Transisi 9

Page 1

Edisi Kesembilan Sept/Oktober 05-28 SYAWAL 1431H

BILANGAN: 09/2010

HIBURAN

HAWA

RM2.50

24.09 - 07.10.2010

CINTA KAMPUS

Terapi pelik Hollywood

38 Andartu lebih berdikari

Akhbar Nasional Dwimingguan

41

40

ATT degil untuk berjaya

www.transisi.com.my

Tak ada hati perut SA! KAMARUDDIN

Oleh Mohd Azhan Othman dan Muhammad Amsyari Ismail

B

ELUM sempat reda dengan kes-kes pembuangan bayi, kita digemparkan pula dengan kematian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga lagi mangsa selepas dilaporkan hilang selama tiga hari.

Muka 4 - 5

G N A M

1993 MAZLAN

CANNY ONG

muat turun borang di:

http://www.uumkl.uum.edu.my

S KRISHNASAMY

NURIN JAZLIN

UUM di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda...

2008

2007

2003

boleh memiliki Ijazah

lebih yakin dengan UUM

NOORHISHAM

AHMAD KAMIL

Sekarang anda

kami

28

Hati kering dan si gadis tocang

ungi :

an lanjut, hub

Untuk keterang

r Program, Koordinatodayah 03-2694 4228 ur Pn Noor Hi Kuala Lump ara Malaysia Abdul Aziz, Ut ti rsi ive Un Muda ja Ra lan No. 41-3, Ja Lumpur 50300 Kuala 28 42 Tel: 03-2694 9228 94 -26 03 : ks y Fa l@uum.edu.m E-mel: uumk n (DBA) n Teknologi, biran Perniagaa Doktor Pentad an, Perakaunan, Pengurusa Umum, Kewang jek (MBA) Pengurusan Pro angan, Perbankan (MSc) ) RM Kew Manusia (MH Pengurusan, usan Sumber Sarjana Pengur gurusan Perniagaan Pen Sarjana Muda [BBA (Hons)] n dengan Kepujia gurusan Awam Pen Sarjana Muda [BPM (Hons)] n dengan Kepujia unikasi Kom da )] Sarjana Mu n [BComm(Hons Ehwal Antarabangsa dengan Kepujia Pengurusan Hal *Sarjana Muda n [BIAM (Hons)] ujia Kep gan geris den m bahasa Ing *Untuk BIAM,

n dala

dapat kepujia

calon mesti men


ISU

2

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Krisis jiwa pengkid Oleh Gan Yong Li

G

EJALA keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin menular kebelakangan ini dengan pelbagai isu didedahkan media-media tempatan. Ketika umum dipaparkan dengan banyak laporan kes pembuangan bayi, ramai tidak mengetahui suatu masa dulu media kita pernah mendedahkan isu pengkid dalam kalangan wanita. Pada Oktober 1996, berlaku satu peristiwa yang cukup menggemparkan rakyat Malaysia apabila seorang wanita pengkid, Rosdi Ahmad atau Azizah Abd Rahman dengan perwatakannya tidak ubah seperti lelaki cuba menikahi pasangan wanitanya dari Pengkala Kubor, Tumpat, Kelantan. Susulan daripada peristiwa itu, pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengekang masalah tersebut. Pada 23 Oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid. Pengetua Pusat Kebahagiaan

“Naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan, tetapi mereka berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis.

“Ibu bapa perlu peka terhadap corak pendidikan anak-anak bagi membentuk keperibadian dan sahsiah yang berlandaskan kehendak Islam” laki dan cuba mencari pasangan sejenis yang kononnya tidak akan hamil apabila bersama. “Walaupun benda ini salah, tetapi keadaan di sekeliling kita menjadikan ia seakan budaya yang dihalalkan,” ujarnya. Ini dapat dilihat menerusi tayangan drama popular di kaca televisyen yang memaparkan karakter pengkid sebagai tontonan umum kepada masyarakat Malaysia. Apabila ditanya pengalaman dalam menguruskan pengkid di Kewaja, Yahya menyatakan rumah perlindungan itu pernah menerima seorang gadis pengkid yang secara suka rela hadir untuk dipulihkan. Namun, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu kerana kedatangannya itu sebenarnya bertujuan mencari mangsa. Justeru, dalam hal ini ibu bapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak mereka kerana gejala sosial yang berlaku sekarang semakin serius. Tambah Yahya, kadangkala sikap segelintir ibu bapa yang gemar memakaikan pakaian lelaki kepada anak perempuan mereka sejak usia masih kecil mampu mempengaruhi psikologi anak mereka apabila menginjak

Ketua Pengarang Zian Johari

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali Pereka Kreatif Noor Dina Daud

remaja. “Ibu bapa perlu peka terhadap corak pendidikan anak-anak bagi membentuk keperibadian dan sahsiah yang berlandaskan kehendak Islam,” katanya. Pensyarah Psikologi, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Aswati Hamzah pula berkata, golongan pengkid masih meluas yang mana kewujudan kumpulan ini akan mampu mempengaruhi wanita lain untuk menyertai mereka. “Punca mereka menjadi pengkid adalah kerana kekosongan jiwa dan mereka mula mencari identiti yang ingin dimiliki. “Ia sudah menjadi trend kepada remaja hari ini yang cuba lari daripada tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan keluar daripada norma untuk mendapatkan kebebasan. “Mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan pandangan serong masyarakat sekeliling,” katanya. Menurutnya, pendekatan psikologi perlu digunakan dan masalah remaja itu perlu dirujuk kepada pakar selain cuba

ASWATI mendekatkan mereka dengan agama. Dr Aswati berkata, ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak mereka dan perlu mengetahui dengan siapa mereka bergaul. “Dengan adanya pemantauan, saya yakin ibu bapa boleh lebih memahami perasaan anak-anak mereka. Ini secara tidak langsung, anak-anak juga akan selesa menceritakan sesuatu perkara kepada ibu bapa mereka. “Jika pendekatan sebegini dilakukan, masalah pengkid dan sosial mampu dikurangkan,” katanya lagi.

Gambar Hiasan

YAHYA

Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd Yusof ketika mengulas mengenai gejala itu berkata, pengkid cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki. “Naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan, tetapi mereka berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis. “Dalam hubungan dengan pasangan wanita mereka, golongan ini selalunya memainkan peranan sebagai lelaki,” katanya. Menurutnya, kelompok pengkid boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu mangsa dan pemangsa. “Mangsa kebiasaannya terperangkap dengan pujuk rayu pengkid asli yang akan mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul. Ramai mangsa pada awalnya tidak suka dan tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. “Pemangsa pula ialah pengkid jenis tegar. Mereka ini agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat berbanding mangsa. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan golongan ini semakin berkembang dan bergiat lebih aktif apabila mempunyai kumpulannya sendiri,” katanya. Yahya berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala ini ialah untuk lari daripada masalah dan kenyataan hidup. “Berdasarkan pemerhatian, mereka ini mengalami masalah kekeliruan identiti, ingin perhatian orang lain dan hendak membentuk naluri baru dengan mencari imej lain dalam hidup. “Ada juga kes kecewa dalam percintaan hingga menyebabkan mereka tidak percaya kepada le-

Pasangan pengkid

Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan - Pepatah

i t a h i s i h a u L n a n o k a l m a l da

Ilustrasi

Profil

Nama penuh: Mohamed Noor Shamsuddin Asal: Kuala Lumpur Umur: 43 Tarikh lahir: 01 Mac 1967

kan diri saya secara jujur. Tetapi saya seorang yang simple. Kereta idaman anda? Range Rover dan Porsche.

AKTOR

or Ro s ya m N Oleh Muhammad Amsyari Ismail Pegangan hidup anda? Kerja kuat, tidak menipu, ikhlas, taat kepada ketua tanpa mengira kaum, mahu berjaya dan sabar. Makna sebuah keluarga bahagia? Keluarga yang memahami satu sama lain, hormat kerjaya dan diri sendiri serta orang di sekeliling. Kebahagiaan bukan datang daripada wang ringgit, tetapi kasih sayang.

Apakah barang yang sentiasa anda bawa ke mana-mana? Diari, telefon bimbit dan dompet. Jika anda bukan Rosyam Nor yang dikenali sekarang, siapakah anda? Tak tahu. Saya tidak pernah merancang untuk jadi siapa saya seperti sekarang.

Perkataan paling kerap disebut setiap hari? Saya pun tidak pasti apa perkataan paling kerap saya sebut.

Jika diberi peluang memegang watak super hero, apakah watak itu? Saya nak jadi Badang. Dia watak popular Melayu yang belum pernah dibuat lagi.

Lokasi percutian yang paling anda ingati? Saya bersyukur dan gembira kerana dapat membawa seluruh keluarga menunaikan umrah pada tahun lalu.

Gambaran secara ringkas mengenai diri anda? Bagaimana saya nak gambarkan diri saya kerana anda yang lihat diri saya. Saya tidak dapat gambar-

Watak yang masih belum anda teroka? Saya masih mencari watak komedi aksi. Apakah yang anda gemar lakukan jika tidak sibuk dengan urusan kerja? Saya cuba untuk mencari masa kualiti bersama keluarga. Jika tidak sibuk dengan urusan kerja, saya akan bawa keluarga menonton wayang. Genre filem digemari? Saya tidak gemar sains fiksyen kerana bagi saya filem adalah dunia yang ‘real’. Pernah terlintas menceburi bidang seni lain? Tidak. Saya tidak akan menceburi bidang seni yang lain seperti nyanyian kerana saya berpegang kepada prinsip buat apa yang kita tahu. Jika buat benda yang bukan kelebihan kita, ia akan menampakkan kelemahan kita. Heroin antarabangsa yang ingin anda berlakon bersama? Angelina Jolie, Aishwarya

Rai dan Sandra Bullock. Aktor kegemaran anda? Robert de Niro, Al Pacino dan Brat Pitt. Siapakah tokoh yang anda kagumi? Tun Dr Mahathir Mohamad. Di atas sumbangan dan kepimpinannnya, negara kita dikenali seluruh dunia. Bagaimana menjadi insan bernama Rosyam Nor? Bukan senang jadi Rosyam Nor kerana banyak tanggungjawab untuk menghiburkan orang lain. Masa bersama keluarga juga terhad tetapi keluarga banyak berkorban dan mampu mengalah demi saya. Tetapi, sampai bila, saya tidak tahu. Saya pernah berkata kepada mereka bahawa saya bukan milik mereka, tetapi milik masyarakat. Jadi nasihat saya, jadilah diri sendiri. Saya seorang yang workaholic demi mencari sumber ekonomi keluarga saya. Apa erti lakonan buat anda? Berlakon kerana minat dan ia ruang buat saya untuk meluahkan isi hati. Menjadi penerbit pula untuk mencabar dan mengamalkan segala ilmu dipelajari daripada Panshah selain

membuka membuka peluang kerja atau menyalurkan rezeki kurniaan Allah SWT kepada orang lain. Filem Gila Gilla Remaja (GGR) masih popular hingga sekarang. Ada usaha menerbitkan semula cerita itu? Ya. Saya sedang berusaha terbitkan drama bersiri GGR bersama pihak Astro. Saya masih lagi mengekalkan karakter lama dengan dilakonkan sepenuhnya muka baru. Insya-Allah, jika tiada halangan, drama bersiri itu akan menemui penonton tahun depan. Siapakah individu yang bertanggungjawab mengangkat anda sebagai hero? Panshah. Apa perancangan anda terhadap Suhan Movies & Trading Sdn Bhd? Syarikat saya menjadi medan mengukuhkan nama dan memenuhi cita-cita saya sejak lama dulu. Bagi saya, angan-angan dan cita-cita ialah doa. Tetapi, saya tidak suka menetapkan sasaran dalam tempoh tertentu. Bagi saya, sesuatu kerja yang diperoleh perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Selepas itu, akan ada kerja seterusnya yang bakal menyusul.


ISU

4

Di manakah silapnya?

IY A AW

E KES P

M EJA

UNUHAN K MB

DA TU K

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

SOSILAWATI

L

Suspek pembunuh Sosilawati (kiri) dikawal ketat anggota polis berpakaian preman ketika keluar dari pejabatnya di Banting.

Pasukan polis menemui sebilah pisau dalam sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Atas: Kereta Sosilawati ditemui di tempat letak kenderaan di Apartmen Angsana, USJ1 Subang Jaya. Bawah: Kereta Ahmad Kamil di hadapan Hotel Dorsett Subang Jaya.

>> Dari Muka 1 LEBIH memilukan, semua mangsa itu bukan saja dibunuh kejam. Malah, mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang ke sebatang sungai dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting. Jika diimbas semula, tragedi yang menimpa Sosilawati bukanlah kes pertama yang membabitkan individu berprofil tinggi negara ini. Pada 11 Januari 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy ditembak mati dalam lif di bangunan MIC di Jalan Segget, Johor Bahru. Lapan tahun sebelum itu, ADUN Lunas, Dr Joe Fernandez maut ditembak seorang pembonceng motosikal ketika beliau menghentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam. Ini termasuk kes pembunuhan sadis ke atas ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang dibunuh pasangan bomoh Maznah Is-

mail, atau dikenali sebagai Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abd Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin pada 13 Julai 1993. Selain mereka, kes pembunuhan membabitkan orang awam juga turut meruntun jiwa rakyat negara ini. Pada Jun 2003, jurutera teknologi maklumat, Canny Ong, 29, diculik sebelum dirogol dan dibunuh serta mayat mangsa ditemui dibakar dalam sebuah lubang pembetung saliran air

di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Enam bulan kemudian, eksekutif pembangunan perniagaan, Noritta Samsudin, 22, mati dibunuh dalam keadaan kaki dan tangan diikat dipercayai menjadi mangsa deraan seks di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas. Kes pembunuhan adik Nurin Jazlin, 8, yang dibunuh pada 2007 tentu saja masih segar dalam ingatan kita apabila mangsa ditemui mati dalam keadaan menye-

dihkan, iaitu disumbat dalam beg pakaian sukan selepas diculik dan dirogol. Tidak perlulah dicanangkan spekulasi-spekulasi politik dan perkauman memualkan kerana hakikat pahit yang terpaksa diterima kini ialah rasa kemanusiaan dalam jiwa masyarakat kita hari ini semakin lama kian terhakis. Entah dirasuk fikiran songsang mana hingga tergamak si pem-

>> ke Muka 5


24 SEPT - 07 OKT 2010

ISU

Transisi

>> Dari Muka 4

PILU... Isteri dan ahli keluarga Noorhisham yang turut terlibat dalam pembunuhan kejam, baru-baru ini. bunuh mencabut nyawa mangsamangsa itu. Apakah mereka tidak punya keluarga? Pernahkah mereka terfikir bagaimana jika keluarga mereka diperlakukan dengan kekejaman sama? Menyedihkan, semakin maju dan bertamadun kita, semakin bercelaru sifat kemanusiaan dalam diri hingga saban hari kita dipan-

JOE FERNANDEZ

NORITTA

takkan dengan kemunculan pelbagai watak manusia dalam lakonan haiwan. Terlalu ramai yang lupa diri hingga sanggup melawan takdir. Kepincangan masyarakat yang diresapi nafsu tamak haloba sudah gagal dikekang lagi. Bahagia yang cuba dicari direbut atas derita orang lain. Di manakah silapnya? Bukankah ibu bapa dan guru-guru

mendidik kita menjadi manusia baik budi, baik pekerti, baik bahasa, baik agama, baik budaya, baik ekonomi, baik sosial dan segalanya? Pastinya mereka tidak mendidik kita menjadi samseng atau penyangak. Tidak juga mengajar kita menjadi penipu, pembelot, penderhaka, penjenayah dan perampas. Apatah lagi menjadi pembunuh dan in-

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. 4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting. 5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

san yang dipenuhi sifat jahat. Tidak sama sekali. Namun baikkah kita? Ke manakah hilang doa, ingatan dan kasih sayang kita? Cinta kita untuk siapa? Apakah untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, negara, agama? Ya, kita manusia penuh lupa. Tetapi haruskah membiarkan diri kehilangan waras hingga dilucutkan segala sifat kemanusiaan itu? Amat menyakitkan, nilai murni masyarakat dulu yang wanginya memekar, kini busuknya terpalit di setiap wajah kita. Paksi kehidupan kita terpokah bagai layar berkecai dilanda badai. Bagai bahtera retak dihempas ombak. Akurlah, secara tidak sedar, lambakan jenayah sebenarnya adalah cerminan kepada kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita. Mengapa semakin tinggi kita dididik, semakin rendah budi pekerti?

FAKTA

Kronologi pembunuhan kejam Sosilawati Detik sebelum dibunuh (30 Ogos)

5

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting. 8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat. 10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

MOHD AFFANDI

Selepas 30 Ogos 6 September

- Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44. - Sosilawati dilaporkan membawa tunai RM4 juta bersamanya.

7 September

- Dua kereta BMW dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. - Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September

- Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

- Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

- Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

- Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. - Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

- Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. - Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin disahkan polis dipukul sampai mati dan mayat mereka dibakar di Ladang Gadong sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. - Turut ditahan ialah seorang remaja berusia 19 tahun.

MONA FENDY 13 JULAI 1993 - ADUN Batu Talam, Datuk Maz-lan Idris mati dalam keadaan ngeri akibat ditetak dan anggota tubuhnya dipotong 18 oleh pasangan bomoh Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Hussin. 04 NOVEMBER 2000 - Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Dr Joe Fernandez, 54, mati ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam. 14 JUN 2003 - Jurutera teknologi maklumat, Canny Ong, 29, diculik sebelum dirogol dan dibunuh serta mayat mangsa ditemui dibakar dalam sebuah lubang pembetung saliran air di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. 05 DISEMBER 2003 - Ekse-

JURAIMI kutif pembangunan perniagaan, Noritta Samsudin, 22, mati dibunuh dalam keadaan kaki dan tangan diikat di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas dipercayai menjadi mangsa deraan seks. 17 SEPTEMBER 2007 Mayat Nurin Jazlin, 8, dipercayai menjadi mangsa deraan seks, ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan selepas 27 hari dilaporkan hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, KL. 11 JANUARI 2008 - Datuk S Krishnasamy, 61, juga Timbalan Pengerusi MIC Johor ditemui mati dengan kesan tembakan dalam sebuah lif di bangunan MIC di Jalan Segget, Johor Bahru.


6

Kata penghulu kata muafakat, kata malim kata hakikat - Pepatah

ISU

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

ETS selesa, jimat masa Oleh Azuraina Abdullah

K

ERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada pertengahan Ogos lalu melancarkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang mampu menjimatkan masa perjalanan Ipoh ke Kuala Lumpur daripada tiga jam kepada dua jam. Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan berkata, golongan profesional dan ahli perniagaan adalah sasaran utama ETS selain pengguna pengangkutan awam sedia ada. “Dengan kelajuan 140 kilometer sejam, kita mampu mengurangkan masa perjalanan dan menjimatkan masa. Perkhidmatan pramugari dan pramugara yang disediakan dapat memberi keselesaan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna,” katanya. Antara kemudahan lain disediakan adalah perkhidmatan WiFi percuma, luas kabin yang mampu memuatkan lebih 300 penumpang dan tandas mesra orang kurang upaya (OKU) serta kamera litar tertutup (CCTV) pada setiap gerabak bagi mengawasi keselamatan pengguna. Perkhidmatan ETS beroperasi

dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan seterusnya Seremban dalam satu perjalanan yang bermula jam 4 pagi dan berakhir jam 9 malam manakala perjalanan yang bermula dari Seremban ke Ipoh bermula dari jam 6 pagi hingga 11 malam. Sistem penyelenggaraan ETS juga lebih terancang supaya perkhidmatan tersebut tidak mengalami masalah sama seperti perkhidmatan tren sebelum ini.

Berbaloi

Pengguna perkhidmatan KTMB, Mohd Yuzari Elyas, 23, merasakan perkhidmatan ETS mampu memberikan keselesaan berganda dalam menggunakan perkhidmatan tren untuk perjalanan jauh, terutama ketika musim perayaan atau cuti sekolah. “Semasa cuti sekolah, perkhidmatan bas sangat terhad dan tambangnya pula sangat tinggi. Jadi, menggunakan perkhidmatan ETS untuk pu-

lang ke Ipoh atau Seremban dapat menjimat masa selain selesa,” katanya. Pertubuhan Untuk Penambahbaikan Pengangkutan Awam (TRANSIT) menerusi laman webnya menyokong penuh perkhidmatan baru yang ditawarkan KTMB itu. ETS yang diserahkan pada Disember tahun lalu dan Januari tahun ini terdiri daripada tren enam koc dibangunkan menggunakan teknologi Syarikat Hyundai Rotem dari Korea Selatan. Tambang perkhidmatan ETS yang serendah RM30 sehala juga cukup berbaloi dengan perkhidmatan ditawarkan. Pihak KTMB digesa menyebarkan maklumat kepada umum berikutan laporan mengenai ketidakpekaan segelintir pengguna harian komuter KTMB dari Bandar Tasek Selatan dan Serdang yang masih lagi tidak mengetahui mengenai kewuju-

ETS adalah perkhidmatan tren elektrik pertama Malaysia.

Jadual perjalanan ETS dari Seremban-Ipoh dan Ipoh-Seremban. dan ETS. Ini kerana perkhidmatan ETS yang melalui dua stesen berkenaan kerap menghadapi ma-

salah pengguna harian komuter yang tersalah masuk koc ETS kerana menganggap ia tren komuter KTMB. Pengguna komuter, Samihah Ariffin, 26, mengakui sering melihat pengguna komuter tersilap masuk tren ETS yang menghala ke stesen Rawang atau Seremban. “Semasa ETS mula-mula melalui stesen ini, ada pengumuman dibuat supaya pengguna tidak naik tren tersebut, tetapi ada juga yang masuk. Ini memaksa pekerja tren ETS buka pintu secara emergency agar mereka dapat keluar semula,” katanya. Perkhidmatan ETS Ekspress dari Ipoh ke KL melalui empat hentian, manakala Perkhidmatan ETS ke Seremban Ekspress melalui 7 hentian. Perkhidmatan KL Transit dari Ipoh melalui sembilan hentian. Setakat ini, tiket perkhidmatan ETS boleh dibeli di kaunter Stesen KTMB Kuala Lumpur, KL Sentral, Seremban dan Ipoh saja.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

Suara siswa harus didengari

BICARA

7

MUKADIMAH MASALAH sosial hari ini ibarat nanah dalam luka dan jika tidak dirawat ia akan menjadi barah. Turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan mahasiswa ialah mengenai larangan Kerajaan menghalang golongan itu terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Masalah sosial semakin meningkat. Apakah faktor yang menyebabkan mereka terlibat dalam gejala itu? Masalah sosial berpunca daripada ketiadaan batasan. Sekarang, sifat ingin tahu dan mencuba remaja lebih dirasai berikutan kewujudan media dan cara mudah mendapatkan informasi. Ramai remaja gagal mengawal nafsu mereka kerana ada dorongan pihak-pihak tertentu. Mudah terpengaruh juga antara sebab masalah itu berlaku. Siapakah harus memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah itu? Institusi kekeluargaan memainkan penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak dan seharusnya mengajar serta mendidik mereka dengan baik. Jangan terlalu memanjakan tanpa mempedulikan semua perkara dilakukan. Ada dakwaan menyatakan segelintir penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bijak cenderung mengambil dadah untuk mengekalkan stamina dan prestasi mereka semasa menghadapi musim peperiksaan. Benarkah? Setiap orang ada perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka ingin mencuba sesuatu benda baru yang kononnya untuk mengekalkan stamina. Hasil kajian yang saya lakukan, pada peringkat awal pengunaan dadah itu adalah untuk tujuan baik, iaitu memberikan tenaga lebih bagi membolehkan mereka mengulang kaji pelajaran. Tanpa disedari apa yang dilakukan itu salah. Dulu, peng-

DR FAZLEY YAAKOB, juga seorang penyanyi, pengacara, pelakon, perunding motivasi dan usahawan memberikan pandangannya dari kaca mata orang muda kepada wartawan Transisi, MUHAMMAD AMSYARI ISMAIL dan GAN YONG LI serta jurufoto, NOORATIKAH AB RAHIM. gunaan dadah sintetik dalam kalangan pelajar sebagai alasan memantapkan stamina ketika mengulangkaji pelajaran tidak pernah wujud. Namun, kebelakangan ini, kita dapat melihat ramai pelajar mudah terjebak dengan dadah hingga merosakkan masa depan mereka. Belia dikatakan lebih gemar menjadikan rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah. Apa komen Dr? Benar. Kebanyakan remaja tidak suka mendengar nasihat orang tua kerana menganggap ia sebagai itu lapuk untuk diguna pakai pada hari ini. Mereka lebih gemar mendengar dan berkongsi pengalaman sesama mereka sendiri. Apabila terlalu terikut kata-kata rakan sebaya, perkara itu membuatkan mereka lebih berani melakukan sesuatu demi ingin mencapai keseronokan. Pandangan Dr mengenai larangan Kerajaan tidak membenarkan mahasiswa berpolitik? Sebenarnya, saya menyokong mahasiswa berpolitik. Tetapi, mahasiswa perlu mengetahui kenapa Kerajaan tidak membenarkan mereka berpolitik. Apa yang dirisaukan, mahasiswa berpolitik mengikut emosi diri tanpa berlandaskan undang-undang dan mereka diibaratkan nanah dalam luka dan akan merebak jika tidak dirawat dengan kadar segera. Turut dikhuatirkan, keghairahan mereka berpolitik tanpa sempadan mampu menggugat keharmonian masyarakat. Ini langkah terbaik diambil Kerajaan. Setiap orang bebas menyuarakan

pendapat masing-masing dan ia perlu berlandaskan Rukun Negara kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Jadi, mereka harus menggunakan platform yang betul dalam menyuarakan pendapat. Adakah tanpa berpolitik, mahasiswa akan cemerlang dalam akademik? Saya tidak menafikan, tujuan Kerajaan menghalang pelajar berpolitik ialah untuk kebaikan pelajar itu sendiri. Mahasiswa harus sedar, tujuan utama ke universiti bukan berpolitik, tetapi mengejar segulung Ijazah. Ia satu cara untuk mendidik mereka supaya dapat memberi perhatian kepada pelajaran dan selepas menamatkan pengajian, barulah berfikir untuk berpolitik. Batas dan had itu perlu ada dalam diri seseorang. Tidak ada mana-mana agama di dunia ini membenarkan penganutnya melakukan kejahatan.

