Sosialis (Mac Apr 2015)

Page 1

MAC-APR 2015

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI

| PQ/PP1505(17864)

BERJUANG BERSAMA RAKYAT

GST susahkan rakyat > m/s 5

Seorang Anwar dipenjarakan,

Memorandum desak kerajaan bantu ibu tunggal > m/s 6

Adakah seribu Anwar

bangkit lawan? baca lanjut di m/s 4

SYRIZA menang pilihanraya Greece > m/s 13

Mesej Hari Wanita Sedunia > m/s 8

Politik harga minyak dunia > m/s 12

KPN pro-UMNO? baca lanjut di m/s 16 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: pusat@partisosialis.org


PSM

2

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan. Bendera dan Lambang Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat Parti Sosialis Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan. Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional. Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak. Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya. Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan. Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama. Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan. Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian. Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional. Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan. Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan. Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis? Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti. Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan. Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya. Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Mac-Apr 2015

Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Laman web: http://partisosialis.org/ Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

Sementara itu, satu berita baik dari Greece, boleh memberangsangkan semangat kita untuk terus berjuang. SYRIZA, sebuah parti kiri telah menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini di Greece, apabila rakyat yang ditekan hebat oleh dasar pengurangan perbelanjaan sosial telah mengundi untuk perubahan, bukan sahaja perubahan parti pemerintah, tetapi perubahan sistem yang berlainan daripada apa yang sedia ada. Walau bagaimanapun, cabaran untuk kerajaan Greece baru ini amat besar, kerana terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dan institusi kewangan antarabangsa yang menjajah negara tersebut dengan hutang yang bertimbunan. Pengalaman di Greece boleh dijadikan pedoman dan pengajaran untuk gerakan kiri di negara Malaysia dalam membawa perjuangan rakyat ke hadapan. Cabaran untuk rakyat Malaysia tidak kurang hebatnya. Rejim UMNO-BN sedang cuba mengekalkan kekuasaannya dengan menggunakan akta-akta zalim untuk menangkap dan melenyapkan suara pembangkang. Pihak pemerintah juga cuba memeras rakyat dengan dasardasar ekonomi yang pro-kapitalis untuk menyelamatkan keuntungan korporat besar. Masyarakat kita pula sering dipecah-belahkan oleh muslihat kelas pemerintah yang mempermainkan isu agama dan mengapi-apikan sentimen perkauman. Oleh yang demikian, adalah mustahak untuk rakyat marhaen, termasuklah anak muda yang sedar, menggabungkan tenaga kita dan menyuntik semangat baru untuk meneruskan perjuangan rakyat. ##

Dalam keadaan politik yang tidak menentu di negara ini, rakyat biasa terus diserang oleh dasar kerajaan yang cuba memeras daripada golongan miskin untuk mengkayakan lagi mereka yang kaya. Cukai GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 merupakan antara serangan neo-liberal yang bertujuan untuk mengalihkan beban cukai daripada yang kaya kepada yang miskin, di samping memaksa rakyat jelata membayar untuk kerugian yang disebabkan oleh kegagalan kerajaan menguruskan kewangan negara. Dalam keadaan beban hidup yang semakin bertambah dan gaji pekerja yang rendah, lebih-lebih lagi

Langganlah Akhbar

Parti Sosialis lebih mementingkan isuisu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita. Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

kerajaan nampaknya tiada hasrat untuk menaikkan gaji minima, rakyat biasa akan lebih tertekan lagi selepas GST dilaksanakan.

Penghakiman dan pemenjaraan ke atas Anwar Ibrahim pada 10 Februari yang lalu memang menandakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita, apabila kita menyaksikan sekali lagi bagaimana institusi kehakiman yang sepatutnya membela rakyat dan menegakkan keadilan itu menjadi alat politik untuk pihak pemerintah menghancurkan pengkritiknya. Walaupun tercetusnya protes dan bantahan terhadap pemenjaraan Anwar, namun momentumnya tidak sebegitu hebat seperti yang berlaku semasa Anwar dizalimi oleh rejim UMNO-BN pada tahun 1998. Besar kemungkinan permasalahan dalaman Pakatan Rakyat itu sendiri telah menghampakan dan melemahkan semangat rakyat untuk turun beraksi. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat memang tidak mengambil kesempatan untuk menggerakkan agenda perjuangan rakyat untuk perubahan, apabila rejim UMNOBN itu sendiri sedang menghadapi konflik dalaman yang sengit, khususnya apabila puak Mahathir sedang melancarkan serangan ke atas kepimpinan Najib. Malah, isu seperti Hudud terus dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Sekarang! Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________ Alamat: _______________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ Telefon: _____________________________________ Faks: _____________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti

Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Website- http://partisosialis.org/


Mac-Apr 2015

PARTI DAN FRON

3

Misi bantu mangsa banjir Bantah GST PSM telah mengadakan satu rombongan misi membantu mangsa bencana banjir pada 2-5 Januari yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Suresh Kumar, Timbalan Setiausaha Agung PSM, telah menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti setempat yang terjejas akibat banjir. Misi tersebut mendapat sokongan daripada ramai sukarelawan termasuklah rakan-rakan daripada Buku Jalanan Temerloh, Angkatan Bahaman, Jaringan Orang Asal Kelantan dan Pertubuhan Royalti Kelantan. Ramai individu yang prihatin telah memberikan sumbangan dalam bentuk barangan, wang dan kenderaan untuk mengangkut barangan bantuan.

Gabungan Bantah GST telah mengadakan aksi flash mob di tol lebuhraya di lebih 16 lokasi, pada 18 Februari yang lalu, menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Aksi bantahan ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang cukai GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun ini, di mana cukai tersebut akan memiskinkan lagi rakyat miskin.

Kota Damansara,Selangor Skudai, Johor

Temerloh

Seremban, Negeri Sembilan

Kota Bharu

Bangi, Selangor

Membantu perkampungan orang asli di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.

Ipoh, Perak Tapah, Perak

Kuala Kangsar, Perak

Memberi bantuan kepada masyarakat pelarian Rohingya di Jerteh, Terengganu.

Mesyuarat Jawatankuasa Nasional ke-21 telah diadakan pada 1 Mac yang lalu di Subang, Selangor. Para delegasi yang hadir dalam mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu tentang bagaimana mengorganisasi dalam suasana masyarakat yang baru dan juga transisi kepimpinan dalam parti.

Klang PSM Klang telah menganjurkan satu makan malam pada 7 Februari yang lalu untuk mengutip dana perjuangan.


4

NASIONAL

Mac-Apr 2015

Satu Anwar masuk penjara, adakah seribu Anwar akan keluar? mereka. Kenyataan ini juga bermaksud Kit Siang lebih rela isu seperti pilihanraya kerajaan tempatan, iaitu satu tuntutan demokrasi yang cukup baik, dipinggirkan hanya sekadar untuk memastikan parti-parti dalam PR tidak bergaduh.

oleh Arutchelvan Kata-kata Anwar sebelum masuk penjara Antara kata-kata terakhir Anwar Ibrahim sebelum beliau dimasukkan ke penjara adalah “kukuhkan Pakatanâ€?. Anwar cukup sedar bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) kecundang atau berpecah semasa ketiadaan beliau, tidak ada orang lain yang boleh memulihkannya. Survival politik Anwar banyak bergantung kepada sama ada PR dapat bangkit kembali atau terus tenggelam. Beliau masuk ke penjara dengan harapan dan teguran ini kerana PR menghadapi krisis yang paling serius sejak ia ditubuhkan pada tahun 2008. Bagi PR, mereka dari dulu sehingga sekarang hanya mempunyai seorang sahaja calon Perdana Menteri yang boleh diterima oleh semua pihak, iaitu Anwar, dan pilihan ini juga semakin hari semakin teruji. Tanpa adanya PR, tiada lagi signifikan untuk Anwar wujud. Malah antara satu strategi ialah setelah PR menang PRU kelak, maka boleh dapatkan pengampunan atau penghakiman untuk membebaskan Anwar. Maka bagi PR, selagi tidak ada Anwar, maka selagi itu tiada calon Perdana Menteri yang boleh diterima oleh semua parti dalam pilihanraya‌ Dua hari sebelum Anwar dipenjarakan, iaitu pada 8 Februari, PR telah mengadakan mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi PR yang sekian lama tidak diadakan. Ini adalah struktur tertinggi dalam PR yang sepatutnya boleh menyelesaikan segala masalah dalaman PR. Antara sebab mengapa mesyuarat pimpinan tertinggi ini telah lama tertangguh adalah kerana Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang tidak mahu hadir ke mesyuarat tersebut, manakala DAP pula meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan hadir jika Presiden PAS sendiri hadir. DAP berpendapat bahawa jika ahli pimpinan lain dalam PAS hadir dan membuat keputusan, maka

keputusan itu tidak muktamat kerana Presiden Parti boleh veto keputusan tersebut. Ramai orang menantikan mesyuarat tersebut yang telah lama tertangguh. Dua isu pokok, iaitu isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan, sepatutnya dibincangkan dan diselesaikan memandangkan dua isu ini memang duri dalam daging bagi PR. Dua isu ini juga memecahkan solidariti antara ahli-ahli akar umbi dalam PR dan sering didebat secara terbuka dalam media. Isu hudud nampak jelas bahawa jika ia dilaksanakan, maka ada kemungkinan amat besar untuk PR berpecah. Maka para pemerhati politik menantikan bagaimana PR menyelesaikan masalah yang begitu meruncing ini. Sedihnya dalam mesyuarat tersebut, PR mengambil keputusan untuk tidak membincang isu-isu ini dan berkata bahawa satu mesyuarat khas untuk membincangkan isu ini akan diadakan selepas mendengar keputusan penghakiman Anwar. Tuan Guru Hadi juga tidak hadir semasa sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut. Maka jelas di sini bahawa PR tidak mempunyai kewibawaan politik untuk membuat satu keputusan kerana kemungkinan besar mereka mahu melihat sama ada Anwar akan terus berada di luar atau tidak. Peranan Anwar cukup signifikan sebagai jambatan antara PAS dan DAP. Terbukti mesyuarat tersebut gagal menyelesaikan sebarang masalah dalaman yang dihadapi. Mesyuarat tersebut hanya sekadar menangguhkan masalah ke masa yang akan datang. Yang lebih mengejutkan adalah kenyataan Lim Kit Siang, bahawa isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan harus ditunda untuk 8 tahun lagi iaitu sehingga tahun 2023. Cadangan ini adalah untuk survival dan masa hadapan politik PR. Kenyataan ini sebenarnya masuk akal tetapi juga menunjukkan bahawa PR tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman

Selain, itu pemimpin veteran DAP tersebut juga berkata bahawa sudah tiba masanya untuk Anwar, Hadi dan beliau sendiri berundur dan biar kepimpinan baru PR mengambilalih. Secara sedar, Lim Kit Siang berpendapat bahawa era Anwar sudah berakhir dan sudah tiba masanya PR memandang lebih jauh ke hadapan. Beliau juga secara halus meminta Hadi berundur kerana dengan adanya Hadi, nampaknya PR tidak dapat mencapai sebarang konsensus. Anwar dipenjarakan Bagi mereka yang biasa dengan sistem kehakiman di negara kita, mereka tidak akan terperanjat dengan keputusan 5-0 yang diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia. Hampir kesemua pemerhati luar negara, pakar-pakar perundangan, peguampeguam jenayah, badan-badan hak asasi terkemuka sedunia mengutuk keputusan mahkamah yang dilihat sebagai bermotif politik dan berniat untuk menghancurkan musuh politik dengan menggunakan institusi kehakiman. Yang lebih menyedihkan adalah, Anwar sendiri semasa perbicaraan di Mahkmah Persekutuan, begitu yakin bahawa satu keputusan berpihak padanya akan dicapai. Ini berdasarkan tanggapan bahawa Mahkamah Persekutuan memberikan peluang sepenuhnya untuk kes ini didengar tanpa tergesagesa. Satu lagi kelemahan yang cukup ketara adalah ramai penyokong dan pemimpin PR menaruh harapan bahawa Anwar akan dibebaskan kerana mereka menjangkakan Najib memerlukan Anwar di luar untuk melawan puak Mahathir. Dari sini kita boleh nampak bahawa kekuatan PR bukannya pada dirinya sendiri tetapi adalah pada kelemahan pihak lawan dan peluang yang boleh digunapakai hasil daripada permasalahan dalaman Barisan Nasional (BN). Kemelut politik dalam Pakatan Anwar masuk penjara semasa partinya, PKR dan PR berada dalam keadaan kucar-kacir. Mungkin ini adalah pertimbangan teliti yang dibuat oleh pihak pemerintah yang yakin bahawa Anwar di dalam penjara lebih baik untuk mereka berbanding Anwar di luar penjara. Anwar dan penyokongnya pula

