buletin
PEMBINA persatuan belia islam nasional | isu zulhijjah 1432h
39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja
PEMBINA MARA KE HIMPUN
PEMBINA TELAH MENYATAKAN KOMITMEN SEMENJAK MESYUARAT PERTAMA SEKRETARIAT PENGANJURAN BAGI MENJAYAKAN HIMPUN, DAN TELAH BERTUNGKUS LUMUS DI SEMUA PERINGKAT BAGI MEMPROMOSI, MEMPROPAGANDA DAN MENARIK PENYERTAAN BELIA DAN MAHASISWA KE HIMPUN. OLEH AIZUDDIN KHALID NAIB PRESIDEN 1 PEMBINA
A
lhamdulillah, HIMPUN sudah hampir. Satu gabungan fenomenal dan bersejarah antara pertubuhanpertubuhan Melayu dan Islam di Malaysia bagi menyatakan kesatuan dalam isu mempertahankan aqidah Islam dan menentang gerakan-gerakan memurtadkan umat Islam.
PEMBINA telah menyatakan komitmen semenjak mesyuarat pertama sekretariat penganjuran bagi menjayakan HIMPUN, dan telah bertungkus lumus di semua peringkat bagi mempromosi, mempropaganda dan menarik penyertaan belia dan mahasiswa ke HIMPUN. Bahkan PEMBINA terpaksa menangguhkan satu karnival kekeluargaan yang asalnya dirancangkan pada hari HIMPUN, bagi memberi laluan dan memastikan aktivis PEMBINA menumpu kepada HIMPUN. Dalam sekretariat HIMPUN, PEMBINA telah diamanahkan satu tugasan besar untuk meneraju unit belia dan mahasiswa. Sepanjang kempen HIMPUN, PEMBINA telah bersama NGO-NGO belia lain seperti GAMIS, GPMS dan wakilwakil MPP dari IPT seluruh Malaysia bermesyuarat, merancang, mengeluar kenyataan rasmi bersama, dan bergerak mempromosikan HIMPUN dari peringkat nasional ke negeri ke daerah hingga ke IPT. Usaha dari PEMBINA termasuk menyelenggara promosi HIMPUN di internet, mengedar risalah-risalah, menyusun pertemuan antara persatuanpersatuan belia dan siswa serta bertemu dengan pihak-pihak pentadbiran IPT. Alhamdulillah, PEMBINA sendiri telah berjaya mempersiap dan mengisi lebih 90 biji bas dari seluruh Malaysia untuk mara ke HIMPUN. Kita percaya apabila digabungkan dengan rombongan NGO-NGO lain, sudah tentu akan menggegarkan Stadium Shah Alam. PEMBINA akan turun dengan slogan-slogan dan warna-warna PEMBINA bagi bersatu dengan pelbagai NGO lain untuk menunjukkan kesepakatan gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang bersatu memperjuangkan kesucian Islam dan menentang segala usaha meruntuhkan aqidah umat. Sepanjang kempen HIMPUN, kita telah menyaksikan berbagai cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi, dari kesusahan-kesusahan menyusun gerak kerja kepada pandangan curiga sesetengah pihak. Tidak kurang hebat adalah kritikan-kritikan tentang keperluan dan awlawiyatmenganjurkan HIMPUN serta kesyar’ian penganjurannya. Ada yg menuduh HIMPUN sekadar membuang masa lalu tidak menggalakkan golongan belia untuk turun. Pada kami, dan kami serukan kepada para belia, inilah usaha kita menggemakan suara kerisauan dan kemarahan terhadap gerakangerakan mengancam aqidah Islam. Di sini saya ungkapkan kata-kata Abu Ammar Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, tokoh Ikhwanul Muslimin dari Iraq: “Setiap Muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa
kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya.� Antara cabaran besar lain seperti kritikan dari beberapa
kami di akhirat.
