Sosialis (Nov Dis 2013)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Nov-Dis 2013

Harga Solidariti RM2-00

GST 6% Perang Ke Atas Rakyat Miskin

Kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Ini merupakan usaha terbaru kerajaan BN untuk menggasak rakyat miskin demi menyelamatkan keuntungan golongan korporat. Pengumuman pelaksanaan GST bagaikan semboyan perang BN ke atas rakyat miskin. Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah membuat pengumuman tersebut semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 25 Oktober yang lalu. Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan tersebut, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak 1% hingga 3%, di mana kadar cukai untuk mereka yang terkaya di Malaysia akan dikurangkan daripada 26% ke 25%. Cukai syarikat juga dikurangkan, di mana cukai untuk syarikat besar turun daripada 25% ke 24%. Namun, kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini akan dipaksa untuk membayar cukai GST setiap kali membelanjakan wang dalam pembelian barangan. Ini jelas bahawa falsafah di sebalik Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Najib Razak baru-baru ini adalah mengalihkan beban cukai daripada golongan yang kaya kepada rakyat miskin. Kerajaan BN telah memainkan peranannya sebagai “Robin Hood� songsang, iaitu merompak daripada rakyat miskin untuk mengkayakan mereka yang kaya. Walaupun kerajaan akan meningkatkan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ke RM 650, tetapi ini hanyalah sedekah yang diberikan selepas rakyat dirompak secara habis-habisan. BR1M hanya diberikan setahun sekali, tetapi rakyat biasa perlu bayar GST tiap-tiap hari. Memang sedekah semacam ini tidak akan selesaikan masalah rakyat miskin menjadi lebih miskin dan jurang pendapatan semakin melebar. Kerajaan BN tergesa-gesa untuk melaksanakan GST kerana ia memerlukan wang yang lebih untuk terus membolehkan kroni mengaut keuntungan yang lumayan di samping melicinkan proses pengurangan cukai untuk golongan korporat. Pembaziran wang negara sewenangwenangnya oleh golongan pemerintah telah membawa hutang yang besar kepada negara kita, dan sekarang kerajaan BN pula memaksa rakyat biasa membayar hutang untuk mereka.

Kerajaan BN telah cuba memperkenalkan cukai GST sejak tahun 2005, apabila Perdana Menteri pada masa itu, Abdullah Badawi mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan pada 1 Januari 2007 semasa pembentangan Bajet 2006. Disebabkan penentangan hebat daripada masyarakat dan juga kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan BN kehilangan undi semasa pilihanraya, maka pelaksanaan GST ini telah ditundakan. Rang undang-undang GST cuba dibawa sekali lagi apabila Najib jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, tetapi ditundakan sekali lagi kerana bimbang tentang pengaruh GST ke atas keputusan pilihanraya. Sekarang ini, selepas dua pilihanraya, walaupun BN hanya dapat kekalkan kuasa pentadbirannya dengan hanya 47% undi, tetapi ia terdesak sekali lagi untuk memperkenalkan GST demi menyelamatkan krisis hutang yang terjadi akibat daripada penyelewengan yang berleluasa. Dengan pelaksanaan cukai GST pada kadar 6%, katakan sebuah keluarga berpendapatan rendah yang perlu membelanjakan RM 2000 sebulan, keluarga tersebut terpaksa bayar sebanyak RM 120 untuk cukai GST setiap bulan, menjadikan setiap tahun keluarga ini perlu bayar sebanyak RM 1440. Sememangnya BR1M sebanyak RM 650 pun tidak mencukupi untuk mengurangkan beban kehidupan yang semakin berat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala mengatakan bahawa GST boleh mengawal pengaliran wang haram keluar dari negara kita. Negara Malaysia merupakan Negara nombor 3 di dunia dalam pengaliran keluar wang modal secara haram. Kalau kita rujuk pada negara Greece yang terjerumus dalam krisis hutang sejak tahun 2009, negara tersebut memperkenalkan cukai tambah nilai (VAT) yang sama seperti GST pada tahun 1986, kadar awalnya 16%, ditambah ke 18% pada tahun 2004, dan sekarang ini mencecah 23%. Namun, kegiatan pengaliran wang secara haram tidak dapat disekat walaupun adanya GST. Negara Greece telah kehilangan sebanyak USD 26.1 bilion pada tahun 20032011 akibat daripada pengaliran wang keluar secara haram. Bolehkah menteri kabinet kita memberi jaminan bahawa negara kita tidak akan jadi seperti Greece

Analisa Bajet 2014

EO 6 Dapat RM 200,000

> m/s 4

> m/s 7 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

dengan pelaksanaan GST? Atau apa yang lebih berkemungkinan adalah, rakyat biasa dipaksa untuk membayar kerugian yang disebabkan oleh pengaliran keluar wang secara haram ini melalui pembayaran GST! Mengapakah rakyat biasa dipaksa bayar untuk golongan kaya yang cuba elakkan diri daripada cukai? Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan mengecualikan cukai GST atau menetapkan kadar 0% untuk barangan keperluan asas, tetapi cukai GST akan menyebabkan harga input untuk barangan tersebut turut meningkat sehingga menaikkan harga barangan tersebut. Tambahan pula, memang kerajaan tidak boleh menjamin bahawa tiada peniaga yang tamakkan keuntungan tidak menaikkan harga. Kerajaan juga memansuhkan subsidi untuk gula sebanyak 34 sen, sekaligus menyebabkan kenaikan harga gula secara mendadak. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk mengurangkan pesakit kencing manis. Malah, kenaikan harga barangan asas sebegini, akan melemaskan rakyat biasa sebelum kes kencing manis dapat dikurangkan. Nampaknya kerajaan BN telah melancarkan pusingan terbaru serangan neo-liberal yang memangsakan rakyat miskin untuk menyelamatkan sistem kapitalis yang penuh dengan krisis. Rakyat biasa tidak patutnya bayar untuk krisis yang disebabkan oleh golongan kapitalis. Kita tidak boleh membiarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin melebar akibat daripada dasar-dasar ekonomi neo-liberal sebegini Membantah GST adalah untuk mewujudkan keadilan sosial untuk negara kita. ##

Pengusiran Kg Hakka

> m/s 5

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.