar mereka menyatakan pendirian terhadap apa saja cadangan yang menjurus kepada perbincangan bagi mewujudkan perpaduan Melayu ,” katanya. Perdana Menteri mengulas kebimbangan pelbagai pihak terhadap nasib orang Melayu yang mungkin kehilangan kuasa jika terus berpecah dan tidak bersatu. Atas kapasiti inilah menjadikan UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa saja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu. Baginya, UMNO ada kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah hingga terpaksa bekerjasama dengan Pas. Sebaliknya, Pas harus menghormati UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan komitmen dan kesediaan UMNO bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu. “Apabila ada pihak menyeru kepada kebaikan, kita sebagai parti yang menyokong perjuangan agama dan orang Melayu, kita menyambut baik. Sebab itu kita bersedia bertemu Pas. Takkan perkara baik ini kita nak ketepikan. Ini bukan soal siapa kuat ataupun lemah,” katanya. Kehambaran mengenai isu kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Pas tetap terus menjadi bahan ‘sembang kedai

“Apa yang kita hadapi di Malaysia bukan ‘ketidaksepaduan’ orang Melayu. Ia adalah meningkatnya pemikiran orang Melayu. Faktor utama yang buat kita cemas dan tidak seia sekata disebabkan ada pihak suka ambil kesempatan atau lebih tepat ‘menangguk di air keruh’ untuk dapat nama. kopi’ kerana Pas melalui Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah membayangkan menolak kemungkinan kerjasama itu. “Saya beritahu dah, kalau berjumpa saya hendak berunding persoalan Pas dengan UMNO, tidak boleh sama sekali. Sepuluh tahun lalu sudah selesai. Itu keputusan parti, bukan keputusan saya. Tetapi, kalau hendak runding benda lain, petroleum atau masalah apa saja, boleh,” katanya. Justeru, hasrat melihat kerjasama dua parti Melayu terbesar itu tidak mungkin tercapai. Ia dikukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa orang Melayu tidak patut risau kerana kuasa politik masih lagi di tangan mereka. Bagi Hadi, orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. Jika orang Melayu bersama Pas, mereka tetap menjadi teras politik. Ini berbeza dengan teras kendalian UMNO. Justeru, orang Melayu tidak lagi harus dipimpin UMNO, sebaliknya Pas kerana semua kaum di Malaysia menerima orang Melayu adalah teras politik. Apapun pandangan tokoh dua parti itu usaha membina perpaduan Melayu sewajarnya dijadikan agenda politik Melayu. Mahu atau tidak, ia memerlukan iltizam tinggi dua parti Melayu tersebut. Perpaduan harus menjadi wahana memperkasakan kembali kuasa politik Melayu yang semakin terhakis.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

ISU

Transisi

7

Pas anggap UMNO ‘kacang lupakan kulit’ AZIZAN WALAUPUN ramai cendekiawan dan veteran politik menyeru Pas menerima kerjasama bergabung dengan UMNO dalam usaha mengukuhkan Perpaduan Melayu dan mengangkat martabat Islam di negara ini, pemimpin parti pembangkang itu tetap enggan memberi ulasan positif. Bagi mereka kerjasama ciptaan UMNO dilihat hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan tidak menampakkan kejujuran di mata pemimpin parti Kerajaan dalam menjernihkan kerjasama dalam apa juga hubungan. Tambahan pula, peristiwa bergabung selepas berakhirnya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, yang sekadar separuh jalan bersama UMNO, masih segar dalam ingatan pemimpin Pas. “Peristiwa kerjasama kami dan UMNO selepas 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan. Tetapi apa yang mereka lakukan pada pakatan ini. Sebaik

sahaja mereka kukuh (UMNO), mereka tinggalkan kita seperti parti yang tidak bermaruah. “Mereka seperti ‘kacang lupakan kulit’. Kami kecewa diperlakukan seperti itu. Memang kami akui ia usaha baik, tetapi peristiwa itu masih terpahat dalam jiwa kami,” kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Beliau bagaimanapun meminta semua pihak memberi peluang kepada Pas dan UMNO untuk bersaing secara positif serta berada di bawah parti masing-masing untuk mewujudkan perpaduan Melayu. Terdahulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengamalkan dasar tutup pintu terhadap UMNO kerana menganggap kerjasama itu tidak akan mendatangkan faedah kepada Pas untuk terus mengembangkan dasar parti itu. Beliau pernah bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Namun, Menteri

Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya bahawa kerjasama politik dua parti itu tidak akan berlaku. Malah, hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui Nik Aziz untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu dan Islam, Nik Aziz tetap tidak mahu berunding. “Hubungan politik dan perpaduan Islam adalah perkara berbeza. Jadi soal politik, Pas sudah tutup pintu untuk berunding,” kata Nik Aziz. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengulangi pendirian Pas akan terus mengamalkan dasar tutup pintu dalam memupuk kerjasama dengan UMNO sekalipun tanpa syarat. “Namun, saya tidak menolak bahawa perbincangan antara G to G (Kerajaan dengan Kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam. Tetapi, kami akan bersama Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, nada Timba-

MUSTAFA

lan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agak lembut apabila menyatakan tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO). “Apa yang disebut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.Tetapi apabila rundingan ini berlaku tidak semestinya Pas akan adakan kerjasama dengan UMNO. “Soal rundingan dibuat adalah untuk kepentingan negara dan masyarakat Islam amnya. Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan UMNO. Usaha ini dibuat ke arah kebaikan masyarakat Islam. “Saya tidak boleh beri keputusan kerana segalanya perlu diputuskan dalam Muktamar Pas kerana di sinilah kuasa tertinggi membuat keputusan,” kata Nasharudin, juga Ahli Parlimen Bachok. Menteri Besar Kedah, Datuk

NASHARUDIN Azizan Abdul Razak pula menyambut baik dengan menyatakan kesedian mewujudkan kerjasama atau perpaduan Pas dan UMNO dalam isu Melayu dan Islam. Bagaimanapun, beliau menolak pelan damai kerana UMNO dan Pas selama ini tidak pernah ‘berperang’ . Sebenarnya, kerjasama antara Pas dan UMNO wujud sejak dari 1974 lagi. Dalam perkembangan lain, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mengesahkan beliau ada menemui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kirakira dua bulan lalu. Bagaimanapun, beliau menafikan pertemuan itu bertujuan membincangkan penyatuan UMNO dan Pas. Sebaliknya persiapan bagi menghadiri Mesyuarat Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

UMNO tetap hulur tangan PENOLAKAN Pas untuk menjalinkan perpaduan bersama Umno bagi memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam di negara ini tidak sedikitpun dipandang serong barisan pemerintah itu, malah mereka masih menaruh keyakinan parti pembangkang itu akan menerimanya tidak lama lagi. Meskipun diperkatakan tidak pernah serius dan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ terhadap hasrat murni itu, UMNO percaya masa akan tiba buat kedua-dua parti terbesar Melayu itu dapat duduk semeja demi perpaduan bangsa. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sememangnya benda baik memerlukan kesabaran dan jalinan perpaduan bersama Pas tidak akan dihentikan walaupun mendapat tentangan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “UMNO yakin masih ada individu dalam Pas menyokong usaha murni ini. Menteri Besar Kelantan boleh kata apa saja,

HISHAMMUDDIN

AHMAD MASLAN

tapi saya optimis masih wujud kumpulan menyokong perpaduan ini,” katanya. Ahmad, juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Pas tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti. “Sudah pasti kumpulan yang saya maksudkan ini ada pandangan berbeza dengan Nik Aziz dan tentu pemikiran mereka menjurus ke arah menyokong kita. Pemimpin UMNO sentiasa

HARUSSANI

positif mengenai usaha ini kerana kami meletakkan kebajikan umat Islam sebagai keutamaan,” katanya. Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa tidak perlu wujud orang tengah dalam sebarang rundingan kerjasama itu dan tiada sebarang syarat dikenakan jika pertemuan berkenaan berlangsung. “Di segi perjumpaan memang saya kira tak perlu ada syarat dan tak perlu ada orang tengah. Kalau perjumpaan antara pucuk pimpinan itu tak perlu kepada keduanya. Nak bincang apa

sekalipun terpulanglah,” katanya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu tersebut meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri. “Kalau kita terus berpecahbelah, kita akan terima padah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru,” tegas Harussani. Justeru, Ahmad meminta pemimpin Pas memberi reaksi positif terhadap pelawaan UMNO itu kerana ia bukan untuk kepentingan peribadi tetapi lebih kepada mengutamakan rakyat khususnya Melayu dan Islam. “Tujuan UMNO adalah murni dan Pas sepatutnya melihat perkara ini dalam konteks muafakat terhadap kemajuan bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Jangan anggap UMNO dengan pelbagai andaian kerana kekua-

tan bangsa Melayu terletak pada pemimpin toleransi,” katanya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hasrat UMNO membincangkan kedudukan orang Melayu dan Islam bukan dibuat berdasarkan pertimbangan politik, tetapi satu perjuangan konsisten parti sejak dulu. Katanya, perjuangan UMNO tidak pernah berubah kerana sentiasa bersedia dengan siapa saja bagi membincangkan agenda yang lebih luas, khususnya demi agama bangsa dan negara. “Kita tidak terdesak. Hasrat kita untuk bincang kedudukan orang Melayu, Islam dan tidak sedikitpun bersandarkan pertimbangan politik. “Saya rasa Pas dari dulu memahami tetapi kalau ada pihak lain yang nak menangguk di air keruh dengan mengatakan kita terdesak, bagi saya UMNO mempunyai kekuatan sendiri dan ada penyokong setia,” kata beliau, juga Menteri Dalam Negeri.


8

ISU

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Melayu sengketa siapa untung?

Inilah masalahnya. Bukan penyatuan UMNO-Pas yang diperlukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik.

TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

K

EBELAKANGAN ini, isu perpaduan orang Melayu membabitkan UMNO. dan Pas masih terus menjadi polemik dan perdebatan banyak pihak yang mahukan ia menjadi kenyataan demi survival orang Melayu secara keseluruhan. Sekalipun pendapat mereka agak pelbagai sama ada menyokong atau sebaliknya, tetapi penekanan isu ini sebenarnya membawa erti cukup besar demi masa depan sekali gus mengelak ‘petaka’ orang Melayu kehilangan kuasa akan datang. Kita tidak menafikan perpecahan orang Melayu kini semacam agak parah terutama di segi politik yang menyaksikan perbalahan antara UMNO., Pas dan Keadilan. Begitupun, perpecahan itu tidak hanya tertumpu kepada orang Melayu tetapi kini sudah menular kepada kaum lain khususnya Cina dan India akibat perbezaan ideologi. Apa pun, banyaknya parti politik yang membabitkan pelbagai kaum, jelas membuktikan amalan demokrasi di negara ini masih lagi subur dan relevan. Cuma disebabkan masingmasing gagal mengawal ‘nafsu’ demi ‘kuasa’ dan berkepentin-

gan, ia sekali gus menampakkan semacam pertembungan antara mereka tiada noktah. Namun demikian, kita seharusnya boleh membezakan antara kewujudan banyak parti politik dengan pertelagahan mereka untuk siapa? Parti-parti berkenaan boleh bekerjasama seperti gagasan Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR) yang membabitkan Pas, Keadilan dan DAP. Selagi mereka ini dinamakan manusia, sama ada gabungan BN mahupun PR, mereka boleh sahaja bertelagah dan tidak boleh bekerjasama atas dasar kepentingan diri. Oleh itu, ada sebab mengapa idea perpaduan antara UMNOPas ditonjolkan. Ini kerana banyak pihak mula berasa bahang bahawa orang Melayu semacam boleh hilang kuasa dalam pilihan raya akan datang kerana persengketaan sesama Melayu kini sudah berlarutan agak panjang, teruk dan membimbangkan. Mereka yang prihatin terhadap masa depan orang Melayu sebenarnya bimbang kehilangan kuasa ini akan membawa kepada perubahan kepada dasar-dasar yang penting terutama membabitkan kedudukan Melayu, aga-

Perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

ma Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera lain termasuk kedudukan RajaRaja Melayu. Apa sekalipun, kita semua mahu mengelakkan cetusan isu perpaduan itu jangan sampai kepada orang Melayu ‘terpinggir’ di negara sendiri lantaran percakaran tidak berfaedah dua parti terbesar Melayu iaitu Pas dan UMNO. Jika ini berlaku, ia memang sukar digambarkan dan akibatnya memang menakutkan. Ini kerana sebaik-baiknya semua pihak yang ada pengalaman ‘peristiwa berdarah 13 Mei’ mahu berusaha agar ianya tidak berulang demi keharmonian semua kaum di negara ini. Persoalannya, jika ini berlaku, siapa harus dipersalahkan? Tidak dapat tidak, rakyat pasti menuding jari kepada tokohtokoh tertentu sama ada dari pakatan kerajaan mahu pun pakatan pembangkang yang dilihat masih ‘keras kepala’, ego dan rakus kuasa dengan mengenepikan rintihan rakyat secara total. Umumnya, tidak ada manusia yang sempurna. Namun, ada pihak yang perlu kita pertanggungjawabkan. Jika tidak ada pihak yang melakukan kesala-

han-kesalahan besar, perkara seumpama itu tidak mungkin berlaku. Jadi, biarlah semua pihak khususnya pemimpin di peringkat tertinggi dalam UMNO dan Pas, mengenepikan ideologi politik masing-masing buat sementara, dan seterusnya duduk semeja mencari ‘penawar’ ke arah perpaduan Melayu secara tulus dan ikhlas. Perlu diingat bahawa ‘tsunami politik’ yang membawa kepada kemenangan besar PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) membuktikan betapa ‘kuasa rakyat’ menjadi penentu kepada jatuh bangun sesebuah kerajaan. Oleh itu, sewajarnya rakyat tidak boleh dipersalahkan sebaliknya UMNO dan BN yang terkena ‘panahan beracun’ PRU12 itu perlu mengambil tanggungjawab untuk membaiki dirinya menjelang PRU13 nanti. Kita yakin dan percaya, kalau Umno dan BN boleh memberi kepimpinan yang baik, dilema yang dibangkitkan sekarang tidak akan timbul. Lihat sahaja kerenah mesyuarat Bahagian UMNO di seluruh negara yang baru sahaja berakhir baru-baru ini. Kita boleh membaca dalam akhbar perbalahan sesama sendiri masih terus berlarutan dan natijahnya mereka masih tidak serik atau tidak mahu belajar daripada ‘tsunami politik’ PRU12 itu. Pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi nampaknya sudah ‘letih’ menyeru supaya ahli-ahli UMNO jangan berbalah sesama sendiri, jangan berpuakpuak, mesti memperjuangkan kehendak dan hasrat rakyat dan mesti kembali kepada perjuangan asal parti. Namun, yang pasti nasihat dan peringatan itu sia-sia belaka umpama ‘mencurah air ke daun keladi’. Perkara berbangkit ini bukan isu baru. Ringkasnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa UMNO telah gagal menampilkan kepimpinan yang baik. Jika UMNO ada kepimpinan yang baik, perkara-perkara seumpama itu tidak sering disebutkan dalam sebarang ucapan perasmian mesyuarat UMNO. Inilah masalahnya. Bukan pen-

yatuan UMNO-Pas yang diperlukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik. Bukan UMNO tidak pernah ada kepimpinan yang baik tetapi sejak satu atau dua dekad yang lalu, isu ‘politik wang’ telah menjadikan kepimpinan mereka terperosok teruk di mata rakyat terbanyak. Bagi Pas pula, mereka penuh dengan slogan-slogan Islamnya yang boleh dipertikaikan. Tindakan mereka itu semacam mereka sahaja yang Islam, manakala orang yang menyertai parti lain dianggap bukan Islam. Ini tidak betul sama sekali. Isu-isu lain tentang pelbagai macam penyelewengan dalam UMNO dan kerajaan seperti rasuah, kronisme, perpecahan kepada puak dan kehilangan semangat perjuangan, adalah manfestasi yang menjadikan rakyat di luar muak dan bosan dengan kepimpinan yang ada. Kebosanan mereka ini pasti diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU13 nanti. Kepimpinan sekarang perlu menyelesaikan masalahmasalah ini. Kerja besar dan berat harus difikirkan dan ditangani dengan baik oleh kepimpinan UMNO dan Pas tertutama yang membabitkan kepimpinan seluruh bangsa Melayu, termasuk kepimpinan pakatan pembangkang lain. Dalam perkara ini, kita harus realistik. Semua manusia termasuk pemimpin dari mana-mana parti ada kelemahan. Oleh itu rakyat berhak meminta komitmen yang ikhlas dan tinggi daripada pemimpin-pemimpin yang dipilih. Kepimpinan UMNO dan Pas mesti memperbaharui dan memperkuat semangat perjuangan mereka serta melaksanakan transformasi dalam masa terdekat. Jika mereka boleh melakukan ini, kita percaya semua orang Melayu tidak perlu bimbang kehilangan kuasa tetapi kalau mereka gagal, malapetaka besar menanti dan kesempatan ini akan menyaksikan ada pihak pasti ‘menangguk di air keruh’ untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Jadi, ‘tepuk dada tanya selera’!


30 JULAI - 12 OGOS 2010

BICARA

Transisi

9

Hargai erti pahlawan

T

ANPA mereka tanah air ini pasti terus terjajah. Pahlawan-pahlawan negara bukan saja memerah keringat, tetapi turut bertarung nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat. Sempena Hari Pahlawan 31 Julai ini,

MALAYSIA menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun. Ceritakan secara ringkas mengenai bagaimana ia bermula? Hari Pahlawan adalah satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai setiap tahun. Mula dilancarkan sejak 31 Julai 1960 bagi mengenang jasa pejuang tanah air, terdiri daripada polis dan tentera yang terbabit dalam pertempuran dengan pemberontakan komunis untuk merampas kuasa negara pada 1948-1960. Apabila Jepun mengaku kalah selepas Hiroshima dan Nagasayaki dibom pada 6 Ogos 1945, berlaku kekosongan dalam pentadbiran Malaya dan komunis mengambil alih pentadbiran negara selama 14 hari. Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan British untuk menentang Jepun. Tetapi, selepas mendapat khabar Jepun tewas, komunis keluar daripada persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun. Ketika era darurat 1948 hingga 1960, komunis secara jelas melancar serangan bersenjata terhadap orang awam, ladang-ladang dan balai polis. Kekejaman demi kekejaman di-

lakukan mereka memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Dalam konteks sekarang, kita berbalik kepada istilah pahlawan. Jika zaman dahulu, ia merujuk kepada mereka di barisan hadapan pertempuran ketika mempertahankan negara daripada ancaman lanun dan pemberontak. Ketika darurat, cabarannya adalah komunis dan selepas darurat ancaman itu lebih meluas, misalnya daripada kumpulan ekstremis, perdagangan manusia, penyeludupan dadah, pendatang asing, pencerobohan sempadan dan pelbagai cabang jenayah lain. Ancaman sekarang lebih global. Jenayah merentasi sempadan. Dalam konteks polis, kehendak perkhidmatan polis tiada batasan. Kisah anggota polis yang mati atau cedera tidak diutamakan walhal mereka inilah wajar diangkat sebagai pahlawan. Dulu ancaman berbeza, kini ancamannya lain pula. Jenayah itu datang dari pelbagai sudut. Jadi, ini menjadi tugas polis untuk bertindak atas kemampuan terhad walaupun terpaksa menghadapi ancaman tidak terhad semata-mata untuk melihat rakyat dan negara selamat. Hari ini, terdapat usaha pihakpihak tertentu cuba mengurangkan dan mengikis kepercayaan

orang awam terhadap anggota keselamatan, terutamanya polis. Apa pandangan anda? Pihak-pihak itu mempunyai niat tidak baik, ada kepentingan tertentu dan kecenderungan politik melampau selain berusaha meraih sokongan orang ramai dengan memanipulasikan isu-isu tertentu tanpa mengetahui asal usul isu berkenaan. Ia diputar belit untuk menjadikan polis sebagai scape goat (kambing hitam) dan menunjukkan Kerajaan tidak bertanggungjawab. Bagaimana cara mengembalikan kepercayaan rakyat? Kita tidak dapat lari daripada bagaimana mengatasi masalah berbangkit. Di pihak polis sendiri, kami memberi penjelasan kepada orang ramai dan meningkatkan tahap profesionalisme. Terbaru, pindaan perintah tetap Ketua Polis Negara (KPN), latihan lebih kerap dan perbarisan pagi diadakan setiap peringkat untuk mendapatkan maklumat terkini. Ini termasuk makluman melalui warta, surat arahan mesti lebih kerap. Peranan orang ramai dalam membantu polis juga penting. Jangan jauhkan diri daripada polis. Jangan benci polis. Tanggungjawab menjaga keselamatan negara tangungjawab bersama. Polis tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa kerjsama orang ramai.

penulis Transisi, MUHAMMAD AMSYARI ISMAIL berkesempatan menemu bual Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, SHAFIE BAKRI untuk berkongsikan sejarah, pengalaman dan pandangannya mengenai erti pahlawan dan cabaran dihadapi.

Apakah peranan yang dimainkan Persatuan Bekas Polis Malaysia dalam membantu bekasbekas anggota? Kita sentiasa berhubung rapat dengan bekas polis. Kita tinjau masalah mereka. Kita ambil pendekatan runding dengan Kerajaan. Kita bantu masalah mereka. Misalnya, yang terkorban, kita bantu anak-anak mereka. Kita juga menjalankan pelbagai aktiviti agama bagi mendoakan kesejahteraan. Sebilangan besar yang kerja sebagai polis bantuan masa daruat tiada pencen. Kita usulkan kertas kerja kepada Kerajaan supaya mereka ini dipertimbangkan dapat pencen atau elaun bulanan. Rata-rata mereka ini berusia 75 tahun ke atas. Sekiranya cadangan ini diterima, saya rasa ini salah satu kesungguhan Kerajaan dalam menghargai pengorbanan mereka. Remaja hari ini kurang menghayati sambutan Hari Pahlawan berbanding acara-acara berbentuk hiburan. Bagaimana anda melihat perkembangan ini? Pada padangan saya, remaja hari ini perlu peka kepada latar belakang negara dan sejarah negara ini. Ini kerana jika mereka tidak memahami sejarah kita, bagaimana mereka dapat mengenal diri mereka. Kita lebih cenderung kejar kepuasan diri tanpa memikirkan apa yang

akan berlaku kepada negara sendiri pada masa akan datang. Keghairahan mencari kepuasan akan bawa kerosakan kepada remaja itu sendiri. Pihak sekolah atau universiti perlu kerap bagi ceramah dengan me-njemput anggota bekas polis atau tentera untuk bagi keterangan me-ngenai soal keselamatan dan sejarah negara. Pihak media juga boleh main peranan menyampaikan maklumat mengenainya. Misalnya, majalah hiburan juga disarankan agar menyelitkan cerita perjuangan pahlawan dalam majalah mereka. Negara ini tidak wujud dengan sendir,i tetapi melalui pengorbanan dan tumpah darah pahlawan dulu. Ucapan selaku Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia sempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2010 ini? Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pahlawan kepada semua polis yang bertugas sama ada dalam atau luar negara. Tidak ketinggalan kepada anggota tentera di perbatasan dengan harapan agar meneruskan sumbangan dan sanggup berkorban untuk negara. Bagi pihak bekas polis, kami sentiasa akan menyokong perjuangan murni demi meletakkan negara dalam keadaan selamat dan tenteram.


