Sosialis (Jun Jul 2015)

Page 1

JUN-JUL 2015

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI

| PQ/PP1505(17864)

BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Krisis pelarian Rohingya > m/s 6

Peneroka Kg Gatco diancam > m/s 7

Majikan gagal Pekerja dihukum > m/s 10

Gajah sama gajah bergaduh RMK11 tidak mengakui Siapa mati di tengah-tengah? realiti baca lanjut di m/s 4

> m/s 11

Ahli Parlimen PSM isytihar harta 7 tahun berturut-turut baca lanjut di m/s 16 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: pusat@partisosialis.org


PSM

2

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan. Bendera dan Lambang Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat Parti Sosialis Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan. Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional. Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak. Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya. Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan. Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama. Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan. Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian. Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional. Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan. Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan. Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis? Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti. Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan. Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya. Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Jun-Jul 2015

Krisis dalaman parti UMNO semakin meruncing apabila kita menyaksikan bekas PM Mahathir begitu lantang sekali suaranya dalam mengutuk pentadbiran Najib, bukan kerana Mahathir dan puak yang menyokongnya mahukan penambahbaikan dalam tadbir urus negara kita ataupun perubahan yang mendatangkan faedah kepada rakyat biasa, tetapi sekadar cuba menukar kepimpinan dalam parti pemerintah untuk memenuhi kehendak kumpulan berkepentingan yang rapat dengan sebahagian elit pemerintah. Perbalahan dalaman parti pemerintah ini juga mencerminkan bahawa wujudnya krisis ekonomi yang sedang menjejaskan pemerintahan negara kita apabila wang yang ada pada kerajaan semakin kehabisan dan menjadi rebutan hebat antara puakpuak elit pemerintah.

Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Laman web: http://partisosialis.org/ Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

PSM bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kumpulan masyarakat dan individu yang ingin menggantikan rejim korup UMNOBN dan sistem pemerintahan sekarang ini yang menindas rakyat biasa. Perjuangan rakyat tidak seharusnya terbantut akibat percaturan elit politik, sebaliknya perlu digerakkan secara konsisten untuk menentang segala bentuk pemerasan, ketidakadilan dan penindasan. Kita tidak mungkin akan mendapat perubahan yang bermakna selagi kita tidak bersedia untuk berorganisasi dan mobilisasi secara berterusan. ##

Sememangnya rakyat biasa tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dalam percaturan dan pertelagahan golongan pemerintah yang berlaku sekarang ini, kerana niat dan hasrat untuk pihak-pihak yang melawan dalam perbalahan itu bukannya untuk mensejahterakan rakyat tetapi memikirkan bagaimana dapat membolot kekayaan negara kita untuk memenuhi ketamakan puak elit itu sendiri. Apa yang kita dapat rasai adalah rakyat semakin dibebankan dengan kenaikan kos hidup dan juga cukai yang memiskinkan rakyat.

Langganlah Akhbar

Parti Sosialis lebih mementingkan isuisu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita. Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Dalam situasi yang genting ini, kita juga mendapati gabungan parti-parti pembangkang begitu hambar dan tidak berdaya menonjolkan kepada rakyat bahawa mereka adalah alternatif yang mampu menggantikan pemerintahan UMNO-BN. Permasalahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan juga rebutan kuasa dalaman parti telah menjejaskan kekuatan politik parti pembangkang arus perdana. Oleh itu, alternatif yang ada pada rakyat marhaen adalah menjana kuasa rakyat itu dari bawah dan membina pilihan politik bersama dengan mana-mana kumpulan yang progresif dan berlandaskan perjuangan rakyat.

Sekarang! Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________ Alamat: _______________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ Telefon: _____________________________________ Faks: _____________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti

Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Website- http://partisosialis.org/


Jun-Jul 2015

Kongres Nasional Pemuda Sosialis ke-5 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30-31 Mei yang lalu. Barisan pimpinan baru Pemuda Sosialis PSM telah dipilih semasa kongres tersebut. Jawatankuasa Pusat Pemuda Sosialis untuk sesi 2015-2017 adalah seperti berikut: Pengerusi: Deeba Kathisrasan

PARTI DAN FRON

3

Timbalan Pengerusi: Muhammad Khairul Setiausaha: Kesavan Vijayan Timbalan Setiausaha: Kasturi Raju Bendahari: Omvknesh Kunaseelan AJK: 1. Haziq Faisal 2. Sharman Raj 3. Yamuna Ramalingam 4. Muhammad Ghadafi 5. Chugan Perumal 6. Thivya Kumar Sugumaran

PSM Sungai Siput dan Gabungan Pekerja Sungai Siput telah menganjurkan Konsert Titisan Peluh bersempena dengan sambutan Hari Pekerja, pada 23 Mei yang lalu. Ini merupakan kali ke-28 Konsert Titisan Peluh diadakan di Sungai Siput. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM) dan Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput) telah menyampaikan ucapan dalam

konsert tersebut. Arutchelvan berhujah bahawa isu perlawanan antara puak-puak dalam kelas pemerintah khususnya antara Mahathir dengan Najib baru-baru ini tidak akan memanfaatkan golongan pekerja, malah rakyat perlu teruskan perjuangan secara sedar. Dr. Jeyakumar pula menghuraikan isu rakyat dizalimi oleh cukai GST.

Buku Bahasa Inggeris terbaru tulisan Dr. Jeyakumar Devaraj (AJK Pusat PSM) yang berjudul “An Alternative Vision for Malaysia� telah dilancarkan di Pulau Pinang pada 16 Mei yang lalu.

PSM Banting telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Pekerja pada 30 Mei yang lalu. Sambutan tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan dan juga ucapan wakil pekerja.

Pekerja Ladang Bangi telah menang kes di Mahkamah Rayuan pada 26 Mei yang lalu, di mana mahkamah memutuskan bahawa para bekas pekerja ladang mempunyai hak untuk tinggal di ladang tersebut. Arutvhelvan, Setiausaha Agung PSM, yang berjuang bersama pekerja Ladang Bangi selama ini turut hadir bersama. PSM Cameron Highlands telah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Pos Lanai pada 24 Mei yang lalu, untuk merancang aktiviti mempertahankan hak orang asli yang dijejaskan oleh pembinaan Empangan Telom yang akan menenggelamkan tanah sebanyak 7600 hektar (termasuk 11 buah kampung Orang Asli). Masyarakat Orang Asli telah memfail kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Klang Cawangan-cawangan PSM telah membuat aduan polis ke atas tindakan pegawai polis Balai Polis Air Hitam, Negeri Sembilan, yang menimbulkan gangguang seksual ke atas penduduk Kampung Gatco yang cuba mempertahankan tanah mereka. (baca lanjut di m/s 7 untuk isu Kampung Gatco)


NASIONAL

4

Jun-Jul 2015

Mahathir vs Najib Nasib rakyat kekal merana oleh Sivarajan Perbalahan antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Najib Razak semakin meruncing sejak bulan April tahun ini. Walaupun kritikan mantan PM itu telahpun bermula sejak tahun lepas, kini ianya semakin hangat sehingga cuba mendesak Najib untuk letak jawatan sebagai PM. Mahathir merasakan Najib tidak lagi mampu memimpin Barisan Nasional dan UMNO. Mahathir kini seolah-olah menjadi pejuang rakyat, menyuarakan pelbagai isu seperti cukai GST, membantah perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), mempersoalkan isu pembaziran pembelian sebuah lagi pesawat jet rasmi, skandal 1MDB dan sebagainya. Sebanyak 13 isu penting telah dibangkitkan oleh Mahathir, menuntut penjelasan daripada Najib. Setelah berdiam diri untuk sekian lama, akhirnya Najib mula menjawab kritikan Mahathir dalam blognya dan juga dalam rancangan khas yang disiarkan dalam TV3. Tetapi malangnya percubaan Najib untuk mendiamkan Mahathir dengan penerangannya tidak berjaya, malah ianya membuka lebih banyak ruang untuk kritikan daripada pelbagai pihak. Rakyat merasakan Najib cuba mengelakkan diri dan tidak menjawab secara ikhlas. Najib hanya memuntahkan semula cerita lama. Hentaman bertubi-tubi Mahathir mengenai isu 1MDB, pembunuhan Altantuya, BR1M, cara hidup mewah keluarga Najib-Rosmah, telah menyebabkan para anggota kabinetnya sendiri menjauhkan diri mereka daripada Najib. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan lantang suaranya menyeru agar kesemua ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB harus dipecat, seolah-olah mendesak agar Najib sebagai pengerusi 1MDB harus turut dipecat juga! Puak-puak dalam UMNO yang membencikan kepimpinan Najib, turut memberikan ruang kepada Mahathir untuk meneruskan kritikannya. Mahathir seolah-olah telah memulakan satu kempen 'roadshow' untuk berucap dalam pelbagai majlis di seluruh negara demi membelasah Najib. Selain daripada

roadshow ini, Mahathir juga secara konsistennya membangkitkan persoalanpersoalan mengenai Najib dalam tulisan blognya. Tetapi selepas gagal menjawab persoalan Mahathir, Najib kini telah memulakan roadshownya sendiri pula, demi mengaut sokongan untuk dirinya. Ribuan rakyat digerakkan untuk menghadiri majlis-majlis rapat umum bersama Najib, dalam cubaan mewujudkan persepsi bahawa kononnya rakyat masih bersama pimpinan Najib. Sarkas politik yang berterusan antara kedua-dua pemimpin ini telah mengetepikan isu-isu penting rakyat marhaen. Harga minyak telah dinaikkan lagi tanpa apa jua pengumuman awal, pelaksanaan cukai GST masih bermasalah, harga barangan harian melambung naik, petani dan warga miskin bandar masih terus diusir untuk perkembangan bisnes korporat. Pembentangan Rancangan Malaysia ke-11, iaitu rancangan terakhir untuk mencapai Wawasan 2020, juga gagal mendapat perhatian yang secukupnya kerana pemimpin negara sibuk menjaga karier politik masing-masing. Negara kita pula terus dilanda oleh pelbagai krisis ekonomi, politik dan sosial. Sepertimana mayat-mayat mangsa pemerdangangan manusia digali dari kubur-kubur besar di kawasan sempadan Perlis-Thailand, begitulah rupanya, satu persatu isu-isu penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah mula dibongkarkan di media nasional. Isu-isu yang terbongkar pada hari ini merupakan hasil daripada kegagalan sistem pemerintahan yang telah lama dibenihkan sejak zaman pemerintahan Mahathir dulu selama 22 tahun. Salahguna kuasa, rasuah, pembentukan elit korporat nasional, kesemuanya telah berkembang semasa kepimpinan Mahathir itu

sendiri . Kini kita lihat penjelmaan hasil kegagalan pengurusan pentadbiran ekonomi negara yang melarat sejak lebih dua dekad yang lalu. Perkembangan kelas elit korporat nasional yang digalakkan semasa pemerintahan Mahathir dahulu, kini telah membesar sebagai sebuah kelas elit kaya yang boros dan tidak ingin bertanggungjawab pada kepentingan negara dan rakyatnya. Dulu Mahathir menyelamatkan kegagalan pengurusan Tajuddin Ramli dan syarikat penerbangan MAS, kini Najib pula menyelamatkan syarikat 1MDB. Dulu Mahathir berbelanja besar dengan pembinaan pusat pentadbiran baru di Putrajaya, dan kini Najib pula berbelanja besar dengan membeli jet baru! Rasional yang sama diberikan oleh kedua-dua pemimpin, iaitu perbelanjaan tersebut bukanlah untuk diri mereka tetapi untuk kepentingan negara dan imej negara. Justeru itu, adakah Mahathir benarbenar seorang wira rakyat yang membangkitkan keluhan rakyat, atau ahli politik veteran ini mempunyai agendanya tersendiri? Mahathir bukan keseorangan, tetapi dia bertindak sebagai jurucakap bagi satu lapisan golongan elit korporat nasional yang merasakan kepentingan ekonomi dan politik mereka semakin terjejas jika Najib terus berkuasa. Kepentingan mereka akan terus terjejas jika Najib meneruskan liberalisasi ekonominya dan membuka pintu negara kita kepada korporat antarabangsa. Najib tidak cukup berani untuk menentang arus ekonomi

global yang menyerang negara kita dalam bentuk perjanjian TPPA. Maka ada dua sebab Mahathir dan penyokongnya ingin menjatuhkan Najib. Pertama, jika Najib terus berkuasa, halatuju ekonomi negara mengikut cara Najib akan menghancurkan visi ekonomi ala Mahathir dan konco-konconya. Keduanya, oleh kerana kepimpinan Najib-Rosmah begitu dibenci oleh rakyat, maka berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang. Senario di mana PR memerintah negara merupakan suatu mimpi ngeri yang tidak boleh diterima oleh Mahathir, kerana sudah pasti segala kepentingan ekonomi dan politiknya akan hancur. Perbalahan antara Mahathir dan Najib merupakan perebutan kuasa antara dua kem ekonomi/politik yang sedang berjuang menjaga kepentingan mereka sendiri. Malangnya ia telah berjaya mengalihkan polemik rakyat daripada isu-isu asas rakyat yang penting kepada isu pertempuran politik Najib-Mahathir. Penderitaan rakyat tidak akan berakhir jika Najib dijatuhkan dan digantikan oleh seorang lagi pemimpin UMNO yang pro-Mahathir. Isunya adalah kem elit politik mana yang berpeluang untuk menikmati kekayaan negara, sementara rakyat marhaen terus akan merana. Rakyat harus tidak terperdaya dalam permainan politik ini dan tidak hilang fokus untuk meneruskan perjuangan kelas menentang sistem ekonomipolitik yang mengkayakan segelintir elit korporat dengan memiskinkan majoriti rakyat marhaen. ##


Jun-Jul 2015

AL-FATIHAH

5

Kenangan bersama Halim Hamid: Ayah - bukan sekadar Ayah Adam oleh S. Arutchelvan Apabila sorang anak muda bernama Adam Adli mula-mula dicari polis kerana menurunkan bendera Najib pada tahun 2011, saya merasakan anak muda ini membuat tindakan itu secara spontan tanpa memikirkan risikonya kerana mungkin dia sangat mentah dari segi pengalamannya. Namun selepas saya mendengar penjelasan anak muda tersebut, saya mendapati tindakan beliau memang satu tindakan yang dibuat atas kesedaran dan satu tindakan politik yang berani. Terbukti saya berdepan dengan seorang anak muda yang agak unik.

menyokongnya atau seperti kebanyakan ibubapa, berasa takut, bimbang dan menyalahkan anak mereka dan kawan-kawan atau aktiviti mereka. Dalam isu Ayah Adam, beliau telah menjangkau jangkaan saya. Beliau telah menjelma menjadi lebih daripada ayah Adam Adli. Pada satu ketika, saya melihat ayah Adam Adli telah menjelma sebagai seorang aktivis yang kadangkala lebih hebat daripada Adam itu sendiri. Kadangkala tingkahlakunya lebih muda daripada anaknya sendiri. Ada seketika Mandeep mengadu pada saya, “Arul, Ayah ini terlalu proaktiflah?” Nampaknya tingkahlaku Ayah Halim telah mencabar golongan anak muda pula.

Apabila anak muda yang sama ini kemudian ditahan polis dan dibawa ke Lokap Jinjang, berkemungkinan itu penahanannya yang pertama, saya pergi untuk memberi solidariti kerana sebagai anak muda, dia memang perlu mengetahui bahawa ada orang menyokongnya. Namun pada hari tersebut, saya dapati tidak ada ramai orang, mungkin ramai yang belum sampai dan ia adalah masa kerja. Pada masa itu, saya terjumpa Latheefa, peguam dan bertanya padanya, “macam mana Adam, siapa bersamanya?” Latheefa memberitahu bahawa keluarga Adam ada dan juga bapanya. Saya kemudian menjenguk dan melihat memang satu keluarga sedang duduk di sebelah kaunter. Saya tanya pada Lat, macam mana keluarganya dan siapa yang handle. Lat pula menjawab ayah Adam yang handle. Saya tanya, “boleh pakai ke?”

