..................................
P
11
TINJAUAN PERJANJIAN BARU
12
Luther. Apokrifa juga tidak dimasukkan dalam Alkitab versi Authorized King James pada tahun 1611. Sebagai teks sejarah, Apokrifa memberikan gambaran yang menarik tentang sejarah Ibrani dalam masa di antara dua perjanjian. Inilah masa budaya Yahudi sangat dipengaruhi oleh idea-idea Yunani (Hellenistik/keyunanian), dan budaya Yunani yang meliputi Israel sangat jelas dilihat dalam karya-karya tersebut. Sebenarnya, terjemahan Septuaginta ke dalam bahasa Yunani daripada Perjanjian Lama merupakan tanda daripada pengaruh Hellenistik. Maklumat-maklumat yang menarik tentang beberapa institusi Perjanjian Baru terdapat juga dalam Apokrifa, kerana mazhab Farisi dalam agama Yahudi telah bangkit pada abad ke-2 SM, dan parti Saduki (atau Zadok) bangkit pada abad ke-1 SM. Kedua-dua kumpulan ini sangat penting dalam keempat-empat catatan kitab Injil tentang kehidupan Yesus dan juga memainkan peranan dalam kehidupan rasul Paulus, seorang Farisi yang sangat taat tetapi kemudian diubah dan menjadi mubaligh Kristian. Kitab-kitab apokrifa dalam Septuaginta (tetapi tidak termasuk dalam Kitab Suci orang Yahudi yang tidak berbahasa Yunani) adalah: Tobit, sebuah kitab fiksyen sejarah yang membina iman; Yudit, sebuah kitab fiksyen sejarah yang membina iman; Kebijaksanaan Salomo, sebuah kitab kebijaksanaan yang serupa dengan Amsal dan Pengkhutbah; Sirakh (Eklesiastikus), satu lagi kitab kebijaksanaan; Barukh, tambahan kepada kitab Yeremia, kemungkinan ditulis oleh pembantu Yeremia; dan Pertama dan Kedua Makabe, karya epik sejarah. Selain itu, Apokrifa juga memasukkan teks bercebis-cebis yang ditambah kepada Perjanjian Lama yang diterima dan diilhami oleh Tuhan—tambahan kepada kitab Ester (dalam versi Septuaginta dan Roman Katolik muncul sebagai Ester 10:4-10), Nyanyian Tiga Orang Pemuda (dimasukkan pada akhir Daniel fasal 3), kisah Susana (yang muncul sebagai Daniel fasal 13), dan kisah Bel dan Naga (yang muncul sebagai Daniel fasal 14). Apokrifa menjadi bacaan yang menarik dan memberikan maklumat. Namun, apabila kitab-kitab ini diselidik dengan teliti, sambil membandingkannya dengan kanon Kitab Suci yang diterima, ternyata bahawa kitab-kitab di luar kanon ini sangat jelas tidak sesuai dengan tema firman Allah. Jika anda mempelajari seluruh Perjanjian Lama, kitab demi kitab, seperti yang kita lakukan dalam Tinjauan Perjanjian Lama, anda dapat melihat dengan jelas bahawa setiap muka surat mengarah kepada Yesus, Mesias yang akan datang. Sebaliknya, anda tidak dapat melihat Yesus dengan jelas di dalam Apokrifa.
Mungkin itulah salah satu faktor yang membuat Santo Jerome mempersoalkan kesahihan kitab-kitab tersebut banyak tahun yang lalu. Bagaimanapun, seperti ramai sarjana Alkitab Protestan, saya juga berpendirian bahawa meskipun Apokrifa mempunyai nilai sejarah dan sastera, namun ia bukan firman Allah yang diilhami-Nya.