10

ISU

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

SPNB bukan cari untung Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

R

AMAI beranggapan kemunculan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah pemilikan Kementerian Kewangan sematamata untuk ‘menangguk di air keruh’ dengan mencari keuntungan atas angin apabila mengambil projek terbengkalai daripada syarikat pemaju perumahan di negara ini. Mereka sememangnya tidak menyedari kewujudan SPNB lebih kepada membantu rakyat yang tidak memiliki rumah dan tertipu dengan janji manis pemaju perumahan di negara ini yang meninggalkan projek mereka separuh jalan. Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron, berkata agensi itu ditubuhkan berdasarkan kecenderungan kerajaan membantu rakyat yang diitipu syarikat pemaju seluruh negara yang jelas tidak mempedulikan untung nasib pembeli. “Saya ada dengar ramai kata kerajaan tubuh SPNB untuk kaut untung. Ini tidak benar, kerana kewujudan agensi ini adalah bantu rakyat yang ditipu dan kita tidak sedikitpun mengambil peluang di atas kegagalan syarikat perumahan. “Saya sendiripun pernah menjadi mangsa apabila rumah yang

dibeli tidak siap sepenuhnya. Rumah tidak siap tapi kena bayar ansuran di bank. Sakit hati tuhan sahaja yang tahu. Saya tahu bagaimana susah dan sedih apabila berlakunya keadaan seperti ini. Bagi mereka yang tidak ‘terkena’ sudah pasti tuduh SPNB macam-macam. “Tanggungjawab SPNB adalah memastikan pembeli memiliki rumah sendiri. Saya anggap penubuhan agensi ini adalah rahmat buat mereka (pembeli) yang menjadi mangsa penipuan pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab di negara ini,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di Parlimen, baru-baru ini. Sejak ditubuhkan pada 2001, SPNB membaik pulih 77 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dengan kos RM480 juta sehingga 30 April lalu. Pelaksanaan projek itu membabitkan proses menyiapkan sejumlah 24,326 unit pelbagai jenis rumah dalam tempoh berkenaan. Projek itu adalah sebahagian daripada 257 projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara ketika ini. Pada masa ini, kata Idris, masih ada lagi 180 projek peru-

mahan terbengkalai yang membabitkan sebanyak 50,286 unit rumah di seluruh negara. “Berdasarkan statistik, negeri seperti Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak adalah antara yang mencatatkan jumlah projek perumahan terbengkalai tertinggi berbanding negeri lain. “Sebahagian projek perumahan terbengkalai ini berpunca daripada sikap tamak dan tidak bertanggungjawab pihak pemaju swasta. “Masalah ini timbul apabila mereka bertindak meninggalkan projek kerana tidak mampu me-

ngaut untung besar. “ Sebab itu banyak projek yang ditinggalkan terdiri daripada rumah jenis kos sederhana dan rendah berbanding projek pembinaan kos tinggi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka. Setakat ini, Idris berkata, SPNB menjalankan proses membaik pulih 11 lagi projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang dijangka menelan belanja hampir RM381 juta dan dijangka siap menjelang 2011. “Kami juga sudah menyiapkan sebanyak 14,568 unit Rumah Mampu Milik (RMM) daripada

SPNB menjalankan proses membaik pulih 11 lagi projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang dijangka menelan belanja hampir RM381 juta dan dijangka siap menjelang 2011.

IDRIS HARON 42,148 permohonan di seluruh negara dengan nilai RM840 juta. “Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan untuk membela nasib rakyat dengan menyediakan penempatan mampu milik serta berkualiti bagi isi rumahi,” katanya. Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menggesa kakitangan SPNB bekerja satu pasukan dalam menjayakan misi kerajaan bagi memastikan lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

JANA MINDA ANDA

Transisi

11

sebarang pendapat dan pandangan anda kepada www.facebook/Transisi.com atau email transisi.mail@gmail.com

Jasni Shafie, 42, Pengarah Urusan Tidak mampu. Pasukan bola sepak negara perlu ada perancangan jangka panjang melalui pemilihan pemain. Bukan saja berdasarkan bakat dan kemahiran, malah lebih penting faktor biologi dan saiz badan.

A Razak Zakaria , 40, Pegawai Perhubungan Awam Tidak mampu. Pemilihan pemain harus tepat dan pemain yang betul-betul mempunyai a n u g e r a h dalam bola sepak harus diketengahkan. Perlu ada sifat kenegaraan dan profesionalisme tinggi serta semangat kesukanan jitu untuk pergi lebih

!

jana Minda anda Sukriyaton Sapuan, 23, Pembantu Peribadi Mampu. Kehebatan pasukan bola sepak Malaysia pada zaman kegemilangan Mokhtar Dahari boleh mengulangi sejarah bola sepak sekarang.

Lim Yoke May, 22, Perunding Pelancongan Tidak mampu. Para pemain Malaysia lemah dalam hal kemahiran permainan bola sepak. Jadi, saya berharap pemain kebangsaan bermain dengan serius selain mewujudkan kerjasama berpasukan yang baik dengan jurulatih dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Agustini Roslan, 32, Pengurus Tidak mampu. Dengan tahap permainan sekarang, kita tidak akan mampu bersaing di peringkat dunia. Jika mahu memasang impian ke Piala Dunia, kita kena ada sasaran untuk menguasai peringkat Asia terlebih dahulu. Sikap profesionalisme pengurus dan pemain mesti ada.

satu hari nanti?

Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan , Wan Azuraina Abdullah dan Ika Destiana

Ritz Aniki Mampu. Jika kita mengambil contoh negara Jepun dan Korea.. MustaKim Boleh, sekiranya kita menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Mampukah MALAYSIA bertanding dalam PUSINGAN AKHIR bolasepak

PIALA DUNIA

Siti Patimah Hussin Boleh, kalau pemain tidak mengejar publisiti yang tidak berasas. Pasukan perlu dihantar untuk menjalani latihan di luar negara supaya mereka tahu bagaimana skuad negara lain bermain bersunguh-sunguh. Itu pelaburan jangka panjang.

Lim Sing Hooi, 39, Peniaga Tidak mampu. Pasukan Malaysia tidak ada jurulatih professional untuk meningkatkan mutu permainan pemain.

Shima Mamamia Tidak mampu kerana pemain kebangsaan tidak bersatu padu dalam pasukan. Jurulatih harus memainkan peranan penting dalam melatih pemain seperti mana jurulatih negara lain. Ainismaira Tiada yang mustahil. Kita perlu sokong Malaysia. Jangan hanya hendak mengkritik negara kita sendiri. Janggut Tambahkan lagi penaja dalam bola sepak untuk meningkatkan mutu permainan.

Kamaruddin Othman, 30, Penyelia Kafe Siber Pasukan bola sepak mampu ke Piala Dunia. Namun kualiti permainan perlu ditingkatkan untuk memantapkan corak permainan.

Shirley Wong, 54, Penyelia Mungkin. Ini kerana bola itu bulat. Jadi apa saja boleh terjadi atas padang nanti. Apa yang penting, mereka kena cuba dan tidak berputus asa.

Husnul Hilmi Mohamad, 28, Pembantu Tadbir Pasukan bola sepak negara mampu ke Piala Dunia dengan syarat ada semangat berpasukan dan setia dalam diri. Rakyat Malaysia perlu menyokong dan bukan memperlekehkannya.

Mohd Shamsuria Ramli, 22, Pegawai Khidmat Pelanggan Mampu. Tetapi kualiti permainan perlu diperbaiki selain memupuk keazaman untuk bermain demi menjulang nama Malaysia ke peringkat dunia.

Ummu Salwa Bahari, 22, Penyelaras Tidak pasti. Susah nak jangka kerana prestasi bola sepak Malaysia tidak menentu. Mereka sepatutnya lebih menyerlahkan diri dalam permainan supaya keyakinan untuk menang tinggi.

Kamil Raizuli Khalid, 33, Peniaga Tidak mampu. Bola sepak Malaysia tidak cukup kemudahan dalam meningkatkan mutu permainan pemain. Saya cadangkan pemain direkrut sejak muda lagi bagi mengekalkan mutu permainan selain menambah kemudahan yang dapat membantu mereka.

Hanep29 Kita mampu dan Malaysia Boleh! Tiada apa yang mustahil untuk Malaysia. Tapi, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah tukarkan pemikiran pemain sekarang seperti pemikiran pemain ketika zaman Mokhtar Dahari. Bermain untuk satu pasukan, dan bukan bermain untuk MENANG! Imhaf Luz Mampu jika Malaysia menjadi tuan rumah. Stadium perlu dinaik taraf supaya dapat menampung penyokong dari seluruh dunia. Afiera Zai Pemain kita bermain sematamata untuk mendapatkan nama dan insentif. Mugkin tiada semangat seperti pemain luar negara. Pemain perlu berazam bermain demi negara dan keluarga.


12

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Peranan Majlis Raja-Raja Dalam Sistem Perlembagaan di Malaysia PENGENALAN Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

FUNGSI Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut: (a) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga; (b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; (c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

(d) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; (e) Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42, dan boleh menimbangkan soalsoal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA Ahli-ahli

Majlis

Raja-Raja

boleh

bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu: (a) Memilih atau memecat Yang diPertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan; (b) Memberi nasihat mengenai apaapa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan; (c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran RajaRaja;

(d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; (e) Perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau (f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

KEAHLIAN Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis RajaRaja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/ Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

TEMPAT MESYUARAT Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara ataupun di tempattempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat Majlis Raja-Raja pernah diadakan di luar Istana Negara misalnya: Negeri-negeri yang pernah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah seperti berikut:

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

(1) MESYUARAT KE 112, 27-28 September 1978 - Pulau Pinang (Hotel Rasa Sayang) (2) MESYUARAT KE 116, 3-4 Oktober 1979 - Sarawak (Dewan Undangan Negeri) (3) MESYUARAT KE 122, 14-15 Oktober 1981 - Selangor (Istana Alam Shah) (4) MESYUARAT KE 128, 12-13 Oktober 1983 - Sabah (Hotel Pantai Tanjung Aru) (5) MESYUARAT KE 138, 2-3 Julai 1986 - Perak (Istana Iskandariah) (6) MESYUARAT KE 153, 13-14 Februari 1991 - Kedah (Pelangi Beach Resort) (7) MESYUARAT KE 173, 10-11 Julai 1996 - Melaka (A’ Famosa Resort)

PENGERUSI MESYUARAT

PENASIHAT

Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir.

KEKERAPAN MESYUARAT Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis RajaRaja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga apabila

Semua

Menteri-Menteri

Besar/

Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Tuanku dan Yang di-Pertua Negeri.

SETIAUSAHA MESYUARAT Pegawai yang menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja yang juga dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja mengikut Seksyen 4 dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

URUSETIA Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.


x

presi

31

30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

25-29

www.transisi.com.my

Dunia Pyanhabib

Hidup terbalik dek Piala Dunia

Cerita indah

Rizal

Oleh Rudysham Abd Raof Foto Noratikah Ab Rahim

B

ERBEKAL wajah tampan, petah berbicara dan mempunyai penampilan tersendiri, mampu menjadikan Rizal Zulkapli sebagai ‘anak emas’ Astro Awani untuk meletakkan program berita dan bual bicara rancangan berbayar itu antara paling disegani di rantau ini.

>> Muka 15


14

x

presi

Transisi

YSB anjur Kelantan Festival Foto Noratikah Ab Rahim Bangga...Intan dan poster festival serta acara anjuran YSB.

M

ENYEDARI betapa pentingnya seni kraftangan dari Pantai Timur untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa,

Yayasan Seni Berdaftar (YSB) bakal menganjurkan Kelantan Festival bermula 6 hingga 8 Ogos ini. Pentadbir YSB, Intan Baha-

ruddin berkata, penganjuran Kelantan Festival oleh YSB bertujuan membantu peniaga kecil Kelantan yang terbabit dalam seni kraftangan agar da-

pat mempamerkan hasil usaha mereka di peringkat lebih tinggi. “Kami memanggil kira-kira 200 tetamu asing untuk menilai sendiri kesenian halus pengusaha dalam seni kraftangan Pantai Timur Malaysia, terutama dari Kelantan yang kita tahu seni kraftangan mereka begitu halus dan bermutu tinggi. “Antara kenamaan yang hadir pada hari pembukaan Ke-lantan Festival adalah Pesuruhjaya Tinggi dan Duta dari pelbagai negara serta tokoh yang meminati seni kraftangan dunia. Saya pasti ia mampu membuatkan semua pihak teruja dengan penganjuran ini. “Sebelum ini, kami pernah mengadakan Terengganu Festival dan Pahang Festival. Sambutan yang kami terima amat menggalakkan Kelantan Festival akan melengkapkan penganjuran seni dari Pantai Timur,” ka-

30 JULAI - 12 OGOS 2010

tanya ketika ditemui baru-baru ini. Intan berkata, antara acara bakal diadakan sempena pembukaan Kelantan Festival itu ialah seni bela diri iaitu tomoi dan sila. “Kita juga memanggil pembuat tenunan songket untuk tatapan pengunjung. Malah, kami pergi sendiri mendapat kan pemain mak yong, wayang kulit, dikir barat dan rebana untuk memeriahkan lagi majlis. “Kami juga menjemput pemain gasing dari Kelantan untuk mempamerkan kehebatan mereka di depan tetamu asing. “Acara ini akan dibuka kepada orang ramai selama dua hari bermula 7 Ogos. Saya berharap peminat seni kraftangan negara ini mengunjungi gerai yang bakal kami sediakan di hadapan pejabat YSB di Jalan Ritchie,” kata-nya.

Muzik bagai matematik - Iqbal M Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

K

ETIKA mendengar lagulagu dinyanyikannya, anda mungkin terfikir siapa anak muda ‘gila-gila’ itu? Dia ialah Iqbal M atau Muhammad Iqbal Othman, 22, bakat baru yang dijangka menyinar dalam dunia muzik indie Malaysia. Kreativiti dan minat tinggi dalam muzik membolehkannya mengeluarkan EP pertama berjudul ‘Tembak Tepat’ dengan memuatkan 5 lagu seperti Tembak Tepat(Kenaikan), Patah Balik, Mati Eksperimental, Tembak Tepat(Kejatuhan) dan HarapHarap Okay! EP itu, yang siap dirakamkan di sebuah studio berlokasi di Wangsa Walk pada beberapa bulan lalu, mengambil masa enam bulan disiapkan dengan dibantu rakannya, Acap Pepatung atau Nor Asyraf Azizi. “Rakaman pertama bermula November 2009 dan siap pada April lalu. Ini kerana saya ingin menunjukkan kreativiti Acap (Pepatung) sebagai jurutera bunyi, juga graduan muzik Universiti Teknolokgi Mara (UiTM) seperti saya. “Saya ingin tonjolkan kepada umum mengenai apa yang kami

boleh lakukan. Selain Acap, saya juga menggunakan khidmat kawan-kawan lain dalam setiap persembahan saya,” katanya. Iqbal memilih genre post rock dengan gaya seni kata unik tanpa rima sama. Kelainan dibawakannya itu bertujuan mengubah halwa dengar masyarakat mengenai muzik tempatan. Menerusi muziknya itu, Iqbal cuba menarik perhatian pendengar dengan mencipta dua cerita dalam satu judul lagu yang sama. Baginya, sebagai artis dia perlu membuatkan pendengar berfikir dan bukan hanya mendengar serta menghayati lirik saja. “Saya mahu muzik jadi seperti matematik. Bukan dua tambah dua, empat. Saya ingin ia jadi satu atau apa saja yang mampu buat pendengar berfikir kenapa ia begitu. “Bagi buat pendengar fikir keunikan lagu saya, Tembak Tepat dihasilkan dalam dua cerita, satu positif (Tembak Tepat -Kenaikan) dan negatif (Tembak Tepat-Kejatuhan). “Kenaikan ialah cerita mengenai kesungguhan mendapatkan apa dihajati tanpa mengira apa kata orang. Kejatuhan

pula, apabila kita sudah usaha sebanyak mungkin, tapi sampai tahap tertentu kita tidak berjaya dan kita fikir itu saja rezeki yang ada,” katanya. Menurutnya, tanpa bantuan rakan-rakan, dia tak mampu bergerak sendiri kerana mereka bagaikan enjin dalam jentera pergerakannya. Justeru, kepercayaan itu membuatkannya tetap terus bersama mereka dalam setiap persembahan muzik dan proses penghasilan album sulung. “Saya penyanyi solo, tetapi ketika membuat persembahan, saya perlukan Acap, Raja Bromjat (Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen), Aiman Mineral (Aiman Shabil Ashraf), Hadri Aro-Aroyo (Hadri Abdul Hamid), Aby Kuning Cair (Abi Bakri Abdul Kayim), Diman Putupale (Shafiq Aiman Jamil) untuk beraksi bersama saya,” katanya.

Iqbal (dua dari kanan) bersama rakan. Iqbal mula menulis dan membuat persembahan ketika di sekolah menengah sebelum bergerak secara solo dan serius semasa semester akhir Diploma Seni Muzik. “Saya suka subjek Sastera semasa sekolah menengah. Saya baca karya Faisal Tehrani dan Antologi Sastera Sehijau Warna Daun banyak kali. Ketika tingkatan 4 dalam kelas sastera, saya sudah mencuba menulis. “Muzik saya banyak dipengaruhi Bjork, Radiohead, Sigur Ros dan Butterfingers,” katanya.

Anak muda berasal dari Kajang itu kini menyambung pengajiannya dalam jurusan Ijazah Seni Muzik di universiti sama. Iqbal menyatakan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti muzik tidak penah menjejaskan pembelajarannya di universiti ataupun memberikan kesan negatif kepadanya. “Saya buat semua ini 24 jam sehari dan 365 setahun. Inilah yang saya pelajari dan lakukan. “Jika dulu saya belajar diploma, kini saya sambung peringkat ijazah pula,” katanya lagi.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

x

presi

Transisi

15

Buku teman terbaik saya

>> Dari muka 13

Biarpun baru setahun jagung sebagai penyampai berita, namun kelibat Rizal dalam setiap program yang dihoskannya mampu menarik minat golongan elit untuk menontonnya kerana persembahan anak muda kelahiran Melaka ini lain daripada yang lain. Beliau bukan saja diberi peluang menemuramah tokoh penting negara. Malah, sejak tiga tahun penampilannya di Astro Awani, Rizal berjaya menemu bual secara eksklusif tokoh perniagaan terkemuka dunia seperti Mark Dunhill (pemilik Empayar

Rizal Zulkapli Rizal (dua

Umur 26 Tahun Asal Melaka Status Bujang Pendidikan Diploma Hiasan Dalaman Pencapaian terbaik Temu bual eksklusif: • Pemilik empayar Dunhill, Mark Dunhill • CEO dan Pemilik Majalah Forbes, Steve Forbes • Pemenang Hadiah Nobel, George Fitzgerald • Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James Keith • Pengasas Flickr, Stewart Butterfield

n.

a rakan-raka dari kiri) bersam

Dunhill). Lebih menggembirakan bekas graduan jurusan Hiasan Dalaman itu ialah mewawancara secara eksklusif pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majalah Forbes, Steve Forbes dan Pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik, George Fitzgerald tahun lalu. “Semua pengalaman yang saya peroleh ini tidak akan saya lupakan. Ia terlalu penting kerana bukan mudah dapat berbicara dan menemu bual tokoh terpenting dunia. Ia cerita indah dalam profil saya. “Ramai lagi tokoh terkenal dunia sudah saya dekati tetapi tiga nama ini (Dunhill, Forbes dan Fitzgerald) adalah yang terhebat dalam diri saya. Mereka ada karisma tersendiri dan tidak hairan mengapa dunia sentiasa memerhatikan mereka. “Dalam negara, saya teruja dapat menemu bual Tan Sri Zetty Akhtar (Gabenor Bank Negara). Beliau amat penyabar dan tidak cepat melatah walaupun negara menghadapi krisis ekonomi. Se-

tiap polisi dilakukannya begitu teliti dan saya amat kagum dengan kebijaksanaannya,” kata Rizal ketika ditemui ditemui di rumahnya di Ampang, Selangor. Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kejayaan seseorang dalam mengendalikan sesebuah rancangan bual bicara atau wawancara bukan terletak di segi rupa paras, tetapi kekuatan minda dan keyakinan diri amat penting. “Ramai orang di luar sana mempunyai wajah lawa dan tampan. Tetapi bolehkah mereka menjadi penyampai atau pembaca berita secara langsung? Saya tidak nampak memiliki rupa paras adalah aset penting untuk kita menguruskan diri sendiri.

“Bagi saya kekuatan minda dan keyakinan diri adalah aset terbaik untuk memastikan kita disenangi ataupun ketika berurusan dengan tokoh tersohor. Rupa paras tidak cukup untuk kita berdepan mereka. Apa yang penting cara kita menguruskan mereka. “Jadi, kita perlu buat homework terlebih dahulu sebelum mewawancara mereka. Justeru, buku adalah teman terbaik saya apabila ada assignment (tugasan) bertemu tokoh yang punya nama besar di planet ini,” katanya. Bagaimanapun, Rizal tidak pernah melupakan jasa penyampai senior seperti Suhaimi Sulaiman, yang kini Penerbit Eksekutif Astro Awani, kerana atas

bimbingan bekas penyampai berita TV3 itulah beliau banyak diberi peluang. “Saya masih baru dalam bidang ini dan saya berterima kasih kepada beliau (Suhaimi) yang banyak membantu saya. Di samping menerima tunjuk ajar penyampai senior, saya juga perlu berdikari mencari bahan eksklusif. “Untuk mencari kelainan saya perlu menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Saya perlu banyak melakukan kajian mengenai sesuatu isu yang akan dibincangkan dalam program. Ketika itu semua akhbar harian dan internet adalah teman saya. “Tetapi, bahan bacaan paling penting adalah buku. Setiap kali

diberi peluang membuat liputan di luar negara, saya akan membeli buku sebagai rujukan. Dari bukulah saya peroleh banyak maklumat penting,” katanya. Walaupun selesa dan semakin popular, Rizal sama seperti wartawan lain yang terpaksa ‘turun padang’. Jejaka tinggi lampai itu juga sering ditugaskan berada di sesuatu lokasi untuk melaporkan berita. “Dengan cara itu, saya bukan setakat membaca berita saja, tetapi juga akan lebih faham mengenai apa yang saya bacakan di kaca tv. Secara peribadi, mencari berita atau membuat laporan di lokasi lebih mencabar bagi wartawan baru seperti saya,” jelasnya lagi.


16

x

presi

Transisi

30 JULAI - 12 OGOS 2010

Dunia Pyanhabib Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

“Brader, kita mesti terus hidup!” kata Osman Tikus kepada Bujang sebelum melelapkan matanya. Masih ingat dialog ini? Ia dituturkan Osman Tikus, si penyeluk saku dan pencuri sepenuh masa lakonan pemuisi terkenal tanah air, Pyanhabib dalam filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani dan skrip tulisan M Nasir lebih dua dekad lalu.

P

YANHABIB atau lebih mesra di panggil Pyan adalah aktivis sastera yang popular dengan puisi `Suara’ dan `Bapaku Seorang YB’. Pemilihan kata-kata dalam puisi `Bapaku Seorang YB’ sangat bersahaja dan memikat pendengar selain mempunyai makna tersirat. Bakat penyairnya mula tumbuh sekitar 70-an dengan mencetuskan satu fenomena sastera dalam negara. Beliau pernah berkhidmat selama 23 tahun di Utusan Melayu, iaitu sebagai Sidang Pengarang Mastika dan penyunting akhbar Utusan/Mingguan Malaysia sebelum meninggalkan syarikat akhbar itu pada 2005 untuk `menikmati hidup’, katanya. Pyan kini melakukan kerja suntingan buku dan novel sambi-

lan `sepenuh masa’. Justeru setiap minggu atau bulan ada saja penerbit menghubunginya untuk kerja-kerja suntingan. Banyak masanya dihabiskan dengan mengunjungi galeri lukisan, menonton teater, majlis puisi dan aktiviti yang melibatkan penggiat sastera indie. “Saya lebih selesa menghadiri pameran lukisan dan aktiviti sastera indie,” katanya yang sudah menyunting berpuluh-puluh novel dan buku. Beliau sekarang sedang menyiapkan suntingan dua novel selain sibuk ke lokasi penggambaran untuk filem `Apokalips’ arahan Mamat Khalid. Pembabitannya dalam setiap aktiviti sastera turut membuka ruang untuk beliau melengkapkan hidupnya bersama Zurina

Zakariya, 44. Beliau masih tersenyum apabila bercerita mengenai perkenalannya bersama insan tersayang yang dikenali cuma tiga hari sebelum memutuskan melamar Zurina sebagai isteri. “Saya kenal dia (isteri) tiga hari saja. Saya berkenan sangat, terus ajak kahwin!” katanya sambil tersenyum memandang isteri. “Baba suka masakan mama!” kata Najihah, anak sulung pasangan itu. Najihah berkata, bapanya itu sanggup berlapar di luar hanya untuk pulang makan masakan ibunya di rumah. Zurina adalah pengamal profesional Terapi Getaran Warna (Colour Vibration Therapy) sejak hampir 10 tahun lalu. Dia sering dijemput memberi

kaunseling dalam seminar anjuran pelbagai pihak dan pernah diundang oleh stesen televisyen. “Klinik rawatan dan ibu pejabat Colour Vibration Therapy terletak tidak jauh dari Stadium Shah Alam,’’ kata Zurina. Menurutnya, dia diberi galakan oleh Pyan untuk menulis skrip untuk cerita ilustrasi kanakkanak dalam majalah Bambino pada 90-an. Walaupun masakan dan teh bancuhan isteri menjadi kegemaran, tetapi teh tarik mamak adalah teman baik Pyanhabib sewaktu menyiapkan kerja suntingan novel, di mana penerbit biasanya memberikan tarikh akhir (dateline) cuma seminggu, tidak kira berapa tebal halaman manuskrip itu. “Saya habiskan kerja penyun-

tingan dalam masa seminggu. Masa itu saya buat kerja sambil lepak di kedai mamak. Sambil buat kerja sambil teh tarik. Pulun kerja seminggu, tetapi saya rehat tiga minggu dalam sebulan,” katanya, ketawa. Selain Najihah, Pyan juga mempunyai seorang lagi anak, Ashman, 14, hasil hidupnya dengan Zurina. Najihah, yang bakal menghadapi SPM tahun ini, lebih meminati dunia kaunseling yang menurutnya lebih banyak membantu orang lain dalam pengurusan masalah. “Saya belajar dalam bidang perakaunan, tetapi saya lebih berminat dengan kaunseling. Seronok bercakap kepada mereka yang bermasalah,” katanya. Berbeza dengan Najihah


ampus K

22-23

30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

KAJIAN ILMIAH Madu Tualang FAMA

www.transisi.com.my

Lambakan graduan?