Dalam banyak isu, perhimpunan rakyat, penentangan terhadap GST, kadangkala saya melihat dia lebih agresif daripada anaknya Adam. Walaupun Adam menunjukkan perwatakan yang sabar tetapi saya melihat ayahnya kadangkala lebih ke depan, lebih pro-aktif dan selalu mahu membuat sesuatu. Maka saya mula keliru, adakah Adam menyebabkan ayahnya ke depan atau sebaliknya, ayahnya yang telah menyebabkan Adam ke depan. Yang saya dapat faham, mereka berdua mempunyai pemikiran sendiri dan cukup independen dari segi gerak kerja. Tiada sesiapa mengongkong sesiapa pun... hanya dua individu dalam gerakan sama menuntut sebuah negara yang lebih baik untuk kita semua.

Kemudian dalam sedikit masa selepas itu, saya sempat berjumpa dengan keluarga Adam. Apabila saya berdepan dengan bapa Adam, dia terus peluk saya dan ucapkan terima kasih. Saya terkejut sedikit, kerana saya memang tak kenal dia, dari agama berlainan, kaum berbeza dan ini pula pertemuan pertama. Cukup mesra dia. Saya lihat beliau kerisauan tetapi cuba bersikap “cool” dan menjelaskan pada saya tentang situasi Adam dengan penuh teratur dan tanpa gopoh. Beliau juga tidak mengutuk polis dan berkata mereka hanya menjalankan tugas mereka.

Saya melihat Ayah Halim begitu komitet dan ramai anak muda mula mendengar pandangan beliau. Kadangkala dia nampak macam seorang belia tua dalam kumpulan anak muda. Ayah memang faham perasaan anak muda, loghat percakapan mereka, faham aspirasi mereka dan seolah-olah dia boleh bersama mereka tanpa adanya jurang umur. Cara beliau bergaul dengan mereka juga cukup unik. Tidak nampak seperti orang tua memberi syarahan kepada anak muda tetapi satu perhubungan yang diselubungi cinta dan kasih sayang.

Dalam insiden yang selepas itu, semasa di mahkamah apabila hakim membebaskannya dengan diikat jamin mahkamah, saya melihat ayah yang cool ini menengking seorang Ahli Parlimen yang ajak Adam untuk menghadiri ceramah malam itu dan menghasut rakyat. Pada masa itu, apabila ditanya mengapa dia marah, dia merungut, “Adam baru dibebaskan... dan mereka panggil dia untuk program seterusnya, tunggulah sekejap, respeklah sikit... dia baru bebas.” Pada masa itu, saya terpandang imej seorang ayah yang amat sayang pada anaknya.

Semasa 1 Mei 2014, apabila ada pihak hendak occupy di Dataran Merdeka selepas program Hari Pekerja, saya melihat Ayah sungguh komited dengan idea itu. Kemudian apabila semua orang nak habiskan program pada hari Ahad, tiba-tiba Ayah membawa beberapa orang anak muda dan beritahu pada saya bahawa program occupy perlu diteruskan.

Namun, Halim Hamid yang dipangggil ramai sebagai “Ayah” tidak meninggalkan kita sebagai ayah kepada Adam Adli sahaja. Persoalan saya, “boleh pakai ke?” jika dinilai hari ini, maka soalan tersebut amat tidak kena pada tempatnya. Saya sebenarnya nak tahu sama ada si bapa Adam ini seorang yang akan faham aspirasi Adam dan

Saya berasa serba salah kerana harus menuang air sejuk atas aspirasi dan semangatnya. Saya beritahu esok hari isnin, hari kerja dan ramai yang tidak akan sokong, lagi pun Occupy susah untuk bertahan. Saya cukup terperanjat dengan stamina dan komitmen beliau, yang akan menjadikan ramai orang terutamanya golongan muda malu. Saya juga melihat cintanya pada kebebasan yang begitu tinggi. Setiap kali ada orang ditahan, beliau akan memulakan kempen pembebasan. Beliau akan sibuk update, dan akan

terus follow-up kes sehingga semuanya bebas. Kadangkala macam perangai Pak Din pula. Semasa Ali Abdul Jalil ditahan pada tahun lalu, ada satu konflik di kalangan kawankawan Ali sendiri untuk bersolidariti. Saya dapati Ayah antara orang yang banyak memberi solidariti dan sentiasa memberi keyakinan kepada keluarga Ali dan kawan-kawannya yang turun. Mungkin beliau melihat setiap orang anak muda yang ditahan itu seperti anaknya sendiri. Maka beliau bukan sekadar ayah Adam. Dalam isu Kampung Chubadak, sebuah perkampungan di Sentul yang diancam pengusiran, saya amat terkejut dengan komitmen dan dedikasinya dalam perjuangan rakyat di sana. Beliau seperti 24 jam memikirkan isu itu, bagaimana membantu, bagaimana menyebarkan informasi, dan bagaimana menyelesaikan isu. Apabila ada ketegangan dalam whatsapp antara aktivis, beliau akan memainkan peranan untuk mendamaikan keadaan atau menyelesaikannya. Bertutur dalam whatsapp adalah satu seni dan bukan semua orang ada kesabaran atau kepakaran untuk menyelaminya. Namun Ayah begitu dinamik dalam group tersebut, sentiasa memberi dorongan. Komitmennya cukup luar biasa dan lebih dashyat daripada ramai aktivis yang saya kenal. Maka daripada seorang yang saya lihat sebagai bapa Adam, lamakelamaan imej itu bertukar menjadi seorang aktivis. Beliau juga seorang yang cukup baik hati. Dia selalu ajak kami ke rumahnya di Pulau Pinang untuk berehat. Selalu memberi nasihat dan pertuturannya cukup mesra dan tidak pernah saya lihat dia marah atau putus asa. Beliau selalu memberi tenaga positif kepada orang di sekelilingnya. Apabila Adam ditahan baru-baru ini, saya juga pergi ke Jinjang. Tetapi ia berbeza dengan kali pertama saya pergi. Kali ini saya pergi untuk memberi solidariti dan sokongan kepada Ayah kerana saya rasa cukup bersalah jika saya tidak turun untuk bersolidariti apabila saya melihat Ayah turun bersolidariti untuk begitu ramai orang, maka saya kena membalas budi dan jasanya. Saya memberitahunya, saya datang kerana Ayah bukan kerana Adam. Selain itu, apabila berhujah dengan beliau, beliau selalu memikirkan bagaimana menyatukan orang ramai untuk melawan rejim. Fikirannya seperti cukup fokus. Dia juga mempunyai keyakinan tinggi bahawa rejim ini boleh ditumpaskan. Walaupun begitu pedihnya kadangkala dalam perjuangan ini, Ayah sentiasa memberi satu nafas yang kita perlukan.

sekitar pukul 7 pagi dan mula membaca mesej whatsapp sejak malam sebelum itu. Kemudian dalam whatsapp secara terperincinya ada banyak pesanan mengenai kemalangan, keadaan dia, harapan, nak buat pembedahan, pendarahan dan lain-lain. Namun ayat yang saya amat saya takut untuk berdepan, akhirnya tercatat “Al-Fatihah”. Walaupun saya tidak faham erti sebenarnya, tetapi saya faham ini bererti orang itu sudah meninggalkan kita di dunia ini. Saya cukup sedih dengan pemergian seorang aktivis. Saya tidak sempat ke upacara pengebumiannya kerana ada mesyuarat penting dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi berkenaan dengan Perhimpunan 1 Mei tahun ini. Fikiran saya cukup terganggu bukan sebab pertemuan dengan OCPD, tetapi kerana memikirkan pemergian seorang aktivis, seorang kawan. Dalam keadaan yang tidak sihat, saya merasakan perlu juga pergi menyiarahi kawan aktivisku. Namun, si ibu Adam memberitahu saya sesuatu yang susah untuk saya hadam, dia memberitahu, “Mama pesan kepada Arul, pastikan bawa Adam untuk demo dan lain-lain. Saya takut Adam akan hilang semangat selepas pemergian ayahnya. Tolong bawa dia untuk terus lawan rejim, berikan dia semangat.” Cukup terharu saya, kerana setelah kehilangan seorang suami, si mama ini pula berani meminta Adam untuk meneruskan perjuangannya. Hebat si Ayah dan si mama ini. Walaupun Ayah Halim bukan seorang pejuang veteran yang telah lama dalam perjuangan ini, namun penglibatannya yang pendek ini telah cukup memberi impak yang besar kepada perjuangan kita semua untuk terus melawan. Dalam masa yang singkat ini, beliau telah menyentuh perasaan ramai orang termasuk saya. Seorang aktivis PSM memberitahu saya bahawa, apabila dia panggil Halim sebagai saudara dan Ayah Adam pula menjawab, jangan panggil saya Saudara, panggil saya AYAH.

Setiap kali dia jumpa saya, dia katakan “kita tidak apa, selalu boleh sampai pada masanya kerana kita pakai kuda”. Namun kuda atau motosikal yang dimaksudkannya itulah akhirnya membawa maut kepada aktivis ini.

Halim Hamid, memang AYAH untuk kita semua, AYAH untuk perjuangan ini. Beliau adalah AYAH yang boleh pakai untuk masa depan generasi yang akan datang, untuk melahirkan jiwa-jiwa merdeka yang dapat menurunkan bukan sahaja bendera, tetapi menurunkan rejim yang korup dan tamak.

Pada malam sebelum beliau meninggalkan kita, saya tidur awal kerana tidak begitu sihat. Saya bangun

Beliau bukan sekadar Ayah Adam. Beliau adalah seorang AYAH yang kita semua boleh pakai dan belajar. ##


FOKUS

6

Jun-Jul 2015

Krisis pelarian Rohingya adalah isu kemanusiaan

Baru-baru ini, negara Malaysia menjadi tumpuan antarabangsa sekali lagi kerana enggan menerima kapal yang membawa pelarian Rohingya dan migran dari Bangladesh pada awalnya. Walaupun kerajaan Malaysia kemudiannya berganjak daripada pendirian awal dan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada pelarian etnik Rohingya yang terbiar di laut, namun banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menangani krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh pelarian dan migran di rantau Asia Tenggara ini. Berita mengenai lebih 8000 orang pelarian Rohingya dan migran dari

Bangladesh yang menaiki bot dihalang untuk mendarat dan dibiarkan menghayut di laut telah tersebar luas pada awal bulan Mei yang lalu, dan menimbulkan perhatian umum kerana ini merupakan satu krisis kemanusiaan yang serius. “Biarkan kapal Rohingya mendarat dan bantulah mereka kerana kita manusia. Kita pergi ke Nepal kerana bantuan kemanusiaan, macam mana pula dengan mereka yang kelaparan yang meminta bantuan kita yang tidak jauh dari kita,” kata Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, apabila mengulas tentang kemelut yang dihadapi oleh pelarian dan migran yang hanyut di laut.

Dr. Jeyakumar adalah:

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM cuba membentangkan satu usul tergempar di Parlimen pada 15 Mei yang lalu tetapi ditolak oleh Speaker dengan alasan isu ini sudah dikendalikan oleh kerajaan.

3. Isu diskriminasi terhadap kaum Rohingya tidak boleh dianggap sebagai satu isu domestik negara Myanmar yang tidak boleh disentuh oleh negara jiran kerana isu ini telah melimpah ke negara jiran dalam bentuk masalah pelarian skala besar dan sekarang merupakan beban besar untuk negara-negara jiran.

Cadangan yang dikemukakan oleh

1. Pendekatan Malaysia terhadap pendatang asing dari Myanmar harus didasarkan pada prinsip-prinsip kemanusiaan di mana keselamatan dan kesihatan pendatang asing diberi keutamaan. Polisi menghalang mereka mendarat di Malaysia adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab dan akan memburukkan imej negara kita di arena antarabangsa. 2. Malaysia harus menganjurkan perbincangan dengan negara-negara lain di ASEAN supaya beban mengendalikan krisis kemanusiaan pelarian Myanmar dapat dipikul bersama secara yang bertanggungjawab, selaras dengan semangat solidariti antara negaranegara ASEAN.

Negara-negara ASEAN harus mengadakan perbincangan dengan Myanmar untuk mewujudkan “roadmap” bagi mengatasi masalah keganasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar. ASEAN asyik melaungkan slogan “komuniti berteraskan rakyat”, tetapi reaksi negara anggota ASEAN (khususnya Malaysia, Indonesia dan Thailand) dalam isu pelarian barubaru ini menunjukkan bahawa slogannya jauh berbeza dengan realiti. Isu pelarian bukan sahaja isu kemanusiaan, tetapi juga melibatkan ketidakadilan sosio-ekonomi, penindasan politik dan keganasan kuasa pemerintah. Malaysia sebagai pengerusi ASEAN adanya tanggungjawab untuk menawarkan kepimpinan dalam menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kehidupan pelarian yang mencari perlindungan di rantau ini, sementara itu juga cuba mendesak kerajaan-kerajaan yang memerintah secara kuku besi menggerakkan proses pendemokrasian dan perdamaian etnik supaya tiada lagi orang yang perlu melarikan diri untuk mencari perlindungan. ##

Gejala pemerdagangan manusia membimbangkan Krisis kemanusiaan bot-bot yang membawa orang Rohingya dan Bangladesh menunjukkan betapa seriusnya gejala pemerdagangan manusia, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia. Seramai 25,000 orang migran dijangka telah menaiki bot dari Bangladesh dan Myanmar antara Januari hingga Mac tahun ini. Angka ini adalah dua kali ganda angka untuk tempoh yang sama pada tahun lepas. Pemerdagangan orang adalah perniagaan multi-billion yang berasaskan penderitaan orang miskin dan teraniaya. Ia melibatkan beribu-ribu orang pelarian di Asia, Eropah dan Amerika. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jenayah pemerdagangan manusia mengaut untung sebanyak US$ 32 billion setahun. Ia merupakan industri jenayah yang ketiga besar dan mendatangkan keuntungan lumayan di dunia (selepas pemerdagangan dadah, dan senjata). Pemerdagangan manusia melibatkan kemasukan migran ke dalam atau melalui beberapa sempadan negara secara tidak sah atau tanpa dokumen. Mangsa pemerdagangan manusia termasuk: mereka yang diculik keluar dari tempat tinggal mereka, atau dipaksa keluar dengan menggunakan kekerasan, atau diperdaya atau ditipu keluar, bagi maksud eksploitasi. mereka yang ingin keluar dari negara mereka untuk melarikan diri daripada rejim yang

zalim, ataupun untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara lain. Penyeludup mengatur kemasukan mereka itu secara tidak sah ke dalam negara yang diingini. Tetapi kadangkala pada bila-bila masa sahaja sewaktu perjalanan, migran itu boleh menjadi mangsa pemerdagangan dengan ditipu atau dipaksa, untuk maksud dieksploitasi. Pengeksploitasian pemerdagangan manusia bermaksud memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, atau menjadi buruh paksa atau hamba. Siapa yang harus dipersalahkan – pedagang dan penyeludup manusia atau pelarian dan buruh paksa? Kita tidak boleh menyalahkan pelarian yang mencari suaka untuk menjauhkan diri daripada keadaan hidup mereka yang teruk (intolerable situations) seperti Rohingya yang dianiayai. Kita tidak boleh menyalahkan pekerja migran untuk penderaan yang dialami oleh mereka. Kita tidak boleh menyalahkan migran yang dipaksa menjadi pelacur. Kita haruslah jelas bahawa penjenayah sebenarnya adalah pedagang dan penyeludup manusia, dan sindiket yang berpengaruh, termasuklah pegawaipegawai kerajaan yang korup. Antara sebab yang menyumbang kepada gejala pemerdagangan manusia yang berskala besar ini adalah penafian hak asasi, termasuk hak untuk pembelaan bagi pencari suaka dan mangsa pemerdagangan manusia. Akibatnya mereka tidak diberi sebarang perlindungan. Mereka tidak ada status sah secara undang-undang, maka mereka tidak ada ruang untuk melaporkan

penderaan. Mereka tidak dibenarkan bekerja, maka mereka bergantung sepenuhnya kepada ejen atau majikan yang bercenderungan untuk mengeksploitasi mereka. Ramai antara mereka ini akhirnya menjadi buruh paksa. Tanpa tindakan yang tegas, diselaras, dilengkapi secara baik dan komprehensif yang diambil oleh kerajaan-kerajaan ASEAN dan komuniti antarabangsa, pemerdagangan manusia akan terus berkembang, dan secara sistematik, menyeksa, merogol, memeras, menjual dan membunuh beribu-ribu wanita, lelaki dan kanak-kanak. Negara-negara ASEAN harus melipatgandakan usaha untuk mencari dan menyelamatkan mangsa dan memastikan pencari suaka dan pelarian Rohingya dan Bangladesh dapat mengakses perlindungan dan bantuan kemanusiaan. Myanmar dan Bangladesh harus menghentikan penganiayaan terhadap orang Rohingya.