Saya rasa keputusan Kerajaan itu disalahtafsirkan sesetengah pihak. Apakah harapan Dr terhadap mahasiswa? Mahasiswa jangan berhenti bersuara. Suara siswa harus didengari dan cara penyampaian itu perlu betul serta tidak terlalu mengikut emosi. Saya percaya apabila siswa bersuara, pasti ada pihak akan mendengar. Perkembangan terbaru? Saya baru selesai menyiapkan album terbaru dan sibuk memenuhi pelbagai undangan mengendalikan rancangan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia, Gadis Melayu, Suara Siswa dan sebagainya. Rancangan Suara Siswa akan

diteruskan dan saya ingin menjadikan rancangan itu sebagai ruang untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan mengubah persepsi mengenai kewibawaan siswa. Apakah keistimewaan rancangan Suara Siswa? Suara Siswa adalah platform buat mahasiswa untuk melontarkan idea mereka. Sebelum ini, siswa banyak menyuarakan pandangan melalui laman sosial dan ini melambangkan identiti dan karakter mereka. Justeru, rancangan seperti ini membolehkan siswa menyuarakan pandangan mereka secara langsung. Cara sebegini diyakini lebih berkesan.


8

ISU

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Tiada faedah musuhi Perkasa TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS

P

Oleh Razali Yahaya

ERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia atau ringkasnya Perkasa yang ditubuhkan demi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan terus dipandang sinis khususnya kepada mereka yang mempunyai agenda politik licik yang mahukan perpaduan Melayu terus luntur. Hakikatnya, sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu, apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan dilihat rasis. Ini bermakna, orang Melayu tidak kira siapa, mereka tidak lagi boleh bercakap soal hak dan kedudukan sebagai orang Melayu. Kalau mereka menyentuh soal itu, mereka dianggap rasis dan perlu dijauhi. Inilah yang dialami Perkasa sekarang. Begitupun, anehnya sebelum ini apabila wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan sesuatu kaum seperti Hindraf, Dong Zhong, Siqui dan lain-lain, ia tidak pula dilihat sebagai rasis. Boleh dikatakan tidak ada satu pun parti politik sama ada dalam Kerajaan mahupun pembangkang membuat kenyataan meminta pertubuhan berkenaan dijauhi. Namun, apabila menyentuh Perkasa, yang diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, hampir semua parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO sendiri turut mahu menjauhi dan memusuhi Perkasa. Ini dilakukan kerana mereka bimbang dituduh rasis sebab ia ada kaitan dengan orang Melayu. Apa sekalipun, tindakan seumpama itu sebenarnya tidak menguntungkan orang Melayu, sebaliknya akan menyemarakkan lagi semangat pihak tertentu untuk terus menyentuh apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Mereka berbuat demikian kerana yakin apa yang diperjuangkan Perkasa tidak akan dibela oleh mana-mana parti politik Melayu sama ada UMNO mahupun Pas. Situasi ini berlaku kerana Perkasa dilihat mirip Hindraf. Oleh itu, Perkasa wajar dianggap rasis dan pelampau. Soalnya, apakah tuduhan seumpama ini pernah dilemparkan kepada NGO berkenaan? Perlu diingat, sejauh ini rasanya Perkasa tidak pernah membuat tuntutan seperti mana NGO berkenaan. Tidak keterlaluan kalau dikata-

kan, komponen BN seperti MCA dan Gerakan, rasanya tidak pernah membawa usul supaya BN menjauhi Dong Zhong dan Siqui. Bagaimanapun, kebelakangan ini pendirian mereka amat berbeza apabila menyentuh soal Perkasa. Apakah disebabkan Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera, maka ia dilihat terlalu perkauman? Sewajarnya, kita jangan lupa apabila komponen BN terutamanya MCA, Gerakan dan MIC memperoleh keputusan buruk pada PRU12 yang lalu, mereka menyalahkan UMNO dan mendakwa UMNO terlalu dominan dengan kemelayuannya. Kini, mereka lebih awal mencari alasan dengan meminta supaya Perkasa yang dikatakan memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, perlu dijauhi. Setakat ini, perjuangan mereka semacam menampakkan kejayaan. Soalnya, apakah dengan tindakan seumpama ini akan menguntungkan kerajaan atau orang Melayu? Apakah dengan memusuhi dan menjauhi Perkasa, ia boleh memberi jaminan bahawa komponen BN terbabit akan mencapai kejayaan pada pilihan raya ke-13 (PRU13) nanti? Kini, komponen utama BN seperti MCA, MIC dan Gerakan masih dilihat kacau bilau dan belum berupaya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat. Kedudukan ini cukup mencemaskan BN dalam usaha menebus kekalahan besar sebagaimana dialami pada PRU12 yang lalu. Sayugia diingatkan, jika sesebuah parti itu kalah dalam pilihan raya, ia bukan kerana orang lain tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan parti itu sendiri. Jadi, jangan cuba menjadikan Perkasa sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup kelemahan sendiri. Ini kerana ia bukan rahsia lagi bagi MCA, Gerakan mahupun MIC termasuk UMNO di beberapa negeri belum mampu mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya. Justeru, apabila Perkasa cuba dijadikan musuh dan dijauhi, ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya orang Melayu yang akan mengalami kerugian besar. Ini kerana Perkasa bukan parti politik. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang hanya mempertahankan hak

sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebab itulah Perkasa bersungguh-sungguh menentang usaha mewujudkan Perlembagaan baru, menggugat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mempertahankan kontrak sosial. Sejauh ini, kita percaya Perkasa tidak menentang mana-mana kaum, tetapi mengapa mereka menjadi mangsa dan dimusuhi? Lebih menyedihkan, kalangan ahli UMNO sendiri turut terjebak mahu menjauhi Perkasa.

Tidak salah kepentingan

pertahan

Oleh itu, jika Perkasa cuba dijauhi, maka ikatan perpaduan orang Melayu akan terus berpecah. Ianya memang menyedihkan kerana sebelum ini orang Melayu sudah berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sudah barang tentu, ianya akan menjadi lebih teruk apabila puak yang menyokong Perkasa mengambil jalan sendiri dan tidak menyokong parti pemerintah khususnya UMNO. Jika ini berlaku, kesudahannya Melayu yang lemah? Oleh itu, sebaiknya kita perlu mengelak daripada terperangkap dalam politik licik pihak-pihak tertentu yang mahu melemahkan kuasa politik Melayu secara tersirat. Ada baiknya, jika Perkasa tidak dimusuhi sebaliknya diajak berbincang mengenai apa yang mereka perjuangkan. Orang Melayu tidak mendapat sebarang faedah jika Perkasa mewujudkan sebuah lagi pakatan politik, sebaliknya hanya akan menyebabkan kuasa politik Melayu semakin terhakis kerana perpecahan yang berlaku akan menjadikan ianya lebih teruk dan parah. Apa sekalipun, jika ini terjadi, maka sudah pasti semakin banyak pihak cuba mengambil kesempatan untuk membuat sebarang tuntutan yang bukan-bukan sehinggakan Perlembagaan negara pun mahu ditulis semula. Oleh itu, sewajarnya kita menghayati peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Perkasa. Beliau antara lain mengingatkan BN dan UMNO memerlukan sokongan daripada seberapa ramai orang, tidak perlu bermusuh dengan orang.

TUN MAHATHIR Ini kerana ia tidak memberi sebarang faedah dan keuntungan. Natijahnya, Perkasa sama seperti NGO lain yang ditubuhkan untuk menyuarakan kepentingan masing-masing dengan tidak menidakkan pihak lain. Bagi Perkasa, perjuangan mempertahankan kepentingan orang Melayu yang masih ketinggalan di tanah air sendiri adalah tidak salah, jauh sekali melangkaui batas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Senario negara pada masa ini lebih menjurus kepada situasi dwi-standard iaitu Melayu akan dikecam habis-habisan dan digelar rasis apabila memperjuangkan kepentingan dan agenda mereka. Peliknya apabila kaum lain lantang membuat pelbagai tuntutan dan membangkitkan isuisu sensitif, tidak pula dianggap sebagai rasis. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Melayu bersuara dan akan terus dicap sebagai rasis. Justeru, adalah tidak adil melabelkan Perkasa sebagai rasis hanya kerana memperjuangkan nasib kaum Melayu yang masih gagal menikmati dengan sewajarnya kekayaan ekonomi negara. Kaum lain di negara ini perlu menghormati Melayu sebagai kaum teras dan sepatutnya membuang sejauh mungkin perasaan buruk sangka mereka. Orang Melayu bukan berniat mahu mengaut sepenuhnya kekayaan negara tetapi hanya menuntut hak mereka seperti dipersetujui bersama sebelum ini. Jadi, sebenarnya langsung tidak ada sebarang isu berbangkit. Melayu sebagai kaum teras mahu hidup harmoni cuma sekiranya kaum ini terus tercicir akan mewujudkan jurang pemisah yang besar dan ia adalah tidak sihat kepada sebuah negara majmuk. Persoalannya, apa pilihan

IBRAHIM ALI UMNO dan BN yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain? Pada dasarnya, UMNO boleh menolak Perkasa, tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini? Bukankah selama ini mereka mencari satu badan untuk menyatakan semangat mereka dalam satu perjuangan. BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam keghairahan mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Dikhuatiri ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran’. Kita tidak menafikan sokongan bukan Melayu memang penting kepada BN, namun tunggak yang perlu dijaga adalah Melayu. Jadi, jika Perkasa dimusuhi, NGO berkenaan tidak rugi tetapi yang rugi adalah kuasa politik Melayu. Natijahnya, semua pihak khususnya UMNO perlu berfikiran waras dan bukan memikirkan sokongan kecil dari bukan Melayu dengan membuangkan badan yang mempertahankan Melayu. Melayu sekarang sedang mencari satu tempat perlindungan kedua selain UMNO untuk mempertahankan dan menyuarakan pandangan dalam agenda Melayu. Pepatah Melayu menyebut ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, jika Melayu atau UMNO turut memusuhi Perkasa, bahayanya adalah orang Melayu sendiri kerana Melayu kini sudah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, Pas dan PKR. Untuk itu, marilah kita kembali mewujudkan perpaduan demi survival politik orang Melayu di negara sendiri.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan, Azuraina Abdullah dan Ika Destiana Nurfaizah Zainudin, 22 Pelajar Wanita berumur berkahwin dengan lelaki muda tidak salah kerana cinta lahir dari hati. Namun, biarlah niat mereka berkahwin tulus mengasihi pasangannya bukan disebabkan ada agenda tersembunyi. Mohamad Syafiq Bukhari, 23 Anggota Polis Kalau sudah ada jodoh, kita pun tidak mampu hendak halang dan perkara ini seakan sudah biasa.

Shukry Awap, 28 Guru Umur itu hanya angka. Perkara yang penting adalah persefahaman,matang dan serasi.

Nurul Huda Salleh, 24 Pegawai Perhubungan Awam Saya tidak rasa pelik, sebaliknya semua ini jodoh yang sudah ditetapkan. Paling penting bahagia.

Azuraini Abdullah, 25 Kaunselor Kesihatan Kebarangkalian untuk mendapat lelaki lebih muda adalah lebih tinggi bila seseorang wanita melepasi umur 24 tahun. Sekarang ini cita rasa lelaki muda kebanyakannya sukakan wanita lebih berumur daripada mereka kerana faktor kematangan fikiran. Metty Arisna, 45 Pembantu Tadbir Usia tidak mendatangkan perbezaan kepada setiap orang. Apa yang dipandang sekarang ini ialah kepimpinan dan kebolehan seseorang itu untuk membimbing dan menguruskan rumah tangga.

Ayik Ariansyah, 28 Juruteknik Perempuan lebih tua biasanya tidak manja dan punya sikap matang. Hal itu menjadi salah satu tarikan mereka.

Dea Arisna, 43 Suri Rumah Tidak ada masalah kalau lelaki lebih muda. Asalkan ia mampu menjadi imam yang baik kepada isterinya, boleh saja.

!

ISU

9

Jana Kahwin lelaki muda : fikiran Pandangan anda mengenai trend wanita berumur anda kahwin lelaki muda?

Siti Raziha Tugiman, 23 Pembantu Tadbir Wanita lebih tua bersikap matang dan tidak terburu-buru melakukan sesuatu keputusan.

Norzaini Bahaludin, 23 Pelajar Lelaki zaman sekarang mahukan wanita yang mempunyai pemikiran matang, terutama wanita yang lebih tua daripadanya. Sesetengah lelaki tidak suka sikap wanita yang terlalu manja dan tidak berdikari. Sukriyaton Sapuan, 23 Pembantu Peribadi Lelaki memilih wanita lebih tua sebagai pasangan kerana sikap matang wanita itu dan banyak pengalaman, Ini tidak memudahkan mereka cepat melatah selain kukuh di segi kewangan. Yoko Hudoyo, 43 Pekerja Swasta Perbezaan usia tidak mendatangkan masalah kalau kedua-dua belah pihak saling mengerti dan mencintai.

Amar Haqeem Wahed, 22 Pelajar Boleh saja. Tidak ada sebarang masalah kerana hal ini tidak memainkan peranan penting. Perasaan dan cinta lagi penting. Umur hanya nombor.

Nur Faradila Kahar, 25 Pelajar Fenomena ini tidak jadi masalah dan kematangan seseorang berbeza satu sama lain. Semua itu terletak pada hati masingmasing.

Norhafizah Rahman, 23 Pelajar Isu ini sudah biasa kedengaran. Ia tidak jadi masalah besar kerana apa yang penting pasangan tersebut mencintai satu sama lain.

Siti Sarrah Shammimie Samad Perkara ini normal dan kita boleh lihat contoh kepada Nabi Muhammad berkahwin dengan isterinya yang jauh lebih tua daripada dirinya. Akashiya Amy Haika Cinta tidak kenal usia. Satiyah Arunasalam Apakah hubungan mereka akan berkekalan? Minamie Taro Tak salah kahwin dengan orang muda,. Apa yang penting jujur, ikhlas dan cinta. Norzawani Zahari Usia bukan penghalang jika sudah sama-sama suka. Bie Ismail Dalam dunia yang semakin membangun sekarang, isu ini bukan isu yang dianggap serius. Tak jadi masalah sekiranya kedua-duanya mampu untuk toleransi antara satu sama lain. Sedangkan Nabi sendiri pun kahwin dengan Siti Khadijah yang bezanya 15 tahun. Nur Cahaya Pencinta Ashikin Kalau sudah jodoh tidak ke mana, macam magnet, utara vs selatan, bercantum juga. azma Saya tak minat lelaki lebih muda walaupun beza usia cuma setahun. Orang perempuan cepat nampak tua terutama selepas bersalin. man_ana Saya tidak ada apa-apa masalah dengan isu ini. Kahwin tidak mengenal usia. misszahidah Boleh tak jika saya kata saya suka lelaki muda. Tapi, bukanlah yang terlalu muda. Kalau muda dua tiga bulan atau setahun rasanya ok kan? annielee92 Hal paling penting ialah kedua-dua gembira. Itu sudah cukup.

layari kami di www.facebook.com/Transisi


10

BISNES

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Dulu arkitek bola, kini tauke restoran Lagenda 17 dekatkan Zainal dengan peminat bola sepak tempatan

Oleh Gan Yong Li

S

EBAIK saja tiba di Restoran Lagenda 17, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, kelihatan seorang lelaki tinggi lampai berkulit hitam manis sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelanggan-pelanggannya. Apabila didekati, rupa-rupanya beliau adalah bekas peledak berbisa yang pernah mencipta nama dalam arena sukan bola sepak negara sekitar era 198090-an lalu. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Zainal Abidin Hasan, 48, yang dulu begitu digeruni lawan atas peranannya sebagai arkitek di tengah padang yang bijak mengatur strategi memusnahkan kubu lawan. Namun, kelebihan sama itu kini dimanfaatkan sebaiknya untuk ‘turun padang’ membantu pekerjanya menyediakan hidangan dan melayan karenah pelanggan walaupun memegang status sebagai Pengarah Urusan di restoran tersebut. Pengunjung pasti tertarik melihat dekorasi dalaman bermotifkan bola sepak dengan gambar dan ukuran padang terbentang luas menghiasi dinding restoran. Turut dipamerkan ialah jersi, keratan akhbar dan gambar sepanjang penglibatan Zainal dalam dunia bola sepak tempa-

tan dan antarabangsa. Zainal menyatakan beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan selepas mendapat ilham daripada rakan-rakan yang juga membuka perniagaan sama. Berbekalkan tenaga kerja seramai 10 orang dan ditambah sokongan pengurus, isteri dan anak-anak, beliau nekad merealisasikan impiannya itu dan akhirnya berjaya membuka premis perniagaannya di Seksyen 13, Shah Alam.

Peminat

Walaupun sibuk dengan tugas selaku Penolong Pengurus pasukan bola sepak Pahang, Zainal sanggup berulang-alik antara Shah Alam dan Kuantan bagi menguruskan perniagaannya restorannya itu. “Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah restoran, tetapi ketika berkunjung ke restoran rakan, perasaan seronok dan minat mula timbul untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. “Penubuhan restoran ini juga adalah tanda penghargaan saya kepada peminat yang banyak menyokong saya selama ini. Mereka boleh datang jumpa saya di restoran ini kerana saya akan cuba berada di sini setiap kali tiada urusan di Kuantan. “Saya bangga diberi gelaran

Lagenda oleh peminat bola sepak negara dan disebabkan itu jugalah saya namakan restoran ini Lagenda 17,” katanya. Nombor 17 dianggap bertuah bagi Zainal yang mula terlibat dalam dunia bola sepak seawal usia 17 tahun pada 1979 dengan meraih pelbagai trofi kemenangan. Zainal berkata, Lagenda 17 dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 7 Ogos lalu dengan meletakkan menu Nasi Ayam Hainan sebagai hidangan utama di restoran itu. “Nasi ayam Hainan menjadi menu utama kerana ia makanan kegemaran saya sejak kecil. “Saya ambil masa enam bulan untuk merancang perniagaan ini selain banyak dibantu pengurus yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pernah bertugas di Hard Rock Cafe selama 16 tahun. “Di segi sentuhan rekaan dalaman, aktor, Azhar Sulaiman banyak memberi idea dan hiasan bagi menyemarakkan mood bola sepak,” katanya. Menurutnya, sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan walaupun restorannya baru saja dibuka. “ J i k a tidak ada sebarang halangan, saya berc a d a n g membuka sebuah lagi Lagenda 17 di Kuantan, Pahang. “Paling penting, hidangan perlu sedap. Apabila sedap, orang akan terus datang

ke restoran kita dan secara tidak langsung mereka juga akan beri-tahu kepada orang lain. “Walaupun penat kerana terpaksa bahagikan masa antara kerjaya dan perniagaan, saya seronok apabila dapat sentiada berjumpa peminat,” katanya. Zainal berkata, seseorang itu perlu ada sasaran dalam hidup sekiranya mahu mencapai apa yang dikehendaki.

Nasihat

“Saya nasihatkan atlet muda berjimat sejak muda supaya tidak menghadapi masalah selepas bersara kelak. “Sekurang-kurangnya, jika tidak aktif lagi dalam bidang sukan, kita boleh juga menceburi bidang lain,” katanya lagi. Selain hidangan utama Nasi Ayam Hainan, Lagenda 17 turut menyediakan makanan ala carte

Zainal menyediakan juadah kuih untuk pelanggannya berbuka puasa pada Ramadhan lalu.

seperti Nasi Goreng Lagenda, Milk Shake dan Mee Goreng Lagenda. Isteri kepada Zainal, Zalina Zaini, 48, berkata, dia sentiasa memberi sokongan kepada suaminya dalam menguruskan restoran berkenaan. “Pembukaan restoran ini memberi peluang kepada Zainal meluangkan masa dengan peminatnya yang selama ini banyak menyokongnya. Selain itu, dia dapat memberi inspirasi kepada remaja untuk membabitkan diri dalam perniagaan. “Jika suami sibuk menguruskan pasukan Pahang, saya dan pekerja lain akan bersama menguruskan perniagaan ini. Secara tidak langsung, kami sekeluarga dapat bekerjasama mengendalikannya,” katanya.


24 SEPT - 07 OKT 2010

BISNES

Transisi

11

EU pertahan dominasi IMF Oleh Mohd Azhan Othman

B

JEAN-CLAUDE-TRICHET

ARU-BARU ini, negaranegara Kesatuan Eropah (EU) berkeras mempertahankan dominasi mereka dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan disokong Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Jean-Claude Trichet. Sebenarnya, rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengehadkan penguasaan EU dan mengalihkannya ke negaranegara membangun sudah lama timbul. AS mendakwa negara-negara membangun patut mendapat kuota untuk posisi pengarah eksekutif IMF, berjumlah 24 kerusi, dan sekali gus berpeluang meningkatkan suara mereka di pertubuhan antarabangsa itu. “Secara peribadi, saya mendesak EU mengambil pendirian bersama, iaitu bersatu,” kata Trichet. Menurutnya, cara IMF dikendalikan perlu diperbaiki dalam usaha meningkatkan peranannya dalam pentadbiran antarabangsa. Negara-negara EU memiliki suara lebih daripada 21 peratus dalam IMF dengan disusuli AS dengan 16.74 peratus, manakala selebihnya dibahagikan kepa-

Peserta Sistem Penyebaran Data IMF (DDS) Anggota IMF, menggunakan SDDS Anggota IMF, menggunakan GDDS Anggota IMF, tidak menggunakan DDS Bukan anggota IMF, menggunakan SDDS Bukan anggota IMF, menggunakan GDDS Tiada kaitan dengan IMF SDDS : Sistem Penyebaran Data Khas GDDS : Sistem Penyebaran Data Umum

da 178 negara anggota IMF lain. Penolakan EUropa terhadap usaha mengurangkan kuota mereka di IMF menyebabkan AS mengambil tindakan drastik yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Pada Ogos lalu, AS menolak usul daripada ahli lembaga pengarah yang mengajukan

cadangan komposisi pengarah eksekutif IMF yang sama seperti sekarang. Washington berharap penolakan itu dapat mendesak negaranegara EU, termasuk Belgium dan Belanda, mengurangkan jumlah kerusi mereka. AS adalah satu-satunya negara anggota IMF yang mampu

menolak keputusan ahli lembaga pengarah dengan hak suaranya sendiri. Sejak sekian lama negaranegara membangun meminta kuota lebih besar buat mereka pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, seperti IMF dan Bank Dunia. Permintaan itu dibuat berdasarkan sumbangan negaranegara membangun terhadap ekonomi global yang terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penganalisis berpendapat suara daripada negara-negara membangun sangat penting untuk meningkatkan kebijakan koordinasi yang dilakukan IMF dalam perkembangan ekonomi global akan datang. Timbalan Kanan Bank Indonesia (BI), Hartadi Sarwono berkata, negara membangun tidak hanya ingin meningkatkan kuota suara, tetapi juga mahukan beberapa penyesuaian dalam pelaksanaan kebijakan ekonomi global IMF. “Bagi negara membangun, apa yang paling penting bukan hanya meningkatkan kuota, tetapi hubungan antara kuota dan peranan dalam mengenda-

likan IMF. Ini harus ada dalam satu pakej,” katanya.

HARTADI SARWONO

“Bagi negara membangun, apa yang paling penting bukan hanya meningkatkan kuota, tetapi hubungan antara kuota dan peranan dalam mengendalikan IMF.”


12

POTRET

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Kemeriahan Artis menjamu selera dalam majlis jamuan Aidifitri Program Khas PLK B.Comm (Hons) di UUMKL. Suasana pagi raya di Kampung Gelam, Alor Setar, Kedah.

Persembahan puisi bertajuk Dirgahayu UUM. Dari kiri: Hazama, Neves Pretty Ugly, Raja Faizal (komposer), Kamaruzaman (pengasas Al-Jabar) dan Yusanani Yushak (penyampai berita).

CERIA... Ada yang mencuit hati antara Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Rosna Awang Hashim (kiri) dan Dr Noraini Yusoff.

Berlatih sebelum membuat persembahan.

SERONOK... Kanak -kanak yang gembira mendapat duit raya di rumah terbuka di Taman Damai Jaya,Cheras, KL.

Kemesraan di pagi Syawal bersama keluarga dan sanak saudara yang berkunjung.

Mengunjungi rumah terbuka di Taman Mahkota Putra.


x

presi

16/29

24 SEPT - 07 OKT 2010 / 15 - 28 Syawal 1431H

Juhaidi kukuhkan lagi Kelantan Delights

www.transisi.com.my

14

Gila drama Korea 31

Cita rasa Perancis di Colmar Tropicale

Perangai pelik Sri Diah Oleh Siti Nurmah Wasilan dan Mohd Azhan Othman

N

AMA wanita ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena sastera tanah air. Sejak 80-an hingga kini, bisa pena Sri Diah atau nama sebenarnya, Radhiah Shaharuddin dalam menghasilkan karya-karya kreatif berbentuk novel dan cerpen yang menyentuh pelbagai isu semasa, terutama hal ehwal wanita tidak pernah mengecewakan.

