Kemenangan Daripada Kebangkitan

Page 1

U N T U K R E N U N G A N P E R I B A D I dan K E L U A R G A . S E J A K 1 9 5 6

EDISI EASTER

REKA BENTUK KULIT BUKU

Joshua Tan dan Alex Soh

Dave Branon Dennis J. DeHaan Mart DeHaan

PENULIS

M. R. DeHaan, M.D David C. Egner David C. McCasland

Haddon Robinson David H. Roper William E. Crowder

PENGHORMATAN

Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara. Terjemahan daripada 2016 Easter Edition © 2016 Our Daily Bread Ministries Segala hak cipta terpelihara.


Misi Penyelamatan Filem Saving Private Ryan melakonkan penyelamatan seorang tentera payung terjun semasa Perang Dunia II. Tiga orang abang Prebet James Ryan telah terbunuh dalam peperangan, sehingga askar muda ini satu-satunya yang tinggal untuk meneruskan nama keluarganya. Kapten John Miller dan pasukannya menyelamatkan Prebet Ryan dalam pertempuran yang mengorbankan pegawai tersebut dan beberapa orang askarnya. Ramai orang berkorban untuk menyelamatkan satu orang. Dua ribu tahun yang lalu, Tuhan sendiri melancarkan satu misi penyelamatan. Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dunia yang sudah sesat. Yesus datang dalam bentuk manusia dengan satu mandat yang sederhana tetapi sangat penting—untuk mencari dan menyelamatkan umat manusia (LUKAS 19:10). Misi penyelamatan ini bukan suatu rancangan yang datang kemudian daripada Tuhan. lni adalah tujuan-Nya sejak zaman purba, bahawa Kristus akan datang untuk menyelamatkan kita. Selama berabad-abad, anak domba yang disembelih semasa Paska telah menujukan kita kepada Yesus dan Misi penyelamatan pengorbanan-Nya yang berlaku satu kali bukan suatu untuk selama-lamanya kerana dosa kita. rancangan yang Apabila Dia datang, dengan tekad yang datang kemudian, ini tetap, Dia melaksanakan rancangan Bapamerupakan rancangan Nya oleh kematian dan kebangkitan-Nya. Kini, penyelamatan dapat diperolehi oleh kekal Tuhan. sesiapa pun dan semua yang percaya kepada-Nya. Satu orang mati untuk menyelamatkan banyak orang.

2


Pada hari-hari berikutnya, anda akan menyambut musim Hari Kebangkitan, dan mendapati kemuncaknya dalam perayaan kemenangan Yesus atas kubur. Kami mendorong anda, melalui Edisi Easter ini, anda boleh menantikan hari yang mengagumkan itu dengan tujuan yang jelas. Setiap artikel ini dipilih khas untuk membantu anda merenungkan penyelamatan dan Penyelamat anda. Melalui semua itu, kami berdoa agar anda akan dikuatkan, serta didorong, dicabar—dan diubah. Sementara anda berjalan bersama dengan Kristus melalui peristiwa-peristiwa yang ditanggung-Nya kerana kasih, sembahlah Dia dengan hati yang bersyukur. Semoga penyelamatan-Nya memberikan erti yang segar dan baru, sementara anda merenungkan belas kasihan dan anugerah-Nya.

3


RENUNGAN untuk HARI ISNIN

Hari ke-1

Cahaya Dalam Kegelapan

S

aya dan anak-anak lelaki saya menjelajahi sebuah gua kecil di pulau Bonaire di Netherlands Antilles. Kami memasuki satu jalan sempit dengan mengikut tali yang telah ditinggalkan oleh pelawatpelawat sebelum kami. Sebelum kembali ke dunia yang diterangi cahaya matahari, kami mengambil keputusan untuk memadamkan pelita dan merasakan kegelapan pekat. Selama BACAAN HARI INI beberapa saat, kami diliputi oleh kegelapan yang Yohanes 1:1-14 paling gelap. Betapa takutnya sekiranya seseorang sesat Firman itu sumber di dalam gua bawah tanah, tanpa sumber cahaya! hidup, dan hidup itu Perjanjian Baru menggunakan konsep kegelapan memberikan cahaya untuk menggambarkan keadaan rohani manusia. kepada manusia. Jutaan orang meraba-raba tanpa pengharapan Yohanes 1:4 dan tidak dapat menemukan jalan keluar. Oleh sebab kesombongan, ramai orang tidak sedar akan keadaan mereka yang menyedihkan. Mereka berkata bahawa pendidikan akan akhirnya membawa mereka keluar daripada bayangan ketidaktahuan dan kepercayaan kepada tahyul, dan pasti dapat membawa hari yang lebih cerah. Kita bersyukur kepada Tuhan atas kemajuan teknologi dan kita tidak mahu menyingkirkannya. Tetapi ada satu fakta yang tidak berubah: umat manusia masih dalam kegelapan—hilang di dalam gua dosa dan pemberontakan mereka sendiri. Hanya ada satu jalan keluar—dan Yesus Kristus, Matahari kebenaran yang telah membayar hukuman dosa kita di kayu salib, menunjukkan jalan itu kepada kita. Sudahkah Dia menjadi DENNIS DEHAAN cahaya dalam kegelapan hidup anda?

Kamu penghuni kegelapan, mata dibutakan dosa— Cahaya bagi dunia ialah Yesus; Sucikan diri mengikut perintah-Nya pasti melihat cahaya— Cahaya bagi dunia ialah Yesus. BLISS

4

Yesus Kristus ialah muzik merdu bagi telinga orang yang sesat, dan cahaya bagi mata yang buta.


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Yohanes 1:1-14

1

Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. 2 Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. 3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia. 4 Firman itu sumber hidup, dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. 5 Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya. 6 Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah. 7 Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya. 8 Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu. 9 Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia. 10 Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. 11 Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. 12 Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. 13 Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya. 14 Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.

ILHAM Tema yang sering timbul dalam penulisan Yohanes adalah perbandingan antara terang dan kegelapan. Tema ini kelihatan dalam ayat 4-9, dan dilanjutkan di seluruh kisah dalam kitab Berita Baik yang ditulisnya (3:19-21; 9:5, DAN AYAT-AYAT LAIN). Tema ini juga boleh dibaca dalam 1 Yohanes, “Inilah berita yang telah kami dengar daripada Anak-Nya dan yang kami isytiharkan kepada kamu: Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali. Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan� (1:5-6). Tema ini mengingati kita untuk memeluk Kristus, Cahaya bagi dunia ini, dan hidup dalam terang-Nya. 5


RENUNGAN untuk HARI SELASA

Hari ke-2

Apakah Tindakan Seterusnya?