Gambar hiasan... Ke manakah mereka selepas ini?

18

Pelan pembangunan 10 tahun UUM

25 MMU dapat rakan strategik

24 Tujuh staf dapat Anugerah Fellowship

26 Subjek baru mandarin di UPNM

P

Oleh Rudysham Abd Raof

ENGANGGURAN terus menjadi dilema lepasan siswazah sehingga hari ini dan beban itu bukan sahaja dipikul generasi berkenaan malah tempiasnya turut dirasai keluarga yang mengharapkan kegemilangan mereka untuk mencorak masa depan. Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannya adalah 57,072 Bumiputera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7 peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus. Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan ini berlaku kerana tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan.

>> Muka 19


18

KAMPUS

Transisi

30 JULAI - 12 OGOS 2010

Lima IPTA kekal status penyelidikan

S

TATUS sebagai universiti penyelidikan bagi lima Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)-Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - dikekalkan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan untuk pengekalan itu dibuat berdasarkan hasil audit ke atas lima IPTA berkenaan bagi tempoh 2007 hingga 2009. “Umum mengetahui lima universiti penyelidikan itu telah menunjukkan prestasi dengan kesan yang begitu besar ke atas pencapaian dalam bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan. “Kita dapati pencapaian IPTA berkenaan berupaya merentasi empat aspek sebagai ‘kayu ukur’

iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan kementeriannya sekali gus melancarkan Buku Kajian Kes Bersepadu Program Perakaunan dan Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian di Putrajaya, baru-baru ini. Menurutnya, dalam aspek modal insan, bilangan pelajar pascasiswazah bagi IPTA berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus iaitu daripada 29,794 pada 2007 kepada 39,819 pada tahun lalu. Beliau berkata, dalam aspek penerbitan, bilangan penerbitan dalam jurnal indeks sitasi, ia menampakan peningkatan dari 2,303 pada 2007 kepada 4,346 pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 89 peratus atau 2,043. “Peningkatan sembilan peratus dalam aspek IPR turut ber-

Kita dapati pencapaian IPTA berkenaan berupaya merentasi empat aspek sebagai ‘kayu ukur’ iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan.”

laku iaitu 217 pada 2007 kepada 237 pada tahun lalu selain penjanaan pendapatan meningkat daripada RM436 juta kepada RM746.7 juta bagi tempoh sama,” katanya. Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, gaji 1,894 pensyarah perubatan bagi 11 fakulti perubatan di IPTA negara ini telah diselaraskan sejak Julai lalu. Katanya, mereka turut diberi insentif bermula 1 Jun lalu mengikut gred masing-masing dan berdasarkan kelulusan atau tanpa kelulusan kepakaran klinikal. “Ini berbeza dengan doktor yang bertugas di hospital, kerana pensyarah perubatan terpaksa melakukan kajian dan aktiviti pengajaran. Jadi, bebanan mereka terlalu tinggi dan mereka sewajarnya diberi perhatian sebaik mungkin sejajar dengan bebanan berkenaan. “Kita akui tidak ramai terta-

MOHAMED KHALED rik untuk berkhidmat sebagai pensyarah perubatan sekiranya kita tidak melakukan perubahan dengan membuat penyelarasan pada skim perkhidmatan mereka,” katanya.

UUM sedia Pelan Pembangunan 10 Tahun

Oleh Siti Nurmah Wasilan

P

ENGIKTIRAFAN lima Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai universiti penyelidikan menjadi pendorong kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berusaha mencapai hasrat itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, untuk setanding dengan IPTA berkenaan, UUM perlu menyediakan Pelan Pembangunan 10 Tahun (2010-2020) agar sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. “Rakan kita daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) kini dalam kelompok eksklusif dan kita perlu lebih berdaya saing bergerak ke arah universiti penyelidikan,” katanya. Beliau mengulas demikian pada majlis Perjumpaan Naib Canselor Bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Pro-

fesional di Kompleks Konvensyen UUM, Sintok baru-baru ini. Katanya, terdapat beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk menjadi universiti pendidikan, iaitu 75 peratus pensyarah perlu memiliki kelayakan doktor falsafah (PhD) dan 15 peratus staf akademik pula adalah dari luar negara selain penjanaan dana penyelidikan dan jumlah penyelidikan. Menurutnya, kerjasama dengan industri, jumlah penerbitan dan citation index, nisbah 60-40 untuk pelajar sarjana muda dan pascasiswazah serta pengantarabangsaan adalah antara kriteria penting untuk muncul sebagai universiti penyelidikan. “Aspek penyelidikan dan program pascasiswazah yang dapat menjana penyelidikan dan dana harus diperkukuhkan dengan mewujudkan dua buah lagi Graduate School di Kolej Sastera dan Sains UUM dan Kolej UndangUndang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM di samping merancang mewujudkan Kerusi Profesor di Graduate School itu,”

katanya. Selain itu, Mohamed Mustafa juga berhasrat menaik taraf Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi sebagai Graduate School yang akan mempunyai penyelidikan khusus dalam bidang tertentu. Beliau berkata, ini penting bagi membolehkan UUM mempunyai Pusat Kecemerlangan (COE) di peringkat nasional kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensyaratkan pusat-pusat kecemerlangan perlu mempunyai pelajar pascasiswazah penyelidikan. Katanya, andainya UUM berjaya mendapat pengiktirafan berkenaan, universiti pasti diberi autonomi, mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan, geran penyelidikan, tadbir urus, kenaikan pangkat, sumber manusia dan kewangan. “Besarlah harapan saya agar selepas ini UUM akan muncul sebagai universiti penyelidikan

keenam. Sebagai orang nombor satu UUM, saya pasti sedih sekiranya pengiktirafan itu diberikan kepada universiti lain dan bukannya UUM,’’ katanya. Beliau berkata, sekalipun UUM bukan sebuah universiti bersifat komprehensif, ia tidak menghalang mereka memperlengkapkan diri ke arah universiti penyeli-dikan dengan menyediakan Pelan Strategik UUM. “Untuk menjalankan tugas sebagai Naib Canselor, saya tidak mampu bekerja berseorangan dan memerlukan sokongan semua warga UUM untuk bekerja di atas landasan, hala tuju dan matlamat yang sama, sekali gus bergerak secara terancang dan strategik,” katanya. Beliau menyifatkan pegawai universiti sebagai elemen penting yang berperanan besar

DR MOHAMED MUSTAFA dalam membangunkan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka. “Dengan disiplin, keyakinan, komitmen padu, kerja berpasukan dan semangat collegiality daripada semua pihak, kita pasti boleh melakukannya,” tegasnya


30 JULAI - 12 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

19

Fama bangkit semangat siswa Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

K

ERAJAAN tidak buntu mencari formula menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah. Ini kerana, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini lebih komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan siswazah tani di seluruh negara. Dengan sasaran lebih 3,000 siswazah tani bakal dilahirkan menjelang akhir tahun ini, Fama bersedia menambah bilangan itu sekiranya lepasan graduan di negara ini mempunyai komitmen yang sama dengan lembaga berkenaan dalam merealisasikan hasrat kerajaan membasmi pengangguran di kalangan mereka sepanjang tahun. Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, sehingga kini agensi berkenaan mempunyai 2,000 usahawan siswazah tani yang dipantau di bawah Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju. Beliau berkata, program itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara ekonomi berpendapatan tinggi selain menggalakkan penyertaan usahawan tani daripada kalangan siswazah atau lulusan latihan pertanian. “Kami yakin dapat mencapai penambahan 1,000 lagi usahawan siswazah tani kerana saya percaya bidang pemasaran per-

tanian adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan Fama turut menyediakan latihan serta bimbingan kepada peserta,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Menurut Badruddin, sejak ditubuhkan, Fama sudah melahirkan lebih 60,000 pengusaha asas tani yang terdiri daripada usahawan pasar tani, usahawan pemasar dan terbaru adalah konsep siswazah tani. “Objektif utama program itu untuk mewujudkan kesedaran terhadap peluang pekerjaan yang boleh disediakan dalam pemasaran pertanian kepada siswazah selain mendidik dan merangsang minat mereka menjadi usahawan tani yang berjaya. “Kita mahu melihat siswazah tidak terikat dengan makan gaji semata-mata di sektor kerajaan atau swasta. Mereka perlu beralih minda menjadikan bidang perniagaan sebagai sektor utama untuk meningkatkan pendapatan mereka. “Dalam Islam pun menyebut bahawa sembilan daripada 10 rezeki adalah daripada berniaga. Jadi, saya mahu lebih ramai siswazah mengambil peluang yang diberikan ini supaya pendapatan mereka lebih berdaya maju. “Saya mendapat banyak reaksi mengenai program siswazah tani ini. Ada yang menyokong dan sebaliknya, tetapi kini kita

lihat betapa ramai siswazah yang dilahirkan menerusi program ini berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya. Menerusi program ini, Fama mengenal pasti tujuh projek bagi melaksanakan program itu termasuk usahawan pasar tani, gerai buah-buahan segar, pembekal komoditi segar, pengedar barangan makanan proses, pembekal puyuh dan ikan air tawar, pembekal laporan pasaran dan terjemahan serta promoter jualan. Selain itu, bimbingan diberi Fama meliputi dua peringkat, Kursus Asas Keusahawanan dan Kursus Lanjutan manakala syarat permohonan terbuka kepada mereka yang mempunyai ijazah, diploma atau sijil kemahiran, tiada had usia dan sanggup menyertai program sepenuh masa. Bagi program pembangunan, aktiviti membabitkan peserta pasar tani, vendor buah-buahan segar, pembekal hasil ladang segar, pengedar barangan makanan yang telah diproses, pembekal hasil ternakan, penyedia khidmat menulis laporan, menterjemah dan menyunting dan sebagai promoter jualan bagi produk yang berasaskan kepada pertanian. “Kami menjalankan kursus serta program untuk sesiapa sahaja yang mahu menceburi niaga tani. Fama mengambil usaha

BADRUDDIN...Peluang terbaik. komprehensif yang disasarkan khusus kepada siswazah menganggur”, tambah Badruddin. Setakat ini, perniagaan pasar tani kendalian Fama mencatatkan pulangan berjumlah RM285.75 juta bagi 12,637 peserta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Mengenai perolehan bulanan setiap usahawan itu, 3,791 mencatatkan pendapatan bulanan antara RM1,500 dan RM3,000 sementara 7,582 lagi termasuk usahawan siswazah berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000 sebulan. Bagi mereka yang lebih inovatif, menjalankan perniagaan di pasar tani boleh membawa pulangan lumayan seperti yang dibuktikan oleh 1,264 peserta yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan. “Pertanian merupakan perniagaan, jadi tiada had sejauh mana seseorang itu boleh maju. Kami berharap dengan sikap yang membina serta komitmen baik selain bantuan dan pendeda-

han kepada pasaran, sebahagian daripada usahawan tani siswazah ini akan menempuh kejayaan dan akhirnya muncul sebagai pengeksport produk berasaskan pertanian,” katanya. Menurutnya, Fama sudah melakukan segala yang boleh bagi membantu siswazah yang menganggur dan selebihnya mereka perlu tampil dan merebut peluang ini. Namun beliau tidak menafikan ramai siswazah masih mahu mengelakkan dari daripada kerja-kerja yang mengotorkan tangan. “Tetapi kita perlu perlu ingat bahawa segulung ijazah tidak lagi menjanjikan pekerjaan. Siswazah perlu menerima realiti bahawa peluang pekerjaan bagi mereka tidak lagi terjamin selepas menamatkan pengajian. Sekarang, mereka perlu keluar daripada kepompong berkenaan dan mewujudkan peluang pekerjaan mereka sendiri,” kata Badruddin lagi.

Skim PKS boleh bantu graduan menganggur >> Dari muka 17

Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggunakan khidmat pekerja warga asing atas alasan mereka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turut menyumbang kepada situasi itu. Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskan komoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mengakui masalah itu meletakkan situasi kerajaan agak genting apatah lagi kemahiran serta pengalaman graduan ketika berada di menara gading sememangnya diperlukan untuk menentukan hala tuju negara masa depan. “Statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat

pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding siswazah lelaki seramai 10,240 orang. Antara sebab mereka gagal mendapat pekerjaan kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan pihak majikan,” katanya baru-baru ini. Oleh itu, kata Subramaniam, kerajaan melancarkan satu skim latihan khas iaitu Program Kebolehpekerjaan Siswazah (PKS) bagi memastikan siswazah yang baru menamatkan pengajian, terutama graduan menganggur mendapat peluang bekerja. “Melalui skim PKS ini, siswazah bukan sahaja berpeluang meningkatkan peluang masing-masing bagi mendapatkan pekerjaan, tetapi juga menjadi lebih inovatif dan kreatif, sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE). “Kerajaan memperuntukan RM10.5 juta bagi menjayakan skim ini. Ia akan dikendalikan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB),” katanya.

Matlamat utama PKS ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan siswazah bagi menjadikan graduan lebih bersedia memasuki pasaran kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi, di samping membantu siswazah yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pekerjaan kerana ketiadaan kemahiran. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyatakan pengenalan MBE dilihat mampu menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global melalui faedah yang dibawanya kepada semua rakyat Malaysia apabila pendapatan per kapita mereka meningkat daripada AS$7,000 (RM22,316) sekarang kepada AS$15,000 (RM47,820) menjelang akhir dekad ini. Justeru, siswazah yang berminat menyertai skim itu boleh memuat turun borang permohonan dengan melayari laman web www.hrdf.com.my atau menghantar permohonan masing-masing kepada PSMB.


20

KAMPUS

Bicara Menara Gading Oleh Rudysham Abd Raof rudy_sham72@yahoo.com

M

UNGKIN tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 11 IPTS berasa megah kerana kejayaan meraih pengiktirafan menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) kendalian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bulan lalu. Bagaimanapun, harus diingat bahawa kehebatan mereka belum cukup untuk mencapai Tahap Terbilang atau Tier Enam kerana masih tetap ditakuk Tier Lima (Tahap Cemerlang) sahaja. Jadi, kegembiraan yang diraih itu tidak seharusnya membuatkan mereka ‘menongkat ke langit’ tanpa perlu tunduk melihat bumi. Namun, tahniah tetap dihulurkan kepada IPTA dan IPTS terbabit dengan kejayaan itu kerana masing-masing mempunyai banyak kelebihan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu tajaan kerajaan bagi pengambilan pelajar dalam dan luar negara, boleh memohon dan menerima geran penyelidikan serta menambah program pelajar pra dan pasca siswazah. Berdasarkan data universiti dan kolej universiti pada 2009, sebanyak 18 universiti dan kolej universiti mencapai Tier Lima iaitu Tahap Cemerlang membabitkan tujuh IPTA dan 11 IPTS. 25 buah IPT awam dan swasta lain tergolong dalam Tier Empat iaituTahap Sangat Baik (11 IPTA dan 14 IPTS), manakala empat universiti dan kolej universiti swasta menduduki Tier Tiga iaitu Tahap Baik. Bagi IPTA yang dapat Tier Lima ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Manakala IPTS pula, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Sunway University College, Curtin University of Technology Campur Sarawak, Monash University Sunway Campur, Taylor’s University College, International Medical University, University of Nottingham Ma-

Tip

M

Transisi

30 JULAI - 12 OGOS 2010

KPT perlu terus bantu pengurusan IPTA laysia Campus dan Swinburn University Technology Sarawak Campus. Realitinya dalam membandingkan kelebihan sesebuah universiti, khalayak ingin mengetahui IPT mana berada pada kedudukan teratas? Perbandingan ini mungkin tidak perlu bagi sesetengah pihak, namun ia sebenarnya boleh dijadikan ‘kayu ukur’ kepada penggiat akademik di sesebuah IPTA dan IPTS itu sendiri untuk melonjakkan nama universiti masing-masing. Pada hakikatnya, siapa yang tidak berbangga mencari ilmu atau menabur bakti di sebuah IPT yang diiktiraf terbaik meskipun hanya di peringkat tempatan. Oleh itu, adalah wajar sekiranya SETARA turut mengambil garis panduan yang ditetapkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dalam menentu prestij dan kualiti IPT tempatan. Meskipun banyak perdebatan mengenai sejauh mana kesahihan penilaian THES yang dibuat oleh badan bebas yang berpangkalan di London itu, namun kita tidak boleh menolak kebenaran bahawa ia boleh memberi kesan dan pengaruh besar dalam persekitaran pengajian tinggi antarabangsa. Lebih-lebih lagi dari sudut pandangan umum masyarakat dunia terhadap prestij dan kualiti sesebuah universiti. Justeru, penarafan SETARA juga perlu memberi impak tersendiri dalam melonjakkan IPT tempatan. Bagaimanapun, jika dilihat dari mata kasar kejayaan IPTA dan IPTS terbabit meraih Tier Lima ia sudah memadai, namun jika boleh biarlah di Tahap Gemilang (Tier Enam) untuk memastikan kedudukan universiti negara boleh menarik minat pelajar terbaik seluruh dunia mengikuti pengajian di sini. Status ini penting dalam menaikkan nama dan keyakinan pelajar luar negara menuntut di IPT sekali gus membuatkan

graduan tempatan boleh terus bermegah dengan kedudukan universiti mereka di mata dunia. Penarafan ini pastinya memberi kelebihan dari segi perniagaan dan pulangan pelaburan, khususnya di kalangan IPTA. Kita juga mengharapkan IPT dalam Tier Lima terus memperbaiki prestasi dan mampu melangkah ke Tier Enam, setanding IPT terbaik dunia. Bagi yang melakar kejayaan meraih Tier Lima pasti memadai buat mereka dan senyuman masih lebar untuk ditatap, tetapi kepada yang gagal - sudah pasti muka kelihatan seperti cuka – tetapi janganlah terus bermuram kerana perjuangan ke arah kegemilangan belum noktahnya. Malah, keyakinan tinggi perlu diberi kepada KPT yang dipercayai mampu membantu 11 IPTA yang gagal mendapat penarafan tahun ini. Kementerian perlu mengenal pasti punca kegagalan itu dan membantu mereka memperbaikinya. Tidak dinafikan kekangan kewangan dan kelemahan pengurusan menjadi antara faktor yang boleh menjejaskan operasi sesebuah IPTA. Justeru, KPT wajar melihat potensi perkembangan sesebuah IPT dengan menyediakan dana untuk membantu pertumbuhannya atau menggalakkan penggabungan supaya menjadi institusi gemilang, berwibawa serta berprestij, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar. Walaupun tidak ada IPT disenaraikan dalam Tier Satu (tahap lemah) dan Tier Dua (tahap memuaskan), tetapi masih ada empat IPT dalam senarai Tier Tiga (tahap baik) – jika dilihat keupayaan ia agak rendah. Kementerian harus mengkaji laporan MQA bagi mengetahui punca IPT terbabit berada pada tahap rendah. Tindakan proaktif penting supaya kementerian boleh membuat tindakan susulan untuk mengangkat penarafan IPT itu

sekurang-kurangnya ke Tier Empat (tahap sangat baik). Ada puluhan ribu pelajar di IPT berkedudukan Tier Tiga dan ini boleh memberi kesan buruk kepada mereka, termasuk menjejaskan minat majikan untuk mengambil lulusan IPT terbabit bekerja. Jadi semakin ramailah graduan menganggur di negara ini. Tidak dapat dielakkan sikap prejudis majikan yang terus membuat perbandingan dan bersikap memilih berikutan ada ramai lagi lulusan IPT daripada Tier Empat, malah mereka berpeluang mendapat tenaga kerja daripada lulusan IPT Tier Lima berbanding lulusan IPT Tier Tiga. Bagi mencapai matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di Asia, kita tidak harus berpuas hati apabila ada 11 IPTA dan 14 IPTS dalam Tier Empat. Kedudukan ini jika tidak dipantau, tidak mustahil ia akan mengheret keluar beberapa IPT daripada senarai berkenaan dan jatuh ke Tier Tiga pada penarafan akan datang. Jumlah 25 IPT dalam Tier Empat ketika ini agak besar dan sewajarnya kementerian memantau dan membantu pengurusan institusi berkenaan supaya status mereka dapat dinaikkan ke Tier Lima pada masa depan. Adalah wajar usaha bersungguhsungguh dilakukan untuk menambah bilangan IPT berstatus Tier Enam dan Lima kerana ia bukan saja menjadikan universiti kita pilihan utama pelajar tempatan, malah mampu menarik lebih ramai pelajar luar negara. Sebanyak 11 universiti dan kolej universiti lain tidak diberikan penarafan kerana beberapa faktor. Antaranya kerana IPT baru, tidak menawarkan program Ijazah Pertama, tiada pelajar tahun akhir atau belum melahirkan graduan atau universiti bukan konvensional seperti universiti terbuka yang mungkin memerlukan instrumen tersendiri.

3 amalan berjimat pelajar kampus

ENJADI seorang pelajar kampus bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan dengan mempraktikkan teknik mudah menyimpan wang. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan selaku seorang pelajar. 1 - Amalkan peraturan 10 peratus Secara amnya, Peraturan 10 peratus bermakna anda perlu menyimpan 10 peratus daripada wang yang anda

miliki setiap bulan. Contohnya, jika memiliki RM400 setiap bulan, simpanlah RM40. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan menyimpan 10 peratus. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini boleh mendidik anda lebih berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa depan. 2 - Wujudkan dana kecemasan Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti berdepan pelbagai

masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk ‘kecemasan sahaja’. 3 - Amalkan tabiat melabur Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit itu agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan daripada pelaburan. Rebut peluang dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, buat kaji selidik dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

21

UUM perkenal sistem lompat Oleh Siti Nurmah Wasilan

D

ALAM usaha kerajaan melahirkan lebih ramai cerdik pandai di kalangan pelajar di negara ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului segalanya apabila menawarkan tempat kepada pemegang Diploma untuk terus melanjutkan pengajian mereka dalam program Sarjana. “Bagaimanapun, kelayakan berkenaan hanya diberikan khusus kepada pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja selama 10 tahun dan berusia 35 tahun ke atas”, kata Pengarah Kampus UUM cawangan Kuala Lumpur (UUMKL), Mohmad Amin Mad Idris. Menurutnya, sistem lompat yang diperkenalkan UUMKL ini adalah untuk mengiktiraf pekerja seluruh negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing bagi menaikkan taraf mereka. “Menerusi sistem ini, pelajar atau pekerja seluruh negara tidak perlu melalui pengajian dalam program Sarjana Muda. Sudah pasti mereka boleh berjimat dan mampu naik taraf pendidikan serta ekonomi masing-masing. “Saya yakin sistem yang agak unik diperkenalkan UUMKL ini mampu menarik ramai pekerja kita melanjutkan pengajian mereka di sini,” jelasnya ketika ditemui Transisi di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Mohmad Amin, UUMKL menawarkan program pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran selaras dengan kehendak pasaran semasa bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai kemahiran menyeluruh untuk diaplikasikan dalam industri pekerjaan. Beliau berkata, pihaknya menawarkan empat program Pasca Siswazah iaitu Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), Sarjana Sains Sosial, Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (MHRM) dan Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (DBA), manakala Sarjana Muda Pengurusan Perhubungan Antarabangsa (BIAM) diperkenalkan baru-baru ini. “Program MBA adalah bidang paling banyak permintaan daripada pelajar kerana mempunyai pasaran dalam industri. Berdasarkan UUMKL terletak di kawasan perniagaan Lembah Klang, ia mampu menarik individu yang bekerja di sesebuah syarikat berhampiran melanjutkan pengajian di sini,” katanya. Selain itu, UUMKL akan terus memantapkan program yang ditawarkan selaras dengan hasrat Naib Canselornya, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak untuk bertindak lebih agresif dalam usaha memperbaiki proses penyeliaan program. “Kami sedang mempertim-

MOHMAD AMIN Bangunan UUMKL tersergam indah di Kampung Baru Kuala Lumpur bangkan untuk membeli atau menyewa premis berhampiran UUMKL untuk dijadikan sebagai dewan kuliah baru. Manakala bangunan UUMKL sedia ada hanya menempatkan bahagian

pentadbiran. “Lokasi UUMKL sangat strategik dari segi kemudahan awam seperti monorail, bas, teksi dan sebagainya untuk memudahkan pelajar ke kuliah. Biarpun agak

kecil tetapi kami turut menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi keselesaan pelajar seperti perkhidmatan internet yang boleh diakses 24 jam dan gimnasium,” jelasnya.

