Sosialis (Jun Jul 2013)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Jun-Jul 2013

Harga Solidariti RM2-00

TSUNAMI POLITIK 2.0

Perjuangan Belum Selesai Pilihanraya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan satu pertarungan yang amat sengit. Ini merupakan pilihanraya yang begitu kotor sekali apabila Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik politik kewangan dan penyelewengan kuasa untuk mempertahankan kekuasaannya. PRU13 juga menyaksikan satu lagi tsunami politik yang hebat, lebih hebat berbanding PRU-12, tetapi malangnya gagal tukar kerajaan persekutuan.

tiadanya calon yang menang tanpa bertanding. Peratusan pengundi yang keluar mengundi mencecah 80%. Pilihanraya kali ini memang memperlihatkan pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Walaupun Pakatan Rakyat berjaya meraih kerusi yang lebih banyak daripada PRU-12 dan jumlah undi yang diperolehnya melebihi BN, namun masih gagal memenangi majoriti dalam Dewan Rakyat, akibat sistem pilihanraya yang penuh dengan kelemahan. Pakatan Rakyat juga gagal mengambilalih semula kerajaan Negeri Perak dan lebih-lebih lagi kehilangan kuasa pemerintahan di Negeri Kedah.

Pakatan telah memenangi 7 kerusi lebih berbanding PRU-12, menjadikan jumlah kerusi Pakatan di Parlimen adalah 89 (termasuklah kerusi yang dimenangi oleh calon PSM di Sungai Siput). Kerusi yang dikuasai oleh BN telah kurang kepada 133. Oleh sebab wujudnya masalah pemecahan sempadan mengundi (Gerrymandering) dan kelemahan dalam sistem pengundian majoriti (firstpast-the-post), walaupun jumlah undi dan peratusan undian yang diperoleh oleh Pakatan melebihi BN, tetapi BN masih menguasai hampir 60% kerusi di Parlimen.

Dalam PRU-13 baru-baru ini, seramai 579 orang calon bertanding untuk 222 kerusi Parlimen, manakala 1322 orang calon bertanding untuk 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali negeri Sarawak). Pertarungan kali ini begitu sengit sehingga banyak kawasan wujudnya pertarungan pelbagai penjuru, dan

Masalah penyelewengan pilihanraya juga berleluasa dalam PRU-13 seperti politik wang, pembelian undi, pengundi hantu dan salahguna kuasa. Semua masalah ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan gelombang aksi bantahan ke atas penyelewengan dalam

pilihanraya telah tercetus selepas 5 Mei dengan banyak himpunan blackout 505 diadakan. Sekarang ini UMNO-BN masih berkuasa, rakyat Malaysia akan terus diperas dan kroni-kroni UMNO-BN akan terus merampas kekayaan negara Malaysia untuk memenuhi poket wang mereka sendiri. Perjuangan rakyat untuk demokrasi tulen dan keadilan sosial perlu diteruskan. Gerakan dan aksi-aksi massa sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini telah menyumbang kepada Tsunami Politik 2.0 yang hampir menumpaskan rejim BN dalam PRU-13. Selepas PRU-13, adalah penting untuk rakyat yang sedar terus tabahkan hati, merenung kembali dan mengatur langkah untuk ke hadapan. Kita tidak boleh putus asa dan berhenti daripada berjuang, kerana masa hadapan rakyat biasa akan menghadapi ancaman yang lebih serius jikalau kita terus membiarkan UMNO-BN bermaharajarela. #

PSM DALAM PRU-13 >m/s8 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

> m/s 5

> m/s 6

> m/s 9

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.