BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 1
23/04/2020 11:52 AM
Kandungan Hukum Ciptaan
6
Hukum Tuaian
7
Hukum Roh Hidup
8
Hukum Pemulangan Berkurangan
10
Ciptaan Seksualiti
10
Prinsip Pencipta #1 Ketahui Tujuan Tuhan
15
Prinsip Pencipta # 2 Hargai Identiti Diri
17
Prinsip Pencipta # 3 Persediaan Tuhan untuk Anda
19
Prinsip Pencipta # 4 Batasan Tuhan dalam Seksualiti 22 Prinsip Pencipta # 5 Tetapkan Keutamaan Anda
33
Cadangan dan Penerapan
36
Tentang Penulis
37
|3|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 3
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
Model Seksualiti Pengenalan Tujuan Buku ini Ditulis Peristiwa ini berlaku pada Disember 1993. Keluarga saya termasuk anak perempuan saya, Anna yang berumur 11 tahun sedang bersantai di kawasan peranginan pantai di Mersing, Johor. Pada waktu itu, saya sedang mengalami kemurungan; keluarga saya mengambil keputusan untuk meluangkan masa untuk berehat. Pada satu hari semasa berjalan di tepi pantai, Anna bertanya kepada saya “Abah, adakah benar Abah dan Umi perlu tidur bersama untuk mendapatkan saya?” Sejak kecil, kami telah menggalakkan anak sulung kami supaya mengajukan pertanyaan tentang alam di sekelilingnya. Pada ketika itu, kami tiba-tiba tersedar bahawa anak kami telah menjadi semakin matang dalam pemikirannya.” Saya terus menjawab “Ya, betul nak. Abah akan memberitahu Anna satu persatu bagaimana Tuhan telah memberkati kami dengan kehadiranmu.” Beberapa minggu dan bulan selepas itu, saya telah membaca beberapa buah buku yang bermanfaat. Akibatnya, saya telah membuat beberapa buah diagram dan gambar rajah untuk menolong saya mengajar Anna cara bagaimana Tuhan mencipta seksualiti di dalam setiap individu dan juga keluarga. Begitulah wujudnya buku ini - Seksualiti: Prinsip dan Tujuan Tuhan. Dalam gereja saya, setiap kanak-kanak yang berusia 10-12 tahun akan diberi tunjuk ajar dengan menggunakan buku ini. Sekarang Anna sudah berusia 35 tahun. Dua anak puteri saya yang telah membesar di atas dasar-dasar daripada buku ini dan sudah berumah tangga. Berkat-berkatnya adalah: |4|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 4
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
1. Mereka telah berazam untuk memuliakan Tuhan dengan hidup
mereka, termasuklah badan mereka.
2. Mereka tidak memandang ringan terhadap seksualiti mereka
tetapi menikmati setiap persahabatan mereka yang tersedia
ada. 3. Mereka telah mengambil pendirian teguh di dalam keadaan
masyarakat yang memandang ringan tentang seksualiti dan
yang saling menyakiti dalam perbuatan seks luar nikah,
pornografi, homoseksual dan LGBT.
Ketagihan seks adalah sesuatu perkara yang sungguh menakutkan! Di luar sana, anak-anak muda seolah-olah menikmati seks luar nikah; namun sebenarnya mereka saling mendera dan saling menyakiti secara diam-diam. Akhirnya mereka terperangkap, tersilap langkah lalu terjerumus. Tambahan pula, media sosial memburukkan keadaan dengan menabur fahaman bahawa seks luar nikah adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan – kepalsuan yang terlalu menggodakan. Terdapat fahaman ekstrem yang sebaliknya juga – menganggap seks sebagai sesuatu perkara yang menjijikkan - ini tidak menyenangkan. Fahaman sebegini adalah palsu dan sangat lazim terdapat dalam pasangan suami-isteri. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat menikmati hubungan seksual mereka yang benar dalam pernikahan. Lebih memburukkan lagi, pemikiran mereka yang terganggu dengan fantasi dan pornografi, mengakibatkan mereka berada dalam keadaan berisiko tinggi dan berkemungkinan tergoda melakukan hubungan curang. Perkara-perkara begini menonjolkan kepentingan buku ini: Sikap tidak mengambil peduli adalah satu pilihan, namun akibatnya harus
|5|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 5
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
ditanggung diri sendiri. Persekitaran kita dipenuhi dengan hubungan yang retak dan keluarga yang berpecah-belah. Kita perlu melakukan sesuatu. Malah kita boleh melakukan sesuatu. Buku ini hanya merupakan satu usaha kecil untuk menangani masalah ini. Jika buku ini berjaya menolong seseorang anak muda atau sesebuah keluarga menjadi pulih dan stabil, maka buku ini telah menunaikan tugasnya.