P

ada malam sebelum Yesus disalibkan, dua daripada pengikutpengikut-Nya menentang Dia. Yudas mengkhianati Kristus, dan memimpin musuh kepada-Nya di Taman Getsemani (LUKAS 22:47-48). Petrus pula tiga kali berkata bahawa dia tidak mengenal Tuhan (AYAT 57-60). Namun perbezaan antara tindakan mereka BACAAN HARI INI yang seterusnya amat besar. Petrus menitiskan Lukas 22:54-62 air mata pertaubatan dan kemudian dipulihkan dengan lembut (AYAT 62; YOHANES 21:15-17); Yudas pula Petrus keluar dari menggantung diri (MATIUS 27:5). situ lalu menangis Apabila kita berbuat dosa, hal yang paling tersedu-sedu. penting adalah tindakan kita yang seterusnya. Lukas 22:62 Jika kita hilang sabar dan mengatakan sesuatu yang kejam kepada seorang anggota keluarga, apakah yang kita lakukan seterusnya? Jika kita berlaku salah terhadap seorang rakan kerja, apakah yang kita lakukan seterusnya? Jika kita mendapati diri kita selalu memikirkan hal-hal jahat, apakah yang kita lakukan seterusnya? Membuat alasan, membenarkan kelakuan buruk kita, mempersalahkan orang lain, atau tidak mempedulikan Tuhan akan hanya menambahkan dosa. Sementara anda membaca renungan ini, mungkin Roh Kudus membawa anda melihat beberapa dosa dalam hidup anda. Jika demikian, anda dihadapkan dengan satu pilihan—bertaubat dan mengakuinya di hadapan Tuhan (1 YOHANES 1:9), atau anda boleh terus menafikan bahawa anda ada masalah dosa. Apabila anda berdosa, jangan menggandakan perbuatan itu dengan dosa lain. Dengan serta-merta, bawalah dosa itu kepada Tuhan dalam doa pengakuan. Perkara yang paling penting adalah tindakan anda yang DAVE EGNER seterusnya!

PELAJARAN LANJUTAN Dalam 1 Yohanes 1:8-10, apa yang kita belajar tentang diri kita? Jika kita berdosa dalam kehidupan, apakah yang harus kita lakukan? (1 Yohanes 1:9). Apakah dasar pengampunan kita? (1 Yohanes 2:1-2).

Penafian menambahkan dosa kita; pengakuan menghapuskannya. 6


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Lukas 22:54-62

54

Mereka menangkap Yesus dan membawa Dia ke rumah Imam Agung. Petrus mengikut dari jauh. 55 Api unggun telah dinyalakan di tengah-tengah halaman rumah itu dan Petrus pergi duduk dengan orang lain yang duduk di sekelilingnya. 56 Apabila salah seorang hamba wanita nampak Petrus duduk dekat api unggun, dia mengamati Petrus lalu berkata, “Orang ini juga bersama-sama Yesus!” 57 Tetapi Petrus menafikannya, “Aku tidak mengenal orang itu!” 58 Sejurus kemudian, seorang lagi nampak Petrus dan berkata, “Kamu juga seorang daripada mereka!” Tetapi Petrus menjawab, “Bukan!” 59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain berulang kali berkata, “Pasti orang ini pengikut Yesus, kerana dia juga orang Galilea!” 60 Tetapi Petrus menjawab, “Aku tidak faham apa yang kamu katakan!” Seketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. 61 Tuhan pun berpaling dan memandang Petrus. Petrus teringat akan apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadanya, “Sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.” 62 Petrus keluar dari situ lalu menangis tersedu-sedu.

ILHAM Kesedihan terhadap penyangkalan Petrus ditambah lagi oleh janji-janji yang dibuatnya dengan bersemangat kepada Yesus. Sebelum ini, Kristus telah memberi amaran kepada Petrus kerana Iblis akan cuba memisahkan gandum daripada sekam seperti peladang, tetapi Petrus tidak mengendahkan amaran ini dengan bersungguh-sungguh (LUKAS 22:31-32). Sebaliknya, dia menyombongkan pengabdian dan kebolehpercayaannya (AYAT 33), dan mengisytiharkan bahawa dia bersedia masuk ke dalam penjara, bahkan mati, demi Tuhan. Akhirnya, pengakuan itu tidak dapat ditunaikannya. Sebagai respons kepada cakap besar itu, Yesus memberitahu Petrus bahawa dia akan menyangkal Kristus sebanyak tiga kali—satu nubuat yang sedihnya benar-benar berlaku dalam pembacaan Alkitab hari ini. 7


RENUNGAN untuk HARI RABU

Hari ke-3

Serigala Atau Anak Domba

O

rang ramai sudah berkumpul, dan mereka inginkan seseorang

untuk dibebaskan. Pada hari Paska, biasanya satu orang akan dibebaskan dari penjara untuk mengingati pembebasan orang Yahudi daripada perhambaan di Mesir pada zaman Yesus. Pilatus bukannya orang baru dalam politik. Oleh itu, dia memberikan pilihan kepada orang ramai: Orang yang sudah BACAAN HARI INI membangkitkan Lazarus daripada kematian atau Matius 27:15-26 orang yang membunuh ramai orang dengan pedangnya. Pilihan itu sepatutnya mudah dibuat. “Yang mana satu Namun orang ramai memilih Barabas, pembunuh antara kedua-dua itu. orang ini yang Pilihan daripada gerombolan seperti itu kamu mahu aku selalu memihak kepada hal yang liar, bebaskan?” memberontak, dan kegila-gilaan. Mereka “Barabas!” jawab memilih serigala: orang seperti Barabas, Stalin mereka. Matius 27:21 dan Hitler di dunia ini. Mereka menolak orang yang tidak berpangkat, yang rendah hati, yang menjadi hamba, yang bagaikan anak domba. Bagaimana pula sekiranya kita hadir pada masa itu? Siapakah yang kita pilih? Kita mungkin ingin percaya bahawa kita telah memilih Yesus. Tetapi adakah kita benar-benar membuat pilihan itu? Suara orang ramai sangat kuat dan berkuasa. Beberapa hari sebelum perbicaraan itu, orang ramai telah berseru, “Pujilah Anak Daud!” Sekarang orang ramai tersebut berteriak, “Salibkan Dia!” Tekanan daripada orang ramai boleh membuat kita keliru, takut dan terbawa-bawa oleh suasana. Ya Tuhan, tolonglah kami. Kadang-kadang, di tengah-tengah orang ramai, meskipun ada banyak perkara yang kita ketahui, namun kita masih dicubai untuk memilih serigala. Tolonglah kami supaya memilih Anak DAVE EGNER Domba.

Dunia akan cuba memberi tekanan kepada kita Sehingga kita menjadi sepertinya, Tetapi dengan pertolongan Tuhan kita menolaknya Jika kita berpegang kepada kebenaran-Nya. SPER

Untuk menolak tekanan dari dunia, bersandarlah pada kuasa Tuhan. 8


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Matius 27:15-26

15

Pada tiap-tiap Perayaan Paska, gabenor Roma biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai. 16 Pada masa itu ada seorang tahanan yang terkenal, yang bernama Yesus Barabas. 17 Apabila orang ramai berkumpul, Pilatus bertanya kepada mereka, “Siapakah yang kamu mahu aku bebaskan? Yesus Barabas atau Yesus yang disebut Kristus?” 18 Pilatus tahu betul bahawa pemimpin orang Yahudi menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. 19 Sementara Pilatus duduk di balai pengadilan, isterinya mengirim berita kepadanya, “Janganlah turut campur perkara orang yang tidak bersalah itu, kerana saya mendapat mimpi buruk tentang dia.” 20 Para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas dan menghukum mati Yesus. 21 Tetapi Pilatus bertanya kepada orang ramai, “Yang mana satu antara kedua-dua orang ini yang kamu mahu aku bebaskan?” “Barabas!” jawab mereka. 22 “Lalu apakah yang harus aku lakukan terhadap Yesus yang disebut Kristus?” Pilatus bertanya kepada mereka. “Salibkan dia!” jawab mereka semua. 23 Tetapi Pilatus berkata, “Kejahatan apa yang telah dilakukannya?” Kemudian mereka berteriak lebih kuat lagi, “Salibkan dia!” 24 Apabila Pilatus sedar bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan bahawa orang ramai mungkin merusuh, dia mengambil air lalu membasuh tangan di hadapan orang ramai. Dia berkata, “Aku tidak bertanggungjawab terhadap kematian orang ini! Kamulah yang bertanggungjawab!” 25 Seluruh orang ramai itu menjawab, “Kami dan keturunan kami bertanggungjawab terhadap kematiannya!” 26 Kemudian Pilatus membebaskan Barabas bagi mereka, dan menyuruh orang menyesah Yesus serta menyerahkan Dia kepada askar untuk disalib.

