OUR DAILY BREAD MINISTRIES MALAYSIA
SOROTAN PELAYANAN
2021
Our Daily Bread Ministries menolong berjuta-juta orang berhubung dengan Tuhan setiap hari. Selama lebih dari 75 tahun, Tujuan kami tetap sama: untuk menjangkau orang-orang dengan kebijaksanaan Alkitab yang mengubah hidup. MISI KAMI adalah menjadikan hikmat Alkitab yang mengubah kehidupan boleh difahami dan mudah didapat oleh semua orang. VISI KAMI adalah melihat orang daripada semua bangsa mengalami hubungan peribadi dengan Kristus, semakin menyerupai-Nya dan melayani jemaah tempatan yang merupakan anggota keluarga-Nya. PA G E 2
KANDUNGAN Bahasa Inggeris
Sorotan 2021
Bahasa Cina
Sorotan 2021
Bahasa Malaysia
Sorotan 2021
06 -08
09 -11
12-15
Our Daily Bread Ministries ada di sini untuk menolong anda mengeratkan hubungan anda dengan Tuhan melalui sumber yang membincangkan masalah harian kehidupan.
4
Shalom Biskop/Reverend/Pastor/Penatua Saya sangat gembira kerana dapat berkongsi beberapa berita daripada Pelayanan Our Daily Bread sepanjang tahun 2021 ini. Covid-19 dan ketidakstabilan politik yang telah melanda negara kita juga telah memberi kesan kepada operasi, kewangan dan sumber manusia ODBM.
Kami menyediakan maklumat yang lebih terperinci mengikut bahasa mengenai pelayanan kami di muka surat seterusnya. Banyak bahan digital telah kami hasilkan demi menjangkau lebih ramai orang ekoran penularan pandemik yang menghalang pergerakan fizikal.
Walau bagaimanapun, kami sangat bersyukur kerana Tuhan sendiri telah memelihara dan berjalan bersama-sama kami. Sokongan doa, kewangan dan sumbangan anda sangat membantu kami dan kami menyerahkan ODBM kepada Tuhan.
Sila kongsikan buletin ini kepada jemaah anda agar mereka juga mendapat manfaat daripada pautan-pautan bahan yang disertakan. Untuk tahun 2022, sila beritahu kami sekiranya anda atau jemaah anda ingin dimasukkan ke dalam senarai perancangan dan pengedaran bahan kami. Kami sangat mengalu-alukan maklum balas dan sokongan anda dalam pelayanan bersama ini.
GAMBARAN KESELURUHAN Fokus utama kami adalah untuk terus menghasilkan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Malaysia serta sedikit dalam bahasa Iban dan Tamil. Pada tahun 2021, kami telah menggunakan bahan-bahan global yang dihasilkan oleh negara lain tetapi memperbanyak bahan tempatan – dalam bentuk buku kecil, artikel, dan video yang disumbangkan oleh para pensyarah Alkitab, pastor dan jemaah. Kami juga telah mengeluarkan bahan yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting seperti Jumaat Agung dan Paska, Hari Ibu, Hari Bapa, Gawai dan Kaamatan serta Hari Malaysia. Selain itu, kami juga menerbitkan doa-doa, renungan dan bahan berdasarkan Alkitab yang berkaitan dengan cara menghadapi Covid-19.
Oleh itu kami mengisytiharkan Kristus kepada semua orang. Dengan segala kebijaksanaan kami memberikan amaran dan ajaran kepada mereka, supaya setiap orang dapat dibawa ke hadirat Allah sebagai orang yang matang dalam hal-hal rohani, kerana sudah bersatu dengan Kristus - Kolose 1:28 Tuhan memberkati.
Fokus lain kami untuk tahun 2021 juga adalah untuk menterjemah buku Siri Perjalanan Iman kepada bahasa Cina dan BM secepat mungkin. Siri ini membantu orang Kristian dalam pembelajaran Alkitab dan banyak gereja telah meminta sekurang-kurangnya dua versi bahasa untuk digunakan dalam kumpulan kecil mereka.
5
Bahasa Inggeris
Sorotan 2021
6
MENDALAMI FIRMAN TUHAN RENUNGAN SUKU TAHUNAN Renungan Our Daily Bread adalah bahan BI yang menerima permintaan tertinggi. Ia boleh diperoleh dalam bentuk cetakan, melalui laman web, langganan e-mel atau aplikasi telefon pintar. Disebabkan oleh penutupan pejabat, kami mengalami cabaran dalam penghantaran buku. Walau bagaimanapun, kami bersyukur atas respons gereja untuk terus menghantar ke alamat rumah jemaah. Terus galakkan jemaah anda untuk mendaftar agar mereka tidak ketinggalan.