Thailand dan Malaysia harus mencari dan menutup kem-kem yang dipakai untuk menyimpan, dan mendera pelarian. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tidak ada lagi “kubur besar” di bumi kita. Kerajaan-kerajaan yang terlibat harus mengambil tindakan tegas terhadap penglibatan pegawaipegawai kerajaan dalam aktiviti pemerdagangan manusia, dan mengambil langkah-langkah jangkamasa panjang untuk melakukan “reformasi” supaya menghapuskan kecenderungan ini di kalangan kakitangan awam dan ahli politik. Kita harus merenung perkara ini: di bawah globalisasi kapitalis hari ini, tiadanya ruang untuk pergerakan orang miskin dan masyarakat tertindas secara bebas dan selamat, tetapi hanya pemilik modal adanya kebebasan dan dialu-alukan dengan tangan terbuka oleh kerajaan-kerajaan. Ini adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan demi menyelamatkan kemanusiaan kita. (oleh R. Rani)


Jun-Jul 2015

PERJUANGAN RAKYAT

7

Kisah Kampung Gatco Hak tanah peneroka diancam Kampung Gatco (atau juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah) yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan, telah diwujudkan pada tahun 1970-an, apabila kebanyakan peneroka berhijrah ke situ di bawah satu projek pembangunan tanah yang diusahakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) untuk ahli-ahlinya, iaitu Skim Penempatan Pekebun Kecil Tebu pada tahun 1975. Syarikat Gatco (The Great Alonioners Trading Corporation Berhad) telah ditubuhkan untuk menjalankan projek tersebut. NUPW telah menyewa tanah hutan seluas 4932.52 ekar daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan mulai 1 Januari 1977 untuk 66 tahun. Tebu ditanam sebagai pertanian komoditi yang utama disebabkan terdapat kilang gula di kawasan berdekatan. Penduduk kampung membayar sebanyak RM 7,600 pada 1977,

antaranya sebanyak RM2600 sebagai wang pendahuluan untuk satu ekar tanah bagi tujuan pembinaan rumah dan infrastruktur di kawasan perumahan, RM 5000 dibayar sebagai wang pendahuluan untuk membersihkan hutan, infrastruktur serta penanaman tebu bagi 10 ekar tanah setiap orang. Bagaimanapun, skim ini akhirnya gagal, dan tanah yang telah dicagarkan kepada bank. Pada sekitar tahun 1980-an, syarikat Gatco telah muflis, dan pelikuidasi telah mula melelong tanah. Pihak penduduk terpaksa membayar sebanyak 2% iaitu sebanyak RM 320,000 ribu kepada pelikuidasi pada 18 ogos 2004 untuk mendapatkan kembali tanah mereka. Namun pihak pelikuidasi telah memberi tanah ini kepada syarikat korporat dan selepas itu Syarikat Thamarai Holdings telah muncul sebagai pemaju tanah di situ. Pihak penduduk kampung telah memfailkan kes di mahkamah.

Polis berat sebelah dan salahguna kuasa pengenalan, dan mereka dibebaskan pada lewat malam itu. 2 orang lagi peneroka Gatco yang dicari oleh polis hadir di Ibupejabat Polis Daerah Jempol untuk membuat laporan polis tetapi terus ditangkap, digari dan dimasukkan ke lokap. Kesemua 6 orang lelaki itu telah direman 2 hari dan dibebaskan pada 22 Mei. Dalam satu insiden pada 20 Mei yang lalu, 4 orang lelaki dan 7 orang wanita yang cuba menghalang lori yang memasuki kawasan Kampung Gatco telah ditangkap oleh polis dan dibawa ke Balai Polis Air Hitam. 7 orang wanita ditangkap atas alasan tidak membawa kad

Pihak polis menangkap peneroka Kampung Gatco atas alasan mereka menghalang kerja pemaju dan menceroboh kawasan tanah milik PKNNS, sedangkan pihak PKNNS tidak mengemukakan apa-apa

Sebelum penduduk Kg Gatco mendapat keputusan Mahkamah Rayuan, secara tibatiba Kerajaan Negeri Sembilan muncul bersama Thamarai Holdings Sdn. Bhd untuk menceroboh tanah milik Penduduk Gatco. Pencerobohan ini berlaku secara berterusan. Apabila penduduk Getco cuba menghalang pencerobohan ini, pihak Polis bersekongkol dengan pihak syarikat dan menganiayai penduduk di Kampung Gatco. Keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari yang lalu memihak pada peneroka Kampung Gatco, tetapi pihak pemaju telah menggunakan taktik kotor untuk menceroboh tanah tersebut dengan bantuan kerajaan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan dokumen yang menyatakan tanah tersebut adalah miliknya. Banyak aduan polis telah dibuat terhadap pihak pemaju yang mengugut dan menceroboh tanah Kampung Gatco, tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak polis. Para peneroka Kampung Gatco telah menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negeri Sembilan pada 27 Mei yang lalu, mengadu tentang pegawai polis di Balai Polis Air Hitam dan IPD Jempol yang bersekongkol dengan pihak pemaju untuk mengganggu dan menganiayai para penduduk Kampung Gatco. Pada petang hari yang sama apabila

(PKNNS), pasukan RELA, polis dan samseng upahan. Sejak kebelakangan ini, beberapa jentolak telah memasuki kawasan ladang Kampung Gatco untuk menebang dan memotong pokok getah yang ditanam oleh peneroka kampung. Apabila penduduk kampung cuba menghalang dan meminta dokumen yang sah daripada pemaju, pihak polis dan RELA sering kali bersikap kasar dan menangkap para penduduk. peneroka Gatco hantar memorandum kepada Ketua Polis Negeri, satu lagi insiden berlaku di Kampung Gatco, di mana Ketua Balai Polis Air Hitam, Sarjan Mejar Abu Bakar bertindak ganas dan cuba melakukan perbuatan lucah terhadap peneroka wanita di Kampung Gatco dengan membuka zip seluar dan mengajak mereka tidur bersamanya. Ini sekali menunjukkan tahap penyalahgunaan kuasa oleh pegawai penguatkuasa yang sepatutnya melindungi keselamatan rakyat. Tidak hairan mengapa para peneroka Gatco hilang kepercayaan kepada polis di situ.

Memorandum kepada SUHAKAM Pada 3 Jun yang lalu, satu lagi memorandum daripada peneroka Kampung Gatco telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dengan tuntutan berikut: I. SUHAKAM diminta untuk membantu melindungi hak tanah pertanian yang telah diusahakan oleh peneroka Kampung Gatco kerana hak untuk kehidupan selaras dengan Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 3 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia perlu ditegakkan. ii. Meminta semua pihak iaitu Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Polis, RELA dan Tamarai Holdings Sdn Bhd menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari yang lalu. Keputusan

Mahkamah jelas mengatakan bahawa wujudnya penyelewengan dalam proses pembelian tanah oleh Tamarai Holidings dan mahkamah membenarkan kesnya dibuka untuk perbicaraan. Keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa peneroka Kampung Gatco adalah pihak yang mempunyai hak ke atas tanah tersebut. iii. Apabila Tamarai Holdings tiada sebarang hak ke atas tanah tersebut, maka Kerajaan Negeri dan PKNNS juga tidak ada kuasa untuk campurtangan dalam isu ini. Oleh yang demikian, peneroka Gatco meminta Kerajaan Negeri Sembilan dan PKNNS supaya menghentikan pencerobohan terhadap tanah peneroka Gatco serta aktiviti penebangan pokok

getah yang diusahakan oleh peneroka. iv. Pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah, Polis dan RELA tiada kuasa untuk campurtangan

dalam pertikaian tanah ini. Polis dan RELA harus menghentikan tangkapan yang berniat jahat dan kelakuan kasar terhadap peneroka Gatco. ##


KHAS

8

Jun-Jul 2015

Berdikari dan terus berjuang Ucapan Dasar Pengerusi PSM untuk Kongres Nasional PSM ke-17 oleh Dr. Nasir Hashim Dalam dunia yang berpancaroba ini, penjajahan dan imperialisme berganding bahu menindas, memangsa, memperkosa dan menyamun, membolot kekayaan dan keuntungan yang maksimum. Imperialis bersama koncokonco (kapitalis dan politikus) tempatan mencabuli kedaulatan negara, menguasai perdagangan, menubuh pangkalan militer, mewujudkan budaya kebergantungan dan mentadbir menggunakan dasar “pecah dan perintah”. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah termasuklah: Krisis ekonomi sedunia – yang semakin menghantui dunia yang serba rapuh ini a. Negara Greece dan negaranegara jirannya mengalami kemelesetan ekonomi hinggakan hutang tidak terbayar. Kegawatan ini mencetuskan keadaan yang tidak menentu sehingga berlakunya pertukaran pemerintah di mana rakyat memberi mandat baru kepada SYRIZA, sebuah parti sosialis

untuk berunding mengatur semula pembayaran pinjaman wang supaya tidak membebankan pembangunan negara mereka. b. Di Eropah pula, rebutan kuasa terus berlaku di Ukraine, di mana Russia berentap secara terbuka dan halus dengan USA bersama sekutunya. c. Sosialisme merebak di pelosok Eropah, Amerika Latin dan Asia. Perkembangan ini sungguh menggerunkan dan menggugat kepentingan negara-negara kapitalis / imperialis yang sewenangwenangnya merompak kekayaan negara mangsa. Maka tidak hairanlah sekiranya negara-negara kapitalis ini, sengaja menyusahkan segala perundingan, melancarkan sabotaj dan membiayai pihak-pihak yang ingin menggulingkan pemerintahan yang sah. d. Pengeluaran minyak di merata dunia telah dipolitikkan supaya dapat memanipulasikan harga minyak. Namun demikian, ada juga negara-negara pengeluar minyak berdegil dan enggan turut serta. Maka berlakulah tekanan ekonomi yang menjatuhkan nilai mata wang negara dan melumpuhkan

Negara kita dilanda krisis demi krisis Ketagihan membolot kuasa dan kekayaan terus berleluasa, membudayakan rasuah, nepotisme, kronisme, sekongkolan, ketirisan dan dasar pentadbiran yang memecahbelahkan rakyat. Undang-undang yang diluluskan dalam parlimen memiskinkan lagi rakyat daripada golongan menengah dan bawahan. A.

Isu ekonomi

a. Pengurusan ekonomi negara amatlah lemah dan pelancaran pelbagai program berkisar pada kepentingan politik, memancing kesetiaan dan menguntungkan pihak yang kaya. b. Program 1MDB yang seharusnya memperkayakan negara, berpaling tadah dan membebankan rakyat jelata dengan hutang pinjaman sebanyak RM 42 bilion. Bukan itu sahaja, RM 700 juta lesap ke tangan orang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri. Banyak lagi transaksi aneh berlaku hinggakan semua pihak bersuara supaya menyiasat penyelewengan ini. c. Hutang luar negara pada 2014 mencecah RM 750 bilion dan pucuk pimpinan pula meremehkan masalah ini. Maka krisis ekonomi dan kepincangan melamarkan diri. d. Cukai GST telah pun diluluskan dalam Parlimen dan membebankan lagi rakyat miskin. Kejatuhan nilai mata wang, harga minyak menjunam, inflasi, dan keengganan pemerintah menaikkan gaji minimum menambahkan lagi penganiayaan dan kezaliman terhadap rakyat miskin. e. Kini pemerintah hendak menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa (TPPA), yang bakal berlangsung pada penghujung tahun ini. Kalau dimeteraikan perjanjian ini, maka negara kita akan dijajah kembali di mana negara-negara imperialis akan menguasai segala-galanya dan undangundang negara dibatalkan / dimandulkan oleh undang-undang antarabangsa yang memihak kepada imperialis-imperialis ini. f. Imbangan perdagangan negara

turut merosot di mana import barangan luar lebih tinggi daripada eksport barangan tempatan. Ini bermakna saingan di peringkat antarabangsa turut merosot akibat eksport yang berkurangan dan pasti menggugat pendapatan negara. g. Ketirisan dan pembaziran dianggarkan RM 23 bilion setahun dan dibiarkan begitu. Pemantauan yang tidak kemas terhadap golongan kaya yang lari dari cukai; kerakusan membina projek-projek gergasi yang memenuhi ego pemimpin-pemimpin dan memakan belanja ratus ribu juta, menguntungkan kapitalis gergasi, tetapi tidak bermakna pada pembangunan negara yang ketepikan kebajikan rakyat. h. Penindasan di tempat kerja dan gaji pada paras kemiskinan tidak mendapat perhatian pucuk pimpinan yang sudah pun dinobat sebagai koncokonco kapitalis / imperialis. Di samping itu, rakyat miskin terus dicukai. B.

Bencana alam

Banjir yang melanda beberapa negeri pada bulan-bulan yang lalu, mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda, kematian ternakan, kemusnahan tanaman dan kehilangan tempat tinggal. Kerajaan negeri lembap bertindak, menjadi suatu penyeksaan terhadap rakyat. Walhal rakyat dan NGO dari setiap penjuru negara datang berduyun-duyun menawarkan pelbagai bantuan dan perkhidmatan. Kerajaan negeri terus hilang hala tuju, terpukau dan terpaku kerana tidak bersedia menghadapi banjir yang berlaku pada setiap tahun. Mengikut maklumat yang diterima, pergondolan bukit-bukit berpunca daripada pembalakan tanpa sekatan dan sukatan. Mangsa-mangsa banjir menyebut tentang kekuningan air banjir dengan lumpur kuning yang luar biasa, mencerminkan hakisan tanah dari bukit. Dijangka dengan perubahan iklim dunia yang tidak menentu ini, cuaca akan menjadi lebih teruk pada masamasa yang mendatang. Semoga kerajaan-kerajaan negeri dan pusat sudah bersiap sedia menghadapi cabaran yang bermusim tahunan ini.