ANTARA DUA PERJANJIAN
13
D
i seluruh Perjanjian Lama, kita telah membaca tentang Yesus Kristus. Walaupun nama-Nya tidak pernah disebut di dalam Perjanjian Lama, tetapi Dia muncul dalam setiap muka surat dalam bentuk lambang, bayangan, gambaran, upacara, persembahan korban dan nubuat. Apabila kita menyelak halaman-halaman Perjanjian Baru, kita bertemu dengan Dia dalam tubuh manusia. Di sinilah, dalam bentuk manusia yang hidup dan bernafas, Dia merupakan peribadi yang memuaskan dan menggenapi segala lambang dan nubuat yang terdapat dalam Kejadian hingga Maleakhi. Apabila kita beralih dari Perjanjian Lama ke Perjanjian Baru, kita mendapati bahawa ada satu peribadi yang menjadi pusat tumpuan bagi kedua-dua Perjanjian, iaitu Yesus dari Nazaret. Kita bertemu dengan orang ini, Yesus Kristus, melalui empat gambaran yang berbeza—Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Ramai orang telah bertanya, “Mengapa perlu ada empat Injil dan bukan satu sahaja? Mengapa para penulis itu tidak mengumpulkan semua fakta lalu mengemukakannya kepada kita dalam satu kitab?� Sekiranya begitu, ia seperti menggunakan satu saja foto bangunan untuk memberikan seluruh gambaran bagi bangunan tersebut. Satu foto tidak mungkin dapat menunjukkan semua empat sisi bangunan itu secara menyeluruh. Hal ini juga benar bagi Yesus. Hidup-Nya, keperibadian-Nya dan pelayanan-Nya begitu kaya dan memiliki berbagai-bagai aspek, sehingga satu sudut pandang sahaja tidak dapat menyampaikan seluruh kisah15
TINJAUAN PERJANJIAN BARU
Nya. Allah sengaja merancang supaya terdapat empat kitab Injil [Berita Baik] agar setiap satu dapat menggambarkan Tuhan kita dengan pendekatan yang unik. Setiap kitab Injil mengemukakan aspek yang unik mengenai Kristus. Sekiranya salah satu kitab Injil itu hilang, maka pengenalan kita akan Kristus tentu tidak lengkap.
Imej Kristus dilihat dalam empat sisi
Perjanjian Lama dipenuhi dengan gambaran-gambaran tentang Mesias yang akan datang, dan semua itu serupa dengan gambar Yesus, yang “dilukis” untuk kita dalam empat kitab Injil. Pertama, Dia digambarkan dalam banyak nubuat—terutamanya dalam kitab Yesaya, Yeremia dan Zakharia—sebagai Raja Israel yang akan datang. Atas sebab-sebab yang nyata, umat Israel suka dengan gambaran tersebut— inilah sebab utama Israel menolak Tuhan ketika Dia datang: Dia tidak kelihatan seperti Raja yang mereka nantikan. Tetapi Matius memerhatikan sifat-sifat raja dalam Yesus dan pelayanan-Nya dalam kitab Injilnya, dan sifat-sifat itulah yang ditonjolkan olehnya. Dengan itu, Matius disebut sebagai Injil sang Raja. Kedua, Yesus sang Mesias digambarkan sebagai hamba yang menderita di banyak bahagian dalam Perjanjian Lama. Kita melihat beberapa gambaran hamba yang menderita ini terutamanya dalam Yesaya. Dalam kitab Kejadian, Yusuf juga dilihat sebagai bayangan daripada Dia yang akan datang untuk menderita dan melayani. Orang Ibrani mendapati dua imej mengenai Mesias ini sangat membingungkan—antara sang Mesias-Raja dengan sang MesiasHamba—sehingga banyak sarjana Yahudi mengambil kesimpulan bahawa pasti ada dua Mesias. Mereka memanggil yang satu sebagai “Mesias Ben-Daud,” atau Mesias anak Daud, dan yang satu lagi “Mesias ben-Yusuf,” atau Mesias anak Yusuf. Mesias Ben-Daud dianggap sebagai Mesias raja, sementara Mesias Ben-Yusuf ialah Mesias yang menderita. Mereka tidak dapat membayangkan raja dan hamba itu merujuk pada peribadi yang sama! Tetapi Markus mengerti sifat Kristus yang rendah hati, bersedia mengorbankan diri dan melayani seperti hamba. Itulah aspek yang ditonjolkan oleh Markus dalam kitab Injilnya. Ketiga, kita mendapati bahawa gambaran tentang kedatangan Kristus sebagai manusia kerap ditunjukkan dalam Perjanjian Lama. Dia dilahirkan oleh seorang anak dara, membesar di Betlehem, dan hidup dalam kalangan manusia. Dia seorang manusia yang sempurna. Itulah juga imej yang ditonjolkan dalam kitab Injilnya. Akhirnya, kita mempunyai gambaran dalam Perjanjian Lama yang menyatakan bahawa Mesias ialah Allah, Peribadi yang Kekal. Misalnya, Mikha 5:2 menubuatkan bahawa Mesias akan datang dari Betlehem, sebuah kota kecil di Efrata—tempat lahir Yesus—dan asal-usul Mesias
