Sorotan Daripada
Our Daily Bread Ministries (ODBM) Malaysia 2024
2
Shalom Reverend / Pastor / penatua / pemimpin, saudara dan saudari dalam Kristus, Kami bersyukur atas sokongan anda terhadap pelayanan kami sepanjang tahun ini. Salah satu projek utama kami ialah memberi tumpuan pada Interaksi dengan Alkitab untuk generasi seterusnya. Puji Tuhan, Dia telah memberkati kami kemampuan untuk berkongsi 35,000 bahan untuk kanak-kanak dalam Bahasa Malaysia, Cina, dan Inggeris. Kanak-kanak telah belajar tentang Mazmur 139, Yunus, dan Ester, manakala para remaja Puji Tuhan, dipupuk melalui siri, When I Don’t Feel Okay: Dia telah memberkati kami Devotionals for Tough Days, God Hears Her untuk perempuan, dan Stand Strong untuk kemampuan lelaki. Kerjasama kami untuk tahun kedua untuk berkongsi dengan The Boys’ Brigade Malaysia juga 35,000 bahan menjangkau remaja dengan Panduan untuk kanakPemimpin yang ditulis khusus untuk para kanak dalam Bahasa Malaysia, pegawai mereka. Cina, dan Kesaksian: Setelah membaca tiga buah buku Inggeris. daripada siri Yesus Sayang Padaku, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun berkongsi, “Saya suka membaca siri ini kerana ia buat saya faham bahawa Tuhan sangat mengasihi saya. Dia ialah kawan saya dan sentiasa menemani saya. Sekarang, saya semakin menghargai kawan-kawan di sekeliling saya.” Kami sedang mentaati panggilan untuk melaksanakan misi Interaksi dengan Alkitab bersama dengan gereja-gereja dan
3
organisasi Kristian yang lain, supaya kami dapat terus menabur benih dan melatih generasi akan datang. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bengkel, latihan, perkhemahan, pameran buku, pengajaran Alkitab (peluang berkhutbah) atau kerjasama, terutamanya yang berkaitan dengan pelayanan Kanak-kanak dan Belia. Selain projek utama ini, pada tahun 2024 kami juga akan terus memberi tumpuan kepada pelayanan Bahasa Malaysia, terutamanya untuk Atlas Alkitab Bahasa Malaysia yang pertama dan meningkatkan jangkauan pelayanan kami di Sarawak. Sokonglah kami melalui doa, perkongsian kenalan anda, galakan, dan membantu kami mengumpul dana untuk misi yang lebih luas ini. Kami sedang mentaati panggilan untuk Kami juga banyak memberi tumpuan kepada Konferensi Alkitab Bahasa Cina melaksanakan dengan bekerjasama dengan guru Alkitab misi Interaksi terkemuka dan gereja-gereja. Teruskan dengan Alkitab bersama dengan membaca untuk maklumat lebih lanjut dan ikuti kami di media sosial untuk mengetahui gereja-gereja lebih banyak tentang pelayanan bagi tahun dan organisasi 2025. Kristian yang lain, supaya kami dapat terus Pada masa yang sama, tahun 2024 menabur benih juga menandakan musim baru apabila dan melatih pejabat Johor Bahru kami berpindah generasi akan ke pejabat baru yang tidak memerlukan datang. ruang gudang dan pejabat yang besar. Usaha digital kami juga berkembang
4
pesat dan dalam tahun-tahun mendatang ini, kami akan terus bekerjasama, memperlengkap dan menghasilkan bahan untuk mereka yang ingin menjangkau orang-orang yang sedang mencari Tuhan, membimbing dan memuridkan orang percaya, serta menggalakkan lebih ramai pemurid untuk menyahut Amanat Agung. Kami memohon bantuan anda untuk berkongsi bahan digital ini kepada orang lain. Terima kasih kerana melayani bersama kami dan memberi sokongan melalui doa, galakan, menyumbangkan bakat dan masa anda, serta sokongan kewangan. Seperti yang tertulis dalam Ibrani 13:21, kami berdoa agar Tuhan “melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin.” Terima kasih atas peluang istimewa untuk melayani bersama anda dalam Tuhan. Kasih kurnia-Nya menyertai kita semua, Caroline Ong Pengarah Negara