>> Muka 15


14

x

presi

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Gila drama Korea

Oleh Azuraina Abdullah

S

EBELUM ini, kebanyakan drama Korea popular yang ditayangkan di kaca televisyen adalah bergenre romantik. Namun, kini muncul dramadrama Korea yang beralih genre dan berjaya tersenarai dalam siri drama paling popular di negara itu. Drama Korea nyata berbeza berbanding drama Amerika Syarikat atau Kanada, termasuk siri drama telenovela yang popular di Amerika Selatan. Setiap episod drama Korea mempunyai permulaan dan pengakhiran yang jelas dan ia disusun baik dengan rata-rata plot drama menjurus kepada penceritaan dramatik dan versatil. Perkembangan gelombang drama Korea memaksa permintaan terhadap babak cerita yang diselitkan dengan budaya masyarakat negara itu sangat tinggi dalam kalangan peminat. Selain genre romantik sangat popular dan paling diminati penduduk negara itu, drama Korea umumnya mempunyai dua lagi

genre utama iaitu sejarah dan penyiasatan. Drama The 1st Shop of Coffee Prince, yang memaparkan kisah percintaan dan kekeluargaan, adalah drama Korea paling popular sepanjang tahun di negara itu. Ia ditayangkan setiap Isnin dan Selasa sepanjang Julai hingga Ogos 2007. Dae Jang Geum pula tersenarai sebagai drama kedua paling banyak ditonton. Drama yang berunsur warisan kebudayaan Korea tersebut ditayangkan pada 2003. Senarai ketiga drama paling popular jatuh kepada Sandyglass yang menemui penonton Korea pada 1995 sebanyak 24 episod. Drama yang berlatarbelakangkan era 1970-80-an itu mengisahkan kehidupan gangster, pengamal undang-undang dan golongan korporat serta kenamaan di Korea. Turut tersenarai ialah drama penuh air mata, Winter Sonata yang ditayangkan pada Mac 2002. Kisah cinta dua manusia yang menghadapi pelbagai

ai mempuny r Princess londe. to B u y c ll e a s g ro e Plot P drama L n a g n e d n persamaa

cabaran dengan babak penamat cerita yang cukup dramatik membuatkan drama itu begitu digilai ramai penonton Asia. Pada tahun lalu, drama berkenaan diadaptasi kepada siri animasi. Sementara itu, drama Korea yang memiliki durasi masa tayangan paling lama dan berada dalam senarai paling popular ialah Rustic Period, iaitu sebanyak 124 episod. Ia ke udara pada 2002 hingga 2003 yang mengisahkan perjalanan hidup dilalui seorang pengamal politik yang mempertahankan budaya dan bangsa. Drama Korea paling popular tahun ini pula ialah Prosecutor Princess, mengisahkan kehidupan seorang wanita berjawatan tinggi yang bergelut dengan kisah lampau keluarganya yang ada kaitan dengan keluarga lelaki dicintainya. Drama itu ditayangkan pada April lalu dengan mendapat reaksi positif penonton walaupun plotnya agak stereotaip seperti drama Barat, Legally Blonde.

Sandyglass menampilkan unsur triler yang penuh kejutan.

Winter Sonata pernah menjadi kegilaan penonton drama TV di Malaysia.

Poster file

m Dae Jan

g Geum.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Tulis novel sebagai dakwah >> Dari Muka 13

SRI DIAH menyatakan karakter wanita-wanita tabah yang diangkat dalam setiap karyanya digarap berdasarkan pengamatan dan pengalamannya sendiri. Bakat Sri Diah dalam bidang penulisan terserlah sejak seawal usia 15 tahun apabila menghasilkan novel kanak-kanak berjudul Tragedi Malam Minggu dan sejak itu potensinya terus menyinar dan meniti bibir khalayak peminat sastera tempatan. “Semasa masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), saya banyak menyertai pertandingan cerpen dan puisi. Ketika itu, hadiah berbentuk wang ringgit dijadikan duit poket untuk menyara kehidupan kampus. “Saya ingat nasihat guru saya, Shahnon Ahmad. Pesannya, kita perlu lakukan sesuatu perkara mengikut apa yang kita tahu dan disebabkan itulah novel-novel saya banyak berkisar mengenai kisah-kisah wanita. Saya tidak mahu menulis dalam bidang yang bukan kemahiran saya,” katanya. Sri Diah menyatakan beliau kini dalam proses menerbitkan novel terbarunya berjudul Jakarta Di Mana Sri yang bakal menjengah pasaran pada Oktober ini. “Idea menghasilkan karya terbaru itu tercetus daripada isu cinta Lombok yang kerap digembargemburkan media tempatan dan negara seberang, Indonesia,” katanya. Beliau berkata, tema dalam novel kali ini adalah berkisarkan

x

presi

Transisi

15

Ramai pembaca mengatakan novel saya agak berat di segi penggunaan bahasa dan penghayatan. Ini kerana saya cuba mendalami setiap apa yang tersirat.” kekeluargaan dengan mengetengahkan isu pemerdagangan manusia selain turut menyelitkan kisah percintaan membabitkan dua negara berjiran, Malaysia dan Indonesia. Menurutnya, proses menyiapkan sesebuah novel berbeza berdasarkan bahan yang diperoleh. Misalnya, novel beliau, Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, yang sudah dicetak sebanyak 14 kali, mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. “Masa setahun diperlukan untuk menjiwai watak dan mengumpul pelbagai bahan rujukan seperti undang-undang syariah supaya apa yang disampaikan dalam novel tersebut adalah fakta betul. “Ramai pembaca mengatakan novel saya agak berat di segi penggunaan bahasa dan penghayatan. Ini kerana saya cuba mendalami setiap apa yang ter-

PROFIL

RADHIAH SHAHARUDDIN (SRI DIAH) Asal Kuala Lumpur Tarikh Lahir 10 Julai 1962 Kerjaya Pengurus Besar Oasis Books Sdn Bhd Pendidikan Penulisan Kreatif (USM) Suami Ahmad Saabun Anak Anis Khalilah (20) Anas Iqbal (17) Anas Suhaimi (14)

sirat,” katanya. Baginya, novel adalah antara medium informasi yang mampu membentuk kefahaman dan pemikiran pembaca selain dan bukan sekadar berperanan sebagai

bahan hiburan. “Saya menganggap menulis novel sebagai jihad dan dakwah, di mana pembaca akan peroleh ilmu sampingan hasil daripada pembacaan dan penghayatan novel tersebut,” katanya yang setakat ini sudah menghasilkan 16 novel. Melaram sebelum tulis novel

Novel Sri Diah

Sri Diah dan suami tercinta yang banyak memberi galakan dalam penulisan.

1. Tragedi Malam Minggu 2. Epilog Cinta Kelmarin 3. Kejauhan yang Hampir 4. Lelaki-Lelaki Asing 5. Selembut Kasihmu 6. Kamar Cinta 7. Suite 1908 8. Selamat Malam Tan Sri 9. Dendam Masrini 10. Dosa Malam Pengantin 11. Kuala Lumpur Di Mana Suamiku 12. Jangan Ada Dusta 13. Janji Kasih 14. Mahligai Cinta 15. Doa Buat Suamiku 16. Cinta yang Terpilih

Sri Diah ketika berkongsi perangai pelik mengenai dirinya menyatakan beliau akan mengenakan pakaian cantik dan bersolek seperti hendak ke pejabat jika mahu menulis walaupun ketika itu berada di rumah. “Apabila saya berpenampilan begitu, suami dan anak-anak sudah faham. Setiap penulis novel ada gaya berbeza bagi mencetuskan mood dan ilham untuk menulis novel,” katanya. Beliau juga tidak menafikan menghadapi tekanan berikutan pelbagai komitmen kerja yang digalas. Namun, itu semua bukan

penghalang untuk beliau terus berkarya. “Apabila sedang menulis dan berada dalam keadaan itu, saya akan cepat-cepat menaip idea yang terlintas dalam fikiran supaya tidak hilang daripada ingatan,” katanya yang menjadikan Sasterawan Negara, Arena Wati sebagai idola. Ketika ditanya mengenai kewujudan ramai penulis wanita hari ini, beliau berkata, sifat dan emosi wanita yang lebih halus berbanding lelaki mungkin antara faktor yang menyebabkan bidang penulisan didominasi kaum hawa. “Emosi dan sensitiviti penting untuk menjadi pencerita yang baik. Ini kerana penceritaan harus memainkan emosi supaya pembaca dapat menghayati jalan cerita sesebuah novel. Sifat wanita yang suka berkongsi pengalaman juga salah satu faktor wanita cenderung menulis novel berbanding lelaki,” katanya lagi.


16

x

presi

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Juhaidi kukuhkan lagi Kelanta Oleh Rudysham Abd Raof Foto Nooratikah Ab Rahim

B

IARPUN sudah menggilap nama antara restoran tersohor di ibu kota, Kelantan Delights belum memikirkan usaha memfrancaiskannya ke seluruh negara kerana masih banyak perkara untuk menjenamakan restoran berkenaan supaya lebih kukuh dalam kalangan penggemar makanan dari negeri Pantai Timur itu. Pengarah Urusannya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, usaha ke arah memfrancaiskan Kelantan Delights memang wujud di fikirannya, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan kerana hasrat itu memerlukan kesungguhan selain perlu mendapatkan reaksi positif daripada francaisor bagi membentuk kerjasama. “Ramai pihak hubungi saya

untuk minta buka cawangan Kelantan Delights. Memang saya teruja restoran ini dapat sambutan amat menggalakkan daripada peminat makanan Kelantan. Namun, saya tidak boleh terburuburu memfrancaiskannya. “Sebenarnya, untuk memfrancaiskan sesuatu bahan dan pemilikan, kita perlu bentuk kerjasama utuh antara pemilik dan francaisor. Sekarang, saya masih lagi pada tahap mencari kaedah paling sesuai sebelum memulakan perniagaan francais. Jadi, sudah tentu saya perlu faham secara mendalam proses tersebut. “Kelantan Delights adalah anak saya dan sudah pasti saya tidak mahu sia-siakan masa depan anak saya. Ini tidak ber-

erti saya menolak bulat-bulat sistem francais, cuma saya bimbang jika apa yang kita hajati tidak mencapai tahap diinginkan antara saya dan francaisor lain. “Jadi, sebelum saya mendekati sistem ini (francais), saya perlu berusaha lebih keras untuk kukuhkan Kelantan Delights pada tahap terbaik. Bukan saya tidak percayai sistem ini. Saya akui ia kaedah paling baik dalam memajukan restoran saya, tetapi masih belum kuat di Malaysia berbanding Jepun, Perancis dan Amerika Syarikat,” katanya ketika ditemui di Restoran Kelantan Delights di Sooka KL Sentral, baru-baru ini. Menyingkap mengenai pembabitan dalam pasaran masakan Melayu, Junaidi berkata, JUHAIDI... Pengarah Urusan Kelantan Delights. semuanya bermula apabila beliau menyimpan hasrat ingin menubuhkan sebuah restoran bertaraf lima ke enam bintang yang setaraf dengan restoran terkemuka lain. Hasrat yang tersimpan itu terus menjadi pembakar semangat apabila budayawan negara, juga bekas Ketua Pengarah Arkib, Datuk Zakiah Hanum sering memberi kata-kata semangat untuk melihat usahawan Bumiputera mengungguli pasaran itu.

Terpilih

Juhaidi (tiga dari kiri) bersama staf Kelantan Delights di hadapan restoran.

Juhaidi, juga bekas wartawan The News Straits Times Press (NSTP) dari 1987 hingga 1995 dan graduan Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Pengajian Kesusasteraan dan Sains Sosial (1979), kemudian terus memulakan langkah demi memartabatkan masakan Melayu di persada dunia. Selepas tiga tahun beroperasi di medan selera, Kelantan Delights mula mengatur langkah dengan membuka restoran di aras empat, Suria KLCC dan berhijrah kini ke Sooka KL Sentral. Lebih menggembirakan. Kelantan Delights dijemput pihak pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan halal selama seminggu di London dan juga pernah dipilih sebagai Restoran Melayu Halal terbaik 2005 hingga 2006 oleh Halal Journal. Menurut Juhaidi, sebagai satu-satunya restoran Melayu yang

terpilih, beliau begitu teruja dan sangat berbesar hati dengan jemputan tersebut. “Pada waktu itu, saya begitu gembira dan percaya segala penat lelah selama ini sudah diiktiraf, lebih-lebih lagi di mata dunia,” katanya sambil menunjukkan plak penghargaan tersebut. Beliau juga melahirkan rasa bangga, bukan kerana Kelantan Delights satu-satunya restoran Bumiputera yang terpilih, tetapi disebabkan menyedari wujudnya permintaan dan potensi perniagaan di luar negara. Beliau berkata, Kelantan Delights juga mendapat liputan meluas daripada media asing, termasuk Australia, Jepun, Rusia, dan Arab Saudi. Walaupun memberi tumpuan kepada masakan Pantai Timur, Kelantan Delights juga turut membuka selera sebahagian besar penggemar nasi kerabu dan nasi dagang. “Sebanyak 60 peratus daripada pelanggan tetap saya terdiri daripada bangsa asing. Ini menunjukkan resipi Kelantan Delights berpotensi bukan saja bagi pasaran masyarakat ibu kota, bahkan masyarakat lain seperti India, Cina dan pelancong asing,” katanya. Menurutnya, selain faktor menu, beberapa faktor lain turut membantu meningkatkan jualan seperti lokasi, perkhidmatan, reka bentuk dan tata rias restoran. “Hasrat saya ingin wujudkan sebuah restoran cantik dengan


22-23 24 SEPT - 07 OKT 2010 / 15 - 28 Syawal 1431H

Kajian Ilmiah

Saduran nano-seramik www.transisi.com.my

Menarik di dalam

18

Kajian ilmiah UTM dalam talian

20

UUM, Melaka tingkat kerjasama

Ziarah kerja Menteri Pengajian Tinggi ke UUM

M

ENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan program ziarah kerja dan sambutan Aidilfitri ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 22 dan 23 September lalu. Pengarah Canselori UUM, Baharuddin Yaacob berkata, antara jadual kerja menteri ialah sesi ramah mesra dan bergambar bersama 200 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Dewan Seri Angsana, EDC-UUM pada 22 September. Khaled turut diberi penghormatan melancarkan tiga Sekolah Pengajian Siswazah (Graduate School), iaitu Sekolah Sastera dan

Sains Awang Had Salleh, Sekolah Perniagaan Othman Yeop Abdullah dan Sekolah Kerajaan Ghazali Shafie. Penubuhan sekolah pengajian siswazah itu diluluskan Mesyuarat Eksekutif Universiti ke-16 pada 2 September lalu bagi membolehkan setiap kolej ada Sekolah Pengajian Siswazah sendiri. Dalam usaha menjadikan UUM sebagai Sekolah Perniagaan Terkemuka pada 2011, pihak pengurusan UUM menubuhkan Sekolah Perniagaan Othman Yeop Abdullah yang memiliki Institut Pengurusan dan Kajian Perniagaan (IMBRe). Penyelidikan IMBRe itu akan

memfokuskan kepada pelantar penyelidikan, membabitkan aspek Kewangan, Perbankan dan Insu-rans - Pengurusan Risiko, Ke-pimpinan dan Daya Saing Organisasi, Perniagaan dan Pengurusan Pembinaan, Perniagaan dan Pengurusan Automotif, Model Pengurusan Kualiti Generasi Ke-3 dan Daya Saing Kebangsaan, Model Perniagaan dan Pengurusan China dan India, Model Perniagaan dan Pengurusan Muamalat untuk Hab Halal, Pentadbiran Perakauan dan Korporat dan Komunikasi bagi Daya Saing Organisasi dan Kebangsaan. Dengan pelaksanaan Sekolah Pengajian Siswazah itu, hasrat

KHALED UUM untuk mendapatkan 40 peratus jumlah pelajar pengajian siswazah dan 30 peratus pelajar luar negara akan dapat dicapai menjelang 2013.

Liku-liku Syafiq Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) UUM

Oleh Gan Yong Li

G

“

24

UniMAP muncul universiti cemerlang

26

Nadratun usahawan kelahiran UUM

ENGGAM bara api biar sampai jadi arang’. Begitulah pegangan hidup Mohd Syafiq Japar, 23, dalam mengejar sesuatu kejayaan. Untuk membuat sesuatu perkara, Syafiq akan memastikan segala yang dibuat akan mendatangkan hasil sehingga boleh memberi kepuasan pada dirinya. Semenjak menjejakkan kaki di Universiti Utara Malaysia (UUM), anak kelahiran Johor ini tekad untuk berjaya dalam akademik serta aktif dalam persatuan. >> Muka 21

Syafiq (hadapan, tiga dari kiri) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia.


18

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Kajian ilmiah UTM dalam talian Oleh Razali Yahaya

U

NIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menjadi institusi pengajian tinggi tunggal di negara ini menduduki senarai 100 teratas dalam penarafan Institutional Repositories (IR) yang dikeluarkan Ranking Web of World Repositories, barubaru ini. Ini sekali gus memperbaiki kedudukannya sebelum ini dari tangga 89 pada Januari tahun ini kepada 77 pada Julai. Ketua Pustakawan UTM, Kamariah Nor Mohd Desa berkata, penarafan IR yang dilakukan dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai merujuk kepada bahan ilmiah yang dikongsi pengguna. Beliau berkata, IR adalah sistem akademik yang membolehkan pengguna memuat turun maklumat ilmiah hasil penyelidikan kakitangan akademik, penyelidik dan pelajar menerusi talian. “Peningkatan itu membuktikan UTM Institutional Repository (UTM-IR) menjadi platform terbaik meluaskan penyebaran dan capaian hasil penerbitan warga UTM di peringkat global. “Ini membantu UTM melonjakkan pencapaiannya sebagai

sebuah universiti penyelidikan negara unggul pada masa depan sejajar dengan matlamat menyokong inisiatif dasar terbuka serta akses percuma kepada penerbitan saintifik dalam bentuk elektronik,” katanya. Beliau berkata, Komponen utama dalam polisi ini adalah UTM-IR berfungsi sebagai portal yang membenarkan penyimpanan serta capaian hasil ilmiah meliputi jurnal elektronik, tesis dan hasil penyelidikan. Penarafan IR ialah sistem akademik yang membolehkan pengguna memuat turun maklumat ilmiah hasil penyelidikan kakitangan akademik, penyelidik dan pelajar secara online. Berdasarkan sistem penarafan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menduduki tangga ke-143, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) 204, Universiti Malaya (UM) 214, Universiti Utara Malaysia (UUM) 228 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tangga 308. Kamariah berkata, matlamat penarafan itu bertujuan menyokong inisiatif dasar terbuka serta akses percuma kepada penerbitan saintifik dalam bentuk elektronik.

KAMARIAH NOR Beliau berkata, IR digunakan secara meluas di institusi penyelidikan dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia bagi membantu penyelidik dan ahli akademik menyebarkan hasil penyelidikan mereka secara digital. “Ini jelas menunjukkan bahawa kandungan dalam UTMIR dari segi penerbitan ilmiah adalah sangat tinggi dan diikuti dengan penilaian dari segi format fail, saiz dan kenampakan,” katanya. Sejak diperkenalkan, UTM-IR mencatat sejarah sebagai institusi pertama negara yang disenaraikan dalam Registry of Open

Peluang mahasiswa USM belajar di Switzerland

M

AHASISWA Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya bagi peringkat ijazah tinggi di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) kini berpeluang menyambung pengajian ke Switzerland. Mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di Universiti Fribourg menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua universiti berkenaan. Dekan PPSK, Profesor Madya Ismail Baba berkata, sekurang-kurangnya tiga mahasiswa akan dihantar ke sana setiap tahun. Bagaimanapun, ia tetap bergantung pada perbin-

DZULKIFLI ABDUL RAZAK cangan lanjut antara kedua-dua pihak. “Kita dimaklumkan Universiti Fribourg sedang mempertimbangkan penawaran biasiswa

kepada mahasiswa kita untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan. “Persefahaman ini adalah peluang terbaik bagi membolehkan mahasiswa kita yang dipilih nanti menimba pengalaman belajar di sebuah universiti popular di luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemeteraian MoU antara USM dan Universiti Fribourg di Pulau Pinang, baru-baru ini. USM diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, manakala Universiti Fribourg oleh Pengarah Kursi Pengajian Antropologi Sosial, Profesor Christian Fiordano.

Access Repository iaitu sebuah pertubuhan yang mempromosi pembangunan akses terbuka dengan menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan dan status repositori di seluruh dunia. Menurut Kamariah Nor, Dasar Akses Terbuka adalah dasar yang memberi akses kepada sumber maklumat ilmiah secara percuma tanpa had terutamanya bagi hasil penulisan staf akademik, penyelidik dan pelajar UTM melalui kemudahan universiti. “Antara sumber ilmiah yang boleh diakses adalah artikel, buku, tesis, hasil penyelidikan dan sebagainya. “UTM adalah universiti pertama di Malaysia yang menerima pakai Dasar Akses Terbuka bagi penghasilan bahan ilmiah warga kampusnya,” katanya. Menurutnya, Pustakawan Sultanah Zanariah bukan sahaja berperanan sebagai gerbang perkhidmatan maklumat malah meningkatkan lagi usaha dalam merealisasikan peranannya sebagai pusat pembelajaran dan pembudayaan ilmu. Tambahnya, usaha itu diteruskan melalui penubuhan UTM Reading Stations (UTMRS) yang

dilancarkan pada 4 Mei tahun lalu hasil daripada iltizam Naib Canselor untuk mewujudkan suasana keilmuan di kalangan warga UTM. Justeru itu tidak hairan sehingga kini terdapat lebih daripada 6,500 naskhah bahan bacaan yang disumbangkan oleh masyarakat kampus melalui kempen menderma buku yang giat dijalankan pada setiap masa. “Bahan-bahan bacaan itu boleh didapati di 48 lokasi sekitar kampus Skudai dan 10 di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur. “Tidak seperti perpustakaan biasa yang memerlukan pengguna mendaftar sebagai ahli untuk meminjam dan memulangkan bahan pada masa yang telah ditetapkan, UTMRS membenarkan sesiapa sahaja untuk menggunakan dan memulangkan bahan bacaan pada bila-bila masa,” katanya. Jadi, bagi kemudahan semua pengguna UTMRS, satu sistem online UTMRS yang menyenaraikan keseluruhan koleksi UTMRS berasaskan web dibangunkan oleh PSZ iaitu, http://psz.utm.my/ readingstation.

UUM hargai 42 pengawal bertugas

K

ETIKA umat Islam bergembira merayakan Syawal, masih terdapat kalangan mereka terpaksa melupakan keseronokan berhari raya kerana bertugas demi memastikan keselamatan organisasi yang mereka wakili. Mereka yang terlibat termasuk pasangan suami isteri, Shobehi Hashim dan Wan Rushila Ismail adalah antara 42 anggota keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memikul tanggungjawab menjaga keselamatan kampus sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Shobehi yang berkhidmat dengan universiti itu sejak 26

tahun lalu berkata, bertugas pada cuti hari raya kali ini adalah lebih bermakna kerana dapat bertugas bersama isterinya. “Biarlah mereka yang tinggal jauh dan bekerja pada tahun sebelum ini, pulang beraya bersama keluarga kerana tugas menjaga aset universiti adalah amat penting,” katanya. Isterinya, Wan Rushila melahirkan rasa bangga kerana diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab itu meskipun ia bermakna dia terpaksa melupakan kegembiraan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.


24 SEPT - 07 OKT 2010

KAMPUS

Transisi

19

Seminar jejak warisan Pahang anjuran UMP

L

EBIH 500 terdiri daripada intelek, pegawai kerajaan, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar institut pengajian tinggi dan orang perseorangan dijangka menyertai Seminar Jejak Warisan Pahang anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama dua hari bermula 24 September ini. Pengerusi program, Prof Madya Dr Normah Othman berkata, seminar itu turut mendapat kerjasama Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dan kerajaan negeri sempena sambutan Hari Keputeraan ke80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober ini. Katanya, baginda berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian itu pada 25 September ini dan dijangka dihadiri lebih 4,000 penduduk negeri ini. “Penganjuran seminar itu adalah inisi-

atif UMP dan kerajaan negeri dalam memberi pendedahan kepada orang ramai mengenali warisan, sejarah kesultanan, ketokohan dan kebudayaan Pahang. “Program itu adalah salah satu acara yang dirancang sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. Normah berkata, turut diadakan ialah pameran hasil usaha Mubarak mempamerkan petikan berita akhbar dan penulisan sejarah, peninggalan sejarah dari Muzium Negeri Pahang dan lukisan bertemakan sejarah serta tokoh bangsawan Pahang. Katanya, forum sejarah yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim pula akan membincangkan perkem-

bangan sejarah menjejaki warisan Pahang serta mengetengahkan kepentingan sejarah dalam pembangunan kecemerlangan masa depan negara. Menurutnya, barisan pembentang terdiri daripada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan, Datuk Seri Wan Abdul Wahit Wan Hassan yang akan membincangkan mengenai sejarah keturunan raja dan pemerintah Pahang. “Rektor Aswara, Datuk Dr Mohamed

Najib Ahmad Dawa akan membincangkan mengenai Sejarah dan Kebudayaan Pahang dan Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Profesor Dr Zainal Kling akan membentangkan kertas kerja mengenai Ketokohan Pemimpin Pahang dan Sumbangan ke Arah Pembangunan Negara,” katanya. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Yang Dipertua Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman dijadualkan hadir pada program itu. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman web UMP di http://www.ump. edu.my atau menghubungi Normah Othman di talian 012-2138056 dan Saharuddin Ramli (019-9667834).

Lima IKBN baru operasi 2011 Oleh Rudysham Abd Raof

L

IMA daripada enam Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) baru yang dibina Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal beroperasi awal tahun depan dan dijangka mampu melatih lebih ramai pelajar yang kandas ke universiti di negara ini. IKBN baru terbabit ialah IKBN Pekan (Pahang), IKBN Bandar Penawar (Johor), IKBN Pedu (Kedah), IKBN Kuala Langat (Selangor) dan IKBN Kerteh (Terengganu), manakala satu lagi institut berkenaan yang masih dalam proses pembinaan ialah IKBN Tanah Merah di Kelantan. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK) Kementerian Belia dan Sukan, Hasnan Zakaria, berkata selain pembinaan IKBN baru, pihaknya juga turut menawarkan program terbaru bagi pelajar yang bakal menyertai institut itu tahun depan. “Setakat ini IKBN sudah memiliki 15 institut di seluruh negara dan kami percaya pelajar tempatan yang gagal melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mampu menaikkan taraf mereka dalam bidang kemahiran yang ditawarkan IKBN. “Inilah kemudahan yang disediakan pihak kerajaan dan golongan pelajar, terutama belia yang kandas ke IPTA diminta mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki diri sekali gus mampu tingkatkan taraf

mereka dalam sektor pembuatan dan kemahiran negara. “Latihan kemahiran yang disediakan juga dijangka mampu memenuhi permintaan negara untuk mendapatkan pekerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan. Malah, dalam bidang perkhidmatan seperti Hospitaliti serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga mampu dipertingkatkan,” katanya kepada Transisi ketika ditemui baru-baru ini. IKBN sudah melatih pelajar di peringkat diploma dan sijil dalam 11 bidang utama seperti Hospitaliti, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Automotif dan Seni Foto.