Matius: Yesus Sang Raja
Markus: Yesus, Hamba yang Menderita
Lukas: Yesus, manusia yang sempurna
Yohanes: Yesus, Peribadi yang kekal
16
adalah sejak kekekalan (maksudnya, Dia tiada permulaan, Dia kekal, Dia ialah Allah). Ini sesuai dengan gambaran tentang Yesus yang kita ketahui daripada Injil Yohanes, iaitu Injil sang Anak Allah. Oleh itu, seluruh nubuat dan gambaran Kristus dalam Perjanjian Lama boleh diletakkan di bawah empat tajuk kitab Injil ini: raja, hamba, manusia dan Allah. Ini amat menarik sekali, kerana dalam empat bahagian Perjanjian Lama (versi Alkitab Berita Baik), perkataan lihatlah digunakan dalam kaitan dengan salah satu daripada empat gambaran tersebut. Dalam Zakharia 9:9, Allah berfirman kepada penduduk Sion dan Yerusalem, “Lihatlah, raja kamu datang!” Nubuat itu digenapi ketika Tuhan kita masuk ke Yerusalem dengan kemenangan. Kemudian dalam Yesaya 42:1, Allah berfirman, “Inilah hamba-Ku.” Bukan “hamba kamu” melainkan “hamba-Ku.” Kristus bukan hamba manusia melainkan hamba Allah. Dalam Zakharia 6:12, Tuhan berkata, “Inilah orang” (Alkitab TB). Dalam ayat ini Dia bercakap tentang Mesias. Dalam Yesaya 40:9 pula, Dia berkata, “Beritahulah kota-kota di Yehuda, Allah mereka datang!” Frasa itu digunakan sebanyak empat kali, dan setiap kali frasa itu dikaitkan dengan aspek Kristus yang berlainan. Oleh itu, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Allah telah menjalinkan corak yang mengagumkan dam konsisten ke dalam firman-Nya, baik dalam Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru. Corak ini menunjukkan banyak segi dan dimensi pada diri Yesus sang Mesias.
MATIUS HINGGA KISAH RASULRASUL
Semua kaedah, butiran dan perbezaan yang digunakan oleh setiap penulis Injil adalah sangat mengagumkan. Mereka masing-masing melukiskan potret Yesus Kristus yang unik dan tersendiri. Dalam Matius, Injil sang Raja, kita melihat banyak bukti tentang pemerintahan-Nya sebagai raja: Kitab ini dibuka dengan salasilah Kristus, yang menjejaki susur galur-Nya kembali kepada Daud, raja Israel, dan kepada Abraham, bapa bangsa Israel. Di seluruh kitab ini, Dia berfirman dan bertindak dengan kewibawaan raja: “Musa berkata kepadamu begini dan begitu, tetapi Aku berkata kepadamu begini dan begitu.” Bagi orang Yahudi, Musa mempunyai kuasa yang besar. Jadi, jika Yesus berkuasa lebih tinggi daripada Musa, Yesus bertindak sebagai raja. Dia menyatakan kuasa-Nya apabila Dia mengusir roh-roh jahat dan memerintah supaya orang sakit sembuh dan orang buta melihat. Dengan kuasa sebagai raja, Dia menghakimi para pegawai bangsa dengan berkata, “Malanglah kamu, guru-guru Taurat dan orang Farisi, kamu munafik!” Frasa kunci yang berulang kali digunakan oleh Yesus dalam kitab Injil Matius adalah “pemerintahan Allah”—dipakai sebanyak 25 kali dalam kitab Matius. Matius selalu merujuk kepada pemerintahan Allah (syurga) dan Raja. Dalam tulisan Matius tentang
Kesatuan, bukan harmoni
Alkitab TB— Terjemahan Baru
Matius, Injil sang Raja
17
TINJAUAN PERJANJIAN BARU Markus, Injil sang Hamba