Resipi kejayaan Nottingham Malaysia

P

ENGIKTIRAFAN cemerlang daripada Kerajaan Malaysia yang diperolehi menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) baru-baru ini, jelas membangkitkan lagi semangat pentadbir University of Nottingham Malaysia (UNMC) untuk terus maju ke tahap lebih gemilang. Pencapaian itu memberi kekuatan baru buat pengurusan UNMC untuk menaikkan taraf serta kedudukan universiti ini di tempat terbaik sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendapat perhatian khusus pelajar seluruh negara. Hasil penarafan SETARA itu, UNMC akan menggunakannya sebagai input terbaik dalam merealisasikan semua dasar pendidikan tinggi yang diarah Kementerian Pengajian Tinggi serta

meletakkan universiti ini setaraf dengan IPT tersohor. Provos dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Ian Pashby, berkata penghargaan ini membuktikan UNMC mendapat perhatian khusus kerajaan kerana mementingkan kualiti pendidikan untuk melahirkan generasi gemilang. “Pengiktirafan ini adalan hasil kerja keras dan komitmen kakitangan UNMC untuk melihat universiti ini berdaya maju. Saya bangga dengan pencapaian ini kerana ia adalah yang terbaik pernah kami perolehi setakat ini. “Saya lihat kejayaan ini adalah keupayaan UNMC untuk mengekalkan kualiti pelajar sekali gus membekalkan produk elit dalam pendidikan antarabangsa. Saya percaya kami akan terus mendapat pengiktirafan kerajaan

kerana kesungguhan kami,” katanya. Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, IPT awam dan IPTS yang mencapai tahap cemerlang boleh menerima tajaan daripada pihak kerajaan untuk membawa masuk pelajar dalam dan luar negara. Selain itu, katanya, semua universiti terbabit boleh memohon dan menerima jumlah geran penyelidikan yang disediakan kerajaan dan layak mendapat status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra atau pasca siswazah. “IPTS turut diberi kelonggaran dan pengecualian dalam beberapa perkara antaranya mendapatkan permit mengajar lebih mudah dan mereka dikecualikan daripada mendapat kelulusan

kerajaan untuk menetapkan gaji pensyarah antarabangsa. “Kadar yuran pengajian turut dikecualikan mendapat kelulusan pihak kementerian dan diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa secara automatik,” katanya. IPTA yang mendapat pengiktirafan SETARA ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknolog Mara (UiTM). Manakala IPTS yang diiktiraf pula ialah Universiti Multimedia Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, Sunway Universiti, Kolej Curtin, Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Monash Uni-

Pengiktirafan ini adalan hasil kerja keras dan komitmen kakitangan UNMC untuk melihat universiti ini berdaya maju.”

versiti, Taylor’s Universiti, Kolej International Medical University Swinburne, Universiti Teknologi Kampus Sarawak dan UNMC sendiri.


22

KAMPUS

Transisi

30 JULAI - 12 OGOS 2010

Madu Tualang Fama Oleh Rudysham Abd Raof

M

ADU asli yang diperoleh secara semula jadi sangat berkhasiat kerana ia bukan saja mengandungi gula fruktus dan glukos serta bahan mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Malah ia juga kaya dengan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Justeru, tidak hairan madu adalah satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradisional yang diamalkan pelbagai tamadun sejak berkurun lama. Sebelum 1996, pengumpul Madu Tualang di seluruh Kedah seperti Padang Terap, Ulu Muda, Sik, Baling, Jerai dan Kubang Pasu menjual hasil mereka itu dalam botol di tepi jalan atau gerai dan pasaran tempatan saja. Penggunaan madu untuk tujuan komersil agak terhad bagi penduduk tempatan dan hanya sesekali dibeli perantau yang melalui tempat mereka. Namun, kebanyakan keuntungan yang diraih daripada hasil jualan itu tidak begitu konsisten dan memberangsangkan kerana dijual antara RM20 dan RM22 sekilogram.

KAJ ILM

Madu Tualang berpotensi menghalang sel barah daripada terus merebak.

Pemeriksaan dilakukan untuk menjamin kualiti madu.

Bagaimanapun, pada 1996 semuanya berubah apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menubuhkan sebuah pusat mengumpul dan memproses di Kuala Nerang, Kedah bagi memudahkan pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan Madu Tualang untuk tujuan komersil. Pegawai Fama Kedah, Azmi Ishak berkata, pusat tersebut berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pengutip madu di negeri ini menjual bekalan mereka, manakala agensi akan bertindak sebagai perantara dalam memastikan madu terus mendapat tempat di hati pengguna. “Semua pihak mengetahui khasiat yang ada pada madu, terutama yang wujud di pokok Tualang. Sejak Fama ambil alih, harga jualan meningkat antara

RM58 hingga RM60 sekilogram kerana cara komersial dijalankan amat bermutu tinggi. “Madu ini dijual di bawah jenama Agromas Tualang Honey, juga boleh dibeli di House of Honey di pusat kami di sini. Ia turut boleh dibeli di pasar raya Mydin dan Giant serta Agro Bazaar terpilih seluruh negara,� katanya. Menyedari manfaat Madu Tualang kepada kesihatan dan potensi pasaran, Fama pada 2006 menderma kira-kira 1.4 tan metrik madu itu kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan penyelidikan. Dekan Kajian Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata, keputusan 48 kajian dilakukan jabatannya mendapati Madu Tualang menunjukkan kesan menakjubkan apabila diminum atau disapu pada luka di permukaan badan.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

23

a ‘buah hati’ USM

JIAN MIAH

u.

g mad

Saran

Proses penyejatan peratus kandungan air dalam madu. “Walaupun kajian masih di peringkat awal, keputusan amat menggalakkan. Ini menunjukkan Madu Tualang mempunyai unsur anti bakteria dan anti oksidan yang mampu memperlahankan pertumbuhan sel barah tertentu, sekali gus menghalang pembiakan bakteria dan kulat. Ia juga menjadi sumber tenaga segera bagi tubuh manusia,” katanya. Beliau berkata, Madu Tualang juga boleh memberi kesan pantas terhadap masalah sistem penghadaman kerana ia menggalakkan kesihatan usus dan buah pinggang. “Madu boleh dihadam dengan mudah kerana molekul gula yang kompleks di dalamnya mudah ditukar. Ia tidak merengsa lapisan pengalas sistem penghadaman,

sebaliknya melegakan perut. Saya teruja dengan madu ini kerana ia keajaiban semula jadi. “Saya sendiri pengguna setia madu sejak 25 tahun lalu dan amat percaya dengan keberkesanan bahan semulajadi ini. Malah, saya dapati Madu Tualang turut mengandungi beberapa elemen positif yang tidak wujud pada madu import,” katanya. Dr Nor Hayati berkata, Madu Tualang yang banyak wujud di kawasan hutan simpan negara ini amat berpotensi menjadi suplemen untuk terapi barah, terutama barah payu dara. Kajian awal mendapati madu daripada pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan barah selain mem-

Sarang lebah di pohon tualang. bunuh sel berbahaya itu daripada terus merebak. “Namun, penyelidikan masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami lebih mendalam mengenai proses yang dirangsang madu hingga menyebabkan sel-sel barah mati,” katanya. Menurutnya, kajian jabatannya menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang diperlukan bagi memusnahkan sel penyakit kronik tersebut. “Kajian yang kami jalankan terhadap madu ini adalah mengenal pasti kemampuan madu menghalang atau mengurangkan

pembentukan barah. Ini kerana kajian terdahulu mendapati madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti anti oksidan, anti inflamatori dan anti barah,” katanya. Beliau berkata, menerusi penyelidikan itu, pihaknya turut menemui madu tualang mempunyai pelbagai aktiviti anti barah dan kesan sitotoksik ke atas beberapa jenis sel barah yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal. “Sel barah yang dirawat dengan madu ini (Tualang) menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel berkenaan. Tambahan pula, ia dapat meningkatkan rangsangan kematian sel barah payu dara oleh dadah

tamoxifen,” katanya. Menurut Dr Nor Hayati, kajian ke atas sel barah melalui tikus makmal mendapati madu tualang mempunyai aktiviti anti barah yang boleh menyekat pertumbuhan barah dan meningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel penyakit paling ditakuti manusia sejagat itu. Beliau berkata, sumbangan secara berperingkat sejak 2006 daripada Fama mendapati Madu Tualang dianggap paling asli berbanding madu lebah lain atau yang diimport selain memberi potensi dalam amalan harian. “Saya ingin tekankan di sini bahawa madu tidak asli boleh menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu dihindari,” katanya.


24

KAMPUS

Transisi

Kekal status RU bukti UPM hebat

K

EJAYAAN Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status Universiti Penyelidikan (RU) jelas membuktikan kehebatan serta kecemerlangan kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini untuk memberi yang terbaik dalam pengurusan mereka. Pencapaian yang membabitkan empat aspek utama iaitu modal insan, penerbitan, paten dan harta intelek serta penjanaan pendapatan hasil audit penilaian semula itu, adalah hasil kerja keras kakitangan pentadbiran dan akademik UPM meletakkan universiti di landasan terbaik di mata masyarakat. Selain UPM, Universiti Ma-

laya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut berjaya mengekalkan status RU masing-masing menerusi pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, baru-baru ini. Naib Canselor UPM, Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Abdullah, berkata kerjasama dan komitmen tinggi warga UPM dalam peningkatan penghasilan produk penyelikan (Quantity and Quality of Research) serta kemasukan pelajar Pascasiswazah (Quantity of Postgraduates) dilihat faktor utama kejayaan

UPM mengekalkan status RU. “Dengan kejayaan ini, saya berharap semua kakitangan pengurusan dan akademik UPM lebih gigih serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan masingmasing dalam mempertahankan status RU empat tahun akan datang,” katanya. Peranan besar UPM bukan sahaja mengeluarkan graduan sebagai tenaga pekerja negara, malah turut berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu dan mencetuskan idea baru untuk membantu kerajaan mempertingkatkan kecemerlangan tanah air. “Saya lihat pengiktirafan ini akan menjadi contoh kepada

IPTA dan IPT swasta (IPTS) untuk memajukan bidang penyelidikan serta pembangunan (R&D) negara. Kami akan pastikan anugerah ini terus kekal menjadi milik UPM pada masa depan. “Menerusi pengiktirafan ini, saya pasti kakitangan akan lebih berdaya maju untuk letakkan UPM di tempat teratas. Apa yang saya inginkan ialah universiti ini terus berjaya meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam persekitaran yang lebih kondusif. “Saya juga mahu setiap kakitangan UPM, terus mempamerkan kecemerlangan masingmasing, terutama dalam bidang yang menjadi keutamaan iaitu

30 JULAI - 12 OGOS 2010

Penerbitan Penyelidikan. Saya lihat aspek ini mampu memberi impak yang lebih tinggi serta dapat melahirkan graduan bermutu tinggi,” kata Dr Nik Mustapha. Melalui status RU itu, UPM juga berpotensi menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar pascasiswazah tempatan dan antarabangsa seterusnya menyumbang kepada peningkatan yang signifikan dalam bilangan K-pekerja negara. Pembabitan pelajar pascasiswazah antarabangsa juga akan menaikkan imej negara dalam proses mengantarabangsakan penyelidikan dan pendidikan negara di mata dunia.

Tujuh staf dapat Anugerah Fellowship

Tahniah…Dr Nik Mustapha (empat dari kanan) bersama penerima anugerah Fellowship Naib Canselor.

T

UJUH staf, masingmasing empat kakitangan profesional dan tiga sokongan meraih Anugerah Fellowship Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya mengharumkan nama universiti dalam bidang pengajaran dan penyelidik, di Majlis Gemilang Putra 2010 (MGP) barubaru ini. Kakitangan profesional

yang menerima anugerah berkenaan ialah Prof Madya Dr Noordin Mohamed Mustapha dari Fakulti Perubatan Veterinar dan Dr Manohar Mariapan (Fakulti Perhutanan) bagi kategori Cemerlang dalam Pengajaran. Dua lagi penerima anugerah itu lain ialah Prof Dr Abdul Halim Shaari (Fakulti Sains) dan Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar (Fakulti Keju-

ruteraan) bagi kategori Cemerlang dalam Penyelidikan. Manakala, Hamzah Ismail dari Pusat Sukan menerima anuge-rah menerusi kategori Perkhidmatan Profesional, Nur Lina Chong Abdullah (Pusat Sukan) dan Norhana Ali (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) bagi kategori Cemerlang dalam Perkhidmatan Sokongan. Setiap penerima anuge-

rah menerima geran bernilai RM10,000, sebuah plak dan sijil daripada Naib Canselor UPM, Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Abdullah. MGP turut menobatkan tiga penerima anugerah Jasamu Dikenang dan 91 penerima anugerah Jasa Putra, masingmasing membawa pulang Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM300 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, 32 penerima anugerah Setia Putra menerima hadiah jam tangan dan sijil penghargaan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seramai 499 dengan meraih wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan serta 119 kakitangan membawa pulang Anugerah Bakti Putra dengan hadiah Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM500 dan sijil penghargaan.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

25

Risiko mahasiswa aktif jualan langsung Oleh Razali Yahaya

P

EMBABITAN mahasiswa InstitusiPengajian Tinggi (IPT) secara serius dalam perniagaan jualan langsung (MLM) boleh mendorong atau mendedahkan mereka kepada risiko penangguhan dan kegagalan menamatkan pengajian. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyedari situasi ini agak serius kerana ia berpunca daripada tuntutan pelajar mahu mencari pendapatan tambahan. Katanya, beliau sendiri pernah melaluinya dan berpengalaman menjadi ejen MLM semasa menuntut di universiti dahulu tetapi ianya hanya sekejap dan tidak menjejaskan pengajiannya. “Situasi ini memang bukan baru tetapi saya percaya bilangan mahasiswa yang terbabit

dengan MLM dewasa ini makin bertambah. Kita bimbang pembabitan mereka secara serius untuk mencari duit tambahan boleh memberi kesan terhadap pengajian mereka. “Perkara ini tidak harus dipandang ringan dan harus ditangani secara bijaksana. Senator Dr Syed Husin Ali tahu perkara ini kerana beliau pernah menjadi pensyarah saya dahulu,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 pada sidang Dewan Negara, baru-baru ini. Beliau berkata, melalui rang undang- undang ini, kementerian akan bekerjasama dengan pihak universiti untuk menubuhkan lebih banyak kelab pengguna di IPT bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada mahasiswa. Menurut Ismail Sabri, pihak-

nya juga bersedia mempertimbangkan cadangan untuk memantapkan rang undang-undang itu dengan mewajibkan peserta MLM mengikuti kursus bagi mengelak berlakunya penipuan dan memudahkan pemantauan. Terdahulu, semasa membahaskan rang undang-undang itu, Senator Mumtaz Md Nawi mendedahkan terdapat segelintir mahasiswa IPT gagal menamatkan pengajian kerana menjadi mangsa pelaburan MLM yang agak berleluasa di IPT. Beliau berkata, sebahagian mahasiswa yang terbabit didapati gagal melunaskan yuran pengajian termasuk gagal menghadiri kuliah kerana pinjaman pelajaran dihabiskan untuk MLM dan terlalu menumpukan kepada perniagaan berkenaan. “Perkara ini amat serius dan kerajaan perlu memberi pen-

ISMAIL SABRI YAAKOB

jelasan kepada pihak pentadbir universiti mengenai kecenderungan mahasiswa terbabit dalam MLM,” katanya. Sementara itu, bagi mengelak wujudnya unsur penipuan dan memudahkan urusan pemantauan, Mumtaz seterusnya

Situasi ini memang bukan baru tetapi saya percaya bilangan mahasiswa yang terbabit de-ngan MLM dewasa ini bertambah.”

mencadangkan setiap peserta MLM mengikuti kursus khas dan peperiksaan sama seperti yang perlu dilalui ejen insurans dan bakal pengantin.

MB Perak pelawa IPT buka kampus cawangan

S

EIRING tuntutan kerajaan dalam menjadikan negara sebagai hub pendidikan dunia, Perak mengorak langkah lebih awal apabila mempelawa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara untuk membuka kampus cawangan di negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama mana-mana IPT yang berminat untuk mendapatkan kawasan yang sesuai. “Pelawaan ini selaras dengan hasrat menjadikan Perak pengeluar utama dan pembekal modal insan kepada pasaran tempatan dan luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hospital Taiping sebagai hospital latihan bagi program perubatan usahasama antara Allianze College of Medical Sciences (ACMS), National University of Ireland, Galway (NUIG) dan University College Cork (UCC), baru-baru ini.

ZAMBRY ABDUL KADIR Katanya, tawaran kerajaan negeri itu mendapat maklum balas positif IPT, termasuk perbincangan dengan International Premier University, sebuah universiti perubatan dari India. Beliau berkata, dua lagi IPT lain turut membayangkan minat mereka membuka kampus di Tronoh dan kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Sebelum itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga bercadang membuka kampus ketiganya di Perak iaitu di kawasan Bagan

Datoh selepas kampus Seri Iskandar dan Tapah. Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan RM100 juta untuk menaiktaraf Hospital Parit Buntar dalam Rancangan Malaysia ke-10. “Kita juga minta Hospital Perak Tengah dibina tahun ini dan kita telah mendapat peruntukan tambahan untuk Hospital Tuanku Bainun di Ipoh,” katanya. Mengenai program di Hospital Taiping, katanya sebanyak RM189 juta akan dibelanjakan bagi pembinaan bangunan baru yang dilengkapi dewan bedah dan wad unit kawalan rapi bagi kemudahan pelajar perubatan menjalani latihan. Pelajar yang mengikuti program perubatan berkembar selama lima tahun itu akan mengikuti pengajian pra-klinikal selama 30 bulan di NUIG atau UCC di Ireland dan baki 30 bulan di Hospital Taiping di bawah ACMS.

Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) antara MMU, TM R&D dan Ericsson Malaysia di Cyberjaya, baru-baru ini.

MMU jalin kerjasama TM, Ericsson Oleh Ika Destiana

U

NIVERSITI Multimedia (MMU) menjalin kerjasama dengan Telekom Malaysia Research and Development (TM R&D) dan Ericsson Malaysia untuk menjana pembangunan inovasi melalui kediaman digital. Kerjasama itu sebagai langkah penyelesaian kediaman digital di premis MMU melalui IP Multimedia Subsystem (IMS) oleh TM R&D. Ia juga untuk pembangunan aplikasi kepada pelajar dan kakitangan dengan latihan diberikan oleh Ericsson. Majlis memorandum persefahaman (MOU) itu disaksikan oleh Pengerusi MMU dan TM, Datuk Dr Halim Shafie yang berlangsung di Cyberjaya, baru-baru ini. Kediaman digital yang dimak-

sud adalah sebuah apartmen di premis universiti yang akan mempamerkan penyelesaian Ericsson Internet Protocol Multimedia Subsystem (IMS). Ruang lingkup kerjasama meliputi aspek reka bentuk, pelaksanaan dan penyenggaraan. Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda berkata, IMS adalah penyelesaian berasaskan standard terbuka yang membolehkan integrasi tanpa sempadan melalui jalur lebar. Ini termasuk perkhidmatan mobile 3G dan akses jalur lebar tanpa wayar. Presiden MMU, Prof Dr Zaharin Yusoff berkata, kami percaya ia boleh mendorong pelajar dan kakitangan untuk mengembangkan bakat mereka.


26

KAMPUS

Transisi

Bahasa Mandarin subjek baru UPNM Dr Raduan (berdiri lapan dari kanan) bersama tokoh akademik dan graduan UPNM.

U

NIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengukuhkan hubungan kerjasama antara Malaysia-China dengan melancarkan empat kelas Bahasa Mandarin yang bermula bagi sesi pengajian 2010/201. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Profesor Dr Raduan Che Rose berkata, kerjasama dengan Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) itu sebagai langkah permulaan meningkatkan mutu pendidikan di UPNM. “Mandarin adalah bahasa yang penting, lebih-lebih lagi China adalah antara kuasa besar ekonomi dunia. Semestinya penguasaan bahasa ini melancarkan apa juga bentuk hubungan dengan negara berkenaan. “Selain menerapkan nilai disiplin yang tinggi, langkah ini bakal meningkatkan nilai graduan UPNM di pasaran kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Kelas Bahasa Mandarin yang berlangsung di Auditorium Bistari, UPNM Kem Sungai Besi, barubaru ini. Turut hadir Kuasa Usaha Kedutaan China ke Malaysia, Gu Jingqi dan Pemangku Pengarah Institut Kong Zi, Profesor Dr. Bernardine Renaldo Wong. BFSU mewakilkan Institut Kong Zi dengan menyediakan dua tenaga pengajar dari China untuk mengajar Bahasa Mandarin di UPNM. Institut Kong Zi juga menyediakan pengajaran Bahasa Mandarin dan Kebudayaan China di Universiti Malaya. Raduan berkata, sebenarnya kerjasama dua pihak sudah terjalin sejak 2007 dan pengajian Bahasa Mandarin adalah antara persetujuan yang dicapai sebelum ini. “Ia tidak terbatas setakat itu sahaja. Kami akan menggunakan peluang ini untuk perkara lain seperti program

pertukaran pelajar dan kakitangan, perkongsian bahan pengajaran dan aktiviti berkaitan kebudayaan keduadua pihak,” katanya. Menurutnya, UPNM turut bercadang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya pada masa akan datang. Katanya, sehingga kini universiti itu sudah menawarkan subjek Bahasa Jepun, Arab, Sepanyol, Perancis dan Rusia. Sementara itu, Gu Jingqi melihat kerjasama itu menggambarkan betapa pentingnya perkongsian kepakaran antara dua negara. “Pihak kedutaan menghargai usaha UPNM untuk mewujudkan subjek Bahasa Mandarin. Oleh itu, kami akan menyediakan biasiswa kepada graduan yang berminat untuk mendalami bahasa ini di BFSU,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

SARIPATI MENARA GADING

Program Keusahawanan

P

ENGAJIAN Keusahawanan Sosial diperkenalkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Universiti Binary bagi membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi pengajian itu, universiti terbabit akan memainkan peranan membantu menghapuskan 40 peratus kemiskinan tegar seperti sasaran dalam Model Baru Ekonomi (MBE). ‘’Kita perlu menggubal satu strategi baru kerana kerajaan tidak boleh selama-lamanya memberikan bantuan secara langsung seperti menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan,” katanya di Temerloh baru-baru ini. kerana ia tidak boleh bertahan lama.

Pelajar UiTM menang

A

SNITA Hashim dan Raihana Md Saidi bersama Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Limited, Gun Suk Ling menduduki tempat ketiga pertandingan menangani ancaman keselamatan komputer di Universiti Jagiellonian University, Krakow, Poland, baru-baru ini. Lebih membanggakan walaupun baru kali pertama menyertai persidangan itu, Asnita dan Raihana berjaya mengatasi cabaran sengit pelajar dunia lain untuk meraih kedudukan ketiga dalam pertandingan itu. Wakil Malaysia itu membentangkan kertas penyelidikan mereka ‘Normal Signature Based IDs for E-Café’ dan mendapat reaksi yang positif daripada panel pakar penilai.