Program terbaik Melalui latihan tidak formal di IKBN, belia dilatih dalam kursus seperti motor mekanik, penyelenggaraan komputer, rekaan fesyen, jahitan, bakeri dan dandanan rambut. Di samping itu, latihan dalam soft skills juga disediakan meliputi mata pelajaran seperti komunikasi Bahasa Inggeris, kawad, keusahawanan, kepimpinan dan ICT dalam meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan. Hasnan berkata, pihak pengurusan tertinggi BPK juga bersetuju IKBN baru itu menawarkan beberapa program terbaik iaitu Hospitaliti (Penyediaan Makanan, Pastri, Pramusaji,

demi sukan iaitu Akademi Belia Golf dan Akademi Kemahiran Belia Sukan Bermotor mendapat pengiktirafan di peringkat nasional serta menarik lebih ramai penyertaan di peringkat belia. “BPK kini sedang rancak mengadakan perbincangan dengan persatuan serta kelab sukan berkenaan untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam usaha memastikan penubuhan akademi ini benar-benar diiktiraf di peringkat nasional dan golo-ngan belia. HASNAN Bakeri); Perkhidmatan Personal (Terapi Kecantikan); Perhotelan (Front Desk, Concierge, Chambermaid); Mekanikal (Marin/Bot, Penyelenggaran Badan & Bahan Pesawat, Fabrikasi, Paip Gas); ICT (Penerbitan Video); Pertanian (Pemprosesan Makanan, Pembungkusan & Pelabelan Makanan); Elektrik (Penghawa Dingin, Pendawaian 3-Fasa); Awam (Hiasan Dalaman) dan Tekstil/ Apparel (Jahitan Pakaian). “Program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan juga bakal ditawarkan di beberapa institut berkenaan iaitu IKBN Bukit Mertajam (Pulau Pinang), IKBN Chembong (Negeri Sembilan), IKBN Pagoh (Johor), IKBN Alor Gajah (Melaka), IKBN Sepang (Selangor) dan IKBN Temerloh (Pahang),” katanya. Selain itu, Hasnan berkata, BPK juga diberi tanggungjawab oleh pihak kerajaan untuk memastikan penubuhan dua aka-

Kerjaya “Malah, dengan melaksanakan NOSS dalam kurikulum di akademi berkenaan adalah untuk memastikan ia diiktiraf selain keperluan yang ditetapkan pihak majikan pada masa ini. Pembangunan NOSS mengambilkira keperluan kemahiran dan input dari industri golf dan industri sukan bermotor negara. “Secara tidak langsung kewujudan standard latihan yang diiktiraf ini dapat memenuhi permintaan kerjaya di kalangan warga tempatan bagi mengatasi isu kebanjiran pekerja warga asing yang semakin hari semakin membimbangkan,” tambah Hasnan. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di Putrajaya Mei lalu, jelas mendapat restu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memperuntukan sebanyak RM57 juta untuk penubuhan dua akademi berkenaan dalam tiga

fasa bermula Rancangan Malaysia Ke-10. Akademi Belia Golf akan ditubuhkan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA), manakala Akademi Kemahiran Belia Sukan Permotoran bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). “Cadangan penubuhan Akademi Belia Golf ini diputuskan atas beberapa pandangan antaranya ialah berdasarkan keperluan memenuhi permintaan kerjaya kedi dalam kalangan belia tempatan. Malah, akademi ini juga menggunakan modul latihan yang standard dengan kerjasama persatuan kelab golf dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa. “Kelab golf yang ada di negara ini juga boleh menggunakan khidmat kedi yang memiliki sijil daripada akademi berkenaan pada masa depan sekali gus mengelakkan pengaliran keluar kedi terlatih ini dari dalam negara,” katanya. Bagi Akademi Kemahiran Belia Sukan Bermotor pula, Hasnan berkata, ia dijangka dapat menarik golongan remaja yang tidak berpeluang meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi menceburinya, sekali gus mampu membendung gejala ‘mat rempit’ dan lumba haram di Malaysia. “Begitupun, fokus utama akademi ini bukan melahirkan pemandu dan pelumba negara sahaja, namun lebih kepada memperbanyakkan lagi khidmat kepakaran dari segi mekanikal dan teknikal perlumbaan,” katanya.


20

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

UUM, Melaka tingkat kerjasama

U

NIVERSITI Utara Malaysia (UUM) akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Melaka dalam bidang penyelidikan, perundingan serta membangunkan pusat pengajian pelancongan dan hospitaliti di negeri ini. Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kerjasama erat ini akan diteruskan kerana UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka akan membuka ruang kerjasama ini kepada semua pihak terutama kepada kerajaan negeri. “Saya berharap hubungan yang terbina antara kita semua dapat diteruskan pada masa akan datang dan harapan saya agar Kerajaan Melaka akan terus bekerjasama dengan UUM dalam pelbagai perancangan lain di masa depan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan anak-anak yatim dan penghuni warga emas Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, di sini, baru-baru ini. Program berbuka puasa itu adalah kesinambungan program khidmat bakti dan kemasyarakatan anjuran Pusat Kaunseling UUM, Dewan Penginapan Pelajar Perwaja, dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak-anak

Tip

U

Siri 2

Prof Mustafa dan Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Negeri Sembilan dan Persatuan Mahasiswa Anak-anak Melaka selama dua hari di Melaka. Lebih 180 pelajar UUM terbabit dalam program yang membabitkan kerja amal dan kemasyarakatan di Rumah Amal Yayasan DMDI, Rumah Anak Yatim Payasum dan Rumah Anak Yatim Semabok, Melaka. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Kanan IPTA dan pelajar IPT dari UUM dan sekitar Melaka. Mustafa berkata, UUM berte-

rima kasih kepada Ketua Menteri Melaka kerana kesudian menjalinkan kerjasama dalam semua perkara dengan UUM. Dalam perkembangan sama, Mustafa berkata, program khidmat bakti dan kemasyarakatan yang dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada golongan mahasiswa, menabur ilmu di samping mengeratkan hubungan silaturahim yang terjalin sesama insan dan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran insaniah melalui program berkenaan. Beliau berkata, antara pengi-

sian program ini meliputi aktiviti kemasyarakatan bersama penghuni warga emas Yayasan DMDI dan anak-anak yatim membabitkan inventori psikologi, latihan dalam kumpulan dan kaunseling kelompok. Selain itu, katanya, program itu juga dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan jati diri selaras dengan misi universiti ke arah Universiti Pengurusan Terkemuka. Sementara itu, Datuk Seri Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga berterima kasih kepada

Saya berharap hubungan yang terbina antara kita semua dapat diteruskan pada masa akan datang dan harapan saya agar Kerajaan Melaka akan terus bekerjasama dengan UUM dalam pelbagai perancangan lain di masa depan.” UUM kerana menganjurkan program berkenaan di Melaka. “Program khas ini amat baik kerana dapat membantu menceriakan warga emas dan anakanak yatim Yayasan DMDI. “Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan di negeri ini dan kerajaan negeri akan memberi kerjasama yang perlu bagi menjayakan apa sahaja program yang dirasakan perlu dan sesuai dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

Petua jadi mahasiswa cemerlang

NTUK menjadi pelajar atau mahasiswa cemerlang, apa yang perlu anda lakukan? Sebenarnya, pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Lebih tepat lagi ini merangsang semua deria dalam pembelajaran. Ini kerana dalam beberapa analisis atau kajian oleh pakar sains dan pakar motivasi, kajian menunjukkan bahawa: kita ingat 10 peratus apa yang dibaca; kita ingat 20 peratus apa yang didengar; kita ingat 50 peratus apa yang didengar dan dilihat; kita ingat 70 peratus apa yang dicakapkan dan kita ingat 90 peratus setelah dipraktikkan. Untuk itu, pelajar atau mahasiswa terutama bagi mereka yang baru memasuki alam kampus dinasihatkan untuk menjadikan beberapa petua dibawah ini sebagai panduan ke arah kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian sebagai pelajar universiti. 4. Usah ponteng kelas. Jika anda tertinggal kelas, sebaik-baiknya segera salin

nota daripada rakan kuliah. 5. Ulang kaji guna kaedah output learning. Belajar melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 6. Tahu teknik merangsang memori. a) Masukkan maklumat dalan memori (registration). b) Simpan maklumat dalam sel memori (retention). c) Mengingat kembali (recall). d) Gunakan maklumat untuk jawab soalan atau kegunaan lain ( application ). 7. Sentiasa awal dan mendahului. a) Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada pensyarah. b) Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. c) Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

8. Sentiasa awal dan mendahului. Pelajar dinasihatkan baca dahulu nota sekali atau dua kali sebelum pensyarah mengajar. 9. Berbuat baik dengan pensyarah. 10. Mempunyai teknik membaca yang betul. a) Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul. b) Beri tumpuan sepanuhnya. c) Guna jari telunjuk untuk membaca. d) Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran ba han bacaan. 11. Sentiasa awasi ‘pencuri waktu’ belajar. Elakkan diri daripada angan-angan kosong, suka bertangguh dan malas. 12. Membaca doa penerang hati. Pelajar dinasihatkan menjadikan ia sebagai amalan harian setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.


24 SEPT - 07 OKT 2010

KAMPUS

Transisi

21

Sembilan sukarelawan UUM bantu HSB

S

EMBILAN pelajar dari Smart Team Universiti Utara Malaysia (UUM) ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selama seminggu bagi menimba pengalaman membantu mangsa kecelakaan jalan raya terutama menjelang Aidil Fitri, baru-baru ini. Kumpulan sukarelawan yang diketuai Quek Chieh Kai, 21, pelajar program ekonomi berkata, peluang ini jarang diberi kerana pada masa itu pihak hospital memerlukan ramai petugas terutama menjelang perayaan. “Kami mempelajari ilmu pertolongan cemas dan cara membantu mangsa jalan raya secara teori

tetapi tidak berpeluang menjalani latihan amali atau mengalami keadaan sebenar kejadian. Jadi, inilah peluang bagi kami mencari pengalaman,” katanya semasa menjalani latihan sebagai persediaan sebelum bertolak ke HSB. Rakannya, Low Chee Keong, 21 yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata, walaupun pelajar universiti diberikan cuti dua minggu tetapi beliau memilih menyertai pasukan sukarelawan kerana peluang seperti ini jarang diperolehi. “Ini adalah peluang saya menimba pengalaman kerana terpaksa mengorbankan masa cuti bersama keluarga dengan membantu mereka yang memer-

lukan pertolongan,”katanya. Bagi Ch’ng Chee Keong, 21 dari Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary, penyertaan sebegini amat dinanti kerana pengguna jalan raya menjelang perayaan setiap tahun terbabit dengan kemalangan amat tinggi dan pihak hospital pula memerlukan kerjasama dan bantuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti St John Ambulans Malaysia dan sukarelawan yang sanggup membantu mereka. “Kami bukanlah pakar tetapi dengan peluang yang diberikan pihak hospital, ia secara tidak langsung dapat membantu kami untuk terus belajar bukan sahaja dalam

Sukarelawan UUM yang berkhidmat di HSB. mengamalkan pertolongan cemas malah bersedia memberi khidmat sekiranya diperlukan pada bila-bila masa sahaja,” katanya. Sementara itu Pengarah Pusat Kesihatan UUM, Dr Mohamad

Sanuri Rahamad yang dihubungi berkata, pasukan Smart Team yang dihantar ini adalah terdiri dari kalangan pelajar universiti yang berminat dalam pertolongan cemas.

Mahasiswa perlu tegas Mohd Syafiq Japar

Umur 23 Tarikh Lahir 15 Jun 1987 Asal Johor Bahru Nama Ayah Japar Ngadijo (58) Nama Ibu Som Addullah (56)

>>Dari Muka 17 KEAKTIFANNYA dalam persatuan membuatkannya diberi kepercayaan oleh pihak universiti untuk menjawat jawatan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) UUM bagi sesi 2009/10 bagi berjuang hak mahasiswa terhadap universiti. Kini, Syafiq bukan sahaja perlu memberi perhatian pada akademik dan tugas dalam MPP, malah sedang menjalani praktikal selama empat bulan ni UUM. “Dahulunya saya tidak pernah aktif dalam program dianjurkan oleh MPP dan hanya aktif persatuan sahaja. “Tidak sangka sekarang diberi tanggungjawab yang besar oleh universiti untuk menjadi wakil suara mahasiswa dengan pihak universiti. “Namun, saya syukur dengan kepercayaan diberikan oleh warga universiti untuk mentadbir MPP yang banyak memberi sokongan sepanjang menjadi YDP. Pelajar semester tujuh yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling ini berminat membaca novel kisah cinta dan agama tidak lekok untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan apabila berjaya mendapat anugerah Dekan selama lima semester sepanjang pengajiannya di sini. “Tumpuan penuh dalam kelas menjadi tip kepada saya untuk cemerlang dalam akademik dan sering berbincang dengan rakan sekelas jika mempunyai masalah

dalam pelajaran. “Selain itu, kita jangan segan silu untuk selalu bertanya kepada pensyarah apabila kurang faham mengenai topik yang diajar. “Secara tidak langsung juga, kita boleh mendapat ilmu yang tidak dapat dipelajari dalam kelas semasa berbincang dengan pensyarah terhadap sesuatu topik,”katanya. Bercita-cita untuk bergelar ahli akademik dalam bidang kaunseling, anak keempat daripada tujuh beradik ingin berbakti kepada universiti dan anak-anak muda masa kini terutamanya dalam usaha untuk mengembangkan bidang kaunseling di Malaysia setaraf dengan luar negara. “Keluarga dan rakan menjadi pendorong besar kepada kejayaan saya sehingga hari ini. “Saya masih ingat lagi katakata ayah semasa di sekolah Menengah dahulu. Ayah seorang yang tegas dalam pelajaran anak-anaknya kerana dia (ayah) hanya belajar sehingga sekolah rendah sahaja akibat tidak mampu untuk membayar yuran. “Ayah tidak mahu kita mengikuti jejaknya dan ingin melihat anak-anaknya cemerlang dalam akademik dan kerjaya. “Sejak dari saat itu, saya mula sedar dan tekad untuk menjadi seorang graduan yang cemerlang serta berjaya dalam kerjaya kelak,” kata syafiq lagi. Mantan Perdana Menteri, Tun

Syafiq bersama keluarga ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. Mahathir Mohamad dan Nabi Muhammad SAW menjadi idola kepada syafiq dalam melaksanakan tugas dan dalam menjalani kehidupan. Mereka tegas dalam melakukan sesuatu tugas dan dalam ketegasan mereka terdapat kelembutan serta boleh bertolak ansur.

Pengalaman manis Menceritakan pengalaman manisnya selama menjadi YDP MPP, dia berkata diberi peluang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi dialog di Putrajaya, baru-baru ini. “Perasaan takut dan gugup apabila pertama kali berurusan dengan pemimpin negara dan perkara ini dapat diatasi apabila sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada orang yang berpengalaman. “Kita kena yakin pada diri sendi-

ri dan perlu berfikiran positif dalam mengatasi sesuatu masalah. “Dengan itu, barulah kita boleh kecapi perkara yang dikehendaki tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak,”katanya lagi. Syafiq berkata, mahasiswa kini terlalu dimanjakan. Mereka banyak mendapat kemudahan dan bantuan sehingga selesa tanpa bergantung pada diri sendiri. “Ini membuatkan mereka tidak merasai kesusahan dan kurang berdikari serta tidak menghargai kemudahan diberikan. “Apabila berada di industri kelak, barulah mereka merasai bahawa pentingnya hidup berdikari ketika di universiti dahulu. “Oleh itu, mahasiswa perlulah berubah sikap untuk mencuba apabila melakukan sesuatu perkara tanpa mengira berjaya ataupun sebaliknya. Perkara yang penting adalah pengalaman,” katanya. Ketika ditanya cabaran ditempuhi sepanjang menjadi YDP,

Syafiq menyatakan terpaksa menghadapi pelbagai karenah dan cacian mahasiswa akibat daripada rasa tidak puas hati terhadapnya. Namun, segala cabaran itu diterima dengan terbuka dan turut dibantu oleh ahli exco yang lain bagi menyelesaikan masalah dihadapi. “Setiap orang mempunyai kebebasan bersuara dan kita harus berfikiran positif apabila mendapat kritikan serta cuba menyelesaikan masalah itu sebaiknya. “Selain itu, kami di MPP sentiasa membuat perjumpaan dengan mahasiswa bagi memberi ruang untuk berkomunikasi dengan lebih dekat supaya segala masalah dihadapi oleh warga universiti boleh diutarakan kepada pihak pentadbiran UUM. “Harapan saya amat mudah iaitu mahasiswa perlu berubah dari segi disiplin diri dan perlu berusaha untuk mencapai sesuatu perkara,”jelasnya lagi.


22

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Saduran nano-seramik UKM a Oleh Gan Yong Li dan Muhammad Amsyari Ismail

Komponen dan struktur marin dapat bertahan lama supaya ia mampu mencecah 40 tahun tanpa memberi sebarang reaksi atau kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini kerana kebanyakan sifat seramaik yang digunakan sekarang agak lengai dan kurang reaktif. – Prof Madya Dr Mariyam Jameelah Ghazali

U

NIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi mencipta nama sebagai institusi pengajian tinggi awam (ITPA) terbaik negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) apabila mencipta teknologi terbaru dalam sektor lautan dalam. Ciptaan dikenali Sadura Alumina Titania dijalankan sepasukan penyelidik UKM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dibuat ke atas besi keluli bagi kegunaan kapal di persekitaran laut tropika. Berbekalkan geran penyelidi-

kan bernilai RM221,000 daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), eksperimen dilakukan terhadap bahan logam yang disalut dengan seramik (alumina-titania) bagi menangani masalah kakisan struktur marin. Prof Madya Dr Mariyam Jameelah Ghazali yang mengetuai penyelidikan itu, berkata saduran seramik ciptaan mereka itu hanya bersaiz nano tetapi mampu mencecah 1055 HV kekerasannya. “Biarpun agak kecil tetapi ia mampu mengelakkan kakisan bahagian komponen penting ka-

Persediaan sebelum semburan plasma.

MARIYAM JAMEELAH pal dan bangunan sekeliling laut serta dapat mengurangkan kadar haus selain berupaya memberi

kekuatan sokongan terhadap struktur dilindungi. “Memandangkan penggunaan

Semasa proses semburan plasma.

saduran nano-seramik digunakan pada persekitaran marin, ia menjadi satu keperluan untuk


24 SEPT - 07 OKT 2010

KAMPUS

Transisi

23

atasi kakisan struktur marin mengkaji sifat, kelakuan serta kesannya terhadap cuaca dan salinitas air laut, terutama bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia. “Dengan ini, komponen dan struktur marin dapat bertahan lama supaya ia mampu mencecah 40 tahun tanpa memberi sebarang reaksi atau kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini kerana kebanyakan sifat seramik yang digunakan sekarang agak lengai dan kurang reaktif,” katanya. Kajian yang mengambil masa lebih setahun itu nyata tidak langsung mematahkan semangat Dr Mariyam yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), meskipun sebahagian besar kerja penyelidikan dijalankan di Lumut, Perak. “Makmal eksperimen terhadap kajian ini berada di Stride Lumut kerana air laut yang digunakan dalam penyelidikan ini boleh mengkaji keberkesanan yang agak saintifik. “Pada mulanya, saya dan rakan-rakan penyelidik di Stride hanya berborak kosong dan secara tidak sengaja berbincang mengenai topik kajian ini. Memandangkan saya mempu-

nyai kepakaran dalam bidang haus di UKM, manakala rakan pula mahir dalam bidang kakisan, kami sepakat bergabung tenaga menjalankan kajian ini,” katanya. Menurutnya, kajian lebih tertumpu kepada komponen perkapalan, namun pihaknya mendapati ia turut mampu diaplikasikan ke atas struktur bangunan yang terletak berhampiran laut. “Ramai penyelidik terdahulu hanya mengkaji kegunaan seramik alumina titania untuk sifat kebolehrintangan hausnya, namun agak kurang mengkaji dalam kakisan. Justeru, tujuan memilih saduran seramik ini adalah untuk memastikan ianya bersesuaian dengan sifat kedua-duanya. “Saduran seramik disediakan dengan menggunakan kaedah semburan plasma ke atas permukaan logam keluli lembut. Bagi memastikan saduran adalah paling optimum, penyediaannya dilakukan dengan bantuan perisian Design Expert terlebih dahulu,” katanya. Ketika ditanya mengenai cabaran dihadapi, Dr Mariyam menyatakan bahan-bahan seramik sukar diperolehi kerana ia hanya ada di luar negara selain

mengambil masa agak lama bagi memperoleh bahan berkenaan. Menurutnya, beliau dan pasukannya perlu melakukan kajian melalui pembacaan serta berbincang dengan pakar dunia secara online bagi memastikan bahan dipilih adalah betul sekali gus bersesuaian dengan penyelidikan berkenaan. Bagi Dr Mariyam, lebih baik memperbaiki atau memodifikasi permukaan bahan sedia ada dengan kaedah saduran berbanding menghasilkan bahan logam baru yang dilihat mengambil masa panjang untuk mendapatkan sifat tahan karat, kakisan dan haus dengan kualiti sama. “Walaupun harganya agak mahal kerana penggunaan seburan plasma, namun ia bakal membawa persepsi dan alternatif baru kepada industri, masyarakat serta negara. “Kita juga boleh bangga kerana dapat menyumbang kepada bidang perkapalan tempatan tanpa perlu mengimport produk dari luar negara. Saya berharap kajian ini akan lebih berjaya dan dapat bekerjasama daripada Kerajaan,” katanya.

Sampel yang disediakan direndam ke dalam air laut segar terturas untuk melihat kesan rendaman terhadap kelakuan kakisan sampel.

KAJIAN ILMIAH

Sel elektrokimia.


24

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

UniMAP muncul universiti cemerlang

U

NIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul 13 pingat dan tiga anugerah lain dalam Invention, Innovation & Design (IID Kedah) 2010 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di universiti itu, baru-baru ini. Kemenangan besar itu diraih oleh para penyelidik muda dan pensyarah universiti tersebut sambil mengetepikan para pesaing lain yang tidak kurang hebatnya. Dalam program di UiTM itu, menyaksikan para penyelidik muda yang terdiri daripada mahasiswa tahun dua dan tahun akhir UniMAP paling banyak memenangi pingat dengan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa. Daripada 13 emas itu, satu

daripada pingat emas kategori mahasiswa diraih melalui Intan Fazliana Fauzi dengan penyelidikan Sel Solar CDTe; Siti Nadherah Mohamad, Mohd Azrie Awang, Taufiq Aminullah Mokhtar dan Nur Azira Iqlima Azmi pula menerusi Pengeluaran Bioethanol Daripada Batang Padi manakala Hanis Azimah Mohd Bokeri dan Alida Abdullah melalui Komposit Kertas Plast-Shred. Bagi kategori profesional pula, penyelidik UniMAP menggondol dua emas, satu perak dan tiga gangsa. Salah satu pingat emas dikutip menerusi produk Bata Konkrit Hijau Novel dari kumpulan penyelidik Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof Dr Kamarudin Hussin, Prof Madya Che Mohd

Ruzaidi Ghazali, Mohammad Tamizi Selimin dan Norazian Mohamed Noor. Satu lagi pingat emas menerusi produk Peranti Pengesahan Logo Halal Logo oleh Shayfull Zamree Abd Rahim, Prof Madya Abdul Rahman Mohd Saad, Mohd Azaman Md Deros, Muhamad Farizuan Rosli dan Mohd Sazli Saad. Pada masa yang sama, dua lagi produk daripada mahasiswa Unimap dianugerahkan Petak Terbaik kategori perak melalui produk Penyejuk Tekanan dan Abelmoschus Esculentus As A Flocculant To Remove Turbidity In Wastewater. Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin menyifatkan kejayaan itu tidak

Mahasiswa usah buat fitnah Oleh Rudysham Abd Raof

M

AHASISWA perlu mengelakan diri menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta yang sah. Sebaliknya, mahasiswa diminta memahami dan menyokong dasar kerajaan serta memberikan pemahaman untuk menyatupadukan rakyat berasaskan kedudukan mereka yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fakta yang salah bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menimbulkan kemarahan dan perpecahan. “Elakkan daripada menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta yang sah kerana akan menyakitkan hati serta terbit rasa marah, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan golongan cerdik pandai yang mempunyai kelulusan daripada universiti. “Sebaliknya fahami dasar yang diperkenalkan serta menyokong perjuangan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengha-

diri Jamuan Aidilfitri Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) di Sekolah Menengah Sultan Ismail di Kota Bharu, pada hari kelima Syawal, baru-baru ini. Turut hadir Presiden Himsak, Mohd Faizal Daud dan hampir 1,000 mahasiswa terdiri daripada anak tempatan yang menuntut di institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Mustapa berkata, sebagai golongan yang berilmu dan sering dipandang tinggi oleh masyarakat, mahasiswa perlu bijak memanfaatkan kedudukan mereka melalui penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. “Dengan kelebihan tersebut mereka boleh mempengaruhi pelajar di bangku sekolah dengan aktiviti sihat, misalnya menjadi pemimpin persatuan belia atau mengadakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar di bangku sekolah sekali gus mereka diangkat sebagai idola. “Peranan mereka bukan sahaja membela diri tetapi aktif dalam kegiatan kemasyarakatan yang mampu membendung gejala sosial di kawasan tempat tinggal,” katanya. Dalam pada itu, beliau menafikan wujud pengangguran

KAMARUDIN akan menjadi realiti sekiranya tiada komitmen daripada semua pihak dan yang paling penting adalah penubuhan kelab penyelidik muda yang diilhamkan beliau sendiri iaitu ENVEX Young

146 pelajar terima bantuan RM2.2j

S

MUSTAPA yang besar di kalangan mahasiswa, sebaliknya negara kekurangan peluang pekerjaan yang berkualiti dan setanding dengan kelulusan golongan tersebut. “Masalah pengangguran tidak tinggi tetapi kurang peluang pekerjaan yang sesuai dan masalah tersebut sedang diatasi apabila kerajaan sedang berusaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang setaraf,” katanya. Bagaimanapun katanya, mahasiswa itu sendiri jangan terlampau memilih hanya bekerja dengan sektor Kerajaan sehingga menolak tawaran pekerjaan daripada syarikat swasta.