kelahiran Tuhan kita, Matius berkata bahawa Kristus dilahirkan sebagai Raja orang Yahudi, dan dalam tulisannya tentang penyaliban, dia menyatakan bahawa Yesus disalibkan sebagai Raja orang Yahudi. Markus, kitab Injil yang kedua, menggambarkan Kristus sebagai Hamba, dan seperti yang anda dugakan, Markus tidak memberikan apa-apa tentang salasilah Kristus. Lagipun, siapakah yang pedulikan tentang salasilah seorang hamba? Tiada sesiapa yang peduli. Di dalam kitab Injil Markus, Tuhan kita muncul begitu saja. Berkali-kali dalam kitab Injil ini, kita menemukan perkataan segera. Itulah kata-kata seorang hamba, bukan? Apabila anda memberi perintah kepada seorang hamba, anda mahu supaya perintah itu dilaksanakan dengan segera, bukan sepuluh minit kemudian. Oleh itu, berkali-kali kita membaca, “Dengan segera Yesus melakukan ini dan itu.” Sementara Lukas dan Matius dipenuhi dengan perumpamaan tentang pelbagai subjek dan isu, tetapi Markus, Injil sang Hamba, hanya mengandungi empat perumpamaan—dan setiap perumpamaan itu berkaitan dengan sifat dan tugas hamba. Perumpamaan-perumpamaan itu menggambarkan Yesus sebagai Hamba Yahweh—hamba yang menderita seperti digambarkan dalam Yesaya 53. Bacalah seluruh kitab Injil Markus dan anda tidak akan melihat Yesus dipanggil sebagai Tuhan sebelum kebangkitan-Nya—satu lagi tanda bagi peranan-Nya sebagai hamba. Markus 13:32 adalah ayat yang jelas menggambarkan peranan-Nya sebagai hamba—dan ayat yang membingungkan ramai orang. Di dalam ayat itu, Tuhan kita berkata tentang kedatangan-Nya yang kedua kali: “Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu.”
Lukas, Injil sang Anak Manusia
18
Bagaimana mungkin Yesus sebagai Allah yang Maha Kuasa tidak tahu mengenai waktu kedatangan-Nya sendiri? Perkara ini benar-benar suatu misteri sebelum anda memahami ciri kitab Injil Markus. Markus menggambarkan peranan Kristus sebagai hamba Allah yang menderita. Seorang hamba tidak mungkin mengetahui apa yang dilakukan oleh Tuannya—walaupun hamba itu ialah Anak Allah sendiri. Lukas menunjukkan Kristus sebagai manusia kepada kita. Di sini kita melihat kesempurnaan dalam kemanusiaan-Nya—kemuliaan, keindahan, kekuatan dan kehormatan bagi kemanusiaan-Nya. Seperti yang kita dugakan, Lukas juga mempunyai salasilah Kristus. Jika Yesus dinyatakan sebagai manusia, kita ingin mengetahui bahawa Dia tergolong dalam umat manusia. Lukas juga menunjukkan bahawa Kristus sesungguhnya tergolong dalam kaum Adam dengan menjejaki
salasilah-Nya kembali kepada Adam. Dalam Lukas, kita menemukan Kristus sering berdoa. Jika anda ingin melihat Yesus berdoa, bacalah Injil Lukas. Doa ialah gambaran bagi hubungan manusia yang sepatutnya dengan Allah—bergantung penuh pada Tuhan yang berdaulat dan Maha Kuasa. Dalam Lukas, kita melihat belas kasihanNya sebagai manusia dengan amat jelas—Dia menangis untuk kota Yerusalem, Dia menyembuhkan lelaki yang telinganya telah dipotong oleh Petrus ketika askar-askar menangkap Yesus di taman. Tiada kitab Injil lain yang menulis dua peristiwa itu dengan begitu berkuasa untuk menunjukkan sifat kemanusiaan Tuhan kita yang penuh belas kasihan. Lukas menceritakan penderitaan Kristus dengan amat terperinci ketika Kristus berada di taman. Di sana peluh-Nya menitis seperti darah, dan ini jelas menjadi lambang bagi manusia yang benar-benar menanggung pengujian dan kesakitan kita. Injil Yohanes mengemukakan Kristus sebagai Allah. Mulai daripada ayat yang pertama, inilah tema Yohanes yang berkuasa dan jelas sekali. Ramai orang gagal menyedari bahawa Injil Yohanes, sama seperti Injil Matius dan Injil Lukas, bermula dengan salasilah. Orang tidak ternampak salasilah itu kerana teks itu sangat pendek:
MATIUS HINGGA KISAH RASULRASUL
Yohanes, Injil sang Anak Allah
Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah (1:1).
