SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
Mac-April 2011
RM1-00 Harga Solidariti RM2-00
REVOLUSI JALAN KELUAR! Revolusi Rakyat Arab adalah Respon kepada Krisis Sistem Kapitalis Global
Kebangkitan rakyat Mesir dan dunia Arab bukan sahaja disebabkan oleh isu-isu berkaitan dengan penyelewengan kuasa dan kekurangan demokrasi di negara-negara tersebut. Ternyata Mohamed Bouazizi, penjaja muda tanpa lesen di Tunisia membakar dirinya bukan disebabkan beliau tiada hak untuk mengundi, tetapi adalah disebabkan oleh kehidupan yang susah akibat daripada kadar pengangguran yang tinggi. Semua orang yang mengikut jejak Mohamed Bouazizi membakar diri mereka sendiri di Mesir, Algeria, Mauritania dan sebagainya merupakan pengganggur. Masalah ekonomi yang teruk di Tunusia adalah disebabkan oleh dasar-dasar “liberalisasi” ekonomi yang menguntungkan pada pemodal asing. Di Tunisia, hampir semua sektor ekonomi “dibuka” kepada pelabur asing kecuali sektor tenaga elektrik. menarik tumpuan dunia di Tunisia dan Mesir, semua perjuangan ini bermula daripada penentangan terhadap dasar-dasar anti-rakyat yang dibawa oleh kerajaan mereka sendiri. Namun, semua perjuangan ini mempunyai asas menentang sistem yang sama – satu sistem masyarakat yang mengkayakan golongan pemerintah atasan dengan cara memiskinkan lagi rakyat bawahan.
Di bawah pemerintahan Mubarak yang pro-AS, Mesir juga melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang berpihak kepada pemodal transnasional. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir membuka pasarannya kepada dunia luar melalui penswastaan sektor-sektor yang penting. Semasa kerajaan Mesir menindas rakyatnya secara zalim, kerajaan Mesir beramah mesra dengan pelabur asing. Memang kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Mubarak merupakan satu kerajaan gabungan antara kelas kapitalis yang tamak haloba, birokrat pemerintah yang korup dan seorang diktator yang sebenarnya boneka kepada kuasa imperialis. Pemerintahan Mesir yang anti-demokratik adalah saling bersandar dengan dasar neoliberal yang meletakkan keuntungan kaum kapitalis di atas kepentingan rakyat biasa. Oleh, perjuangan rakyat menentang pemerintahan diktator dan menuntut demokrasi, perlulah bergabung dengan perjuangan menentang kapitalis dan menuntut keadilan sosial. Hanyalah pergerakan menuntut demokrasi yang bergabungkan perjuangan anti-kapitalis dapat membawa perubahan yang sebenar kepada seluruh masyarakat. Kebangkitan rakyat Mesir sebenarnya telah menyahut
Perjuangan massa revolusioner di Mesir walaupun matlamat utamanya pada masa sekarang adalah menjatuhkan pemerintahan Mubarak, namun rakyat Mesir yang berani bangkit ini tidak mungkin akan membiarkan sistem yang menyokong pemerintahan Mubarak ini daripada terus memeras rakyat jelata. seruan perjuangan menentang kekuasaan kapitalis global yang sedang membara di merata tempat. Sama ada perjuangan rakyat Greece yang menentang serangan ke atas kebajikan rakyat, ataupun perjuangan rakyat Perancis yang menentang serangan ke atas pencen, ataupun perjuangan anak-anak muda Britain yang membantah kenaikan yuran universiti, ataupun perjuangan pekerja di Asia yang menuntut kenaikan gaji ataupun perjuangan yang
Revolusi Jalan Keluar Kebangkitan rakyat Mesir secara spontan telah menghasilkan satu kejutan yang besar kepada dunia. Kespontanan dan perebakan revolusi
>> ms 11
TOLERANSI KAUM! Malaysia, sebuah negara yang lain daripada yang lain. Maksudnya, kita ini unik. Kita sahajalah satu-satu negara yang mempunyai 4 etnik utama yang mempunyai identiti kebudayaan, agama dan sejarah yang tersendiri – Orang Asal, Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India. Brosur cuti-cuti Malaysia dan pelancongan mengambarkan Malaysia sebagai ” Malaysia – truly Asia”
Semasa zaman penjajahan British, polisi pecah dan perintah diamalkan, namun atas perjuangan kelas (ditindas vs. penindas) rakyat telah bersatu. Golongan pekerja dan golongan miskin yang di wakili oleh parti-parti politik kiri, kesatuan-kesatuan sekerja dan golongan nasionalis radikal telah berganding bahu menentang satu musuh iaitu penjajah.
Rakyat negara ini juga unik, kerana sudah lebih 70 tahun hidup bersama tanpa polisi-polisi integrasi, hanya polarisasi. Apatah lagi, kerajaan Malaysia masih belum menandatangani Konvensi Antarabangsa Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum yang bertujuan melindungi hak kumpulan minoriti atas dasar agama, etnik atau kepercayaan.
Agama, etnik, bahasa mahupun warna kulit tidak menjadi batasan untuk bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan. Konflik masa itu adalah ada dua golongan iaitu golongan UMNO-Perikatan yang memperjuangkan hak kesultanan dan berwajah bangsawan menentang PUTERA-AMCJA yang berjuang atas wadah kemerdekaan sejati dan mewakili aspirasi rakyat marhaen.
INTERLOK Beng Hock Berani untuk bayangkan
Mampukah Royal >ms 6 Commission? >ms 7
>> ms 4
Bukit Jalil Perjuangan Hak Perumahan!
>ms 10