9


RENUNGAN untuk HARI KHAMIS

Hari ke-4

Pengampunan Luar Biasa

S

elepas sepuluh tahun, barulah saudara kepada pemuda yang

dibunuh dapat berhadapan dengan pembunuh itu di mahkamah. Dengan suaranya yang gementar, dia berkata, “Kemungkinan saudara saya dapat mengampuni anda dari tempat dia berada sekarang. Tetapi saya tidak dapat melakukannya.” Kita faham bahawa mangsa akibat perlakuan BACAAN HARI INI yang buruk dan ketidakadilan mendapatinya Lukas 23:26-34 sukar sekali untuk memberi pengampunan— bahkan susah meng-ungkapkan kata-kata yang “Ya Bapa, ampunilah boleh memulakan penyembuhan luka yang mereka! Mereka dalam dan meringankan kesakitan yang masih tidak mengetahui ada di dalam hati. Mengampuni bukanlah tindak apa yang dilakukan balas kita yang semula jadi. Akibatnya, oleh mereka.” perhubungan keluarga renggang kerana lukaLukas 23:34 luka hati yang berlaku pada masa Ialu. Perselisihan yang berterusan menjadi keganasan. Tetapi ingatlah akan kata-kata Yesus semasa di salib. Dia telah menyembuhkan orang sakit, memberi makan kepada yang lapar, dan mengajar orang yang tidak ada arah hidup. Sekarang, meskipun Dia tidak bersalah, Dia dihina, diejek, dan dipukul. Pada saat kegelapan itu, tiada seorang pun yang menyangka bahawa bibir-Nya yang kering itu masih dapat berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (LUKAS 23:34). Tetapi itulah perkataan yang mula-mula diucapkan-Nya dari salib. Bayangkan pengaruhnya terhadap orang yang mendengarnya! Yesus tidak menyatakan kemarahan ataupun kebencian, sebaliknya Dia mengungkapkan kata-kata yang penuh dengan kasih—kata-kata pengampunan. Ya Tuhan, tolonglah kami menjadi seperti Anak-Mu yang mengampuni DAVE BRANON orang lain apabila diperlakukan dengan tidak adil.

Ya Kristus, Engkau sudah memikul dosa kami, Kerana Engkau mati, kini kami hidup; Kami kagum mengenal kasih seperti itu! Ya Yesus, tolonglah kami mengampuni orang. D. DEHAAN

Membalas kejahatan dengan kejahatan adalah biasa; Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah luar biasa. 10


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Lukas 23:26-34

26 Askar-askar itu membawa Yesus pergi, lalu di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon, yang berasal dari Kirene. Dia sedang memasuki kota. Askar-askar itu menangkap dia, lalu memaksa dia memikul salib Yesus dan berjalan di belakang Yesus. 27 Banyak orang mengikut Yesus dan antara mereka ada beberapa orang wanita yang menangisi dan meratapi Yesus. 28 Yesus berpaling kepada mereka dan berkata, “Wanita-wanita Yerusalem, janganlah tangisi Aku. Tangisilah diri kamu sendiri dan anak-anak kamu. 29 Masanya akan tiba apabila orang berkata, ‘Alangkah bertuahnya wanita yang tidak pernah mengandung, yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi!’ 30 Itulah masanya apabila orang akan berkata kepada gunung, ‘Timpalah kami!’ dan kepada bukit, ‘Sembunyikanlah kami!’ 31 Jika demikian yang dilakukan mereka terhadap kayu yang masih hijau, apa pula yang akan dilakukan mereka terhadap kayu yang kering?” 32 Ada pula dua orang penjahat yang akan disalibkan bersama-sama Yesus. 33 Apabila tiba di tempat yang disebut “Tengkorak,” mereka menyalibkan Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu—seorang di sebelah kanan Yesus dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. 34 Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.” Pakaian Yesus dibahagi-bahagikan antara mereka sendiri dengan membuang undi.

ILHAM Dalam misi penyelamatan Yesus, Dia sering bergaul dengan orang yang memerlukan bantuan. lnilah yang berlaku sepanjang masa pelayanan­-Nya di bumi. Dengan amat mengagumkan, perkara yang sama berterusan bahkan semasa dalam perjalanan ke Kalvari sementara Kristus berjumpa dengan jiwa-jiwa yang mempunyai lebih banyak keperluan. Simon dari Kirene memikul salib Yesus (LUKAS 23:26), tetapi rupanya dia menyambut Kristus menjadi Penyelamat peribadinya pada kemudian hari (TERSIRAT DI DALAM MARKUS 15:21). Yesus memberikan petunjuk kepada para wanita Yerusalem semasa mereka meratapi kematian-Nya yang akan berlaku tidak lama lagi (LUKAS 23:27-31), dan Dia menawarkan penyelamatan kepada seorang penjahat yang hampir mati di kayu salib yang berdekatan dengan-Nya (AYAT 39-43). Perkara yang amat dirindukan-Nya sementara Dia tergantung di kayu salib adalah agar orang yang sesat dan bersalah mendapatkan pengampunan (AYAT 34). 11


RENUNGAN untuk HARI JUMAAT

Hari ke-5

Kemenangan Daripada Kebangkitan

K

ita menyebutnya “Jumaat Agung,” tetapi tiada seorang pun

yang berdiri di sana pada masa itu akan menyebut hari Jumaat itu “agung.” Orang yang terbaik dan pernah dikenal dalam sejarah telah dipakukan pada salib buatan Roma dan dibunuh. Bagi musuh-musuh-Nya, kejadian itu merupakan kemenangan; bagi askaraskar, ia hanya pekerjaan sehari-hari mereka; BACAAN HARI INI bagi para pengikut-Nya, harapan mereka yang Lukas 23:44-56 paling cerah dan impian yang paling tinggi telah hancur. Tetapi tiada seorang pun yang menyebut Apabila tiba di Jumaat itu “agung.” tempat yang disebut Sesungguhnya, jika tiada Ahad Kebangkitan, “Tengkorak,” mereka banyak hari Jumaat akan dianggap sebagai menyalibkan Yesus. “buruk.” Ia membuat hidup kelihatan sia-sia Lukas 23:33 tanpa tujuan atau erti. Namun kemenangan Tuhan yang paling menonjol bangkit dari kubur kekalahan. Di dalam bukunya yang berjudul Idols for Destruction, Herbert Schlossberg menulis, “Kita bukan tuhan atas sejarah dan tidak dapat mengawal hasilnya, tetapi kita yakin bahawa ada Tuhan atas sejarah dan Dia mengawal segala perkara yang berlaku. Kita memerlukan tafsiran teologi terhadap bencana, yang mengenal bahawa Tuhan bertindak mahupun dalam peristiwa seperti kurungan, kekalahan dan penyaliban. Alkitab telah merekodkan satu siri kemenangan Tuhan yang menyamar sebagai bencana.” Hadapilah setiap hari dengan percaya kepada Yesus Kristus. Kemenangan Tuhan yang paling besar sering kali datang menyamar HADDON ROBINSON sebagai kekalahan.