Ya, itulah salasilah-Nya! Itulah seluruh salasilah Kristus yang ditulis oleh Yohanes—dua orang, Bapa dan Anak. Mengapa salasilah ini sangat pendek? Kerana tujuan Yohanes adalah sangat jelas: dia menerangkan sifat ilahi Kristus. Dalam Injil Yohanes kita akan melihat tujuh pengisytiharan “Akulah” (saya menyenaraikan pengisytiharan ini dalam bab 41). Tujuh pengisytiharan ini menggemakan pernyataan Tuhan yang agung kepada Musa melalui semak yang bernyala, “Aku adalah AKU” (Keluaran 3:14). Tambahan kepada tujuh “Akulah” yang dramatik ini, kita membaca suatu peristiwa di taman Getsemane apabila pernyataan “Akulah” daripada Yesus memberikan kesan yang penuh kuasa. Ini berlaku apabila Yudas membawa askar-askar ke taman untuk menangkap Yesus. Pada waktu askar-askar tersebut memberitahu Tuhan bahawa mereka sedang mencari lelaki yang bernama Yesus dari Nazaret, Dia menjawab, “Akulah Dia.” Kuasa daripada pengisytiharan agung ini, “Akulah Dia”—pengisytiharan tentang ketuhanan-Nya sendiri—sangat berkuasa sehingga askar-askar rebah kerana terlalu terkejut (rujuk Yohanes 18:3-8)! Dalam Yohanes 20:30-31, penulis menerangkan dengan jelas bahawa tujuannya bukan memberikan riwayat hidup yang lengkap 19
TINJAUAN PERJANJIAN BARU
tentang Tuhan, tetapi menimbulkan inspirasi iman yang menyelamatkan dalam ketuhanan Yesus Kristus, Anak Allah: Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini. Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepadaNya, kamu beroleh hidup sejati.
Akhirnya, sebelum kita mula meneliti empat kitab Injil ini satu persatu, kita harus mengerti bahawa mustahil untuk menyelaraskan kisah-kisah ini menurut kronologi kerana keempat kitab Injil ini tidak dimaksudkan sebagai kisah yang kronologi (yang mengikut masa kejadian). Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes tidak berupaya untuk mencatat biografi Yesus mengikut kronologi. Mereka menulis untuk mengemukakan aspek-aspek yang khas dalam kehidupan dan pelayanan Tuhan, tetapi tiada satu pun daripada kitab-kitab ini muncul sebagai kronologi kehidupan Yesus. Oleh itu, kronologi peristiwa-peristiwa ini bukanlah maklumat yang paling penting untuk diperolehi daripada kitab-kitab Injil. Walaupun kita tidak dapat mengharmonikan peristiwaperistiwa ini dengan tepat, kita boleh memperolehi lanjutan am yang boleh dipercayai tentang peristiwa-peristiwa ini dengan membandingkan keempat kitab Injil, terutamanya jika kita merujuk kepada Injil Yohanes, kitab yang paling tepat dirancang menurut kronologi jika berbanding dengan kitab-kitab Injil yang lain. Kitab Kisah Rasul-Rasul Kisah Rasul-Rasul, kisah lanjutan daripada keempatempat kitab Injil
20
Mungkin anda berfikir bahawa saya menggabungkan Kisah RasulRasul dalam bahagian ini bersama dengan kitab-kitab Injil kerana ia tidak sepadan dengan Surat-Surat Kiriman. Tidak, saya sengaja memasukkan Kisah Rasul-Rasul dengan kitab-kitab Injil kerana ia meneruskan cerita mereka. Kitab ini ditulis oleh Lukas, dan sememangnya ia merupakan lanjutan bagi kitab Injil Lukas, tetapi sebenarnya ia juga menjadi kesinambungan yang sesuai bagi keempatempat kitab Injil. Kitab-kitab Injil menceritakan kisah Kristus ketika Dia memulakan pelayanan-Nya di bumi dalam tubuh manusia, sedangkan Kisah Rasul-Rasul menyampaikan cerita tentang tubuh Kristus, iaitu jemaah yang meneruskan pekerjaan-Nya selepas kenaikanNya ke syurga. Dalam banyak hal, Kisah Rasul-Rasul ialah kunci bagi Perjanjian Baru. Kita tidak dapat memahami Perjanjian Baru sekiranya kitab ini tidak dimasukkan. Empat kitab Injil mengajar kita bahawa para rasul telah diutus untuk menyampaikan Injil kepada umat Israel—dan hanya kepada Israel. Namun dalam kitab Kisah Rasul-Rasul, kita mengetahui