sering menggertak dengan mengatakan Anwar di dalam penjara baik kerana ia akan mencetuskan satu gerakan besar membebaskan Anwar dan negara daripada cengkaman UMNO-BN. Masalah yang dihadapi oleh PKR dan PR cukup serius. Masalah ini bukan sekadar pertelingkahan antara parti-parti dalam PR, tetapi juga konflik dalaman parti, misalnya masalah dalaman PKR dan PAS. Pemilihan parti PKR telah meretakkan PKR kepada dua puak yang cukup besar iaitu puak Azmin Ali yang semakin berpengaruh dengan puak Rafizi yang mendapat sokongan Anwar. Dengan Anwar berada di penjara, Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Menteri Besar untuk negeri terkaya di Malaysia, mempunyai kuasa dan wang yang cukup kuat untuk memperkukuhkan kedudukannya. Beliau juga pasti masih ingat bagaimana cubaan puak yang satu lagi dalam partinya yang tidak memberikannya peluang untuknya menjadi Menteri Besar Selangor. Ini adalah masa untuk Azmin bersinar. Beliau juga pernah berkata tentang kesediaannya untuk menggantikan tempat Anwar. Dalam PAS pula, masalah antara kumpulan ulama dan kumpulan progresif atau lebih dikenali sebagai pro-PR semakin hari semakin teruk. Malah kebelakangan ini sering pula ada demonstrasi di hadapan pejabat PAS menuntut supaya beberapa orang pemimpin disingkir daripada parti termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Dr. Hatta. Pemergian Tok Guru Nik Aziz pada masa ini juga tidak lagi boleh membantu kumpulan yang progresif atau anti-UMNO. PASMA pula berdiri di luar pintu dan mereka juga mempunyai hubungan baik dengan DAP. PAS yang sentiasa dilihat sebagai parti yang cukup berdisiplin dan kuat berprinsipkan agama, hari ini nampaknya semakin hilang taringnya. PAS kelihatan lemah. Masalah serius dalam PAS ini berkemungkinan hanya boleh berakhir selepas pemilihan parti pada pertengahan tahun ini, tetapi sekali lagi tidak ada kepastian bahawa pemilihan parti nanti akan dapat menyelesaikan kemelut besar dalam PAS ini. Dalam konteks politik perkauman yang masih menghantui Malaysia, apabila dua parti pembangkang bermajoriti Melayu yang terbesar, iaitu PAS dan PKR, berada dalam keadaan lemah, sementara parti yang paling kuat dalam PR adalah parti DAP, iaitu sebuah parti yang majoriti ahlinya orang Cina, situasi ini telah dipergunakan dan diapiapikan oleh pihak UMNO untuk terus menghancurkan PR. (sambung di m/s 5)


Mac-Apr 2015 (sambung dari m/s 4)

Kempen bebaskan Anwar & Kita Lawan Kempen membebaskan Anwar pula nampaknya tiada halatuju yang tentu dan tiada strategi jelas. Himpunan solidariti setiap malam di luar Penjara Sungai Buloh tidak menampakkan sebarang impak dan langsung tiada liputan media arus perdana. Malah jumlah orang yang berkumpul pun tidak begitu besar, lebih-lebih lagi tidak bertambah setiap hari. Cubaan untuk mengembalikan semangat reformasi yang cuba diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada setiap hari sabtu di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga tidak memperlihatkan banyak impak. Malah Ketua Polis Negara tahu situasi sebegini dan cuba membendungkan kumpulan kecil ini sebelum ia boleh membesar. Strategi polis membuat tangkapan beberapa pemimpin anak muda dan ketua AMK juga memang berniat untuk melenyapkan gerakan ini dari bawah. Memang gerakan ini tidak mempunyai taring seperti dulu. Yang amat memalukan adalah antara satu daripada 4 tuntutan asal gerakan Kita Lawan sewaktu dilancarkan, adalah meminta wakil rakyat PR turun ke jalanraya. Ini menunjukkan bahawa mereka memang tertekan kerana ramai ahli parti yang kini sudah selesa dengan kedudukan YB dan sebagainya semakin lesu dalam politik menuntut perubahan. Adalah amat tidak jelas juga siapakah memimpin kempen ini. Sepatutnya PKR adalah parti yang patut mengetuai kempen ini, memandangkan isu ini melibatkan pemimpin tertinggi parti mereka. Tetapi nampaknya kempen Bebaskan Anwar dipimpim oleh keluarga Anwar sendiri. Ini mungkin formula terbaik PKR untuk meredakan perbezaan dalaman parti. Jika salah satu pemimpin

NASIONAL

5

selain ahli keluarga mengetuai, sudah tentu kumpulan yang satu lagi tidak akan turun. Maka kempen bebaskan Anwar sekali lagi bermain dengan sentimen simpati. Strategi keluarga Anwar memimpin kempen ini ada kelemahannya. Saya juga berpendapat bahawa adalah amat sukar untuk keluarga Anwar memimpin satu kempen kerana mereka adalah mangsa dan mungkin mereka juga berasa serba salah untuk meminta sokongan ramai apabila melibatkan ahli keluarga mereka. Bagaimana pula dengan ramai lagi yang ada di penjara? AMK sendiri telah mendapat pelbagai kecaman daripada kumpulan anak muda yang lain apabila mereka cuba menyempitkan kempen kepada pembebasan Anwar sahaja. Adakah simpati dapat mengeluarkan Anwar? Satu Anwar masuk, ribuan Anwar akan keluar? Slogan ini semakin tidak mendapat pasaran di zaman ini. Ramai anak muda yang lahir selepas tahun 1990-an tidak tahu siapa itu Anwar dan tidak dapat kaitkan diri mereka dengannya. Ini berbeza dengan mereka yang lahir pada tahun 1980-an dan sebelum itu. Anwar memang ikon pada masa itu. Dapatkah Anwar pada tahun 2015 boleh dijadikan ikon yang sama? Kini terdapat pelbagai sentimen yang menyelubungi gerakan rakyat. Dapat dikategorikan bahawa wujudnya 3 kumpulan yang berlainan pandangan. Satu antaranya adalah mereka yang benar-benar mahu Anwar dibebaskan dan mereka tidak ingin membiarkan kezaliman ini berlarutan. Mereka berkempen secara habis-habisan dan mereka cukup komitet untuk lawan sehingga Anwar dibebaskan. Kumpulan ini malangnya tidak begitu ramai. Kumpulan kedua adalah oportunis

politikus PR yang berpendapat bahawa lebih baik Anwar berada dalam penjara dan ini akan memberikan peluang terbaik untuk PR menang. Saya pasti jika Anwar masih di penjara pada PRU-14, peluang untuk PR menang adalah cukup besar. Kumpulan ini mungkin hanya menggerakkan kempen untuk tujuan propaganda sahaja dan menggunakan peluang ini untuk meraih simpati semasa PRU-14.

UMNO-BN berada dalam keadaan lemah, dengan pertelingkahan dalaman antara Mahathir dengan Najib yang termasuk skandal kewangan, puak-puak dalam MIC menghadapi krisis yang paling teruk dan Sirul yang berada di Australia mahu membuka mulut untuk membongkarkan rahsia, tetapi PR tidak boleh menggunakan peluang ini untuk menghancurkan UMNOBN.

Kumpulan ketiga adalah kumpulan ramai anak muda, anarkis, golongan kiri dan sebagainya yang menggunakan suasana ini untuk memperkasakan kuasa rakyat untuk menewaskan rejim ini. Mereka juga menggunakan keadaan ini untuk membina kekuatan gerakan di jalanraya untuk melawan rejim UMNO-BN.

Gerakan rakyat perlu semangat baru

Melihat kepada mood yang tidak begitu memberangsangkan, maka tidak menghairankan apabila keluarga Anwar mengambil jalan mendapat pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong sebagai satu jalan keluar. Ini mungkin keputusan yang diambil setelah melihat dan memantau mood rakyat dalam masa dua minggu selepas Anwar dipenjarakan.

Apabila dianalisa senarai barang yang akan dikenakan GST, nampaknya semua orang terpaksa menanggung beban akibat daripada perlaksanaan GST.

Bagi wanita – tuala wanita, tudung kepala, klip rambut, baju dalam dan lainlain dikenakan 6% GST. Bagi lelaki- Jangan ingat anda terlepas – seluar dalam anda dan songkok juga dikenakan GST. Dan banyak lagi…

Bagi yang miskin – sardin, mi segera seperti mi Maggie, Cintan, biskut cracker, burger dan lain-lain yang menjadi penyelamat di hujung bulan akan menjadi mahal sebab GST.

Bagi mereka yang sakit – ubatubatan juga tidak terlepas daripada GST, misalnya ubat batuk, ubat batuk kanak-kanak, Scots Emulsion, minyak angin, Eno, Mopiko, plaster dan pil Chi Kit Teck Aun. Kalau kita lihat senarai penuh mungkin bertambah sakit lagi.

Bagi bayi/kanak-kanak – bedak, syampu, batang kapas, ubat gigi kanak-kanak, lampin, stoking bayi dan alat permainan seperti jig-saw puzzle, bubble gun, dam ular, dadu, guli, mengenali abjad & angka dan lain-lain lagi akan dikenakan GST.

Bagi pelajar sekolah – kertas A4, buku latihan, pen, set berus, pita pelekat, klip, pensil warna, kertas lukisan, pemadam, kertas peperiksaan (exam pad), kertas minyak, kertas warna, kotak pensel, cecair pemadam, pembaris,

Anwar adalah wira rakyat dan seorang pejuang. Pujian ini tidak boleh dilucutkan daripadanya tetapi sinarannya semakin pudar. Slogan “jika Anwar masuk, seribu Anwar muncul” belum kelihatan lagi. Gerakan rakyat dahagakan semangat baru untuk terus melawan arus. ##

Yang sedihnya adalah apabila

GST: Rakyat Jelata Menjadi Mangsa Bak kata pepatah Melayu, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Begitu juga dengan nasib yang akan melanda rakyat Malaysia menjelang 1 April 2015 nanti. Oleh kerana kerajaan boros dalam perbelanjaan, maka rakyat jelata akan binasa.

Perjuangan rakyat yang sepatutnya berpaksikan kepada isu asas rakyat seperti isu GST, harga barangan tinggi dan akta gaji minima, nampaknya tidak kesampaian apabila politik perkauman, politik partisan dan politik individu mengambil pentas utama.

pengasah pensel dan banyak lagi akan dikenakan GST. Barangan keperluan/kecemasan – Ubat nyamuk dikenakan GST walaupun pada masa sekarang kes denggi meningkat dengan mendadak. Lampu kecemasan LED yang kita guna apabila kecemasan di waktu malam pun tak terlepas daripada GST. Peralatan rumah – Alas kaki, baldi, bakul, bekas sabun, batu giling, jarum & benang, berus baju, cermin, serbuk pencuci, gayung, penyangkut baju (hanger), mancis api, nila, mob, peluntur, pin baju, beg plastik sampah, sepit baju, tali, tisu tuala dan banyak lagi. Di sini, kita belum berbicara mengenai kos makanan dan pengangkutan yang akan meningkat. Banyak barang mentah dan bahan masakan dikenakan GST. Gas

masak yang digunakan di kedai makan dan restoran dikenakan GST. Kalau anda minum cendol dan beli kacang putih atau murukku, anda tidak akan terlepas dari GST. Jadi, tepuk dada, tanya selera. GST ini akan membeban rakyat. Jangan terpedaya dengan propaganda kerajaan dalam media massa setiap hari. Banyak wang kerajaan hilang sebab rasuah, kontrak kepada kroni, kerugian 1MDB dan sebagainya. Menurut kajian Intergiti Kewangan Global, dalam tahun 2012 sahaja Malaysia hilang/rugi sebanyak RM171 bilion kerana rasuah dan pengaliran wang yang tidak sah. Oleh itu, kenapa kita yang terpaksa menanggung beban akibat kegagalan kerajaan menguruskan kewangan? Di negara lain, GST dikutip untuk pembiayaan kemudahan rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam. Di Malaysia, rakyat dipaksa bayar GST untuk membiayai ketirisan pihak kerajaan. Sila tandatangan petisyen on-line Hentikan GST: http://chn.ge/1M3BAfY


ISU RAKYAT

6

Mac-Apr 2015

Ibu tunggal: 7 tuntutan kepada Menteri Jaringan Rakan Ibu Tunggal yang ditubuhkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan beberapa kumpulan masyarakat yang lain, telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 25 Februari yang lalu. Memorandum tersebut telah mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menambahbaikkan bantuan kepada ibu tunggal. Jaringan Rakan Ibu Tunggal merupakan inisiatif PSM untuk menggabungkan tenaga kumpulan masyarakat yang melibatkan diri dalam isu berkenaan dengan ibu tunggal, demi mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan

Persatuan Ibu Tunggal Spring, Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Sisters in Islam dan IJ Sisters.

memperbaiki kehidupan mereka. Jaringan Rakan Ibu Tunggal terdiri daripada PSM, Archdiocesan Office of Human Development (AOHD), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH),

Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal Berikut adalah masalah golongan ibu tunggal yang dikenalpasti dalam kajian rambang yang dibuat oleh PSM:

1.