Tujuan Tuhan adalah benar semuanya, Meskipun kita tidak melihatnya Dia mengerjakan segalanya untuk kebaikan Dan mengubah kesusahan menjadi kemenangan.

Kemenangan Tuhan yang paling menonjol bangkit dari kubur kekalahan. 12

SPER


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Lukas 23:44-56

44 Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang. 45 Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai. 46 Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!� Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal. 47 Ketua askar nampak apa yang telah berlaku. Dia memuji Allah dan berkata, “Memang Dia tidak bersalah!� 48 Apabila semua orang yang berkumpul di situ melihat apa yang telah berlaku, mereka semua pulang ke rumah sambil menebah dada kerana menyesal. 49 Semua sahabat Yesus, termasuk wanita-wanita yang telah mengikut Yesus dari Galilea, berdiri dari jauh dan menyaksikan semua perkara itu. 50-51 Ada seorang bernama Yusuf; dia berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang baik yang dihormati orang. Dia sedang menantikan masanya Allah mula memerintah. Meskipun dia anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan Majlis itu. 52 Dia menghadap Pilatus dan meminta jenazah Yesus. 53 Dia menurunkan jenazah Yesus dari salib, lalu membalutnya dengan kain linen. Setelah itu dia meletakkan jenazah Yesus di dalam kubur yang dipahat pada sebuah bukit batu. Kubur itu belum pernah digunakan. 54 Hari itu hari Jumaat dan hari Sabat hampir bermula. 55 Wanita-wanita dari Galilea yang datang dengan Yesus, mengikuti Yusuf. Mereka nampak kubur itu dan melihat bagaimana jenazah Yesus diletakkan di dalamnya. 56 Setelah itu mereka pulang, lalu menyediakan ramuan dan minyak wangi untuk jenazah Yesus. Pada hari Sabat mereka berhenti bekerja untuk mentaati perintah Taurat.

ILHAM Tirai yang koyak itu mempunyai erti yang penting. Dahulunya, orang tidak dibenarkan masuk ke Bilik Yang Maha Suci, yang dilindungi oleh tirai tersebut, tetapi kini bilik itu terbuka untuk semua. 13


RENUNGAN untuk HARI SABTU

Hari ke-6

Bukti Yang Nyata Sekali

A

lkitab berkata bahawa Yesus telah “menunjukkan diri dengan

nyata sekali kepada rasul-rasul itu, sehingga tidak dapat diragukan lagi bahawa Dia benar-benar hidup” (KISAH RASUL-RASUL 1:3). Catatan Lukas ini bukan sahaja satu kenyataan yang bersejarah. Ia merupakan cabaran kepada semua pengkritik yang menafikan Tuhan Yesus Kristus bangkit di dalam BACAAN HARI INI tubuh. Lukas membuat kenyataan yang Kisah Rasul 1:1-11 mengagumkan serta menghairankan bahawa Yesus hidup, tambahan lagi Dia dilihat oleh … banyak kali Yesus ramai sekali orang, dan kebangkitan-Nya menunjukkan diri disahkan oleh banyak sekali bukti yang sangat dengan nyata sekali meyakinkan. kepada rasul-rasul Pada hari ini, hampir 2,000 tahun selepas itu, sehingga tidak itu, doktrin mengenai kebangkitan Tuhan kita dapat diragukan lagi daripada kematian di dalam tubuh masih bahawa Dia benarditentang secara berterusan. Tidak hairanlah, benar hidup. kerana doktrin ini bagaikan batu yang terutama Kisah Rasul-Rasul 1:3 dalam gerbang agung seluruh doktrin Kristian. Kebangkitan Yesus daripada kematian berkait rapat dengan keteguhan atau kejatuhan seluruh struktur doktrin Kristian. Jika kebangkitan itu dinyatakan salah, agama Kristian akan jatuh ke tanah dan kesahihannya lebih rapuh daripada mitos yang paling lemah antara semua mitos Yunani dan Roma purba. Iblis mengetahui perkara ini. Oleh itu, serangannya yang paling awal dan sering terhadap kebenaran Kristus adalah yang berkaitan dengan kebangkitan-Nya secara tubuh. Kebolehpercayaan iman Kristian kita adalah berdasarkan pada bukti yang “nyata sekali … sehingga tidak dapat M. R. DEHAAN, M.D. diragukan lagi” bahawa Yesus benar-benar hidup.

Kristus telah hidup! Kubur yang kosong menyerukan karya-Nya yang menang; Orang yang menaruh iman kepada-Nya Tidak dicederakan oleh neraka atau kematian. P. T. N.

Oleh sebab Kristus hidup, kita tidak perlu takut pada kematian. 14


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Kisah Rasul-Rasul 1:1-11

1 Saudara Teofilus yang terhormat. Di dalam kitab saya yang pertama,

saya telah menerangkan segala perkara yang dilakukan dan diajarkan oleh Yesus, sejak Dia memulakan pekerjaan-Nya, 2 sehingga pada hari Dia diangkat ke syurga. Sebelum Yesus diangkat ke syurga, Dia dengan kuasa Roh Allah memberikan petunjuk kepada rasul-rasul yang telah dipilih-Nya. 3 Selama empat puluh hari setelah kematian-Nya, banyak kali Yesus menunjukkan diri dengan nyata sekali kepada rasul-rasul itu, sehingga tidak dapat diragukan lagi bahawa Dia benar-benar hidup. Mereka melihat Dia, dan Dia berkata-kata dengan mereka tentang Pemerintahan Allah. 4 Apabila mereka berkumpul, Yesus memberikan arahan ini kepada mereka, “Janganlah tinggalkan Yerusalem, tetapi tunggulah pemberian yang sudah dijanjikan oleh Bapa-Ku, dan yang sudah Aku beritahukan kamu dahulu. 5 Yohanes membaptis kamu dengan air, tetapi beberapa hari lagi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah.” 6 Apabila rasul-rasul itu berkumpul dengan Yesus, mereka bertanya kepada-Nya, “Tuhan, adakah sekarang Tuhan mahu memulihkan Pemerintahan bangsa Israel?” 7 Yesus menjawab, “Kamu tidak perlu mengetahui masa dan waktu yang sudah ditetapkan oleh Bapa-Ku, kerana hal itu hak-Nya. 8 Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi.” 9 Setelah Yesus berkata demikian, Dia diangkat ke syurga, sementara mereka memandang Dia. Lalu awan menutupi Dia daripada pandangan mereka. 10 Mereka masih memandang ke langit sementara Yesus diangkat, apabila dengan tiba-tiba dua orang berpakaian putih berdiri di sisi mereka. 11 “Hai orang Galilea,” kata kedua-dua orang itu, “mengapa kamu berdiri menengadah ke langit? Yesus, yang kamu lihat diangkat ke syurga, akan kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat tadi.”