perintah Allah agar Injil diberitakan ke seluruh dunia, kepada orang bukan Yahudi dan juga umat Israel. Jika kita mengetepikan kitab Kisah Rasul-Rasul dan terus lompat ke Surat-Surat Kiriman Paulus, kita mendapati bahawa seorang rasul telah ditambahkan kepada kumpulan rasul yang sedia ada secara misteri—seorang lelaki yang bernama Paulus! Orang Kristian tidak pula bercakap tentang kerajaan Allah, sebaliknya mereka berbual-bual tentang suatu organisasi baru—jemaah. Injil tidak semata-mata wujud dalam kalangan orang Yahudi di sekitar kota Yerusalem, melainkan ajaran Kristian telah tersebar—dalam masa satu generasi sahaja—sampai ke hujung dunia yang diketahui pada masa itu! Kita akan tertanya-tanya dari mana asalnya jemaah ini dan rasul Paulus, dan kita akan berasa hairan bagaimana ajaran Kristian tersebar dengan begitu cepat. Semua ini diterangkan dalam kitab Kisah Rasul-Rasul. Kunci untuk mengerti kitab Kisah Rasul-Rasul adalah menyedari bahawa kitab ini bukan catatan tentang perbuatan para rasul, melainkan perbuatan Tuhan Yesus Kristus sendiri! Perhatikan bagaimana kitab ini bermula: Saudara Teofilus yang terhormat. Di dalam kitab saya yang pertama, saya telah menerangkan segala perkara yang dilakukan dan diajarkan oleh Yesus, sejak Dia memulakan pekerjaan-Nya (1:1).
Perhatikan kata-kata yang dipilih oleh Lukas! Dalam kitab Injil Lukas, dia mencatatkan perbuatan Tuhan Yesus. Tetapi kini, dalam Kisah Rasul-Rasul, Lukas memberi kita catatan tentang perbuatan yang terus dilakukan oleh Tuhan. Oleh itu, Tuhan yang bekerja dalam kedua-dua kitab. Lukas ialah jilid pertama; Kisah Rasul-Rasul ialah jilid kedua. Semasa Perang Dunia II, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, menyiarkan pengumumannya tentang beberapa kemenangan pihak tentera bersekutu ketika mereka menyerang seluruh Afrika Utara dan hampir melancarkan serangan terhadap Sicily. Churchill mengakhiri pengumumannya dengan kata-kata ini: “Ini belum terakhir. Ini bukan pun permulaan bagi pengakhirannya. Tetapi mungkin ia merupakan pengakhiran bagi permulaan.” Itulah yang kita hadapi dalam keempatempat kitab Injil. Ketika Tuhan kita diangkat ke syurga, itu bukan pengakhiran pelayanan-Nya, seperti yang dicatat oleh Lukas dalam Kisah Rasul-Rasul fasal 1. Itu hanya pengakhiran bagi permulaan. Namun dalam Kisah Rasul-Rasul yang seterusnya, kita mempunyai permulaan bagi pengakhiran. Di seluruh Kisah Rasul-Rasul, kita mempunyai catatan tentang pelayanan Kristus yang berterusan melalui lelaki dan perempuan, sama
MATIUS HINGGA KISAH RASULRASUL
Kunci untuk mengerti kitab Kisah Rasul-Rasul adalah menyedari bahawa kitab ini bukan catatan tentang perbuatan para rasul, melainkan perbuatan Tuhan Yesus Kristus sendiri
“Pengakhiran bagi permulaan”
21
TINJAUAN PERJANJIAN BARU
Kisah Rasul-Rasul ialah satu-satunya kitab di dalam Alkitab yang belum selesai
seperti anda dan saya. Dalam Lukas 12:50, tidak lama sebelum penyaliban, Yesus memberitahu para pengikut-Nya, “Masih ada penderitaan berat yang mesti Aku alami. Alangkah resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum berakhir!” Maksud-Nya, “Aku amat terbatas dan terkongkong sebelum perkara ini dilaksanakan!” Kini perkara itu telah dilaksanakan. Tuhan kita tidak lagi terbatas atau terkongkong. Ketika Dia naik ke syurga, Roh Kudus turun ke atas kita, iaitu para pengikut-Nya. Allah yang Maha Kuasa telah melepaskan kuasa-Nya ke dalam hidup orang biasa, kaum lelaki dan perempuan, sehingga mereka boleh melakukan hal-hal yang luar biasa dalam nama-Nya. Itulah sebabnya kita mempunyai ledakan kuasa pelayanan yang hebat: Kisah Rasul-Rasul. Kisah Rasul-Rasul ialah satu-satunya kitab di dalam Alkitab yang belum selesai. Perhatikan bahawa ia berakhir dengan tiba-tiba. Dua ayat yang terakhir menyatakan bahawa Paulus telah tiba di Roma: Selama dua tahun Paulus tinggal di Roma, di rumah yang disewanya sendiri. Dia menyambut sesiapa sahaja yang datang melawatnya. Dengan kebebasan dan keberanian, Paulus mengkhabarkan ajaran tentang Pemerintahan Allah, dan memberikan ajaran tentang Tuhan Yesus Kristus” (28:30-31).