pengeluaran barangan dan perdagangan komoditi. Akhirnya muncullah krisis ekonomi dan timbullah desakan kapitalis gergasi supaya membenarkan penubuhan pangkalan militer dan memonopoli perdagangan di rantau tersebut. Maka negara-negara yang bukan pengeluar minyak diheret bersama dalam kancah saingan hingga menimbulkan krisis pembangunan, krisis ekonomi, krisis makanan dan krisis kepimpinan. e. Kini negara gergasi baru sudah muncul dalam arena persaingan ekonomi iaitu negara China. Negaranegara barat khususnya USA mula berjinak-jinak, menjanjikan seribu satu macam, dan memancing kesetiaan negara-negara di rantau ini supaya membelakangkan negara China. Di samping itu, negara India pula bersiap sedia mencabar negara China, USA dan sekutunya. Jelas bahawa sekiranya negara-negara di rantau ini tidak menubuhkan gabungan ekonomi serantau, maka sudah tentu mereka akan ditelan bulat-bulat oleh negaranegara imperialis ini. Pelancaran terhadap perdagangan bebas antarabangsa TPPA adalah satu antara percubaan untuk menakluki rantau ini dan dijadikan alat penjajahan ala moden. C. Krisis kepimpinan negara Keyakinan terhadap kepimpinan PM Najib makin merosot. Najib nampaknya lebih berdiam diri dan hanya bersuara dalam paksaan. Masih tidak menjawab soalan-soalan penting yang dilontarkan kepadanya. Walaupun Najib dipertikaikan oleh mantan PM Mahathir, namun rekod Mahathir selama 22 tahun apa kurangnya? Mahathir telah menghancurkan segala institusi pentadbiran, kehakiman, keselamatan dan minda rakyat, termasuklah menghancurkan saingan-saingan politiknya. Pendek kata sistem pentadbiran negara sudah berpatah arah dan menteri-menteri bertindak mengikut selera, bercanggah sesama sendiri dan mendedahkan kedaifan diri. a. Isu agama dan kaum sengaja ditonjolkan supaya dapat menutupkan atau mengelirukan perhatian rakyat pada pemerintahan yang jelik dan zalim. Pemerintah terus mengabaikan kebajikan rakyat dan rakus mengukuhkan kuasa, pengaruh dan kekayaan. b. Namun pemimpin-pemimpin Islam pula dengan angkuh, sanggup mencerutkan lagi kesejagatan agama sendiri demi meraih pengaruh dan memenuhi agenda politik masingmasing. Seolah-olah mereka menjual (melelong) agama sendiri dengan harga yang amat murah. Lagi pun Piagam Medina semasa zaman Nabi Muhammad SAW menegakkan masyarakat beragama dan bukan masyarakat berpolitik. Ada penulis-penulis mengisytiharkan bahawa matlamat AlQuran bukanlah mewujudkan Negara Islam tetapi mengamalkan kehidupan (Ad-Din) yang beriman, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang. c. Keadaan negara menjadi teruk lagi apabila parti-parti politik daripada pihak BN dan PR bertelagah dalam parti sendiri dan antara parti lawan hingga “retak menunggu belah”. Keangkuhan dan pemujaan pemimpin secara membabi-buta mengakibatkan rakyat hanyut dalam kedaifan, kekeliruan dan kebergantungan. Maka itu, mana saja badan-badan parti politik yang lebih awal menyelesaikan masalah dalaman, maka kemungkinan besar mereka akan

f. Kebelakangan ini, negaranegara Timur Tengah menghadapi serangan ISIS. Pertelingkahan merebut kuasa antara puak Sunni dan Shia, berkaitan rapat dengan pegangan hadis masing-masing. Pergolakan yang mencemaskan ini membuka ruang pada negara-negara kapitalis antarabangsa mencelah dan mengeruhkan lagi keadaan dengan menyokong pihak-pihak yang bertelingkah supaya menghalalkan tuntutan mereka pada kemudian hari nanti. g. Malangnya, lebih kurang 230 juta kanak-kanak turut menjadi mangsa di kawasan yang dilanda peperangan. h. Di Afrika pula, penyakit virus Ebola makin merebak mengakibatkan kadar kematian yang tinggi. I. Pemanasan alam secara global menjadi isu besar dan bakal menimbulkan bencana yang memusnahkan kehidupan sekiranya negara-negara sedunia tidak bersatu mengatasinya. Keadaan ini berkaitan rapat dengan dasar-dasar pembangunan, perindustrian dan pembinaan yang berkembang pesat tanpa kesudahan dan sekatan hingga mencemar dan meracuni kehidupan alam. menang dalam percaturan politik pilihanraya nanti. D.

Salahguna kuasa

a. Salahguna kuasa sudah lama dibudayakan hinggakan ada yang percaya keadaan ini sudah ditakdirkan begitu. Walhal perbuatan ini berpunca daripada kerakusan nafsu individu melanggar tatasusila kemanusiaan demi membolot kuasa, pengaruh dan kekayaan. b. Dengan meluluskan Akta Hasutan dan POTA, maka negara ini sudah menjadi negara polis. Sebelum ini, salahguna kuasa, keganasan dan penahanan berlaku dengan sewenangwenangnya. Kita sudah bayangkan keganasan pasti berlipatganda dan berleluasa selepas undang-undang ini diluluskan. Tindakan anti-rakyat ini bertujuan menakutkan rakyat jelata supaya akur pada arahan pemerintah walaupun arahan tersebut mencabuli hak asasi manusia. c. Hukuman terhadap Anwar oleh Mahkamah Persekutuan jelas mencerminkan tindakan yang berbau politik dan terus menerus mengikut telunjuk ketuanan politik. E. Masalah sosial yang berterusan – berkaitan rapat dengan masalah ekonomi, tekanan jiwa, kekecewaan dan putus harapan, khususnya pada salahguna dadah, keganasan, jenayah dan rompakan secara terbuka, pembunuhan, jurang yang melebar antara rakyat kaya dengan rakyat miskin, pengangguran, keretakan dalam keluarga, masalah juvena dan sebagainya. F. Polisi Neo-liberal dan penswastaan terhadap pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, perkhidmatan awam dan sebagainya, menguntungkan kroni-kroni pemerintah dan membelakangkan kebajikan rakyat. Tidak hairanlah lagi sekiranya rakyat mendakwa bahawa seluruh kabinet kerajaan sudah pun diswastakan kerana mereka sudah berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan pada keuntungan. (sambung di m/s 9)


Jun-Jul 2015

KHAS

(sambung dari m/s 8)

Perkara yang umum

Perkembangan PSM Perjuangan PSM menuju ke persimpangan jalan di mana ahliahlinya ingin mengimbas kembali senario kini hari dan juga pada masa yang lalu, mengupas tahap perjuangan agar dapat mengaturkan masa depan. Justeru itu, beberapa perkara yang harus kita renungkan bersama dan mengimbau kembali perkara-perkara yang sudah berlaku dan mengukuhkan kesinambungan dalam perjuangan. Semoga teguran-teguran yang diajukan nanti dapat merangsangkan ahli-ahli bertindak menajamkan lagi ideologi Sosialisme.

Perkara yang khusus –

Apa yang harus kita lakukan? PSM memiliki pengalaman yang luas dan memahami / menghayati keluhan serta bersama rakyat dalam menentang penindasan, keganasan dan kezaliman. Matlamat kita jelas, iaitu memperkasakan rakyat, membangunkan masyarakat Sosialis dan pada suatu masa nanti, mewujudkan sebuah negara Sosialis. Kita pula diasak dengan berbagai-bagai tarikan, seruan dan cabaran supaya mengisytiharkan hasrat murni ini. Beberapa soalan mengundang perhatian kita: a. Mampukah atau bersediakah kita menawarkan program Sosialisme pada khalayak ramai sebagai alternatif kepada kapitalisme? b. Jumlah keahlian kita makin bertambah khusus golongan muda daripada berbilang kaum. Rakyat makin teruja, ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang ideologi Sosialisme selepas berlakunya sidang akhbar, pandangan kontroversial, penahanan dan kes-kes mahkamah. c. Ahli-ahli PSM sudah lama berkecimpung dalam dunia facebook, twitter, blog, youtube dan SMS. Dapat mengembangkan sayap PSM dan berbicara tentang ideologi Sosialisme dan perjuangan yang berterusan. d. Selain itu, kita terpaksa berdepan dengan mereka yang daif tentang Sosialisme. Mereka ini melemparkan pelbagai tohmahan palsu demi menutup kelemahan dan kegerunan masing-masing terhadap kegiatan dan keberanian PSM. e. Sudah sampaikah masanya kita mengambil setapak ke hadapan untuk mengkaji semula kegiatan kita selaraskan dengan ideologi Sosialisme dan keperluan semasa? f. Sudah bersediakah kita mengisytiharkan kepada dunia bahawasanya kita mempunyai manifesto Sosialisme yang jelas, menawarkan alternatif yang realistik dalam pelbagai bidang kemasyarakatan hingga rakyat memahami, menerima, ingin menyertainya dan yakin terhadap pendekatan yang mampu menangani masalah penindasan, pengganguran, menyelesaikan masalah sosial dan sebagainya? g. Kita sedar bahawa penindasan dan kezaliman memisahkan rakyat kepada kelas kapitalis dan kelas pekerja. Sebaliknya pula keadaan ini mencetuskan kesedaran dan keazaman untuk golongan pekerja bersama golongan progresif mengkaji maklumat dan bertindak cermat supaya matlamat tercapai. Sikap menyerah kepada takdir berlaku kepada mereka yang sudah putus asa. Maka kita libatkan mereka

Dalam keadaan tidak menentu yang menyelubungi negara, kita teruja untuk mengupas, mencari intisari dan pola pembangunan dalam masyarakat yang sering kali berkaitan dengan masalah sosio-ekonomi. a. Kita saksikan kubu kapitalisme semakin rapuh pada setiap kitaran krisis ekonomi ibarat “retak menunggu belah� yang menimbulkan krisis kemasyarakatan. b. Kita juga berpeluang menyaksikan bagaimana golongan kapitalis tidak ingin melepaskan kuasa dan keistimewaan mereka dan tidak mudah menyerah kalah. Gigih mencari dalam perjuangan menuntut hak agar mengembalikan keyakinan diri dan merangsangkan pemikiran yang kritis, yang selama ini, dibenamkan oleh pihakpihak atasan. h. Tumpuan kita adalah pada Golongan Pekerja yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi dan pembangunan negara. Kita sedar bahawa demografi golongan pekerja dalam negara sudah berubah khususnya penyertaan berbilang kaum dalam pelbagai sektor ekonomi negara termasuklah penyertaan kaum wanita dalam dunia pekerjaan. Keadaan menjadi kompleks apabila lebih ramai pekerja asing (yang sah dan tidak sah) bekerja di sini. Mereka menerima gaji rendah, ditindas oleh majikan dan ejenejen pekerjaan dan diabaikan oleh pemerintah. Undang-undang pula tidak memihak kepada golongan pekerja bahkan menyusahkan hidup mereka. i. Jelas bahawa kita harus kembali pada prinsip asal bahawa sesiapa yang bekerja, menggunakan alat dan teknologi kapitalis serta menerima gaji maka dia merupakan seorang pekerja. Maka golongan menengah dan profesional adalah dalam kategori ini. Soalnya di manakah mereka ini dan bagaimana kita dapat mendekati mereka, khususnya semasa berlakunya penindasan, kecemasan dan ketidakadilan? j. Memandangkan masalah persekitaran, hak asasi, penindasan, salahguna kuasa, inflasi, rasuah, pendidikan dan sebagainya (secara langsung dan tidak langsung), melibatkan semua rakyat (masyarakat madani), maka kita juga harus mempelajari huraian Antonio Gramsci tentang kuasa rakyat membentuk budaya sendiri. Ini kerana kapitalis bukan sahaja menindas tetapi juga menguasai minda rakyat yang diputarbelitkan supaya mengagungagungkan budaya kapitalis melalui media massa, insituti-institusi (agensi), agama dan universiti. Akhirnya rakyat menerima budaya kapitalis sebagai budaya rakyat yang kononnya mencerminkan budaya sejagat. Maka rakyat berlumba-lumba, ingin menjadi seorang kapitalis yang kaya raya (bourgeoisie mentality and proletariat capacity). k. Kita mesti menajamkan lagi ideologi melalui perjuangan bersama rakyat dengan membentangkan analisis Sosialis, mengimbangkan hubungan dialektika antara reformisme dan revolusi (berideologi), termasuklah keselarasan antara strategi dan taktik. Pendirian ini memerlukan perbincangan dan debat yang berterusan tentang ideologi dan perkara-perkara yang kontroversial. Justeru itu, kita harus mencabar diri sendiri, membuka minda, menempuh dan merempuh jalan yang belum diterokai. Sentiasa membandingkan kedudukan / pendirian kita dengan pencerahan

jalan keluar demi kelangsungan hidup. c. Memandangkan juga tidak wujud pengganti pada sistem kapitalisme yang sudah retak ini (khususnya semasa krisis ekonomi), maka kapitalis bertindak memulihkan kembali kedudukannya dan meneruskan amalan monopoli dan akhirnya segelintir kapitalis gergasi memiliki sebahagian besar ekonomi serta kekayaan negara. Demi kepentingan diri, pemerintah terus menyembah kapitalis-kapitalis ini, sanggup menunaikan segala kehendak dan nafsu mereka asalkan menerima imbuhan yang lumayan. d. Usaha memaksimumkan keuntungan, melalui penindasan, monopoli dan spekulasi mengakhiri dengan krisis ekonomi, perebutan kuasa, krisis makanan, pengangguran dan ideologi dan revolusi rakyat. Ataupun kita menangguhkannya kerana sudah selesa dengan sanjungan yang diterima pada masa ke semasa. Soalnya, di manakah kedudukan perjuangan apabila dibandingkan dengan kategori Kiri atas Kiri; Tengah atas Kiri; ataupun Kanan atas Kiri (Left of Left; Center of Left or Right of Left)? l. Walaupun kita melabelkan atau menjenamakan sesuatu tindakan, kumpulan atau idea / pendirian, namun sebutan ini bersifat sementara, sekadar membantu / memudahkan kita mengkaji sesuatu perkara mengikut keadaan dan pada masa tertentu dan akhirnya bertindak mengubahkannya. Fahaman dialektika tidak mengizinkan kita berpaut pada sesuatu pendirian. Sentiasa dinamik dalam hubungan yang bercanggah dan saling mempengaruhi ini. m. Peluang memang terbuka luas untuk kita bertindak dalam keadaan negara yang kucar-kacir dan tidak menentu ini. Soalnya, bersediakah kita untuk menawarkan alternatif yang berkekalan? Sejauh manakah kita berjaya memikat hati dan minda rakyat sehingga mereka ingin berjuang menegakkan kebenaran? n. Tugas kita, berani menerokai jalan baru, memikirkan perkara-perkara yang luar jangkaan (thinking out of the box), melancarkan anjakan paradigma (paradigm shift) dalam tindakan yang membuka pendekatan baru. Ingin mewarisi, memperkasakan dan sejagatkan budaya rakyat yang hakiki tentang keadilan, kerjasama, saling melindungi, sifat kekeluargaan, rundingan bersama dan sebagainya. o. Sejauh manakah kita berjaya mewujudkan kerjasama dengan badanbadan NGO, parti-politik politik dan golongan kiri, supaya bersama mendedahkan dan menumbangkan musuh utama? Sejauh mana kita mahu berkompromi supaya tidak menggadaikan perjuangan dan ideologi? Bagaimana kita kukuhkan semangat

Kesimpulan Walaupun kita berjuang lebih sedekad lamanya, namun jangka masa bukanlah garis penentu untuk menilai sesuatu perjuangan itu. Sebelum menubuhkan PSM, komrad-komrad sudah pun berjuang dalam pelbagai kapasiti sebagai aktivis dan agen perubahan (pemangkin). Sebenarnya keadaan memaksa kita mematangkan diri pada peringkat remaja lagi, iaitu terpaksa bekerja, ditindas di tempat kerja, menduduki kawasan / pangsapuri kos rendah, dan menyaksikan bagaimana pemerintah mengaibkan dan mengabaikan kebajikan rakyat miskin (golongan pekerja dan pengguna). Pengalaman mendorong kita menajamkan lagi mutu perjuangan, menganalisa keadaan dan mengenali sistem kapitalisme yang

9 kemiskinan. e. Badan-badan yang berperikemanusian terus membantu rakyat miskin yang terpinggir daripada arus pembangunan. Kegiatan berkisar pada usaha-usaha mengatasi gejalagejala penyakit (kesan-kesan kapitalisme) dan bukan pada penyakitnya (ekploitasi untuk memaksimumkan keuntungan). f. Kerana badan-badan humanis dan reformis yang ketandusan ideologi ini menjadi lemah apabila berdepan dengan asakan kapitalis yang bertubitubi. Mudah melenting dan beremosi pada keadaan yang tidak disenangi dan mudah menggembleng taktik-taktik kapitalis apabila tertekan.