SIRI PERJALANAN IMAN Ini adalah pembelajaran mendalam tentang satu kitab dalam Alkitab setiap suku tahunan untuk kegunaan peribadi dan kelompok kecil. Ia tersedia dalam bentuk cetakan dan talian. Pada tahun 2021, kami mengeluarkan siri buku ini bagi 1 Petrus, 2 Petrus dan Pengkhutbah. Siri buku bagi Amos akan dikeluarkan pada bulan Disember 2021. Pada tahun 2022, kami bercadang untuk mengeluarkan siri buku ini bagi kitab Ayub, Nehemia dan Ezra, Mazmur 51-100 dan Yosua. Sila lawat Laman Web untuk semua tajuk buku ini.
12 HARI RENUNGAN PASKA: FOLLOWING JESUS TO THE CROSS MENGIKUT YESUS KE KAYU SALIB OLEH REV DR LIM KAR YONG Sempena Paska tahun ini, kami bekerjasama dengan pensyarah seminari Rev Dr Lim Kar Yong untuk menghasilkan 12 hari renungan Paska ini. Ini berdasarkan Injil Markus dan menggambarkan perjalanan Yesus dari Ahad Palma ke Sabtu Kudus. Ini boleh diperoleh dalam bentuk cetakan dan digital, setiap pembacaan merangkumi ayat Alkitab, gambar-gambar, soalan renungan dan doa untuk membantu orang Kristian dalam
7
BAHAN TEMPATAN
DOA
PENGINJILAN DAN MISI
Kami menghasilkan kempen, renungan dan artikel pendek untuk membawa pembaca kembali kepada Alkitab. Ini adalah beberapa bahan yang boleh diperoleh melalui laman web, buletin digital, Facebook dan Instagram:
Halaman Bahan “Doa Mengubah Keadaan”
HALAMAN BAHAN PENJANGKAUAN
SEMANGAT RAKYAT MALAYSIA SEJATI
Halaman Doa ini disiarkan pada bulan Julai bagi orang Kristian untuk berhubungan dengan Tuhan melalui Doa. Kami menyediakan renungan 7 hari, 7 video pendek bersama dengan Pastor Dr Lew Lee Choo, 11 kesaksian doa daripada pembaca, 4 Siri Bimbingan tentang doa, borang permohonan doa dan bahan doa ODBM.
Kami mempunyai halaman bahan penjangkauan dengan tajuk-tajuk seperti “Help! I May Lose my Job” (Tolong! Aku Mungkin Kehilangan Pekerjaan), “A Story of Hope” (Kisah tentang Harapan) and “What If It’s True? What Jesus Means for You” (Jikalau Yesus Tuhan Sebenar?). Gereja boleh berkongsi bahan ini secara talian atau memesan dalam bentuk cetakan. Untuk Hari Krismas ini, kami akan menawarkan bahan-bahan “Windows on Christmas (Jendela Musim Krismas)” dan “Walking free (Berjalan dengan Bebas)”.
Pada bukan Ogos, artikel terbaru kami #KitaJagaKita dan buku kanak-kanak “Bunny Finds the Right Stuff” (Si Arnab Mencari Hadiah Betul) juga mendorong orang Kristian untuk bertindak dalam kasih.
• Mum, You Are Not Alone (Ibu, Anda Tidak Sendirian) dengan Renungan 7 hari, audio dan bahan bercetak “God Hears Her” (Tuhan Mendengar Wanita) • Stand Strong (Berdiri Teguh) untuk para bapa dengan renungan 5 hari dan bahan bercetak. • Artikel digital Responding to the White Flag (Respons Terhadap Bendera Putih) • Artikel digital 3 Things that Christians Can Do When Malaysia is in Pain (3 Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Kristian Apabila Malaysia Menderita) • Artikel Digital Is the Vaccine Our Greatest Hope? (Adakah Vaksin Adalah Harapan Terbesar Kita?) • Serve the Nation as a Teacher (Berkhidmat Sebagai Guru) Kiriman Facebook untuk menggalakkan orang Kristian berkhidmat sebagai guru selepas pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan pada Jun 2021. Artikel dan kiriman Facebook • YMI yang disebut sebagai “Why Am I?” (Mengapa Saya?) sebuah pelayanan muda-mudi dalam bahasa Inggeris yang juga sebahagian daripada ODBM.