UTP juara Oleh Ika Destiana

Geran penyelidikan RM1.5 juta U

U

NIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) selepas memeterai memorandum persefahaman (MOU) geran penyelidikan antarabangsa dengan agensi penyelidikan Arab Saudi, King Abdul Aziz City of Science And Technology (KACST) berjumlah RM1.5 juta. Geran penyelidikan akan membolehkan penyelidik UniMAP dan juga penyelidik KACST bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan konkrit hijau tanpa simen (Green Concrete Plymeric) yang menyelamatkan alam sekitar. Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, persefahaman itu dapat mengembangkan jalinan kerjasama antara UniMAP dan Kerajaan Arab Saudi dan pada masa sama memban-

tu meningkatkan kualiti penyelidikan. “Perjanjian ini boleh memacu perkongsian dan perpindahan teknologi antara dua agensi lebih-lebih lagi pengalaman luas yang dimiliki KACST sebagai organisasi penyelidikan terulung di Arab Saudi. “Kami percaya perjanjian ini akan membantu memelihara alam sekitar sekali gus menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara tanpa mengabaikan aspek kualiti produk,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman antara UniMAP dan KACST. UniMAP diwakili Dr Kamarudin, manakala KACST diwakili Professor Mohamad A Hussain dengan disaksikan Professor Mohamed Ibrahim Al-Suwayel. Selain Dr Kamarudin, UniMAP penyelidikan akan dikendalikan Pen-

syarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah dan Prof Madya Che Mohd Ruzaidi Ghazali yang turut dibantu Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Noorazian Mohamed Noor. Sementara penyelidikan di pihak KACST dikendalikan Prof Mohammad A Hussain. Dr. Kamarudin berkata, perjanjian tiga tahun itu membolehkan dua pihak bekerjasama menjalankan penyelidikan konkrit hijau tanpa simen meliputi aspek Geopolymer Concrete, Polymer Plastic Composite dan Advanced Materials. Selain itu, katanya, perjanjian itu turut meliputi aspek latihan untuk tenaga akademik dan penyelidik, perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi dalam usaha meningkatkan aktiviti saintifik dalam persidangan dan bengkel serta pertukaran pelajar.

30 JULAI - 12 OGOS 2010

NIVERSITI Teknologi Petronas (UTP) muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini. Pasukan itu diwakili Junnyaruin anak Barat, Muhammad Imran Muiz Abidin, Muhamad Siddiq Mahyuddin dan Mohd. Khazaidi Kamaruddin, menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada peringkat akhir debat. UTP yang bertindak sebagai kerajaan, berdebat berhubung usul Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar. Kemenangan itu membolehkan UTP membawa pulang Piala Pusingan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, wang tunai RM8,000 dan sijil penyertaan. USIM yang diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohd. Shah Izad Salleh dan Nor Izati Lokman yang bertindak sebagai pembangkang menerima RM5,000 dan sijil penyertaan. Mohd Ikhwan dianugerahkan Pendebat Terbaik membawa pulang Piala Ketua Pengarah Alam Sekitar dan wang tunai RM1,500.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

Waspada IPTS perdaya pelajar

K

ERAJAAN bertegas mengambil tindakan undangundang terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didapati menipu pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah yang tidak diiktiraf kerajaan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, kerajaan memandang serius kesalahan yang dilakukan IPTS itu dan tidak akan bertolak ansur untuk menanganinya. Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama ini, kementerian sudah mengambil tindakan terhadap 45 IPTS kerana didapati melanggar beberapa syarat termasuk 32 IPTS telah dibatalkan permit masing-masing. Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, kementerian juga mengeluarkan kompaun terhadap IPTS yang membabitkan empat kesalahan utama dengan 12 kompaun dikeluarkan kepada IPTS kerana mengendalikan kursus yang sudah tamat pendaftaran. Selain itu katanya, empat lagi kompaun dikeluarkan atas

Aktiviti Kampus Ogos 2010

Sikap tidak bertanggungjawab IPTS itu bukan sahaja menjejaskan kualiti serta etika pendidikan negara tetapi boleh memberi kesan negatif terhadap hasrat kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau.”

kesalahan kerana mengajar tanpa permit yang sah, beroperasi di premis tanpa berdaftar dan berpindah premis tanpa kelulusan. “Kita memandang serius perilaku IPTS yang tidak bertanggungjawab itu dan kementerian akan sentiasa bertegas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak bagi membanteras isu ini dari semasa ke semasa,” katanya baru-baru ini. Beliau berkata demikian mengulas rungutan beberapa pihak termasuk ibu bapa beberapa

pelajar yang menjadi mangsa akibat tindakan beberapa IPTS memperdaya pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah yang kononnya sudah mendapat akreditasi demi mengaut keuntungan melalui taktik kotor itu. Akibat taktik tamak IPTS itu, pelajar sudah pasti menjadi mangsa. Ini terbongkar apabila sukar mencari pekerjaan atau gagal melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana memiliki diploma atau ijazah yang tidak diiktiraf. “Sikap tidak bertanggung-

HOU KOK CHUNG jawab IPTS itu bukan sahaja menjejaskan kualiti serta etika pendidikan negara tetapi boleh memberi kesan negatif terhadap hasrat kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau,” katanya. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bahagian swasta dilaporkan menerima 251 aduan setakat Jun lalu berhubung isu berkenaan dan semua aduan itu sedang disiasat secara terperinci.

KPT dakwa 16 kolej swasta T IGA institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) didakwa di mahkamah, manakala 13 lagi didenda kerana melewatkan permohonan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, antara tindakan tegas dalam ‘Operasi Kursus Matang Tidak Dapat Akreditasi’ itu ialah menarik balik permit dan saman di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555). “Kementerian Pengajian Tinggi telah melakukan siasatan terperinci dan pihak kami sudah mengenal pasti beberapa IPTS yang terbabit dengan penipuan licik mereka itu. “Pihak pengurusan kolej

yang sengaja melewatkan permohonan akreditasi penuh walaupun kursus sudah matang akan didakwa di mahkamah serta boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap satu kursus,” katanya. Beliau berkata demikian mengulas rungutan sebahagian ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa tidak bertanggungjawab IPTS di negara ini yang memperdaya pelajar dengan tawaran kursus yang tidak mendapat akreditasi MQA. Berikutan taktik kotor IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata itu, telah mengakibatkan ribuan pelajar gagal mendapat kerja kerana sijil, diploma atau ijazah yang diperoleh tidak laku di pasaran pekerjaan. “Taktik buruk IPTS itu pasti ter-

RADIN UMAR bongkar ketika pelajar memohon pekerjaan atau semasa mahu melanjutkan pengajian mereka kerana kelulusan mereka tidak laku. Ini kes aniaya dan memang wajar IPTS terbabit dikenakan

27

tindakan tegas,” katanya. Radin Umar berkata, pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi perkara itu lebih-lebih lagi kementerian mensasarkan 50 peratus rakyat Malaysia berumur 17 hingga 23 tahun tergolong dalam warga berpendidikan tinggi menjelang 2020. Katanya, sasaran itu sejajar dengan usaha membangunkan modal insan kelas pertama ke arah mencapai status negara maju. “Untuk memastikan hasrat itu terlaksana, kita memerlukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang bagus serta bermutu dari setiap segi. Ini kerana statistik menunjukkan 39 peratus belia tergolong dalam kumpulan berpendidikan tinggi,” katanya.

PROGRAM : Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat Perputakaan 2010. TEMPAT : Hotel Bagview Georgetown Pulau Pinang. TARIKH : 3-5 Ogos ANJURAN : UUM

PROGRAM : Pendidikan Pencegahan Dadah 2010. TEMPAT : Foyer & Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya. TARIKH : 10 Ogos ANJURAN : UM

PROGRAM : Persidangan Ekonomi & Perniagaan Antarabangsa Terengganu 2010 (TiBEC). TEMPAT : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. TARIKH : 5-7 Ogos ANJURAN : Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.


28

KAMPUS

Transisi

30 JULAI - 12 OGOS 2010

Aku, dia dan Mistero Buffo Oleh Kamilasari

Entah mengapa lelaki dengan penampilan serabai itu sentiasa berputar-putar mengisi kotak fikiran ini.

S

AYA dan dia bertemu dalam ruang dingin perpustakaan kampus di celah rak-rak agam. Entah petaka apa kami sama-sama mencari naskhah Mistero Buffo karya Dario Fo. Buku di tangan saya pantas dirampas. Katanya sinis, gadis seperti saya tidak layak menjamah masterpiece penulis Itali itu. Cari saja novel-novel romantis dan tangkap lentok Danielle Steel dan Ahadiat Akashah. Sebelum insiden naik darah itu berlaku, sekecil hama pun saya tidak pernah mengenalinya. Dia mungkin sama saja dengan siswa-siswa lain yang mabuk dengan Facebook di sudut kafe siber. Kalau tidak memikirkan diri ini perempuan, mahu saja saya menghamunnya di situ juga. Tetapi, saya memilih mendiamkan diri, sengaja tidak mahu meneruskan sengketa. Saya mengesyaki dia barangkali lelaki miang yang memasang strategi mahu menjerat gadis comel dan sendirian seperti saya. Sebetulnya, saya bukanlah penggila Dario Fo. Itu cuma naskhah buruan saya untuk dijadikan rujukan projek final,

mengarah teater bersama rakan produksi sebagai syarat graduasi. Untuk projek kali ini, saya mahu lari daripada stereotaip cinta murah yang sengaja dilabelkan kepada siswi-siswi teater oleh kelompok lelaki provokasi yang memandang rendah akal wanita. Saya mahu buktikan kepada mereka, betapa gadis seperti saya, meski bertubuh kecil, mampu menghasilkan karya berat yang penuh isi falsafah tentang masyarakat dan kemanusiaan. Jadi, atas desakan itulah kenapa naskhah pemenang Nobel Kesusasteraan 1997 itu begitu penting bagi saya. Dua hari kemudian, saya terperasan kelibat dia yang penuh menjengkelkan itu di bangku kafe sedang minum kopi sambil menyelak helaian buku entah apa judulnya. Melihat gaya pakaian dengan jeans lusuh dan kemeja t bundle, saya menduga dia pelajar fakulti kejuruteraan. Sedar diri diperhati, dia tibatiba sengaja mengangkat buku dibacanya itu. Ah, itukan Mistero Buffo. Saat itu juga muka saya terus merona merah dan darah menyirap ke kepala.

Saya nekad meluru ke arahnya dan langsung tidak peduli mata lain yang memandang penuh tanya. Saya menghentak meja, cuba meragut Mistero Buffo dan kami saling berebutan serta tarik menarik. Akibatnya, buku mahakarya itu terbelah dua dan kami hanya mampu membuntangkan mata. Suara dua tiga siswi menyindir dengan ungkapan penuh feminisme-malukan perempuan saja-membuatkan saya kembali waras. Perlahan-lahan sesal menggumam dalam diri dan saya gesit meninggalkan dia terkulatkulat bersama naskhah terbelah itu. Malam persembahan semakin hampir. Saya dan rakan-rakan sekumpulan kian diserabutkan rutin tugas tidak menentu. Selain menekuni subjek-subjek lain, menjawab soalan kuiz dan melakukan pembentangan kertas kerja di hadapan pensyarah, saya juga perlu bersenggang mata memenuhi jadual harian mengarahkan lakonan pentas. Bukan itu saja, saya turut terlibat secara langsung dalam mengatur dan mengubah suai set pentas, mempersiapkan busana lakonan dan memantau bajet produksi. Semua perkara tersebut perlu dinyatakan dalam tesis akhir untuk dinilai pensyarah kelak. Siapa berani cakap mengarah teater itu tugas mudah? Pada masa sama fikiran saya menerawang teringatkan dia. Entah mengapa lelaki dengan penampilan serabai itu sentiasa berputar-putar mengisi kotak fikiran ini. Untungnya, separuh Mistero Buffo berjaya saya hadamkan. Walaupun penyudah karya si genius teater kelahiran Sangiono dekat pantai timur Lago Maggiore itu kekal sebagai misteri, tetapi ia setidak-tidaknya menjadi pencetus untuk saya membuat beberapa penambahbaikan di segi plot cerita dalam skrip asal. Hari persembahan pun tiba. Selepas memberi kata semangat kepada rakan-rakan pelakon, saya mengambil tempat di kerusi audien, duduk bersama barisan pensyarah jemputan. Naskhah teater saya berkisar mengenai kritikan sosial terhadap kelompok pemimpin yang menyalahgunakan agama untuk menguasai golongan marhaen yang saya gambarkan menerusi dua pasangan suami isteri yang ditakutkan pihak penguasa. Ya,

CINTA KAMPUS

Jika anda ada kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda di transisi.mail@ gmail.com atau www.facebook.com /Transisi

saya akui saya terilham daripada naskhah Dario Fo. Tetapi, apa yang lebih mengesankan adalah lakonan Nizam, watak yang baru saya wujudkan sebagai anak kepada pasangan suami isteri itu. Aksinya cuma duduk di beranda dan menyelak naskhah Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang sambil minum kopi. Di penghujung babak, Nizam tiba-tiba bangun berdiri dan menangis di beranda sambil mengoyak naskhah tersebut kepada dua bahagian serta membalingnya ke laman hadapan dan belakang rumah. Sebenarnya, idea untuk babak itu adalah salinan daripada insiden berebut Mistero Buffo dengan dia beberapa minggu lalu. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah kejayaan Nizam merangkul gelaran pelakon pembantu terbaik malam itu hasil daripada lakonan bisu penuh beremosi itu. Tidak lama selepas majlis bersurai, saya didatangi rakan sebilik, Mira yang menghulur senaskhah buku diikat riben putih tanpa sebarang balutan kertas warna. Saya cepat menelah, Mistero Buffo! Pantas saya menghuraikan ikatan dan sekeping nota terlucut dari celahan buku. Hati saya berdebar-debar.

Sajak Rindu Rindu bertunas lagi di musim sepi luka mengelopak memekarkan sakit maka di hatiku taman pun berdarah Bunga-bunga tumbang mengakhiri mimpi kumbang akukah yang kehilangan itu? Musim sepi kian panjang luka beranak-pinak taman makin berdarah di dalam hatiku ditikami bayangmu

Hari ini-29 Jun-di hadapan saya ada senaskhah Mistero Buffo di atas satu daripada tujuh dulang tembaga. Hantaran ketika majlis ijab kabul itu segera mengingatkan saya kepada saat cinta kami berputik pada penggal akhir hampir setahun lalu. Meskipun kisahnya ringkas, ia cukup mengisi hari-hari mendatang kami sebagai suami isteri nanti. Cuma saya masih belum punya kesempatan memberitahunya bahawa nota puisi yang diberikannya pada malam persembahan lalu itu sebenarnya adalah nukilan Pandapotan Siallagan, pemuisi dari Indonesia. Macamlah saya tidak tahu.

Puisi Penjara Tuhan, Barangkali diriku jeriji kecil bersawang terperosok di penjara sempit tanpa sebintik cahaya pun kerana tiada pernah aku meraub debu di kaca muka Tuhan, Derita apakah buatkan aku begini? Hanaz Shah Alam Untuk Taufik dan Hidayah Basahkan bibir manjakan lidah dengan kata puji dan kalimah syukur Kerana bertambah dalam dunia manusia putih manusia bersih Biar yang ini kita doakan Biar yang ini kita harapkan Jadi terbaik untuk dirinya Jadi pelindung untuk ibunya Jadi nilai bangga untuk bapanya Danielle Corleone Pantai Dalam


30 JULAI - 12 OGOS 2010

x

presi

Transisi

29

SANTAI... Gelak ketawa bersama keluarga menceriakan hari-hari yang sibuk. yang aktif dan petah, Ashman pula agak pendiam dengan lebih meminati sukan indoor seperti catur dan permainan komputer serta bola keranjang. Namun, Ashman mengakui menyimpan impian untuk menjadi pelukis suatu hari nanti apabila melihat profesion ‘baba’nya itu sebagai penulis. “Apabila tengok baba baca puisi, teringin juga mahu buat seperti apa yang baba buat, tetapi bukan sekarang. Mungkin pada masa akan datang,” katanya. Najihah kemudian memberitahu dia pernah cuba menulis tetapi tidak pernah menjadi. “Pernah juga tolong baba sunting novel atau terjemahan yang dibuatnya. Kalau ada salah baba tegur dan betulkan,” katanya. Bagaimanapun, dua beradik itu pernah digandingkan bersama dalam sebuah teater pada 2006 yang berkisarkan mengenai alam sekitar dan dasar laut. “Ia pengalaman yang seronok. Kami berlakon lebih seminggu,”

katanya. Walaupun minat anak-anak berbeza, tetapi sebagai bapa, Pyan tidak pernah menghalang aktiviti pilihan mereka. “Saya pernah galak mereka bermain muzik, berteater dan melukis. Tetapi, mereka kurang tunjuk minat. Jadi, saya biarkan mereka pilih apa mereka suka. “Nanti kalau mereka rasa mahu melukis, berteater atau bermain muzik, saya akan beri galakan,” katanya. Apabila mendapat undangan seperti berlakon, berpuisi atau sebagainya, Pyan menyatakan beliau selesa ditemani isteri. “Inilah isteri, secretary dan girlfriend saya,” kata Pyan berjenaka. Zurina menambah, jika mendapat undangan luar Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang atau Kuala Terengganu dan bukan hari sekolah, dia akan membawa anak-anak bersama untuk melihat aktiviti yang berlangsung. Pyan, yang akrab dengan karya lukisan dan puisi A Latiff

Kempen `Saya Benci Dadah’ dan `Tak Nak Merokok’ dah lama dah. Saya sarankan bikin kempen baru, ‘Saya Benci Arak!’ dan `Tak Nak Judi!.’’

Mohidin berkata, sokongan dan dorongan keluarga memberikan semangat tinggi kepadanya untuk terus berkecimpung dalam dunia seni. Beliau ketika ditanya mengenai bahan bacaan yang selalu dibaca menyatakan tidak pernah memilih, sebaliknya membaca apa saja buku yang menarik minatnya. “Apabila dia mahu beli buku, kadang-kadang dia pegang kulit buku saja. Jika kulit rasa sedap dipegang, dia akan beli buku itu. Banyak buku yang dibelinya, tidak kira apa jenis dan isu dengan hanya terpegang kulit buku,” kata Zurina. Sebelum menutup bicara, Pyan sempat memberitahu beliau sudah lapan tahun meninggalkan tabiat merokoknya ketika orang lain sibuk berkempen Tak Nak Merokok!. “Kempen `Saya Benci Dadah’ dan `Tak Nak Merokok’ dah lama dah. Saya sarankan bikin kempen baru, ‘Saya Benci Arak!’ dan `Tak Nak Judi!’’ katanya, penuh makna.

PROFIL Mohd Supyan Abdul Rahman ( Pyanhabib ) Umur 52 tahun Asal Taiping, Perak Aktiviti terkini Menyunting novel dan berlakon filem ‘Apokalips’ (karya Mamat Khalid) Isteri Zurina Zakariya (44) Anak Najihah (17) Ashman (14)

Pyan bersama pengarah, Mamat Khalid ketika menjalani penggambaran Apokalips di KL.

Perawan Alangkah nikmatnya jika waktu-waktu begini aku bersamamu di kamar yang peratusnya adalah kesenyapan. Sambil memetik-metik hujung jari-jarimu mengulit membelai mimpi di ranjang. Engkaupun menakluki keakuanku dan meleburnya tanpa rasa kesangsian. Degup jantungmu umpama hentakan tapak-tapak kuda. Malulah aku untuk menceritakan tentang harum tubuhmu itu. - Pyanhabib

Pyan membaca puisi dari komputer riba di Istana Budaya baru-baru ini kerana tidak mahu membazirkan kertas.


30

x

presi

Transisi

Membaca buku elektronik kini mula menjadi trend dalam kalangan penduduk negara maju seperti di Amerika.

e-Buku J

Bersama Dr PC

S

ALAH satu masalah yang sering dihadapi pengguna komputer adalah komputer tergantung (hang) yang menyebabkan aplikasi tidak dapat digunakan. Di antara puncanya adalah serangan virus, memori tidak mencukupi untuk menampung

Kindle menduduki senarai teratas produk terlaris Amazon sejak pertama kali diedarkan pada dua tahun lalu walaupun pembaca sebenarnya tidak memerlukan peranti itu untuk membaca bukubuku Kindle. Amazon juga menawarkan peranti pembaca e-buku kepada pengguna gajet telekomunikasi pintar seperti iPhone, iPad, Blackberry, Android dan juga pengguna komputer Mac dan Windows. Perkembangan itu banyak membantu meningkatkan jumlah pembeli e-buku dijual Amazon. Namun, pengguna Kindle juga diberikan jaminan keselamatan, di mana mereka masih boleh membaca buku yang dibeli walaupun peranti itu rosak atau hilang.

1. Bateri Jika bateri sudah penuh, elakkan dicaj lagi. Laptop lebih sejuk tanpa haba daripada bateri. Pengguna juga disarankan menggunakan kuasa adapter selepas mengecas bateri.

3. Skrin LCD Lapkan selalu dengan kain khas dan bukan dalam keadaan basah. Aktifkan aplikasi screen saver untuk menjimatkan kuasa bateri. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan minyak di jari menyukarkan proses pembersihan.

Oleh Mohd Azhan Othman dan Gan Yong Li

Berdasarkan laporan Publisher’s Weekly tahun lalu, jualan buku berkulit keras diramalkan meraih keuntungan kira-kira AS$4.4 bilion (RM14.13 bilion) pada 2009, membabitkan judul buku dewasa dan kanak-kanak. Buku berkulit biasa pula dijangka menjana perolehan AS$5.1 bilion (RM16.38), buku audio-AS$218 juta (RM700 juta) dan e-bukuAS$81 juta (RM260 juta). Namun, ia masih belum mengambil kira jumlah keuntungan diperoleh daripada buku teks, kitab-kitab agama dan buku-buku profesional. Publisher’s Weekly menganggarkan keseluruhan pasaran buku mencecah AS$35 bilion (RM112 bilion) pada 2009. Amazon berkata, jualan peranti pembaca e-buku Kindle meningkat tiga kali ganda sejak syarikat itu mengurangkan harga daripada AS$260 (RM835) kepada AS$190 (RM610).

Tip penjagaan komputer riba

2. Papan Kekunci Letakkan sekeping kertas A4 di atas papan kekunci bagi mengelak peranti dimasuki habuk. Cuba elak meletak minuman atau makanan berhampiran papan kekunci.

atasi buku konvensional UALAN buku elektronik atau e-buku buat kali pertama mengatasi buku konvensional kulit keras di pasaran, menurut syarikat buku dalam talian, Amazon.com. Menurut Amazon, sebanyak 143 e-buku bagi setiap 100 buku kulit keras sudah dijual pada suku kedua tahunan dan kadar itu semakin meningkat. Pada bulan lalu, Amazon menjual 180 e-buku bagi setiap 100 buku kulit keras. Jumlah itu adalah tiga kali ganda dan ia menyamai jualan ebuku pada enam bulan pertama tahun ini, sama seperti dicatatkan pada separuh pertama 2009. Kedai buku Amazon’s Kindle kini menawarkan lebih 630,000 buku dan ditambah dengan 1.8 juta buku yang tiada hak cipta. Namun, keseluruhan pasaran e-buku masih lemah berbanding keuntungan diperoleh syarikat percetakan buku konvensional.

30 JULAI - 12 OGOS 2010

4. Haba Panas Pastikan ada ruang mengeluarkan haba panas. Elakkan meletakkan laptop di atas bantal atau tilam. Gunakan pad penyejuk untuk meredakan kepanasan laptop.

