SOSIALIS
Dinamik-Berani-Berprinsip
http://parti-sosialis.org
Ogos 2008
RM 1.00/ Harga Solidariti RM 2.00
POLITIK SILAT DAN RAKYAT MASIH MERANA
Politik Malaysia menjadi semakin dramatik setelah seratus hari pilihanraya. Anwar Ibrahim, seperti seorang mahaguru silat telah membuka langkah mengistiharkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menjelang September 16, 2008 apabila lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk memberikan PR majoriti di Parlimen dan sekaligus mentadbir peringkat Persekutuan negara buat kali pertama. Pakatan Rakyat memerlukan 30 ahli BN untuk hijrah parti untuk membolehkan PR mempunyai lebihan satu undi dari BN. Untuk merealisasi tindakan beliau, beliau telah membuka beberapa aksi silat satu persatu. Pertama beliau mengumunkan bahawa ramai ahli Parlimen BN terutamanya di Sabah dan Sarawak akan menyertai PR. Ini akan disertai pula oleh mereka dari Semenanjung termasuk dari UMNO dan MCA. Beliau juga mengistiharkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka disetiap ceramah, beliau diperkenalkan sebagai PM yang menanti (PM in waiting)
Namun tiba-tiba , seperti “flash-back� ulang tayang 1998, beliau pula dituduh meliwat salah seorang pembantunya. Dalam ulangan tayang ini, tiba-tiba watak Najib pula menjadi adegan penting apabila beliau dituduh terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya. Dua SD (Statutory declaration) iaitu satu daripada Raja Petra dan satu lagi daripada Balasubramaniam mengegarkan politik negara apabila kedua-dua SD tersebut memberi gambaran bahawa Najib terlibat langsung dalam kes jenayah paling hot tahun lalu. Namun Politik silat dan liwat ini masih tidak boleh memerdekakan rakyat daripada masalah harian yang dihadapi seperti isu kenaikan harga barangan asas, kenaikan harga minyak, rasuah dan salahgunakuasa. Rakyat tetap merana. Isu-isu pokok dikaburkan dengan isu-isu lain yang menjijikkan seperti tuduhan baru ke atas Anwar Ibrahim.
Kaum Kapitalis yang menjadi punca utama kepada isu kenaikan harga barangan asas dan minyak terus bermaharajalela mengaut keuntungan besar. Bagi kaum kapitalis, yang penting adalah keuntungan dan mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR), asalkan untung mereka terjamin. Inilah sebenarnya cabaran kepada Pakatan Rakyat. Agenda pro-rakyat seperti akta gaji Minima, cuti bersalin 90 hari dan jalanraya tanpa tol sebenarnya adalah aspirasi rakyat tetapi ia akan ditentang habis-habisan oleh kaum kapitalis. Pertentangan hari ini antara Anwar dengan Najib dan antara BN dengan PR bukan pertempuran akhir untuk rakyat Malaysia. Pertempuran akhir adalah pertempuran antara kaum kapitalis yang kaya tetapi hanya segelintir kecil melawan kaum pekerja dan rakyat, yang jumlahnya besar tetapi tetap ditipu dan dizalimi. Kemenangan dan Tsunami politik 8 Mac adalah satu titik permulaan ke arah satu sistem yang lebih adil dan saksama. Namun kemenangan keramat hanya akan tercapai apabila rakyat merdeka dari sistem kapitalis dan setiap orang hidup dalam suasana bahagia, aman dan damai tanpa dibelenggu kemiskinan dan kesusahan.
Mengapa KDN mahu beri pendaftaran kepada PSM sekarang? Ada pihak cakap KDN beri PSM pendaftaran kerana ada komplot nak lemahkan Pakatan. Jika itu adalah betul, maka mengapa KDN juga luluskan pendaftaran akhbar Berita Keadilan dan benarkan Harakah terbit dua kali seminggu? Pemberian pendaftran ini adalah konsisten dengan cubaan Badawi memberi imej baru setelah kalah teruk dalam pilihanraya lalu. PSM pula adalah parti berideloogi sosialis, berprinsip dan berani. Ia adalah kesinambungan gerakan perjuangan agung kaum kiri yang tidak boleh mati selagi wujud mereka yang miskin.
PERATUS PENDAPATAN BULANAN KELUARGA 2007 Kurang daripada RM 1000
8.6%
Antara RM 1001 RM 2000
29.4%
Antara RM 2001- RM 3000
19.8%
Antara RM 3001- RM 4000
12.9%
Antara RM 4001- RM 5000
8.6%
Antara RM 5001- RM 10,000
KANDUNGAN MENARIK DI DALAM
KANDUNGAN MENARIK DI DALAM
ms. 2 - Pesta Sosialisma Intenational kembali ke Malaysia ms.ms. 2 - 3 Pentas Merdeka - Parti dan Fron ms.ms. 3 4- Parti dan Fron - Krisis Makanan -Perut Manusia atau Tangki Minyak? ms.ms. 4 - 5 Isu Nasional - Politik dan Istana ms.ms. 5 - 6/7Isu Nasional Kongres PSM ke 10 -Bersejarah, Mantap an Terus Mara ms.ms. 6 - Akta IR dan 8 -100 hariFTA pertama Dr. Nasir di Kota Damansara ms.ms. 7 - 9 Krisis Kesihatan Ala-Sosialis di Sungai Siput - Pentadbiran ms.ms.10 8 - Abdul RazakMinyak AhmadDunia dalam- memori - Krisis antara rhetorik dan Isu sebenar ms. 9 - Hartal 1947 - Pilihanraya Majlis Tempatan ms ms 10 11 - Revolusi - ObamaRusia - Harapan baru atau omong kosong? ms ms 11 12 - Sosialis Krisis Budaya - Saya dan setuju daftarkan PSM - Syed Hamid ms 12 - Pak Lah dan Sampah
Lebih RM 10,000
15.8% 4.9%
INDEX KORUPSI Daripada angka ini,TRANPARENCY jelas bahawa ketidakadilan ekonomi antara 10% terkaya dan 10% termiskin jauh INTERNATIONAL lebih besar daripada perbezaan pendapatan antara
kaum. Mengapa Kerajaan lebih ghairah menunjukkan perbezaan kaum daripada menunjukkan perbezaan kelas masyarakat? Dr. Jeyakumar di Parlimen SELAGI ADA PERBEZAAN KELAS MASYARAKAT, SELAGI ITU ADA PERTEMPURAN KELAS