Saya tidak pernah menutup kitab ini tanpa bertanya-tanya dalam hati, “Apa yang berlaku seterusnya?” Kisah Rasul-Rasul membuat anda ingin membaca pengakhiran yang tidak lengkap. Kitab ini juga memberikan kesan bahawa kisahnya belum selesai, yang penulis mempunyai alasannya untuk hal ini. Oleh sebab kitab ini adalah riwayat tentang orang yang hidup—Yesus Kristus, maka bab terakhir tentang cerita-Nya masih belum selesai ditulis. Saya mempunyai sebuah autobiografi Dr. H. A. Ironside di perpustakaan peribadi saya, dan ia juga berakhir dengan nada yang sama. Buku itu membenarkan bahagian akhirnya tergantung. Anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Buku autobiografi ini belum lengkap kerana pada waktu buku itu ditulis, Dr Ironside masih hidup. Kitab ini terus ditulis pada hari ini dalam kehidupan para lelaki dan wanita yang menjadi tubuh Kristus yang hidup, iaitu jemaah. Walaupun Yesus telah diangkat ke awan, kehidupan tubuh-Nya berterusan! Ia terus berlangsung dalam hidup anda; ia juga terus berlangsung dalam hidup saya. Ia berlanjutan dengan terus-menerus, melampaui hidup dan usia manusia, bangsa-bangsa, serta tamadun. Roma telah jatuh, empayar-empayar seperti Hun, Mongol, Aztec, China Manchu dan British telah bangkit dan merosot. Penjajahan telah 22
runtuh di wilayah-wilayah Amerika, Afrika dan Asia; komunisme Soviet telah muncul dan runtuh; dua perang dunia telah tercetus; kita telah bergerak dari Zaman Kegelapan kepada Zaman Internet—dan kehidupan tubuh Yesus Kristus masih berterusan, dan Kisah RasulRasul terus ditulis. Anda dan saya masih menulis Kisah Rasul-Rasul pada hari ini kerana ia adalah cerita tentang pekerjaan Roh Kudus melalui kita pada hari ini, bahkan kepada seluruh dunia. Kita adalah tubuh Kristus. Kita merupakan tangan-Nya yang melakukan mukjizat dan pelayanan; kita menjadi mata-Nya yang menunjukkan belas kasihan dan kasih; kita menjadi suara-Nya yang menyatakan kebenaran, serta memanggil dunia supaya bertaubat dan beriman kepada-Nya; kita menjadi kaki-Nya, yang cepat membawa perkhabaran-Nya ke seluruh dunia. Kehidupan tubuh-Nya berlanjutan dengan terus-menerus. Kita masih menulis kisah tentang para rasul Yesus Kristus dalam zaman Perjanjian Baru. Kita belum melihat muka surat yang terakhir. Oleh itu, semasa kita belajar lima kitab tentang kehidupan-Nya— Matius, Markus, Lukas, Yohanes dan Kisah Rasul-Rasul—marilah kita memerhatikan kelima kitab ini sebagai panduan hidup kita, sementara hidup Tuhan dinyatakan melalui kehidupan kita.
MATIUS HINGGA KISAH RASULRASUL
23