Sosialis (Jun Jul 2014)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Jun-Jul 2014

Harga Solidariti RM2-00

Selepas Teluk Intan Ke Mana Tujunya Pakatan? undi. Undi majoriti yang memastikan kemenangan BN di PRK Teluk Intan hanyalah 238 undi, jumlah ini lebih kurang daripada undi rosak, iaitu 543 undi. Undi yang diperoleh DAP-Pakatan dalam PRK Teluk Intan memang jauh lebih kurang daripada undi semasa PRU-13 pada setahun yang lepas, di mana mendiang Seah meraih undi sebanyak 27,399, dan menang dengan undi majoriti sebanyak 7,313. Ini menunjukkan bahawa DAP telah kehilangan atau kekurangan lebih 7,000 undi! Satu “swing� yang boleh dikatakan agak hebat.

Dua pilihanraya kecil (PRK) telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu. PRK Bukit Gelugor tidak sebegitu hangat macam PRK yang lepas kerana Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, sekali membolehkan kemenangan mudah untuk calon DAPPakatan Rakyat, Ram Karpal Singah, anak kepada mendiang Karpal Singh yang menyandang kerusi parlimen Bukit Gelugor sebelum ini. Namun, senario amat berbeza dalam PRK Teluk Intan, di mana kita menyaksikan pertarungan sengit sehingga kita dikejutkan dengan kekalahan calon DAP-Pakatan Rakyat dengan perbezaan 238 undi sahaja! PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei yang lalu, selepas penyandang kerusi parlimen, Seah Long Peng (DAP-Pakatan Rakyat) meninggal dunia. DAP telah mengambil keputusan yang “berani� dengan meletakkan seorang anak muda Melayu yang baru berkecimpung dalam arena politik, Dyana Sofya, sebagai calonnya. Pencalonan Dyana Sofya sebenarnya juga merupakan kompromi dalam parti DAP yang cuba meredakan perbalahan dalaman parti di mana calon-calon yang lebih dikenali sebelum ini terpaksa digugurkan dan seorang calon payung terjun diletakkan. Pencalonan Dyana Sofya telah mencetuskan satu topik perbualan yang hangat pada awalnya tetapi perdebatan yang berlaku kebanyakannya hanya tertumpu pada wajah luaran seseorang calon bukannya tentang ideologi politik dan juga isu-isu asas yang berkaitan dengan rakyat akar umbi. UMNO begitu gerun pada pencalonan Dyana Sofya sehingga cuba melontar pelbagai tohmahan dan mengatur serangan peribadi secara bertubi-tubi. Apabila keputusan PRK Teluk Intan diumumkan, calon BN, Mah Siew Keong, yang merupakan Presiden untuk Parti Gerakan, telah meraih sebanyak 20,157 undi, mengalahkan Dyana Sofya yang mendapat 19,919

Ada penganalisa yang mengatakan bahawa kehilangan undi DAP adalah disebabkan oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu 67.4% (berbanding dengan 80.4% dalam PRU13), di mana ramai pengundi yang bekerja atau menetap di luar Teluk Intan tidak balik mengundi. Ini menimbulkan satu persoalan, adakah kemenangan Pakatan di kawasan separa luar bandar seperti Teluk Intan dalam pilihanraya perlu bergantung pada pengundi-pengundi yang bekerja di bandar? Mengapakah sokongan daripada pengundi tempatan yang tinggal di kawasan mengundi itu tidak kuat berbanding pengundi yang tinggal di luar? Ini adalah satu perkara yang perlu kita teliti jika kita inginkan perubahan politik yang bermakna di negara kita melalui proses pilihanraya. Salah satu faktor Mah Siew Keong, calon BN dalam PRK Teluk Intan, boleh mengekalkan 20,000 undinya, kerana dia bukannya seorang yang asing u n t u k p e n g u n d i Te l u k I n t a n , berbanding dengan Dyana Sofya yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir. Hubungan Mah dengan masyarakat setempat telah wujud sebelum ini, dan memang ada penduduk tempatan yang mengatakan Mah pernah menyelesaikan aduan mereka sebelum ini. Di kawasan separa bandar seperti Teluk Intan, isu-isu nasional seperti Hudud, cincin Rosmah dan sebagainya tidak memainkan peranan paling utama dalam mempengaruhi pilihan pengundi, sebaliknya isu-isu tempatan menjadi satu faktor penentu. Ada juga pengundi yang berasa bosan terhadap perbalahan dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.

Retorik politik mungkin boleh mempengaruhi sebahagian pengundi, tetapi yang memastikan sokongan berterusan adalah kerja-kerja akar umbi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah masyarakat tempatan dan juga menampilkan kebolehan untuk menyajikan politik alternatif kepada rakyat. Oleh yang demikian, adakah calon Pakatan yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau pilihanraya kecil akan terus bertapak di kawasan yang ditandingnya walaupun dia kalah? Ramai pengundi mahukan calon pilihanraya dan wakil rakyat yang faham tentang isu tempatan dan sentiasa bersama rakyat dalam memperjuangkan hak rakyat, bukannya penceramah hebat yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir sebelum pencalonan dan hilang selepas kalah dalam pilihanraya. Rakyat juga mual dengan politik rebut-merebut kuasa dalam sesuatu parti politik sehingga mengetepikan kepentingan rakyat. Seseorang ahli politik hanya dapat memastikan sokongan rakyat dengan mendekati rakyat melalui kerja-kerja akar umbi, bukannya hanya untuk rakyat ambil gambar selfie. Ini cabaran kepada semua parti-parti yang ingin melakukan perubahan politik di negara kita. ##

Ahli Parlimen PSM Isytihar Harta Kali ke-6 > m/s 5

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.