8
Doa khas untuk Covid-19 Kami juga telah menerbitkan doa khusus Covid-19 bagi barisan hadapan.
Bahasa Cina
Sorotan 2021
9
MENDALAMI FIRMAN TUHAN RENUNGAN SUKU TAHUNAN Renungan Our Daily Bread adalah bahan bahasa Cina Ringkas (BC Ringkas) dan Cina Tradisional (versi tulisan besar) yang menerima permintaan tertinggi. Ia boleh diperoleh dalam bentuk bercetak, melalui laman web (BC Ringkas), langganan e-mel atau aplikasi telefon pintar. Disebabkan oleh penutupan pejabat, kami mengalami cabaran dalam penghantaran buku. Walau bagaimanapun, kami bersyukur atas respons gereja untuk terus menghantar ke alamat rumah jemaah. Terus menggalakkan jemaah anda untuk mendaftar agar mereka tidak ketinggalan.
SIRI PERJALANAN IMAN Ini adalah pembelajaran mendalam tentang satu kitab dalam Alkitab setiap suku tahunan untuk kegunaan peribadi dan kelompok kecil. Ini tersedia dalam bentuk bercetak dan talian. Pada tahun 2021, kami mengeluarkan siri buku ini bagi 1 Petrus, 2 Petrus dan Pengkhutbah. Siri buku bagi Amos akan dikeluarkan pada bulan Disember 2021. Pada tahun 2022, kami bercadang untuk mengeluarkan siri buku ini bagi kitab Ayub, Nehemia dan Ezra, Mazmur 51-100 dan Yosua. Sila lawat Laman Web untuk semua tajuk buku.
SIRI BIMBINGAN ALKITAB (DSBS) Siri Bimbingan Alkitab ini berdasarkan isu-isu topikal untuk kegunaan peribadi atau kelompok kecil. Beberapa tajuk tersedia dalam bentuk digital dengan contoh jawapan yang boleh dimuat turun oleh ketua kumpulan sebagai rujukan. • • •
10
Time with God (Masa bersama dengan Tuhan) The Surprising Saviour (Penyelamat yang Mengejutkan) How Can I Understand the Bible (video) (Bagaimana Saya Dapat Memahami Alkitab- Video)
BAHAN TEMPATAN Kami menghasilkan kempen, renungan dan artikel pendek untuk membawa pembaca kembali kepada Alkitab. Ini adalah beberapa bahan yang boleh diperoleh melalui laman web, buletin digital, Facebook dan Instagram: • Projek Paska 2021 • Hope for Reunion Reading Plan (Pelan Pembacaan bagi Berharap untuk Pertemuan Semula) • Time with God Devotional Project (Projek Renungan bagi Masa Teduh dengan Tuhan)
• Serve the Nation as a Teacher (Berkhidmat Sebagai Guru) Kiriman Facebook untuk menggalakkan Kristian berkhidmat sebagai guru selepas pengumuman oleh Kementerian Pendidikan pada Jun 2021. • YAMI, sebuah pelayanan muda- mudi dalam bahasa Cina yang juga sebahagian daripada ODBM
• Want to Believe, But I don’t Want to Be Bound by Religious Rules (Saya Ingin Percaya, Tetapi Saya Tidak Mahu Terikat Dengan Agama) • Outreach resource page (Halaman Bahan Penjangkauan)
DOA Banyak bahan mengenai doa dihasilkan ekoran daripada tahun 2021 yang ada banyak cabaran: • Prayer webpage (Laman Doa) • Pray for flash floods (Berdoa untuk Banjir Kilat) • Covid-19 with prayers (Doa untuk Covid-19) • Simple Prayers Make A Difference (Doa Yang Ringkas Mampu Membawa Perubahan) • 10 Loving Prayers for Your Mom (10 Doa untuk Ibu Anda) • 10 Loving Prayers for Your Children (10 Doa untuk Anak-Anak anda
PENGINJILAN DAN MISI Terdapat banyak peluang untuk melayani dan menjangkau orang pada musim ini. Ini adalah beberapa bahan bagi tahun 2021:
11
Bahasa Malaysia Sorotan 2021
12
MENDALAMI FIRMAN TUHAN PEDOMAN HARIAN Pedoman Harian adalah bahan BM yang menerima permintaan tertinggi. Ia boleh diperoleh dalam bentuk cetakan, melalui laman web, langganan e-mel, aplikasi telefon pintar atau Penyiaran WhatsApp (Broadcast). Anda boleh menghantar WhatsApp ke 012-3751718 untuk memohon dimasukkan dalam senarai penyiaran. Disebabkan oleh penutupan pejabat, kami mengalami cabaran dalam penghantaran buku. Walau bagaimanapun, kami bersyukur atas respons gereja untuk menerima Pedoman Harian melalui WhatsApp, Aplikasi telefon pintas atau atas talian. Terus menggalakkan jemaah anda berbuat demikian agar mereka tidak ketinggalan.