Reseacher Club. Kelab itu bertujuan membantu mahasiswa UniMAP dan para pelajar sekolah bagi menjalankan kerjakerja penyelidikan daripada semua aspek, termasuk persediaan untuk menyertai pertandingan. Katanya, kelab yang baru sahaja ditubuhkan itu akan mengorak langkah ke sekolahsekolah di utara Semenanjung dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membina budaya inovasi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selepas ini, mahasiswa UniMAP yang terpilih itu akan menyertai pertandingan Ekspo Inovasi Islam anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

ERAMAI 146 pelajar yang bakal menyambung pengajian ke luar negara menerima bantuan wang pendahuluan daripada Yayasan Terengganu (YT) bernilai RM2.2 juta. Pengarahnya, Aziz Mamat berkata, bantuan berkenaan merangkumi elaun sara diri, pakaian, penempatan dan peralatan tulis selama enam bulan pertama mereka berada di luar negara. Katanya, ia diberikan kepada pelajar terbabit bagi meringankan beban mereka dan keluarga dalam memenuhi keperluan. “Semua pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian ke lima buah negara iaitu Maghribi, Jordan, Rusia, Mesir dan United Kingdom (UK). “Bantuan berkenaan adalah tajaan YT setiap tahun untuk pelajar yang layak mendapat tawaran ke luar negara,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Wang Pendahuluan Diri Yayasan Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir dan menyampaikan bantuan pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Pada majlis itu, pelajar ke

Mesir menerima sebanyak RM12,990, Jordan (RM6,000), Maghribi (RM3,000), Rusia (RM21,000) dan UK (RM32,000) setiap seorang. Beliau berharap pelajar yang bakal menyambung pengajian mereka pada September ini tidak mensia-siakan peluang dan bantuan yang diberikan serta kembali berbakti kepada bangsa dan negeri. “Semua pelajar yang menerima bantuan ini telah dipilih oleh panel yang kita lantik bagi membolehkan wang penajaan ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja,” jelasnya.

Semua pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian ke lima buah negara iaitu Maghribi, Jordan, Rusia, Mesir dan United Kingdom (UK).”


KAMPUS

Transisi

24 SEPT - 07 OKT 2010

25

Syawal bermakna dengan kunjungan NC UUM Oleh Samsudin Oli Mohamed Foto Shamsaimi Ezil

K

ETIBAAN Syawal pada tahun ini amat bermakna bagi kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sedang bercuti sakit. Kunjungan Naib Canselor Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ahli Majlis Eksekutif Universiti (MEU) menunjukkan keprihatinan pihak pegurusan kepada kakitangannya. Norashed Mat Arip, Pembantu Am Rendah Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan (JPP) yang terbabit dengan kemalangan jalanraya yang ditemui di rumahnya Kampung Changhai, Sintok berkata, kehadiran Naib Canselor dan pihak pengurusan yang lain memberikan kejutan padanya. ”Saya tidak menyangka sama sekali akan kehadiran pihak pengurusan kerumah saya lebih-lebih lagi menjelang syawal ini,”katanya. Manakala Ketua Pegawai Teknologi, Pusat Komputer Abd Razak Jusoh yang berkhidmat sejak 1988 ketika ditemui melahirkan rasa terharu dan gembira dengan kahadiran Naib Canselor

Prof Mustafa menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga kakitangan UUM. kerumah beliau. ”Sepanjang perkhidmatan saya belum pernah Naib Canselor atau Ahli MEU yang datang untuk menziarahi saya secara rasmi seperti ini dan ia akan menjadi kenangan manis bagi

saya kerana berkhidmat dengan UUM,”ujarnya. Beliau yang mengalami penyakit saraf dan sedang bercuti melahirkan terima kasih kepada pihak pengurusan yang menziarahi beliau terutama menjelang

aidilfitri. Bagi Prof Madya Dr Abu Bakar Hamed pensyarah UUM COB pula yang memulakan kerjaya di bahagian pentadbiran Jabatan Pendaftar pada 1984 sebelum dilantik sebagai pensyarah 1987

merasakan amat terharu dan rasa bersemangat untuk bekerja semula dengan kunjungan Naib Canselor ini. Beliau yang mengalami barah sejak Julai tahun lalu sedang bercuti sakit dan mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga kampus ini. Dalam pada itu Prof Dr Mohamed Mustafa yang ditemui berkata, kunjungan kerumah sepuluh kakitangan yang sedang bercuti ini adalah bagi menyampaikan mesej bahawa perkhidmatan mereka sentiasa diingati walapun sedang sakit. ”Kita tidak pernah lupa jasa mereka untuk membantu pentadbiran universiti dan lawatan ini juga diadakan bagi melihat dan mengetahui bantuan yang boleh diberi kepada mereka sekiranya diperlukan,”ujar beliau lagi ketika ditemui sempena lawatan ke rumah kakitangan yang sakit di Changloon, Kodiang dan Jitra. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pendaftar dan Jabatan Canselori.

Dua pensyarah PhD terima insentif RM10,000 Oleh Nor Adila Binti Ab Kadir Foto Abdul Halim Bin Husain

U

NIVERSITI Utara Malaysia (UUM) memberikan insentif RM10,000 kepada dua pensyarah kanan kerana kejayaan menamatkan pengajian peringkat PhD dalam tempoh masa yang ditetapkan. Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, insentif ini sebagai dorongan kepada mana-mana pensyarah dan tutor dari UUM yang boleh menghabiskan pengajian dengan jayanya dalam tempoh masa yang diluluskan pengurusan universiti. “Insentif ini menjadi galakan kepada warga akademik UUM di samping mampu menjadi sumber inspirasi kepada pensyarah lain untuk menyambung dan

menamatkan pengajian ke peringkat PhD,” katanya. Terdahulu, majlis penyerahan insentif kepada dua pensyarah kanan, Dr. Norhani Aripin dan Dr Nor Shaipah Abdul Wahab dari Kolej Perniagaan UUM (UUM COB) disempurnakan oleh Naib Canselor di Bilik Senat, di Sintok, baru-baru ini. Sementara itu, Dr Norhani bersyukur dengan inisiatif pengurusan UUM dan menyifatkan ia sebagai pendorongan kepada rakan yang lain untuk menyambung pengajian. “Pengurusan masa yang bijak sangat penting. “Ini kerana dalam masa sama kita kena beri tumpuan menguruskan keluarga dan pengajian,”

katanya yang menamatkan pengajian Perakaunan Kewangan dari Universiti Technologi Curtin, Australia. Menurut beliau, setiap calon PhD mesti fokus dan konsisten selain mendapat sokongan daripada keluarga dan mana-mana pihak yang releven dengan pengajian. Sementara itu, seorang lagi penerima insentif, Dr Nor Shaipah yang menamatkan pengajian dalam bidang percukaian dari Universiti Southampton, United Kingdom (UK) turut melahirkan perasaan gembira atas pemberian insentif berkenaan. “Saya menganggap semua usaha yang dicurahkan untuk menamatkan pengajian pering-

Pensyarah bersama pengurusan UUM. kat PhD dihargai oleh pihak universiti dan saya akan terus menabur bakti di UUM,” katanya.

Beliau berkata, falsafah yang dipegangnya untuk berjaya adalah usaha, doa dan tawakal.


26

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

SARIPATI MENARA GADING

Nadratun usahawan S kelahiran UUM

Radio USIM cari bakat baru

ERATUS pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai program pencarian juruhebah radio USIM. Pencarian ini menjadi platform pelajar dalam mempamerkan bakat mereka sebagai juruhebah. Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merangkap Penyelaras Radio USIM, Muhamad Zaki Mustafa berkata, ia terbuka kepada warga USIM,” katanya. Sebelum ini, radio USIM beroperasi dari jam 9 pagi hinggga 5 petang menjadi stesen radio digital tercanggih di kalangan IPTA atau IPTS. Ia membawa liputan secara online streaming menerusi http://radio.usim.edu.my dan menawarkan beberapa program serta wawancara interaktif kepada pendengar.

Oleh Samsudin Oli Mohamed Foto Zamarizul Salleh

G

Graduan Unisel masuk kampung

S ran telah dilalui antaranya pengenalan kepada perantis, latihan dalam operasi perniagaan, latihan dalam kemahiran dalaman, latihan memperbaiki dan mengembangkan sifat keusahawanan serta latihan dalam pengurusan kepimpinan yang merangkumi proses merancang, membuat strategi, kajian dalam pembangunan produk dan belanjawan. “Alhamdulilah saya kini boleh menarik nafas lega kerana beroleh kejayaan hasil bimbingan pihak kampus dalam menjalankan perniagaan, walaupun satu ketika terpaksa mengambil untung hanya 20 sen bagi satu perkhidmatan,” ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Kedah ini. Anak bongsu daripada empat be-

radik ini berharap lebih ramai pelajar dan graduan UUM Ini akan mengambil peluang daripada Universiti Pengurusan ini untuk berjaya. “Cabaran dalam perniagaan telekomunikasi amat tinggi. Ini kerana ramai menceburi bidang ini serta permintaan yang tinggi terhadap penggunaan telekomunikasi dalam urusan harian,” kata Nadratun yang ditemui di majlis penyerahan Celcom Blackberry kepada Pengurusan Tertinggi UUM, barubaru ini. Dalam pada itu Naib Canselor UUM Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak yang ditemui melahirkan rasa bangga dengan pencapaian graduan kampus ini selari dengan Universiti Pengurusan.

Aktiviti Kampus PROGRAM : Siaran langsung RTM Suara Siswa bersama Dr Fazley Yaakob TEMPAT : UUM TARIKH : 05 Okt 2010 ANJURAN : RTM

K ota PT

Nadratun jadi kebanggaan UUM bersama Prof Mustafa.

eramai 50 pelajar Diploma Komunikasi dan Media, Universiti Industri Selangor (Unisel) berkampung dua hari di Kampung Gelugor Gambang, Kuantan, Pahang bagi merealisasikan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat. Jawatankuasa program, Nur Syuhada Tanwir berkata, program bertemakan Kebajikan Dengan Senyuman Untuk Senyuman itu bertujuan mempraktikkan ilmu komunikasi massa dalam masyarakat.

N

RADUAN Universiti Utara Malaysia (UUM) Nadratun Nafisah Abdul Wahab, 31 membuktikan pembabitannya dalam bidang program siswaniaga yang dikendalikan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) memberi pulangan bermakna baginya. Graduan Sains Teknousahawan 2007-2009 ini yang memulakan kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir sambilan di CEDI pada 2006 tidak menyangka sama sekali akan berjaya dalam bidang Keusahawanan sekali gus berjaya membuka enam cawangan perniagaan dalam telekomunikasi di negeri ini. Dia yang kini bertindak sebagai Pengurus Besar Twenty Gold Enterprise yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu membuka cawangan di Kachi Mall, Varsity Mall UUM dan Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Perniagaan milikan tunggal yang bermodalkan RM100,000 ini menyediakan produk dan perkhidmatan Celcom secara terus kepada pelanggan. Nadratun ketika ditemui berkata, beliau adalah antara lapan siswazah perantis yang ditempatkan di bawah naungan beberapa buah syarikat dalam program latihan sangkut kerja atau Program Siswazah Perantis PUNB (SPP). Dalam masa enam bulan menjalani praktikal beberapa proses pembelaja-

Keluarga pensyarah tidak dilupakan U

P

ENGURUSAN Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak melupakan jasa pensyarah yang melanjutkan pengajian dalam Bidang Doktor Falsafah, Allahyarham Nor Asma Othman, 39 yang meninggal dunia pada 30 Ogos lalu akibat penyakit barah paruparu. Keluarga Allahyarham yang diwakili suaminya, Mejar Salmi Istikh Ahmad dan empat anak Muhammad Aqel 13, Muhammad Irfan 12, Muhammad Sharofee, 6, dan Muhammad Ihsan, 3, menerima sumbangan RM2,000 daripada wang zakat, RM500 bantuan khas kewangan kerajaan dan RM1,000 daripada Persatuan Kakitangan Akademik UUM (PERSATU). Majlis sumbangan itu, disempurnakan Naib Canselor UUM Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak di pejabatnya, baru-baru ini. Profesor Dr Mohamed Mustafa berkata, kami menghargai jasa dan

Keluarga pensyarah diraikan pada majlis menghargai jasa Allahyarham Nor Asma. kesungguhan Allahyarham sepanjang berkhidmat dengan UUM. Katanya, Allahyarhamah yang mengidap barah paru-paru mendapat rawatan di Wad ICU, Hospital Memorial Carbondale, Amerika Syarikat dan telah dimaklumkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Chicago pada 9 Jun lalu. Selepas pulang ke tanah air pada

23 Ogos lalu, beliau mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan meninggal dunia pada 30 Ogos. Sementara itu, suaminya Mejar Salmi Istikh Ahmad ketika ditemui melahirkan rasa terharu dengan penghargaan daripada UUM dan setiap sumbangan itu akan digunakan untuk pendidikan anak-anak.

Karnival Sukan Ekstrem UiTM-KPT 2010

NIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Johor dan Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Majlis Sukan Pelajar (MSP) UiTM Johor menganjurkan Karnival Sukan Ekstrem UiTM-KPT (KARSEi) 2010. Objektif KARSEi ialah memberi peluang dan galakan kepada mahasiswa serta masyarakat setempat untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan ekstrem selain mendedahkan kepada umum mengenai sukan berkenaan. Penganjuran karnival itu diharapkan dapat menjalinkan hubungan sesama warga IPTA/S, kelab-kelab sukan profesional dan masyarakat sekitar, sekali gus membudayakan konsep 1 Malaysia. Antara aktiviti utama dijalankan ialah Lumba Jamboree kategori lelaki dan wanita, Mencari Harta Karun dan sukan paintball. Aktiviti sampingan dijalankan pula ialah climbing & abseiling, shooting range, memanah, persembahan audio, gerai jualan dan pameran. Dapatkan segera borang penyertaan melalui e-mel kepada noras665@johor. uitm.edu.my sebelum 4 Oktober 2010.


24 SEPT - 07 OKT 2010

KAMPUS

Transisi

27

Perhebat naik taraf kolej universiti Oleh Rudysham Abd Raof

D

ALAM usaha mempertingkatkan mutu pendidikan di kalangan bakal pesara tentera, terutama dalam bidang kemahiran, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) akan dinaik taraf menjadi sebuah kolej universiti pada 2015. Sehubungan itu, lima tahun akan datang Perhebat bakal mula menawarkan kursus kemahiran peringkat diploma dan ijazah kepada bakal pesara tentera sekali gus meletakkan perbadanan ini setaraf dengan kolej universiti tersohor negara. Bagi mencapai sasaran itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri

Ahmad Zahid Hamidi, berkata mulai tahun ini Perhebat dinaik taraf sebagai kolej berteraskan kemahiran bagi membolehkannya menawarkan lebih banyak kursus peringkat sijil yang diiktiraf untuk pelatih. “Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia sudah memberi pentauliahan kepada Perhebat bagi menawarkan pelbagai kursus baru termasuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Lima selaras dengan taraf barunya sebagai kolej kemahiran,” katanya. Beliau turut gembira apabila Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam memberi

Anda

peka?

Cari 5 perkara yang sama tapi tak serupa

pesara di negara ini banyak membabitkan diri dalam pekerjaan seperti pengawal keselamatan selepas bersara. Saya yakin dengan mendapat ilmu kemahiran lebih tinggi mereka akan beralih ke bidang lain untuk naik taraf mereka dan keluarga. “Jadi, inilah masanya pesara meletakkan diri mereka ke tahap tertinggi dan memberi inspirasi kepada anggota tentera muda untuk menguatkan semangat mereka selepas bersara kelak. Jadi, saya berharap biarlah ia menjadi suatu kekuatan baru dalam kehidupan pesara tentera,” tambahnya.

UJI MINDA S u d o

8

4

1 8

5 4

1 5

8

1 2

1

7

2 5 7

k u

A

Menurut Ahmad Zahid, langkah Perhebat menawarkan pelbagai kursus kemahiran di kalangan bakal pesara bagi tempoh enam hingga 18 bulan adalah selaras dengan wawasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu ‘Satu Anggota Satu Kemahiran’. “Dengan sesuatu kemahiran, pesara boleh mendapat pekerjaan baru atau berniaga selepas tamat perkhidmatan sekali gus dapat merealisasikan sasaran Model Baru Ekonomi untuk meningkatkan pendapatan individu melebihi paras RM1,500 sebulan. “Semua pihak tahu, ramai

sokongan padu kepada Perhebat untuk menaikkan taraf sebagai kolej universiti dan turut sama-sama menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pengiktirafan perbadanan itu sebagai insitusi kemahiran antara JPK di Kementerian Pertahanan, barubaru ini. Perhebat kini menyediakan kursus pelbagai bidang kemahiran kepada kira-kira 3,000 bakal pesara tentera setiap tahun untuk menyediakan mereka dengan ilmu kemahiran sebelum menceburi semula dunia pekerjaan awam selepas bersara kelak.

4 2

9

3

6 2

7

2 4

8

09/10 Teka Silang Kata 1

2

3

6

Teliti itu penting

S

ekumpulan pelajar perubatan berhimpun untuk melihat pensyarah mereka melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. “Dalam bidang perubatan ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi doktor,” kata pensyarah itu. “Kualiti pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat,” katanya lagi sambil memasukkan jarinya ke dalam mulut mayat tersebut sebelum menarik semula dan menjilat jarinya itu. “Sekarang, cuba kamu semua buat,” arah pensyarah itu kepada pelajarnya. Walaupun jijik, seorang demi seorang pelajar memasukkan jari ke dalam mulut mayat itu dan menjilat jari mereka. “Kualiti kedua pula ialah pemerhatian yang tajam. Tadi, saya sebenarnya memasukkan jari hantu, tetapi menjilat jari telunjuk. Sekarang, tumpukan perhatian, faham!!” katanya.

Jawapan Bilangan 08 4

2 6 4 8 9 1 5 3 7

5

6

7 9 3 6 2 5 4 8 1

Sudoku 9 4 6 2 8 7 3 1 5

1 5 8 7 4 3 6 9 2

5 8 1 4 3 9 2 7 6

3 2 7 1 5 6 9 4 8

6 3 5 9 1 8 7 2 4

8 7 2 3 5 4 1 5 9

Anda Peka 5

1

6

7

B

4 1 9 5 7 2 8 6 3

KE BAWAH

MELINTANG

1. Menutup bahagian sebelah atas 2. Perhiasan 3. Belanja 4. Makhluk rekaan seperti buaya

1. 5. 6. 7.

Enzim yang penting Nyanyian Dapat melihat Mengenai manusia

2

4 3

7

SILANG KATA MELINTANG 1. Cengkih 5. Gantung 6. Meminang 7. Adika

KE BAWAH 1. Cerlang 2. Nilaian 3. Kimia 4. Harum

8


28

KAMPUS

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Hati kering dan si gadis tocang

A

CINTA KAMPUS

Jika anda ada kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda ke transisi.mail@gmail.com atau www.facebook.com/Transisi

Oleh Leira Naiffus

KU bukanlah Mat Romeo yang ingin berdampingan dengan srikandi-srikandi jelita di dunia. Aku juga bukanlah ‘Mat Jiwa’ yang pandai bermadah pujangga untuk menambat hati si gadis yang aku cintai. Jika aku bukan Mat Romeo dan Mat Jiwa, sudah tentu darjah kebesaran seperti buaya darat, kasanova, playboy dan seangkatan dengannya bukan melambangkan diriku yang sebenar. Namun, selepas berlaku peristiwa di perpustakaan petang tadi, barulah aku sedar, rupa-rupanya ada satu gelaran hormat dilabelkan kepada aku iaitu, ‘Si Hati Kering’. “Maaflah kalau lewat. Tak sengaja. Dah lama awak tunggu saya?” Tanpa muka bersalah, aku tarik kerusi dan duduk di hadapan dia, si gadis yang sedang asyik menelaah di perpustakaan itu. “Hah, awak siapa?” nampak sangat dia kebingungan kerana ditegur seorang lelaki tidak dikenalinya. “Sampai hati cakap macam tu. Saya tahulah saya lewat. Saya tak kisah kalau awak nak marah, tapi janganlah hukum saya macam awak tak kenal saya,” balasku, selamba. “Hei, Awak ni siapa dan awak nak apa sebenarnya? Bila masa pula saya jadi kawan awak? Kenal pun tak!!” Dia sedikit menjerit dan menarik perhatian beberapa pelajar sekitar tingkat empat bangunan perpustakaan universiti. Aku tahu. Darjah kemarahan gadis bertocang ekor kuda itu sudah sampai ke tahap maksimum. Namun, sedikitpun aku tidak gentar, apatah lagi gabra, tetapi berlalu begitu saja kerana bukankah aku ‘Si Hati Kering’. “Saya tahu awak bukan kawan saya, sebab awak kekasih saya,” aku senyum. “Gila! Tak tahulah spesies apa awak ni. Nak cakap kurang cerdik, tapi belajar sampai universiti. Hidup menyusahkan orang,” dia mengomel geram sebelum mengemaskan buku dan

alat tulis yang berselerakan di atas meja. “Awak betul-betul marah? Bukankah saya dah minta maaf tadi sebab lewat. Saya bukannyaa..” Panggggggg!! Belum pun sempat aku menghabiskan butir kataku, satu tamparan maha kuat hinggap di pipi. Walaupun fizikalnya kecil genit saja, tapi berpinar juga mata aku terkena ‘tamparan wanita’nya. Selepas kembali ke alam sedar, apa yang aku lihat hanyalah langkahannya yang jelas sumbang dek ledakan kemarahan yang bagaikan letusan gunung berapi memuntahkan lahar.

Insiden tragis Aku memegang pipi. Masih terasa perit. Entah bagaimana dalam keperitan itu aku masih boleh senyum sendirian. Insiden tragis itu benar-benar menarik perhatian rakan-rakan sebilikku. Lalu bermulalah sesi soal jawab yang aku sendiri tidak tahu apakah soalan yang ditanya mereka. Malah, aku juga tidak tahu jawapan apa yang sudah aku berikan. Apa yang aku tahu hanyalah wajah si gadis bertocang ekor kuda yang cukup mengkhayalk a n fi k i ra n k u d an perl ahanlahan hilang dimamah kepekatan malam. Seminggu berlalu dan seminggu juga aku tidak hadir ke kuliah. Ini bermakna aku sudah cipta sejarah peribadi kerana aku sebelum ini memang tidak pernah ponteng kuliah begitu lama. Dan aku sendiri pun tidak tahu apa sebabnya. Kembali semula kepada kisah aku. Suatu hari, sedang aku duduk di kafeteria sambil menghirup bandung dan menyelak muka akhbar, sesi bacaanku terhenti kerana tiba-tiba aku rasa badanku basah disimbah minuman sendiri. Tidak cukup dengan itu, pipiku pula terasa hangat apabila sekali lagi menerima tamparan wanita.

“Hoi, mamat senget! Ini semua salah awak. Sudah puas hati sekarang? Apa lagi awak hendak buat selepas ni?” dia berdiri betul-betul di depanku. Sekarang, di hadapanku bukan lagi dia, si gadis bertocang ekor kuda. Tetapi, dia kini tidak ubah seperti singa betina yang sudah hilang ekornya. “Apa dah jadi? Apa salah saya sampai saya kena simbah, tampar dan maki hamun pagi-pagi ini?” Aku cuba bertenang dan selamba walauupun masih kebingungan kerana tidak tahu hujung pangkal kejadian sebenar. “Oh, awak tak tahu salah awak ya? Biar saya jelaskan,” katanya dengan nada rendah penuh getar dan aku tahu emosi marahnya masih lagi membuak-buak. “Ok.. Dipersilakan,” kataku, sedikit menyindir. “Dengar baik-baik. Saya pun tak nak mengadap muka awak lebih lama lagi. Saya tahu awak masih ingat peristiwa di perpustakaan minggu lepas. Sebab awaklah saya bergaduh dengan pakwe saya. Sebab awak juga pakwe saya tuduh bukan-bukan. Dia ingat saya ada hubungan dengan awak kerana semasa kejadian itu saya sedang tunggu dia. Tapi, tiba-tiba awak muncul dan duduk dekat saya,” katanya, menatap tajam ke dalam bola mataku.

Masih ingat Sebenarnya, penjelasannya langsung tidak berbekas dalam hati dan aku perasan mata-mata orang di kafeteria tersebut mula melorot rapat ke arah kami. “Apa kaitan saya dengan kes awak gaduh dengan pakwe awak? Dia bukan gaduh dengan saya. Lagipun dia bukan pakwe saya. Buat apa saya nak ambil tahu pasal awak dan pakwe awak,” lancar saja jawapan itu terpacul keluar dari mulutku. Pada masa sama juga aku dapat tahu gadis bertocang ekor kuda itu namanya, Erneelya Elisya selepas membaca kad pelajar

yang tergantung di lehernya. “Eee... Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Awak ni betulbetul menyusahkan orang! Hati kering! Harap-harap tak jumpa awak lagi lepas ini,” katanya sebelum berlalu meninggalkan api kemarahannya terbang dibawa angin lalu. Harapannya untuk tidak bertemu aku lagi mungkin sudah tercapai kerana sejak peristiwa itu, aku sudah tidak melihat dia. Aku sudah tidak bertemu dia lagi sampai hari ini kerana selepas peperiksaan akhir pada tahun itu, aku menamatkan pengajianku di universiti tersebut. Namun, sampai sekarang, aku masih lagi ingat si gadis bertocang ekor kuda itu yang meninggalkan dua tamparan wanita sebagai tanda kenangannya kepadaku. Erneelya Elisya!

Puisi Seharum Cintamu, Dzhennet Dzhennet, Kalau tiada lagi senjata ampuh mampu melawan musuh apakah sanggup aku jadi sepertimu? si pemberani melilit peledak dan nat besi tenang mengunci benci sabar menyita derita bersama kitar zikir, dan asma Tuhan kau relakan tubuhmu berkecai di bumi Moscow Kim Bo Kastekniv Sungai Buloh


24 SEPT - 07 OKT 2010

x

presi

Transisi

an Delights konsep hiasan dan menu menarik, termasuk perkhidmatan dan layanan terbaik supaya pelanggan yang datang bukan saja ingat mengenai masakan Kelantan Delights, tetapi terus mengabadikan kenangan itu menjadi sesuatu yang manis dalam hidup mereka. “Saya akan pastikan pelanggan yang datang mendapat layanan sempurna bukan sekadar masakan dan perkhidmatan, tetapi kualiti makanan panas sepanjang masa,” katanya.