Pendapatan yang rendah

Majoriti (90%) yang ditemuduga berpendapatan bulanan di bawah RM1000. Ibu tunggal yang berpendapatan bulanan di bawah RM1000 tidak mampu membekalkan keperluan asas, iaitu perumahan, makanan, pengangkutan dan persekolahan yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Makanan yang dihidangkan adalah tidak berzat dan tidak seimbang.

2.

Perumahan

Pendapatan yang rendah tidak mencukupi untuk menampung sara hidup. Sewa rumah atau pembayaran balik pinjaman menelan

Jaringan Rakan Ibu Tunggal telah meminta pada Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk memberi perhatian yang serius dalam menangani isu berkaitan dengan ibuibu tunggal.

daripada 830,000 keluarga di Malaysia diketuai oleh wanita. Ini merupakan lebih kurang 15% daripada bilangan keluarga di Malaysia. Ramai antara keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal menghadapi tekanan sosio-ekonomi yang amat serius. Berhubung dengan isu ini, satu kajian rambang telah dijalankan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk memahami masalah ibu tunggal. Kajian tersebut memberikan tumpuan kepada ibu tunggal berpendidikan rendah yang berumur antara 31 tahun hingga 40 tahun dan mempunyai anak yang masih bersekolah. Antara punca mereka menjadi ibu tunggal adalah kerana suami meninggal dunia, sakit, menyalahguna dadah, berada di penjara, di pusat pemulihan, telah cerai, berpisah, kahwin dengan orang lain atau hilang diri.

Mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2010, lebih sebahagian besar dari pendapatan bulanan. Antara 5. Kesihatan Ibu tunggal mereka yang membeli rumah, ada yang tidak dapat membayar balik hutang. Akibatnya, rumah mereka Kualiti kehidupan ibu tunggal terjejas dari segi dilelong. Ada juga ibu tunggal yang terpaksa fizikal, sosio-emosi serta kerohanian. Ini turut berpisah dengan anaknya dan menginap di rumah mempengaruhi perkembangan kehidupan saudara-mara. anak-anak mereka.

3.

Penjagaan kanak-kanak

Perkhidmatan menjaga kanak-kanak amat susah diperolehi apabila ibu tunggal hendak pergi bekerja. Anak-anak mereka terbiar apabila balik dari sekolah, kerana ibu terpaksa keluar rumah untuk kerja. Makanan tengah hari tidak dihidangkan kepada mereka, dan tidak ada bimbingan untuk melakukan kerja rumah. Situasi tersebut menjejaskan masa hadapan anak-anak ibu tunggal dan akan meneruskan kitaran peminggiran dan kemiskinan ke generasi baru.

4.

Pengangkutan

Kos pengangkutan menelan sebahagian besar pendapatan yang rendah. Beban ibu tunggal meningkat dengan membayar kos pengangkutan, khususnya ke hospital, tempat kerja, juga untuk menghantar anak ke sekolah. Ada kawasan yang tidak ada kemudahan pengangkutan awam. Ini memaksa ibu tunggal untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa.

6. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bantuan yang dihulurkan oleh JKM tidak mencukupi. Pada masa sekarang, bantuan kewangan maksimum adalah RM450 sekeluarga. JKM tidak memberi sebarang bantuan dari segi penginapan, penjagaan kanak-kanak ataupun pemakanan. Proses permohonan untuk bantuan JKM adalah rumit dan memakan masa yang lama (ada yang memakan masa antara setahun hingga tujuh tahun), dari pengisian borang ke peringkat keputusan dibuat. Ini adalah antara masalah-masalah kritikal yang dikenalpasti melalui kajian PSM serta perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan. Maka, PSM mengesyorkan beberapa cadangan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani masalah ibu-ibu tunggal.

Cadangan kepada Kementerian untuk menangani masalah ibu tunggal: 1.

• Baucar RM150 sebulan untuk setiap anak di bawah umur 10 tahun untuk memperolehi penjagaan kanak-kanak; • Baucar untuk pembelian pakaian dan kasut untuk ke sekolah.

Database Nasional

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus menyediakan satu pangkalan data (database) mengenai ibu tunggal di peringkat nasional untuk menguruskan program yang sesuai bagi mereka. Satu kajian terperinci perlu dilakukan supaya maklumat mendalam dapat dikumpulkan dan seterusnya, pelan tindakan khusus untuk ibu tunggal dapat dilaksanakan dengan kos pentadbiran yang terkawal.

2.

Sistem baucar

Ibu-ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM1500 dan mempunyai anak di bawah 18 tahun, harus diberi bantuan perumahan, pemakanan, penjagaan kanak-kanak dan pengangkutan. Satu kaedah untuk menyampaikan bantuan ini adalah dengan sistem baucar, umpamanya:

3.

Pengangkutan

Perkhidmatan pengangkutan percuma dengan penggunaan pas (seperti untuk pelajar) untuk ibu tunggal yang mempunyai anak-anak di bawah 18 tahun. • Baucar RM250 sebulan untuk membantu dalam kos sewa rumah; perlu ambil kira juga baucar untuk deposit 2 bulan serta deposit bekalan eletrik dan air; • Baucar untuk membeli makanan sebanyak RM100 sebulan untuk setiap orang anak di bawah 18 tahun untuk jangka masa tertentu; • Baucar RM150 sebulan untuk setiap anak berumur 4 tahun hingga 6 tahun untuk mendapat pendidikan pra-sekolah komuniti yang berkualiti;

4.

Perumahan

Ibu tunggal juga harus diberi subsidi untuk pembelian rumah kos rendah pada harga terkawal. Lokasi rumah-rumah ini harus di kawasan perumahan yang sedia ada. (sambung di m/s 7)


Mac-Apr 2015

PERJUANGAN RAKYAT

7

Tangkapan & intimidasi berterusan Arul ditangkap, tapi polis gagal dapat reman Arutchelvan. Pihak polis cuba memohon reman untuk 4 hari daripada majistret pada 20 Februari, iaitu sehari selepas penangkapan Arutchelvan. Arutchelvan telah dibela oleh sepasukan peguam yang berkhidmat secara sukarela untuknya, termasuklah Amer Hamzah, Sin Yew dan Ambiga Sreenevasan. Majistret akhirnya telah menolak permohonan reman oleh pihak polis dan mengarahkan pihak polis perlu melepaskan Arutchelvan pada pukul 7 petang hari itu juga. Akhirnya Arutchelvan dibebaskan pada pukul 5.40 petang, setelah diambil keterangan polis.

Amat sibuknya pihak polis semasa musim cuti Tahun Baru Cina barubaru ini, apabila beberapa orang aktivis telah ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan, berikutan cetusan kritikan terhadap keputusan pengadilan Mahkamah Persekutuan yang memenjarakan Anwar Ibrahim baru-baru ini. Pada 19 Februari yang lalu, iaitu pada hari pertama Tahun Baru Cina, pihak polis telah mengerahkan seramai 15 orang anggota untuk melakukan tangkapan ke atas

Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM. Polis telah mengunjungi rumah Arutchelvan dan melakukan tangkapan ke atasnya. Komputer, telefon bimbit dan modem kepunyaan Arutchelvan telah disita oleh pihak polis atas alasan untuk melakukan kajian forensik. Arutchelvan disiasat di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, hanya kerana satu kenyataan akhbar yang dikeluarkannya bagi pihak PSM pada 10 Februari yang lalu, yang menyifatkan penghakiman ke atas

Anwar Ibrahim merupakan satu keputusan politik dan mempertikaikan kebebasan sistem kehakiman yang dipergunakan oleh parti pemerintah untuk menjaga kekuasaannya. Ramai anggota dan penyokong PSM telah bergegas ke Balai Polis Dang Wangi setelah mendapat berita tentang penangkapan Arutchelvan. Mereka telah mengadakan aksi protes solidariti di hadapan balai polis, demi menyuarakan bantahan mereka terhadap penahanan

(sambung dari m/s 6)

5.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

• perlu menguruskan pegawai kaunselor untuk melawat rumah ibu-ibu tunggal mengikut kriteria tertentu dan mengambil tahu masalah yang dihadapi; • Ibu tunggal dan anak-anak mereka perlu diberi kaunseling. Ramai antara ibu-ibu tunggal adalah daripada kumpulan terpinggir dan tidak mempunyai kemahiran untuk menguruskan keluarga mereka dengan sempurna. • JKM harus meninjau keberkesanan program-program pemulihan di penjara dan pusat tahanan dadah supaya suami mereka dapat kembali ke pangkal jalan. • JKM harus proaktif dan melawat semua keluarga di mana suami telah dipenjarakan ataupun dihantar ke Pusat Serenti untuk mengenalpasti keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan.

6.

Program Latihan

Latihan kemahiran dan dana untuk perniagaan harus disediakan untuk ibu tunggal.

7.

Skim Insurans

Dana harus disediakan untuk skim insurans bagi ibu tunggal. Kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal harus diberi perhatian dan sokongan supaya dapat mengelak kemungkinan tercicir dan menjadi mangsa pengaruh negatif. Tidak wajar mereka dihukum atas kesalahan bapa mereka.

Semasa berucap di hadapan penyokong yang bersolidariti untuknya di hadapan Balai Polis Dang Wangi, Arutchelvan menegaskan pendirian yang telah diambilnya dalam kenyataan akhbar berkenaan dengan penghakiman Anwar, “Jika hakim membuat penghakiman yang adil, kami akan puji; tetapi jika mahkamah membuat penghakiman yang tidak adil, kami tetap akan kritik.” Selain Arutchelvan, ada beberapa orang lagi aktivis sosial telah ditahan polis, termasuk pelukis kartun terkenal Zunar yang ditangkap pada 10 Februari dan direman untuk 3 hari hanya sebab tulisannya dalam twitter. Penangkapan yang berterusan ini hanya merupakan sebahagian usaha untuk mempertahankan kekuasaan pemerintah UMNO-BN yang semakin tercabar dan juga melenyapkan segala suara bantahan terhadap kezaliman rejim yang korup ini. Sememangnya gerakan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan sosial tidak akan ditakutkan oleh ancaman penangkapan yang berterusan, dan akan terus melawan kezaliman. ##

Menurut Veronica Retnam, Penyelaras Meja Wanita PSM yang juga penyelaras untuk Jaringan Rakan Ibu Tunggal, “kami berharap Menteri boleh memandang serius isu-isu yang kami bawa dalam memorandum ini dan mengambil langkah yang sepatutnya. Kami juga sedia untuk berbincang lebih lanjut tentang syor-syor yang kami kemukakan. ” ##


ISU PEKERJA

8

Mac-Apr 2015

Naik gaji minima dulu sebelum GST Tahun 2015 adalah tahun untuk mengkaji semula gaji minima yang telah mula dilaksanakan pada 2013. Oleh itu, PSM menggesa supaya kerajaan meningkatkan gaji minima. Peningkatan ini harus berlaku sebelum kerajaan melaksanakan cukai GST pada April tahun ini. PSM menegaskan pendiriannya bahawa satu gaji yang bermaruah untuk pekerja Malaysia harus tidak kurang daripada RM 1500. Pada masa ini, apabila rakyat golongan berpendapatan rendah berdepan dengan kenaikan harga barangan yang mendadak (walaupun harga minyak turun), ditambah lagi dengan banjir yang paling teruk pernah dialami oleh negara kita, malangnya kerajaan masih berkeras kepala untuk melaksanakan GST pada 1 April 2015. Pelaksanaan GST akan mewujudkan kerumitan besar bagi pekerja Malaysia seperti kenaikan harga barangan, melebarkan lagi jurang pendapatan antara kaya dan miskin, serta mengurangkan kuasa beli rakyat. Semua ini akan terus menjejaskan ekonomi kita yang sedang berhadapan dengan kejatuhan harga minyak global,

kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan mendadak dalam rizab asing Bank Negara. Mengikut laporan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Khazanah pada lepas, 80% isi rumah mendapat pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, 40% memperolehi kurang daripada RM2,000 manakala 78.6% daripada pencarum KWSP memperoleh pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Setiap laporan yang berkaitan dengan pendapatan rakyat negara kita terus menunjukkan bahawa jurang antara golongan kaya dengan yang miskin semakin melebar. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah bahawa kerajaan begitu degil dalam melaksanakan GST, tetapi menjadi lembut dalam hal gaji pekerja dan membuat “U-turn� dalam pendirian untuk menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Barubaru ini, dalam satu laporan di FMT pada 23 Disember yang lalu, memetik kata Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah berniat untuk mencapai sasaran meningkatkan nisbah gaji kepada KDNK ke tahap 40% pada tahun 2020. Ini adalah bertentangan dengan ucapan bajet Najib, di mana beliau berkata bahawa sebahagian KDNK akan dibayar sebagai gaji dan dijangka bahagian gaji dalam KDNK akan meningkat daripada 34% pada tahun 2014 kepada 40% pada tahun 2020. Ini juga adalah sebabnya PSM berasa sangat yakin bahawa kerajaan dengan mudah akan mengabaikan tanggungjawab untuk meningkatkan gaji minima serta menjadi dalang dalam menjaga kepentingan majikan. Walaupun kerajaan membuat banyak pengumuman hari demi hari tentang manfaat GST tetapi berdolak-dalik dalam isu peningkatan gaji minima yang harus dikaji semula pada tahun ini. Sementara itu, PSM mengakui bahawa penurunan harga minyak akan membantu pekerja berpendapatan rendah, tetapi ia sama sekali tidak akan memastikan harga barangan turun. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara

apabila harga minyak turun, harga barangan pun turut kurang. Sebaliknya, jika harga bahan api meningkat pertengahan tahun ini, ia akan menghasilkan satu lagi kenaikan dalam harga barangan. Ini kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk menghentikan subsidi bagi bahan api. Keputusan kerajaan untuk menghapuskan subsidi bagi bahan api akan memberi kesan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah dan juga kepada ekonomi, malah keadaan menjadi lebih teruk apabila harga minyak naik semula nanti. Jika golongan mahakaya boleh dicukai dengan betul dan cekap, juga sekiranya tidak ada kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan, maka tiada keperluan untuk melaksanakan GST, kerana apa yang sedia ada cukup untuk semua orang. Pada masa sekarang, kadar cukai ahli-ahli kelab jutawan disimpan secara rahsia. Lebih-lebih lagi, Malaysia berada di tangga ke-4 tertinggi di dunia dalam pengaliran wang hitam, dengan jumlah sebanyak berjumlah RM1.21 trillion. Justeru, PSM menuntut gaji minima dinaikkan dahulu dan pelaksanaan GST dihentikan. Tindakan kerajaan yang memilih dalam hanya melaksanakan GST tetapi tidak meningkatkan gaji minima adalah rakus dan membelakangkan rakyat. (oleh Sivaranjani)

Masa kerja panjang bebankan wanita Mesej Hari Wanita Sedunia Dunia 2015 Pekerja termasuk pekerja wanita yang terlibat dalam sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya, bekerja selama 12 jam sehari. Wanita pula merupakan sebahagian besar daripada tenaga buruh di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam ekonomi. Dari membersihkan jalanraya hingga mendidik kanak-kanak, sumbangan wanita tidak dapat dinafikan. Tetapi bagaimanakah kehidupan mereka sebagai ibu, ibu mertua, anak, kakak, emak saudara, adik, cucu dan sebagainya? Bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga, ibuibu ini ada tanggungjawab. Begitu juga dengan mereka yang belum kahwin. Kerja berlebihan masa sehingga 12 jam sehari memberi tekanan yang sangat tinggi kepada mereka yang adanya peranan dalam keluarga.

Kerja rumah Unit keluarga adalah unit yang terkecil dalam masyarakat. Jika unit ini jatuh sakit, maka masyarakat juga

sakit. Sekiranya ambil kira masa untuk perjalanan ke tempat kerja, terutamanya dengan kesesakan lalulintas dan masalah pengangkutan awam, seseorang yang bekerja untuk 12 jam akan keluar dari rumah untuk sekurang-kurangnya 14 jam setiap hari. Bolehkah kerja-kerja rumahtangga seperti memasak dan membersihkan rumah disiapkan sebelum seseorang itu berlepas ke tempat kerja? Dalam konteks di negara Asia seperti negara kita, tugas-tugas dalam rumahtangga jarang dipikul sama oleh kaum lelaki. Kalau ada pun, ini bukanlah norma.

Penjagaan Kanak-kanak Kanak-kanak terpaksa makan apa sahaja yang masih tinggal dari makan malam setelah balik dari sekolah. Makanan tengah hari tidak dihidangkan kepada mereka kerana kemungkinan besar tiada orang dewasa di rumah. Kelas marhaen tidak mampu untuk mengupah pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka. Upah yang

diterima tidak cukup untuk menyara hidup pun. Anak-anak ini terbiar di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Apakah jenis pengaruh yang akan mereka terdedah? Kita sedar bahawa media ada pengaruh baik serta buruk. Anak muda terdedah kepada banyak jenis pengaruh negatif, dari samseng ke penagihan dadah. Kos kepada masyarakat adalah sangat tinggi apabila masalah sosial melanda negara kita. Kasih sayang ibu juga terjejas dengan begitu banyak tugas yang menantinya apabila balik dari tempat kerja. Kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang mencari jalan lain untuk mengisi kekosongan. Masalah-masalah ini dapat ditangani sekiranya pihak kerajaan menwujudkan pusat jagaan kanakkanak di kawasan-kawasan perumahan. Keselamatan kanakkanak tidak akan terjejas berbanding dengan yang ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak juga

ada peluang untuk membina hubungan yang sihat dengan rakan sebaya yang lain.

Hadkan masa kerja Memandangkan pentingnya sesebuah keluarga, adalah perlu menghadkan masa kerja pada 8 jam dan 5 hari seminggu dengan gaji yang wajar. Ini akan memberi peluang kepada pekerja, sama ada pekerja wanita atau lelaki, untuk bersama dengan ahli keluarga di samping melibatkan diri dalam kerjakerja masyarakat demi kepentingan sesama. Kaum wanita bersama kaum lelaki dapat mengukuhkan institusi keluarga, maka tanggungjawab patut dipikul sama. Ini dapat kurangkan risiko terjejasnya keharmonian dalam keluarga. Keluarga yang sihat menjadi asas untuk membina masyarakat yang sihat. Ini merupakan penjimatan kos yang besar kepada kerajaan. (oleh Veronica Anne Retnam)


Mac-Apr 2015

ISU RAKYAT

9

Pekerja migran dilarang jatuh sakit boleh membayar deposit dan pekerja migran mendapatkan rawatan yang diperlukan. Tetapi realitinya tidak ramai majikan yang berbuat sedemikian.

Pekerja migran bukannya berada di Malaysia secara percuma. Kos pekerja migran yang berada di Malaysia ini dibayar sendiri oleh pekerja migran, bukannya kerajaan Malaysia atau pemerintah negara mereka. Mereka membayar semua kos tersebut dengan pelbagai cara termasuk berhutang atau sanak saudara keluarkan duit atau potong gaji. Levi sebagai bahagian daripada biaya pengurusan permit kerja boleh dianggap sebagai cukai yang dipungut oleh kerajaan daripada pekerja migran. Baru-baru ini kerajaan Malaysia melalui kelulusan Kabinet telah memutuskan bahawa pekerja migran dan rakyat negara lain yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dikenakan bayaran sebanyak 30% daripada kos sepenuhnya bermula dari 1 Januari 2015. Bayaran ini akan dinaikkan setiap tahun sehingga caj penuh dikenakan kelak. Arahan ini adalah sesuatu baru dan banyak menimbulkan kekeliruan. RM65 dikenakan untuk pendaftaran di Jabatan Kecemasan. Caj RM 23 dikenakan untuk pendaftaran di Klinik Kesihatan. Caj RM113 dikenakan sekiranya dimasukkan ke wad pemerhatian sementara di wad kecemasan. Deposit sebanyak RM 1200 dikenakan sekiranya terpaksa masuk wad. Setiap ujian darah dan X-ray dikenakan bayaran tambahan lagi. Ubat-ubatan ada caj berlainan dan hanya dibekalkan selama 5 hari. Bayaran ini dikenakan pada mulanya untuk semua golongan pesakit termasuk penyakit berjangkit. Selepas beberapa hari, bayaran tidak lagi dikenakan ke atas pesakit yang menghidap penyakit berjangkit selaras dengan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Namun, ada klinik kesihatan masih mengenakan kos ujian darah untuk kes-kes penyakit berjangkit. Hanya kos pendaftaran dikecualikan. Padahal sepatutnya semuanya percuma. Cuma doktor perlu isikan borang E1 untuk mengecualikan bayaran sekiranya penyakit berjangkit disyaki. Selain mengetepikan hak pekerja migran yang telah membayar levi, keputusan ini berbahaya bagi kesihatan awam di Malaysia secara keseluruhan dalam masa kini dan masa hadapan. Pekerja migran yang mempunyai insurans dan majikan yang bertanggungjawab boleh memperbaiki keadaan. Majikan

Apakah akibat daripada caj bayaran, terutamanya deposit yang sangat tinggi ke atas pekerja migrant ini? Beberapa perkara berikut ini boleh berlaku: a) Pekerja migran yang cedera tetapi dalam keadaan stabil, dan tidak mempunyai insurans atau majikan menghadapi masalah mendapatkan cukup deposit untuk masuk wad. Dalam keadaan ini, pesakit migran mungkin terkandas di Jabatan Kecemasan untuk masa yang lama, sehingga sahabat atau sanak saudara berlari ke sana sini untuk mendapatkan deposit. Jika tidak ada sahabat atau saudara atau deposit langsung tidak dapat dicari, ini menimbulkan masalah dalam mencari jalan penyelesaian. Ada kalanya doktor atau kerani di kaunter bayaran masuk wad takut bahawa jika pesakit begini dimasukkan ke wad, bayaran surcaj akan dikenakan ke atas diri mereka sendiri. b) Ada kalanya doktor berbincang dengan Ketua Unit Hasil dan memasukkan juga pesakit ke wad atas dasar kemanusiaan walaupun tidak ada deposit kerana pesakit memerlukan rawatan. c) Ada kalanya arahan pentadbiran diikuti dengan ketat dan pesakit diminta pulang dengan rawatan minima kerana tidak ada deposit dan tidak dapat masuk wad untuk rawatan selanjutnya. d) Ada berlakunya keadaan di mana pesakit yang diupah oleh majikan yang boleh membuat bayaran tetapi majikan tersebut larikan diri dan tidak mahu membuat bayaran. Pesakit dalam keadaan ketakutan dan tertekan. Majikan terpaksa dicari, “dipujuk� dengan tawaran tindakan undang-undang dan akhirnya mereka terpaksa untuk membayar deposit. e) Ramai pekerja migran takut untuk mendapatkan rawatan, dan ada yang datang lambat ke klinik atau hospital, hanya apabila penyakit sudah menjadi sangat teruk.

Memeras duit daripada yang tertindas Ramai pekerja migran tidak mampu membayar deposit sendiri. Gaji mereka gaji harian. Gaji minima tidak dibayar. Gaji mereka dipotong untuk bayar levi, pas dan sebagainya. Bakinya tidak seberapa saja. Ada pula yang tidak dibayar gaji untuk berbulan-bulan lamanya. Ramai pekerja migran diupah di bawah sistem outsourcing. Ejen

membawa mereka masuk di bawah nama seorang majikan. Tetapi mereka akan dihantar bekerja di bawah majikan lain mengikut keperluan. Jadi, apabila berlakunya kemalangan tempat kerja, majikan tidak ambil tanggungjawab. Jaminan kesihatan dan perlindungan menjadi mustahil dalam keadaan ini, walaupun pekerja migran membayar insurans. Jika ada insurans pun, pekerja migran biasanya tidak memegang sendiri kad insurans mereka. Maklumat tentang hak manfaat perlindungan dan keselamatan kerja tak diberikan secara telus, atau tak diberikan sama sekali. Ramai juga pekerja migran yang telah dibawa masuk ke negara ini oleh ejen-ejen yang menipu mereka. Mereka tidak didaftar oleh ejen dan terpaksa bekerja tanpa permit dan tanpa insuran. Tetapi pekerja asing ini telah pun membayar jumlah yang tinggi kepada ejen yang membawa mereka masuk ke negara ini. Mereka bekerja keras untuk menanggung keluarga mereka di rumah . Apabila mereka sakit, agen dan majikan tempat kerja enggan bertanggungjawab.

