SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
RM1-00
Mac-Apr 2013
Harga Solidariti RM2-00
SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK TUMPASKAN BN ? Semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang berani dan jelas kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kita sejak tahun 1957. Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara kita, BN dikalahkan di lima buah negeri. Amaran rakyat kepada BN adalah sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka, rakyat mampu dan berani menukarkan Kerajaan Persekutuan. Namun, selepas lima tahun, nampaknya mesej rakyat tidak dihiraukan oleh pihak BN. Kita dapat saksikan sejak pilihanraya 2008, kualiti hidup rakyat di bawah pemerintahan BN terus merosot. Pada masa yang sama, gerakan rakyat di Malaysia juga semakin berkembang. Gelombang himpunan raksasa seperti dua kali Himpunan Bersih, Himpunan Hijau, dan juga Himpunan Kebangkitan Rakyat, serta pelbagai aksi rakyat dalam
>m/s6-7
>m/s8
>m/s9
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.
Tel: 03-22747791
memperjuangan demokrasi dan keadilan sosial, telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah cukup matang dalam politik kecuali segelintir kecil politikus UMNO-BN yang masih cuba mempermainkan politik perkauman dan menggunakan taktik-taktik politik kotor. Gelombang kebangkitan rakyat sejak tahun 2008 telah memberi nafas baru kepada proses perubahan di bumi Malaysia. PRU-13 kali ini bukan sahaja pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan UMNOBN untuk menentukan siapa yang bakal mentadbir negara Malaysia, tetapi adalah pertembungan antara rakyat Malaysia yang inginkan sebuah negara yang lebih baik melawan rejim pemerintah yang cukup korup lagi zalim. Asalkan Bukan UMNO-BN (ABU) adalah sasaran kita dalam PRU-13 ini. Sudahkah anda bersedia untuk perubahan?
>m/s10
>m/s12
Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/