SIRI PERJALANAN IMAN Ini adalah pembelajaran mendalam tentang satu kitab dalam Alkitab setiap suku tahunan untuk kegunaan peribadi dan kelompok kecil. Bagi BM, ini hanya boleh diperoleh dalam bentuk cetakan sahaja. Bagi tahun 2022, kami akan mengeluarkan siri buku ini bagi kitab Esther, Amsal, Markus, Kisah Rasul-Rasul, Efesus, 1&2 Timotius dan Yakobus.
EDISI KHAS: Ngeringka Baru Kau I Rumah Tangga Nuan (Mengukuhkan Kembali Hubungan Rumah Tangga Anda) Edisi Khas ini adalah edisi istimewa yang diterjemah dalam bahasa Iban. Bahan ini adalah untuk membantu pasangan untuk membina perkahwinan yang berpusatkan Tuhan di atas dasar yang kukuh. Ini membantu mereka untuk melalui pelbagai peringkat kehidupan perkahwinan di tengahtengah tekanan sosial, emosi dan fizikal.
BAHAN TEMPATAN Kami menghasilkan kempen, renungan dan artikel pendek untuk membawa pembaca kembali kepada Alkitab. Ini adalah beberapa bahan yang boleh diperoleh melalui laman web, buletin digital, Facebook dan Instagram: • Hari Gawai & Kaamatan • Coretan Hamba Tuhan • Kuasa Salib Yesus
13
SIRI PEMURIDAN
DOA
Tahun ini kami telah menerbitkan Siri Pemuridan dalam dua bahagian:
Banyak bahan mengenai doa dihasilkan ekoran daripada tahun 2021 yang ada banyak cabaran: • 5 minit renungan • Doa mingguan • 5 Hari Berdoa Bagi Malaysia • Kiriman Facebook Siri Bimbingan: Apakah yang Anda Bimbang? • Kiriman Facebook Siri Bimbingan Contoh: Doa Yesus
Set A (Buku 1-5): Siapakah Tuhan; Alkitab; Identiti & Penyelamatan; Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus; Apakah itu Gereja? Set B (Buku 6-10): Pelayanan Pengikut Kristus; Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak; Kehidupan Komuniti, Kerajaan & Undang-Undang; Dunia Roh & Peperangan Rohani; Akhirat & Kerajaan Tuhan Bahan ini mendapat permintaan yang menggalakkan dalam kalangan jemaah BM di seluruh Malaysia.
14
PENGINJILAN DAN MISI : KISAH TUHAN YANG AJAIB UNTUK ANDA Buku kanak-kanak yang menerima anugerah ini telah diterjemah dalam BM dan bahasa Iban untuk berkongsi Injil kepada kanak-kanak, membantu mereka memahami kisah Tuhan yang ajaib dan menegaskan bahawa mereka adalah sebahagian daripada rancangan-Nya.
PROJEK PENJANGKAUAN 2.0 ODB: Projek Penjangkauan 2.0 -Laman Utama (https://ourdailybread.org.my/building-a-bridge/bm/) Dari September 2020 sehingga Mac 2021, ODBM menjangkau pembaca untuk memberi kesedaran tentang kekurangan bahan dalam BM, bahasa Iban dan bahasa orang asal yang lain. Dengan kesedaran bahawa 60% Kristian di Malaysia terdiri daripada komuniti orang asal, kami sangat terdorong untuk menyediakan bahan-bahan yang memberi inspirasi dan relevan untuk membantu mereka dalam pertumbuhan rohani. Oleh itu, kami telah berfokus untuk memperkenalkan Pedoman Harian, Siri Pemuridan, Siri Perjalanan Iman, buku kanak-kanak, iaitu Siri Cerita Penting dan Kisah Tuhan yang Ajaib untuk Anda. Puji Tuhan, kami telah mencapai matlamat kami untuk menjangkau 500 penderma, 75 penyumbang buku dan mengedarkan hampir 37,000 buku BM dan Iban. Kami telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada gerejagereja mengenai akses kepada bahan-bahan ini. Kami berdoa agar lebih ramai orang akan tergerak untuk terus menyokong ODBM dalam pelayanan ini.