K e tika Amazon tidak menyediakan butiran mengenai jualan daripada pelbagai platform itu, ramai menjangkakan majoriti besar pengguna akan muncul menerusi peranti Kindle. Ini kerana sambungan 3G percuma membuatkan proses pembelian buku menjadi mudah dan tidak membebankan. Penjualan e-buku Amazon juga dibantu dengan fakta mengenai purata harga buku kulit keras yang bernilai sekitar AS$26 (RM83) berbanding buku-buku Kindle yang jauh lebih

5. Port Kerap bersihkan menggunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika kerja membersih dilakukan.

murah. Menurut Amazon, lebih 510,000 judul dalam katalog ebuku syarikat itu cuma bernilai AS$10 (RM32) atau kurang dan pengguna cuma perlu mendapatkan sekitar 11 e-buku untuk menyamakan kos membeli peranti Kindle. Justeru, tidak menghairankan kenapa Ketua Pegawai Eksekutif, Jeff Bezos kelihatan begitu gembira dengan perkembangan positif hasil daripada penjualan e-buku.

Masalah komputer hang program sedang dijalankan atau perkakasan terlalu panas. Apabila mendapati komputer hang, seseorang pengguna itu kebiasaannya mematikan ataupun menghidupkan semula komputer. Namun, tindakan itu bukan saja menyebabkan kehilangan data, tetapi turut merosakkan komputer anda.

Sebenarnya, jika anda mengalami masalah itu, apa perlu dilakukan ialah tekan butang Ctrl+Alt+Del pada papan kekunci secara serentak. Satu tetingkap Windows Task Manager akan terpapar seperti gambar rajah di bawah: Menerusi tetingkap itu, anda akan dapat mengetahui status aplikasi sama ada ia masih

beroperasi (running) ataupun sebaliknya (not responding). Bagi menutup aplikasi not responding, cuma klik pada nama aplikasi itu dan disusuli satu lagi klik pada butang End Task. Hasilnya, masalah komputer hang sudah dapat diselesaikan tanpa perlu mematikan dana menghidupkan semula komputer anda.

Tetingkap Windows Task Manager membantu mengatasi masalah komputer hang.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

x

presi

Transisi

31

Hidup terbalik dek Piala Dunia Oleh Muhammad Amsyari Ismail

J

IKA anda menonton saluran 801 Astro Arena sepanjang bola sepak Piala Dunia 2010 pada 11 Jun hingga 12 Julai lalu, suara ulasan Akbar Sahari, 35, setia menemani anda mengulas perlawanan di pentas tertinggi

dunia itu. A k b a r mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pengulas pertama di negara ini mengulas perlawanan Piala Dunia dalam bahasa Melayu. “Saya bangga kerana diberi

kepercayaan oleh Astro Arena untuk mengulas perlawanan Piala Dunia dalam bahasa Melayu. Ia kenangan paling manis sejak melibatkan diri dalam bidang pengulasan sukan. “Tugas mengulas perlawanan Piala Dunia bukan mudah. Jadi, sebaik diberi peluang, saya terima dengan hati terbuka. “Saya kurang yakin ketika mula menerima peluang ini, tetapi saya cepat merujuk kepada ‘sifu’ saya, Zainal Abidin Rawop, yang banyak memberi nasihat dan ga-

lakan sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung,” katanya. Bagi membuang perasaan tersebut, Akbar banyak bertanya kepada Zainal dan rakan-rakan selain mencari bahan rujukan mengenai pasukan, pemain dan sejarah Piala Dunia. “Sebaik saja kick-off, semuanya mudah dan senang tanpa diganggu perasaan gementar. Ketika itu, saya mengulas perlawanan pembukaan membabitkan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico, berkesudahan 1-1. Selepas ulasan selesai, saya rasa puas dan seronok. “Sepanjang demam bola, saya diberi kepercayaan membuat ulasan untuk 35 perlawanan siaran langsung,” katanya lagi. Antara pengalaman paling berat dirasai Akbar sepanjang Piala Dunia lalu adalah mengulas tiga perlawanan sehari. “Saya terpaksa berjaga jam 7 malam hingga 5.30 pagi pada esok hari. Saya juga perlu tahu info mengenai enam pasukan yang beraksi setiap hari. “Pelbagai cara saya buat untuk hilangkan mengantuk seperti minum kopi O. Pada sebelah siang, saya perlu rehat secukupnya,” katanya. Menurutnya, ketika itu kehidupan hariannya tidak seperti orang lain kerana rutin hidupnya terbalik. Jika individu lain sibuk ke pejabat, Akbar pula pulang ke rumah untuk berehat dan begitu juga sebaliknya. Malah, masa bersama isteri tercinta, Noorsuzilawati Mohd Noor dan dua anaknya, Putera Hazrik Danial, 4, dan Puteri Aleeya Danielle (sembilan bulan) terpaksa dikorbankan sepanjang kejohanan dunia itu berlangsung. “Saya sudah beritahu isteri dan anak bahawa saya akan si-

Rakan-rakan krew produksi Astro Arena banyak membantu menjayakan kempen Piala Dunia.

buk selama sebulan. “Isteri faham tugas saya, tetapi anakanak ada juga merungut. Mujur isteri banyak memainkan peranan menjelaskan situasi ini. Namun, selepas seminggu mereka sudah biasa dan faham tugas saya,” katanya. “Malah, sebaik saja tamat Piala Dunia pada 12 Julai lalu, saya terpaksa ambil masa menyesuaikan diri kembali kepada rutin asal. Seminggu juga saya susah tidur. “Jika tidur jam 11 malam, saya pasti akan bangun jam 2.30 pagi dan berjaga hingga 6.30 Akbar bersama isteri, Noorsuzilawati pagi. Bayangkan, pe- dan anak, Putera Hazrik Danial dan jabat sudah jadi rumah Puteri Aleeya Danielle. pertama saya ketika Piabahasa Melayu. la Dunia lalu,” katanya. Malah, dia juga mahu menKetika impian mengulas Piala Dunia tercapai, Akbar jadi sehebat pengulas sukan takini memasang impian untuk nah air lain seperti Zainal, Hasmengulas perlawanan Liga bullah Awang, Shaukei Kahar Perdana Inggeris (EPL) dalam dan Datuk Rahim Razali.

Arena hangatkan sukan tempatan

K

EMUNCULAN saluran televisyen (tv) baru Astro Arena (Saluran 801) mencetuskan fenomena baru kepada penonton Malaysia dengan menawarkan liputan kejohanan domestik secara langsung dengan lebih banyak waktu siaran. Walaupun tumpuan diberikan kepada sukan tempatan, tetapi Astro Arena baru-baru ini juga menyiarkan 35 perlawanan langsung dan tertunda Piala Dunia 2010. Arena turut melakar sejarah tersendiri apabila kejohanan dunia itu diulas dalam bahasa Malaysia. Lagenda Astro Arena (Saluran 801), juga bekas jaguh trek tanah air, Marina Chin berkata, Astro Arena menjadi pelengkap kepada usaha negara membangunkan sukan di persada antarabangsa. “Kita sering saksikan stesen tv hanya memberi fokus

MARINA CHIN kepada hiburan, sedangkan sukan juga elemen hiburan yang diminati seluruh lapisan masyarakat. “Kemunculan saluran sukan Malaysia pertama yang dibuat 24 jam sehari dan disampaikan dalam bahasa Malaysia secara tidak langsung mampu mendidik, merangsang minat dan semangat bakat muda tempatan untuk lebih cemerlang dalam sukan tanah air,” katanya.


32

x

presi

Transisi

Ekstrem jiwa Fariq

FARIQ MOHAMED ESA Asal Kajang

Tarikh Lahir 20 Mac 1983 Isteri Izzati Nazri Pencapaian

• • • • • •

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

B

UKAN sebarangan orang mampu melakukan aksi mendebarkan kerana jika silap langkah, buruk padahnya. Tidak ramai yang sanggup melakukan aksi terbang di udara dengan hanya menggunakan kasut roda oleh Fariq Mohamed Esa, penggiat sukan lasak atau dikenali sebagai X-Games. Itulah hobi dan karier Fariq atau lebih mesra dengan panggilan Ed. Dulu, sukan ekstrem dipandang negatif dan membuang masa, juga berbahaya kerana dimainkan di tempat tidak sesuai seperti tepi jalan, lampu isyarat dan kaki lima. Tetapi, ia kini diiktiraf Kerajaan sebagai program sukan lasak. Ed berkata, pengaruh sukan lasak terutama inline skate belum meluas ketika dia bermula berjinak dengan sukan itu awal 90-an. “Ketika itu, kekurangan pendedahan dan publisiti mengenai sukan ini amat ketara.

“Saya mula berminat mencubanya ketika melihat pakcik saya aktif bermain roller blade. Tidak silap saya pada 1996. “Dua tahun selepas itu, minat saya terhadap sukan ini semakin mendalam. Saya mula kumpul duit belanja sekolah untuk beli roller skate milik seorang rakan. “Sejak itu, saya mula bermain bersama rakan lain yang turut meminati sukan ini,” katanya. Menurutnya, kekurangan kemudahan X-Games menyebabkan mereka menjadikan kawasan taman dan jalan raya sebagai tempat latihan. Dia juga turut mencipta ramp kecil diperbuat daripada kayu agar dapat mencuba teknik lebih menarik. Siapa sangka, sekadar bermula di jalanan dan kawasan taman, nasib Ed berubah apabila skil dan bakat dimilikinya itu dihidu sebuah syarikat penajaan

30 JULAI - 12 OGOS 2010

sukan yang memintanya melakukan demo. Dari satu demo ke demo lain, Ed terpilih mewakili negara ke kejohanan antarabangsa. Pencapaian terbaik pemuda berasal dari Kajang, Selangor ini adalah dinobatkan sebagai pemain terbaik Asia pada 2003 dan 2004. Walaupun pernah terlintas di fikiran untuk berundur daripada sukan itu selepas berehat dua tahun akibat kecederaan serius (patah kaki) pada 2006, Ed masih tidak mahu menyerah kalah. Kini, walaupun baru saja me-

langsungkan perkahwinan dengan insan tercinta, Izzati Nazri, 22, bulan lalu, Ed memutuskan untuk tidak akan meninggalkan inline skate. “Sukan ini sudah sebati dalam diri. Seminggu tidak bermain, saya seperti hilang arah kerana hampir 13 tahun saya mengabdikan diri. Ia bagai makanan harian saya. “Lain rasanya jika tidak bermain roller blade walaupun sehari. Saya akan cuba luangkan masa mempraktikan skil baru dan melakukan beberapa aksi gaya bebas.

Juara keseluruhan Kejohanan Asian X-Games 2004 dan 2005 Kedua Asian Indoor Games di Macau (2007) Juara keseluruhan Cabaran Red Bull Kuala Lumpur 2008 Juara keseluruhan X-Games Malaysia (2003) • Keempat XGames Terbuka Indonesia (2009) • Keempat X-Games Terbuka Singapura

“ Mungkin ada yang anggap saya gila. Tetapi permainan ini memberi saya kepuasan maksimum,” katanya. Selain menjadi atlet negara, Ed turut diberi tanggungjawab sebagai jurulatih kebangsaan untuk melatih pelapis sukan itu. Pada masa sama, dia turut bertugas sebagai Pembantu Teknikal Bahagian Pengurusan Acara di Taman Cabaran, Putrajaya di bawah kendalian, Perbadanan Putrajaya. Ed juga berjinak dalam perniagaan peralatan dan aksesori inline skate. Justeru, dia mengalualukan sesiapa yang berminat mendapatkan barang itu supaya melayari roller.unite@gmail.com.

Kontroversi fesyen rambut gaya Iran

B

Seorang pegawai HCC menunjukkan contoh gaya rambut untuk lelaki Iran.

ARU-BARU ini pertubuhan fesyen, Persidangan Hijab dan Kesucian (HCC) menyenaraikan contoh gaya potongan rambut lelaki yang bersesuaian dengan budaya masyarakat Republik Islam itu. Usaha terbaru ditawarkan persatuan bukan kerajaan itu bertujuan menangkis fesyen rambut gaya Barat yang semakin menular dalam kalangan muda-mudi Iran selain menjadi agen promosi kepada budaya Islam dan negara itu. HCC menyatakan fesyen rambut terbaru tersebut kini sedang dalam proses kelulusan Kementerian Kebudayaan Iran dan jika diluluskan, ia akan menjadi satusatunya undang-undang membabitkan gaya rambut lelaki yang dikuat kuasakan sejak Revolusi Islam 1979. Ketua HCC, Jaleh Khodayar berkata, ia sudah diluluskan secara tidak rasmi dan kenyataan rasmi dijangka menyusul kemudian. Namun, orang ramai, termasuk pengusa-

ha salun memberikan pelbagai pendapat berbeza mengenai pengumuman gaya rambut terbaru itu. Sejak tercetus gerakan ‘reformasi’ di Iran pada lewat 1990-an, pakaian dan gaya rambut kerap muncul sebagai penyataan dan ekspresi politik di republik berkenaan. Ramai wanita muda seperti sengaja mencabar pihak berkuasa dengan menunjukkan sebahagian rambut di sebalik skaf mereka selain memakai tudung pendek dan ketat. Golongan lelaki pula dengan berani menggayakan fesyen rambut panjang dan memakai anting-anting. Walaupun dipandang sinis media Barat dan kumpulan liberal, hakikatnya, tiada model dalam senarai gaya rambut baru itu menampikan fesyen yang boleh dilabelkan sebagai fesyen ‘warak’. Barangkali HCC menganggap ia sebagai salah satu cara menarik minat golongan remaja dan belia Iran memotong

rambut dengan gaya rambut baru itu. Buktinya, pelbagai gaya potongan rambut membabitkan pelbagai tekstur rambut daripada jenis keriting hingga kepada rambut lurus dipaparkan dalam poster gaya rambut baru itu. Ini termasuk gaya rambut berwarna seperti fesyen 50-an, lengkap dengan jambang hingga kepada fesyen rambut seperti aktor Britain 60-an, Hugh Grant. Walaupun perkembangan terbaru itu mencetuskan pelbagai pendapat di segi pro dan kontra, terutama pihak yang menyokong fahaman liberal, ia setidaktidaknya menawarkan pilihan kepada masyarakat negara itu. Ketika negara-negara Islam lain hanya mampu terpana dengan asimilasi budaya Barat hingga dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan tempatan, kemunculan Iran dengan fesyen rambut itu boleh saja dianggap sebagai bentuk perjuangan baru dalam usaha menentang dominasi pengaruh luar.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi

SEJARAH LAGU KEBANGSAAN Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England. Sultan Idris Murshiduladzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan Negeri Perak dari tahun 1887 hingga tahun 1916. Pada masa pertabalan Raja Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris telah berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ke-

tua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan. Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik. Beliau walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri tidak mahu mengaku kalah. Beliau memberitahu Pegawai Protokol tersebut bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi not lagu tersebut tidak dibawa bersama. Namun begitu beliau menyatakan bahawa beliau boleh memainkan lagu tersebut tanpa not. Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari

LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Ma-

laysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia. Satu lagi sumber mengenai asal usul lagu Negaraku ialah cerita yang disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan

daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul. Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan. Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman. Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles

di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857. Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.

LIRIK LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta

Sumber Perpustakaan Negara

33


34

BISNES

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Ikan air tawar teman baru Izwan

Oleh Rudysham Abd Raof

B

www.transisi.com.my

ERGELAR selebriti tidak membuatkan Izwan Pilus terus hanyut dalam dunia hiburan tanah air. Malah, rezeki yang diperoleh menerusi nyanyian atau sebagai pengacara itu mampu menjadikannya berdikari apabila menjalankan perniagaan dalam bidang penternakan ikan air tawar. Menggunakan jenama Nyalas Akuakultur, Izwan mengusahakan kolam ikan air tawar bersama bapanya, Pilus Mohd Jani sejak awal tahun lalu dan mereka kini boleh berbangga apabila memiliki empat kolam ternak pelbagai jenis ikan dengan hanya bermodalkan RM10,000. Anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak sedikitpun berasa malu bergelar pengusaha ternakan ikan air tawar. Malah, dia berbangga kerana apa dilakukannya itu adalah usaha murni yang mampu menjamin masa depan. “Nama Nyalas Akuakultur diambil sempena nama kampung ayah, Nyalas di Jasin, Melaka. Di Nyalas jugalah pusat penternakan ikan ini saya usahakan. Saya berbangga kerana semua pihak, terutama keluarga memberi galakan kepada saya menceburi bidang ini.

“Biarpun saya artis, tetapi saya tidak malu mengusahakan penternakan ikan air tawar ini kerana ia rezeki halal. Lagipun, saya berminat dalam bidang ini sejak kecil lagi,” katanya. Sememangnya, kata Izwan, ilham menceburi bidang perniagaan berasaskan penternakan ikan air tawar seperti keli dan tilapia tidak pernah terjangkau di fikiran. Namun, selepas setahun menceburi bidang seni suara dan pengacaraan, beliau yang cukup popular dengan lagu ‘Indah Lelapku’ dan ‘Kembali Senyum’ mula memikirkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan. “Kebetulan selepas setahun aktif dalam bidang seni, ayah, yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, bersara. Dia cadangkan supaya kembangkan ternakan ikan tilapia yang sudah mula diusahakan sepupu saya, Mohd Zieham Idros atau abang Am sejak setahun lalu,” katanya. Dengan menyediakan kos pelaburan diperlukan dan menjadikan tanah milik bapa abang

Am sebagai lokasi ternakan, kini selain satu kolam yang digali untuk tilapia, ada tiga lagi kolam batu dibina khusus untuk ternakan keli. Setakat ini, Izwan sudah tiga kali menuai hasil tilapia, manakala sejumlah 5,000 keli berusia sebulan lebih di kolam batu hanya perlu menanti dua bulan lagi sebelum dapat dijual. “Prospek ternakan ikan air tawar ini memang boleh pergi lebih jauh memandangkan perancangan pihak Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang sedang berusaha menjadikan Air Kangkung di Jasin sebagai pusat pengumpulan ikan,” jelasnya. Izwan kini bercadang mengembangkan lagi perniagaan seperti itu, terutama produk akhir selain merancang menjadi pembekal keli salai. Graduan lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan itu memang tidak pernah duduk diam. Ada saja kelapangan dia akan kembali ke kampung menjenguk hasil ternakannya. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik dan SMK Simpang Bekok, Johor itu

ya!

BORANG LANGGANAN

TRANS

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

POS KEPADA Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Amaun :

ISI

Nama

album tersebut dan turut mencipta lagu supaya kehadiran saya dalam industri seni terus diingati peminat,” katanya. Ditanya sama ada dia ingin mengubah haluan seninya dengan menjadi pelakon, Izwan mengakui bahawa dia tidak begitu sesuai dalam seni lakon. “Saya tidak pandai berlakon. Walaupun ada tawaran dan pernah berlakon watak sampingan dalam beberapa drama, ia tidak menaikkan semangat saya untuk terus berlakon. Saya akan terus tumpukan perhatian dalam dunia seni suara,” katanya.

BUTIR BAYARAN

saya melangganingin akhbar

BUTIRAN PERIBADI

berkata, kelebihan menternak ikan di Nyalas ialah air digunakan dipam dari sungai ke dalam kolam. “Ini menjadikan ikan lebih segar dengan mendapat persekitaran yang lebih semula jadi. Kolam batu pula perlu dialirkan dan dikitar air supaya ia terjamin bersih dan sihat untuk pembesaran keli,” katanya. Ketika ditanya sama ada beliau tidak geli dengan ikan ternakannya, Izwan menyatakan tidak pernah, tetapi mengakui sentiasa berhatihati apabila menangkap ikan-ikan tersebut kerana sengat keli amat bisa. “Saya tidak geli. Malah saya suka makan keli. Tetapi saya perlu berhati-hati kerana keli ada sengat yang bisa. Jadi, untuk menangkapnya saya perlu serahkan tugas itu kepada bapa saya,” katanya. Bercakap mengenai album kedua, Izwan berkata, dia sedang sibuk mencari ilham menerbitkan album sendiri walaupun mengakui suasana industri muzik tanah air agak perlahan dan tidak begitu memberangsangkan. “Apapun, saya akan cuba pastikan album kedua ini disiapkan sepenuhnya awal tahun depan. Saya sendiri akan terbitkan sendiri

Wang Pos

Cek

Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’)

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi@transisi.com.my

Pembayaran melalui akaun Bank Islam (Acc No: 02093010000010) No :

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

(Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

Tel (Pejabat):

PROFIL

BUTIR LANGGANAN Status langganan:

Baru

Persendirian

TRANSISI

:

Pembaharuan

26 keluaran - RM52.00

Korporat

UMUR

:

21-25

26-30

31-35

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengarah

Pelajar

13 keluaran - RM26.00 BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832

Faks: (603) 26949 228

Emel : khairi@transisi.com.my

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

36 DAN KEATAS Lain-Lain

Pengurus Besar

at yar k t-s an a r tida a Sy ggan aran alikan y n la mba emb talan e ik a • P kan d emb a tuk p n. a n u ggan lan


30 JULAI - 12 OGOS 2010

GLOBAL

Transisi

35

Siapa pengganti Mubarak? P

ADA 14 Oktober ini, genap 29 tahun Hosni Mubarak menjadi Presiden Mesir selepas menggantikan bekas Presiden Anwar Sadat yang mati dibunuh. Walaupun masih ada setahun lebih lagi sebelum pilihan raya baru berlangsung, pelbagai spekulasi sudah mula tercetus dengan banyak pihak menyatakan anak lelakinya, Gamal sedang dipersiapkan untuk mengambil alih jawatan beliau. Mubarak turut menjadi bahan jenaka penduduk negara itu yang merujuk beliau sebagai ‘firaun terakhir’ Mesir kerana hingga kini beliau belum menamakan penggantinya. Andaian Mubarak tidak akan bertanding dalam pilihan raya September tahun depan akibat faktor usia dan kesihatan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai siapa calon yang layak menduduki kerusi nombor satu negara Afrika itu. Berdasarkan rekod pilihan raya yang didakwa tidak pernah telus dan bebas, pemerhati dan penganalisis politik meramalkan peralihan dinasti mungkin berlaku di Mesir. Tahun ini dikatakan masa paling sesuai menentukan Presiden baru Mesir kerana setiap pencabar perlu segera mengorak langkah merebut peluang menyandang jawatan tertinggi itu. Anak lelaki bongsu Mubarak, Gamal disebut sebagai pengganti paling hampir yang akan menggantikan tempat bapanya itu. Beliau bekerja sebagai eksekutif pelaburan dalam sektor

perbankan di London sebelum pulang ke Mesir untuk menyertai politik. Pada 2002, namanya diserahkan kepada sekretariat dasar Parti Nasional Demokrat (NDP) yang menguasai pentadbiran kerajaan. Selain mengumpul reputasi hebat dengan pujian melambung

Kumpulan pembangkang melancarkan protes terhadap Mubarak di ibu kota Kaherah, tahun lalu.