5
Sorotan Pelayanan Bahasa Malaysia 2024 Projek-projek Istimewa Seminar Percintaan: Seminar pertama yang menyasarkan pelajar sekolah menengah ini diadakan pada 27 Januari 2024 di Sunflower Hostel, Kudat, Sabah (di bawah jagaan pelayanan Starfish) dengan penyertaan 91 pelajar. Kami telah menjemput Pastor Edmund Kumar untuk memberi ceramah mengenai perhubungan dan percintaan, manakala pasukan ODBM mengendalikan bengkel tentang cara melakukan renungan harian. Pelancaran Atlas Alkitab di Sekolah Teologi Methodist Sibu: Kami dijemput untuk melancarkan Atlas Alkitab di Sekolah Teologi Methodist (MTS), Sibu dengan Bishop Ng Moon Hing sebagai penceramah jemputan. Acara ini dibuat secara fizikal dengan dihadiri oleh para pelajar, pensyarah dan pastor yang berhampiran serta ditayangkan secara langsung menerusi YouTube MTS.
Seminar melalui Zoom: Kisah Para Rasul Ini adalah tahun kedua kami mengadakan seminar Siri Perjalanan Iman, kali ini mengenai kitab Kisah Para Rasul. Diadakan pada 8 dan 15 April 2024, seminar ini menarik lebih 60 peserta dari seluruh Malaysia. Pastor Tony Wong, penceramah jemputan membahas latar belakang dan isu teologi dalam kitab Kisah Para Rasul dan Lukas. Hasil selidik menunjukkan 93.5% peserta menggunakan Siri Perjalanan Iman dalam kelompok pemuridan atau pengajian Alkitab, dan 30 orang telah melanggan berita ODBM melalui e-mel dan WhatsApp. Kerjasama Program Pementoran dengan Malaysian CARE: Kami bekerjasama dengan Malaysian CARE untuk membimbing pelajar di Asrama Harapan Baru, Pitas. ODBM menyumbang buku yang diperlukan, dan dua kakitangan kami secara sukarela menjadi mentor kepada dua pelajar perempuan berusia 14 dan 17 tahun. Program ini berlangsung hingga November 2024.
6
Krismas 2023: Malam Kudus Laman web ini menyediakan Pelan Bacaan 5 Hari dan Siri Bimbingan Maria dan Yusuf: Merenungkan Krismas yang Menakjubkan yang boleh dibaca dalam talian. Melalui projek ini, kami menyampaikan mesej Krismas yang penuh harapan melalui lirik lagu-lagu Krismas yang popular dan bermakna.
Projek Rajawali: Projek Rajawali bertujuan memperluaskan pelayanan ODBM di Sarawak, negeri dengan populasi Kristian terbesar di Malaysia. Projek ini menyokong gereja dan organisasi Kristian untuk membina komuniti yang kuat. Tahun ini, kami telah melawat Sibu, Kuching, dan Miri untuk bertemu pastor dan pemimpin dari pelbagai denominasi, dengan harapan membina kerjasama yang kukuh. Doakan individu yang tepat akan menyahut panggilan Tuhan untuk melayani Dia dan menjadi wakil ODBM di Sarawak.
7
Pada tahun 2024, kami telah menghasilkan beberapa bahan iaitu: Siri Bimbingan Eksplorasi Alkitab: Bagaimanakah Ibu Bapa boleh Mendapatkan Ketenangan Fikiran? Buku ini menunjukkan bagaimana ibu bapa boleh mengambil pendekatan yang bijak dan penuh kasih sayang terhadap anak-anak, sambil melihat contoh dalam Alkitab tentang hubungan antara ibu bapa dan anak.