bersolidariti dengan Sosialis serantau dan antarabangsa? p. Kita tegas mengamalkan kesinambungan dalam pepimpinan dan perjuangan menegakkan ideologi Sosialisme dan membuat keputusan secara kolektif. Sentiasa berwaspada supaya dapat mengelakkan kecenderungan mengagungkan individu yang merosakkan semua pihak. Secara sedar kita menganalisis keadaan menggunakan hubungan dialektika yang mengambil kira segala hubungan yng bercanggah dan saling mempengaruhi. q. Jelas bahawa, bukan semua saranan atau persoalan perlu dijawab dan ada yang sudah terjawab. Asalkan kita sedar tentang pelbagai kemungkinan yang dibatasi oleh pengalaman. Ini kerana suatu masa nanti soalan yang sama akan timbul kembali dan kita pula sudah memikirkannya. r. Kita haruslah dan berusaha;

berdikari

(i) Mengukuhkan kedudukan kewangan supaya tidak membatasi perjuangan. (ii) Mendapat (sewa) sekeping tanah untuk menjana aktiviti ekonomi seperti ternakan ayam, ikan, pertanian, buah-buahan dan sebagainya. (iii) Mewujudkan Sistem Pembelajaran (Institut) Sosialis supaya tajamkan ideologi dan di samping menguruskan kebun secara kolektif. Ahliahli dari semua tempat bergilir-gilir menyertai program ini dan menggalakkan penubuhan sistem yang sama di tempat masing-masing. (iv) Menubuhkan Pasukan Krisis (Brigade) yang dilatih untuk menangani kecemasan, keselamatan dan berideologi (v) Mewujudkan jaringan masyarakat Sosialis yang bakal mentadbir sebuah Kerajaan Sosialis (vi) Tetap sedar bahawa kewujudan sebuah kerajaan (state) mengundang sifat-sifat diktatorial yang persis dikawal melalui keputusan bersama dan tidak mengagungkan individu-individu. merobotkan manusia, menghancurkan kemanusiaan dan memusnahkan alam sekitar. Kita sentiasa mencari pendekatan baru dan mengukuhkan yang lama bagi menangkis dan menunduk sistem yang kejam ini. Maka kita terus-menerus mencabar diri sendiri demi melakukan yang terbaik agar musuh tidak dapat mengikuti rentak dan tindakan kita seperti yang tercatat dalam buku Sun Tzu bertajuk “The Art of War� (seni peperangan), di mana kita meneropong kekuatan dan kelemahan musuh sebelum melancarkan sesuatu tindakan. Kita pula harus mengenali kekuatan dan kelemahan kita, supaya kita sendiri menentukan masa dan tempat sekiranya ingin bertempur / bertarung dan bukan bertindak kerana musuh mengejek, mencemuh, menjolok atau melontar tohmahan. ##


10

ISU PEKERJA

Jun-Jul 2015

Pengurusan MAS gagal

tapi pekerja dihukum

Seramai 8000 pekerja Malaysia Airline System Bhd (MAS) akan diberhentikan kerana syarikatnya terus mengalami kerugian lebih daripada 10 tahun. Khazanah Nasional Bhd yang merupakan pemilik MAS terus mencatatkan kerugian. Pada tahun 2011, kerugian adalah RM 2.52 bilion, manakala pada tahun 2012 kerugiannya adalah RM 1.174 bilion, dan kini meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM12 billion, di mana situasinya menjadi kronik setelah kehilangan MH370 dan nahas tembak jatuh pesawat MH17. Kerugian ini menyebabkan MAS tutup kedai dan membuka syarikat penerbangan baru iaitu, Malaysia Airlines Bhd (MAB). Maka, daripada 20 000 orang pekerja yang sedia ada, dipercayai bahawa 12 000 orang pekerja akan diberi kerja dalam syarikat baru ini mengikut kemahiran mereka. Ini hanya kemungkinan dan belum dipastikan lagi. Dalam proses penubuhan syarikat baru ini, kerajaan akan menyuntik RM 1.4 billion, manakala Khazanah akan membawa masuk RM 6 billion untuk menghidupkannya semula.

Christoph Mueller, CEO baru MAS

Perkembangan ini menimbulkan banyak persoalan tentang pengurusan dan pengoperasian MAS sebagai syarikat penerbangan. Antaranya: 1. Adakah MAS baru-baru ini sahaja mengalami kerugian? Bukankah sejak penubuhannya sehingga kini selama 42 tahun ini, beberapa kali mengalami kerugian, dan pada tahun 1994 satu penstrukturan semula secara drastik telahpun dibuat, manakala dari tahun 2007 penstrukturan semula dibuat dengan suntikan berbillion-billion, tetapi sehingga kini MAS tidak menunjukkan perkembangan positif? Apakah masalah sebenar MAS? 2. Adakah penubuhan syarikat baru MAB, memberi jaminan keuntungan di bawah pengurusan yang sama? Walaupun MAS pernah memenangi anugerah prestasi cemerlang dalam industri penerbangan, tetapi budaya politik yang tidak sihat membawa MAS ke situasi hari ini. Kerajaan kita sering menyalahgunakan penerbangan yang dimiliki sebahagian oleh kerajaan ini, untuk urusan peribadi dan menyebabkan kos perbelanjaan tinggi, terutamanya pada waktu pengurusan di bawah Tan Sri Tajudin Ramli, ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS dan juga semasa pemerintahan Dr Mahathir. Persepsinya ialah selagi budaya kerja ini tidak tukar, apa kerajaan buat sekali pun, MAS tidak akan berkembang atau membawa keuntungan. 3. Maka adalah lucunya, bahawa dalam keadaan ini, tanpa fikir untuk ubah budaya urus tadbir MAS, Khazanah pula

membawa seorang CEO baru dari Jerman bagi memulihkan keadaan MAS untuk syarikat penerbangan baru, MAB, yang akan ditubuhkan mulai September 2015 ini. Christoph R Mueller yang dikatakan pakar dalam memulihkan syarikat daripada kemunduran dibawa dari Jerman dan gaji untuk CEO ini adalah rahsia. Namun masalah asas belum diselesaikan lagi. Adakah dengan penukaran CEO dan urus tadbir lama dikekalkan, MAB boleh berkembang dan dapat bersaing dengan syarikat penerbangan lain? Mengapa perlu membelanjakan duit yang besar untuk membawa orang seperti ini? Tambahan pula apabila kita analisa rekod pembayaran gaji CEO MAS, pada tahun 2008, gaji bagi CEO MAS, dinyatakan sebagai RM1 juta hingga RM1.5 juta setahun. Sekarang pula CEO dari luar negara, semestinya gaji Christopher Mueller ini adalah berlipat ganda berbanding dengan gaji CEO tempatan. Apabila MAS mengalami kerugian, CEO pula menikmati gaji yang begitu tinggi. Bukankah ini juga satu langkah pengurusan yang merugikan? Setelah semua salah urus, salah tadbir dan kerugian yang melanda, hukuman pula dijatuhkan ke atas 20,000 orang pekerja MAS yang hanya mengikut arahan pengurusan MAS. Apakah nasib 8000 pekerja yang akan kehilangan kerja ini? 1. Bagaimana kerajaan akan pastikan kesemua yang akan hilang kerja boleh memperolehi kerja lain? Pasti pekerja yang berumur lebih 40 tahun tidak boleh bersaing dengan orang muda untuk mendapat kerja lain di pasaran. Jika dapat pun, gaji mereka berkemungkinan tidak akan setimpal dengan pengalaman kerja. Ini akan menyebabkan kemerosotan ekonomi untuk keluarga 8000 orang pekerja ini. 2. Sementara itu, pekerja lain yang dikatakan akan diambil balik kerja di syarikat baru, adakah mereka akan diberi gaji yang setaraf sekarang? Adakah mereka akan diberi kontrak kerja dengan

faedah yang sama sekarang? Adakah mereka akan dibenarkan berada dalam kesatuan? Banyak persoalan sebegini masih tiada jawapan. Maka, pembentukan syarikat baru pun belum ada jaminan akan melindungi hak pekerja. 3. Satu lagi kelemahan besar dalam undang-undang pekerjaan di Malaysia ialah kerajaan kita tiada satu tabung pemberhentian kerja bagi pekerja-pekerja yang hilang kerja apabila syarikatnya muflis. Di manakah mereka hendak bergantung bagi perbelanjaan harian mereka sehingga dapat kerja lain? Sehingga sekarang, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS (MASEU) selepas berunding dengan pengurusan MAS, telah memberi kepastian bahawa setiap pekerja MAS yang diberhentikan akan diberi 1.5 bulan gaji bagi tempoh perkhidmatan mereka. Adakah ini ganjaran yang setimpal untuk pekerja-pekerja yang telah menyumbangkan tenaga kerja dan kesetiaan mereka kepada MAS? Adakah pampasan ini cukup sehingga mereka dapat kerja baru? Pada masa kini, kita lihat kerajaan bertungkus-lumus cuba menyelamatkan projek 1MDB di mana kerajaan sanggup berhutang berbillion-billion ringgit dan wang KWSP dan Tabung haji juga tidak ketinggalan digunakan dalam menyelamatkan projek 1MDB ini. Namun, inisiatif yang sama tidak dapat dilihat daripada pihak kerajaan dalam membantu menyelamatkan pekerja-pekerja MAS yang merupakan tulang belakang kepada pengoperasian syarikat MAS. Tindakan kerajaan ini jelas menunjukkan betapa prokorporatnya kerajaan kapitalis ini yang sanggup menggadaikan hak pekerja dan rakyat hanya untuk keuntungan. (oleh Sivaranjani)


Jun-Jul 2015

BICARA PARLIMEN

11

Masalah pokoknya bukan produktiviti

RMK11 tidak mengakui realiti Petikan daripada ucapan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, semasa membahaskan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), pada 26 Mei yang lalu di Parlimen.

dunia. Sejak zaman itu, sistem perdagangan antarabangsa adalah berat sebelah dan berfungsi untuk memindahkan kekayaan dari negara-negara di Afrika dan Asia ke benua Eropah dan Amerika Utara.

Selain daripada konsep kemiskinan dan garis kemiskinan yang diletakkan pada paras yang terlalu rendah, satu lagi konsep yang bermasalah adalah punca utamanya pendapatan rendah di negara kita. Perdana Menteri banyak menumpu pada isu produktiviti pekerja kita. Dia berkata bahawa kita harus meningkatkan produktiviti pekerja untuk melonjakkan Malaysia ke peringkat negara maju. Saya setuju, produktiviti pekerja harus ditingkatkan. Tetapi adakah ini sebab terpenting untuk pendapatan rendah di Malaysia?

Pada masa dahulu, mereka datang menjajah kita secara langsung. Selepas itu, mereka memanipulasi harga barangan, di mana harga barangan yang dikeluarkan oleh negara sedang membangun dikurangkan tetapi harga barangan buatan negara maju dijual dengan harga mahal. Selepas itu syarikatsyarikat besar dari negara maju mengenakan royalti yang tinggi terhadap teknologi yang dibeli oleh negara membangun. Pengendalian akses ke pasaran negara maju telah membolehkan syarikat besar memakai kaedah transfer pricing untuk memindahkan kekayaan yang dikeluarkan oleh pekerja negara membangun ke syarikat kaya di negara maju.

Saya ingin mengemukakan satu conundrum, suatu perkara yang menimbulkan soalan, untuk perhatian Dewan. Pada takat ini seorang pekerja pembersihan (cleaner) pejabat di Australia menerima gaji sebanyak 19.70 Dollar Australia setiap jam kerja. Jika kita buat kiraan 40 jam kerja seminggu, pendapatan bulanannya adalah 3472 Dollar Australia. Nilai satu dollar Australia adalah bersamaan dengan RM2.80. Bila kita darab dengan 2.8, kita akan dapati pendapatannya adalah RM 9,757 sebulan. Ini tanpa buat kerja lebih masa (overtime). Hanya kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu, dapat RM 9,757 sebulan. Tetapi pekerja pembersihan yang buat kerja sama seperti itu di Malaysia hanya mendapat gaji RM 900 sebulan. Pekerja pembersihan di Australia mendapat gaji 11 kali ganda lebih daripada pekerja di Malaysia! Apakah sebab itu? Adakah terdapat perbezaan dalam produktiviti? Adakah pekerja pembersihan di Australia menggunakan IT dalam kerjanya, ataupun alat-alat yang canggih? Tidak, alat sama juga – penyapu, mesin pembersih vakum dan mop pengelap. Hampir 11 kali ganda lebih. Mengapa? Ini kita kena kaji dan cuba faham. Oleh sebab inilah perkara pokok (crux of the matter). Pihak EPU (Unit Perancangan Ekonomi) harus mengkaji conundrum ini, kerana ia memberi satu fahaman yang mendalam tentang corak ekonomi global. Pada saya, kita perlu menganalisa 2 perkara. Yang pertama, adalah pengagihan kekayaan oleh sistem perdagangan antarabangsa yang wujud sekarang. Sistem perdagangan ini telah diwujudkan oleh pihak penjajah sejak 300 hingga 400 tahun dahulu apabila negaranegara dari Eropah menguasai

Ini telah berterusan untuk 300 tahun yang lalu. Kekayaan yang dicipta, yang dikeluarkan oleh negara sedang membangun telah dipindah ke negara-negara barat dengan menggunakan pelbagai kaedah. Sekarang mereka membawa satu kaedah yang lebih canggih iaitu TPPA (Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik). Mereka mahu menggunakan TPPA untuk memanjangkan tempoh paten ubat, untuk lanjutkan hak cipta (copyright) bagi bahan cetakan. Mereka hendak membawa ISDS (Investor State Dispute Settlement) di mana syarikat transnasional boleh mendakwa kerajaan kita di mahkamah antarabangsa jika kita melakukan sesuatu yang menjejaskan keuntungannya. Itulah sebabnya saya begitu antiTPPA ini. Ia adalah usaha untuk mengukuhkan satu sistem perdagangan antarabangsa yang memeras negara-negara sedang membangun. Membolot kekayaan yang dicipta di sini dan menyalurkannya kepada negara kaya. Jika sesiapa ingin memahami perkara ini secara lebih mendalam, rujuklah pada buku-buku tulisan Profesor Samir Amin. Beliau seorang pakar ekonomi dari Mesir, dan beliau telah memberi analisa Marxist yang begitu jelas dalam perkara ini. Tetapi bagaimanakah tukang pembersih di Australia dapat gaji yang 11 kali ganda lebih daripada gaji tukang pembersih di Malaysia? Bagaimanakah kaum pekerja di Australia telah mendapat sebahagian daripada kekayaan yang diperas dari negara Asia dan Afrika? Untuk memahami isu ini kita, kena rujuk pada sejarah moden negara-

negara Eropah dan juga Australia. Pekerja di negara maju telah, melalui kesatuan mereka dan parti-parti buruh, berjaya mendesak untuk gaji yang lebih baik dan kebajikan sosial seperti perkhidmatan kesihatan percuma, pendidikan percuma sehingga peringkat universiti, bayaran pampasan pengangguran, pencen warga mas dan sebagainya. Pada zaman 1950-an dan 60-an, negara Kesatuan Soviet (USSR) masih kuat dan Perang Dingin berlangsung. Pihak elit di negara Eropah dan Amerika Syarikat khuatir bahawa pekerja mereka akan memberontak jika tidak diberi sebahagian daripada tuntutan mereka. Oleh sebab kekuatan pada USSR, pekerja di Eropah dan Amerika serta Australia dapat menang beberapa konsesi. Inilah sebabnya seorang tukang pembersih di Australia mendapat gaji 11 kali ganda lebih daripada seorang tukang pembersih di Malaysia. Jika masalah pokok adalah produktiviti rendah di kalangan pekerja kita, cadangan Perdana Menteri untuk meningkatkan kemahiran pekerja kita adalah tepat. Tapi jika masalah pokok adalah sistem perdagangan global yang berat sebelah, jika masalah pokok adalah imperialisme, hanya meningkatkan kemahiran pekerja kita tidak mencukupi. Malangnya langsung tiada kesedaran terhadap masalah imperialisme dalam dokumen RMK11 ini. Dokumen RMK11 ini mengatakan bahawa negara kita akan meningkatkan pendapatan isi rumah ke RM 5000 sebulan menjelang tahun 2020. Ini bererti, jika kedua suami dan isteri berkerja pun, mereka harus dapat gaji asas sebanyak RM 1800 seorang sebulan. Barulah dengan kerja lebih masa 2 jam sehari mereka akan dapat RM 2500 sebulan seorang dan mencapai RM 5000 sebulan. Akan tetapi, gaji minimum sekarang hanya RM 900 sebulan. Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa tidak boleh meningkatkan gaji mimimum tahun ini. Inilah realitinya. Adanya