GAMAL MUBARAK atas usaha memperkenalkan siri reformasi dan liberalisasi ekonomi di Mesir, Gamal turut meraih sokongan kuat daripada golongan elit perniagaan negara itu. Walaupun tidak popular dalam kalangan rakyat kebanyakan, beliau dijangka cuba menaikkan imejnya di mata umum menerusi kawalan ke atas media kerajaan. Apa yang lebih dibimbangkan Gamal adalah kehadiran beberapa pencabar lain yang mampu menentang usahanya memburu jawatan Presiden menerusi saluran sah pilihan raya. Antaranya adalah bekas ketua pengarah Agensi Tenaga Atom

Rasionalisasi

alam yang hilang

S

EBENARNYA, ada isu lebih besar perlu difikirkan selain bertegang urat berhujah mengenai polemik istilah ‘pelarasan’ dan ‘rasionalisasi subsidi’ untuk menggantikan perkataan ‘kenaikan’ bagi harga petrol dan beberapa barangan lain. Hakikat yang perlu diakui ialah dunia kita sekarang sedang bergelut dengan krisis tenaga

yang semakin meruncing kerana fakta membuktikan petroleum bukanlah sumber galian yang boleh diperbaharui. Proses pembentukan petroleum berlaku secara semula jadi membabitkan campuran kompleks hidrokarbon daripada pelbagai berat molekular dan sebatian organik lain. Ia bukan berlaku setahun dua, tetapi mengambil masa berjuta-juta

Antarabangsa (IAEA) dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2005, Mohamed ElBaradei yang mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden jika pilihan raya diadakan dengan bebas. Populariti beliau sebagai pencabar Gamal dapat dilihat menerusi kehadiran beribu-ribu penyokongnya sambil membawa sepanduk bertulis, ‘Ya, ElBaradei Presiden Mesir’ ketika menyambut kepulangannya ke Kaherah pada 19 Februari lalu. Namun, pencalonan bersyarat dikemukakan itu dalam usaha mengubah demokrasi sistem politik Mesir dianggap masih belum mampu mendapatkan cukup mandat Perlembagaan dan sokongan penyokong Mubarak. “Jika kita mencari potensi konflik atau pengkhianatan elit, kita tidak akan menemukannya,” kata penganalisis politik di Unitahun. Pertambahan jumlah penduduk dunia yang secara tidak langsung mempengaruhi keluk permintaan bahan-bahan keperluan berasaskan petroleum menjadikan rizab sumber bumi itu kian mengecil. Perlu diketahui bahawa petroleum bukan sekadar dijadikan sebagai bahan bakar enjin, tetapi ia juga digunakan secara meluas untuk menghasilkan bahan pengguna lain, terutama produk kimia seperti plastik, ubat-ubatan, pelarut, baja dan racun perosak. Benar, usaha cari gali sentiasa berterusan dan telaga-telaga minyak baru akan ditemui. Namun, proses tersebut tetap akan

versiti Kent State, Joshua Stacher di Amerika Syarikat. “Apabila ElBaradei keluar dan berkata dia akan bertanding jawatan Presiden, saya tidak nampak seorang pun keluar dan beritahu itu idea baik dan mereka bersama beliau,” katanya lagi. Selain ElBaradei, Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman juga antara pemimpin yang disebut sebagai calon pengganti Mubarak walaupun beliau tidak pernah mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden. Namanya menjadi sebutan berdasarkan sejarah tiga Presiden terdahulu, sejak kejatuhan pemerintahan monarki Mesir, yang terdiri daripada kalangan anggota tentera. Justeru jika faktor latar ketenteraan menjadi isu, pemilihan Omar sebagai calon Presiden bukanlah mengejutkan. mencapai kepada tahap kemuncak, di mana dunia kemarau daripada sumber emas hitam itu. Akan tiba suatu masa kecanduan melampau terhadap sumber galian itu menjadi racun yang perlahan-lahan memusnahkan ekosistem manusia pada masa akan datang. Kita sedia maklum mengenai pelbagai kajian dilakukan golongan intelektual bagi mencari sumber alternatif sebagai pengganti petroleum. Persoalannya, sejauh manakah semua kajian itu direalisasikan bersungguhsungguh dengan mendapat sokongan kerajaan setiap negara dunia? Di sini, kita akhirnya menyedari betapa di sebalik is-

Menurut penganalisis, selain dua tokoh ternama itu, kewujudan pemimpin kumpulan pembangkang pro demokrasi masih tidak cukup kuat untuk melakukan kejutan pada pilihan raya akan datang. Kumpulan pembangkang berpengaruh Mesir, Ikhwan Muslimin pula masih jauh untuk dile-takkan sebagai pencabar Gamal berikutan pindaan Perlembagaan 2007 yang melarang pembabitan sebarang parti politik berasaskan agama. Namun, berdasarkan sejarah Mesir yang menyaksikan dua bekas Presiden terdahulu meninggal dunia ketika berkhidmat, peluang melihat Mubarak melepaskan jawatan boleh saja dianggap mustahil. Tambahan lagi, beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi tidak akan bertanding lagi. tilah politik dan ekonomi yang kadangkala kedengaran seperti sengaja disukarkan, itu semua sebenarnya tidak lebih daripada konflik perebutan kuasa kelompok kapitalis. Berbanding petroleum yang memberi kurnia berbilion ringgit dan menjadi tuhan penentu dominasi politik, apalah sangat yang mahu dipedulikan mengenai kewujudan tenaga-tenaga alternatif percuma itu. Ya, dunia hari ini mengajar kita menghumban istilah pelarasan dan rasionalisasi alam kepada puak naturalis alam sekitar yang tidak ubah bagai anjing menyalak bukit.


36

AGAMA

HADIS: Sabda Rasullah SAW: Sampaikanlah (sumber) daripadaku sekalipun satu ayat - Riwayat Al-Bukhari

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

Ramadan penuh fadilat Oleh Ust Jeffri Bujang

PUASA Ramadan adalah rukun Islam yang wajib kita laksanakan. Banyak kelebihan diturunkan Allah pada bulan ini berbanding bulan-bulan lain. Dikatakan, apabila tiba saja Ramadan, jin dan syaitan diikat, pintu neraka di tutup dan pintu syurga dibuka seluasnya untuk menerima amalan-amalan baik yang di lakukan orang beriman. Antara keistimewaan puasa adalah Allah menggandakan pahala orang berpuasa melebihi amalan lain. Mereka akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika menikmati juadah berbuka dan ketika menemui Allah. Dikatakan, mulut orang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi. Apatah lagi ganjaran di akhirat, ia tentunya lebih besar berbanding di dunia. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah juga perlu dihindari agar tidak mencacatkan pahala puasa. Rugilah jika seharian berpuasa tetapi tidak mendapat keberkatan Allah selain hanya penat dan dahaga. Kita juga diingatkan supaya memelihara lidah daripada berbicara perkara sia-sia dan tidak berfaedah serta menyinggung hati orang lain. Ada pepatah mengatakan bahawa lidah itu umpama pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu. Berdiam diri atau memperbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut syariat. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 12 bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu men-gumpat sebahagian lain, apakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang sudah mati? Nescaya kamu tidak menyukainya. Berbuka dengan tidak berlebihan hingga perut penuh. Ini kerana Allah tidak menyukai dan membenci bekas yang penuh iaitu perut yang penuh. Rasulullah menganjurkan kita berbuka dengan kurma. Dari Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW biasa berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat. Jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan kurma. Jika tidak ada kurma, beliau minum dengan satu tegukan air.” Justeru semasa berbuka, eloklah makan makanan mudah hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar sederhana. Malah, sewaktu bulan puasa inilah peluang kita untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan harian daripada berlaku permbaziran.

Bersederhanalah ketika berbuka ataupun bersahur dan janganlah diikutkan selera nafsu ketika berkunjung ke bazar Ramadan. Mereka yang diwajibkan berpuasa hendaklah seorang muslim. Tidak sah puasa orang kafir kerana ia adalah ibadah, sebaliknya orang kafir bukan ahli ibadah. Selain itu, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih daripada haid dan nifas juga menjadi rukun puasa. Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak kerana tidak baligh, tetapi digalakkan bagi melatih mereka berpuasa dan tiada paksaan. Islam juga memberi kelonggaran kepada umatnya yang bermusafir kerana ia ditakuti ditimpa mudarat. Jika tidak memudaratkan, lebih baik diteruskan berpuasa supaya tidak perlu menggantikannya kelak. Ini kerana puasa yang ditinggalkan pada Ramadan wajib diganti. Kelonggaran juga diberikan kepada orang sakit, termasuk ibu mengandung bagi menjaga bayi dalam kandungan. Ramadan mempunyai kelebihan di sepuluh malam terakhir Lailatul Qadar yang tidak diketahui bilakah malam tersebut. Rasulullah sendiri memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir bersama keluarganya. Firman Allah dalam surah AlQadar, ayat 3 bermaksud: “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. Pada malam itu, malaikat akan turun bersama rahmat Allah bagi memuliakannya. Bagi umat Islam yang menghidupkan malam tersebut dengan rasa keimanan, maka Allah akan mengampunkan dosa hambaNya itu. Justeru, penulis mengajak semua umat Islam memanfaatkan sepuluh malam terakhir penuh keberkatan ini dengan amalan zikir dan ibadah lain serta berdoa kepada-Nya. Ketika Ramadan juga ada tanggungjawab yang wajib dilakukan bagi melengkapkan puasa kita iaitu membayar zakat fitrah, juga salah satu rukun Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam. Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadan dan hukumnya sunat jika membayar selepas fajar Hari Raya pertama hingga waktu solat Hari Raya. Namun, ia tidak dikira sebagai zakat fitrah jika dibayar selepas solat Hari Raya. Sebaliknya dianggap sebagai sedekah dan hukumnya makruh. Ia haram pula sekiranya zakat itu dibayar selepas berakhir Hari

Raya Pertama. Jadi, sangat rugi jika kita tidak membayar zakat awal kerana ditakuti terlupa. Setiap ibadah sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapat gangguan syaitan dan lain-lain supaya ibadah tersebut batal atau tidak diberikan pahala di sisi Allah. Justeru, janganlah jadikan ibadah anda sia-sia selain perlu tahu matlamat sesuatu ibadah itu diwajibkan dan hikmahnya. Dengan itu, barulah kita mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan bersemangat. Puasa juga mempunyai banyak kelebihan di sudut kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan atau masalah obes dengan cara sihat melalui pengawalan kandungan gula dan merehatkan perut. Puasa turut mendisiplinkan diri supaya berhenti merokok, di mana perokok meninggalkan rokok pada siang hari kerana berpuasa, manakala sebelah malam pula mereka boleh sibukkan diri dengan amalan solat Tarawih.

HIKMAH DAN KELEBIHAN PUASA:

1. Menyedarkan kita bahawa setiap gerak geri kita di perhatikan Allah untuk ditimbang ketika kiamat kelak. 2. Memberi kesegaran fizikal dan mental. 3. Merehatkan seketika perut daripada penghadaman makanan dan toksik. 4. Kekenyangan berlebihan mendidik seseorang malas bekerja, manakala jiwa menjadi keras. 5. Menyuburkan perasaan kasih sayang dan menanam sifat prihatin terhadap orang susah. Kesimpulannya, amalan berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal selain menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci dengan natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Namun, ganjaran yang menanti orang berpuasa tentunya lebih besar di akhirat kelak. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu dikenali dengan nama Rayyan, di mana memasuki daripadanya orangorang berpuasa dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Soal/ Jawab

APAKAH hukum jika ketika wukuf, di mana kita disuruh menangis dan meratap memohon ampun atas kesalahan dan dosa, tiba-tiba datang ingatan bahawa perbuatan itu seakan perbuatan penganut lain. Tetapi selepas itu sempat beristighfar. Ketika berwukuf di Arafah, lebih baik membanyakkan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, bertahlil, bertasbih dan membaca doa, khasnya doa wukuf seperti disarankan Lembaga Tabung Haji dalam buku berjudul, ‘Ibadat haji Umrah dan Ziarah’. Apapun, yang dimaksudkan menangis memohon ampun atas ke-salahan dan dosa itu bukanlah merujuk kepada ratapan keterlaluan dengan suara kuat. Tetapi sekadar menitiskan air mata tanpa disedari kerana kesal dengan dosa-dosa lalu. Ramai umat Islam sering menghadiri jamuan di hotel. Sejauh manakah dapat dipastikan status halal makanan yang dihidangkan di hotel-hotel seluruh negara, khasnya Kuala Lumpur? Pihak kerajaan mewujudkan prosedur logo halal bagi hotel-hotel dan premis-premis makanan halal. Jika lihat ada tanda logo halal dikeluarkan Jakim pada premis/hotel tersebut, maka bolehlah guna/makan makanan disediakan hotel itu. Anda berhak bertanya mengenai sijil halal kepada pihak pengurusan hotel itu. Saudara saya (lelaki) mewarnakan rambutnya dengan pewarna yang terdapat di pasaran. Saya ada melihat tanda halal (Jakim) pada kotak pewarna rambut. Bolehkah dia (lelaki) atau saya mewarnakan rambut kerana saya rasa ia kelihatan lebih cantik, bersinar dan menarik perhatian. Apakah warna pewarna yang dibolehkan? 1. Tanda halal dikeluarkan Jakim adalah bagi memastikan sesuatu barangan halal dimakan/digunakan. Tetapi, seseorang itu masih terikat dengan hukum syarak di segi penggunaannya seperti seorang perempuan menyalahgunakan pewarna rambut itu untuk tujuan berhias kepada selain daripada suaminya atau bertujuan menunjuk-nunjuk, maka ia haram. 2. Warna hitam haram digunakan.

Ust Jeffri Bujang

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Apakah hukum wanita memasuki masjid semasa haid kerana menghadiri majlis pernikahan? Wanita yang sedang dalam hadas besar (haid) haram memasuki masjid (tempat sembahyang). Dalam situasi itu, wanita tersebut hendaklah duduk di luar seperti anjung masjid atau tidak perlu hadir ke majlis akad nikah yang diadakan di masjid. Hak penjagaan anak selepas ibu bapa bercerai? Di bawah undang-undang Islam, hak jagaan anak adalah hak ibu bapa kerana mereka sebaik-baik tempat perlindungan dan kasih sayang. Apabila ibu bapa bercerai anak-anak kehilangan tempat pergantungan, apatah lagi mereka yang masih kecil. Justeru Islam memberikan hak hadhanah/penjagaan anak kepada ibu kerana lazimnya ibu ialah insan paling hampir dengan anak. Diriwayatkan Abdullah ibn Omar bermaksud, seorang perempuan berkata: “Ya Rasulullah sesungguhnya anak laki-lakiku ini perut akulah yang mengandungnya, akulah yang menyusuinya dan pangkuanku tempat perlindungannya. Tetapi tiba-tiba ayahnya merasa berhak mengambilnya dariku. Maka sabda Rasulullah: Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum kahwin lagi.” Syed Sabiq dalam Fiqh al Sunnahnya berkata: “Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai hak dalam hal pemeliharaan, tetapi hak dijaga lebih kuat daripada hak menjaga. Merujuk amalan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia, hak penjagaan anak belum mumaiyyiz diserahkan kepada ibunya. Namun, ia tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah yang akan melihat kriteria pada ibu untuk melayakkannya mendapat hak penjagaan tersebut. Jika mahkamah mendapati ibu tidak layak seperti murtad atau berkahwin lain, hak itu akan berpindah kepada waris mengikut susunan keutamaan kerana prinsip undangundang Islam adalah menjaga kebajikan kanak-kanak. Saya ingin bertanya, apakah title anak luar nikah? Apakah dia cucu kepada ibu bapa perempuan/lelaki itu? Anak luar nikah dinasabkan kepada ibunya dan cucu kepada ibu bapa sebelah perempuan.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

SIHAT

Transisi

Derita talasemia Oleh Gan Yong Li

J

IKA diperhatikan, raut wajah ceria Nur Syifaa’ Badruddin, 19, dan Rushaniza Ramlee, 26, sama saja seperti rakan-rakan lain. Namun, tidak ramai yang menjangka dua wanita tabah itu adalah antara ribuan pengidap talasemia di Malaysia, iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan genetik. Aktiviti luaran Nur Syifaa’ mula terjejas dan terbatas apabila dia disahkan mengidap talasemia seawal usia 12 tahun. Ini kerana masalah bengkak muka, pucat dan kerap pitam yang dihadapi memaksanya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Kini, selepas hampir tujuh tahun mengidap talasemia, hospital sudah dianggap bagai rumah keduanya. “Pada mulanya, saya memang sedih dan tidak boleh terima. Apatah lagi, saya dimaklumkan doktor pada Hari Raya. “Namun, atas dorongan keluarga dan rakan-rakan, saya kini lebih b e r a n i m e n g h a d a p i n y a , ” katanya yang kini menyambung pengajian dalam bidang seni reka fesyen di Kolej Komuniti Baling. Menurutnya, dia terpaksa bergantung pada ubat hingga akhir hayat bagi menambah darah dalam badan. “Pada awal pengajian di kolej

NUR SYIFAA dulu, saya terpaksa tangguh belajar buat sementara atas faktor kesihatan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan di hospital selama tiga minggu dengan bantuan oksigen dan dimasukkan darah selain tidak mampu bergerak. “Tetapi, ia tidak sedikit pun tidak menjatuhkan semangat saya untuk melawan penyakit ini dan terus belajar bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya. Sementara itu, seorang lagi pesakit Talasemia, Rushaniza Ramlee, 26, yang disahkan mengidap penyakit itu pada usia 7 tahun, menyatakan hanya doa yang mampu dipohon supaya diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup tersebut. Anak bongsu daripada empat adik beradik itu berkata, ketika itu dia demam teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad. “Mana tidak sedihnya kerana dalam usia muda, saya disahkan

Rawatan penyakit

Sebenarnya, talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa selain mengelak perkahwinan sesama pembawa talasemia. Talasemia tidak boleh dicegah, tetapi program pendidikan kesihatan, ujian darah, kaunseling genetik dan diagnosis pranatal mampu memberikan maklumat perubatan sepenuhnya bagi membantu pasangan suami isteri mendapatkan anak yang sihat.

Mereka yang mengesyaki diri mempunyai talasemia atau pembawa boleh berjumpa pakar genetik bagi mendapatkan maklumat dan membuat ujian. Kaunselor genetik boleh membantu pesakit membuat perancangan keluarga dan cara rawatan penyakit itu adalan melalui transfusi darah berterusan setiap bulan. Walaupun proses pemindahan darah itu, yang dilakukan berulang kali sepanjang hayat,

pengidap talasemia. Sepanjang mengidap penyakit ini, kesihatan saya sering terganggu dan perlu mendapatkan rawatan setiap bulan. Saya kena makan ubat dan suntik deferral dalam tubuh untuk buang zat besi,” katanya. Pada April 2002, Rushaniza menjalani pembedahan limpa dan batu hempedu akibat komplikasi buruk penyakit berkenaan yang menyebabkan matanya kabur. “Lebih menyedihkan, abang saya turut mengidap talasemia dan sudah meninggal dunia. Tetapi, atas sokongan dan dorongan ahli keluarga, saya dapat menghadapinya dengan tabah dan dapat bertahan hingga sekarang. “Kepada pesakit talasemia lain, jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar berjaya mengharungi segala halangan ditempuhi,” katanya lagi.

RUSHANIZA mampu menyelamatkan nyawa, tetapi ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan serius akibat lebihan zat besi terkumpul dalam organ penting tubuh seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin. Selain itu, saringan ujian darah untuk talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital bagi mengetahui status penyakit berkenaan kerana tanpa rawatan sempurna, beberapa komplikasi buruk boleh berlaku dan lazimnya, pesakit meninggal dunia ketika usia remaja. Bagi rawatan lebih sempurna, penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Ia juga boleh dipulihkan melalui pemindahan sum-sum sekiranya ada penderma sesuai dalam kalangan ahli keluarga atau orang awam. Talasemia yang tidak dirawat berisiko menyebabkan kematian akibat kekurangan darah teruk.

37

ia ereka lasem minor - m aa t s i kec Jen mia alase mpunyai dak T e • m i ti yang en, tetap da-tanda g n n a t a t n a a c njukk eka menu wa. - mer a pemb mia major a k alase da iki ba • T ng memil uh dan a n e . ya p a i a sem emi talas tanda tala tanda

Ujian saringan darah elak komplikasi buruk MUNGKIN ramai tidak mengetahui apakah talasemia dan bagaimana penyakit itu menyerang. Talasemia adalah penyakit membabitkan sel-sel darah merah yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Ia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara, air, sentuhan fizikal, hubungan seksual ataupun kekurangan zat makanan. Di Malaysia, seorang daripada setiap 20 orang adalah pembawa talasemia. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin, bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paruparu ke seluruh tubuh, yang mencukupi dalam darah mereka. Kesan daripada kekurangan sel darah merah normal itu akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat akibat paras hemoglobin (Hb) rendah (anemia). Sel darah merah berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan dan kekurangan sel itu akan mengakibatkan pesakit talasemia lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras hemoglobin semakin menurun.

Pencegahan 1. Lakukan ujian saringan darah bagi mereka yang ada sejarah keluarga mengidap talasemia. 2. Jika ada ciri talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang dengan pasangan anda. Bakal pasangan juga perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada pasangan anda juga mempunyai ciri sama atau seba-

liknya. 3. Jika kedua-dua pasangan memiliki ciri talasemia, dapatkan nasihat dan keterangan lanjut dengan menghadiri kaunseling genetik. Ini kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak dilahirkan mengidap talasemia major yang boleh membawa maut.

Tanda dan gejala Lazimnya, anak-anak pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Namun, akan mula mengalami masalah anemia serius apabila mencapai usia 13 hingga 18 bulan. Anemia serius memberi kesan kepada jantung menyebabkan kesukaran bernafas. Perut pesakit

akan membuncit akibat pembengkakan hati dan limpa, manakala pembentukan tulang muka, pipi dan rahang turut berubah serta tidak normal. Tumbesaran pesakit juga terbantut dan bagi pesakit wanita, payu dara mereka tidak membesar dan kitaran haid terganggu.


HAWA

WARIS N

PI SI

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

A

RE

38

bersama Chef Raja Ariffin Raja Sufian

Mi Rebus

Bajet kahwin Ukur baju badan sendiri Oleh Siti Nurmah Wasilan

M

EMBINA mahligai perkahwinan adalah detik indah sekali seumur hidup. Tidak hairan jika ramai pasangan sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Namun, jika tidak berhati-hati merancang bajet perkahwinan, bakal pengantin akan mengalami masalah kewangan kelak. Seharusnya, sebelum merancang berkahwin, bajet perlu diatur sebaiknya agar mereka dapat menguruskannya dengan sempurna. Sebelum merancang majlis perkahwinan, pasangan harus menyediakan belanja yang setimpal keupayaan kewangan

masing-masing. Berbelanjalah berdasarkan kemampuan dan elakkan mengambil pinjaman peribadi secara berlebihan.Perbincangan mengenai perkahwinan adalah mustahak bagi mengelakkan pembaziran selain mengekalkan bajet perkahwinan anda dan keputusan dicapai harus dipersetujui bersama. Jika bajet terhad, cara terbaik adalah memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting seperti tempat majlis, makanan, khidmat andaman (mak andam), kerusi meja, cenderahati dan jemputan. Sebaik-baiknya, buat kajian mengenai mutu khidmat pembekal sebelum membuat tempa-

Kos bersesuaian bajet BAHAN-BAHAN : 1 kg mi kuning * 1 kg ubi keledek direbus & dikisar 2 tangkai daun bawang - dihiris * 2 biji kentang (rebus dipotong nipis 2 tangkai daun sup –dihiris * 230 gm udang kering 3 biji cili merah —dihiris

* 1 inci halia, 3 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih 300 gm tauge 3 sudu besar cili semuanya dikisar 3 biji tauhu goreng * garam, minyak masak, gula dan air secukupnya 3 biji telur rebus 3 biji limau nipis bawang goreng

CARA MEMBUATNYA : •

Celur mi dan toskan air. Ketepikan sementara untuk membuat kuah

Bagi membuat kuah, panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bawang, cili serta udang kering hingga garing

Masukkan keledek dan kentang

Tambahkan air untuk kepekatan kuah

Gula dan garam secukup rasa

Biarkan sehingga mendidih

Tuangkan kuah yang telah siap dimasak

Kemudian hias bersama bahan-bahan di atas.

1. RM10,000 - RM20,000 Agak mewah bagi pengantin lelaki, tetapi hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah dan bukan di hotel atau taman. Namun, bajet ini masih mampu membuatkan majlis perkahwinan anda indah dan meriah. 2. RM20,001 - RM30,500 Dikategorikan sebagai mewah untuk majlis perkahwinan di rumah, tetapi masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan dengan melangsungkan hari bahagia anda di rumah kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dengan jumlah bajet sebanyak itu. Apa saja diidamkan anda untuk majlis tersebut dapat dipenuhi. 3. RM30,501 - RM40,500 Jumlah maksimum kenduri di rumah dan anda mampu menyediakan apa saja untuk majlis perkahwinan ini. Belanja ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dengan membeli perkara yang diperlukan saja. Namun, jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di hotel dengan jemputan terhad. Itupun jika anda berhasrat melangsungkan perkahwinan di sana. 4. RM40,501 dan ke atas Agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Wang selebihnya boleh digunakan untuk perkara-perkara lain seperti membeli barangan dapur, membuka akaun pendidikan anak-anak dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, belanja ini amat sesuai dengan majlis sedemikian. Perbelanjaan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis dilangsungkan.

han agar tidak hanya indah khabar daripada rupa. Membuat perbandingan pakej perkahwinan dapat menentukan bajet berdasarkan kemampuan diri. Sentiasa semak bajet bagi memastikan ia tidak melebihi perbelanjaan. Langkah bijak adalah mencatat setiap perbelanjaan dan menyimpan resit sebagai bukti pembayaran jika ada sebarang keraguan terhadap pembayaran yang sudah dilunaskan. Pasangan pengantin baru, Aizratul Ain Yosri, 23, dan Wan Muhammad Pakarudin Wan Shafii, 29 yang baru saja mendirikan rumah tanggga pada Jun lalu menyatakan mereka mengambil masa enam bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Aizratul berkata, majlis perkahwinan bagi pihaknya menelan belanja RM20,000 dan hantaran RM8,000, manakala kenduri dilangsungkan di rumahnya. Begitu juga sebelah pihak suami yang melangsungkan persandingan di kampung halamannya di Besut, Terengganu. “Tradisi kenduri di kampung atau rumah sediri banyak faedahnya. Antaranya sikap gotongroyong yang menjadi amalan komuniti desa dengan penduduk kampung datang masak dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. “Kelebihan kenduri di rumah adalah dapat mengurangkan kos belanja berbanding hotel. “Lagipun, kami memutuskan tidak membuat pinjaman bank atau daripada pihak lain untuk mengelak pelbagai masalah pada kemudian hari,” katanya lagi.

