Sosialis (Apr Mei 2014)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Apr-Mei 2014

Harga Solidariti RM2-00

Demokrasi Berparlimen Diculik

n a m a c An Semakin Hampir Kerajaan UMNO-BN telah bergegas untuk meluluskan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen, walaupun mendapat bantahan hebat daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat dan PSM. Rang undang-undang GST yang diluluskan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa usaha memerah rakyat biasa untuk menjaga kepentingan golongan maha kaya yang dibawa oleh kerajaan pro-kapitalis UMNO-BN dapat dilicinkan lagi. Rang undang-undang GST telah dibawa ke dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac yang lalu untuk bacaan pertama dan diluluskan pada 3 April. Selang tidak sampai satu minggu daripada itu, rang undang-undang GST telah dibawa untuk bacaan kedua dan diluluskan secara tergesa-gesa pada 7 April. Semasa pengundian rang undang-undang GST selepas bacaan kedua, seramai 119 orang ahli parlimen menyokong manakala 81 orang ahli parlimen

membantah. Kesemua ahli parlimen BN telah membelakangkan keluhan dan bantahan rakyat terhadap GST, dengan menyokong secara membuta-tuli rang undang-undang yang bakal memperkenalkan cukai yang akan memiskinkan rakyat jelata. Ini merupakan satu pengkhianatan wakil rakyat BN terhadap pengundi yang memberi amanah kepada mereka untuk menggubal undang-undang yang membela rakyat, bukan sebaliknya.

melaksanakan cukai GST mulai 1 April tahun hadapan. Rakyat biasa pastinya akan menerima impak yang serius berikutan pelaksanaan cukai GST. Walaupun kerajaan menjanjikan bayaran BR1M untuk keluarga yang berpendapatan rendah, tetapi ianya tidak akan dapat menyelesaikan belenggu rakyat yang terpaksa membayar cukai GST tiap-tiap hari dan kehidupan akan terus terjejas.

Tindakan wakil-wakil rakyat UMNO-BN meluluskan satu rang undang-undang yang akan memberikan kesan hebat kepada rakyat secara tergesa-gesa tanpa perbahasan yang menyeluruh, sekali lagi membongkarkan kelemahan dalam sistem politik negara kita, iaitu demokrasi berparlimen telah diculik oleh UMNOBN walaupun hanya meraih undi sebanyak 47% dalam pilihanraya umum yang lalu.

Tiba masanya untuk rakyat Malaysia lawan balik. Jikalau kita duduk diam dan tunggu pelaksanaan cukai GST, kualiti kehidupan kita akan semakin hari semakin terhakis, sementara pemerintah UMNO-BN akan terus membawa dasar-dasar yang memangsakan rakyat miskin untuk menjaga kepentingan golongan kaya. Kita perlu mempertingkatkan usaha kita menggerakkan kuasa rakyat untuk membantah GST dan mempertahankan kehidupan rakyat biasa. Hanyalah kuasa rakyat yang sedar dan berani berjuang dapat menyelamatkan rakyat Malaysia daripada ketidakadilan sosial. ##

Cukai GST merupakan salah satu serangan yang diatur oleh kerajaan pro-kapitalis UMNOBN ke atas rakyat untuk memastikan keuntungan golongan korporat besar terjamin dan tidak diusik. Setelah banyak wang negara dibazirkan dan dihabiskan akibat daripada penyelewengan dalam sistem pentadbiran, kerajaan sekarang pula memaksa semua rakyat, termasuk rakyat miskin, membayar untuk kerugian yang ditimbulkan oleh golongan elit politik dan kronikroni. Golongan maha kaya dan korporat besar terus mendapat perlindungan dengan pengurangan cukai korporat dan juga penyaluran “bantuan� dalam pelbagai bentuk. Ini bagaikan merompak daripada yang miskin untuk menolong mereka yang kaya-raya.

Kempen Jelajah PSM

Setelah rang undang-undang GST diluluskan dalam Dewan Rakyat, ancaman pemerasan terhadap rakyat biasa semakin menghampiri. Kerajaan UMNO-BN merancang untuk

> m/s 5-7 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sosialis (Apr Mei 2014) by partisosialis - Issuu