15


RENUNGAN untuk HARI AHAD

Hari ke-7

Keterbatasan Penglihatan

“M

elihat baru percaya,” menurut kata pepatah lama. Tetapi jika kita percaya hanya pada apa yang kita nampak, kita tidak akan mengenal Tuhan atau mengalami kehadiranNya. Saya pergi ke England semasa wabak Penyakit Kuku dan Mulut sedang memuncak. Di rumah, saya telah membaca BACAAN HARI INI cerita-cerita dalam terbitan surat khabar Yohanes 20:19-31 mengenai kesan yang amat menyedihkan daripada penyakit ini kepada para penternak. Berbahagialah Saya telah melihat laporan televisyen tentang orang yang percaya binatang ternakan yang disembelih lalu dibakar meskipun tidak dan dikuburkan sebagai usaha untuk melihat Aku! menghentikan kemerebakan penyakit ini. Tetapi Yohanes 20:29 semasa saya menaiki kereta api yang berangkat dari London ke Devon, saya melihat banyak kawanan kambing biri-biri yang sihat dan kawanan lembu di padang. Saya tidak melihat apa-apa tanda amaran mengenai penyakit itu. Manakah yang harus saya percayai, mata saya atau laporan-laporan daripada sumber yang dipercayai? Selepas Yesus dibangkitkan daripada kematian, Tomas tidak mahu mempercayai laporan-laporan yang menyatakan bahawa Yesus hidup. Dia berkata bahawa kecuali dia sendiri menyentuh bekas paku pada tangan Yesus dan luka di rusuk-Nya, kalau tidak dia tidak akan percaya (YOHANES 20:24-25). Apabila Tuhan menampakkan diri kepada para pengikut-Nya lapan hari kemudian, Yesus berkata kepada Tomas, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku” (AYAT 29). Meskipun kita belum pernah melihat Yesus, dengan iman kita percaya pada laporan saksi-saksi yang boleh dipercayai, kita berpegang erat kepada DAVID MCCASLAND Tuhan yang hidup, dan kita percaya.

Dengan iman aku tahu siapa yang aku percaya, Aku tahu anugerah Tuhan sudah kuterima, Aku tahu Dia memelihara aku selama-lamanya, Itulah Dia—Penyelamatku, Penebusku, dan Sahabatku.

P. T. N.

Iman melihat apa yang tidak dilihat oleh mata kasar. 16


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Yohanes 20:19-31

19 Pada hari Minggu itu juga, apabila hari sudah petang, pengikutpengikut Yesus berkumpul di sebuah rumah dengan pintu yang terkunci, kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. Kemudian Yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, “Salam sejahtera!” 20 Setelah berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka. Barulah mereka bersukacita melihat Tuhan. 21 Yesus berkata kepada mereka lagi, “Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu.” 22 Kemudian Yesus menghembuskan nafas-Nya kepada mereka dan berkata, “Terimalah Roh Allah. 23 Sesiapa yang dosanya kamu ampunkan, orang itu diampuni oleh Allah. Sesiapa yang dosanya tidak kamu ampunkan, orang itu tidak diampuni oleh Allah.” 24 Tomas (yang disebut Si Kembar), seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, tidak bersama-sama mereka ketika Yesus datang. 25 Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, “Kami sudah melihat Tuhan!” Tetapi Tomas menjawab, “Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.” 26 Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Semua pintu terkunci, tetapi Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Salam sejahtera!” 27 Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!” 28 Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” 29 Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!” 30 Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini. 31 Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepadaNya, kamu beroleh hidup sejati.

17


RENUNGAN untuk HARI ISNIN

Hari ke-8

Pemenang Yang Agung

S

iapakah yang tidak diilhami oleh seorang pelumba yang kembali berlari selepas jatuh dan kelihatannya tidak boleh lari lagi! Namun pelari yang tersandung dan jatuh itu bergerak dengan perlahanlahan untuk maju bersama dengan pelari-pelari lain, akhirnya dia berjaya menjadi orang pertama yang sampai di garis penamat. Hal ini memang membuat kita semua terpegun. BACAAN HARI INI Inspirasi sedemikian merangsang orang Ibrani 12:1-9 Kristian yang mendapatkan keberanian daripada teladan Tuhan dan Penyelamatnya. Tiada sesiapa Alangkah malangnya pernah menderita penghinaan seperti Yesus, aku ini! Siapakah namun Dia pulih semula. Dia pernah dihina, yang dapat diludahi, disebat, dipukul dan dipakukan pada menyelamatkan aku kayu salib. Selepas kesengsaraan-Nya, rusuk-Nya daripada tubuh ini dicucuk dengan tombak. Orang yang membunuh yang membawa aku Dia mengesahkan komplot mereka sudah berjaya kepada kematian? dan mengumumkan bahawa Dia sudah mati. Roma 7:24 Askar-askar mengawal kubur-Nya. Siapakah lagi yang pernah mengalami kejatuhan dan kekalahan yang lebih dahsyat daripada itu? Bagaimanapun, kejadian itu bukan penghujungnya! Tiga hari kemudian, Yesus bangkit dari kubur dan menampakkan diri kepada ramai pengikut-Nya. Dia menjadi pemenang dalam perjuangan-Nya atas maut, dosa dan neraka. Adakah anda berasa tidak berdaya lagi dalam perlumbaan hari ini? Adakah anda tersandung dan jatuh dengan dahsyatnya? Jika demikian, pandanglah kepada penderitaan Yesus. Lihatlah kebangkitan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk memberi anda kemenangan. Bayangkan apa yang dapat diberikan-Nya kepada anda, meskipun kejatuhan anda pada masa ini amat teruk! Tuhan kita adalah pemenang yang agung. MART DEHAAN Tuhan kita merupakan teladan agung Yang berkuasa mengatasi segala sesuatu; Kekuatan yang membangkitkan Dia dari kubur Memberi harapan dalam hidup yang sukar. BRANON

Yesus mati untuk menyelamatkan kita, dan Dia hidup untuk memelihara kita. 18


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Ibrani 12:1-9

1

Sedangkan bagi kita, di sekeliling kita ada banyak saksi. Oleh itu, marilah kita buang segala halangan yang menghalang kita dan dosa yang berpaut pada kita. Marilah kita tempuh perlumbaan di hadapan kita dengan tekun. 2 Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah. 3 Fikirkanlah betapa beratnya penderitaan yang dialami oleh Yesus, kerana orang berdosa sangat membenci Dia! Oleh itu janganlah berkecil hati dan putus asa. 4 Dalam perjuangan kamu melawan dosa, kamu belum pernah melawan sehingga dibunuh. 5 Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya: “Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu, dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu. 6 Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak.” 7 Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya? 8 Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram. 9 Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup.

ILHAM Tempat ‘’di sebelah kanan takhta Allah” (AYAT 2) adalah tempat yang berkuasa dan berwibawa. Yesus yang ditempatkan di situ oleh Bapa menunjukkan kepuasan hati Allah terhadap pencapaian Kristus. Dia telah menanggung penderitaan, membayar hutang dosa kita, dan mengalahkan kematian, sehingga kini Dia diagungkan kepada “kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain” (LIHAT JUGA FILIPI 2:5-11). 19