Maka, kepada golongan-golongan skeptik, lapangkanlah dada anda, hentikanlah prasangka, mari kita sama-sama keluar dari kemelut umat yang membelenggu kita dan kita melangkah seiringan untuk menegakkan agama Islam tercinta. Apalah erti kita bersengketa sambil melebarkan senyuman SEPATUTNYA, SATU KES MURTAD PUN SUDAH PATUT golongan penentang MENGGENTARKAN HATI BERIMAN YANG SENSITIF DAN Islam. Usah terpengaruh SAYANGKAN SAUDARANYA. dengan pemikiran politik pihak seperti ahli-ahli politik bahawa isu murtad dan sempit yang cuba memecahbelahkan kita. Kita ketepikan kristianisasi bukanlah ancaman utama kepada umat itu semua dan bersatu demi mempertahankan kesucian Islam, bahkan angka-angka murtad sebenar lebih kecil aqidah kita. dari 250,000 yang digembar-gemburkan. Sepatutnya, satu kes murtad pun sudah patut menggentarkan hati Akhir kata, kepada semua belia Islam, ayuhlah turun ke beriman yang sensitif dan sayangkan saudaranya. Apatah Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini, meramaikan dan lagi dengan pendedahan-pendedahan berterusan bahawa menguatkan lagi gema HIMPUN. Kita buktikan bahawa gerakan memurtadkan umat Islam ini berjalan secara ligat generasi muda amat prihatin kepada aqidah Islam dan dan mempunyai modus operandi yang tersusun. Oleh itu, masa depan agama ini di tanah air kita. kerisauan kita adalah sesuatu yang wajar dan patut diberi Khusus kepada ahli-ahli dan aktivis PEMBINA, saya perhatian oleh seluruh umat Islam di Malaysia. berpesan agar kalian ikhlaskan niat, sempurnakan ikhtiar dan bertawakkal kepada Allah agar HIMPUN yang telah Antara tuduhan yang paling ridiculous adalah bahawa kita sama-sama usahakan ini akan berjalan dengan lancar HIMPUN ini didalangi parti-parti politik tertentu untuk dan mencapai matlamat penganjurannya. mendapatkan political mileage atau untuk menjatuhkan parti lawannya. Kami katakan kepada penuduh itu, Semoga segala amal kita semua diterima Allah SWT. HIMPUN ini adalah anjuran tangan-tangan kami yang lemah ini, hasil titik peluh dan sengkangan mata kami Selamatkan aqidah umat! rakyat marhaen ini, dan ditaja oleh duit poket kami yang tak seberapa ini, tapi kami laburkan agar menjadi saham Akhukum fillah
HUDUD:
BELIA TIDAK HARUS TERLIBAT DALAM PERDEBATAN. BINA JATIDIRI DAN MEKANISME OLEH USTAZ SALMAN ABDUR RAHMAN SETIAUSAHA AGUNG PEMBINA
B
elia Islam di Malaysia digesa agar tidak terpengaruh dan terlibat di dalam perdebatan politik berkaitan isu pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia. Perdebatan ilmiah berkenaan isu berkenaan seharusnya diadakan di dalam lingkungan mereka yang benar-benar berkeahlian, mempunyai pengalaman luas dan pakar dalam menggubal dan melaksana undang-undang di negara kita, ujar Ust Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agung PEMBINA, ketika ditemui wartawan MediaPEMBINA untuk mengulas isu Hudud yang sedang hangat diperkatakan. Beliau juga ketika ditemui berpandangan, golongan belia yang terdiri daripada mahasiswa dan yang telah bekerjaya seharusnya lebih menumpukan usaha dan perbincangan dalam membina jatidiri belia Islam sejati sebagai satu aspek terpenting dalam penguatkuasaan undang-undang itu nanti di masa hadapan. Pelaksanaan undang-undang Hudud di Malaysia nanti memerlukan kepada penggubal, hakim mahkamah syar’ie, peguam syar’ie, agensi penguatkuasa dan agensi pelaksana yang arif berkenaan selok-belok hudud sebagaimana yang bertepatan dengan syara’. “Mahasiswa undang-undang kita di Malaysia yang beragama Islam tidak kira yang di bidang undangundang Syari’ah atau sivil, seharusnya menjadikan masa sekarang sebagai masa yang kritikal untuk mempersiap dan memperlengkapkan mekanisme-mekanisme pelaksanaan undang-undang syari’ah beserta penguatkuasaannya di Malaysia secara menyeluruh. Penggubalan, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Syari’ah termasuk undang-undang hudud memerlukan kepada sumber manusia yang arif tentang Syari’ah dalam kapasiti yang ramai, agar apabila ia dipraktiskan nanti, ia benar-benar dapat mencerminkan keindahan dan manfaat kepada rakyat Malaysia,” ujarnya lagi. “Belia dan mahasiswa Islam seharusnya berhenti berdebat dan berpolemik, sebaliknya gigih membangun jatidiri mereka dan membuat persiapan untuk mendokong pelaksanaan undang-undang Syariah dan Hudud di masa hadapan,” jawab beliau ketika ditanya berkenaan peranan belia Islam dalam isu hudud berkenaan mengakhiri sesi wawancara. Dalam Wacana Sinar Harian bertajuk Hudud : Dilema & Pelaksanaannya, Profesor Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah telah menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang Syariah termasuk undang-undang Hudud menuntut agar umat Islam bersatu dan meninggalkan polemik-polemik yang banyak membuang masa dan tidak produktif.
Bersama Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr dalam ceramah beliau bertajuk “Pengalaman Harakah Islam Dalam Menangani Arus Perubahan”, 17 JULAI 2011, Universiti Kebangsaan Malaysia GAMBAR OLEH : IKRAM BADARUDDIN
GUNAKAN SEGALA KEMUDAHAN MARTABATKAN ISLAM OLEH NORZAFRY NORHALIM PRESIDEN PEMBINA
D
engan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini, belia mestilah menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memartabatkan Islam.