Siri Perjalanan Iman: Efesus Buku ini bukan sahaja memberikan renungan dari segi teologi dan pastoral tentang gereja serta sifat, asal, karakter, misi dan masa depannya, tetapi juga menunjukkan cabaran bagi kita untuk hidup setia sebagai anak-anak terang.
Yunus: Renungan 14 Hari Bagi Kanak-Kanak Buku renungan 14 hari ini dilengkapi dengan penjelasan, ilustrasi, dan aktiviti yang menarik untuk membantu kanak-kanak menemukan kasih Tuhan kepada mereka melalui Yesus. Sesuai untuk umur 5-12 tahun.
Yesus Sayang Padaku: Tentang Jumaat Agung dan Paskah Jika anak anda mempunyai soalan tentang Jumaat Agung dan Hari Paska, buku ini sedia membantu mereka. Nikmati cerita-cerita yang menarik dan aktiviti-aktiviti yang seronok dalam buku ini, untuk menemukan jawapan bagi soalansoalan besar anda. Buku bergambar Ratu Ester boleh membantu kanak-kanak memahami dan mengingati kisah hidup Ratu Ester dan pekerjaan Tuhan.
8
Projek-projek Istimewa
Cabaran 40 Hari The Boys’ Brigade Malaysia & ODBM Tahun ini ialah tahun kedua kami bekerjasama dengan BBM. Kami telah melancarkan cabaran membaca 40 hari dengan menggunakan bahan renungan terbitan kami, Journey of Faith: Obedience & Reverence, yang bertujuan untuk membantu golongan pemuda membina sifat-sifat yang salih. Bahan ini tersedia dalam bentuk cetakan dan dalam talian, termasuk Panduan Pemimpin supaya pegawai BBM boleh membimbing ahli mereka.
Sorotan Pelayanan Bahasa Inggeris 2024
Pada tahun pertama, kami telah menyambut 250 peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia dan 42 orang telah percaya kepada Kristus dalam kempen ini. Tahun ini, jumlah peserta meningkat kepada 400 orang. Kami sangat gembira kerana “pelaburan” kami dalam menulis dan mencetak bahanbahan ini untuk generasi seterusnya telah membuahkan hasil.
9
Krismas 2023: Christmas Chronicles Sementara ramai yang memberikan tumpuan kepada penginjilan semasa Krismas, kami menyedari akan keperluan untuk menyokong orang Kristian yang lebih matang dengan renungan dan teologi yang lebih mendalam. Oleh itu, kami melancarkan laman web Christmas Chronicles yang membincangkan kepentingan tentang asal usul Yesus di Betlehem dan Nazaret dari segi geografi. Kami juga memasukkan kesaksian tiga orang pastor dari Malaysia tentang bagaimana kampung halaman mereka membentuk perjalanan iman mereka.
Paskah 2024: Anewed Everyday in Christ Untuk sambutan Paskah, kami fokus kepada doa dan renungan Minggu Suci melalui pelan bacaan 5 hari di laman web Anewed Everyday in Christ. Selain itu, kami turut membuat renungan secara siaran langsung di Instagram bertajuk Manna at Noon selama 5 hari pada waktu rehat tengah hari, dipimpin oleh Pengarah Negara, Caroline Ong. Para peserta dapat merenungkan firman Tuhan selama satu jam setiap hari menjelang Paskah.
10
Pada tahun 2024, kami menghasilkan bahan yang sesuai untuk pelbagai kumpulan umur, topik, dan platform. Ini termasuk:
When I Don’t Feel Okay yang membahas cara menangani keresahan sosial. Lebih banyak bahan untuk remaja di sini: Family Devotion.
The Bible at a Glance: A quick guide to all 66 books of the Bible Buku kecil ini menyediakan ringkasan dalam satu halaman bagi setiap 66 buku dalam Alkitab. Sesuai untuk semua peringkat umur, ia adalah bahan bacaan ringan yang penting bagi sesiapa yang ingin mempelajari Alkitab.
Hope for the Wounded: Mental Health Blog Selain menyediakan bahan tentang kesihatan mental dari perspektif Alkitabiah, blog baru kami juga menyediakan kisah kehidupan sebenar, dengan harapan dapat menyentuh hati mereka yang memerlukan.