RENUNGAN untuk HARI SELASA

Hari ke-9

Memikul Salib

S

alib. Pada hari ini kita melihatnya sebagai bahan kayu yang kasar, peralatan yang menyalibkan Yesus Kristus. Tetapi sebelum para pengikut-Nya mendapat pengertian sedikit pun bahawa Yesus akan mati sedemikian rupa, Dia menyebutkan salib dalam pengajaran-Nya. Semasa Dia berdiri dekat Tasik Galilea, dan mempersiapkan para pengikut-Nya untuk BACAAN HARI INI “Pergilah kepada orang Israel, yang seperti Matius 10:24-39 domba yang sesat” (MATIUS 10:6), Yesus memberitahu mereka, “Sesiapa yang tidak mahu memikul Sesiapa yang tidak salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi mahu memikul pengikut-Ku” (AYAT 38). salibnya dan Mereka tidak mengaitkan salib dengan mengikut Aku, kematian Yesus yang akan berlaku tidak lama tidak layak menjadi lagi, tetapi mereka tahu apa yang dilambangkan pengikut-Ku. oleh salib. Penyaliban adalah cara yang biasa Matius 10:38 untuk menjalankan hukuman mati. Para pengikut mempunyai gambaran yang jelas tentang kesakitan, hukuman dan kesengsaraan yang dilambangkan oleh salib. Memikul salib bererti melalui perjalanan hidup yang paling sukar. Oleh itu, mengapakah Yesus minta pengikut-Nya memikul salib? Kerana Dia inginkan pengikut yang rela menanggung penderitaan ketika melayani Dia. Tidak lama lagi, Yesus akan dibunuh, dan para pengikut-Nya sendiri harus meneruskan perkhabaran-Nya. Penyerahan yang penuh diperlukan supaya para pengikut dapat bertahan terhadap kuasa-kuasa yang berusaha untuk mendiamkan Injil. Itulah cabaran kita sehingga hari ini. Adakah kita rela untuk memikul salib dan menyangkal diri untuk melayani Kristus? Tugas itu besar, tetapi DAVE BRANON ia memberikan ganjaran yang kekal. Adakah aku askar bagi salib? Pengikut bagi Anak Domba? Adakah aku takut berjuang untuk-Nya Atau malu menyebut nama-Nya? WATTS

Selepas Kristus melakukan segalanya untuk kita, mengapa pula kita tidak memberikan yang terbaik kepada-Nya? 20


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Matius 10:24-39

24 Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya, dan tidak ada hamba yang lebih besar daripada tuannya. 25 Seorang murid haruslah puas hati menjadi seperti gurunya, dan seorang hamba haruslah puas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga diberikan nama Beelzebul, tentu anggota keluarganya akan diberikan nama yang lebih buruk lagi!” 26 “Janganlah takut akan manusia. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan. 27 Apa yang Aku katakan kepada kamu secara sulit, hendaklah kamu ulangi di hadapan orang ramai. Apa yang dibisikkan di telinga kamu, umumkanlah seluas-luasnya! 28 Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka. 29 Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu. 30 Rambut di kepala kamu pun sudah dihitung semuanya. 31 Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!” 32 “Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga. 33 Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.” 34 “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan. 35 Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mentua mereka. 36 Demikianlah, musuh terbesar seseorang ialah anggota keluarganya sendiri. 37 Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. 38 Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. 39 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati.”

21


RENUNGAN untuk HARI RABU

Hari ke-10

Mati Dahulu, Hidup Kemudian

S

alib pada zaman Roma direka untuk menjatuhkan hukuman mati.

Ia tidak ada kegunaan yang lain. Jadi, apakah yang dimaksudkan Yesus apabila Dia berkata bahawa sesiapa yang ingin mengikut Dia mesti “memikul salib tiap-tiap hari”? (LUKAS 9:23). Dia tidak bermaksud bahawa kita semua harus disalibkan. “Salib” yang disebut-Nya itu adalah tindakan mematikan keinginan hati kita sendiri BACAAN HARI INI dan berserah dengan tenang kepada kehendak Lukas 9:18-26 Tuhan. Kematian seperti itu bermaksud menyangkal Sesiapa yang hendak keperluan kita akan rumah yang lebih besar, mengikut Aku keinginan akan anak-anak yang lebih taat, suami mesti melupakan atau isteri yang lebih memahami. Ia bermaksud kepentingan sendiri, bertahan menghadapi salah faham, keaiban, dan memikul salib kehilangan harga diri. Ia bermaksud menerima tiap-tiap hari dan keadaan kita yang tidak dapat diubah. Amy mengikut Aku. Carmichael, seorang penginjil dan penyajak yang Lukas 9:23 banyak mengalami kesakitan dan penderitaan, menulis, “Ada ketenangan dalam penerimaan.” Yesus berkata bahawa kita mesti memikul salib setiap hari. Kita harus bangun dengan ceria pada setiap pagi, dan memikul beban dengan berani, kerana ada lagi perkara lain yang berlaku “setiap hari.” Perkara itu merujuk kepada kasih Tuhan yang tidak berkesudahan dan yang cukup kerana kuasa-Nya nyata sekali pada masa kita lemah (2 KORINTUS 12:9), dan Dia tidak akan meninggalkan atau membiarkan kita (IBRANI 13:5). Dia berjanji bahawa melalui kematian tubuh kita yang fana, Dia akan memberi kita hidup yang kelimpahan (1 KORINTUS 15:53-57). Adakah anda rela mati terlebih dahulu untuk hidup kemudian? DAVID ROPER

Hari demi hari, berjuang dalam peperangan, Hari demi hari, melakukan kehendak-Mu, Hari demi hari, memikul salib, Tetap setia kepada-Mu. FISHER

Ada ketenangan dalam penerimaan. 22


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Lukas 9:18-26

18 Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikutpengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?” 19 Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. Ada juga yang berkata Elia. Tetapi yang lain berkata salah seorang nabi dahulu kala yang sudah hidup semula.” 20 “Tetapi menurut kamu siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah.” 21 Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun.” 22 Dia berkata juga, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan.” 23 Setelah itu Dia berkata kepada orang ramai, “Sesiapa yang hendak mengikut Aku mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib tiaptiap hari dan mengikut Aku. 24 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati. 25 Apa gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati ataupun dihukum? 26 Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, maka Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya dan dengan kemuliaan Bapa serta kemuliaan malaikat-malaikat yang suci!

ILHAM Meskipun frasa “Anak Manusia” (AYAT 22,26) bukan sahaja muncul dalam kitab Berita Baik yang disampaikan oleh Lukas, gelaran ini membentuk tema ceritanya. Berita Baik yang disampaikan oleh Matius memberikan tumpuan kepada Kristus sebagai “Raja Orang Yahudi,” sementara Markus melihat Dia sebagai “Tuhan yang menjadi Hamba,” dan Yohanes memaparkan Penyelamat itu sebagai “Anak Allah.” Dalam cara Lukas menceritakan kisah tersebut, kemanusiaan Kristus dinyatakan. Oleh itu “Anak Manusia” merupakan tema yang sesuai untuk menggambarkan Yesus. 23


RENUNGAN untuk HARI KHAMIS

Hari ke-11

Ketakutan Dan Sukacita Besar

M

aria dan wanita-wanita yang pergi bersama-samanya ke

kubur Yesus tidak menduga peristiwa yang berlaku di kuburan. Mereka pergi ke sana pada awal pagi untuk melumuri jenazah Sahabat mereka dengan ramuan—tanpa mengetahui cara untuk masuk ke dalam kubur. Tetapi semasa mereka menghampiri kubur, mereka terkejut untuk melihat bahawa batu penutup BACAAN HARI INI yang besar itu sudah digulingkan dari pintu Matius 28:1-10 kubur. Lebih hebat lagi, mereka melihat seorang malaikat duduk di atas batu tersebut. Dengan Tidak hairanlah mereka berasa kagum dan cepat mereka takut. Tetapi mereka juga merasakan sukacita meninggalkan yang besar selepas malaikat Tuhan menjemput kubur itu; mereka mereka melihat di dalam kubur yang kosong. takut tetapi juga Kemudian malaikat itu memberitahu mereka bersukacita. pergi dan memberitahu para pengikut yang lain Lalu mereka lari bahawa Yesus sudah bangkit. memberitahu Berita ini mula dikhabarkan hampir 2,000 pengikut-pengikut tahun yang lalu. Namun sebagai pengikut Yesus Yesus. Matius 28:8 pada hari ini, kita takut tetapi juga bersukacita untuk berkongsi berita baik ini. Kita sangat bersukacita kerana Yesus hidup, tetapi kita juga berasa tidak selesa untuk memberitahu orang lain mengenai Dia. Para wanita itu amat kagum ketika melihat dan mendengar seorang malaikat di tepi kubur yang terbuka, tetapi ketakutan kita adalah berbeza. Kita takut akan pendapat orang lain mengenai kita apabila kita memberitahu mereka bahawa Kristus sudah bangkit. Tetapi seperti Maria dan wanita-wanita yang lain, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu orang lain tentang berita baik itu. Roh Tuhan akan memberi kita keberanian untuk mengatasi ketakutan dan berkongsi sukacita besar DAVE BRANON yang kita miliki.

