Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

Tarif Elektrik

15%

Gula

34 sen

Minyak Petrol RON95

RM1-00

Dis 2013 - Jan 2014

20 sen

Harga Solidariti RM2-00

NAIK!

AWAS! Kerajaan BN yang hanya menang dalam PRU-13 dengan undi sebanyak 47% sedang melancarkan serangan neo-liberal yang terbaru ke atas rakyat 99%. Serangan neo-liberal terbaru ini dilakukan dengan cara pemotongan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan juga pelaksanaan cukai yang memiskinkan rakyat miskin untuk menyelamatkan poket golongan kaya. Rakyat perlu menyuara bantahan kita terhadap dasar kerajaan yang menjejaskan kehidupan kita. Lawan tetap lawan!

Penyelesaian PM 1Malaysia: Kalau Orang Kaya Tidak Bayar Cukai, Kami Cukai 1Malaysia! Kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang menuduh rakyat jadi penyebab kepada negara muflis jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan adalah satu kenyataan yang tidak betul. Ini merupakan pembohongan besar oleh Perdana Menteri kita. PM melemparkan tuduhan sebegini terhadap rakyat semata-mata untuk melindungi kelemahan pentadbiran Barisan Nasional. Apakah rasional apabila PM mengatakan hanya 10% sahaja bayar cukai pendapatan dan ada yang patut bayar tetapi tidak bayar, maka cukai GST perlu dikutip daripada semua rakyat? Adakah ini satu hukuman kepada rakyat biasa kerana orang yang kaya dan berpendapatan tinggi mengelakkan diri dan menipu daripada membayar cukai? Di Malaysia, lebih kurang 80% rakyat adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ini bukan kerana mereka tidak mahu bayar cukai tetapi mereka tidak mampu dan tidak termasuk dalam kategori pembayar cukai. Kalau dianalisa dengan teliti, di Malaysia sejak 30 tahun kebelakangan ini, tiada kenaikan sebenar dalam gaji pekerja. Apatah lagi Akta Gaji Minima yang dilaksanakan pada tahun 2013 ini pun hanya RM 900 sahaja, iaitu bagi kawasan bandar ia adalah di bawah garis kemiskinan.

Pada masa yang sama harga barangan asas naik begitu ketara. Pengurangan subsidi minyak RON 95 pada bulan September 2013 sebanyak 20 sen seliter menyebabkan kenaikan dalam harga barangan asas yang meningkatkan kos hidup rakyat. Pelaksanaan Cukai GST hanya akan menambahkan beban rakyat. Kalau kerajaan hendak tambah pendapatan negara, kenapa tidak pastikan mereka yang harus bayar cukai itu betul-betul membayar dan cukai korporat ditambahkan? Kalau dilihat, sejak tahun 1980-an, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat daripada 40% ke 24% pada tahun 2013. Adakah kerajaan mengambil polisi membela syarikat korporat dan bebankan rakyat biasa? Bukan itu sahaja, kalau dikatakan negara kita mempunyai hutang tinggi dan bakal menghadapi masalah kewangan, ini bukan kerana tiada Cukai GST. Keadaan ini wujud kerana rasuah berleluasa. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 telah mendedahkan pembaziran wang yang berlaku di sektor kerajaan kerana penyalahgunaan wang, penyelewengan dan rasuah. Setiap tahun,

Malaysia mengalami kerugian sekurangkurangnya RM 28 billion kerana rasuah dan ketirisan. Kenapa tiada langkah tegas untuk menangani masalah ini? Kenapa ambil jalan pintas untuk memangsakan rakyat dengan Cukai GST? Memang betul kerajaan Malaysia bakal bankrap, kerana pengurusan kewangan yang tidak baik, rasuah, ketirisan dalam kerajaan dan kerana terdapatnya orang korporat dan mereka yang berpendapatan tinggi mengelakkan diri daripada membayar cukai. Langkah tegas harus diambil untuk menangani masalah sebegini sebelum membebankan rakyat dengan cukai GST. Konsep cukai adalah pengagihan semula kekayaan, daripada yang sangat kaya kepada yang berpendapatan rendah. Patutkah kerajaan mencukai rakyat biasa kerana orang kaya gagal bayar cukai ataupun kerana negara berhutang disebabkan rasuah dan pengurusan yang tidak betul? Kenapa rakyat biasa dimangsakan dan dibebankan kerana Cukai GST? Adakah satu kerajaan yang prihatin dan mengutamakan rakyat akan bertindak sebegini? Dato' Sri Najib, PM kita, apa jawapan anda? (oleh Parames E)

Orang Asal Melawan Empangan

> m/s 6-7 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

> m/s 5

Nelson Mandela

> m/s 11

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.