BM JTS John

Page 1

Siri Perjalanan Iman

Yohanes 50 hari Renungan dan Ilham oleh David Cook


Siri Perjalanan Iman—Yohanes © 2020 oleh David Cook Buku asal: Journey Through John Hak cipta terpelihara. Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Versi Borneo © 2016 Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Segala hak cipta terpelihara. Reka Bentuk Kulit: Joshua Tan Reka Bentuk Huruf: Grace Goh Dicetak di Malaysia Cetakan pertama: 2020


Prakata Yohanes memulakan kitab Injil ini dengan kata-kata yang mengingatkan kita tentang kitab Kejadian—“Pada mulanya”. Dalam kitab Yohanes, kita akan menemukan Kejadian baru, permulaan yang baru, Tuhan yang memperbaharui ciptaan-Nya datang dalam rupa manusia. Tema utama dalam kitab Yohanes menunjukkan Yesus ialah sumber hidup bagi semua hidup baru. Kita baca bahawa hidup kekal dan sejati adalah “mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus” (Yohanes 17:3). Tuhan mengurniakan kelahiran baru bagi manusia baru (Yohanes 3:3, 5); anak Tuhan adalah mereka yang dilahirkan oleh Tuhan (1:13); dan kelahiran baru adalah anugerah hidup kekal tersebut. Dalam kitab Yohanes, Yesus membuat pengakuan-pengakuan ini: Akulah roti yang memberikan hidup; cahaya bagi dunia; pintu bagi kawanan domba; gembala yang baik; kebangkitan dan hidup; jalan, kebenaran dan hidup; pokok anggur yang sejati. Dia membuktikan kata-kata-Nya dengan beberapa mukjizat: menyembuhkan pesakit dan orang lumpuh; memulihkan penglihatan orang buta; membangkitkan orang mati; memberi makan kepada lima ribu orang; berjalan di atas air; mengubah air menjadi wain. Yohanes juga mencatatkan saksi-saksi tentang Yesus: Yohanes Pembaptis (Yohanes 1:20); Andreas (1:40); Filipus (1:45); Natanael (1:49); wanita Samaria (4:29); Musa (5:46); Yohanes sendiri (21:24); dan Bapa (8:18). Kebenaran utama di sini adalah kita harus faham bahawa Yesus dan Tuhan itu satu, Yesus ialah Anak Tuhan! Apabila kita memperhatikan segala mukjizat Yesus, mendengar pengakuan para saksi, menyelidiki bukti, dan percaya bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Tuhan, maka kita dapat menjadi sebahagian daripada ciptaan baru, serta menjalani kehidupan dengan kualiti yang baru di tengah dunia yang sedang menuju kebinasaan.

Segala kemuliaan kepada Tuhan!

David Cook


Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan menuju ke hubungan yang lebih mendalam dengan Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan bacaan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, menyentuh kehidupan seharian dan memimpin mereka kepada Tuhan, serta kebijaksanaan dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak berubah. Selain daripada Pedoman Harian yang anda biasa kenali, kini kami menghasilkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya mengambil masa bersama Tuhan dalam firman-Nya. Kami percaya bahawa siri buku ini dapat membantu individu serta keluarga untuk membina perhubungan harian yang lebih rapat dengan Dia, melalui Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus.

Cara Menggunakan Siri Perjalanan Iman BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dengan sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, serta mengizinkan Dia mengubah jiwa dalaman anda sehingga anda menjadi orang yang baharu dalam Kristus. CATATKAN: Ruangan yang disediakan membolehkan anda mencatat buah-buah fikiran dan menuliskan respons anda.