36810 Buku Diedarkan Jumlah buku yang sudah dibeli oleh penderma untuk didermakan kepada orang-orang yang memerlukan.
Bagaimana Sumbangan Anda Membantu
15
PERSEKUTUAN DAN PENJANGKAUAN Sejak Jun 2021, kami telah mengadakan perjumpaan dengan para Biskop, Pastor, Pengetua Seminari dan Presiden daripada pelbagai denominasi gereja untuk mendapatkan maklum balas serta cadangan pembaikan. Untuk mengukuhkan persekutuan dengan pemimpin Kristian tempatan, kami berharap menjadi lebih efektif dalam ekosistem gereja Malaysia bagi pembangunan rohani dan penjangkauan. Kami sangat berterima kasih atas respons anda dan ingin terus berjalan bersama dengan anda. Secara dalaman, kakitangan kami berjumpa setiap pagi untuk berdoa bersama dalam kelompok kecil. Kami saling berkongsi firman Tuhan, merenungkan dan belajar bersama, serta berdoa bagi pembaca, gereja, negara dan keperluan yang lain. Kami percaya bahawa persekutuan dan doa bersama sebagai satu tubuh akan memampukan kami untuk melayani jemaah anda dengan lebih baik.
KESIMPULAN Kami berharap buletin ini memberi manfaat kepada anda. Setiap tenaga dan bahan yang diusahakan adalah untuk membantu gereja dan orang Kristian di Malaysia bertumbuh. Sila kongsikan bahan-bahan ini sejauh yang mungkin kerana kami ingin menyokong anda untuk membangun orang percaya yang berpusatkan Kristus. Berdoa juga bagi kami dalam usaha untuk menghasilkan dan mengedarkan bahan-bahan dengan pertolongan kakitangan dan sukarelawan kami. Akhir sekali, bahan-bahan ini hanya boleh diperoleh kerana terdapat jemaah-jemaah dan individu-individu yang percaya akan pekerjaan kami. Kami sangat menghargai sebarang pemberian dan sumbangan sebagai sebahagian sokongan gereja anda dalam pemberian misi, Pendidikan Kristian atau pemuridan. Shalom, dan kami berharap dapat bekerjasama dan melayani anda pada tahun-tahun yang akan datang. Melayani dalam Kristus,
Caroline Ong Pengarah Malaysia Our Daily Bread Ministries
16
Jika anda ingin membuat sumbangan, anda boleh membuat sumbangan melalui salah satu cara di bawah: 1. Cek/Wang Pos Bayar kepada “Our Daily Bread Berhad.” 2. Deposit Tunai/Deposit Cek/Perbankan Internet No. Akaun 501271 028662 No. Akaun 8006187489
Sila kirim butiran pembayaran dengan nama penuh anda ke pada kami dan 10 digit nombor pembaca melalui pos, e-mel, atau WhatsApp ke nombor 012-3371718.
3. DuitNow – Nombor Pendaftaran Perniagaan ‘636914V’ 4.
Selepas sumbangan dilakukan, sila kirim butiran pembayaran dengan nama penuh anda serta 10 digit nombor pembaca kepada kami di malaysia@odb.org atau WhatsApp 012-3371718.
OUR DAILY BREAD MINISTRIES MALAYSIA JOHOR BAHRU OFFICE No. 7, Jalan Seroja 41, Taman Johor Jaya, 81000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07 3531718 | Fax: 07 353 4439 | E-mail: malaysia.odb.org | WhatApp: 012 337 1718 SUBANG JAY OFFICE No. 10, Jalan Tiara 3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor. | Tel: 03 80811900 KOTA KINABALU OFFICE Sabah Theological Seminary, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, No. 26, Jalan Pinggir, Off Jalan Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-212912 | WhatApp: 012 3751718