percanggahan antara ekonomi kapital dan ekonomi rakyat. Inilah sebabnya wujudnya sekatan pada hasrat kita menaikkan gaji minimum. Dalam sistem global yang wujud sekarang, jika hanya Malaysia sahaja yang melakukannya, ada kemungkinannya kita akan hilang pelaburan asing (FDI) ke Vietnam dan Thailand. Jika kita cuba lawan arus untuk menentang sistem global ini seperti seorang lone ranger, kita akan kena. Kita harus fikirkan isu ini dan aturkan strategi untuk mengatasi sekatan itu. Saya percaya jawapannya adalah kita kena melakukannya bersama dengan negara-negara serantau. Tetapi langkah pertama adalah kita kena sedar bahawa imperalisme itu wujud, dan pemerasan ekonomi negara sedang membangun masih berterusan. Barulah kita boleh berbincang strategi mengatasinya. Jika kita mahu mencabar pemerasan imperialisme, kita harus berbincang bagaimana kita boleh menggerakkan ASEAN, bagaimana kita dapat kerjasama dengan negara-negara lain di Afrika dan Amerika Selatan, bagaimana kita dapat menghidupkan kembali Semangat Bandung. Tetapi malangnya kewujudan sistem perdagangan antarabangsa yang berat sebelah tidak diambilkira oleh perancang kita. Malah, isu ini langsung tidak diiktiraf. Bagaimana kita boleh merancang untuk melawannya jika begini? Macam cerita dongeng, kita menwar-warkan “peoples' economy dan capital economy�, seolah-olah tiada percanggahan. Memang ada percanggahan, tetapi dokumen ini tidak menghadapi realiti. Ia tidak sedar tentang cabaran yang dihadapi oleh negara macam Malaysia yang ingin membangun. Pada saya, ini bukan satu dokumen perancangan ekonomi yang serius. Konsep-konsep yang dipakai tidak jelas. Definasi kemiskinan tidak tepat. Dokumen ini tidak mengendalikan isu pemerasan negara dunia ketiga oleh sistem perdagangan antarabangsa. Percanggahan antara ekonomi kapital dan ekonomi rakyat tidak diakui. Dan ada beberapa angkaangka yang susah dipercayai. Oleh itu, pada saya, dokumen RMK11 ini lebih merupakan satu dokumen “feel good�, satu alat propaganda dan bukan satu dokumen perancangan ekonomi yang serius. Selagi percanggahan ekonomi kapital dan ekonomi rakyat tidak diakui, diambilkira dan ditangani, rakyat biasa akan terus dibebankan dan akan menghadapi masalah ekonomi. Dokumen RMK11 ini adalah dokumen yang mengecewakan, dan saya tidak dapat menyokongnya. ##


12

EKONOMI

Jun-Jul 2015

Ketidaksaksamaan Cabaran yang melanda dunia oleh Sivarajan Pada zaman ini, semakin ramai pakar ekonomi mempersoalkan definisi pembangunan yang telah digunapakai selama ini untuk menilai sesebuah negara. Biasanya kadar pertumbuhan GDP (Keluaran Dalam Negeri Kasar) digunakan sebagai kayu pengukur untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Tetapi malangnya, walaupun angka GDP memberansangkan tetapi ia tidak sebenarnya menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara. Abad ke-21 ini memperlihatkan ketidaksamaan yang semakin teruk di kalangan masyarakat sesebuah negara dan juga dalam konteks masyarakat global. Dalam satu laporan terkini oleh badan pembangunan Oxfam yang diumumkan semasa Forum Ekonomi Sedunia 2015 di Davos, telah membongkarkan fakta bahawa 1% golongan terkaya memiliki 48% daripada jumlah kekayaan seluruh dunia. Walhal 80% rakyat terbawah di dunia hanya memiliki 5.5% jumlah kekayaan seluruh dunia! (Oxfam Report: Wealth “Having it All and Wanting More” www.oxfam.org/sites/www.oxfam.org /files/file_attachments/ib-wealthhaving-all-wanting-more) Oxfam juga menyatakan bahawa 80 orang terkaya di dunia mempunyai kekayaan yang bersamaan dengan 50% jumlah kekayaan populasi dunia. Maksudnya, 3.8 billion rakyat dunia terpaksa mengagihkan antara mereka sendiri jumlah kekayaan yang dipunyai oleh hanya 80 orang individu terkaya! Inilah realiti ketidaksamaan yang wujud di dunia hari ini. Fenomena ini wujud kerana kegagalan sistem ekonomi ala kapitalis dan pasaran bebas untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat jelata. Walaupun sistem ekonomi pasaran bebas kerap diagung-agungkan sebagai model ekonomi yang terbaik, kononnya memberikan peluang yang samarata kepada semua untuk meningkatkan produktiviti mereka dan menjadi kaya, tetapi sebaliknya berlaku. Ekonomi pasaran bebas gagal dengan teruk. Kepercayaan bahawa kekayaan akan mengalir keluar daripada pihak pemodal kepada rakyat pekerja, tidak boleh diterima lagi. Justeru walaupun kebanyakan negara sedang membangun termasuk Malaysia berkejar-kejar untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, isu pokoknya adalah pengagihan kekayaan tersebut . Pemimpin negara mungkin mendabik dada, melaporkan

peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi dan GDP, tetapi ianya amat tidak bermakna kepada rakyat jelata yang semakin hari semakin teruk ditolak ke belakang dalam kancah kemiskinan. Ketidaksamaan yang wujud di dunia kini merupakan manifestasi perkembangan modal ekonomi kapitalis neo-liberal yang menuntut keuntungan maksimum berbanding dengan peningkatan taraf hidup rakyat. Ekonomi kini diterajui oleh teknologi di mana jurang kemahiran antara pekerja mahir dan buruh am bertambah besar. Begitu juga dengan jurang pendapatan mereka. Kesan globalisasi juga memperlihatkan pergerakan tenaga kerja ke seluruh dunia, membolehkan para pemodal untuk memilih negara yang menawarkan kos pekerja yang paling rendah. Pemodal menyebabkan negeranegara yang sedang membangun bersaing antara satu sama lain, menekan gaji para pekerja masingmasing untuk menarik pelaburan asing . Malangnya, pelaburan ini juga tidak membawa kepada penawaran kerja untuk rakyat tempatan. Malahan para pemodal dapat memastikan polisi kerajaan negara sedang membangun dibentuk agar membenarkan kemasukan pekerja migran tanpa halangan, membolehkan mereka untuk mencari dan memilih kos pekerja yang paling optimum untuk memaksimumkan keuntungan mereka . Kesatuan sekerja disekat, tuntutan peningkatan gaji ditekan, pekerja dikongkong daripada berunding dengan majikan mereka untuk menuntut peningkatan gaji. Situasi ini secara lanjutnya menyebabkan jurang antara para pemodal yang semakin kaya dan rakyat pekerja

yang semakin miskin bertambah. Hujah bahawa pekerja harus meningkatkan produktiviti mereka jika gaji perlu ditingkatkan tidak menerangkan fakta bahawa gaji sebenar pekerja tidak meningkat berbanding dengan produktiviti . Dalam Laporann Gaji Sedunia 2012/2013 (Global Wage Report, 2012/2013) oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), adalah dinyatakan bahawa dari tahun 1999 hingga tahun 2011, purata produkiviti pekerja di negara maju telah meningkat hampir dua kali ganda, tetapi kenaikan gaji sebenar tidak mencerminkan peningkatan itu. Perangkaan dunia menunjukkan bahawa peratusan bahagian gaji pekerja berkurang dalam pengagihan pendapatan kasar negara, manakala peratusan bahagian pemodal (kapital) terus meningkat. Pengurangan dalam syer gaji pekerja ini memberikan kesan yang terus-menerus kepada ekonomi negara. Oleh yang demikian, wujudnya fenomena yang dikenali sebagai kejatuhan dalam kadar permintaan purata (aggregate demand). Secara ringkasya ianya bermaksud, apabila gaji sebenar (mengambil kira inflasi) pekerja semakin menjunam, rakyat pekerja yang merupakan majoriti masyarakat tidak berupaya membeli barangan yang ada dalam pasaran. Maka para pemodal yang menggunakan teknologi tinggi meningkatkan pengeluaran barangan akan berhadapan dengan permintaan yang berkurangan. Contohnya jika sebuah kilang menghasilkan TV LCD dengan banyak, pemodal kilang tersebut akan memastikan bahawa gaji pekerja tidak naik untuk mengawal kos pengeluaran supaya dapat bersaing dalam pasaran. Penekanan gaji yang berlanjutan ini menyebabkan para pekerja ditolak ke paras kemiskinan. Maka rakyat pekerja akan tidak mampu membeli TV yang dihasilkan olehnya sendiri. Permintaan daripada majoriti rakyat pekerja untuk TV LCD akan berkurangan. Jika keadaan ini berterusan, ianya akan menyebabkan suatu krisis ekonomi . Krisis yang disebabkan oleh ketamakan pihak kapitalis ini, cuba diselesaikan dengan satu lagi langkah maut, iaitu pinjaman wang.

Inilah jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh para ekonomi pasaran bebas kapitalis. Mereka berkata bahawa “jika pekerja tidak ada duit untuk membeli barangan keluaran kita , maka kita pinjamkan duit kepada mereka pula”. Justeru para pekerja diajak berbelanja lebih daripada kemampuan mereka, dengan pelawaan kredit dan pinjaman mudah daripada bank. Ramai anak muda yang baru melangkah diri dalam dunia pekerjaan terperangkap dalam situasi ini dengan membeli kereta, rumah, motorsikal, TV, perabot dan sebagainya dengan duit pinjaman. Apabila wujudnya krisis ekonomi, maka mereka menghadapi masalah untuk membayar semua hutang ini. Pada tahun 2013, peratusan pinjaman rumahtangga berbanding dengan Keluaran Kasar Negara di Malaysia sudah mencecah 87%. Maksudnya jika kita jumlahkan semua amaun hutang kad kredit, pembelian kereta, PTPTN, pinjaman membeli barangan rumahtangga dan lain-lain yang diambil oleh semua rakyat Malaysia, jumlahnya adalah 87% daripada Keluaran Negara Kasar (GDP pada 2013 – USD 303billion) iaitu – USD 263 billion! Krisis pelebaran jurang antara yang kaya dengan yang miskin ini merupakan suatu krisis global yang sedang menghantui semua negara, tidak kira negara yang maju ataupun negara dunia ketiga. Kesemua petunjuk ekonomi tradisional semakin tidak bermakna lagi apabila taraf hidup majoriti rakyat tidak dapat dinaikkan dengan hanya memfokuskan perancangan kepada pertumbuhan ekonomi sahaja. Definisi pembangunan harus dilihat semula dan indikator baru harus digubal agar perancangan dan polisi kerajaan beralih kepada pengurangan jurang kekayaan ini. Gaji sebenar pekerja harus dinaikkan dengan signifikan selaras dengan produktiviti, syer gaji pekerja daripada GDP harus ditingkatkan demi menjamin pengagihan kekayaan benar-benar adil. ##


Jun-Jul 2015

ANTARABANGSA

13

Pilihanraya Britain Scotland menghala ke kiri

Rakyat biasa terus diserang konservatif

Pilihanraya Umum telah diadakan di Britain pada 7 Mei yang lalu untuk memilih Parlimen UK yang ke-56. Keputusannya adalah di luar jangkaan ramai penganalisa politik kerana “parlimen gantung” tidak wujud lagi seperti pilihanraya umum yang sebelum ini, apabila Parti Konservatif yang dipimpin oleh David Cameron telah menang majoriti kerusi secara sendiri. Sejarah di mana Parti Konservatif perlu bergabung dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan seperti tahun 2010 tidak berlaku lagi, dan ini bermakna rakyat Britain akan berhadapan dengan sebuah kerajaan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kepentingan golongan kapitalis besar atas nama “penjimatan” dalam 5 tahun akan datang. Sebanyak 650 kerusi Parlimen telah dipertandingkan dalam pilihanraya umum UK kali ini. Peratusan mengundi sebanyak 66.1% merupakan paling tinggi sejak tahun 1997. Parti Konservatif telah memenangi sebanyak 331 kerusi, iaitu melebihi separuh kerusi dalam Parlimen, walaupun undi yang diperolehi hanya 36.9% daripada jumlah undi keseluruhan. Walaupun peratusan undinya hanya bertambah 0.8% berbanding tahun 2010, kerusi Parti Konservatif telah bertambah sebanyak 25 berbanding pilihanraya umum yang lalu. Parti Konservatif yang membentuk kerajaan campuran dengan Parti Demokrat Liberal (Lib Dems) untuk 5 tahun sebelum ini, telah melaksanakan dasar-dasar untuk melindungi kepentingan korporat besar dengan mengurangkan perbelanjaan kebajikan sosial. David Cameron, pemimpin Parti Konservatif yang menjadi Perdana Menteri UK untuk penggal kedua telah menggubal undang-undang anti-mogok sebelum pilihanraya umum, dengan niat menghadkan aksi protes pekerja, seolah-olah cuba mengembalikan pekerja Britain ke zaman kegelapan. Dengan Parti Konservatif memenangi lebih separuh kerusi Parlimen untuk meneruskan pemerintahannya secara sendiri, pastinya golongan pekerja dan rakyat bawahan Britain akan menghadapi serangan pemerasan yang lebih hebat lagi pada masa akan datang. Parti Buruh yang sebelum ini dijangka sepatutnya boleh menang

banyak kerusi dan sekurangkurangnya membentuk kerajaan campuran, telah gagal dalam memintas Parti Konservatif walaupun peratusan undinya bertambah sedikit daripada 29.0% (tahun 2010) ke 30.4%. Parti Buruh hanya berjaya meraih sebanyak 232 kerusi, kurang sebanyak 26 kerusi berbanding pilihanraya umum yang lalu. Ed Miliband telah meletak jawatannya sebagai pemimpin Parti Buruh selepas keputusan pilihanraya diumum. Parti Buruh telah kalah teruk di Scotland, di mana semua kerusi yang dipertandingkannya telah kalah kecuali satu sahaja di Edinburgh Selatan. Kekalahan teruk Parti Buruh di Scotland adalah satu pengajaran yang diberikan oleh pengundi Scotland kepadanya atas tindakan parti tersebut mengkhianati golongan pekerja di Scotland. Pemimpin Parti Buruh yang berkempen untuk undi “Tidak” semasa referendum kemerdekaan Scotland pada tahun lepas, telah bekerjasama dan bergabung dengan Parti Konservatif sewaktu kempen, menyebabkannya semakin menjarakkan diri daripada anak muda yang inginkan perubahan. Slogan politik terakhir Parti Buruh semasa kempen referendum Scotland tahun lepas adalah “tidak berbaloi untuk ambil risiko” (It isn't worth the risk), namun selepas 8 bulan, pengundi Scotland hampir mengkuburkan sepenuhnya Parti Buruh di Scotland, seolah-olah menyampaikan satu mesej bahawa “tidak berbaloi untuk ambil risiko bersubahat dengan Parti Konservatif”! Parti yang kalah paling teruk dalam pilihanraya umum kali ini adalah Lib Dems, yang hanya mendapat 8 kerusi dengan peratusan undi 7.8%, rekod terendah sejak penubuhan parti tersebut. Lib Dems yang membentuk kerajaan campuran bersama Parti Konservatif pada penggal yang lalu, telah memungkiri janji pilihanrayanya sehingga ditinggalkan pengundi. Kerusi yang dimenangi oleh Lib Dems di Scotland juga berkurang daripada 11 (pada tahun 2010) kepada 1 sahaja! Apa yang membimbangkan adalah ancaman puak kanan lampau yang rasis dan xenofobia semakin serius. Parti Kemerdekaan UK (UKIP), sebuah parti yang rasis dan antimigran, walaupun hanya menang 1

kerusi di Parlimen, tetapi undi yang diperolehnya, iaitu sebanyak hampir 3.9 juta (12.6%), menjadikan UKIP parti yang ketiga besar di UK dari segi peratusan undi. Sebelum ini, UKIP telah memenangi sebanyak 24 daripada 73 kerusi Parlimen Eropah untuk UK dengan peratusan undi sebanyak 27.5% pada tahun lepas, menjadikannya parti UK yang terbesar dalam Parlimen Eropah. Pertambahan undi yang hebat untuk parti berhaluan kanan lampau ini merupakan satu trend yang membimbangkan dalam keadaan krisis kapitalis yang semakin mendalam. Walau bagaimanapun, apa yang memberangsangkan dalam pilihanraya umum UK kali ini adalah pemenang terbesar adalah Parti Nasional Scotland (SNP) yang