Prinsip Sebelum memulakan perniagaan sekitar 1995, Juhaidi membuka sebuah restoran masakan Thai di Plaza Warisan, Kuala Lumpur. Namun, disebabkan sambutan kurang memberangsangkan, restoran itu terpaksa ditutup hingga Kelantan Delights di Suria KLCC ditubuhkan. Bagaimanapun, bangunan Suria KLCC itu hanya ‘indah daripada rupa’ kerana sarat dengan pelbagai isu yang menjadi titik noktah buat restoran itu untuk menutup operasinya. “Saya pernah buat rayuan untuk menyambung kontrak, tetapi perkara itu memerlukan pengorbanan besar. Caj dikenakan tidak logik langsung. Kelantan Delight adalah restoran Melayu terakhir yang menghentikan operasi ketika itu,” katanya. J u h a i d i berkata, pada awal perniagaan 2004, sewa yang dikenakan terhadap Kelantan Delights adalah RM360,000 setahun berbanding kadar baru sebanyak RM520,000. “Setiap tiga tahun, sewa yang dikenakan meningkat sebanyak RM160,000 ke RM180,000 dan semakin tinggi hingga pada 31 Ogos 2007, Kelantan Delights secara rasmi menutup operasi,” katanya. Namun, kata Juhaidi, berpegang kepada prinsip bahawa lokasi adalah kunci utama

dalam perniagaan makanan, beliau tetap berusaha meneruskannya dan berjaya mendapatkan lokasi sesuai iaitu di Sooka KL Sentral. “Banyak pihak yang minta saya buka restoran di tempat mereka menunjukkan orang sudah kenal jenama Kelantan Delights. Namun, saya amat berhati-hati dalam membuat pemilihan dan akhirnya memilih KL Sentral sebagai tempat pertaruhan baru selepas mengucapkan selamat tinggal kepada KLCC,” katanya. Ditanya mengapa memilih KL Sentral, beliau menjelaskan, selain kadar sewa yang jauh lebih murah, lokasi KL Sentral yang strategik menjadi faktor utama dalam perniagaan makanan. “Tempat ini akan terus dikembangkan sehingga tempoh 15 tahun akan datang. Ini adalah denyut nadi Kuala Lumpur. Saya yakin perniagaan saya mampu menjadi lebih berjaya di sini,” katanya yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa, Datuk Mustapa Mohamed untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

Kelantan Delights menawarkan aneka masakan Melayu.

Nasi campur

Pelbagai hidangan Melayu disajikan

Tom Yam Sirih Kaduk

29


30

x

presi

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Apa itu Android?

Tip beli telefon bimbit

1. Bajet Pastikan kewangan mencukupi sebelum membeli telefon bimbit dikehendaki.

Oleh Mohd Azhan Othman

K

2. Selidik Gunakan Internet untuk dapatkan maklumat telefon bimbit yang mahu dibeli. Jangan lupa buat perbandingan harga di beberapa kedai bagi mengelak ditipu.

EMUNCULAN teknologi Android dilaporkan berjaya mengalih pasaran telefon bimbit pintar yang didominasi Apple menerusi produk hebatnya, iPhone. Kepada mereka yang masih keliru dengan Android, di bawah adalah 10 penjelasan ringkas mengenai teknologi tersebut.

1. Apa itu Android? Android ialah sistem operasi (OS) telefon pintar skrin sentuh. Ia berfungsi sebagai enjin perisian untuk menjalankan semua aplikasi dalaman bagi semua telefon pintar yang dikuasakan dengan teknologi itu. Pesaing Android ialah iOS bagi iPhone dan BlackBerry OS untuk produk BlackBerry. Android dibangunkan syarikat laman web enjin carian, Google. 2. Keistimewaan Android? Berbeza OS lain seperti iOS, BlackBerryOS dan Windows, Android ialah OS sumber terbuka di bawah naungan Open Handset Alliance. Ia memberikan kebebasan kepada pengeluar telefon bimbit lain untuk mengubah suai OS itu mengikut spesifikasi produk mereka. Walaupun mungkin tidak segah iOS, teknologi Android terbukti pantas dan berkuasa dengan antaramuka intuitif dan fleksibel. 3. Telefon Android itu Droid? Tidak. Droid ialah jenama digunakan Verizon Wireless bagi telefon berasaskan Android (Droid X, Droid Eris, Droid Incredible). Sebaliknya, HTC Evo 4G bukan Droid, tetapi ia telefon pintar Android. 4. Alasan memilih Android? Banyak. Antaranya, telefon Android mempunyai integrasi akrab dengan perkhidmatan Google seperti Gmail, Google Calendar, Google Contacts and Google Voice. Bagi mereka yang menggunakan semua perkhidmatan itu, telefon Android ternyata memudahkan tugasan harian.

Bersama Dr PC Jika anda ada sebarang masalah komputer, hantar soalan anda kepada transisi. mail@gmail.com atau www. facebook.com/Transisi

3. Kaji spesifikasi Kenal pasti spesifikasi telefon bimbit idaman anda seperti jenama, aplikasi dan kelebihan.

Semua mesej dan aplikasi Google lain akan diselaraskan dengan telefon anda secara automatik. Aplikasi Android juga lebih terbuka, di mana Google tidak menyekat anda memuat turun sebarang aplikasi yang disediakan di laman rasmi, Android Marketplace. Konsep Android yang terbuka untuk semua pengeluar memberi banyak pilihan kepada pengguna membeli telefon Android kegemaran mereka. Produk Android diumumkan hampir setiap minggu. 5. Kelemahan Android? Tetapan e-mel, panggilan dan kalendar dalam telefon Android adalah lancar jika anda hanya menggunakan perkhidmatan Google. Namun, pengguna Android pula perlu pandai memilih lambakan perisian pihak ketiga untuk menguruskan himpunan muzik dan video yang perlu diselaraskan dengan komputer. Berbanding iPhone yang menyediakan aplikasi iTunes untuk menguruskan akaun e-mel dan aplikasi lain secara standard, kebebasan diberikan Android mungkin bukan pengalaman menyeronokkan bagi pengguna baru telefon pintar. 6. Bagaimana dengan kemunculan pelbagai versi Android? Versi terbaru ialah Android 2.2 Froyo yang menampilkan ciriciri tambahan seperti port USB (untuk berkongsi sambungan data dengan laptop menerusi kabel USB) dan fungsi hotspot

4. Minta pandangan rakan Dapatkan nasihat dan pendapat rakan-rakan yang pernah menggunakan telefon bimbit sama yang ingin dibeli di segi kelebihan ataupun kekurangan.

bergerak (menukar telefon kepada hotspot mudah alih untuk disambungkan dengan peranti WiFi). Versi ini juga menyokong paparan video format Flash. Sebelum 2.2 Froyo, Google melancarkan versi 2.1, yang menampilkan paparan wallpaper bergerak, ikon skrin rumah baru dan widget (aplikasi kecil untuk skrin rumah), fungsi suara kepada teks (untuk e-mel dan mesej teks), fungsi pelbagai sentuh (gerak zum) dan kemas kini galeri foto yang dihubungkan dengan laman web foto, Picasa Web. Android 1.6 Donut pula melakukan penambahbaikan di segi kepantasan, menyokong lebih banyak resolusi skrin, kamera pantas dan aplikasi kamkoder, manakala kemas kini terbesar bagi Android 1.5 Cupcake ialah tambahan perakam video.

Saya ada terbaca iklan menyatakan harga perisian antivirus Kaspersky 2010 jauh lebih murah berbanding harga lama dengan jaminan kunci lesen (license key) tidak akan disenaraihitamkan. Apakah iklan itu boleh dipercayai? Jika saya mahu beli antivirus Kaspersky untuk tiga pengguna, apakah saya boleh gunakan kunci lesen itu untuk saya seorang saja, iaitu untuk tiga tahun? - Zubaidah Anuar Saya nasihatkan anda supaya tidak terpedaya kerana iklan itu diedarkan oleh pengedar tidak sah. Jangan beli hanya kerana murah sedangkan anda tidak pasti kesahihannya. Saya

7. Jika versi terbaru Android ialah 2.2, kenapa pengguna masih mengadu mengenai masalah versi 2.1 dan 1.6? Keterbukaan Google bermaksud setiap versi baru Android mesti diiktiraf berfungsi bagi telefon tertentu, di mana proses itu mengambil masa sebelum anda dapat memiliki produk Android yang terkini dan hebat. Sesetengah pengeluar mungkin memutuskan untuk tidak menaik taraf telefon mereka kepada versi Android terkini atas dasar strategi pemasaran selain ia bukan keperluan mendesak. 8. Berapa aplikasi Android? Kira-kira 70,000 atau lebih dan jumlah itu meningkat setiap hari. 9. Bagaimana boleh dapatkan telefon Android? Ada banyak telefon Android di pasaran. Bagi mengecilkan pilihan, kenal pasti ciri-ciri Android anda? Apakah anda mahukan telefon pad kekunci QWERTY atau skrin sentuh? Apabila sudah menetapkan telefon pilihan anda, cari versi Android dimahukan! 10. Berita paling hangat mengenai Adroid sekarang?

syorkan anda beli antivirus itu daripada pengedar sah. Jika perisian itu untuk tiga orang pengguna, ia bermakna untuk tiga pengguna bagi kunci lesen yang sama. Kebiasaannya, tempoh diberikan cuma setahun. Saya baru beli laptop Acer Aspire 5940 dan mahu pasang perisian antivirus. Tetapi, saya tidak tahu perisian antivirus mana lebih baik? - Khairi Halim Setiap perisian antivirus mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi menjawab persoalan saudara, di bawah ini ialah senarai 10 perisian anti

5. Periksa telefon Jangan terlalu percayakan penjual. Teliti betul-betul telefon bimbit anda luar dan dalam seperti bateri, cop sirim, skrin, pad kekunci dan fungsi lain. 6. Semak nombor siri Bagi pengguna Nokia, semak nombor siri dengan menekan *#06#. Pastikan nombor siri di skrin sama dengan nombor di kotak. Jika sama, telefon bimbit yang anda beli itu produk asli. 7. Waranti Pastikan dapat kad jaminan daripada penjual kerana jika terjadi sebarang kerosakan, anda boleh hantar telefon bimbit anda untuk dibaiki secara percuma.

HTC Evo 4G yang menyokong cantuman Sprint, rangkaian data WiMax generasi baru dan paparan lebih lebar (4.3 inci). Samsung juga dalam proses mengumumkan siri Galaxy Sclass Android yang lebih tipis dan ringan dengan skrin kontras tinggi Super AMOLED bersaiz 4 inci. Jika anda mencari telefon Android dengan papan kekunci QWERTY, Motorola Droid 2 atau Samsung Epic 4G mungkin pilihan anda.

virus terbaik. Saudara boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan maklumat disediakan. 1. Bit Defender AntiVirus 2 Kaspersky AntiVirus 3. Webroot AntiVirus 4. Norton AntiVirus 4. ESET Nod32 AntiVirus 5. AVG AntiVirus 6. F-Secure AntiVirus 7. G Data AntiVirus 8. Avira Antivirus 10.Trend Micro (sumber: http://anti-virus-software-review. toptenreviews.com/v2/)


24 SEPT - 07 OKT 2010

x

presi

Transisi

31

Cita rasa Perancis di Colmar Tropicale

Oleh Ika Destiana

J

IKA mahu merasai pengalaman seperti benar-benar berada di Perancis, tidak perlu menempah tiket penerbangan dan terbang jauh ke negara Eropah itu. Tetapi, cukup saja menjejakkan kaki ke Colmar Tropicale yang berdiri megah di atas kawasan peranginan Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang dan di sini, anda pasti terpegun menyaksikan keindahan dan keunikan seni bina bangunan yang dibina bercirikan negara Eropah itu. Colmar Tropicale terletak 2,700 kaki dari paras laut dan dikelilingi 80 ekar kawasan hutan hujan tropika. Dari Kuala Lumpur, anda memerlukan 60 minit perjalanan jika mahu ke tempat peranginan tersebut yang mula dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang dengan bayaran tiket dewasa, RM12 dan kanak-kanak, RM8. Pembinaan kawasan Colmar Tropicale diilhamkan daripada sebuah kampung di Eropah pada

abad ke-16 yang bernama Colmar di Alsace, Perancis. Justeru, tidak menghairankan mengapa semua bangunan di sini, sama ada hotel ataupun restoran dibina dengan rekabentuk Eropah klasik. Pengunjung-pengunjung yang datang bersendirian, atau bersama keluarga atau rakan-rakan, akan disajikan dengan pakej aktiviti dan hiburan menarik untuk dinikmati. Antaranya ialah persembahan muzik dan tarian daripada artis tempatan dan luar negara, pelawak serta penghibur jalanan, juga aksi akrobatik dan silap mata. Terdapat banyak gerai menjual cenderamata boleh didapati di sini, termasuk restoran, pusat spa dan tempat permainan yang direka khusus untuk kanak-kanak. Bagi golongan dewasa, anda mungkin boleh meluangkan masa berkaraoke, bermain boling, dan menikmati rawatan aromaterapi serta refleksologi di La Lavande Creations, yang juga Pengunjung pasti tertarik dengan seni bina Eropah di Colmar Tropicale. menyediakan penginapan bilik hotel dan juga bas yang boleh digunakan untuk mengelilingi kawasan sekitar pusat peranginan berkenaan.

Kepingin

Pintu masuk utama ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi.

Restoran-restoran di Colmar Tropicale bukan hanya menyediakan masakan tempatan, tetapi juga pelbagai masakan luar negara. Misalnya, jika mahu mencuba masakan Perancis, anda singgah saja ke Restoran La Cigogne dan jika kepingin hidangan Asia seperti Indonesia dan China, Restoran L’orient adalah tempat terbaik untuk anda. Restroan La Flame Sidewalk Deli pula menyediakan makanan Itali seperti pizza dan pasta, manakala La Boulangerie Bakery menyediakan sandwic dan roti Perancis. Bagi pengunjung bukan Islam, Le Wine Vin dan Bar Ceru menyediakan pelbagai pilihan wain buat mereka. Ketika malam, pemandangan Colmar Tropicale berubah menjadi semakin mengasyikkan dengan dilimpahi sinaran lampu

dan cuaca yang semakin sejuk. Bagi penggemar fotografi, anda pasti tidak akan melepaskan peluang mengabadikan reka bentuk klasik bangunanbangunan Colmar Tropicale sebagai objek untuk dipotretkan dalam bingkai kenangan anda. Selain itu, anda juga berpeluang berkunjung ke kampung tradisi Jepun di Japanese Village yang terletak dalam ka-

wasan peranginan Berjaya Hills dengan cuma 5 minit perjalanan menaiki kereta atau perkhidmatan bas dari Colmar Tropicale. Antara tempat menarik yang dapat dilawati di sini ialah Japanese Tea House, Tatami Spa, Ryo Zan Tei (Restoran Jepun), Ume Tatami Suite, kedai-kedai cenderamata dan Taman Botani.

Pemandangan nyaman di Japanese Village.


32

x

presi

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Coca-Cola paling popular Oleh Azuraina Abdullah

S

YARIKAT minuman ringan, dari Amerika Syarikat (AS), Coca-Cola bagi tahun ke11 mengungguli senarai ‘100 Jenama Terbaik Global’ yang dikeluarkan oleh firma konsultan jenama, Interbrand. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interbrand, Jez Frampton berkata, semua syarikat dalam senarai tersebut sangat konsisten dalam menyampaikan jenama masing-masing. “Malah, mereka adalah kajian kes menakjubkan mengenai bagaimana melakukan sesuatu perkara itu dengan baik,” katanya. Di sudut lain, BP boleh dijadikan kajian kes dalam perkara yang tidak boleh dilakukan dalam pengurusan penjenamaan. Susulan daripada insiden tumpahan minyak di Teluk Mexico, BP terkeluar daripada senarai 100 jenama terbaik selepas berada dalam senarai tersebut selama sembilan tahun. “Kita semua tahu bagaimana mereka menangani isu-isu taktikal sekitar kawasan tumpahan itu. Apa yang tidak mereka berikan kepada kita ialah pandangan jelas mengenai ke mana hala tuju BP dalam tempoh jangka panjang,” kata Frampton. “Sebagai pekerja BP, bagaimana patut anda rasa sekarang? Sesebuah syarikat boleh mengaku ia bagus selagi pekerja bekerja untuk mereka. Kini, usaha memberikan visi jelas kepada orang-orang dalam dan luar adalah sangat penting bagi mereka,” katanya lagi. Berbeza dengan BP, Toyota lebih berkemampuan menguruskan masalah atau skandal dihadapinya dengan lebih baik walaupun kedudukan syarikat automobil itu merosot kepada nombor 11 berbanding nombor lapan pada tahun lalu. Interbrand mendapati enam daripada 10 jenama terbaik dunia adalah terdiri daripada firma teknologi berpengaruh seperti IBM, Microsoft, Google, Intel, Nokia dan HP. Syarikat gergasi komputer, Apple cuma berada di kedudukan ke-17, sekali gus memberi gambaran mengenai kekurangan kesedaran umum mengenai jenama dan perkembangan syarikat gergasi komputer itu di pasaran. Namun, syarikat milik Steve Jobs itu mencatat nama sebagai

Semua syarikat dalam senarai tersebut sangat konsisten dalam menyampaikan jenama masingmasing. Malah, mereka adalah kajian kes menakjubkan mengenai bagaimana melakukan sesuatu perkara itu dengan baik,” jenama paling pantas meningkat di segi nilai jenama dalam senarai 100 syarikat popular dunia dan popularitinya dijangka terus melonjak pada tahun-tahun mendatang. Syarikat Yahoo! turut berada dalam senarai pada kedudukan ke-66, di atas jenama terkenal seperti Porsche dan Gap. Krisis kredit dan jaminan kewangan dalam jumlah besar banyak menjejaskan nilai jenama bagi syarikat-syarikat seperti Citigroup dan UBS. Bagaimanapun, Goldman Sachs masih mampu melonjak satu anak tangga ke kedudukan 37 berbanding tahun lalu walaupun firma perbankan dan sekuriti tersebut menghadapi tekanan negatif pada tahun sebelumnya. Frampton berkata, sesuatu jenama memerlukan masa untuk bertindak balas dan situasi itu sudah tentu mempengaruhi reputasi dan jenama Goldman. “Bagaimana ia (Goldman) memainkan peranan pada masa depan adalah bergantung kepada cara mereka yang menguruskannya. Mereka ada peluang mengambil barisan kepimpinan yang lebih kuat dalam membangunkan semula pasaran perkhidmatan kewangan,” katanya.

10

g lobal Palin Jenama G S$ juta) A m ilai dala n ( r la u p Po

18,683) 0,452 (RM2 7 $ la o -C a 1. Coc 0,912) ,727 (RM20 2. IBM - $64 M189,018) (R 5 $60,89 ft o s ro ic 3. M 135,200) $43,557 (RM 6) le g o o G . 4 7 08 (RM132,8 ) 5. GE - $42,8 - $33,578 (RM104,226 ’s ld a n o 6. McD ,374) ,015 (RM99 7. Intel - $32 1,552) 9 29,495 (RM 8. Nokia - $ 89,181) M (R 28,731 $ y e n is D 9. ,395) ,867 (RM83 10. HP - $26


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

POTRET

33

n Syawal

Naib Canselor UUM beramah mesra dengan Zahid AF2, Diddy Hirdy, dan Zed Zaidi di Majlis Jamuan Aidifitri Program Khas PLK B.Comm (Hons) di UUMKL. Majlis Pertunangan Normalina dan Helmi di Mahkota Putra pada 19 September lalu.

TEPUNG TAWAR... Kemeriahan majlis persandingan di Melaka pada 18 September lalu.


34

GLOBAL

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Damai Aidilfitri di AS Penduduk Islam raikan raya secara sederhana, hormati ulang tahun 11 September

meriahan tetap dirasai. Kanak-kanak kelihatan berkejaran riang sambil bergelak ketawa dalam pakaian berwarna-warni, manakala kaum dewasa pula bertakbir dan mendengar khutbah yang menekankan kepentingan keamanan dan bermuhasaTERRY JONES bah diri. Di luar kawasan trek itu, Rashad Abdul Hakim berkata, seAktivis pejuang hak asasi di Gainesville, mangat menyambut Aidilfitri tidak Florida membantah keras ha srat paderi negeri itu pernah luntur walaupun pen, Terry Jones yang mahu me duduk Islam dihujani pelbagai mbakar Al-Quran pa da 11 September lalu. tohmahan dan prasangka buruk. “Ini hari yang bertuah,” katanya yang menganut Islam sejak ETIKA matahari mula me- himpunan tersebut. mancarkan sinar paginya, Pada tahun ini, sambutan Aidil- 1991. beribu-ribu masyarakat Is- fitri di AS bermula pada Jumaat, lam Amerika Syarikat (AS) tanpa 10 September berdasarkan Insiden Menurutnya, kepelbagaian bumengira lelaki, wanita dan kanak- kalendar lunar. kanak memenuhi kawasan trek Walaupun ramai masyarakat daya semakin diterima di AS berdekat Masjid Al-Islam di New Ha- Islam AS cuma bercuti sehari un- banding beberapa dekad lalu. “Saya masih ingat ibu saya ven, Connecticut untuk meraikan tuk perayaan itu, tetapi mereka Aidilfitri. mendapat cuti lanjutan tiga hari dipukul ketika pulang ke rumah Pemimpin-pemimpin Islam di lagi apabila hari berikutnya ada- selepas berlaku rusuhan awam. beberapa kawasan dalam ne- lah cuti 11 September dan hari Namun, insiden seperti itu tidak lagi diterima sekarang,” katanya. geri lain di AS memutuskan untuk minggu. Presiden ahli jawatankuasa mengecilkan sambutan perayaan Selepas menunaikan solat suitu kerana bimbang mengguris- nat Aidilfitri pada pagi itu, pen- Masjid Al-Islam, Jimmy Jones kan emosi penduduk AS lain duduk Islam meluangkan masa membantu menguruskan hidangan menjelang ulang tahun 11 Sep- mengunjungi sanak saudara dan sarapan kepada masyarakat Islam tember. rakan-rakan sambil menikmati yang datang ke kawasan trek berNamun, perasaan riang dan pelbagai juadah enak yang dise- kenaan, termasuk menghadiahkan mainan bola lantun kepada kanakceria jelas terpancar pada raut diakan. wajah rata-rata masyarakat Islam Walaupun sambutan Aidilfitri kanak. “Patutkah kami meraikan Aidilyang berhimpun di kawasan per- tahun ini agak sederhana, ke-

K

fitri? Patutkah kami mengecilkan sambutannya? Saya dapat merasai perasaan emosional itu. Saya tahu perasaan kehilangan orang tersayang, tetapi ia reaksi tidak waras apabila menyalahkan semua penganut Islam (kerana 11 September). “11 September adalah kejutan psikik terhadap kebanyakan penduduk AS. Ia seakan pembunuhan beramai-ramai yang tidak dapat kita lihat. Perasaan takut saya juga sama seperti penduduk AS lain,” kata Jones. Bagaimanapun, keputusan paderi Florida, Terry Jones membatalkan hasratnya membakar Al-Quran gagal meredakan keresahan ramai penduduk berhubung sambutan Aidilfitri. Di bandar raya New York, jauh daripada lokasi cadangan pembinaan masjid dekat Ground Zero, Abdul Sangeer sedang sibuk menguruskan restorannya, Tabaq Grill yang dipenuhi lebih 200 pengunjung. Baginya, tanggungjawab agama dan sensitiviti budaya adalah sesuatu yang sangat sukar. “Saya 100 peratus yakin tiada apa yang berlaku. Tetapi, ia nampaknya tidak berapa baik untuk menyambut Aidilfitri ketika jiranjiran saya sedang berkabung,” katanya, yang lega apabila 1

Syawal tidak jatuh pada 11 September. Abdul berkata, sedikit kegembiraan dan keseronokan amat diperlukan bagi meredakan tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapi peniaga-peniaga di bandar raya itu tahun ini. “Kami menyambut atas nama perayaan. Kami prihatin mengenai syarikat jiran-jiran kami, mengenai perniagaan kami dan juga perniagaan jiran kami. Kedai milik peniaga Israel di sebelah, perniagaannya juga menghadapi masalah,” katanya. Abdul menyatakan dia barubaru ini mengirim e-mel kepada Jones untuk menyeru paderi Florida itu supaya membaca Al-Quran walaupun sekali sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai hasratnya membakar kitab suci tersebut. “Saya kata, ‘saudara, Tuhan merahmati apa saja yang kamu lakukan, tetapi bacalah dulu kitab itu. Kamu membakar nama semua nabi, termasuk Isa’,” katanya. Menurutnya, kehidupan mesti diteruskan seperti biasa walaupun pada 11 September.


24 SEPT - 07 OKT 2010

GLOBAL

Transisi

Renung kembali fitrah diri

B

ARU-BARU ini, kelompok pelampau Kristian di beberapa negeri dalam Amerika Syarikat (AS), bertindak mengoyak dan membakar Al-Quran sebagai reaksi kepada rancangan membina sebuah masjid dekat lokasi serangan 11 September atau Ground Zero. Walaupun Presiden Barack Obama berulang kali meminta rakyatnya bertenang sambil mengingatkan bahawa tindakan melampau itu hanya akan memarakkan sentimen kebencian dalam kalangan umat Islam seluruh dunia dan AS sendiri, tetapi segalanya bagai-

kan mencurah air di daun keladi. Semuanya sia-sia belaka. Dalam perkembangan lain, seorang wakil pertubuhan ateis di Australia, Alex Stewart menyiarkan rakaman video membakar Al-Quran dan Injil dalam laman web YouTube sebagai tanda sindiran kepada kekecohan itu yang dicetuskan oleh paderi Florida, Terry Jones yang mengancam mahu membakar 200 naskhah Al-Quran sempena sambutan ulang tahun insiden 11 September. Tindakan Stewart itu mungkin reaksi kepada perasaan kecewanya terhadap ketidakstabilan dunia akibat persengketaan yang dicetuskan manusia-manusia beragama. Pada anggapannya, Al-Quran ataupun Injil hanya sekadar buku dan tiada apa yang suci mengenai kedua-duanya. Mungkin pada hematnya, adalah lebih baik manusia itu membuang agama dianuti mereka bagi mewujudkan dunia baru yang lebih harmoni.