|6|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 6
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
Hukum Ciptaan “Semua benda berfungsi baik apabila digunakan mengikut tujuan ciptaan mereka; sebaliknya mereka kurang atau tidak berfungsi baik apabila tujuan ciptaan tersebut disalahgunakan.� (Your Daily Work, Walk Thru’ the Bible Ministries, Penyunting Dr. Bruce Wilkinson, 1991, ms.2). Pepatah ini adalah Hukum Ciptaan yang diamalkan oleh keluarga dan gereja. Hukum ini bersesuaian membantu saya untuk memahami hal-hal yang berlaku dalam interaksi-interaksi manusia di sekeliling saya. Latihan pertama saya selepas tamat belajar adalah di Politeknik Singapura (1969-1972). Sebagai pemegang Diploma Kejuruteraan Awam, saya bekerja dengan Jurong Town Corporation di Bahagian Penyelidikan Tanah. Pekerjaan saya terlibat dengan penyelidikan di dalam makmal dan juga pada masa lapang, saya dikehendaki melakukan pekerjaan pengujian tanah dan sampel batu konkrit jalan raya di luar. Saya mendapati bahawa reka bentuk dan asas permukaan bumi merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, saya tidak mudah percaya apabila ada menteri-menteri yang menyalahkan Tuhan bila berlakunya tanah runtuh atau kemalangan di tapak pembinaan. Kebanyakan kejadian tanah runtuh atau kemalangan di tapak pembinaan berlaku disebabkan penyelewengan kontraktor dan penyelia yang menukar ciptaan asas permukaan pembinaan dan memalsukan laporan demi mendapatkan duit, justeru menentang Hukum Ciptaan. Akibatnya, masyarakat menderita manakala pihakpihak yang sepatutnya menerima hukuman terlepas daripada dakwaan pihak berkuasa.
|7|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 7
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
Hukum Ciptaan juga boleh digunakan dalam kehidupan fizikal dan sosial manusia. Alkitab merupakan “Buku Ciptaan Tuhan Mengenai Hidup dan Hubungan”. Tuhan ialah Pencipta Agung Alam Semesta ini – Dia menyempurnakan perkahwinan Adam dan Hawa di Taman Eden. Dalam pengalaman kaunseling selama ini, saya telah melihat Hukum ini dilaksanakan di keluarga saya sendiri dan keluarga-keluarga sekeliling saya: Patuh akan Ciptaan Tuhan akan memanfaatkan kehidupan sosial, sebaliknya penyalahgunaan Ciptaan Tuhan memudaratkan kehidupan anda dan individu di sekeliling anda.
|8|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 8
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
Hukum Tuaian Satu prinsip utama yang berkaitan dengan Seksualiti ialah Hukum Tuaian. Galatia 6:7-8 mencatatkan, “Jangan tipu diri sendiri. Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Allah. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya. Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menuai menurut pimpinan Roh Allah, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Allah.� Rajah berikut merupakan ringkasan hukum ini.
|9|
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 9
23/04/2020 11:52 AM
Seksualiti: Prinsip & Tujuan Tuhan
Hukum Tuaian dapat menggambarkan akibat pengaruh buruk dalam kehidupan yang boleh dikelaskan di bawah tabiat manusia: ketagihan merokok dan minuman keras, menonton video lucah, berjudi, ketagihan menghisap dadah, ketagihan permainan video dan sebagainya. Justeru itu, kematian moral dan sosial jelas akan berlaku seiring dengan peredaran masa. Sebaliknya, semaian dalam Roh Allah (contoh, hidup menurut kehendak Tuhan) seperti makanan berkhasiat, senaman fizikal yang bersesuaian dan sikap saling memaafkan akan menghasilkan kehidupan yang serba melengkapi.
| 10 |
BM2020_Seksualiti/Prinsip&TujuanTuhan_Booklet.indd 10
23/04/2020 11:52 AM