Perlukah pekerja migran dikenakan bayaran di hospital dan klinik kerajaan? Mengikut kenyataan akhbar oleh Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang dikeluarkan pada 30 Januari 2013 oleh Kementerian Kewangan, kutipan levi pekerja asing telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1992 dan pada mulanya ditanggung sepenuhnya oleh pekerja asing. Menurut beliau lagi, pada prinsipnya, levi dikenakan ke atas pekerja asing bagi menampung perbelanjaan besar yang ditanggung oleh kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam seperti klinik, jalan raya dan perkhidmatan lain yang dinikmati oleh mereka bersama warga Malaysia. Mulai 1 April 2009, Kerajaan telah memutuskan supaya levi pekerja asing ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan bukannya pekerja asing. Keputusan ini bertujuan untuk mengawal pengupahan pekerja asing yang terlalu ramai pada ketika itu. Bagi meringankan beban kos yang akan dihadapi, khususnya oleh majikan kecil dan sederhana, Jemaah Menteri pada bulan Januari 2013 telah bersetuju supaya dasar levi pekerja asing pada tahun 1992 dikuatkuasakan semula, iaitu dengan levi ditanggung sepenuhnya oleh

pekerja asing. Dasar ini akan dikuatkuasakan serta-merta ke atas pekerja asing baru atau pekerja asing yang ingin memperbaharui Pas Kerja, Pas Pengupahan atau Pas Lawatan (Kerja Sementara). Kos Levi adalah RM1250 untuk sektor perkilangan dan pembinaan di Semenanjung Malaysia dan sebanyak RM1010 di Sabah dan Sarawak. Pekerja sektor perkhidmatan dikenakan levi RM 1850 di Semenanjuang dan RM1490 di Sabah dan Sarawak, mengikut Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dengan levi yang begitu tinggi dan jumlah pekerja asing berdaftar lebih daripada 2.1 juta ( Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi 23 Okt 2013, Star ), wang daripada levi ini sepatutnya digunakan untuk menampung kos rawatan pekerja migran. Di manakah duit levi ini?

Negara memerlukan Pekerja Migran Pekerja migran diperlukan oleh negara ini. Kerajaan sendiri membuka pintu kepada pekerja migran kerana tidak cukup tenaga buruh. Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan sistem pentadbiran kita tidak menganiaya pekerja migran. Pekerja migran diperlukan untuk menyokong ekonomi kita, untuk membina bangunan kita, cuci tandas, bekerja di ladang kelapa sawit dan mengeluarkan barang perkilangan kita. Tanpa mereka, ekonomi kita akan terjejas. Walaupun begitu, Kerajaan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kualiti kesihatan pekerja migran walaupun levi sudah dibayar.

Kerajaan harus bertanggungjawab Adakah kerajaan kita tidak berhati perut? Kesihatan adalah hak asasi seorang manusia. Tenaga kita diperah tapi kebajikan tidak terjaga. Ayuh bergabung tangan menuntut hak bersama. Gunakan wang levi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma untuk pekerja migran! (oleh Keladi Bunting)


PERSPEKTIF

10

Mac-Apr 2015

Apakah punca banjir yang luarbiasa? dalam cuaca seperti hujan yang lebih lebat dan cuaca panas lagi kering yang mengakibatkan kekurangan air.

Pada pertengahan bulan Disember 2014 sehingga Januari 2015, beberapa negeri di Malaysia mengalami banjir pada skala luar biasa. Seramai 400,000 orang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir. 21 orang kehilangan nyawa. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, curahan hujan pada bulan Disember melebihi 60% daripada paras purata hujan yang biasa turun, dan ini adalah antara sebab utama yang menyebabkan banjir teruk. Negerinegeri Pantai Timur menerima jumlah hujan melebihi 1,200 mm untuk bulan Disember 2014 manakala kawasan yang tidak dilanda banjir menerima jumlah hujan yang kurang daripada 200 mm. Curahan hujan yang begitu banyak dan banjir luarbiasa dikaitkan dengan pemanasan bumi dan perubahan cuaca. Apa itu

Hujan lebat adalah punca banjir tetapi penebangan hutan yang luas terutamanya di kawasan tanah tinggi menjadikan banjir lebih buruk.

pemanasan bumi? Gas-gas tertentu seperti karbon dioksida, metana, wap air dan nitrous oksida di atmosfera memerangkap sinaran haba dari muka bumi dan mengurangkan nisbah sinaran haba yang dapat keluar dari atmosfera ke angkasa luar. Kejadian ini membantu manusia dengan memastikan bumi tidak terlalu sejuk untuk menyokong kehidupan.

Gambarajah menunjukkan pembebasan karbon dioksida ke atmosfera di Malaysia pada tahun 1970-2010

Gas-gas di atmosfera wujud dalam nisbah tertentu. Kini aktiviti manusia banyak menggunakan bahan api fosil (arang, petroleum, gas asli) yang membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan paras karbon dioksida di udara daripada 250 bahagian sejuta ke 400 bahagian sejuta (parts per million, ppm). Peningkatan karbon dioksida di udara menyebabkan bumi menjadi lebih panas. Peningkatan suhu global menyumbang kepada penambahan kuantiti dan kehebatan peristiwa cuaca yang melampau. Di Malaysia kita pernah mengalami corak baru

Di kawasan penebangan hutan, hujan lebat turun terus ke tanah tanpa diperlahankan oleh pokok-pokok. Ini menghalang penyerapan air hujan ke dalam tanah. Sebaliknya, ia menyebabkan tanah terhakis. Air berlumpur mengalir ke dalam sungai dan pemendapan pasir di sungai berlaku. Kapasiti sungai-sungai untuk membawa air tersekat dan ini yang menyebabkan banjir teruk. Kita hanya boleh selesaikan masalah banjir dengan menangani isu ini dari puncanya. Masalah pemanasan bumi timbul akibat daripada kerakusan dan ketamakan untuk mengaut keuntungan di bawah sistem kapitalis. Penebangan hutan yang tidak dikawal juga disebabkan motif keuntungan kapitalis. Oleh itu, kita tidak boleh elakkan diri daripada mencabar sistem kapitalis jika ingin menyelesaikan masalah alam sekitar termasuklah isu banjir. ##

Kisah Kg Tok Sirat: Yang termiskin jadi lagi miskin Banjir adalah kejadian yang kerap berlaku di Kampung Tok Sirat, sebuah kampung yang terletak di Jalan Lintang, Sungai Siput (U), Perak. Malah, pada tahun lepas, sebelum banjir besar melanda pada bulan Disember 2014, kampung ini dibanjiri air sebanyak 6 kali!

banjir naik sehingga 7 kaki, dan merosakkan segala-galanya di dalam rumah penduduk kampung peralatan dapur, perabot, tilam, televisyen, pakaian seragam sekolah. Selepas banjir, penduduk Kg Tok Sirat telah kehilangan hampir semua harta milik mereka.

Kampung Tok Sirat terletak di atas sebidang tanah berkedudukan rendah di sebelah tanah simpanan Sungai Pelus. Semasa banjir pada bulan Disember yang lalu, paras air

Siapa yang harus dipersalahkan? Dalam kes Tok Sirat, sudah pasti bukannya penduduk di situ, sebab Kg Tok Sirat adalah sebuah kampung PPRT (Projek Perumahan

Rakyat Termiskin) di bawah skim kerajaan untuk menempatkan golongan miskin tegar. Memang menjadi misteri apa motif sebenar kerajaan mahu membina rumah di kawasan rendah yang senang dilanda banjir, lagi pun rumah-rumah yang dibina bukan rumah bertiang. Mengapa kerajaan tidak membuat projek PPRT di kawasan bersebelahan yang jauh lebih tinggi? Adakah sebab tanah itu terlalu tinggi nilainya untuk rakyat

termiskin? Soalan ini timbul, sebab kini bidang tanah yang berkedudukan lebih tinggi ini menjadi milik individu yang mengusahakan dusun. Apa yang jelas di sini adalah, selama 14 tahun sejak pembinaan PPRT Tok Sirat, penduduknya telah mengalami banjir beberapa kali setiap tahun. Apakah peluang keluarga-keluarga ini untuk keluar daripada perangkap kemiskinan dan kebergantungan? ##


Mac-Apr 2015

PERSPEKTIF

11

Balak, Bencana dan Pilihanraya konsep untuk menggunakannya. Daya hafal tinggi. Daya IQ rendah. Mereka diangkat menjadi pemimpin. Maka, semua permasalahan diselesaikan dengan cara mempamerkan dalil yang 'bau-bau bacang'. Dunia Islam sudah lama perlahan-lahan rosak, mundur dan binasa. 4. Kelantan bermula dengan sukar kerana menentang Kerajaan Persekutuan (politik jakun negara). Maka sumber ekonominya tersekat. Tetapi, ini bukan cerita sepenggal dua. Kini masuk lebih 20 tahun, belanjawan Kelantan tepu (tiada idea dan tidak tahu ekonomi) sekitar RM300 juta setahun dengan sumber pembalakan mencecah 30% daripadanya. oleh AdukaTaruna, Aktivis Kelantan (Ak03) (Balak Kelantan) Jangan baca jika EQ rendah: Bencana alam-ekonomisosial BERKADAR TERUS dengan sistem pilihanraya amalan kita. 1. Bencana alam seperti banjir atau gempa bumi adalah sunah alam pada asalnya. Bagaimanapun Allah meminta manusia mengurangi KADARnya. Kemudian selepas itu (ikhtiar), maka Allah akan tentukan. Contohnya, musim perayaan / percutian akan mengakibatkan bencana kemalangan. Tetapi pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangi KADARnya. Jika BODOH untuk mengurangi kadar dengan membiarkan jalan raya berbahaya atau rosak, maka BODOH juga untuk mengurangi banjir (musim hujan) dengan pembalakan, perparitan dan sampah tidak terkawal. 2. Kerja bodoh pembalakan tidak terkawal ini berlaku di mana-mana negeri. Tetapi istimewanya Kelantan kerana jenayah kopiah putih ini dilakukan oleh Kepimpinan Ulama Pewaris Nabi. Diburukkan lagi dengan perparitan, saliran dan sampah yang dahsyat di Kelantan berbanding negeri lain. 3. Pemilihan pemimpin di Kelantan (dunia Islam) pula dicandukan atas nama imej dan sijil agama. Sedangkan itu hanyalah daya hafal. Seumpama orang yang hafal formula matematik, tetapi tidak faham

5. Dalam tajuk pembalakan, penghafal Kepimpinan Ulama 'Pewaris Nabi' ini, mereka menjadikan balak sebagai pemilikan swasta. Runding terus tanpa tender terbuka. Ini menjadikan sumber pendapatan dari balak, kecil untuk negeri. Dan memerlukan tebangan berganda luas. Dari hadis sosialis yang dipertikaikan ulama penghafal : "Manusia itu berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api.� [HR Abu Daud]. Ini bermakna hutan bukan milik swasta. Ianya milik sosial (rakyat). Tender terbuka harus dilakukan atas kerja tebang dan bawa (pengangkutan) sahaja. Balak kekal milik negeri. Dijual oleh negeri, bukan swasta berserban berjubah atas nama Tuhan dan Nabi. Dengan demikian ini, keluasan hutan yang kecil tetapi pendapatan yang besar. Jika sebelum ini 5,960 hektar balak swasta setahun untuk 30% belanjawan, maka mungkin 3000 hektar setahun sahaja untuk 30% belanjawan. Dan ini bukan sepenggal dua disekat Kerajaan Pusat. Jika kreatif untuk sumber lain, maka Kelantan sudah lama meninggalkan pembalakan. Tidak perlu menjadi Singapura (tiada sumber alam) 100%. Kelantan negeri tidak merdeka. Cukup menjadi 20% - 30% Singapura dalam keadaan sudah pun 20 tahun 'terpisah' dari Kerajaan Pusat.

6. Baiklah. Sekarang baru masuk ke tajuk pembentangan yang diringkaskan ini. Semua korupsi atas nama Tuhan, atas nama Nabi, atas nama bangsa ini berpunca dari sistem pilihanraya yang kita amalkan. Kerana pemilihan dilakukan atas konsep jenama. Di kertas undi diletakkan jenama. Apabila begini : i. Maka, rakyat mengundi kerana jenama. Letak sesiapa yang tidak berjasa kepada Parlimen / DUN pun boleh menang kerana jenama. Maka wujudlah ahli parlimen / DUN yang bodoh-sombong, yang kelakar, yang muncul ketika musim. ii. Ratus juta ringgit setiap pilihanraya untuk mengiklankan jenama. Bendera, cenderahati, petugas / kontraktor bendera, pengiklanan dan sebagainya yang berlogo. iii. Apabila kos jenama untuk dikenali atas kertas undi menelan ratus juta, maka, parti yang pemerintah mula mengamalkan korupsi. Mari lihat rajah kemusnahan ini: a. Balak, tanah, galian (sumber rakyat bukan milik swasta) tidak ditender terbuka. Serah ke Ulama A. b. Hasil dari itu pecah 3. Pertama, ulama A bagi sumbangan ke parti atas nama Muhammad saw. Kedua pendapatan peribadi ulama A. Ketiga pendapatan negeri.

c. Maka pendapatan negeri untuk pemilikan sosial tadi hanya 1/3. Maka untuk kos memerintah perlu tebang lebih banyak hutan. Maka, kemusnahan / bencana mula berada di leher mak-ayah, sanak-keluarga kita sendiri. Bila masa ianya memancung kita, kita ditawarkan ulama sabar pahala syurga bidadari. Kos selawat perdana untuk redha tuhan bernilai RM200k. Sedangkan Allah tak aniaya hambanya. Kita sendiri pilih kerana kita bodoh tidak berilmu. Kita adalah penagih candu agama ulama akhir zaman. 7. Anda boleh lihat sendiri imej satelit Google versi terbaru. 2014. Divideokan oleh sahabat ahli dalam IT, Ah Lis. Diiktiraf kesahihannya oleh Malaysiakini. Kemusnahan hutan dan alam oleh Parti Islam dan Pewaris Nabi. Rujukan: http://m.kinitv.com/video/14151O8 Semua ini bermula dari kertas undi mempunyai jenama (logo). Jenama dan organisasi adalah perlu. Pengiklanan jenama dan organisasi juga adalah perlu. Tetapi apabila logo itu diletakkan atas sehelai kertas undi, maka segala kebobrokan pun bermula. Anda tidak akan dapat mengetahui ini dari ulama penghafal pewaris nabi (kononnya). Andalah yang menghentikan pisau-pisau bencana yang berada ditengkuk-leher ibuayah, sanak-keluarga setiap tahun. ##


12

EKONOMI

Mac-Apr 2015

Politik Harga Minyak Dunia oleh Sivarajan, 26 Feb 2015

kehilangan pasaran dengan kemasukan bekalan alternatif dari Amerika yang begitu agresif.