Persoalannya, apakah perbuatan Stewart itu-membakar Al-Quran dan Injil-mampu menstabilkan dunia? Sebagai penganut ateisme yang tidak percayakan Tuhan dan menyanjung tinggi kebebasan berfikir, bukankah perbuatan menghina kerpercayaan dan anutan manusia lain itu boleh disifatkan sebagai celaan kepada isme yang dipegangnya sendiri. Sesuatu agama itu tidak wujud tiba-tiba. Dalam agama samawi atau Ibrahimik, iaitu Yahudi, Kristian dan Islam, sejarahnya bermula ribuan tahun lampau dan setiap agama itu mempunyai saling kaitan yang akrab. Kaitan agama tersebut bukan sekadar membabitkan penganut-penganutnya, tetapi juga Nabi dan Rasul yang disebut dalam kitab tiga agama tersebut, di mana semua mereka mendapat wahyu daripada Allah untuk memberi panduan kepada kaum masing-masing dan umat manusia. Jika dikaji dengan teliti, sesuatu

agama itu datang dengan misi membebaskan fikrah manusia daripada belenggu jahiliah dan penindasan. Dengan beragama, tiada lagi jurang perkauman dan kasta yang suatu masa dulu dikuasai manusia-manusia berkuasa dan bijak, tetapi kejam dan angkuh. Ketika sepertiga dunia dibelenggu kuku besi empayar Rom, Islam datang membebaskan penduduk-penduduknya yang hidup menderita di bawah pemerintahan kaisar-kaisar yang rakus mengikis dan meragut hak-hak rakyatnya. Namun, selepas umat manusia mula mengecap nikmat ketamadunan dalam sejarah kewujudannya di muka bumi ini, mereka mula mencampak garis toleransi yang mengikat mereka pada kesamaan fitrah yang serupa, iaitu daripada titisan mani menjadi bayi yang lemah sebelum perlahan-lahan membesar dewasa menjadi makhluk paling berakal di dunia.

Sel stem bantu wanita tua hamil P

ASUKAN saintis dari Mesir berjaya menemui satu penemuan saintifik terbaru dalam bidang ginekologi yang mampu mengubah kitaran biologi wanita bagi membolehkan mereka memiliki bayi pada usia 50 dan 60-an. Kajian mendapati suntikan jenis-jenis tertentu sel stem ke dalam organ pembiakan tikus betina mampu memulihkan fungsi ovari haiwan itu, di mana penemuan tersebut didakwa berupaya merintis jalan kepada rawatan sama terhadap manusia. Pasukan saintis diketuai Osamy Azmy dari Pusat Kajian Kebangsaan di Kaherah, Mesir menggunakan sel stem embrio tikus, dikenali sebagai sel stem mesenchymal (MSCs) untuk memulihkan fungsi ovari dalam tikus makmal. “Ini adalah bukti konsep. Banyak lagi ujian perlu dilakukan sebelum kita dapat mengimplemtasikannya terhadap wanita. “Namun, ujian ini mendedahkan bahawa wanita yang mengalami masalah kegagalan ovari pramatang kemungkinan besar mampu melahirkan bayi mereka sendiri,” katanya. Laporan kajian Osamy dan rakan sepasukannya itu dibentangkan di Kongres Fertiliti dan Steriliti Dunia di Jerman pada 15 September lalu. Kegagalan ovari pramatang,

atau lebih dikenali sebagai menopaus awal, dialami 1 dan 4 peratus wanita di bawah usia 40 tahun. Umumnya, wanita dan mengidap penyakit biologi ini akan berhenti menghasilkan telur dan hormon ovari lebih awal berbanding wanita normal lain dan hingga kini masih tiada lagi rawatan yang mampu memulihkan kesuburan mereka. Sel stem adalah sel induk yang mampu menjadi sebarang jenis tisu khusus dalam tubuh.

Ujian

Selain itu, sel tersebut yang disifatkan sebagai blok binaan dalam tubuh juga memiliki keupayaan unik untuk berpaut pada tisu-tisu rosak dan memulihkannya. Sebenarnya, sel-sel stem sudah lama digunakan dalam ujian-ujian kecil bagi merawat penyakit jantung dan tulang patah, tetapi ia kali pertama dilakukan untuk membatu merawat masalah kesuburan. Potensi pelbagai jenis sel stem sudah diuji oleh saintissaintis seluruh dunia bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Namun, teknologi tersebut mencetuskan kontroversi kerana sesetengah sel stem itu diperoleh daripada embrio dan fetus yang dikaitkan dengan isu etika mengenai proses penuaian sel daripada embrio yang ditanam.

Pertubuhan kempen, Komen Terhadap Etika Reproduktif melabelkan kategori-kategori kajian tersebut sebagai tidak beretika. Bagi kajian itu, pasukan Osamy menyuntik tiga perempat daripada 60 tikus makmal betina dengan bahan kimia untuk menggalakkan kegagalan ovari. Kemudian, satu pertiga daripada tikus-tikus itu disuntik dengan rawatan sel stem dan satu pertiga lagi disuntik rawatan penyelesaian garam atau plasebo, manakala selebihnya tidak diberikan sebarang rawatan. Saintis menguji paras hormon dalam tubuh semua tikus untuk melihat sama ada ia kembali kepada paras normal berikutan rawatan berkenaan. Dalam masa dua minggu, tikustikus yang dirawat dengan sel stem memulihkan semula fungsi ovari dan selepas lapan minggu paras hormon haiwan-haiwan itu adalah sama dengan tikus yang tidak mengalami kegagalan ovari. “Apa yang kami lakukan adalah bukti bahawa kita mampu memulihkan sepenuhnya fungsi ovari tikus. Langkah seterusnya ialah melihat bagaimana tikus-tikus itu membiak,” kata Osamy. Jika berjaya, teknik berkenaan bakal membuka lembaran baru dalam rawatan kesuburan wanita. Apatah lagi rawatan terdahulu untuk memulihkan penghasilan telur wanita seperti pembedahan transplan tisu ovari adalah terlalu mahal dan menyakitkan.

35

Hari ini, kita dapat menyaksikan wujudnya kelompok pemikir liberal yang hadir dengan idea pluralisme yang cuba menyamaratakan setiap agama dalam usaha mewujudkan masyarakat dunia yang ideal. Ini mustahil berlaku kerana fahaman mana-mana agama pun sentiasa berbeza dan tidak pernah sama. Lebih parah, ada kelompok manusia ultraliberalis seperti Stewart memutuskan menyeranahkan semua agama manusia yang disifatkannya sebagai punca manusia bersengketa kerana baginya, manusia itu akan aman jika tidak beragama. Benarkah? Apa yang perlu ialah toleransi dan merenung kembali fitrah diri sebagai manusia. Bukankah faham agama semuanya mengajar begitu? Kenapa perlu mentafsir agama masing-masing dalam kotak fikir sempit dan dangkal. Firmah Allah dalam surah Al-Kafirun, ayat 6, “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Ibu tertua Britain, Elizabeth Adeney selamat melahirkan bayi ketika berusia 67 tahun pada Jun tahun lalu selepas mendapatkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF).


36

AGAMA

HADIS: Rasullah SAW bersabda: Tidaklah ada zakat pada sapi yang dipakai untuk bekerja.

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

- Abu Daud dan Darqutni

Soal/ Jawab

Ust Jeffri Bujang

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

SUCI

Sucikah pakaian saya jika dibasuh menggunakan mesin basuh muatan hadapan (front loading)? Sesetengah pendapat menyatakan ia tidak suci kerana cara bilasannya.

Saya lumpuh separuh badan ke bawah selepas mengalami kecederaan tulang belakang. Jadi saya terpaksa memakai alat buang air yang disalurkan ke dalam beg dan sentiasa berhadas kecil. Dalam solat, diwajibkan kita ber-

Harus menggunakan mesin basuh yang ada di pasaran sekarang. Sebaik-baiknya, buang najis terlebih dahulu dan kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

ZAKAT

RAYA

Mengikut geografi, Malaysia berada 62 darjah di timur Arab Saudi atau 248 minit atau 4 jam 13 minit (5 jam). Apabila kita solat fardu, selepas lima jam kemudian barulah masuk waktu solat di Mekah. Ini bermaksud, tidak wajar Mekah mendahului Malaysia berpuasa. Persoalannya, apabila Mekah berhari raya, kita masih berpuasa, walhal hari itu ialah 1 Syawal dan Al-Quran me-

HAJI

Melalui pembacaan, saya dapati ada percanggahan pendapat mengenai zakat barang kemas. Apakah benar barang kemas yang dianggap barang hiasan dan dipakai dari semasa ke semasa secara bertukar ganti tidak diwajibkan zakat ke atasnya. Berdasarkan mazhab Syafii, ia adalah betul.

HADAS

sih daripada hadas besar dan kecil. Apa pendapat ustaz mengenai tentang solat saya? Saudara dibolehkan mengerjakan solat dalam keadaan demikian.

nyatakan haram berpuasa ketika raya. Kenapa kita menolak hukum Al-Quran. Semak surah Yasin ayat 39 dan 40, tidak mungkin siang mendahului malam atau sebaliknya. Berdasarkan kedudukan geografi, manamana negara Barat menerima siang mendahului malam. Justeru wajarlah Mekah berhari raya dahulu daripada Malaysia.

1. Apakah haram diadakan majlis persandingan dalam perkahwinan? 2. Bolehkah Ustaz huraikan maksud ‘MAMPU’ dalam rukun Islam yang kelima (haji)? 3. Jika ada satu senario, majlis perkahwinan sudah ditetapkan pada satu tarikh dalam bulan haji. Tibatiba kedua-dua ibu bapa pengantin mendapat peluang menunaikan haji pada tarikh itu. Apakah berdosa jika haji tidak ditunaikan tahun itu atas sebab perkahwinan tersebut? Apakah berdosa juga ibu bapa pengantin itu yang menangguhkan menunaikan haji?. 1. Hukumnya harus jika bukan untuk tuntutan orang ramai dan ia untuk keluarga saja. 2. Mampu yang dimaksudkan ialah di segi kesihatan, kewangan, kos perjalanan tambang. 3. Berdosa menangguhkan pemergian haji kerana hendak menjayakan majlis perkahwinan.

Kemuka teori ekonomi dahului Barat I

BNU Khaldun atau nama sebenarnya Abu Zayd ‘Abd alRahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami (1332M1406M) ialah seorang sejarawan Islam dari Tunisia. Sama seperti kebanyakan tokoh Islam lain, beliau juga menguasai pelbagai cabang ilmu, terutama falsafah, sejarah, sosiologi dan ekonomi dengan menghasilkan karyanya yang terkenal, Muqaddimah (Pendahuluan). Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 27 Mei 1332M daripada keluarga keturunan Arab yang berada. Keluarganya berasal dari Hadramaut yang berpindah ke Seville (Sepanyol) sebelum menetap di Tunisia. Beliau mendapat pendidikan awal bahasa Arab daripada bapanya sendiri dan menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Antara ilmu lain yang dipelajarinya ialah fekah, tafsir, hadis, falsafah, matematik dan logik daripada beberapa sarja Islam terkemuka ketika itu seperti Muhammad Abdul Muhaimin dan Abu Abdullah Muhammad bin Ibrahim al-Abla. Ibnu Khaldun pernah menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tunisia dan Maghribi. Pada 1363, beliau bertugas sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Castile yang Kejam (the Cruel of Castile). Pada Oktober 1382, beliau belayar ke Alexandria, Mesir

dan menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Universiti Al-Azhar dan institusi pengajian lain. Kegigihan Ibnu Khaldun mengkaji ekonomi Islam meletakkan beliau antara tokoh pemikir Islam paling menonjol. Kegigihan Ibnu Khaldun mengkaji ekonomi meletakkan beliau sebagai tokoh intelektual Islam terkemuka dunia. Teori ekonomi dikemukakan beliau jauh mendahului pakar ekonomi Barat seperti Adam Smith dan Ricardo. Muhammad Hilmi Murad dalam karyanya berjudul Abul Iqtishad: Ibnu Khaldun (Bapa Ekonomi: Ibnu Khaldun) pada 1962 membuktikan Ibnu Khaldun sebagai penggagas pertama ilmu ekonomi secara empirikal. Sebelum Ibnu Khaldun, kajiankajian ekonomi dunia Barat hanya bersifat normatif, kadangkala dikaji dari perspektif hukum, moral dan falsafah. Karya-karya ekonomi oleh ilmuan Barat, seperti tokoh Yunani dan Scholastic kurang ilmiah kerana pemikir zaman pertengahan itu memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sebaliknya Ibnu Khaldun mengkaji permasalahan ekonomi masyarakat dan negara secara empirikal. Beliau muncul menjelaskan fenomena ekonomi secara jelas dan nyata. Muhammad Nejatullah Ash-

un Ibnu Khald Shiddiqy dalam karyanya berjudul Pemikiran Ekonomi Islam menulis: “Ibnu Khaldun membahaskan pelbagai ragam permasalaanh ekonomi yang luas, termasuk ajaran mengenai tata nilai, pembahagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan, konsumsi dan produksi, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi daripada pajak dan pengeluaran awam, kitaran perdagangan, pertanian, indusrtri dan

perdagangan, hak milik dan kemakmuran dan sebagainya. Beliau juga mengemukakan pelbagai tahap yang dilalui masyarakat dalam perkembangan ekonomi dengan memahami dasar dalam lekuk penawaran tenaga kerja.” Shiddiqy Boulokia dalam karyanya berjudul Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist (Ibnu Khaldun: Pakar Ekonomi Abad Ke-14) pula menulis: “Ibn Khaldun menemukan sejumlah besar idea dan pemikiran ekonomi fundamental beberapa abad sebelum kelahiran ‘rasminya’ di Eropah. Ia menemukan keutamaan dan keperluan pembahagian kerja sebelum ditemukan Smith dan prinsip nilai kerja sebelum Ricardo. Beliau mengolah teori mengenai kependudukan sebelum Malthus dan menyarankan peranan negara dalam perekonomian sebelum Keynes. Malah, beliau menggunakan konsep-konsep ini untuk membangunkan sistem dinamis mudah difahami yang mana mekanisme ekonomi memacu kegiatan ekonomi kepada perubahan jangka panjang..” Boulokia berpendapat ketokohan Ibnu Khaldun atas sumbangan diberikannya wajar diletakkan sebaris dengan pemikir ekonomi lain. Penasihat ekonomi kepada Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan, Lafter pernah

mengakui menggunakan konsep Ibnu Khaldun ketika menemukan teori Lekuk Laffter. Ibnu Khaldun mengemukakan kaedah pemulihan kemelesetan ekonomi, iaitu mengecilkan pajak dan meningkatkan pengeluaran (eksport) pemerintah. Menurutnya, pemerintah ialah pasar terbesar dan ibu semua pasar dalam hal besarnya pendapatan dan penerimaannya. Jika pasar pemerintah mengalami penurunan, adalah wajar pasar-pasar lain juga akan ikut merudum dalam agregat cukup besar. S Colosia dalam bukunya, Constribution A L’Etude D’Ibnu Khaldaun Revue Do Monde Musulman seperti dipetik Ibrahim Ath-Thahawi berkata, “apabila pendapat-pendapat Ibnu Khaldun mengenai kehidupan sosial menjadikannya sebagai pengasas ilmu falsafah sejarah, maka pemahamannya terhadap peranan kerja, kepemilikan dan upah menjadikannya sebagai pengasas ilmuan ekonomi moden. (1974) Segala ketokohan ditunjukkan Ibnu Khaldun bukan saja melayakkan beliau sebagai tokoh ekonomi Islam. Malah, beliau juga layak dinobatkan sebagai bapa ekonomi dunia berbanding Adam Smith yang didakwa Barat sebagai bapa ekonomi melalui bukunya, The Wealth of Nation.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

AL-QURAN: Bagi tiap-tiap orang ada malaikat penjaganya yang silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah....

AGAMA 37

- Surah Ar-Ra’d 13:11

Anak amanah Allah Oleh Ust Jeffri Bujang

H

AMPIR setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan bayi dan kehilangan anak-anak kecil yang tidak berdosa dan kes-kes lain seumpamanya akibat sikap segelintir anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan ajaran agama. Keadaan hidup anak-anak yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dan dididik oleh ibu bapa akhirnya musnah angkara perbuatan ibu bapa mereka sendiri. Wahai si pembuang bayi, pernahkah anda membayangkan suatu hari nanti selepas anda berkahwin dan sah di segi perhubungan serta mempunyai anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, tetapi anak yang disayangi itu kemudian membuang anda daripada hidupnya dengan menghantar anda ke rumah orang-orang tua atau membiarkan anda di pondok usang. Ketika itu barulah anda terkenangkan perbuatan lampau dan menyesalinya. Namun, tiada erti lagi penyesalan dan pepatah Melayu sendiri menyebut, ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’. Firman Allah dalam surah An-Nisa’, ayat 93 bermaksud: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” Ingatlah kita bahawa zina dan perbuatan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosa dan berat hukumannya di sisi Islam. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka menjadi satu amanah kepada kita untuk menjaganya. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lama dan teringinkan cahaya mata, tetapi belum dikurniakan lagi. Namun, bagi pasangan-pa-

sangan yang terlanjur itu, begitu mudah mereka membuang, menjual atau menggugurkan bayi mereka. Islam sudah memberikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ibu kepada anak-anaknya. Firman Allah dalam surah Al-Nahl, ayat 172 bermaksud: “Allah menjadikan jodoh (isteri) daripada dirimu dan menjadikan anak-anak dan cucu daripada isteri serta membawa rezeki yang baik-baik. Apakah mereka percaya kepada yang batil dan ingkar akan nikmat Allah?” Ayat ini menunjukkan bahawa anak-anak adalah kurniaan Allah yang perlu dijaga dan dikasihi serta janganlah sesekali kita melanggar perintah-Nya dengan melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan. Amat menyedihkan apabila mengetahui majoriti pelaku yang terbabit dalam perbuatan terkutuk tersebut adalah masyarakat Melayu beragama Islam. Inilah natijahnya jika tiada pegangan agama apabila menghalalkan perbuatan zina yang jelas diharamkan.

Jaga kehormatan diri Ada beberapa punca yang menyebabkan perbuatan terkutuk itu menular dalam kalangan masyarakat kita. Pertama, pergaulan bebas dan keterlanjuran pergaulan hingga melahirkan anak luar nikah, di mana perkara itu sangat bertentangan dengan etika pergaulan cara Islam. Islam mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat demi menjaga kehormatan diri dan kebersihan hati agar tidak membangkitkan nafsu syahwat serta menimbulkan fitnah. Pakaian yang dipakai pula janganlah ketat hingga menampakkan bentuk badan atau nipis seperti berbogel di tengah khalayak ramai. Kedua, pendedahan kanakkanak, remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan bersifat lucah yang boleh menimbulkan

sindrom ketagihan dan merosakkan peribadi si pelaku. Begitu mudah dan pantas sekali bahan pornografi atau laman lucah berada di hadapan mata untuk menggugat iman seseorang. Dosa bagaikan di hujung jari. Sehubungan itu, janganlah menyalahgunakan kemudahan Internet dengan melakukan perkara yang boleh merosakkan iman. Islam tidak pernah menghalalkan cara kerana hanya cara Islam yang boleh membawa seseorang itu kepada kebenaran dan kembali kepada Allah. Sibuk mengenai hal dunia dan lupa kepada ajaran Islam adalah faktor yang menyebabkan apa yang berlaku sekarang semakin serius.

Isra’, ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” Ajaran Islam sebagai pedoman hidup sudahpun mengatur tata cara pergaulan remaja yang berlandaskan nilai-nilai agama. Lelaki tidak boleh berduaduaan dengan perempuan yang bukan mahram kerana yang ketiga adalah syaitan yang akan menyesatkan mereka dengan pujuk rayu. Islam tidak melarang pergaulan lelaki dan perempuan kerana yang dilarang itu adalah pergaulan melampau dan melanggar batasan syariat Islam. Justeru, disarankan membawa rakan atau teman jika ingin ber-

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” - Surah An-Nisa’, ayat 93 Ia juga ada kaitan dengan budaya couple atau berpasangpasangan di sekolah atau institut pengajian tinggi (IPT) yang dijana oleh pemikiran Barat yang mahu meruntuhkan kesucian kekeluargaan Islam, di mana kesinambungannya diteruskan dengan ‘hari memperingati kekasih’ atau Valentine’s Day. Allah berfirman dalam Surat Al-

bincang dengan teman berlainan jenis dan ia mestilah mengenai perkara bermanfaat saja. Sikap masyarakat yang tidak prihatin dan hanya perpeluk tubuh turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. ‘Sudah terhantuk baru hendak terngadah’ adalah gambaran tepat mengenai masyarakat kita yang selalu terleka dengan apa yang berlaku

di sekeliling mereka. Ibnu Abbas bertanya kepada Rasulullah bermaksud: “Apakah binasa sesebuah kampung itu walaupun di dalamnya terdapat orang-orang soleh? Rasulullah SAW mengatakan bahawa disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya.” Hadis di atas jelas mengatakan kita sepatutnya mengambil sikap ‘jaga tepi kain orang’ dan bukan hanya pandai menunding jari terhadap golongan tertentu sebagai penyebab masalah ini. Ini penting supaya segala usaha mencegah pembuangan bayi dan punca masalah itu dapat menghalang daripada berlakunya bala bencana yang diturunkan Allah kerana apabila sesebuah masyarakat gagal melaksanakannya, maka seluruh umat Islam akan ditimpa bala bencana. Justeru, sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada golongan tersebut dan rasa tanggungjawab inilah yang patut disemai semula bagi menjaga nama baik Islam kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.


38

HAWA

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Tidaklah telaga mendapatkan timba - Pepatah

Andartu lebih berdikari Oleh Siti Nurmah Wasilan

S

UATU masa lalu, masyarakat kerap memandang serong status ‘andartu’ atau anak dara tua yang dilabelkan terhadap wanita berumur dan masih belum mendirikan rumah tangga. Namun, pandangan itu kini ia tidak lagi menjadi masalah besar kerana wanita sekarang lebih bersikap terbuka dan tidak lagi hanya bergantung kepada lelaki. Persepsi negatif masyarakat yang menganggap andartu sebagai wanita tidak laku meleset sama sekali kerana kebanyakan golongan itu memiliki kerjaya dan memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi, termasuk mempunyai personaliti menarik. Pegawai pemasaran KFC Holdings (MALAYSIA) BHD, Misliyah Abdullah, 38, berpendapat dia harus memantapkan kestabilan ekonomi dan mencapai matlamat hidupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Malah, dia menganggap masyarakat yang memandang serong terhadap andartu sebagai golongan ortodok. “Saya tidak kisah apa yang masyarakat fikir mengenai status saya. Apa yang penting, saya perlu mencapai matlamat hidup untuk memantapkan kestabilan ekonomi saya. Saya tidak pentingkan wang ringgit untuk diri sendiri saja, tetapi juga keselesaan ibu bapa serta adik-beradik. “Memandangkan saya anak

S RE

IPI SYAWA L

Tat Nanas

kedua daripada 5 beradik, manakala kakak sulung pula sudah berkahwin, saya yang masih belum berumah tangga ada tanggungjawab untuk menyara mereka kerana ayah uzur. “Saya juga sangat komited terhadap pekerjaan. Tetapi, tidak pula mengabaikan kehidupan sosial bersama rakan-rakan jika ada masa lapang. Setiap hujung minggu, saya akan pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Menurutnya, persoalan bahawa dia terlalu mementingkan karier tidak timbul sama sekali kerana dia mengetahui bagaimana mahu mengatur kehidupannya dengan menyeimbangkan waktu kerja dan hal-hal lain. Ketika menjawab anggapan orang ramai yang mendakwa golongan andartu bersikap dingin dan mudah melenting serta sukar untuk didekati, Misliyah menegaskan sikap negatif tersebut turut dimiliki sesiapa sahaja. “Malah, wanita berusia yang kahwin lewat lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan orang lain,” katanya. Sementara itu, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Methodist, Norazah Yunus, 40, menyatakan dia bukan seorang yang terlalu memilih, tetapi, dia sekadar berhati-hati untuk melihat kesesuaian seseorang lelaki yang bakal menjadi pasangannya. “Saya tidak meletakkan kriteria tertentu,tetapi saya perlu berhati-hati supaya tidak tersilap langkah memilih pasangan. Ada

BAHAN-BAHAN : (untuk 50 potong kuih mengikut acuan) 250 gm mentega 1 sudu besar gula halus 1 sudu besar susu tepung 1 sudu besar tepung jagung

MISLIYAH juga lelaki yang sudah berkahwin mengaku masih bujang,” katanya yang menganggap berkahwin dalam usia lewat sebagai ketentuan dan ujian Allah. Norazah ketika ditanya mengenai kenaikan harga mas kahwin di Selangor menyatakan isu itu bukan masalah besar kerana ia mampu ditunaikan. “Saya tidak menganggap kenaikan mas kahwin di Selangor meningkatkan jumlah wanita berkahwin dalam usia lewat. Ber-

“Ada juga lelaki takut untuk menikahi wanita yang memiliki kerjaya lebih tinggi dengan menganggap mereka tidak layak untuk wanita itu. Persepsi negatif ini yang sebenarnya meningkatkan jumlah wanita berkahwin pada usia lewat.

dasarkan pengalaman temanteman yang sudah mendirikan rumah tangga, suami mereka memberi mas kahwin lebih daripada nilai yang sepatutnya,” katanya. Menurutnya, perbezaan status dan pangkat antara lelaki dan wanita harus dijadikan cabaran supaya kedua-dua pasangan lebih berusaha untuk meningkatkan taraf kedudukan dan ekonomi masing-masing. “Ada juga lelaki takut untuk

menikahi wanita yang memiliki kerjaya lebih tinggi dengan menganggap mereka tidak layak untuk wanita itu. Persepsi negatif ini yang sebenarnya meningkatkan jumlah wanita berkahwin pada usia lewat. “Saya setuju jika mas kahwin dinaikkan seluruh negara seperti di Selangor. Ini kerana jumlah tersebut tidak membebankan selain dapat menunjukkan kasih sayang lelaki terhadap bakal isterinya,” katanya

Dalil Al-Quran dan Al-Hadis mengenai perkahwinan. 1) “Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” - Surah An-Nur, ayat 24:32. 2) “... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuanperempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil antara (isteri-isteri kamu), maka (berkah-

winlah dengan) seorang sahaja...” - Surah An-Nisa’, ayat 4:3. 3) Rasulullah bersabda, “Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.” - Riwayat Al-Bukhari. 4) Rasulullah bersabda, “Wahai pemuda-pemuda, sesiapa saja antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

CARA MEMBUATNYA : 1 biji telur Secubit garam Tepung gandum - ikut lembut adunan. 2 biji kuning telur - untuk disapu atas tat

Jem Nanas 1 biji nanas 1 cawan gula pasir 2 helai daun pandan disimpul - Masak semua bahan atas api sederhana hingga kering dan likat.