Ringkasan Umum Penulis kitab ini ialah rasul Yohanes, anak Zebedeus, adik Yakobus dan salah seorang antara tiga pengikut Yesus yang paling rapat dengan-Nya: Petrus, Yakobus, dan Yohanes. Dia tidak menyebutkan namanya secara langsung dalam kitab ini. Kemungkinan besar dia ialah pengikut Yohanes Pembaptis, yang kemudian mengikut Yesus (Yohanes 1:35–37). Kitab ini mungkin ditulis pada 80–90 Masihi, dan yang terakhir ditulis, maka kandungannya memantulkan hidup dan pelayanan Yesus Kristus dengan lebih mendalam. Struktur Kitab Yohanes 1:1–18

Prakata Yohanes, yang dia memperkenalkan tema kitab ini.

1:19–11:57 Fasal-fasal tentang mukjizat, yang mengandungi lima antara tujuh pernyataan “Akulah” dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kata-kata Yesus. 12

Perubahan daripada pelayanan Yesus di khalayak ramai kepada persediaan-Nya menjalani masa-masa penderitaan.

13–17

Pengajaran Yesus di bilik atas, pada malam sebelum Dia dikhianati dan disalibkan, termasuklah dua pernyataan-Nya, “Akulah” yang terakhir.

18–21 Kematian, kebangkitan dan penampakan diri Yesus selepas kebangkitan Nya. Ayat Kunci “Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.” —Yohanes 1:18


Hari 1 Baca Yohanes 1:1-13

K

ata-kata adalah berkuasa, sama ada boleh digunakan untuk mendorong atau menjadi penyebab kemurungan. Kata-kata boleh memaklumkan, membingungkan, meyakinkan, mengekalkan persahabatan, atau menyebabkan penderitaan yang teruk. Kata-kata memperlihatkan fikiran; kata-kata memperlihatkan sikap; kata-kata yang jelas memberikan penerangan. Kitab Yohanes bermula dengan memberitahu kita tentang firman Allah, yang dinyatakan oleh Tuhan dan dijelaskan oleh-Nya. Secara unik, firman Tuhan adalah seorang peribadi, peribadi yang sudah ada dan kekal, yang dari mulanya bersama-sama Tuhan dan sama dengan Tuhan (ayat 1). Firman Tuhan adalah Tuhan. Firman yang ilahi ini menciptakan segala sesuatu (ayat 3), dan merupakan sumber cahaya dan hidup (ayat 4-5). Firman itu datang ke dunia yang diciptakan-Nya, tetapi tidak diterima oleh dunia pada umumnya, ataupun oleh umat-Nya sendiri, iaitu Israel secara khususnya. (ayat 10-11). Orang yang menerima dan percaya kepada Firman itu diberikan kuasa untuk menjadi anak Tuhan (ayat 1213). Jadi Yohanes telah memberitahu

6

kita tentang hubungan Firman dengan Tuhan (ayat 1-2); hubunganNya dengan dunia (ayat 3-4, 10-11); dan hubungan-Nya dengan orang percaya (ayat 12-13). Kita diperkenalkan kepada Yohanes Pembaptis, sang perintis dan saksi kepada Firman: • Dia diutus oleh Tuhan (ayat 6). • Dia datang sebagai seorang saksi untuk memberitahu orang tentang cahaya itu (ayat 7–8). • Dia datang ke dunia sebelum cahaya itu (ayat 8–9). Meskipun identiti penuh Firman itu belum diungkapkan, Tuhan telah melakukan setiap persediaan bagi kedatangan-Nya di kalangan umat manusia. Yohanes

memberitahu kita bahawa dengan menerima Firman itu, percaya kepada-Nya, kita menjadi anak Tuhan.

Dia mengibaratkan hal ini dengan kelahiran, tetapi kelahiran ini bukannya disebabkan oleh manusia normal; bukan “dengan jalan dilahirkan oleh manusia” (ayat 13). Kelahiran yang kita perlukan, kelahiran yang kita dambakan, terhasil daripada pekerjaan Tuhan. Tuhan memberikan kelahiran ini


Renungkan

berdasarkan kedaulatan-Nya—“Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya” (ayat 13). Dalam pembukaan yang indah ini, Yohanes memberitahu kita bahawa Tuhan yang adalah Firman telah datang kepada kita, Yohanes Pembaptis ialah saksi-Nya, dan menerima Firman itu seumpama dilahirkan semula secara menyeluruh. Kelahiran seumpama ini tidak datang oleh keinginan manusia, tetapi oleh inisiatif Tuhan.