Alangkah sukacitanya–Tuhan kita sudah bangkit! Kematian dikalahkan oleh Anak Tuhan; Berilah kami keberanian, ya Tuhan, untuk memberitakan-Mu; Pimpinlah kami kepada orang yang mencari-Mu. D. DEHAAN

Berita Baik tentang kebangkitan Yesus terlalu baik untuk disimpan bagi diri sendiri sahaja. 24


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Matius 28:1-10

1

Setelah hari Sabat berlalu dan fajar mula menyingsing pada hari Ahad, Maria Magdalena dan Maria yang lain pergi melihat kubur Yesus. 2 Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat. Malaikat Tuhan turun dari syurga, menggulingkan batu penutup kubur itu lalu duduk di atasnya. 3 Rupa malaikat itu terang seperti kilat dan pakaiannya putih seperti salji. 4 Askar-askar pengawal di situ begitu ketakutan sehingga mereka gementar lalu rebah seperti orang mati. 5 Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu. 6 Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah Yesus diletakkan. 7 Sekarang, cepatlah pergi dan beritahu pengikut-pengikut-Nya, ‘Dia sudah dibangkitkan daripada kematian, dan sekarang Dia pergi ke Galilea terlebih dahulu daripada kamu. Di sana kamu akan melihat Dia.’ Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu.” 8 Dengan cepat mereka meninggalkan kubur itu; mereka takut tetapi juga bersukacita. Lalu mereka lari memberitahu pengikut-pengikut Yesus. 9 Tiba-tiba Yesus datang menemui wanita-wanita itu dan berkata, “Sejahteralah kamu.” Mereka menghampiri Dia, memegang kaki-Nya, dan menyembah Dia. 10 “Janganlah takut,” kata Yesus kepada mereka, “pergilah beritahu saudara-saudara-Ku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan melihat Aku.”

ILHAM Sebenarnya, ada enam orang yang bernama Maria di dalam Perjanjian Baru. Maria, ibu Yesus (LUKAS 1–2), Maria Magdalena (MATIUS 28:1), Maria dari Betania, iaitu saudara Lazarus (YOHANES 12:1-6), Maria, ibu Yakobus (MARKUS 16:1), Maria, ibu Yohanes Markus (KISAH RASUL-RASUL 12:12), dan Maria, seorang hamba yang setia di gereja yang terletak di Roma (ROMA 16:6). 25


RENUNGAN untuk HARI JUMAAT

Hari ke-12

Adakah Kamu Mengasihi Aku?

K

etika anak perempuan kami berumur 4 tahun, pada suatu hari, kaki kecilnya mengayuh basikal dengan cergas di dalam rumah. Semasa dia menuju ke arah pintu depan, dengan tiba-tiba dia memijak brek lalu berpusing-pusing. Lalu dengan ceria dia berseru, “Saya sayang mak!” Kemudian dia bangun dan berlari-lari lagi. Anak ini memang boleh melembutkan hati ibu bapa! BACAAN HARI INI Bayangkan suasana yang sama tetapi dengan Yohanes 21:15-22 keadaan yang berlainan. Sekiranya seorang anak sudah dipanggil sebanyak tiga kali supaya datang Adakah kamu lebih ke meja makan. Lihatlah dia berhenti dan mengasihi Aku berkata, “Saya sayang mak,” tetapi dengan segera daripada semua dia berpaling kepala dan berlari keluar dari pintu orang ini mengasihi depan. Dalam suasana seperti itu, kata-kata Aku? Yohanes 21:15 tersebut tidak dapat menghiburkan hati sesiapa! Tuhan kita pun mencari kata-kata “Aku sayang Engkau” ditunjukkan dalam perbuatan anak-anak-Nya. Apabila Dia bertanya kepada Petrus, “Adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” (YOHANES 21:15), Dia tidak berpuas hati dengan kata-kata yang sepintas lalu seperti, “Tentu sekali, Tuhan, Engkau tahu aku mengasihi Tuhan!” Dia memberikan respons kepada jawapan pengikut-Nya dengan berkata, “Petrus, jika kamu mengasihi Aku, peliharalah mereka yang Aku kasihi. Petrus, jika kamu mengasihi Aku, ikutlah Aku.” Apakah yang anda katakan sekiranya Tuhan bertanyakan soalan yang sama kepada anda? Adakah anda menjawab, “Ya, Tuhan, aku mengasihi Engkau”? Kata-kata itu akan menyenangkan hati Bapa jika anda anak yang MART DEHAAN taat.

Lebih mengasihi-Mu, ya Kristus, lebih mengasihi-Mu! Dengarlah doaku yang aku ucapkan dengan berlutut; lnilah permohonanku: Lebih mengasihi Engkau, ya Kristus, Lebih mengasihi-Mu, lebih mengasihi-Mu. PRENTISS 26

Mengasihi Tuhan bererti mentaati Tuhan.


BACAAN ALIKITAB HARI INI

Yohanes 21:15-22

15 Setelah mereka makan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, “Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah anak-anak domba-Ku.” 16 Untuk kali kedua Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah domba-domba-Ku.” 17 Untuk kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?” Petrus sedih kerana Yesus bertanya tiga kali kepadanya, “Adakah kamu mengasihi Aku?” Oleh itu Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan mengetahui semuanya. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan!” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah domba-domba-Ku. 18 Apa yang Aku katakan ini benar: Semasa kamu masih muda, kamu mengikat tali pinggang lalu pergi ke mana sahaja kamu mahu. Tetapi semasa kamu tua, kamu akan menghulurkan tangan lalu seorang lain akan mengikat kamu dan membawa kamu ke tempat yang kamu tidak mahu pergi.” 19 (Dengan kata-kata ini Yesus menunjukkan bagaimana Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Allah.) Lalu Yesus berkata kepada Petrus, “Ikutlah Aku!” 20 Petrus berpaling dan melihat pengikut yang dikasihi oleh Yesus sedang mengikuti mereka. Dialah pengikut yang duduk dekat Yesus pada waktu makan dan bertanya kepada-Nya, “Ya Tuhan, siapakah yang akan mengkhianati Tuhan?” 21 Ketika Petrus melihat dia, Petrus bertanya kepada Yesus, “Tuhan, bagaimana dengan orang ini?” 22 Yesus menjawab, “Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu? Tetapi kamu, ikutlah Aku!”