• • • •

Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang. Masukkan susu tepung, garam dan tepung jagung. Pukul semua bahan hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh (adunan mesti lembut jika ingin membuat tat gulung) Adunan tepung diterap atau dicanai mengikut cita rasa.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Seper ti ayam berak kapur - Perumpamaan

Transisi

SIHAT

39

Darah tinggi pembunuh senyap Oleh Gan Yong Li

SELAIN serangan jantung, tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana penyakit itu banyak menyerang pengidapnya tanpa menunjukkan sebarang gejala atau petanda awal. Darah tinggi mampu membawa kepada masalah lebih serius yang kadangkala mampu mengancam nyawa seseorang jika tidak dirawat atau dicegah segera. Mungkin anda pernah mendengar mengenai darah tinggi, tetapi tidak mengetahui apakah sebenarnya penyakit tersebut dan apakah anda salah seorang pengidapnya? Tekanan darah tinggi mempunyai sifat sama dengan kencing

manis, iaitu kedua-dua penyakit itu berkembang menjadi lebih teruk jika pesakit tidak mendapatkan rawatan. Apabila anda diberitahu mengidap darah tinggi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak dengan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Justeru, darah akan memberi lebih tekanan ke dinding saluran darah untuk bergerak ke tisu badan dan lama kelamaan mendapan lemak akan tersangkut serta terkumpul pada dinding dengan menyebabkan arteri mengeras. Proses itu dikenali sebagai aterosklerosis. Apabila jantung terpaksa be-

kerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri sempit dan keras, tekanan darah akan naik tinggi, bersamaan 140 milimeter (mm) merkuri (Hg) untuk tekanan sistolik dan 90 mmHg untuk tekanan diastolik. Kadangkala darah beku terjadi di celah saluran arteri sempit dengan menyebabkan berlaku serangan jantung atau angin ahmar. Darah tinggi mampu menyerang sesiapa saja. Jika disahkan mengidap penyakit itu, anda diminta kerap berjumpa doktor bagi mengawal tekanan darah supaya komplikasi lebih buruk dapat dielakkan.

Langkah perlu diambil

Info

1. Berhenti merokok. 2. Bersenam. 3. Kurangkan pengambilan alkohol. 4. Kurangkan tekanan. 5. Kurangkan berat badan. 6. Makan makanan rendah lemak dan seimbang. 7. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu: Sistolik - apabila jantung berdenyut, darah

mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik. Diastolik - apabila jantung berehat seke-

tika dan diisi dengan darah untuk denyutan berikutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.

Panduan Asas Tekanan Darah Kategori Sistolik (mmHg) Optimum kurang 120 Normal kurang 130 Normal (tinggi) 130-139

Diastolik (mmHg) kurang 80 kurang 85 85-89

Faktor risiko

1. Keturunan Jika ada ahli keluarga mengidap darah tinggi, kemungkinan besar anda berisiko mendapat darah tinggi. 2. Pemakanan Tahap kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan akan meningkatkan tekanan darah. Selain itu, pengambilan garam berlebihan dan makanan tinggi lemak atau berminyak juga meningkatkan risiko penyakit itu. 3. Obesiti Apabila berat badan berlebihan, jantung terpaksa mengepam lebih kuat lagi dan tekanan darah dalam badan juga meningkat.

Kesan darah tinggi

1. Serangan jantung Kegagalan jantung boleh berlaku apabila organ itu terpaksa mengepam kuat dalam jangka masa lama. Ini mengurangkan keanjalan jantung kerana ia menyebabakan jantung mengembang. 2. Buta Buta atau kurang penglihatan berlaku apabila salur darah dalam mata pecah (retina) atau tersumbat. 3. Kegagalan buah pinggang

Ia terjadi apabila salur darah yang halus dalam buah pinggang mengecut dan tidak lagi boleh membersihkan sisa-sisa badan. Apabila terlalu banyak sisa toksik dalam badan, badan kita akan perlahan-lahan diracuni.

4. Tekanan perasaan Seseorang yang sedang menghadapi sesuatu tekanan akan menyebabkan jantung meningkatkan denyutan, sekali gus meninggikan risiko mendapat darah tinggi.

5. Senaman Individu yang kurang aktif bersenam juga berisiko tinggi mengidap darah tinggi

4. Angin ahmar Strok terjadi apabila salur darah dalam otak tersumbat. Apabila situasi ini berlaku, darah tidak dapat mengalir dan bekalan oksigen tidak dapat dibawa ke otak. Angin ahmar juga berlaku akibat tekanan darah terlalu tinggi hingga menyebabkan salur darah dalam otak pecah


40

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Bidalan

HIBURAN

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Terapi pelik Hollywood Oleh Azuraina Abdullah

VICTORIA BECKHAM

SENTIASA menjadi buruan media setiap masa membuatkan selebriti-selebriti Hollywood berusaha keras untuk tampil sempurna di hadapan peminat dengan melakukan pelba-

gai cara bagi mencantikkan penampilan dan mencegah penuaan. Ada sesetengahnya sanggup melakukan rawatan aneh demi mendapatkan apa yang diidamkan.

MADONNA dan EVA LONGORIA

Mempercayai rahsia kecantikan pada kotoran burung. Rawatan kecantikan berasal dari Jepun ini dinamakan ‘Geisha Facials’ iaitu masker yang diperbuat daripada kotoron burung bulbul. Sekotak kotoran burung bulbul itu berharga AS$200 (RM975). Victoria mencuba rawatan berkenaan ketika mengunjungi Jepun dan terus menyukainya. Dia kemudian membeli dan melakukan sendiri rawatan tersebut di rumahnya.

Dua selebriti ini menggunakan masker plasenta atau uri bayi untuk mengekalkan keremajaan kulit. EMK Placental adalah bahan kosmetik yang dihasilkan daripada plasenta manusia yang biasanya diubah kepada bentuk krim. Ia juga mempunyai bahan antioksidan, protein dan asid amino yang berguna untuk membantu memperbaiki lapisan kulit.

VANESSA WILLIAM Antara selebriti yang cukup berani melakukan sesuatu yang drastik demi kecantikan. Vanessa mengaku pernah menggunakan air kencing untuk menjaga wajahnya supaya tidak berkedut dan bebas jerawat. Katanya, rawatan air kencing itu dibuat ketika membuang air kecil pertama kali pada awal pagi. Menurutnya, khasiat air kencing mampu menghilangkan jerawat dan mencegah kedutan.

GWYNETH PALTROW Aktres ini gemar berbekam. Dia pernah datang ke majlis ‘Premier Film’ pada 2004 dengan punggung dipenuhi bulatan merah kesan daripada berbekam. Teknik ini pernah dipraktikkan masyarakat Asia kuno. Berbekam mampu melancarkan peredaran darah dan ia dilakukan dengan memanaskan gelas kaca lalu diletakkan atas kulit.

DEMI MOORE Memilih menggunakan lintah untuk menjaga kecantikannya. Isteri kepada aktor kacak, Ashton Kutcher ini pernah terbang ke Australia hanya untuk mendapatkan rawatan tersebut. Ketika menjalani terapi, dia hanya berbaring dalam tab mandi yang dipenuhi pelarut turpentin dan membiarkan lintah menyedut darahnya di bahagian tertentu. Terapi lintah mampu membersihkan darah dalam tubuh.

REESE WITHERSPOON dan JENNIFER ANISTON Mengamalkan diet makanan bayi, di mana fakta menyatakan ia lebih cepat dihadam berbanding diet makanan biasa. Dua aktres ini mengaku hanya makan bubur epal, pisang dan lain-lain yang biasa menjadi diet bayi. Selain bebas zat pewarna, makanan bayi juga lebih menyihatkan berbanding makanan biasa dan mempercepatkan penurunan berat badan.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak - Perumpamaan

HIBURAN

41

Azlan & The Typewriter ( dari kiri: Syed Al-Bakri, Ibrahim, Lan dan Daud ).

l i g e d ATT k berjaya u t n u Oleh Azuraina Abdullah

S

UARA lantang vokalisnya yang unik dan persembahan muzik mantap menyebabkan Azlan & The Typewriter (ATT) semakin dikenali ramai walaupun baru hampir setahun berada dalam arena muzik tempatan. ATT kini nekad meneruskan komitmen mereka untuk terus setia di persada seni tanah air dengan membawa genre alternatif yang pernah mengecap zaman gemilang sekitar 90-an. “Apa yang kami bawa ialah genre muzik fresh, dikenali sebagai alternatif. Kami bawa balik unsur alternatif untuk naikkan zaman muzik genre itu pada 90-an. Sebab sudah banyak sangat genre indie. Jadi, kami mahu bawa muzik lain pula,” kata Lan, selaku vokalis ATT.

Klip video, Gerak Hati menarik perhatian umum apabila ATT yang mendapat sokongan Celcom menerusi U.O.X Prepaid dan Satu Entertainment mengadakan pertandingan menghasilkan klip video tersebut pada awal tahun ini. “Mungkin selepas keluarkan lima lagu, kami akan berbincang untuk mengadakan pelancaran album dan sebagainya,” kata Lan lagi. Menurutnya, ATT dijangka mengeluarkan album pada tahun ini. Lirik-lirik lagu nukilan Lan bersama rakannya, Tassiq pernah mencetuskan fenomena kepada peminat muzik tempatan ketika kedua-duanya menganggotai kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) suatu ketika dulu. Lan menyatakan lirik lagu

yang memberi makna mendalam dengan diterapkan elemen muzik segar adalah ciri utama yang akan ditonjolkan ATT. “Sebenarnya ilham ini datang sendiri. Ia datang bila-bila dan dalam bentuk yang bermacam-macam. Contohnya, seperti siang dan malam. Bentuknya berbeza-beza, ada dan tiada,” katanya.

Resepi

Antara aktiviti terbaru ATT selepas Ramadan ialah memenuhi undangan persembahan di Rumah Terbuka Aidilfitri New Straits Times (NST) dan Jom Heboh TV3 di Kuching, Sarawak. “Selalunya bulan puasa saja kami berpeluang berehat daripada sebarang aktiviti muzik. Waktu puasa

AZLAN & THE TYPEWRITER EP Peta Minda Lagu-lagu - Kelibat Sang Penyair - Gerak Hati - Adijiwa Ahli ATT Norazlan Roslee@Lan (28) - Vokalis Tengku Daud Syah Tengku Adnan@Daud (33) - Gitar Ku Azfainizam Ku Majid@Ibrahim (34) - Bass Mustafal Bakri Ismail@Syed Al-Bakri (32) - Dram semua ahli buat hal masingmasing dan lakukan aktiviti sendiri,” kata Lan. Selepas muncul dengan EP pertama, Peta Minda yang menampilkan lagu hit, Kelibat Sang Penyair, lagu Gerak Hati mula menambat hati pendengar dan dicalonkan dalam rancangan MuzikMuzik di TV3. Gitaris utama ATT, Daud berharap muzik ATT dapat diketengahkan lagi melalui rancangan tersebut. “Saya harap lagu Gerak hati dapat bertahan hingga separuh akhir Muzik-Muzik. Apabila lagu itu berada di tahap itu, kami tahu lagu-lagu ATT sudah dikenali peminat muzik tanah air dan muzik kami mendapat sokongan mereka. “Kepada peminat, yang mana masih belajar, terus-

kan belajar. Kalau tidak belajar, susahlah nanti mahu kerja dan teruskanlah menyokong ATT,” katanya. ATT menganggap jemputan menjayakan program di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai acara yang wajib dipenuhi sambil mengakui golongan mahasiswa IPT banyak menyokong kehadiran mereka dalam industri muzik. Bagi ATT, pemilihan muzik yang sangat bersesuaian dengan cita rasa anak muda selain tidak berlebih-lebihan adalah resepi utama yang meletakkan mereka sebagai antara ikon muzik hari ini. “Dalam hidup ini, kalau mahu buat bidang apa sekalipun, kita kena pegang satu perkara, tidak boleh putus asa. Kita kena degil sikit baru boleh teruskan hidup!” kata Lan.


Adat periuk ber kerak, adat lesung berdedak - Bidalan

Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

Misi cipta juara dunia dan tugas bersama BAM.

P

ADA 20 Ogos lalu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh mengumumkan pelantikan Datuk James Selvaraj sebagai Pengarah Prestasi Tinggi untuk menyusun semula program latihan dan kejurulatihan yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat, Ng Chin Chai. Ikuti temu bual penulis Transisi, Muhammad Amsyari Ismail bersama legenda badminton negara itu mengenai perancangan beliau untuk meningkatkan prestasi pemain tempatan di pentas antarabangsa. Tahniah atas pelantikan sebagai Pengarah Prestasi Tinggi badminton. Bagaimana reaksi awal Datuk apabila ditawarkan memegang jawatan itu? Saya ambil sedikit waktu memikirkan untuk menerima jawatan itu. Tetapi saya akan berusaha lakukan yang terbaik dengan membahagikan masa antara tugas sedia ada selaku Pengurus Kanan Bata Marketing Sdn Bhd

Mengapa jawatan Pengarah Prestasi Tinggi perlu diwujudkan? Jawatan ini cukup jelas kepentingannya, terutama selepas skuad badminton negara gagal membawa pulang Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992. Pengarah Prestasi Tinggi akan bersama BAM menyediakan program latihan jangka pendek dan panjang bagi memastikan badmiton Malaysia terus melahirkan bakat baru yang sedia menggantikan pemain senior pada bila-bila masa. Tanggungjawab ini berat kerana kita perlu terus berusaha memastikan pemain kita mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia. Kita tidak boleh sekadar berbangga dengan ranking tertinggi, sedangkan kita masih gagal bergelar juara dunia dan kempunan meraih emas di Sukan Olimpik. Kejayaan seseorang pemain bukan saja dinilai berdasarkan ranking, tetapi bagaimana pemain itu mampu bersaing dalam kelompok kompetitif dengan kehadiran ramai pemain kelas dunia. Kita sudah memiliki pemain ranking nombor satu dunia seperti Lee Chong Wei dan gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Tetapi kita masih lagi kempunan melahirkan

juara dunia. Apa yang perlu dilakukan? Memang. Chong Wei, Kien KeatBoong Heong berada di puncak dunia. Tetapi seseorang pemain itu hanya akan dikenali dan diingati apabila menjuarai kejohanan besar dan berprestij seperti Kejohanan Dunia dan meraih emas Olimpik. Saya rasa kita berada pada landasan tepat ke arah itu. Kita mempunyai kelompok pemain yang bagus dan apa yang diperlukan adalah mengubah mereka menjadi seorang juara. Mereka ini perlukah disiapkan di segi psikologi dan diberikan penekanan selaku juara dunia sepanjang tahun. Malah, dalam sistem kiraan 21 mata ini, pemain perlu cepat membuat keputusan dalam apa jua situasi kerana amat sukar untuk mengejar lawan jika sudah ketinggalan tiga mata. Apakah fokus utama Datuk? Saya mahu badminton negara melahirkan juara dunia. Saya mahu Malaysia menakluk dunia, bukan dengan seorang pemain tetapi semua pemain, individu mahupun berpasukan. Berapa lama tempoh yang Datuk perlukan untuk mengkaji program latihan yang ada sekarang? Saya tidak akan membuat sebarang keputusan secara drastik tetapi perlu mengambil masa lebih kurang dua atau

tiga bulan bagi mengkaji segala program latihan yang ada sekarang. Dalam masa terdekat ini, kita akan menghadapi Sukan Komanwel di New Delhi pada 3 hingga 14 Oktober dan Sukan Asia di Guangzhou, China dari 12 hingga 27 November ini. Program latihan untuk keduadua kejohanan ini sudah disediakan tahun lalu. Jadi, biarlah jurulatih bekerja dengan apa yang sudah mereka lakukan dan saya hanya membantu. Saya tidak akan memperkenalkan apa-apa perubahan baru, tetapi akan bekerja bersama jurulatih dengan meneruskan apa yang sudah dilakukan. Saya akan meneliti semula program latihan dan melihat jika ada apaapa yang boleh diperbaiki. Dalam tempoh tersebut juga, saya akan mendekatkan diri untuk mengenal jurulatih dan pemain. Saya tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan besar-besaran bermula awal tahun depan kerana tidak mahu menjejaskan persiapan skuad badminton yang akan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Apa perancangan Datuk terhadap skuad elit badminton negara? Bagi skuad elit, kita akan fokus

Lee Chong Wei terhadap sasaran Kejohanan Dunia, Piala Thomas dan Uber serta Sukan Olimpik 2012. Kita juga memerlukan Pelan B kerana jika usaha meraih emas Olimpik 2012 gagal, kita perlu menyediakan perancangan bagi edisi seterusnya pada 2016. Ketika itu, mungkin kita perlu melupakan kelibat Chong Wei kerana pada 2012 usianya mencecah 30 tahun. Dia mungkin tidak lagi dianggap prospek emas ketika itu. Di sini, progam jangka panjang akan diperkenalkan dengan sasaran kelompok pemain berusia 18 hingga 22 tahun. Kerjasama di peringkat akar umbi, sekolah sukan dan negeri juga diperlukan kerana pendedahan awal amat penting. Apa salahnya, jika kita melahirkan seorang juara pada usia lebih muda. Apakah yang Datuk harapkan apabila memegang jawatan ini? Saya mengharapkan kerjasama semua pihak ini kerana kerjasama amat penting demi membangunkan sukan kebanggaan negara ini. Saya bukan mahu mengganggu tugas sesiapa, tetapi membantu menyediakan program tersusun badminton negara.

Awang import warnai semula Liga M Tepi Padang

Muhammad Amsyari Ismail

M

UNGKINKAH pemain import akan dibenarkan semula beraksi dalam Liga Malaysia musim depan? Teka-teki mengenai perkara itu bakal terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat pada Oktober ini dengan salah satu agendanya ialah membincangkan kemungkinan membenarkan khidmat pemain import dalam kancah Liga Malaysia. Saya percaya kebanyakan persatuan, kelab dan peminat setia bola sepak tempatan amat mengalualukan kehadiran awang import ke dalam saingan Liga Malaysia 2011 dengan harapan ia dapat menye-

marakkan kembali kerancakan dunia bola sepak tanah air kita. Terdahulu, pada Ogos 2008, FAM mengambil tindakan drastik apabila tidak membenarkan khidmat pemain import dalam saingan liga musim 2009 atas alasannya kononnya memberi peluang kepada pemain tempatan membuktikan keupayaan mereka. Jika benarlah FAM membenarkan semula penggunaan khidmat pemain import musim depan, saya mencadangkan agar badan induk bola sepak negara itu meletakkan syarat agar setiap persatuan bola sepak negeri (FA) atau kelab (FC) menggunakan tiga pemain import, tetapi di setiap posisi berbeza dan bukan menggunakan dua pemain import dalam posisi sama. Sebagai liga profesional, kehadiran pemain import dapat mewu-

judkan semangat bersaing dalam kalangan pemain tempatan. Misalnya di posisi serangan, kita boleh saja gandingkan pemain tempatan dengan pemain import, termasuk di posisi tengah dan pertahanan. Dengan ini, barulah persaingan sihat dapat diwujudkan.

Impian

Kita tidak mahu pemain tempatan gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama, seterusnya gagal bersaing dengan pemain import. Mereka seharusnya memasang impian untuk muncul sebagai penjaring terbanyak dan terbaik liga serta bukan sekadar mengharapkan pemain import mengaut semua gelaran itu. Jawatankuasa Liga Malaysia perlu mencari kewajaran dan formula terbaik bagi membawa masuk pe-

main luar untuk bermain dalam liga tempatan. Selain itu, jika pemain import digunakan, FAM perlu memberi penekanan terhadap tangga gaji mereka agar tidak berlaku kes sesebuah FA atau FC gagal membayar gaji mereka hingga ia tertunggak dan memberi beban terhadap tabung persatuan. Saya yakin keputusan membuka semula pintu kepada pemain import akan menarik kembali kehadiran lebih ramai penonton ke stadium yang ketika ini seperti acuh tak acuh mahu ke stadium. Namun, harus diingat, objektif menarik semula pemain import adalah untuk memberi saingan dan meningkatkan skil pemain kita serta bukan menyebabkan pemain kita ternganga dan berputih mata. Jika pengambilan pemain import

dibenarkan, pastikan pemilihan tepat dibuat agar mereka yang terpilih benar-benar berkualiti dan bukan sekadar ‘tangkap muat’ kerana kelak bola sepak kita juga yang rugi. Satu lagi, tidak usahlah merantau sejauh benua Afrika atau Eropah untuk mencari pemain import. Sebaliknya, intai-intailah negara jiran terdekat seperti Thailand, Indonesia dan Singapura yang juga mempunyai ramai pemain berkualiti dengan kos yang tidak begitu membebankan. Apapun, keputusan tetap di tangan FAM. Saya dan ramai lagi peminat sukan nombor satu negara ini berharap apa jua keputusan yang dibuat seharusnya mengutamakan martabat, pembangunan liga dan mutu bola sepak kita.


24 SEPT - 07 OKT 2010

Transisi

Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air - Pepatah

SUKAN

43

Carroll mahu sehebat Shearer N

AMA Andy Carroll semakin meletup sejak meledakkan hatrik ketika membantu Newcastle United membelasah Aston Villa 6-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 22 Ogos lalu. Hatrik itu mencatatkan kemenangan besar buat skuad The Toon di kubu sendiri dalam tempoh 11 tahun. Walaupun namanya tidak begitu gah jika dibandingkan dengan Wayne Rooney ataupun Fernando Torres, pemain bertubuh sasa dan tinggi lampai ini perlahanlahan membina reputasinya dan mula digeruni pertahanan lawan. Dia dikatakan berada pada landasan tepat untuk mengisi ruang yang ditinggalkan bekas legenda kelab tersebut, Jackie Milburn, Malcolm Macdonald dan Alan Shearer dengan jersi keramat nombor 9. Carroll menyatakan dia tidak menghadapi sebarang tekanan untuk mengikut jejak legenda kelab tersebut, terutama Shearer dengan mengganggap harapan ramai itu sebagai penghormatan kepada dirinya. “Ia perasaan yang menarik, kerana hatrik itu dicipta di hadapan penyokong The Magpies. Saya seperti berada di puncak dunia. “Saya ingin menikmati karier saya dan gembira kerana bertuah memiliki jersi nombor 9. Saya berharap mampu melakukan yang terbaik untuk kelab ini,” katanya. Ketajaman Carroll di hadapan gawang turut menarik pemerhati bola sepak Inggeris yang cuba membandingkannya dengan se-

orang lagi bekas legenda, iaitu Duncan Ferguson. Kevin Gallacher yang pernah beraksi bersama Ferguson dalam skuad kebangsaan Scotland mengakui terdapat persamaan antara kedua-dua pemain tersebut. “Carroll ada prospek yang baik. Dia pemain yang menarik. Anda cuma berharap dia menyedari kelebihan dimilikinya. Dia amat istimewa dan membantu pasukan. Dia mengingatkan saya kepada Duncan Ferguson. “Tiada siapa dapat mengawal Ferguson dalam perebutan bola tinggi. Begitu juga dengan Carroll, tetapi dia memiliki tenaga luar biasa dan mampu berlari ke setiap sudut padang. “Jika dia mampu menyimpan tenaganya lebih separuh masa

permainan, masa depannya cerah kerana semua tahu dia mampu menjaringkan gol. Skuad kebangsaan England memang mencari pemain sepertinya. Jika dia dapat mengekalkan prestasi, dia wajar dipilih,” katanya. Dilahirkan di England, tetapi neneknya berasal dari Scotland, memberi peluang kepada Carroll untuk memilih sama ada mewakili The Three Lions atau negara asal neneknya kerana kelibatnya kini menjadi perhatian Fabio Capello dan Craig Levein. Dia sebelum ini pernah mewakili skuad Bawah 19 tahun, B20, dan B21 England, tetapi ia tidak menghalang hajat Levein untuk memujuk pemain itu menyertai skuad Scotland. “Memang seronok nama saya dikaitkan dengan negara nenek saya. Tetapi, ketika ini saya amat selesa dengan skuad bawah 21 tahun England. Saya tidak perlu tergesa-gesa. Biarlah waktu menentukannya,” katanya. Sementara itu, pengurus Newcastle, Chris Hughton mengakui anak buahnya itu adalah aset utama Newcastle. Namun, dia percaya masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan dilakukan oleh pemain muda itu untuk menjadi sehebat Shearer. “Carroll bijak membaca rentak lawan. Ketinggiannya hanya rendah sedikit berbanding penyerang Tottenham Hotspur, Peter Crouch. Itu memberi kelebihan kepadanya. “Corak permainannya adalah gaya penyerang klasik era 60-an dan 70-an. Saya rasa, England akan rugi besar jika Capello lambat memujuknya untuk bersama

ANDREW THOMAS CARROLL Asal Gateshead, England Tarikh lahir 6 Januari 1989 Umur 21 Tinggi 196 sm Posisi Penyerang Kelab Newcastle United Three Lions kerana Scotland turut meminatinya,” katanya. Carroll Memulakan tugasan antarabangsa pada 11 September 2007 dengan menyertai skuad B19 menentang Belarus yang menyaksikan dia menjaringkan satu gol untuk membantu kemenangan 4-0. Pada 12 Mac tahun lalu, dia dipanggil menyertai skuad B20 menentang Itali, manakala em-

pat bulan kemudian dia menyertai B21 menghadapi tentangan Belanda. Pada penampilan kedua bersama B21, Carroll meledak dua gol ketika England membelasah Macedonia 6-3. Kini, hanya masa dapat menentukan sama ada Carroll berupaya mengembangkan potensinya dan mengisi jejak legenda skuad The Toon.


Transisi 24 SEPT - 07 OKT 2010

KAMPUS

SUKAN

Sketsa

XPRESI

www.transisi.com.my

43

13/15

17/19

Carroll mahu sehebat Shearer

Qaliff Umar

jangan larisaya polis!!!

muka penyamun!! hiee-ngeri!

www.transisi.com.my

qalif umar

ya!

BORANG LANGGANAN

TRANS

BUTIRAN PERIBADI

ar

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Amaun :

ISI

Nama

POS KEPADA

BUTIR BAYARAN

saya melangganingin akhb

Wang Pos

Cek

Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’)

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi@transisi.com.my

Pembayaran melalui akaun Bank Islam (Acc No: 02093010000010) No :

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

(Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

Tel (Pejabat):

PROFIL

BUTIR LANGGANAN Status langganan:

Baru

Persendirian

TRANSISI

:

Pembaharuan

26 keluaran - RM52.00

Korporat

UMUR

:

21-25

26-30

31-35

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengarah

Pelajar

13 keluaran - RM26.00 BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832

Faks: (603) 26949 228

Emel : khairi@transisi.com.my

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

36 DAN KEATAS Lain-Lain

Pengurus Besar

% 0 2

UN

KA DIS


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.