Ketika rencana ini ditulis, harga minyak mentah di pasaran dunia berada pada tahap serendah USD 50 setong. Harga telah jatuh ke separuh harga minyak purata USD 107 yang biasa pada masa kegemilangannya. Sekali lagi permainan ekonomi kapitalis yang diagung-agungkan oleh negaranegara dunia ini menghancurkan pasaran dan membelasah jutaan rakyat biasa termasuklah di negaranegara pengeluar minyak. Sistem ekonomi kapitalis yang bersifat anarki tanpa kawalan dan perancangan ini, kerap kali terperangkap dalam perhitungan antara bekalan dan permintaan. Apabila harga minyak melambung tinggi melebihi USD 100 setong, para kapitalis akan melabur secara besar-besaran untuk meningkatkan produksi dengan teknologi baru serta berusaha membuka telaga-telaga minyak yang baru. Mereka berebut-rebut mengaut keuntungan sehinggalah ke suatu tahap apabila permintaan untuk minyak menurun dan bekalan minyak dunia melebihi permintaan. Pada ketika ini harga minyak akan menjunam. Bekalan gas mentah yang dulunya dihasilkan sebagai produk sambilan ekplorasi minyak, kali ini di keluarkan secara berlebihan oleh Amerika Syarikat dengan menggunakan teknologi baru yang dikenali sebagai “fracking�. Kaedah baru ini menyebabkan bekalan gas mentah meningkat melebihi permintaan yang sebenarnya. Selain daripada pengaruh negaranegara pengeluar minyak, OPEC, kini Amerika Syarikat memainkan peranan sebagai pengeluar yang signifikan. Sepertimana yang dinyatakan

Amerika Syarikat dalam politik harga minyak ini sekali gus akan berjaya menekan negara-negara musuhnya iaitu Venezuela, Russia dan juga Iran. Selain daripada Venezuela, ekonomi Russia dan Iran juga akan terjejas dengan kejatuhan harga minyak ini . Taktik kotor ini digunakan agar pengaruh politik Russia dalam isu Ukraine dan juga peranan Iran di Timur Tengah dapat dikawal.

sebelum ini, sistem ekonomi kapitalis ini mengemari keadaan ekonomi yang huru-hara tanpa kawalan. Kata mereka inilah prinsip “pasaran bebas�, iaitu pihak kapitalis mengambil kesempatan yang sepenuhnya untuk mengaut keuntungan apabila harga naik, tetapi apabila harga komoditi ini menjunam, risikonya dialami oleh keseluruhan rakyat marhaen. Pengeluaran ditingkatkan dengan ramalan bahawa ekonomi negara China akan terus meningkat. Tetapi pada realitinya, ekonomi China semakin lembap dan menunjukkan tanda-tanda penstabilan. Apabila permintaan untuk minyak mentah dari China tidak sebesar yang dijangkakan, maka wujudlah keadaan bekalan melebihi permintaan dan menyebabkan harga minyak mentah mula menurun . Venezuela bergantung kepada pendapatan dari telaga minyaknya untuk melaksanakan segala program sosial untuk rakyat. Tetapi kini, mereka amat terjejas dengan kejatuhan harga minyak dunia . Selepas revolusi rakyat pada tahun 1998, Presiden Sosialis Venezuela,

Hugo Chavez telah memiliknegarakan syarikat minyak PDVSA, agar hasil semulajadi ini dapat memanfaatkan kesemua rakyat marhaen Venezuela dan bukan hanya 1% pihak korporat dan kapitalis. Jika keadaan harga minyak rendah ini berterusan, maka Venezuela akan mengalami defisit bajet tahunannya sebanyak 25 billion dollar. Bagaimanakah mereka akan terus dapat melaksanakan segala program sosial pembasmian kemiskinan untuk rakyat marhaen tanpa pendapatan minyak ini? Presiden Maduro telah membuat lawatan ke semua negara OPEC, menyeru kepada mereka agar mengurangkan kapasiti produksi masing-masing, sehingga harga minyak dunia dipulihkan. Tetapi malangnya negara-negara Timur Tengah yang bersekutu dengan Amerika Syarikat ini enggan mendengar saranan beliau. Arab Saudi, yang biasanya akan bertindak mengawal pengeluaran minyak, kali ini enggan berbuat demikian. Alasannya adalah takut

Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan kejatuhan harga minyak ini. Walapun bagi pihak pengguna, kami amat bergembira dengan kejatuhan harga petrol RON95/97 di pam minyak, tetapi pendapatan negara bersih akan terjejas. Pendapatan daripada Petronas telah menjadi seolah-olah suatu mesin ATM bagi Kerajaan Barisan Nasional untuk memperolehi tunai setiap kali mereka ingin melaksanakan suatu projek mega dan menyelamatkan syarikat kroni mereka yang mungkin muflis. Kini mesin ATM ini tiada lagi wang tunai, maka mungkin kerajaan akan memastikan cukai GST dilaksanakan agar dapat memperoleh pendapatan tambahan. Ketirisan dan salahguna kewangan negara masih berleluasa, tetapi pemerintahan Najib ingin mengekalkan status quo ini dan terus menekan rakyat untuk memenuhi tabung mereka. Bantahan terhadap pemerintahan Najib, selain daripada mempersoalkan polisi dan salahguna kuasa mereka, harus dilanjutkan ke arah mempertikaikan model ekonomi anarki ini yang mengoncang dunia dan menolak jutaan rakyat marhaen ke jurang kemiskinan. ##


Mac-Apr 2015

ANTARABANGSA

13

SYRIZA menang pilihanraya Kapitalis Eropah panik Parti politik kiri di Greece, Gabungan Kiri Radikal (SYRIZA) yang dipimpin oleh Alexis Tsipras berjaya meraih kemenangan yang bersejarah untuk golongan kiri dalam pilihanraya umum di negera tersebut pada 25 Januari yang lalu. Kemenangan SYRIZA telah menggegarkan benua Eropah, di mana sebuah parti politik berhaluan kiri yang membawa program membantah pengurangan perbelanjaan awam (anti-austerity) telah menang di negara yang dilanda krisis ekonomi yang mendalam. Pilihanraya awal diadakan di Greece selepas parlimen Greece dibubarkan kerana gagal memilih Presiden barunya pada 29 Disember yang lalu. Kerajaan campuran yang dibentuk antara parti berhaluan kanan, New Democracy dengan parti demokrat sosial, PASOK, yang meneruskan agenda mengurangkan perbelanjaan awam seperti yang diarahkan oleh Troika (IMF, Suruhanjaya Eropah dan Bank Pusat Eropah) untuk menangani masalah hutang negara yang amat serius itu, memang tidak mendapat sokongan lagi daripada rakyat biasa Greece. SYRIZA telah berjaya meraih sebanyak 36.4% undi popular dalam pilihanraya dan memenangi 149 daripada 300 kerusi di Parlimen, menjadikannya parti terbesar dalam parlimen. SYRIZA ditubuhkan pada tahun 2004, pada awalnya sebagai sebuah gabungan longgar antara golongan kiri yang terdiri daripada pelbagai aliran, termasuklah demokrat sosial, komunis Eropah, ekologis, Maois, Trotskyis dan sebagainya. SYRIZA hanya menang 6 kerusi pada tahun ia ditubuhkan. Selepas hampir 11 tahun, kerusi SYRIZA di parlimen telah bertambah lebih 24 kali ganda! Dalam pilihanraya umum pada Oktober 2009, iaitu pada masa tercetusnya krisis ekonomi di Greece, SYRIZA hanya memenangi 13 kerusi dengan peratusan undi sebanyak 4.60%, menduduki tangga kelima dari segi bilangan kerusi dalam parlimen. Dalam jangka masa 5 tahun sahaja, jumlah kerusi SYRIZA telah bertambah 10 kali ganda dan muncul sebagai parti yang terbesar dalam parlimen. Ini merupakan hasil daripada usaha aktivis parti SYRIZA berkempen bersungguh-sungguh dalam membantah dasar kerajaan prokapitalis yang menindas rakyat.

Program Thessaloniki SYRIZA telah mengemukakan Program Thessaloniki sebagai manifesto pilihanraya parti tersebut pada September 2014, dengan menggariskan siri dasar yang membuang dasar pengurangan perbelanjaan awam yang sedia ada untuk menangani masalah rakyat biasa di Greece. 4 tunjang dalam Program Thessaloniki adalah: 1. Menyelesaikan krisis kemanusiaan yang sedang melanda Greece 2. Membangunkan semula ekonomi dan mewujudkan keadilan cukai 3. Memulihkan peluang pekerjaan 4. Menukar sistem politik yang sedia ada dan memperdalamkan demokrasi Tsipras juga mengatakan bahawa kerajaan Greece perlu sebanyak 13.5 bilion euro untuk melaksanakan Program Thessaloniki, di mana 2 bilion euro untuk menangani krisis kemanusiaan, 6.5 bilion euro untuk membantu pembangunan semula ekonomi dan 5 bilion euro untuk pelaburan dalam memulihkan peluang pekerjaan. Cadangan untuk meningkatkan gaji minimum, membantah penswastaan dan menyediakan perkhidmatan awam untuk rakyat yang terjejas oleh krisis ekonomi, telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat biasa sehingga banyak undi telah diberikan kepada SYRIZA.

Greece masih dijajah hutang Namun, sekadar kemenangan dalam pilihanraya belum cukup lagi. Kemenangan SYRIZA hanya permulaan untuk fasa baru dalam perjuangan rakyat Greece menentang kekuasaan kapitalis yang menjajah negara tersebut dengan hutang. Oleh sebab SYRIZA tidak memperoleh lebih separuh kerusi dalam parlimen, ia telah membentuk satu kerajaan campuran yang “antiausterity� bersama dengan sebuah parti berhaluan kanan, ANEL. Negara Greece yang sekarang ini dalam tangan SYRIZA adalah sebuah negara yang telah dihancurkan oleh krisis ekonomi yang berlarutan dan menjadi jajahan hutang yang dikuasai oleh Troika. Cabaran kerajaan baru SYRIZA adalah bagaimana menghadapi Troika yang amat agresif untuk memaksa Greece tunduk pada segala kehendak pemiutangnya. Hutang negara Greece pada takat ini telah mencecah 175% daripada KDNKnya. Sejak tahun 2010 selepas Greece dilanda krisis hutang, Troika

telah masuk campur dalam pengurusan ekonomi negara tersebut dengan memberikan pinjaman wang kepada kerajaan Greece untuk menyelamatkan ekonomi kapitalis yang bermasalah di situ. Namun, 92% daripada pinjaman yang disalurkan kepada Greece telah mengalir ke dalam poket institusi kewangan Greece dan Eropah yang tamakkan keuntungan semata-mata, manakala hanya 8% daripada “bantuan kewangan� sampai kepada rakyat Greece. Rakyat biasa Greece masih terus dibelenggu dengan masalah pengangguran yang tinggi, kebajikan sosial dihakis, dan kemiskinan yang berlarutan. Dalam usaha mendapatkan ruangan bernafas untuk sementara, perwakilan Greece yang diketuai oleh Menteri Kewangan barunya, Yanis Varoufakis, telah mencapai persetujuan sementara dengan Kesatuan Eropah, supaya jangka masa pinjaman sebanyak 240 bilion euro dilanjutkan untuk 4 bulan lagi. Kerajaan Greece telah mengemukakan cadangan kepada Kesatuan Eropah pada 23 Februari yang lalu sebagai memenuhi syarat untuk perlanjutan pinjaman, antaranya: - Membanteras pengelakan cukai oleh golongan kaya. - Menangani masalah rasuah. - Tidak akan membatalkan penswastaan yang telah dilaksanakan, tetapi akan kaji semula semua projek penswastaan yang belum dilaksana. - Memperkenalkan rundingan kolektif, meningkatkan gaji minimum secara beransuransur. - Memberikan jaminan perumahan dan perubatan percuma kepada para penganggur yang tiada insurans, demi menyelesaikan krisis kemanusiaan, tetap pada masa yang sama tidak menambahkan perbelanjaan awam. - Merombak semula gaji sektor awam demi mengelakkan pengurangan gaji.