ILHAM Tiga pengakuan kasih yang diminta oleh Yesus daripada Petrus selari dengan tiga penafian pengikut tersebut semasa Kristus menderita. 27


Dua Penjahat Penyaliban merupakan satu hukuman yang kejam. Tali jenis kulit atau paku digunakan untuk menggantungkan seorang yang dihukum pada sebatang tiang. Seperti binatang yang terjerat di dalam pagar berduri, si mangsa masih boleh hidup selama beberapa hari dengan menanggung kesakitan yang mengerikan. Biasanya, kematian berlaku kerana si mangsa tiada lagi kekuatan untuk menarik nafas akibat digantung pada tangannya. Tiga orang pada tiga kayu. Pada musim bunga tahun 33 tm, penyaliban tiga orang di luar tembok kota Yerusalem telah mengubah arah sejarah dunia. Orang Roma yang melaksanakan hukuman mati menukul paku menembusi pergelangan tangan dan mata kaki tiga orang lelaki, dan membiarkan mereka mati. Peristiwa seumpama itu lazim berlaku di Timur Tengah. Bagaimanapun, lebih daripada 2,000 tahun selepas masa itu, dunia masih mempercakapkan tiga kematian tersebut. Saya mendapat penerangan darihal kepentingan kematian itu dalam suatu halaman kosong sebuah Alkitab yang sudah lama. Seseorang telah menulis dengan perkataan yang amat baik untuk diingat: “Satu orang mati kerana kesalahannya dan dia mati dalam dosa. Orang kedua mati kerana kesalahannya tetapi dia diampuni. Yang ketiga mati kerana dosa orang, tetapi dia tidak pernah berbuat dosa.� Sejak menemukan petikan itu, saya telah berpegang padanya sebagai satu gambaran yang sederhana tetapi amat bermakna mengenai beberapa perbezaan yang kita semua harus mengerti. Satu orang mati kerana kesalahannya dan dia mati dalam dosa.

Dia ialah penjahat pertama yang dihukum bunuh pada hari itu. Menurut undang-undang negara itu, dia telah dijatuhi hukuman yang layak diterimanya. Dia telah diadili dan dihukum oleh seorang hakim yang bertindak atas wibawa Kaisar Roma, bagaikan rumah yang tidak lagi sesuai untuk didiami. 28


Penjahat yang pertama kelihatannya mati sebagai orang yang marah. Kemungkinan dia marah dengan diri sendiri kerana tertangkap. Barangkali dia marah terhadap hakim yang menjatuhkan hukuman kepadanya. Kemungkinan juga dia marah terhadap semua orang yang telah mengecewakan dia selama itu, terutamanya terhadap Yesus yang tergantung di sisinya tanpa kesalahan. Penjahat yang pertama bukan seorang sahaja yang membenci Yesus. Orang lain pun bersetuju dengan dia. Memang mudah untuk marah terhadap seseorang yang mengaku dirinya sebagai cahaya dan harapan bagi dunia ini—lalu tergantung seperti penjenayah biasa, tidak pun dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Penjahat yang pertama marah terhadap Yesus kerana Dia tidak dapat menolong diri-Nya sendiri ataupun orang lain (LUKAS 23:39), akhirnya penjahat itu mati kerana dosanya sendiri dan mati dalam dosa.

Satu orang mati kerana berdosa tetapi dia diampuni. Ada satu lagi

penjahat dihukum mati pada hari itu. Pada mulanya dia mengejek dan menghina Yesus seperti orang lain. Untuk sementara waktu, dia juga mencabar Yesus dengan ejekan supaya Dia menyelamatkan diri-Nya sendiri dan mereka, sekiranya Dia benar-benar Mesias yang dijanjikan (MATIUS 27:37-44). Bagaimanapun, apabila hari hampir gelap, penjahat yang kedua berubah hati. Dengan berpaling kepada penjahat yang pertama, dia berkata, “ ‘Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati. Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!’ Lalu dia berkata kepada Yesus, ‘Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuan menjadi Raja!’ Yesus berkata kepadanya, ‘Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus’ ” (LUKAS 23:32-43). Mungkin itulah salah satu perbualan terpenting yang pernah dicatat. Beberapa perkataan itu menunjukkan perkara yang diisytiharkan oleh semua bahagian lain di dalam Perjanjian Baru. Pengampunan dosa dan kehidupan kekal diberikan kepada sesiapa pun yang percaya kepada Yesus untuk mendapat pengampunan bagi dosa mereka. Tiada syarat lain. Kepercayaan sahaja kepada Kristus akan menentukan kehidupan kekal kita (YOHANES 3:16-18; KISAH RASUL-RASUL 16:31; ROMA 4:5; EFESUS 2:8-9; TITUS 3:5). 29


Penjahat yang kedua tidak ada masa untuk membersihkan hidupnya. Dia tiada masa untuk berbuat apa-apa kecuali percaya kepada Yesus. Dalam proses itu, dia memberi kita semua suatu gambaran yang hidup akan cara untuk menjadi anggota keluarga Tuhan yang kekal. Sebagai respons kepada pernyataan iman yang paling sederhana, Yesus meyakinkan penjahat yang kedua itu mengenai pengampunan. Walaupun dia mati kerana berdosa, tetapi kini dia diampuni. Tuhan kita sebagai hakim bagi alam semesta ini telah memikul kesalahan dari bahu penjahat yang kedua, dan meletakkannya di atas Yesus, penanggung dosa kita.

Satu orang mati kerana dosa orang, tetapi dia tidak pernah berbuat dosa. Yesus menanggung kesalahan dunia pada hari itu. Dia

tidak pernah pun berbuat dosa, namun Dia mati dengan memikul beban dosa dunia ini. Tiga hari kemudian, Dia bangkit daripada kematian untuk menunjukkan bahawa meskipun kematian-Nya amat menyedihkan serta menyakitkan, ia bukan suatu kesilapan. Dengan tubuh yang berbekas paku dan tubuh yang dibangkitkan, Yesus memberikan segala bukti yang diperlukan kepada ratusan pengikut-Nya untuk percaya bahawa Dia telah mengganti mereka dengan mengorbankan diri. Hukuman Tuhan sudah dijatuhkan pada diri-Nya dan bukan atas kita. Perkara yang saya kagumi adalah hakikat bahawa inilah kisah kita. Kita pernah berada di sana. Kita hadir di sana kerana Tuhan ada di sana bagi pihak kita, untuk menanggung dosa kita. Kita juga di sana kerana semua kita akan memberikan jawapan sama ada seperti penjahat yang pertama ataupun yang kedua. Kata-kata yang anda ingin katakan tidak memberikan perbezaan; iman itulah yang membawa perbezaan. Jika anda tidak memiliki iman, tetapi menginginkannya, mohonlah kepada Tuhan untuk memberikannya kepada anda. Anda bukan orang yang pertama untuk berseru, “Saya percaya, tetapi iman saya kurang. Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi!� (MARKUS 9:24).

30


Bapa yang di syurga, terima kasih kerana menolong kami melihat bahawa inilah cerita-Mu. Dalam kesengsaraan Anak-Mu, kami melihat penderitaan-Mu dan kasih-Mu untuk kami. Dalam kematian-Nya, kami melihat penebusan-Mu bagi kesalahan kami, dan pengampunan yang Engkau berikan. Dalam kebangkitan-Nya, kami melihat janji-Mu bahawa Engkau sungguh berkenan kepada harga yang telah dibayar-Nya untuk kami. Ya Bapa, terima kasih juga kerana menolong kami melihat bahawa inilah cerita kami. Melalui penjahat yang pertama, kami melihat bayangan diri sendiri. Reaksi pertama kami adalah membenci Engkau, menolak kasih-Mu, dan membiarkan kemarahan menjauhkan kami daripada-Mu dan orang lain. Terima kasih kerana Engkau melembutkan hati kami agar kami juga dapat melihat diri kami dalam penjahat yang kedua, yang insaf sebelum segalanya menjadi terlambat.

31


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.