Sosialis (Okt Nov 2013)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Okt-Nov 2013

Harga Solidariti RM2-00

Selamat Datang ISA 2.0

Bye Bye DEMOKRASI Tiada ISA lagi? Malaysia sedang menuju ke demokrasi? Kalau ada sesiapa yang menjawab “Ya” dan beranggapan bahawa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Najib Razak itu sudah berubah corak pentadbirannya, semestinya orang itu masih bermimpi kosong. ISA Menjelma Semula Dalam Bentuk Lain Apabila Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dua tahun yang lepas, mungkin ada orang menganggap bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah berubah dan memang cuba membawa “transformasi”. Namun, semua ini hanyalah ilusi.

Abu Chin Peng ? O N M U t a g u g g dapat men

Roh ISA yang zalim, iaitu penahanan tanpa bicara, telah menjelma semula dalam bentuk lain, iaitu dalam pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah (PCA). Selain itu, Kerajaan BN juga memperkenalkan banyak lagi sekatan dan hukuman berat dalam pindaan barubaru ini, bertujuan untuk mengecutkan lagi ruang demokrasi rakyat. (sambung di m/s 4)

Pemergian seorang insan yang bernama Chin Peng pada 16 September yang lalu telah mencetuskan polemik yang hangat tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Abu Chin Peng pula menjadi buah mulut apabila kerajaan Malaysia bertungkus-lumus untuk menghalang mana-mana pihak yang kononnya ingin membawa masuk abu Chin Peng. Mengapakah kerajaan UMNO-BN begitu takut pada abu Chin Peng? Ada apa yang di sebalik abu Chin Peng itu? (Baca selanjutnya di m/s 8, 9 & 11)

Mengapa perlu tolak GST?

> m/s 5 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

Pengusiran Kg Hakka

> m/s 6-7

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sosialis (Okt Nov 2013) by partisosialis - Issuu