Just Teddy, Jonah dan When I Don’t Feel Okay: Untuk Kanakkanak dan Remaja Sebagai sebahagian komitmen kami untuk memperlengkap generasi seterusnya, kami menerbitkan dua buku kanakkanak, Just Teddy dan Jonah, serta buku renungan remaja
11
Sorotan Pelayanan Bahasa Cina 2024 Projek-projek Istimewa Konferensi Alkitab Cina Pada bulan Julai tahun ini, kami bekerjasama dengan Southern Bible College dan gereja-gereja tempatan untuk menganjurkan dua Konferensi Alkitab Cina. Penceramah jemputan ialah Rev. Dr. Po-ling Sun dari Taiwan, yang menyampaikan siri ceramah bertajuk “Injil Yohanes: Firman Menjadi Daging vs. Dunia Maya.” Setiap konferensi dihadiri lebih daripada 100 peserta, berumur antara 20 hingga 80 tahun. • •
Gereja Methodist Cina PJ State, 16 & 17 Julai 2024 Gereja Presbyterian St. Andrew Ipoh, 19 & 20 Julai 2024
12 Pada tahun 2024, kami menghasilkan bahan yang sesuai untuk pelbagai kumpulan umur, topik, dan platform. Ini termasuk: “Tetap di Dalam-Nya: Ayat-Ayat Alkitab untuk Kekal Dekat dengan Tuhan” Kami menghasilkan sebuah buku kecil yang mengandungi 66 ayat Alkitab, satu daripada setiap kitab dalam Alkitab, untuk membantu pembaca kekal dekat dengan Tuhan sambil menghafal dan merenungkan janji-janji kasih-Nya dari Kejadian sehingga Wahyu. Untuk kanak-kanak dan remaja: Just Teddy, The Chatterbox Gospel Tool, Edisi Khas 30 Hari untuk Remaja Lelaki dan Perempuan Bagi memperlengkap generasi seterusnya dengan firman Tuhan, kami menghasilkan bahan bacaan untuk kanak-kanak seperti Just Teddy dan The Chatterbox Gospel Tool, serta dua buku renungan remaja untuk lelaki dan perempuan. Kami juga meneruskan cetakan buku renungan kanak-kanak, Give Us This Day (GUTD).
13 Pameran Buku: Kem Belia Cina oleh Gereja Presbiterian Kami mengambil bahagian dalam Pameran Pelayanan di sebuah kem belia Cina di Melaka. Acara ini disertai peserta dari pelbagai negeri dan menampilkan kirakira 15 organisasi Kristian dalam pameran tersebut.
Kerjasama dengan tadika untuk mengagihkan buku kanak-kanak Sebagai sebahagian projek kami “Interaksi dengan Alkitab untuk Generasi Seterusnya”, kami telah mengagihkan 75 salinan buku Just Teddy dalam Bahasa Inggeris dan Cina kepada dua tadika, iaitu FirstLight Learning Centre dan Tadika elim-Bukit Indah. Pasukan kami juga telah mengadakan sesi bercerita di FirstLight Learning Centre.
14 Media Sosial: Kiriman Gambar Bersiri Berkaitan Tempat Kerja dan Pemetaan Alkitab Fokus media sosial tahun ini adalah pekerjaan, jadi kami membuat siri kiriman untuk menggalakkan orang Kristian menjadi saksi di tempat kerja mereka. Kami juga memuat naik dua kiriman pemetaan Alkitab setiap bulan untuk membantu para pembaca kami merenungkan firman Tuhan.
Pelan Kandungan Pemuridan: Kematangan Rohani Pertumbuhan rohani adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Apabila pengetahuan kita tentang kebenaran semakin mendalam, hubungan kita dengan Tuhan pun semakin rapat, dan seterusnya kita semakin “selaras dengan rupa Anak-Nya” (Roma 8:29). Oleh itu, kami telah menjemput Rev. James Yeoh untuk berkongsi mengenai bagaimana memupuk kematangan dalam kehidupan rohani kita. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut (URL).