Dalam buku Knowing God, J. I. Packer berkata bahawa orang percaya perlu selalu mengambil masa untuk mengingatkan diri akan identiti mereka: “Saya ialah anak Tuhan, Tuhan ialah Bapaku, syurga ialah rumahku, setiap hari yang dilalui membawa aku lebih dekat ke syurga, Penyelamatku ialah saudaraku, setiap orang Kristian juga ialah saudara dan saudari aku] juga.”1 1 J. I. Packer, Knowing God (London: Hodder & Stoughton, 1973), 256.

7


Hari 2 Baca Yohanes 1:14-18

D

alam pembacaan hari ini, Firman itu diberikan nama. Bagaimanapun, ayat kunci dalam pengenalan ini ialah ayat 14, yang kita diberitahu bahawa Firman itu menjadi manusia. Perkataan “menjadi manusia” dan ekspresi “tinggal antara kita” adalah sangat penting. Pada abad pertama Masihi, ramai orang percaya bahawa hal rohani dan kebendaan tidak boleh bercampur, begitu juga Tuhan dan tubuh manusia tidak boleh bersatu. Yohanes menegaskan bahawa Firman “menjadi manusia” (ayat 14). Dengan mengingatkan pembacanya ialah orang Yahudi, Yohanes menggunakan ekspresi, “tinggal antara”, secara harfiah bahawa Dia “berkhemah” di antara kita. Ini mengingatkan kita tentang khemah dalam Keluaran 33–34, tempat yang Tuhan bertemu dengan Musa “sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya” (Keluaran 33:11). Musa meminta supaya dapat melihat kemuliaan Tuhan, dan setelah melihat-Nya, mukanya

8

menjadi sangat bercahaya sehingga wajahnya perlu diselubungi ketika dia bertemu orang-orang Israel (Keluaran 34:33). Sekarang Tuhan berkhemah di antara kita, dan kita melihat kemuliaan Firman itu menjadi manusia (ayat 14). Inilah Peribadi yang Yohanes Pembaptis memberikan kesaksian (ayat 15), “kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita” (ayat 14), dan merupakan sumber berkat yang berterusan (ayat 16). Tuhan amat bermurah hati kerana memberikan hukum kepada Musa, tetapi kasih dan setia yang lebih besar diberikan melalui Yesus Kristus (ayat 17).

Akhirnya, identiti penuh Firman ditunjukkan. Dia ialah sang Pencipta, Sumber cahaya dan hidup—itulah Yesus Kristus. Ayat 18 merupakan ringkasan bagi pembukaan ini, yang juga merupakan ringkasan kepada kitab Yohanes. Manusia menghadapi dilema di sini: “Tidak seorang pun pernah melihat Allah” (1 Yohanes 4:12). Secara keseluruhannya, manusia berada dalam kegelapan, tetapi atas inisiatif Tuhan, Firman yang memberikan wahyu menjadi manusia.


Renungkan

“Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa”; ini bermaksud Yesus adalah Peribadi yang memiliki sifat unik, yang berada “di sisi Bapa”; Yesus adalah Peribadi yang berada dalam kedudukan yang unik, secara harfiah dalam pangkuan Bapa, “sudah menunjukkan Allah kepada kita”; Yesus memiliki pelayanan yang unik, iaitu memperlihatkan Tuhan (ayat 18).

Asas kebenaran, yang dinafikan oleh banyak orang ialah bahawa Yesus membuatkan Tuhan dikenali. Adakah pemahaman ini penting bagi anda, bahawa dalam Yesus, Tuhan dinyatakan dalam tubuh manusia?

