SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
Jan-Feb 2013
RM1-00 Harga Solidariti RM2-00
Rakyat Pengayuh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah berjaya mengadakan kempen berbasikal bertema “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” dan menjelajah Negeri Sembilan pada 7-10 Disember yang lalu.
Perubahan
Pada empat tahun sebelum itu, iaitu tahun 2008, kempen berbasikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT diadakan dengan dua kumpulan pembasikal yang terdiri daripada anak muda berbasikal mengikut dua laluan, satu bermula dari Alor Setar dan satu lagi bermula dari Johor Bahru, keduaduanya menuju ke Parlimen di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan selama 16 hari kempen basikan tersebut, para peserta telah didepani dengan pelbagai halangan dan gangguan daripada pihak polis. Namun, para peserta kempen basikal berjaya tiba di Parlimen dan menyampaikan tuntutan rakyat yang dibawa oleh kempen tersebut. Selepas empat tahun, JERIT melancarkan satu lagi kempen basikal untuk membawa 7 tuntutan rakyat yang utama, iaitu: i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; ii. Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat; iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ; v. Lindungi hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ; vii. Mansuhkan undang-undang zalim Kempen basikal JERIT kali ini diadakan secara berperingkat dan destinasi pertama adalah Negeri Sembilan.
>ms 10
Imbas Kembali 2012 Manifesto Pekerja >ms 6
>ms 9
Venezuela >ms 11