SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
RM1-00
Feb-Mac 2014
Harga Solidariti RM2-00
DARI
KE Di Sebalik Lawak Jenaka Kangkung Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang berbunyi “kangkung dulu naik, sekarang dah turun� menjadi bahan lawak jenaka dan tersebar luas di ruangan siber, adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tekanan hidup yang semakin hebat akibat daripada kenaikan kos kehidupan yang tidak habishabisan. Sememangnya satu-satu cara rejim UMNO-BN mengelakkan diri daripada terus dibedil oleh kritikan rakyat ke atas kegagalannya menyelesaikan masalah penting rakyat, adalah terus memainkan politik perkauman. Rejim UMNO-BN telah mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan ketegangan masyarakat berbilang kaum, dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian
Kajang Move – Batu Loncatan ke Putrajaya? Kerusi DUN Kajang dikosongkan apabila ADUN yang dipilih semasa PRU-13, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di situ. Tindakan pengosongan kerusi DUN dan pengwujudan pilihanraya kecil (PRK) di Kajang ini telah mengejutkan dan mengecewakan ramai orang, kerana ini dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelesaikan kemelut politik dalaman parti tersebut di Selangor yang melibatkan Azmin Ali, Ketua PKR Selangor dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Walaupun pimpinan PKR mengatakan ini adalah satu langkah yang terancang, yang digelarkan sebagai Kajang Move, yang merupakan satu usaha untuk membolehkan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU-14, namun alasan yang diberikan masih tidak cukup lagi untuk menyakinkan rakyat. Persoalannya, adakah PRK
rakyat daripada isu-isu penting seperti beban kehidupan rakyat yang semakin bertambah akibat daripada dasar-dasar kerajaan UMNO-BN yang pro-korporat dan penyelewengan yang berterusan. Politikus UMNO-BN yang takut pada kebangkitan kuasa rakyat pernah dan akan menggunakan taktik politik perkauman untuk mengelirukan rakyat dan memecahbelahkan masyarakat. Mereka melakukan provokasi berbaur perkauman melalui organisasi-organisasi proksi yang ditaja oleh UMNO-BN. Oleh yang demikian, UMNO-BN akan terus menjadi penghalang dan ancaman utama kepada proses perkembangan demokrasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia yang semakin terdedah kepada maklumat alternatif tidak lagi mudah terpedaya dengan muslihat dan manipulasi oleh politikus UMNO-BN. Selagi masalah asas rakyat tidak diselesaikan, rakyat yang sedar akan terus bangkit dan berjuang. Kajang akan sekali gus menyelesaikan perbalahan dalaman PKR? Apakah perbezaan ketara ataupun dasar-dasar baru yang dibawa oleh kerajaan Selangor selepas Anwar dipilih menjadi ADUN Kajang, sebagai langkah konkrit untuk mewujudkan momentum yang membolehkan kemenangan di peringkat pusat semasa PRU-14? Banyak pihak yang cuba memujuk PSM untuk bertanding dalam PRK Kajang, namun selepas perbincangan secara demokratik dalam parti, PSM berputus untuk tidak mengambil bahagian dalam PRK Kajang. Walaupun PSM tidak bersetuju dengan cara mewujudkan PRK untuk menyelesaikan krisis dalaman sesuatu parti, tetapi PSM tidak berhasrat untuk memecahkan undi yang berkemungkinan memberikan kemenangan kepada BN. PSM bertekad untuk terus bekerjasama dengan semua pihak yang progresif dan membina kuasa rakyat secara bersama dalam usaha perjuangan rakyat menentang rejim UMNO-BN yang zalim lagi rakus. ##
Diari Jelajah PSM Perak
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.
Tel: 03-22747791
Diari Jelajah PSM Selangor & KL
Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/