-

-

Memperkukuhkan pengurusan wang pencen dan menghapuskan insentif kepada persaraan awal, untuk menambahkan simpanan pencen. Mengurangkan kementerian daripada 16 kepada 10, mengurangkan keistimewaan yang dinikmati oleh penasihat dan pegawai tinggi kerajaan.

Cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan Greece bagi memperoleh ruang masa untuk melakukan program transformasi sosial ini memang telah banyak berkompromi, dengan program seperti meningkatkan gaji minimum dan membantah penswastaan telah diketepikan untuk seketika. Ini berkemungkinan akan menghampakan ramai penyokong SYRIZA.

Hanya perubahan radikal boleh selamatkan Greece Memang tiada kuasa ajaib untuk SYRIZA yang baru memerintah Greece ini untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang mendalam, lebih-lebih lagi tekanan luar daripada kuasa-kuasa besar juga amat hebat. Cabaran untuk SYRIZA adalah bagaimana menggunakan ruang bernafas yang sedikit untuk memobilisasi rakyat untuk satu perubahan yang radikal, iaitu berputus dengan sistem kapitalis yang sedia ada untuk membina satu alternatif baru. Kegagalan mewujudkan alternatif akan memberi peluang kepada puak berhaluan kanan lampau yang memainkan sentimen xenophobia dan rasisme untuk berkembang. SYRIZA dan rakyat Greece sedang berada di barisan hadapan dalam perjuangan menentang sistem kapitalis, sama ada berjaya atau gagal pastinya akan memberi impak kepada gerakan perjuangan rakyat di seluruh dunia. Kita perlu bersolidariti dengan rakyat Greece! ##


SENI

14

Mac-Apr 2015

Belek #2 - Lebih Tendangan oleh Shazni Bhai “Tendang� yang tertulis pada muka hadapan terbitan “Belek�, bukannya bermakna ini adalah sebuah majalah bolasepak. Belek ialah zine yang dihasilkan bersama oleh pengkarya muda seperti SB (Si Spasial Branch), Rumah Bayang, Ingkar Nation, Sesak, Mie Mie Alias, Ocha, Tanah Kubur, Meriam Buluh Lempem, RajaOtek, DYMM, Butan, dan Faisal Ahmad. Bagi yang tidak pernah dengar mengenainya, zine ialah majalah yang diterbitkan sendiri. Kadar pengedaran zine tidaklah sebesar majalah-majalah di pasaran di mana motif utama penghasilan sesebuah zine bukanlah untuk keuntungan. Oleh itu, memang mustahil untuk mendapati iklan barangan kecantikan atau berjenama terpampang dalamnya. Ia popular di kalangan pengikut muzik bawah tanah khusunya punk yang berpegang kepada etika 'bikin sendiri' (D.I.Y). Penulisan dalam zine datang daripada berbagai format, antaranya teks dari komputer, format komik, teks tulisan tangan, dan salinan pertama, yang akan difotokopi untuk edaran. Sebagai hasilan DIY, ia bersifat amatur tetapi selalunya bebas.

Sebelum internet menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, khususnya pada era 1990-an, zine telah menjadi satu saluran yang berfungsi sebagai blog, untuk mengkritik, sebagai jaringan sosial, untuk bertukar-tukar produk DIY, juga bagi mendapatkan maklumat senario muzik bawah tanah tempatan atau antarabangsa. Tetapi Belek sebagai zine, bukanlah dihasilkan berkisarkan mana-mana genre muzik. Ia sarat dengan hasil tulisan yang antaranya menyentuh isu azam tahun baru, buang bayi, mangsa tembakan polis, perjuangan melawan AUKU, mahasiswa, nuklear, sejarah Borneo yang

digelapkan, hooligan dan fasis bolasepak, banjir, babi, yang semuanya diluahkan daripada buah fikiran penulis dengan jujur dan terus. Ada antaranya yang bersifat kritis terhadap halatuju hidup, universiti, rumah mampu belek, pembodohan agama, juga diselitkan puisi penghormatan buat Usman Awang, puisi oleh Omar Victor, dan satira dalam bentuk komik.

Tanggal 20 Februari 1967 menyaksikan lahirnya seorang insan. Dia telah menjadi salah satu perlambangan dan suara bagi generasi X. Namun, Kurt Donald Cobain telah pergi meninggalkan segalanya pada usia yang muda iaitu setelah 27 tahun bergelumang dalam hidup yang penuh dengan salah faham pada April 1994. Kurt telah dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala dari senjata api yang ditemui dalam tangannya sendiri. Kematiannya yang diklasifikasikan sebagai bunuh diri turut dikaitkan dengan isterinya yang kontroversial iaitu Courtney Love. Kedua-dua perkara ini telah sedikit sebanyak mengaburi sifatsifat politikal dan pembudayaan

sebuah kugiran yang telah dimulakan oleh Kurt bersama Krist Novoselic – Nirvana. Kurt Cobain, Krist Novoselic, dan Dave Grohl. Mereka ini bukanlah sekadar kugiran bunyi bingit yang hilang kewarasan di atas pentas dan penuh dengan aksi-aksi pemusnah. Meski kematian Kurt telah dimanipulasikan oleh media arus perdana untuk mengaburi kenyataan bahawa mereka ini ialah sekumpulan generasi X yang memberontak. Peluang bernaung di bawah korporat industri muzik telah digunakan oleh Nirvana untuk menyebarkan karya mereka kepada lebih ramai anak muda, khususnya di pekan-pekan kecil. Mereka telah menjadi salah satu pintu untuk ramai orang muda ke arah budaya alternatif. Mereka

Walaupun ada antara penerbit zine yang sudah beralih kepada terbitan dalam internet, namun zine yang dicetak akan terus hidup selagi sikap bikin sendiri tidak mati. ##

Memang menjadi sifat asas bagi mana-mana zine, Belek dibikin dengan hanya taip, tulis, tampal, dan fotostat, yang selari dengan prinsip. Walau tidak sepadan untuk dibandingkan dengan majalah di pasaran arus juga tidak mensia-siakan pentas arus perdana yang diberikan dengan memperlekehkan korporat-korporat media dan industri. Tindakan mereka yang bekerjasama dengan korporat telah bercanggah dengan prinsip asas komuniti punk justeru telah menjadikan Nirvana sebagai bahan kritikan.

oleh Shazni Bhai

perdana (yang penuh dengan gambar wanita, kereta, dan produk konsumerisme), namun kualitinya kemas dan mudah tetapi padat. Dengan harga RM16 sahaja (termasuk kos untuk kiriman), kalian boleh dapatkan Belek isu #1 dan #2 dan baca sendiri. Atau jika kalian masih mahukan bahan bacaan yang menceritakan kisah selebriti dengan gambar wanita yang cuba untuk memutihkan kulit atau kereta yang sama harganya dengan sebuah rumah, kalian boleh bikin majalah sendiri.

Mungkin Punk generasi dari dekad sebelumnya amat lantang dan keras dalam menyuarakan kritikan sosiopolitik dalam karya mereka. Tetapi Nirvana berbeza. Mereka juga tidak terlibat secara langsung dalam aktivisme. Namun pandangan mengenai beberapa permasalahan seperti perkauman, homofobia, diskriminasi warna kulit, rogol dan seksisme, tetap menjadi intipati semangat mereka. Mereka pernah turut serta dalam persembahan menentang diskriminasi ke atas golongan LGBTQ dan juga persembahan solidariti untuk mangsa rogol perang Bosnia. Nirvana juga telah mengajar generasi 90-an betapa penting untuk menjadi jujur dalam menjadi diri sendiri. Di era yang mana stigma HIV/AIDS merebak lebih parah daripada penyakit itu sendiri, masyarakat yang terperangkap dengan sistem pastinya menuding jari. Justeru merebak jualah persepsi negatif terhadap wanita dan golongan homoseksual. Dalam isu rogol, Kurt sendiri merasakan penyelesaian yang disuarakan oleh kebanyakkan orang ramai yang menyuruh agar wanita untuk mempertahankan diri mereka itu suatu kemunafikan. Dia

pernah mencadangkan bahawa apa yang perlu dilakukan ialah sebaliknya iaitu lelaki harus diajar untuk tidak merogol. Kurt percaya di situlah punca permasalahan. Keprihatinan Nirvana dalam isu rogol ditonjolkan ketika mereka pernah membuat persembahan di sebuah konsert amal untuk mengutip dana bagi menuntut siasatan dan keadilan ke atas kematian mangsa rogol dan bunuh Mia Zapata. Sifat kemanusiaan mereka ini pernah diakui sendiri oleh Bob Dylan. Walaupun dari luaran mereka ini tampak seperti sekumpulan pemuda yang rosak dan lali dengan dadah, namun mereka lebih manusia berbanding dengan penguasa. Mereka ialah hasil tindak balas daripada perkembangan sosiopolitik dekad 80-an, era pasca Reagan di Amerika Syarikat. Dipulaukan, menjadi mangsa buli, dilabel sebagai homoseks, dicemuh, dan dipukul. Kesemua pengalaman zaman kecil ini telah mendewasakan Kurt menjadi seseorang yang sedar akan kepedihan ditindas. Kurt telah menjadikan grafiti dan muzik sebagai pengubat luka dari tragedi perceraian ibu bapanya. Kini tiada lagi Nirvana. Kurt telah pergi meninggalkan kita. Generasi Y dan yang seterusnya harus mengambil kisah mereka menjadi suatu pengajaran dan terus berjuang dalam hidup. Walau apa pun, Kurt masih dalam golongan kiri kerana dia seorang yang kidal. Kurt Donald Cobain, damailah kau di sana. ##


Mac-Apr 2015

IDEOLOGI

15

“Satu kapitalis bunuh ramai!”

Ini adalah bahagian ke-7 di bawah topik Materialisme Sejarah (teori saintifik mengenai sejarah perkembangan manusia). Topik kali ini fokus pada Kapitalisme (Bahagian 2).

Pasaran Dunia Kapitalis Seperti yang kita sedang saksikan, walaupun kapitalis membawa kesengsaraan kepada rakyat, namun ia adalah satu sistem yang dinamik. Tujuan dan nadinya adalah mengejar keuntungan, atau nilai tambahan. Yakni, kapitalisme perindustrian bekerja kuat untuk menawan dunia. Peniaga-peniaga membawa modal mereka ke negara-negara lain; kapitalisme perindustrian membina empayar-empayar dan membanjirinya dengan barangan perkilangan yang murah. Barangan-barangan ini nyata telah menghancurkan bidang kraftangan yang wujud secara sepadu dengan pertanian di kawasan perkampungan. Masyarakat berpecah-belah. Tambahan pula, bidang pertanian semakin lama semakin tertumpu kepada tanaman jualan mengikut keperluan pasaran. Proses ini mencapai peringkat tertinggi dalam perkembagan kapitalisme, iaitu fasa imperialisme. Upamanya, selepas pemberontakan di India yang bermula pada tahun 1857, pemerintah British sedar akan kepentingan membina rangkaian keretapi, untuk pergerakan pasukanpasukan tentera agar rakyat sentiasa dihempap. Ini menandakan permulaan fasa imperialis eksploitasi di India. Modal @ kapital yang dieksport, bukannya barangan. Ia menjadi ciri utama fasa imperialis.

Imperialisme Perkembangan ini adalah hasil daripada perkembangan monopoli kapitalis di negara-negara metropolitan. Pasaran dalam negara menjadi terlalu kecil untuk monopoli gergasi kerana mereka “menelan” pesaing mereka yang lebih lemah dan mengembangkan sektor pembuatan ke tahap yang baru. Mereka mencari kawasan baru yang boleh membawa keuntungan kepada pelaburan mereka. Dalam kes negara India, proses ini berjalan lancar di penghujung kurun

ke-19, apabila modal dieksport dari Britain untuk membina industri tekstil moden yang menjadi hak milik British. “Satu kapitalis membunuh ramai”,begitulah ditulis Karl Marx. Kapitalisme, bukan sahaja menghancurkan pengeluarpengeluar kecil, tapi juga memufliskan “saudara-saudara” mereka sendiri sehingga mereka hilang segala harta. Ini adalah proses 2 hala, (i) progresif dalam objektif ekonominya dengan menimbun sumber-sumber produktif yang mungkin berfaedah untuk manusia, (ii) tumpuan kuasa besar di tangan segelintir kecil hartawan yang kaya raya. Pada akhir abad ke-19, kita lihat pembangunan monopoli keluar dari persaingan itu sendiri. Sistem perbankan, mengikut Marx, “meletakkan semua modal yang ada, termasuk potensi gunatenaga, untuk kegunaan pihak kapitalis industri dan komersial, di mana kedua-dua peminjam mahupun pengguna modal bukan merupakan pemilik sebenar. Ia sekali gus menghapuskan ciri-ciri modal dan dengan itu mempunyai keupayaan, mansuhkan modal itu sendiri.”