9


Hari 3 Baca Yohanes 1:19-51

Y

ohanes Pembaptis sekali lagi menyediakan sebuah model saksi, seperti yang dilakukannya dalam Yohanes 1:15.

1. Yohanes mengatakan Yesus ialah Anak Domba Tuhan, pembaptis dengan Roh Kudus, dan anak Tuhan (ayat 29-34).

Satu perwakilan dari Yerusalem telah datang untuk menyiasat impak pelayanan Yohanes. Yohanes berkeras mengatakan: dia bukannya Elia; dia bukanlah Nabi itu, seseorang yang seperti Musa, seperti yang dinubuatkan dalam Ulangan 18:15. “Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka (ayat 22). Yohanes adalah suara (ayat 23), perintis yang dikatakan dalam Maleakhi 4:5 dan Yesaya 40:3. Sebabnya dia membaptis adalah untuk membangunkan Israel dan menyatakan Mesias (ayat 31). Yohanes tidak layak walaupun hanya melakukan kerja seorang hamba untuk membuka tali kasut Mesias (ayat 27). Seseorang yang akan datang adalah pembaptis dengan Roh Kudus (ayat 33). Dalam keduadua hal ini (ayat 15 dan di sini), Yohanes terus-menerus menjadi saksi yang tidak menonjolkan diri.

2. Sekali lagi dalam ayat 35, Yesus ialah Domba Tuhan. Dua orang pengikut Yohanes mendengarnya mengatakan ini, tetapi mereka tidak mengikutinya, sebaliknya mengikut Yesus (ayat 37).

Ada tiga gambaran Yesus secara sepintas lalu, setiap satunya diperkenalkan oleh frasa, “keesokan harinya”:

Lihat juga gelaran dan penerangan tentang Yesus dalam Yohanes 1 ini. Pengajar Alkitab, J. C. Ryle mendapati dua puluh satu diskripsi tentang Yesus dalam fasal ini,

10

3. Dalam ayat 43, Yesus mencari Filipus, yang mencari Natanael, yang mengaku Yesus adalah Anak Tuhan, Raja bangsa Israel (ayat 49). Andreas mencari Simon (ayat 41); Filipus mencari Natanael (ayat 45); tetapi Yesus Filipus yang dicari oleh Yesus (ayat 43), yang mungkin telah diabaikan oleh orang lain sebelum ini. Sampul surat ini terbuka sepenuhnya dalam ayat 51. Dalam sebuah rujukan yang jelas terhadap tangga Yakub (Kejadian 28:12), sekarang Yesus yang menjadi tangga untuk menghubungkan syurga dan bumi.


Renungkan

seperti guru, Anak Tuhan, Raja Israel, Mesias, tetapi sekarang gelaran yang paling tinggi antara semuanya ialah: Anak Manusia (ayat 51)—Peribadi yang memiliki kuasa sejagat dan kekuasaan kekal seperti yang dinubuatkan dalam Daniel 7:1314. Dia ialah Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya.

Fikirkan setiap gelaran yang diberikan kepada Kristus di sini. Kemudian bacalah Daniel 7:1-14, dan ambillah masa untuk memuji Tuhan.

Ayat 37 adalah pola Tuhan menyelamatkan manusia: mereka mendengar saksi itu tetapi tidak mengikut saksi itu; sebaliknya mereka mengikut Yesus. Ketika pengkhutbah Billy Graham meninggalkan Sydney selepas mengadakan kebaktian kebangunan rohaninya yang pertama pada tahun 1959, orang ramai menghalangnya meninggalkan lapangan terbang Sydney. Ketika mereka melakukan hal itu, dia berkata dengan jelas berdasarkan Yohanes 1:37, orang tersebut mendengar Yohanes, tetapi mengikut Yesus. Inilah pola itu: kita mendengar Yohanes, kita mendengar Billy, tetapi kita mengikut Yesus!

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.