Mesir

dipimpin oleh Nicola Sturgeon. SNP telah memenangi 56 daripada 59 kerusi Parlimen UK yang terletak di Scotland, menjadikannya parti yang ketiga besar dalam Parlimen pada takat ini. Sebagai sebuah parti demokrat sosial yang menampilkan dirinya lebih kiri daripada Parti Buruh dari segi dasar, telah mendapat sokongan yang hebat daripada pengundi di Scotland. Walaupun kempen undi “Ya” telah kalah dalam referendum kemerdekaan Scotland tahun lepas, kewibawaan dan sokongan untuk SNP telah bertambah. Kemenangan SNP di Scotland juga menunjukkan bahawa rakyat Scotland menolak dasar prokapitalis yang dibawa oleh pemerintah di London. Secara kesimpulannya, pilihanraya umum UK kali ini menunjukkan bahawa puak kanan masih dapat bertahan walaupun krisis sistem kapitalis semakin serius, sekiranya parti-parti berhaluan kiri tidak menawarkan satu alternatif yang jelas. Ancaman puak berhaluan kanan lampau juga akan menjadi semakin hebat apabila krisis kapitalis itu semakin serius. Kejayaan SNP adalah sekurang-kurangnya ia dapat menangkap imaginasi rakyat biasa untuk berputus dengan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada. ##

Layanan berbeza untuk 2 bekas presiden

Seorang bekas diktator yang kejam dilayan secara baik oleh kerajaan, sedangkan seorang bekas presiden yang menang dalam pilihanraya tetapi digulingkan oleh tentera pula mendapat hukuman mati. Inilah hakikat Mesir hari ini di bawah pemerintahan Abdel Fattah al-Sisi yang berkuasa sejak kejatuhan Morsi pada bulan Julai 2013. Pada 17 Mei yang lalu, mahkamah Mesir telah memutuskan bahawa Mohamed Morsi bersama dengan 105 orang yang lain dijatuhkan hukuman mati kerana terlibat dalam peristiwa melarikan diri dari penjara semasa berlakunya revolusi rakyat pada bulan Januari 2011. Sebelum itu, pada bulan April, Morsi dan 12 orang yang lain telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan mengarahkan penangkapan dan penyeksaan ke atas mereka yang berprotes di luar istana presiden pada bulan Disember 2012.

Apabila Morsi, yang sebelum ini dipilih sebagai presiden dalam pilihanraya demokratik yang pertama dalam sejarah Mesir, dihukum mati hanya kerana melarikan diri dari penjara, Hosni Mubarak, seorang diktator yang berkuasa untuk 30 tahun dan melakukan banyak kekejaman, masih mendapat layanan yang baik dalam penjara. Mubarak dijatuhkan hukuman seumur hidup pada tahun 2012 atas tuduhan membunuh yang berkaitan dengan kematian demonstran semasa revolusi rakyat pada tahun 2011, tetapi keputusan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan mengarahkan perbicaraan semula pada November 2014. Semasa perbicaraan semula, tuduhan ke atas Mubarak telah digugurkan atas alasan teknikal. Walau bagaimanapun, keputusan itu ditolak juga oleh Mahkamah Rayuan dan perbicaraan masih diteruskan. Apa yang aneh adalah kita boleh melihat perbezaan yang ketara yang diterima oleh dua orang bekas presiden itu. Ini menunjukkan bahawa pemerintahan al-Sisi yang mengongkong itu sedang mengembalikan Mesir ke zaman Mubarak. ##


SENI

14

“Dia kira Sutinah adiknya yang bersih, jujur. Dia tidak tahu Sutinah mulai main kayu tiga semenjak sebulan dulu di flat Mary.” Ini bukanlah kisah tentang anakanak orang kaya, dato' datin, ahliahli korporat berkereta besar mahupun yang berjubah. Bukan seperti drama waktu petang yang sering dipertontonkan di skrin LCD. Novel Pak Samad Ismail (bukan Pak Samad Said, jangan keliru) yang didapati di celah longgokan bukubuku terpakai di Chowrasta, Pulau Pinang ini mengisahkan tentang sekumpulan pekerja kelas pertengahan bawah yang membina hidup di Kota Raya, namun menghadapi permasalahan sosial. Ada antara mereka yang bekerja sebagai penulis trengkas, di jabatan kerajaan, ada juga dengan syarikat pemasaran ensiklopedia. Pada zaman ketika pekerja pejabat masih boleh menikmati waktu petang dan malam untuk aktiviti lain selain kerja. Ketika itu juga masih belum ada kempen-kempen STD & HIV di kaca TV, ataupun kempen-kempen kesedaran agama. Walau diteduhi kemodenan kehidupan di kota, namun diri mereka masih tepu dengan sikap segan untuk berterus-terang dengan rakan dalam lingkungan sosial mengenai masalah yang berkait dengan persoalan moral. Kita, generasi terkemudian pastinya sudah muak mendengarkan bebelan orang tua; "Teruk betul budak-budak zaman sekarang..." Tapi semakin kita cuba membawa diri kita ke zaman yang lalu, semakin kita sedar bahawa generasi yang terdahulu pun lebih kurang sama saja, malahan lebih hebat! Tapi apa bezanya? Mungkin dengan kewujudan internet, yang mencambahkan media sosial dan kemajuan media massa di mana apa sahaja perlakuan boleh dipertontonkan khalayak dan dikritik serta dihukum. Di latar zaman dalam novel, berkunjung ke rumah urut, menikmati bir dan makanan di tempat yang tiada tanda halal

Jun-Jul 2015

Rumahtangga, rumah urut, bir, & perempuan simpanan mungkin bukanlah menjadi suatu tabu berbanding zaman kini. Walau 'jahat' sekali pun, budaya kemasyarakatan masih dijunjung meski hidup di bandar. Hubungan kekeluargaan dalam masyarakat, sebagai contoh bagi yang berketurunan jawa (sebaik terpandang tajuk novel ini, sudah terlintas satu stereotaip dalam kepala; “nama orang jawa”) memang menjadi rukun utama kehidupan. Amalan tolong-menolong menjadi asas kepada budaya gotong-royong (istilah gotong-royong juga berasal daripada perkataan dialek jawa). Malahan budaya gotong-royong juga terserlah dalam amalan menyimpan wang berkumpulan yang disebut wang sinoman (atau juga disebut wang kutu) yang ada diungkit dalam karya ini. Keadaan sosio-ekonomi pasca 1957 telah mencambahkan struktur masyarakat, perlakuan, serta akibatnya. Malah untuk mana-mana zaman. Dalam masyarakat berformat patriarki, 'ketua' keluarga yang menjadi pencari rezeki tunggal dalam rumah, bertindak mencari hiburan di luar dinding tanggungjawab dan amanah mereka, iaitu tempat kerja dan rumahtangga. Apabila hanyut, melebihi garis kesedaran, maka memberi kesan kepada 2 tanggungan tersebut - kerja semakin terabai hingga menjejaskan perhubungan dengan rakan sekerja, apatah lagi anak dan isteri yang tidak pernah putus mengharap wang belanja, perhatian, dan bimbingan. Si isteri yang hanya menjadi suri rumah seolah tidak ada perkara lain yang boleh dibanggakan selain kecemerlangan anak di sekolah dan kebaikan suaminya yang digunakan sebagai hujah untuk menyampaikan nasihat kepada wanita-wanita lain untuk menjadi suri rumah yang baik. Dilema Kamariah, seorang suri rumah yang tertekan kerana perubahan dalam persekitaran rumahtangganya; suami yang bukan sahaja semakin kurang pemberian wang belanja rumah, malah masa yang diluangkan bersama juga. Keluar awal pagi, tanpa sarapan, pulang lewat malam, hingga hal anak tidak lagi dipeduli. Dihimpit keadaan ekonomi akibat itu, tambahan pula tiada tempat mengadu. Manakan tidak, jika diadu, dirisaukan ceritanya menjadi peluru untuk mukanya sendiri. Bagi kebanyakan ahli masyarakat, nilai muka lebih tinggi berbanding rasa hati, maka menjaga air muka seseorang lebih penting daripada menjaga hati, lebih-lebih lagi empunya sendiri. Isteri Rastam tidak jadi hendak mendapatkan khidmat nasihat daripada bomoh hanya kerana segan

dan bukan was-was terhadap amalan itu sendiri. Rastam, suami yang semakin leka yang disebut tadi ialah watak yang mempunyai ketokohan sebagai 'abang besar' yang dihormati dalam kalangan kawankawannya. Dia banyak membantu mereka yang lebih muda dalam menempuh hidup di kota. Sudah tentunya pemuda seperti Bani yang belum jenuh dengan asam garam hidup di kota termakan budi pertolongan Rastam tidak banyak soal menjadi pengikutnya yang setia. Kerana budi baik daripada Rastam telah menyebabkan Bani segan untuk berterus-terang dalam beberapa soal khususnya hutang wang. Bani merupakan seorang yang paling bendul dan muda jika dibandingkan dengan yang lain. Tetapi kepercayaan ini boleh terhakis oleh kerana prinsip yang terkandung dalam nasihat yang diberi Rastam mulai bercanggah dengan tindakannya; Rastam yang begitu banyak berjasa “mendirikan masjid” untuk temantemannya, yang mengumpulkan pahala selama ini kerana baktinya mengahwinkan teman-teman, akan bertindak menghancurkan “masjidnya” sendiri? – Fikir Bani apabila mengetahui kenakalan Rastam di luar rumahtangga mulai menjadi suatu yang lebih kritikal. Rastam telah tenggelam dalam emosi dan kesenangan justeru mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua rumahnya. Malahan semakin payah untuk ditemui rakanrakan. Sehingga Bani pula yang menjadi tempat untuk dilepaskan sungutan oleh kenalan. Taib pula yang disangka protagonis sebenarnya agak anti-hero. Pada babak-babak awal novel, perbuatan Taib yang mencampuri urusan Rastam mulanya dilihat sebagai sengaja cari pasal. Tetapi boleh jadi perbuatannya itu ialah untuk kebaikan Kamariah. Taib seterusnya terperangkap dalam 'karmanya' sendiri apabila mengalami dilema dengan janda yang disimpannya lalu sekaligus leka dalam usaha untuk menyedarkan Rastam. Rakan-rakan lain pula yang nekad melawan rasa segan dengan memerangkap Rastam untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri betapa yang dinikmati sebenarnya suatu kepedihan. Air mata wanita iaitu keperitan hidup Kamariah telah membuka hati mereka untuk bertindak. Dalam menyedarkan seseorang itu, kadang-kala amalan

biasa suatu masyarakat itu harus dilanggar. Akhirnya kedua-dua watak 'macho' dalam novel terpaksa menelan akibat dari permainan yang dimulakan mereka. Selain daripada kenyataan bahawa hasil tulisan penulis ini susah untuk didapati di pasaran masa kini, Allahyarham A. Samad Ismail juga merupakan seorang tokoh pejuang yang menyokong perjuangan rakyat menentang Kolonialis Belanda sehingga menyebabkan dirinya dipenjarakan. Beliau yang juga salah seorang pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), dan Angkatan Sasterawan 50, pernah dihumban ke ISA oleh kerana penulisannya yang banyak menyentuh isu-isu sosial pasca 1957. Beliau menjadi musuh politik penguasa di bawah era Hussein Onn dan Lee Kuan Yew. David J. Banks, seorang professor bidang antropologi sosial dari Universiti Yale pernah memetik novel ini dalam penerbitannya dengan mengatakan bahawa karya ini agak berlainan daripada yang sebelumnya; Sutinah memberi petunjuk yang jelas tentang peralihan dari arahtuju ekonomi dalam karya-karya awalnya dan jauh dari sikap optimis bahawa suatu masyarakat merdeka akan dengan segera menyelesaikan permasalahan rata-rata orang Melayu. Dengan erti kata lain – 'merdeka' sahaja tidak cukup! (oleh Shazni Bhai)


Jun-Jul 2015

IDEOLOGI

15

Adakah sifat semulajadi manusia halangan kepada Sosialisme? berbeza, memiliki kod genetik manusia yang khusus. Kod genetik ini menentukan struktur fizikal asas manusia.

[Bahagian 2: ditulis oleh John Molyneux]

Apa itu sifat semulajadi manusia? Manusia berubah selaras dengan perubahan situasi dan keadaan. Tapi adakah ini bermaksud tidak wujudnya langsung sifat semulajadi manusia? Kadang-kadang orang Sosialis mengambil pandangan ini untuk berdebat dengan hujahanhujahan anti-sosialis. Pertama, adalah satu masalah besar jika kita langsung menafikan kewujudan sifat semulajadi manusia. Ia boleh mengusulkan bahawa satu rejim totalitarian yang mengawal segala media massa dan cara pendidikan anak-anak boleh menjadikan manusia seperti mana yang diingininya dan dengan itu menghapuskan sebarang kemungkinan pemberontakan. Tetapi terdapat banyak bukti bahawa ini tidak berlaku. Seperti mana di Jerman di bawah Hitler dan Rusia di bawah Stalin – dua regim totalitarian kuat, yang pernah wujud – di mana pemerintah dapat menyekat segala tentangan. Malah dalam kem tahanan pun, ada orang melawan balik. Sentiasa ada suatu limitasi kepada kuasa sesebuah negara dalam memaksa perubahan fikiran dengan memberi tekanan. Batasan itu dijangkau apabila, salah satu sebab, penindasan kerajaan bertentangan dengan keperluan asas manusia yang semulajadi. Kedua, menyangkal tidak wujudnya sifat semulajadi manusia juga bererti kita menafikan tidak adanya ciri-ciri persamaan antara manusia, yang juga membezakan manusia daripada makhluk lain. Jika ini benar, tidak mungkin kita boleh berbicara tentang spesis-spesis manusia mahupun sejarah manusia. Apa sebenarnya yang kita boleh katakan tentang sifat semulajadi manusia? Kita mesti mula dengan biologi. Memang jelas bahawa manusia adalah satu spesis biologikal yang

Akhirnya, sudah tentu, faktor biologikal ini pun bukan sesuatu yang tetap atau untuk selamalamanya. Tetapi jangka masa proses evolusi sangat lamanya. Secara biologikal, manusia hari ini tidaklah banyak berbeza dengan manusia 10,000 ataupun 20,000 tahun dulu. Untuk tujuan topik perbincangan kita, iaitu kebolehlaksanaan sosialisme, ciri fizikal manusia boleh dianggap sebagai sesuatu yang tetap. Ciri fizikal manusia ini perlu dibiayai dengan beberapa keperluan asas dan kapasiti yang menjadi asas kepada sifat semulajadi manusia. Yang paling utama dan memang tidak boleh disangkal, ialah udara, makanan dan air diikuti dengan pakaian, tempat berlindung dan kepanasan suhu. Ada keperluan untuk tidur, suatu bentuk penjagaan yang berterusan – memandangkan manusia, tidak seperti spesis haiwan lain, mengambil masa beberapa tahun untuk mencapai tahap minimum menjaga diri sendiri – untuk persetubuhan demi membiak spesis tersebut, dan sebagainya. Kapasiti yang dimaksudkan termasuk 5 deria, otak yang besar, keupayaan untuk berjalan secara tegak, tangan yang boleh digunakan untuk beberapa perkara khusus, kod vokal yang membolehkan manusia bercakap dan sebagainya. Ini mungkin boleh dibantah, bukan semua manusia ada kapasiti ini – ada yang lahir buta, pekak atau kecacatan lain – tapi ini adalah pengecualian khusus. Keperluan dan kapasiti-kapasiti ini, dikongsi oleh semua orang dalam semua masyarakat sepanjang sejarah manusia sejak 20,00030,000 tahun dahulu. Ia merupakan binaan pertama dalam pembinaan sifat semulajadi manusia. Walau bagaimanapun, cara bagaimana kapasiti-kapasiti ini digunakan untuk memenuhi keperluan yang membezakan manusia daripada spesis-spesis lain. Manusia memenuhi keperluan mereka dengan bekerja bersama-sama untuk menghasilkan keperluan mereka secara sistematik untuk

hidup.

bentuk buruh sosial.