Kapitalisme sering memerlukan suntikan modal agar mereka sentiasa boleh mendapat keuntungan. Apabila suatu stok komoditi sudah dikeluarkan, seorang kapitalis tunggal perlu tunggu sehingga semuanya habis dijual agar dia mendapat kembali duit untuk menyambung semula produksi; ataupun dia kena simpan stok duit-modal yang dia ada untuk suatu jangka masa lama sebagai simpanan untuk pelaburan pada masa yang diperlukan; dia perlu terus membayar duit kepada suatu tabung untuk memperbahurui stok modal kekalnya. Pada realitinya, satu strata kapitalis, tidak sudi untuk melabur terus ke dalam sektor pengeluaran, tapi agak bersedia untuk meminjam duit mereka agar mereka boleh dapat keuntungan (nilai tambahan). Oleh itu, ada kecenderungan untuk bersaing dalam menjana simpanan wang modal yang tidak digunakan. Simpanan-simpanan ini dikumpulkan di dalam tangan segelintir orang kaya – penumpuan modal kewangan. Modal kewangan pada mulanya menyediakan rangsangan kepada sistem kapitalis dengan mengumpul dan menggoyahkan wang modal ke dalam sektor pengeluaran. Ia berbuat demikian, sudah tentu untuk menggaut penambahan daripada nilai lebihan tersebut untuk dirinya sendiri. Seperti yang dikatakan oleh Marx, modal

kewangan juga menumpukan kuasa ekonomi yang begitu besar di tangannya, dan secara efektif menggabungkan kapitalis individu yang terlibat dalam pengeluaran dan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat melalui peruntukan dan pengeluaran kredit. Imperialisme adalah zaman di mana modal kewangan bersatu dengan modal monopoli yang sama-sama terlibat dalam sektor pengeluaran. Di bawah imperialisme, persaingan antara kapitalis di dalam sesebuah negara itu sendiri masih belum selesai, namun konflik telah melimpah ke arena antarabangsa. Monopoli-monopoli besar dan bankbank mengeksport modal, bukan komoditi sahaja. Perang Dunia pertama mengingatkan kita bahwa kapitalisme, seperti mana bentuk masyarakat kelas sebelum ini, tidak lagi progresif. Ia tidak lagi membawa pengeluaran (produksi) ke arah kemajuan, sebaliknya mengundang pemusnahan besar-besaran dan pembunuhan beramai-ramai. Namun, suatu masyarakat baru sedang berkembang dari dalaman sistem yang ada sekarang. Kelas pekerja tidak sama dengan kelas yang ditindas sebelum ini dalam sejarah. Kita telah melihat bagaimana perjuangan kelas 3 penjuru di dalam masyarakat hamba-abdi telah menghancurkan musuh mereka. Kita telah melihat bagaimana petani-petani di zaman feudal, beratus-ratus tahun gagal membentuk suatu alternatif revolusioner yang sejajar dengan sistem yang menindas mereka. (Di terjemahkan dari artikel tulisan Mick Brooks oleh Letchimi. Akan bersambung.)


16

KHAS

Mac-Apr 2015

Institusi awam bukan alat UMNO-BN Pada 10 Februari yang lalu, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia kalah dalam rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan dan terus dipenjarakan untuk selama 5 tahun. Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan dengan begitu cepat sekali walaupun pada masa itu, hukuman belum diumumkan lagi. Kenyataan JPM memberi alasan bahawa keputusan itu adalah selaras dengan sistem kehakiman di negara kita dan Anwar telah diberi peluang sepenuhnya untuk membela diri. Kenyataan JPM juga dengan nyata mengatakan bahawa tindakan terhadap Anwar diambil oleh individu dan bukan kerajaan. Yang melucukan adalah Anwar yang didapati bersalah tetapi Jabatan Perdana Menteri yang membuat pembelaan bahawa mereka bukan bersalah dan tidak ada kaitan dengan keputusan mahkamah. Namun keputusan tersebut dikutuk oleh hampir kesemua pemerhati antarabangsa yang hadir di mahkamah, badan-badan hak asasi manusia yang terkemuka di dunia, semua saluran media utama dunia seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera. Negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan negara di Eropah juga mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah. Ramai orang pula menggunakan facebook, twitter dan pelbagai media sosial untuk mengutuk penghakiman tersebut yang dilihat sebagai berat sebelah, tidak masuk akal dan berniat jahat. Pelbagai cara digunakan untuk meluahkan perasaan mereka. Sehari selepas itu, pada 11 Februari yang lalu, setelah melihat kepada sentimen rakyat menentang keputusan ini begitu tinggi, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abdul Bakar membuat ugutan dalam saluran twitternya dengan amaran bahawa mereka yang mengutuk keputusan mahkamah akan ditahan di bawah Akta Hasutan. Antara pihak yang didakwanya bahawa akan disiasat adalah S.Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Fariz Musa dari Jingga 13 dan Dr Afif Bahardin (Ahli Exco Kerajaan Pulau Pinang). Semua pandangan yang diluahkan di laman web adalah pandangan majoriti dan pandangan arus perdana, tetapi tindakan KPN bertindak begitu pantas untuk melenyapkan suara-suara tentangan, sambil menyekat hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara. Mengapa KPN begitu tersinggung walaupun sudah tentu dalam manamana keputusan politik sebegini, memang ada orang yang akan mengutuk dan ada yang akan menyokong? Mengapa KPN harus bersuara dengan begitu lantang dan bertindak dengan begitu cepat untuk melenyapkan suara-suara bantahan? Mengapa seorang KPN yang

memikul pelbagai tugas begitu ghairah untuk melayari media sosial dan laman facebook orang lain, hanya dengan niat untuk melenyapkan hak bersuara? Sebagai seorang Ketua Polis, beliau mempunyai pelbagai tugasan yang jauh lebih utama. Jawapan untuk persoalan ini adalah senang sahaja. Hanya satu jawapan yang rasional, iaitu beliau dilantik untuk memastikan kekuasaan mereka yang melantiknya tidak tergugat.

berjumlah begitu besar untuk mengawal perhimpunan awam dan pada masa yang sama tidak menunjukkan komitmen yang serupa dalam memerangi jenayah. Ramai anggota polis bawahan juga terpaksa mengikut pelbagai arahan walaupun ia tidak berlandaskan undangundang. Dulu pernah keluar arahan menahan mereka yang memakai baju kuning atau berbaju hitam walaupun tidak ada sebarang undangundang yang melarang rakyat berpakaian warna tersebut. Hari ini, salah satu daripada tuntutan rakyat dan banyak kumpulan hak asasi manusia termasuk SUHAKAM, yang penting dan masih tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan memerintah adalah pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), iaitu satu badan bebas dan berkecuali yang boleh menyiasat polis yang menyalahguna kuasa atau melakukan jenayah. IPCMC mendapat tentangan yang begitu dahsyat daripada PDRM sehingga kerajaan UMNO-BN juga tidak mempunyai kewibawaan politik untuk melaksanakannya. Sebenarnya kerajaan memerintah susah untuk bertentangan arus dengan polis, padahal polis telah menjaga kepentingan mereka. Nampaknya persubahatan sebegini menyebabkan satu undang-undang popular dan berpihak pada rakyat tidak dapat dilaksanakan.

Untuk pengetahuan umum, jawatan KPN dan Timbalan Ketua Polis Negara adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri. Kedua-dua jawatan tertinggi dalam polis ini tidak dilantik oleh pasukan polis sendiri ataupun dipilih melalui satu proses demokrasi yang telus dan terbuka. Justeru perlantikan Ketua Polis Negara dan Timbalannya adalah perlantikan politik. Oleh yang demikian, KPN begitu sensitif dan berasa tersinggung atau tergugat apabila PSM dan banyak pihak lain mengatakan bahawa keputusan mahkamah ini adalah satu keputusan politik. Keadaan sistem kehakiman negara kita tidak banyak berbeza dengan situasi perlantikan jawatan Ketua Polis Negara. Keduaduanya tidak bebas walaupun ada banyak cadangan yang telah dibuat sebelum ini untuk memastikan institusi kehakiman kita bebas dan melalui satu pemilihan yang telus dan boleh diterima umum. Baru-baru ini, adanya laporan akhbar yang sekali lagi mengungkitkan bagaimana Hakim Hishamuddin Yunus tidak dinaikkan pangkatnya ke Mahkamah Persekutuan walaupun beliau memang mempunyai kelayakan dan kedudukan yang diperlukan. Jawapannya juga adalah senang, kerana beliau telah memberikan banyak penghakiman yang dilihat sebagai adil, berprinsip dan terbaik.

Namun, jika diteliti, IPCMC bukannya satu cadangan yang dibawa oleh parti pembangkang atau NGO yang anti-kerajaan. Ia dicadangkan oleh satu Suruhanjaya Diraja yang dibentuk semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Turut berada dalam suruhanjaya ini adalah bekas Ketua Polis Negara dan juga beberapa orang hakim kanan yang telah bersara. Mereka telah mengemukakan 125 cadangan untuk menambahbaikkan PDRM. 80% daripada cadangan mereka telah dilaksanakan, iaitu dari segi meningkatkan struktur gaji polis dan menambahbaikkan infrastruktur untuk polis. Tetapi tuntutan yang paling utama, iaitu satu suruhanjaya bebas dan berkecuali untuk menyiasat salahlaku pihak polis, IPCMC, tidak mahu dilaksanakan.

Jika kita memahami bahawa perlantikan jawatan tertinggi polis itu adalah perlantikan politik, maka banyak perkara lain dapat kita fahami, seperti siasatan dan penahanan Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1.0 dan 2.0. Kita juga dapat faham mengapa KPN begitu cepat meremehkan pandangan Sirul walaupun beliau belum lagi membuka mulut. Dalam suasana yang sama, kita juga boleh faham mengapa kadang-kadang polis menggunakan anggotanya yang

Tuntutan penting sebegini tidak akan dilaksanakan selagi UMNO-BN berkuasa. UMNO-BN tidak berani melakukan perubahan ini, kerana satu institusi polis yang bebas dan berkecuali mungkin tidak memberikan kelebihan kepada mereka untuk terus berkuasa. Bekas KPN, Musa Hassan, juga telah menyatakan bahawa memang ada campurtangan pihak kerajaan dalam urusan polis, tetapi malangnya beliau tidak pernah menyuarakan pandangan tersebut secara terbuka

semasa beliau masih memegang jawatan KPN.

Mengapa KPN berpihak pada UMNO-BN? Dalam suasana negara kita digugat dengan masalah jenayah yang tinggi, isu seperti permintaan untuk kawasan perumahan berpagar (guarded community) menjadi isu penting, tetapi KPN nampaknya telah membuka satu bahagian baru dalam PDRM, iaitu D5, untuk menyiasat isu-isu berkenaan dengan hasutan. Malaysia mungkin negara yang paling banyak menyiasat kes hasutan kerana di negara lain undang-undang hasutan amat jarang digunakan, dan jika digunakan pun, penggunaannya amat terhad. Penahanan kartunis Zunar dan penahanan Arul pada masa cuti perayaan Tahun Baru Cina, menggambarkan bahawa polis berniat jahat. Ramai polis bawahan di Balai Polis Dang Wangi menyatakan bahawa mereka juga bosan dengan cara mereka dipergunakan oleh pihak atasan untuk membuat tangkapan yang dianggap sebagai penahanan terpilih dan membuang masa mereka. Dengan adanya bahagian baru D5, maka dijangka lebih ramai orang akan ditahan di bawah Akta Hasutan. Adakah tindakan polis menggunakan akta zalim ini secara berleluasa akan melenyapkan tentangan terhadap UMNO-BN, atau ia akan membantu menyemarakkan lagi tentangan terhadap rejim zalim? Perjuangan menentang UMNO-BN dan kezaliman polis hanya akan berhenti apabila sistem yang ada sekarang dapat dikuburkan dan digantikan dengan satu sistem baru. Pemecatan KPN mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah. Hanya apabila sistem pentadbiran polis dan mahkamah berada di bawah kuasa rakyat sahaja, barulah keadilan dan kemakmuran sejati dapat dirasai. Di negara-negara di mana institusi-institusi awam ini dapat diselamatkan, ia hanya berlaku dengan satu gerakan rakyat menukar sistem yang korup dan lapuk. Di Malaysia, kita juga harus menuju ke arah itu demi masa hadapan generasi akan datang. ##


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.