PENGANTIN BARU.. Aizratul dan suami.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

S u d o k u

9

5 7 9

UJI MINDA

Transisi

3

4 2

05/10 Teka Silang Kata 5

5

8

1

8 3

8 9

7 1

Anda

2

3

MELINTANG

4

1. Serangga berkepak 5. Tirai 7. Kerosakan pada sesuatu permukaan organ 9. Bunga kelapa

1

9

3

7 3

3 1

6

39

2

5

7 5

6

KE BAWAH 7

8

8

2. Makhluk yang mempunyai akal budi 3. Beku 4. Kayu runcing 6. Simbol Aktinium 8. Gembira

9

peka? HUKUM

Cari 7 perkara yang sama tapi tak serupa

Perbualan antara cikgu dan anak muridnya. Murid: Cikgu, apakah kita boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dilakukan? Guru: Oh, semestinya tidak. Kita hanya boleh dihukum atas perbuatan yang dilakukan. Kenapa kamu tanya? Murid: Syukurlah, cikgu. Saya belum buat latihan yang cikgu bagi semalam.

A

Jawapan

Anda Peka 1

Bilangan 04

Sudoku

B

5 3 4 8 2 6 9 1 7

2 9 8 1 4 7 3 6 5

7 6 1 3 5 9 2 8 4

9 7 2 5 1 3 8 4 6

3 4 6 2 7 8 5 9 1

8 1 5 9 6 4 7 2 3

3

2

6 8 9 7 3 1 4 5 2

4 2 7 6 8 5 1 3 9

1 5 3 4 9 2 6 7 8

4

5

Teka silang kata 04/10 Melintang 1. Basung 5. Lengit 6. LI 7. Gok 9. AB 10. Khilaf

Ke bawah 2. Ahli 3. Negro 4. Itu 6. Leik 7. Gol 8. Kaf

6


40

SUKAN

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Siapa calon

terbaik Oleh Gan Yong Li

Senarai calon pemilihan FAM PRESIDEN Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding) TIMBALAN PRESIDEN (dua kekosongan) 1. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah 2. Tan Sri Annuar Musa 3. Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad 4. Datuk Che Mat Jusoh 5. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

Annuar (kiri) berjabat tangan dengan Khairy.

K

EHANGATAN kerusi calon Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jelas terasa apabila lima calon berentap bagi mengisi dua kekosongan itu pada 31 Julai ini. Antara calon-calon bertanding jawatan itu ialah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad. Bagi kerusi Naib Presiden FAM, seramai lapan calon yang bakal mengisi empat kekosongan tersebut, iaitu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim, Datuk Hamidin Mohd Amin, Datuk Afandi Hamzah, Datuk Subahan Kamal, Datuk Lawrence Gimbang dan Datuk S Subramaniam.

Bagaimanapun, kerusi Presiden masih terus diterajui oleh Sultan Ahmad Shah dengan keputusan menang tanpa bertanding. Pada pemilihan kali ini, setiap calon tidak dapat duduk senang kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan pengalaman tersendiri. Berdasarkan senario semasa, semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan anggota gabungan FAM lain dilaporkan menyokong penuh kehadiran semula Tengku Abdullah. Turut mencuri perhatian umum adalah kesediaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding. Beliau antara calon yang dilihat memiliki bakat dan kepimpinan yang baik berikutan kejayaannya menjulang nama pasukan Kelantan dalam tempoh dua tahun.

Tepi Padang

Muhammad Amsyari Ismail

B

ARISAN kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berubah wajah lagi menjelang kongres ke-47 badan induk bola sepak negara itu pada 31 Julai ini di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie, Shah Alam. Rata-rata peminat bola sepak negara yang baru sahaja dilanda ‘demam’ Piala Dunia di Afrika Selatan berakhir 12 Julai lalu, kini mencongak adakah akan ada perubahan dalam kepimpinan FAM. Satu kerusi daripada 15 kerusi sudah diketahui apabila penyandangnya, Sultan Pa-

Annuar, yang mula menerajui KAFA pada penghujung 2007, memberi nafas baru kepada pasukan Kelantan dengan membawa skuad Pantai Timur itu dari Liga FAM ke Liga Perdana dan seterusnya Liga Super. “Mengurus sebuah pasukan bukan perkara mudah, ia memerlukan perancangan teliti bagi memastikan segalanya berjalan lancar. “Saya bukan saja menumpukan prestasi pasukan, tetapi juga setiap aspek berkaitan bola sepak Kelantan. Semua itu harus diberikan perhatian. Ini termasuk kekuatan dan gelombang penyokong Kelantan yang turut membantu membawa Kafa ke peringkat ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku ‘The Red Warriors - menuju puncak’ bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur yang

Pilih pemimpin ikhlas, kuat kerja

hang, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding selepas menerajui tampuk kepimpinan FAM sejak 1984. Paling mencuri tumpuan sudah pasti jawatan Timbalan Presiden yang menawarkan dua jawatan. Hasrat Khairy Jamaluddin berundur dari jawatan ini meninggalkan Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad penyandang tunggal bertanding. Namun, berdasarkan situasi semasa, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dilihat favourite untuk mengisi dua kekosongan itu.

Difahamkan dua calon ini, menerima sokongan kuat semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan anggota gabungan FAM. Selepas tiga tahun meninggalkan FAM, Tengku Abdullah ingin kembali demi melakukan pembaharuan pentadbiran bola sepak negara dan mengukuhkan kedudukannya selaku Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Manakala kejayaan Annuar Musa mengemudi Kafa sehingga meletakkan Kelantan kembali menjadi pasukan disegani sejak dua tahun lalu menjadikannya pilihan untuk bersama

NAIB PRESIDEN (empat kekosongan) 1. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar 2. Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim 3. Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim 4. Datuk Hamidin Mohd Amin 5. Datuk Afandi Hamzah 6. Datuk Subahan Kamal 7. Datuk Lawrence Gimbang 8. Datuk S Subramaniam disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin. Buku tersebut menghimpunkan cerita warna-warni bola sepak Kelantan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun yang sarat dengan makna dan sejarah tersendiri. Khairy berkata, kesungguhan yang disumbangkan Annuar, selaku Presiden Kafa, memberikan suntikan baru kepada pasukannya hingga stadium sentiasa penuh dengan kehadiran penyokong fanatik mereka tanpa mengira tempat. “Hal ini wajar dibanggakan keTengku Abdullah. Nasib Redzuan selaku penyandang sejak 2004 menjadi tanda tanya seandainya perwakilan sebulat suara inginkan perubahan kali ini. Walaupun dianggap underdog, Datuk Mokhtar Ahmad boleh mencipta kejutan kali ini. Pengalamannya selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mampu melonjakkan namanya. Mungkin sudah tiba masa, beliau mencurahkan pengalamannya kepada pentadbiran FAM. Kerusi Naib Presiden turut menjadi tumpuan dengan empat jawatan ditawarkan menjadi rebutan lapan inidividu. Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin calon pilihan untuk mengisi satu daripadanya yang turut menjadi rebutan, Datuk Afandi Hamzah (penyandang), Datuk Subahan Kamal, Datuk S Subramaniam,

rana ia berjaya dilakukan dalam masa singkat. Saya percaya dan yakin bahawa Annuar dapat membantu menaikkan prestasi FAM jika dipilih menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. “Walaupun akan berundur sebagai Timbalan Presiden, tetapi saya akan tetap bersedia membantu dan memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara,” katanya. Beliau kemudian menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan dipegangnya itu atas alasan ingin memberi tumpuan kepada karier politiknya. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Lawrence Gimbang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Abdullah Hishan Mohd Hashim. Siapa pun yang dipilih kali ini perlulah sedar akan tanggungjawab mereka terhadap mutu bola sepak negara. Biarlah mereka yang benar-benar memiliki rekod baik, berpengetahuan, berwawasan, kuat bekerja dan paling penting ikhlas dipilih. Mereka yang tidak ikhlas dan mempunyai agenda peribadi wajar ditolak kerana jika mereka dipilih, susah untuk kita lihat bola sepak negara meningkat. Harapan saya hanya satu kepada ahli gabungan FAM agar mengundi dan membuat pilihan bijak memilih barisan baru FAM demi kemajuan bola sepak negara.


30 JULAI - 12 OGOS 2010

Transisi

Pesona Twilight JIKA dilihat seimbas lalu tiada apa yang istimewa dengan Twilight. Ia sekadar filem romantik klise berlatarkan percintaan manusia dan pontianak dengan diselitkan konflik penuh fiksi sebagai penyedap cerita. Namun, pesona dimiliki filem itu bukan saja mencetuskan fenomena. Malah,

JACOB BLACK Dia bangsa Quileute Wolfpack dan sahabat lama keluarga Bella. Dia menyedari dirinya bertanggungjawab melindungi tanah suku Indian daripada pontianak. Bella hampir jatuh cinta kepadanya yang muncul mengisi kekosongan hati ketika ditinggalkan Edward. Namun, cinta Bella lebih kuat kepada Edward.

EDWARD CULLEN Sejak 1918, usianya kekal muda seperti remaja 17 tahun. Dia menjadi pontianak ketika ayah angkatnya, Dr Carlisle Cullen mengubahnya supaya dia sembuh daripada penyakit maut. Dia mempunyai kemampuan membaca fikiran. Tetapi, tidak mampu membaca fikiran Bella.

EMMETT CULLEN Dia tidak mengalami masalah menjalani kehidupan barunya sebagai pontianak kerana berasa amat bertuah dapat berdampingan dengan Rosalie. Dia juga ahli keluarga Cullen paling kuat.

ROSALIE HALE Carlisle mengubahnya menjadi pontianak kerana ingin menjodohkannya dengan Edward. Tetapi, Edward menganggapnya seperti saudara sendiri. Dia bertemu jodoh dengan Emmett McCarthy selepas merayu Carlisle mengubah lelaki dicintainya itu menjadi pontianak.

ESME CULLEN Dia juga seorang manusia, bernama Anne Platt dan bertemu Carlisle ketika berusia 16 tahun. Dia cedera dan Carlisle adalah doktor yang merawatnya. Ketika hubungan mereka terputus, dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Charles Evenson, tetapi disia-siakan

ALICE CULLEN Selain Edward, Alice adalah keluarga Cullen yang akrab dengan Bella. Dia memiliki kekuatan luar biasa dan mampu melihat masa depan.

JASPER HALE Dia anak angkat keluarga Cullen. Disebabkan wajahnya mirip Rosalie, dia menggunakan nama belakang Rosalie agar mereka dapat menjadi saudara kembar ketika berhubung dengan dunia manusia. Dia pontianak terakhir bergabung dengan keluarga Cullen.

CHARLIE SWAN Charlie perlu belajar mengenai bagaimana membesarkan seorang anak gadis di tengah kesibukannya sebagai ketua polis di Forks selepas bekas isteri, Renee berkahwin lagi. Charlie juga teman rapat ayah Jacob, Billy Black.

41

ia menjadi antara karya layar perak paling dinanti-nanti peminat seluruh dunia. Kepada mereka yang terlepas menyaksikan dua siri awal filem adaptasi novel hasil karya Stephenie Meyer itu, mungkin ada baiknya anda mengenali karakter-karakter yang mewarnai filem box office itu:

ISABELLA SWAN Sejak berpindah dari Phoenix ke Forks, kehidupannya berubah. Dia dia jatuh cinta kepada Edward, pontianak (vampire) berusia hampir seabad. Masalah menjadi rumit apabila dia mengenali Jacob, si serigala jadian yang dianggapnya sahabat karib. Ia diburukkan lagi dengan permusuhan lama Jacob dan Edward.

CARLISLE CULLEN Dia ketua keluarga Cullen yang menubuhkan kultus Olympic Coven. Keluarganya bersumpah tidak akan minum darah manusia dan hanya minum darah haiwan untuk hidup. Dia bagaikan bapa yang membimbing keluarganya menjalani kehidupan dengan manusia dan berdamai dengan Quileute Wolfpack dan Volturi.

HIBURAN

KAWAN BELLA Teman-teman Bella menjadi penyeimbang antara ‘dunia asing’ dimasukinya dan ‘dunia nyata’. Mereka langsung tidak pernah tahu dia hidup di ‘dunia lain’.

VICTORIA Dia berdendam dengan keluarga Cullen kerana pasangannya, James dibunuh kerana menyerang Bella. Memiliki kemampuan bertarung hebat dan berupaya menyembuhkan diri melebihi pontianak lain. Dia tidak menyerang Edward kerana baginya, cara paling tepat membalas dendam adalah membunuh Bella.

VOLTURI Volturi bertugas sebagai penegak hukum bangsa pontianak. Mereka berketurunan bangsawan dan memiliki kekuatan melebihi pontianak lain serta tidak pernah berkompromi walaupun terpaksa membunuh manusia atau pontianak. Keterlibatan Volturi dalam urusan keluarga Cullen bermula ketika Edward putus asa dan meminta Volturi mengakhiri hidupnya.

NEWBORNS Newborns adalah pasukan pontianak dibentuk Victoria dan Riley (Newborns pertama) untuk memburu Bella yang dilindungi keluarga Cullen dan Quileute Wolfpack. Mereka berbahaya kerana sangat hauskan darah dan lebih kuat berbanding pontianak biasa lain.

WOLFPACK Quileute Wolfpack bukan kelompok serigala jadian yang berubah serigala ketika bulan purnama. Mereka keturunan pejuang dan tidak tua selagi roh serigala tidak melepaskan mereka. Selain kuat, mereka berupaya menyembuhkan diri dengan cepat. Kepekaan dimiliki juga melebihi manusia dan mampu berlari lebih laju daripada pontianak.


42

POTRET

Masuk

U

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010

Didie AF (kanan) menerima surat tawaran daripada NC, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Noh Hujan (baju putih) melihat gambar kad pelajarnya yang sudah diambil.

Pengamal media tidak ketinggalan turut serta bersama UUM.

Akim AF teruja.

Sheila Abdul menunjukkan surat tawaran diterimanya.

Emilda Rosmila (kanan) ditemani suami tersayang, Adlin Aman Ramli ketika mendaftarkan diri.

Hazama tidak ketinggalan untuk mengikuti pengajian di UUM.

Sebahagian selebriti ketawa melihat rakan mereka bergambar untuk kad pelajar.

Afiq AF tidak sabar meneruskan pengajian.

Lain daripada yang lain

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda. Jumpa kami di www.facebook/Transisi. Kunjungi laman web www.transisi.com my. Sebarang pertanyaan sila email transisi.mail@gmail.com

Untuk tempahan iklan: (012) 273 5464/ (012) 311 3907


30 JULAI - 12 OGOS 2010

JOM CUTI

Transisi

43

JOGJAKARTA kota seni, budaya Oleh Ika Destiana

S

ENI dan budaya adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Jogjakarta. Sejak kanak-kanak hingga dewasa, masyarakat Jogjakarta masih menjalankan pelbagai acara kesenian, budaya dan tradisi peninggalan nenek moyang mereka. Jadi, jika anda ingin menghabiskan masa bercuti dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah, sekali gus mengetahui kesenian dan budaya tradisional masyarakat tempatan, Jogjakarta adalah pilihan yang tepat!

DAERAH Istimewa Jogjakarta (DIY) terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan Jawa Tengah. Ia dikenali sebagai kota yang masih mengamalkan adat istiadat dan kebudayaan Jawa di Indonesia. Warisan kebudayaan Jawa dapat anda lihat jika mengunjungi Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat atau lebih dikenali sebagai Keraton Yogyakarta. Bangunan Keraton itu masih berfungsi sebagai kediaman, juga istana Sri Sultan Hamengkubuwana X, di mana tradisi kesultanan masih dijalankan hingga sekarang. Sebahagian bangunan Keraton tersebut kini menjadi muzium yang menyimpan pelbagai koleksi milik kesultanan lalu seperti hadiah pemberian raja-raja Eropah, replika pusaka Keraton, gamelan dan lain-lain. Antara tarikan pelancongan paling terkenal di Jogjakarta adalah Candi Prambanan, iaitu kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia, juga di Asia Teng-

Candi Prambanan masih tersergam utuh walaupun mencecah usia ratusan tahun.

gara. Ia turut dikenali sebagai Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang dan ia adalah antara destinasi istimewa yang wajib dilawati pengunjung untuk menyaksikan sendiri keindahan seni ukir kuno dan klasik pada dinding binaan purba itu. Antara ukiran yang dapat dilihat pada bangunan candi adalah kisah Ramayana dan pokok Kalpataru yang melambangkan kebijaksanaan masyarakat Jawa kuno dalam memelihara keindahan alam sekitar berdasarkan ajaran Hindu. Anda boleh mengunjungi sebuah muzium di kawasan Candi Prambanan jika mahu mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah monumen lama itu. Di situ, anda akan diberikan penerangan secara audio video mengenai sejarah penemuan candi berkenaan hingga kepada proses pengubahsuaiannya. Candi Prambanan juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria,

termasuk tren mini yang beroperasi membawa pengunjung mengelilingi sekitar kawasan pelancongan. Salah satu pertunjukan yang tidak boleh dilepaskan ketika berkunjung ke sana adalah persembahan Sendratari Ramayana, iaitu seni pertunjukan yang menggabungkan seni kebudayaan Jawa seperti tarian, drama dan muzik dalam panggung. Kisah Ramayana dalam pertunjukan itu adalah hasil terjemahan daripada seni ukir yang terpahat di dinding candi dan ia ditampilkan dalam bentuk persembahan tradisional kreatif. Terdapat satu mitos yang masih menjadi kepercayaan masyarakat setempat, iaitu jika datang ke candi dengan pasangan, anda akan bercerai kasih dengan pasangan anda pada keesokan hari. Perjalanan ke Candi Prambanan sangat mudah kerana tempat pelancongan tersebut terletak di desa Prambanan dan

Bangunan Keraton Yogyakarta masih menjalankan istiadat kesultanan Jawa di Indonesia.

betul-betul atas sempadan antara Jawa Tengah dan DIY. Anda boleh menggunakan kenderaan peribadi ataupun kenderaan umum untuk ke sana. Namun, jika memilih kenderaan umum, anda boleh menaiki Trans Jogja dengan hanya membayar Rp3000 (RM1). Bagaimanapun, anda mesti berjalan kaki untuk sampai ke bangunan candi sebelum dikenakan bayaran masuk bernilai Rp9000 (RM3). Cukup murah bukan? Selain itu, pelbagai kemudahan lengkap sekitar kawasan Candi Prambanan seperti hotel, rumah penginapan, restoran, warung dan kedai cenderamata tentu saja menawarkan harga berpatutan kepada anda. Jogjakarta sememangnya terkenal dengan makanan yang enak dan murah. Justeru tidak menghairankan mereka yang pernah singgah ataupun tinggal di kota ini akan rindu untuk kembali semula ke sana. Jika bersiar-siar ke Jogja, jangan lupa menikmati kelazatan makanan tradisi, Gudeg yang boleh didapati di restoranrestoran sekitar kota berkenaan. Antara restoran terkenal di Jogja ialah Gudeg Yu Djum, Warung Gule Daging Sapi Mbah Darmo, Sega Abang Semanu dan Jadah Tempe Mbah Carik. Semua makanan tersebut boleh dinikmati dengan cara duduk ‘lesehan’ di tempat disediakan pemiliki warung. Ada juga pelbagai makanan eksotik seperti sate kuda, tonseng mercon dan lain-lain. Cubalah kalau

berani! Selepas puas menikmati Candi Prambanan dan menu Gudeg, kini tiba saat anda membeli belah di Malioboro, jalan paling terkenal di Jogja. Di sini, ada banyak penjaja kaki lima menjual makanan tradisi kota itu selain terkenal sebagai tempat berkumpul seniman-seniman yang kerap mengekspresikan kemampuan dan bakat mereka bermain muzik, melukis, seni tampak dan pantomin di sepanjang jalan tersebut. Jika ingin membeli batik sebagai cenderahati, pergi saja ke Pasar Beringharjo di Malioboro kerana ia pasaraya yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kelengkapan harian. Tidak sukar mencari kain batik di sini kerana ia banyak dijual di sepanjang Jalan Malioboro sama ada penjaja ataupun kedai besar. Di Malioboro, pelbagai barang memiliki bahan dasar batik dari pakaian hingga cenderahati. Sambil membeli belah, anda juga boleh menikmati kuih muih tradisional Jawa yang jarang ditemukan di kota-kota besar. Anda juga boleh membawa pulang kuih bakpia pathok sebagai buah tangan buat saudara mara di tanah air. Kuih bakpia ada banyak pilihan rasa seperti keju, coklat, nanas, durian, nangka ataupun kacang hitam. Jadi anda boleh memilih sendiri rasa yang disukai, tentu saja ia tidak diragukan lagi keenakannya.


Transisi

xpresi 30 Julai-1

2 Ogos

2010/19

Syaaban-3

Ramadan

Kampus

31

1431H

25-29

www.transisi.

30 Julai-1

2 Ogos

com.my

Dunia Pyanhabi

b

2010/19

Syaaban-3

Ramadan

16 - 29 JULAI 2010

22-23

1431H

Lamba kan gra duan? KAJIAN

Madu Tuala

ILMIAH

ng FAMA

www.transis

i.com.my

Hidup terb alik Piala Dun dek ia

www.transisi.com.my

Cerita in

Rizal

Sketsa

Gamba

r hiasan

dah

...Kemanakah

18

Pelan pemb angunan 10 tahun UUM

25

Oleh Rudys Foto Norati ham Abd Raof kah Ab Rahim

B

ERBEKAL dan memp wajah tampa pu menja unyai penam n, petah berbic dikan Rizal pilan tersen emas’ Astro ara diri, Zulkapli Awan rita dan sebagai mambual bicarai untuk meletakkan ‘anak paling diseg rancangan progr ani di rantau berbayar am beini. itu antara

>> Muka

MMU dapa strategik t rakan

mereka

selepas

ini?

24 Tujuh staf Anugerah dapat Fellowshi p

26 Subjek baru mand di UPNM arin

P

Oleh Rudys

ham

Abd Raof ENGANGG zah sehin URAN terus menja gga hari di dilem generasi ini a le-pasan berkenaan dan beban itu arga yang bukan sahaj siswamalah temp a dipiku orak masa mengharapkan l kegemilangaiasnya turut dirasa depa i keluKajian Majlis n. n mereka untuk menc Tindakan 2008 menu Ekonomi njukk an seram Negara mengangg (MTEN) ai 59,25 ur pada akhir 0 siswa putera (96.4 atau mengikut pecahannya zah di Malaysia perat us), peratus) masih adalah dan lain-la Cina 1,027 (1.7 in 144 atau peratus), 57,072 BumiTiga faktor India 1,007 0.2 utam perat kalangan a meny us. (1.7 ebabkan graduan masalah ini berla kelemahan ku keran pengangg berbahasa a tiada peng uran di uai deng Inggeris an peker alaman dan bidan jaan yang beker ditawarkan g pengajian tidak ja, . ses-

15

>> Muk

a 19

Qaliff Umar

hamas dan al-fatah perlu bersatu...

bumi palestin bergolak lagi!

..kalau tidak bangsa palestin akan hancur!

pas dan umno pun...

���I�F ��AR

Menarik

09

BICARA Hargai erti pahlawan

11

BISNES

Ikan air tawar teman baru Izwan

16

GLOBAL

Siapa penganti Mubarak

18

SIHAT

Derita Talasemia

20

HAWA

Bajet Kahwin Ukur baju badan sendiri


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.