Sudah tentu, haiwan juga bekerja: tupai-tupai menyorok buah, singa memburu, memerang bina empangan, burung-burung membina sarang, semut bina tempat tinggal, ada beruk didapati menggunakan kayu sebagai alat dan sebagainya. Buruh manusia, walau bagaimanapun, berkembang secara berperingkat menjadi sesuatu yang lebih maju dan berkualiti daripada kerja haiwanhaiwan lain. Pengeluaran peralatan secara sistematik dan sedar – dikenali sebagai “cara pengeluaran” (means of production) – meningkatkan kuasa produktif buruh secara berlipat kali ganda.

Sementara manusia mengubah persekitaran mereka, mereka juga mengubah diri mereka sendiri dan hubungan mereka dengan orang lain. Semakin mereka menggunakan kapasiti-kapasiti mereka untuk memenuhi keperluan, maka kapasiti mereka juga meningkat dan berkembang – “dengan makan wujud selera”, seperti yang dikatakan oleh Marx. Dengan tercapainya beberapa keperluan asas, keperluan ini bertambah dan keperluan baru muncul. Keperluan untuk makan contohnya telah menjadi keperluan untuk makanan berkualiti. Keperluan untuk pakaian mewujudkan keperluan untuk kulit atau bulu dan kini keperluan untuk duit untuk membeli pakaian yang sudah dijahit dari kedai.

Manakala buruh haiwan lain masih luas bersifat naluri, maka ia berulang dari generasi ke generasi, buruh manusia pula dipelajari dan berkembang – pada mulanya perlahan dan kemudian meningkat. Buruh haiwan tidak mengubah persekitaran atau hanya sedikit perubahan, tetapi buruh manusia secara progresif menukar persekitaran. Ciri-ciri sosial buruh juga adalah sangat penting. Ahli falsafah Greek/Yunani, Aristotle yang menyifatkan manusia sebagai “haiwan sosial” dan sememangnya manusia telah sentiasa hidup dalam kelompok, tidak pernah hidup bersendirian. Begitu juga buruh mereka, dari awal lagi, sifat kemasyarakatan dan kerjasama sentiasa wujud. Contohnya, pada awal Zaman Batu, manusia memburu secara besar-besaran dan mereka berbuat demikian secara kolektif sebagai kumpulan nomad. Dalam semua kemungkinan, usahasama inilah yang membawa kepada ciri-ciri manusia yang selanjutnya, perkembangan bahasa. Setiap kelompok manusia yang dikenali telah berkembang ke suatu tahap di mana mereka memiliki bahasa sendiri, yang agak rumit – ia menjadi sangat penting untuk perkembangan kesedaran sosial manusia. Dengan itu budaya boleh dipelajari dan diturunkan kepada generasi berikutnya. Di peringkat ini, kita boleh rumuskan, ciri-ciri utama “sifat semulajadi manusia”. Manusia adalah spesis biologikal yang berbeza dan mempunyai keperluan asas yang sama yang dicapai dengan bergerak secara bekerjasama dan akhirnya ia membawa kepada perkembangan bahasa, kesedaran sosial dan budaya. Perkara penting mengenai definisi sifat manusia ini ialah, walaupun sifat-sifat itu berterusan, ia juga mempunyai kedinamikan dalam

Dengan perubahan bentuk pengeluaran, struktur organisasi masyarakat juga berubah. Semakin kehidupan kita berubah daripada komuniti yang memburu dan mengumpul kepada pertanian, dan daripada pertanian kepada pembuatan kraf dan industri, maka kita juga beralih daripada kehidupan nomad kepada tetap di luar bandar kemudian bandar dan negara moden. Dalam proses ini, tingkahlaku manusia dan sikap berubah secara radikal. Seperti mana yang di nyatakan oleh Marx: “Idea, pandangan dan tanggapan manusia, iaitu dalam satu perkataan, kesedaran manusia berubah dengan setiap perubahan dalam kondisi kehidupannya, dalam hubungan pengeluaran dan dalam kehidupan sosialnya.” Kamu tidak boleh mengubah sifat semulajadi manusia, kapasiti untuk berubah dan pembangunan adalah komponen mustahak dalam sifat manusia. Ia adalah salah satu elemen yang membezakan manusia daripada haiwan lain. Pandangan terakhir: jika sifat semulajadi manusia adalah seperti yang kita jelaskan, adakah ini menjadikannya “baik” atau “jahat”? Jawapannya, kedua-dua pun tidak. Maksud asas “baik” adalah mereka yang melayan sifat semulajadi manusia dengan memenuhi keperluannya dan terus berkembang maju. Maksud asas “jahat” adalah mereka yang melawan arus semulajadi manusia iaitu gagal mencapai keperluannya dan mencacatkan kemajuannya. Inilah sebabnya, apa yang dianggap oleh manusia sebagai baik dan jahat berbeza mengikut zaman sejarah yang berlainan. Keadaan berubah, keperluan manusia berubah dan begitu juga dengan moral mereka. (diterjemah oleh Letchimi Devi)


PSM

16

Jun-Jul 2015

Ahli Parlimen PSM isytihar harta

7 tahun berturut-turut Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mencipta sejarah apabila menjadi parti politik pertama di negara kita yang mensyaratkan semua calonnya dalam pilihanraya dan wakil rakyatnya yang dipilih perlu mengisytihar harta. Penciptaan sejarah ini telah diteruskan lagi apabila Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, telah menjadi satusatunya wakil rakyat yang mengisytihar hartanya 7 tahun berturut-turut! Dr. Jeyakumar Devaraj telah mengisytihar harta dan membentangkan kad laporan kerjanya pada 7 Mei yang lalu.

Semua wakil rakyat PSM yang dipilih dalam pilihanraya perlu mengisytihar harta dan membentangkan laporan kerja tahunan menjelang ulangtahun pilihanraya. Pengisytiharan harta melalui surat angkat sumpah yang dibuat setiap tahun tanpa gagal ini, membolehkan para pengundi memastikan wakil rakyat yang dipilih itu tidak menggunakan posisinya untuk mengkayakan diri sendiri sehingga menggadaikan segala prinsip politik. PSM sentiasa menegaskan bahawa ketelusan dan keikhlasan dalam berkhidmat untuk rakyat itu amat penting, dan semua wakil rakyat perlu berbuat demikian sekiranya kita ingin membina satu budaya politik baru yang bebas

daripada kepincangan dan penyelewengan kuasa. Pembentangan laporan kerja tahunan wakil rakyat juga memberi peluang kepada ahli parlimen, pasukannya dan penyokongpenyokong yang telah menyumbang kepada kemenangan kerusi itu untuk mengkaji keberkesanan kerja-kerja yang telah dilakukan di kawasan yang dimenangi hasil daripada usaha semua pihak. Adalah penting untuk memastikan kerja-kerja wakil rakyat PSM itu dapat melanjutkan agenda perjuangan rakyat marhaen, dan menggalakkan analisis sosialis tersebar di kalangan masyarakat kita.

Kad Laporan Ahli Parlimen Sg Siput, Mei 2014 – Mei 2015 Peneroka bandar Dr. Kumar dan PSM Sungai Siput terlibat dengan 9 komuniti peneroka bandar di kawasan itu, iaitu Kg. Bengali, Kg. Veerasamy, Kg. Belakang Shing Chung, Kg. Jln Lintang dan Kg. Sg Buloh yang terletak atas tanah kerajaan, manakala Kg. Perak Hydro, Kg. Gopal, Kg. Bahari, dan Kg. Kapor pula terletak atas tanah persendirian. Penduduk-penduduk perkampungan ini telah tinggal di situ selama 20 hingga 50 tahun tetapi mereka tidak mempunyai geran untuk tanah di mana rumah mereka berada. PSM telah cuba untuk memujuk kerajaan supaya membantu dalam meluluskan geran untuk kampung-kampung atas tanah kerajaan. Masalahnya ialah walaupun banyak surat dan memorandum telah dihantar ke Pejabat Tanah dan Pejabat Menteri Besar, pihak penguasa enggan berjumpa untuk membincangkan penyelesaian masalah tersebut.

Keluarga tanpa rumah PSM Sungai Siput telah membuat tinjauan tentang keluarga yang tidak memiliki rumah sendiri dan mengumpul

Pusat Khidmat Dr. Kumar bersama dengan 3 orang petugas sepenuh masa dan beberapa orang ahli PSM Sungai Siput yang aktif, telah mengendalikan 40 kes baru sebulan secara puratanya. Antara keskes yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat PSM di Sungai Siput adalah: - Sijil kelahiran, kad pengenalan, dan isuisu kewarganegaraan. Dalam setahun yang lepas, Dr. Kumar terpaksa merujuk 3 kes terus kepada Menteri Dalam Negeri, antaranya satu kes telah diselesaikan dengan membolehkan 8 orang individu mendapat kad pengenalan biru. - Tuntutan Perkeso. - Isu-isu kesihatan. - Isu-isu pekerja. Pekerja dibuang, tidak dibayar KWSP atau kerja lebih masa. - Permohonan kebajikan. - Tuntutan kecuaian perubatan terhadap kedua-dua hospital kerajaan dan swasta. Dalam tempoh setahun lepas, satu kes kematian dalam tahanan telah menang

maklumat untuk lebih kurang 250 buah keluarga yang memberi maklum balas. Ramai antara mereka mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000 dan tidak mampu untuk mendapatkan rumah yang berharga lebih daripada RM 40,000.

telah mengusahakan tanah tanpa permit selama 15 hingga 50 tahun. Mereka pernah atau sedang menghadapi tekanan pengusiran daripada pihak berkuasa.

PSM kemudiannya mengumpul tandatangan daripada mereka dan membawa satu kumpulan untuk bertemu dengan Kementerian Perumahan di Kuala Lumpur. Kementerian Perumahan berkata bahawa mereka akan membantu memberi subsidi pembinaan 200 unit rumah teres kos rendah untuk keluargakeluarga tersebut selagi Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk memberikan mereka 20 ekar tanah. Namun, penduduk Sungai Siput yang perlukan rumah ini masih berlum dapat berjumpa dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Ada beberapa kawasan yang terdedah kepada bencana banjir di Sungai Siput. PSM telah membawa masalah banjir di kawasan bandar yang disebabkan oleh longkang yang tidak dapat menampung isipadu air hujan yang banyak kepada perhatian pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, tetapi mereka lambat memberi maklum balas. Dr. Kumar dan pasukannya juga menyiasat sama ada pendekatan yang diambil mencukupi untuk menguruskan air hujan di bahagian hulu kawasan bandar Sungai Siput yang kini dibangunkan untuk projek perumahan. Perkampungan di tebing Sg. Pelus dibanjiri kerana pengelodakan sungai akibat pembalakan di pedalaman Sg. Siput. Dr. Kumar telah menyampaikan analisanya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan dipersetujui, hanya menanti dana untuk mengorek dan memperdalamkan sungai.

Petani-petani di atas tanah kerajaan PSM Sungai Siput terlibat dengan beberapa kumpulan petani yang bercucuk tanam di Salak, Padang Tembak, Hadapan Dovenby, Belakang Kuari, Kanthan, Tanah Hitam, Kuala Kuang dan Chemor. Semua petani ini di mahkamah dan keluarga mangsa telah dibayar RM 170,000, tetapi Peguam Negara sedang membuat rayuan. - Kes-kes keganasan rumahtangga. - Isu-isu pinjaman perumahan. Selalunya mereka datang beberapa hari sebelum tarikh lelongan!

Komunikasi dengan pengundi Sg. Siput PSM Sungai Siput menerbitkan satu set ucapan-ucapan Dr. Kumar di Parlimen untuk tahun 2014, yang dicetak dalam 3 bahasa, seperti yang telah dilakukan untuk beberapa tahun sebelumnya. PSM juga menganjurkan ceramah dari masa ke semasa di beberapa tempat dalam kawasan Sungai Siput.

Mendokumentasikan sejarah rakyat PSM Sungai Siput telah menjemput

Penduduk di kawasan yang dilanda banjir

David Anthony untuk membantu dalam mengkaji riwayat hidup seorang pejuang kemerdekaan tempatan Sungai Siput yang dikenali sebagai “Kaatu Perumal”. David telah menemuramah lebih kurang 30 individu untuk membentuk semula kisah hidup Kaatu Perumal dan perjuangannya. Percubaan sejarah lisan ini telah menghasilkan satu buku yang berjudul “Kaatu Perumal”.

Suara dalam Parlimen Dalam 1 tahun yang lepas, Dr. Kumar telah berucap di Parlimen mengenai isuisu seperti:- kesan buruk perjanjian perdagangan bebas TPPA; keperluan untuk mengembalikan semangat Bandung; kegagalan model pertumbuhan berasaskan eksport dan keperluan untuk paradigma pembangunan ekonomi yang baru; krisis perumahan; masalah pelancongan kesihatan melemahkan hospital awam; masalah jerebu; membantah rang undang-undang yang mencabul hak asasi manusia; isu pelarian; keperluan

Kewangan Perbelanjaan bulanan Dr. Kumar untuk kawasan parlimen dan kerja-kerja politik yang lain ialah lebih kurang RM 20,000. Dengan jumlah pendapatan sebelum kenaikan gaji ahli parlimen yang hanya RM 12,000, Dr. Kumar perlu bergantung pada sumbangan ikhlas daripada rakanrakan untuk menanggung perbelanjaan kerja politik. Dengan kenaikan gaji Ahli Parlimen hingga lebih kurang RM 26,000 sebulan, Dr. Kumar akan dapat membiayai secara sendiri sebanyak 80% daripada kerja-kerjanya, dan tidak perlu lagi menyusahkan rakan-rakannya secara kerap. Namun, Dr. Kumar telah mengatakan bahawa isu pokoknya adalah perlu adanya pendanaan rasmi yang secukupnya untuk Ahli Parlimen menjalankan tugas mereka secara profesional. Ramai Ahli Parlimen pembangkang menerima bantuan daripada ahli perniagaan yang mesra, tetapi itu mungkin boleh jadi sesuatu yang tidak elok untuk demokrasi dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana dengan bergantung kepada kelas peniaga akan menjadikan wakil rakyat kita menjadi lebih berhati-hati dalam mengkritik kelas peniaga. pencen untuk semua; keperitan pekebun kecil getah; penagihan dadah tidak patut lagi ditafsir sebagai jenayah. Dr. Kumar juga cuba membawa rang undang-undang persendirian seperti Akta Keterangkuman Sosial (yang bertujuan untuk menangani isu kemiskinan secara efektif) dan pindaan Kanun Tanah Negara (yang bertujuan untuk melindungi rezeki petani kecil dan menjamin keselamatan makanan). Namum, rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Dr. Kumar telah ditolak oleh pejabat Speaker. ##


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.