SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
RM1-00
Sep-Okt 2013
Harga Solidariti RM2-00
KEKALKAN KEMERDEKAAN
TOLAK
TPPA
(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PSM bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini, mempertikaikan tindakan Kerajaan yang cuba menggadaikan kemerdekaan negara kita melalui perjanjian perdagangan bebas.) Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan kontradiksi yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana sambil mereka menjunjung tema Hari KeMerdekaan ke 56 iaitu “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!” pada masa yang sama mereka melibatkan diri dalam rundingan perdagangan bebas Trans Pasifik (TPPA) yang merupakan satu cara penjajahan ekonomi era baru oleh Amerika Syarikat . Walaupun rundingan secara sulit ini telah dilaksanakan sejak tahun 2010, tetapi kini desakan dan tuntutan untuk membongkarkan teks rundingan oleh pelbagai pertubuhan bukan Kerajaan dan juga oleh agensi Kerajaan sendiri dapat disaksikan. Apabila lebih banyak maklumat mengenai rundingan sulit ini dibocorkan, maka dengan jelas ianya merupakan suatu agenda pihak kapitalis korporat Amerika yang ingin menjajah negaranegara yang sedang membangun di Asia Pasifik secara ekonomi.
Parti Sosialis Malaysia bersama dengan BANTAH –TPPA sebuah gabungan yang dianggotai oleh 60 organisasi bukan kerajaan dengan jelas telah mengemukakan bantahan terhadap tindakan pihak kerajaan yang terus ingin meneruskan rundingan ini, walaupun pelbagai kajian menunjukkan bahawa perjanjian TPPA ini tidak memanfaatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ianya akan membawa bersama suatu bebanan yang begitu besar dan memudaratkan kemajuan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Kedaulatan Negara akan terjejas apabila pihak syarikat korporat asing yang melabur diberikan kuasa yang melampaui kedaulatan sesebuah negara demokratik. Sistem demokrasi dan perlembagaan sesebuah negara akan diketepikan sama sekali kerana pihak pelabur lah yang akan menjadi maha berkuasa dalam perjanjian ini. ·
Pelabur Kapitalis antarabangsa diberikan hak untuk melabur dinegara kita, tanpa kebenaran
·
·
·
·
awal Kerajaan. Jika kita menolak pernohonannya, maka pelabur boleh menyaman Kerajaan di Mahkamah Antarabangsa. Tangan kerajaan terikat, kerana tidak boleh mengenakan apa jua regulasi, undang-undang yang berkemungkinan menjejaskan keuntungan masa depan pelabur. Walaupun pelabur tersebut didapati melakukan p e n c e m a r a n a l a m s e k i t a r, m e l a l u i p r o d u k pengilangannya ataupun sisa buangannya, Kerajaan tidak boleh menutup kilang tersebut kerana ianya akan merampas 'hak'nya untuk melabur dan memperolehi keuntungan di tanah air kita. Kapitalis pelabur asing terpaksa diberikan kebenaran untuk menyertai segala bentuk sebutharga/tender kontrak pembinaan atau bekalan Kerajaan dan juga GLC Kerajaan. Keutamaan tidak boleh diberikan kepada syarikat kepunyaan rakyat Malaysia. Jika pelabur asing berjaya dalam kes mahkamah terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan gagal membayar pampasan mengikut perintah mahkamah tersebut, maka pelabur ini boleh menguatkuasakan perintah mahkamah ini dengan menyita apajua harta Kerajaan dalam mana-mana negara ketiga yang telah menandatangani New York Convention. Kapal laut yang bersinggah di sesebuah negara ketiga juga boleh disita!
Memang tidak dapat dinafikan, kepentingan korporat yang dibawa oleh perjanjian TPPA ini. PSM kesal dengan Kerajaan Malaysia yang masih terlibat dalam rundingan pusingan ke-19 yang kini sedang berlangsung di Brunei Darulsalam. Seolaholah lobi pihak korporat besar Malaysia begitu kuat untuk melihat Malaysia menandatangani perjanjian ini demi kepentingan mereka, walapun mereka sedar kedaulatan dan kuasa permerintahan negara akan tergugat. Tidak mungkin perjanjian ini berubah wajah untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ianya dideraf oleh seramai 600 orang peguam pihak korporat Amerika sendiri. Walaupun 28 juta rakyat Malaysia dan juga jutaan rakyat Amerika dinafikan akses kepada teks rundingan ini dengan alasan ianya
rahsia, tetapi pihak korporat AS senantiasa melibatkan diri dalam rundingan ini demi menjamin posisi perundingan AS terus menjaga kepentingan mereka. Akhirnya jika Kerajaan Malaysia masih ingin meneruskan rundingan ini, maka Malaysia terpaksa melepaskan kedaulatannya demi memperoleh peningkatan perdagangan yang masih tidak terjamin pada masa hadapan. Justeru itu, Kerajaan Malaysia harus menghentikan rundingan ini dengan segera kerana hak demokratik rakyat Malaysia bukan untuk dijual! PSM membantah pengaruh lobi 1% syarikatsyarikat besar tempatan yang ingin mengorbankan kedaulatan negara demi keuntungan. Ini jelas menunjukkan bahawa, dalam era kapitalisma ini, hak demokrasi rakyat, kedaulatan negara akan terus dipijak dan dihina oleh 1% kapitalis korporat Amerika dan Malaysia ini kerana mereka hanya mempertuhankan duit tanpa apajua kesetiaan kepada negara dan rakyat jelata mereka masingmasing. Ayuh rakyat 99%! Bangkitlah sekiranya anda benar-benar menghayati Hari Kemerdekaan kita!
Taman Permata Dengkil
> m/s 5 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.
Tel: 03-22747791
Mesir > m/s 10
Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/