15
Bahan Doa
Kami amat mengharapkan sokongan doa anda. Dalam kesetiaan menguruskan pekerjaan yang telah diamanahkan Tuhan kepada kami, kami berdoa agar Tuhan akan mencukupkan segala keperluan kami. Dalam Tuhan, kami menemukan kecukupan dan mengalami kelimpahan, kerana “...kesanggupan itu datang daripada Allah” (2 Korintus 3:5). Doakan: • Pasukan ODBM tetap setia dalam Kristus, bergantung sepenuhnya pada kedaulatan Tuhan, dan semakin mendalami Alkitab. Kami memperoleh kekuatan daripada-Nya untuk bekerja bagi-Nya dan melayani sesama. Semoga Tuhan memberi kami kebijaksanaan dalam merancang dan menghasilkan bahan yang mudah diakses di pelbagai platform, sama ada fizikal (seperti buku, persidangan, dan pameran buku) atau digital (seperti media sosial, laman web, dan aplikasi). • Semua pembaca kami dari pelbagai peringkat usia agar terus digalakkan untuk mengamalkan 3M (Menerima, Merenung, dan Mengaplikasi firman Tuhan Secara Berkala) yang kami sediakan melalui bahan kami, agar kehidupan dan pertumbuhan rohani mereka diberkati serta mereka semakin mendekatkan diri kepada Tuhan melalui bahan-bahan kami. • Perkembangan berterusan dalam pelayanan BM kami untuk memenuhi keperluan komuniti Kristian terbesar di Malaysia. Semoga lebih ramai orang Kristian Malaysia terdorong untuk
menyokong pertumbuhan dan keberhasilan pelayanan ini, dan semoga sokongan yang kami terima dapat menjangkau seramai mungkin orang. • Lebih banyak peluang kerjasama dengan gereja-gereja, sekolah, dan organisasi selaras dengan visi dan misi kami. Semoga kami menemukan rakan-rakan seiman yang sehaluan dalam Kristus untuk memperkasa usaha pelayanan kami dengan semangat yang gigih. • Lebih ramai pembaca, individu, dan gereja terlibat dalam menyokong pelayanan kami melalui sumbangan, doa, dan dengan menyertai pelayanan kami untuk tujuan-Nya. Kami sedang mencari orang untuk menyertai kami sebagai kakitangan sepenuh masa, separuh masa atau sukarelawan untuk melayani bersama-sama dan memenuhi keperluan kami di pelbagai bidang dan pejabat di Malaysia.
Soratan Pelayanan
16
Our Daily Bread Ministries
Pemberian anda membawa firman Tuhan kepada orang lain. (ODBM) Malaysia 2022
Kami sangat bersyukur atas kemurahan dan sokongan kewangan anda yang sudah lebih daripada 25 tahun, yang Selanjutnya memampukan firman Tuhan dapat diakses dan difahami ramai orang di Malaysia. Banyak kehidupan diubah setiap hari. Penglibatan anda telah memampukan penghasilan, penerbitan dan pengedaran bahan Alkitabiah kami dalam bentuk digital dan cetakan. Sertai kami untuk memberkati lebih ramai orang.
Sila berikan slip pembayaran anda disertakan nama penuh dan 10 digit nombor pembaca anda melalui pos, e-mel atau WhatsApp ke 012-3371718.
Our Daily Bread Ministries Malaysia Pejabat Johor Bahru
01-32, Block A, Permas City, Jalan Permas Utara, Kawasan Perdagangan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor. | Tel: 07 382 0230 | Fax: 07 382 4439 | E-mel: malaysia@odb.org | WhatsApp: 012 337 1718
Pejabat Subang Jaya
No. 10, Jalan Tiara 3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor. | Tel: 03 80811900
Pejabat Kota Kinabalu
Sabah Theological Seminary, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, No. 26, Jalan Pinggir, Off Jalan Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. | WhatsApp: 012 3751718