Untuk membantu perjalanan harian anda dengan Tuhan, berikutnya adalah beberapa cadangan bagi masa renungan yang lebih berkesan. 1. Membaca ayat Alkitab.
Mulakan dengan membaca ayat Alkitab yang dicadangkan. Firman Tuhan adalah bahagian terpenting yang anda baca setiap hari.
2. Ayat kunci.
Tulisan tebal ini berkaitan dengan tajuk utama pada hari itu.
3. Membaca seluruh artikel dengan teliti.
Semasa anda membaca, renungkan lebih mendalam tentang Tuhan, hubungan anda dengan Dia, dan hidup yang Dia menginginkan anda jalani setiap hari.
4. Ambil masa untuk berdoa.
Selepas membaca artikel, bercakap dengan Tuhan tentang penemuan anda melalui firman-Nya. Berkongsi kepada seseorang tentang apa yang anda pelajari.
5. Renungkan bahagian penutup.
Bahagian ini akan membantu anda mengingat pelajaran utama dalam pembacaan tersebut.
6. Bacaan Alkitab setahun.
Bahagian ini akan membantu anda membaca seluruh Alkitab secara teratur dalam setahun.