Jelas Norzafry Norhalim sebagai Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), setiap belia berpotensi untuk menggarap setiap prasarana yang ada seperti laman Facebook, Twitter, e-mail, SMS dan sebagainya untuk menyebarkan Islam. Belia juga haruslah kreatif dan inovatif dalam menyampaikan mesej dan keindahan Islam disamping memperkasa pelbagai ilmu serta kemahiran teknologi, tambah beliau lagi dalam pidato di Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN). Dalam pidato beliau yang sarat dengan mesej mengharapkan belia memartabatkan ketua atau pemimpin negara yang menjadikan Islam sebagai agenda utama. Ini adalah penting dalam memastikan survival agama Islam terus dipelihara terutamanya dalam keadaan negara kita yang semakin diancam dengan pelbagai cara dan keadaan. HIMPUN yang dianjurkan oleh Himpunan Pertubuhan-pertubuhan Islam di Stadium Shah Alam, Selangor dihadiri oleh hampir sepuluh ribu umat Islam dari pelbagai latar belakang menuntut segala provokasi dan usaha memurtadkan umat Islam dihentikan dengan segera. Selain itu, HIMPUN juga dianjurkan untuk memberikan kesedaran dan menegaskan bahawa persoalan aqidah perlulah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
POLEMIK KECELARUAN IDENTITI
JANGAN ADA PULA YANG KATA, KITA PERLU IKUT PEREDARAN ZAMAN, ‘SEKARANG BUKAN ERA MERDEKA LAGI, ZAMAN SEMAKIN MAJU, KITA PUN PERLU KE HADAPAN’. OLEH MOHD AZMIR MOHD RAZALI
A
pabila akhbar memetik katakata Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang menyebut 6 juta belia celaru identiti, berbunyilah gendang dan gong di sanasini. Ada yang menyinga, ada pula yang terasa, ada pula yang melenting. Jumlah 6 juta semakin dipolemikkan, dimain-mainkan, disiar-siarkan. Kadang-kadang memang rasa pelik melihat tindak-tanduk masyarakat kita yang suka mempolemikkan sesuatu perkara, akhirnya masalah tersebut tidak selesai sampai ke sudah. Fahamilah, bahawa bukan isu nombor yang perlu kita risaukan, lentingkan, gusarkan. Tetapi hakikat jumlah belia yang celaru identiti itu besar. Bahkan, setiap kali ada pihak yang memberi pandangan, memang tiada yang menafikan bahawa belia kita menghadapi kecelaruan identiti. Baiklah daripada anak-anak orang besar
sehinggalah anak-anak masyarakat marhaein. Celaru di setiap peringkat, di setiap lapisan. Kecelaruan Identiti Apabila disebut oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman tentang kecelaruan identiti, ramai yang bertanya apa yang dimaksudkan dengan kecelaruan identity tersebut? Dalam bahasa mudah, apa yang dimaksudkan ialah mereka bercelaru identiti mereka sebagai seorang Muslim dan adat ketimurannya. Di mana-mana sahaja kita lihat dengan mudah, bahawa anakanak Melayu, Cina, mahupun India, tidak lagi melambangkan bangsa yang mereka wakili. Bukan sekadar pakaian yang menjadi isu (selagi pakaian menutup aurat bagi yang Islam itu masih baik). Bagaimana dengan perlakukan, per-
tuturan dan peribadi? Belia kita terkinja-kinja menjadikan barat sebagai kiblat mereka. Kebanyakan orangorang yang berumur lewat 30, 40, 50 dan 60-an akan akui, belia hari ini tidak seperti belia pada zaman mereka. Belia hari ini sibuk dan lalai dengan hiburan, asyik dengan sosialisasi melampau. Tidak kurang pula pihak-pihak yang mencari untung dengan menjemput artis-artis luar negara membuat persembahan di Malaysia (terbaru: Elton John dan Adam Lambert) yang menggalakkan budaya hedonism terus berkembang dengan galaknya. Budaya seks bebas yang berlaku di kalangan belia masyarakat kita, ini adalah bukti jelas kecelaruan identiti. Sekiranya seseorang itu jelas identitinya, ia akan jelas tentang maruah dirinya, tidak akan sebegitu mudah menjual maruahnya kepada orang
lain dengan harga yang murah. Kes-kes yang pernah didedahkan tidak lama dahulu yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi universiti tempat apakah kita telah lupa? Begitu banyak yang melibatkan anak bangsa kita, bukan sesuatu yang boleh saya lupakan, meskipun saya sendiri hanyalah seorang remaja ketika itu. Facebook dan Twitter? Jangan ada pula yang kata, kita perlu ikut peredaran zaman, ‘sekarang bukan era merdeka lagi, zaman semakin maju, kita pun perlu ke hadapan’. Iya, saya tidak nafikan pentingnya kita untuk terus maju, tetapi adakah sampai perlu mengorbankan identiti sebagai seorang Muslim dan bangsa sendiri? Apa gunanya teknologi semakin maju, kemanusiaan semakin mundur? Akhirnya kita menjadi bangsa alat, dan akan terus diperalatkan sehinggalah kita hilang jatidiri dan juga izzah sebagai Muslim, mahupun manusia! Saya tidak menafikan, Facebook dan Twitter sahaja tidak boleh dijadikan sandaran bagi mengukur sejauh mana belia kita semakin bobrok dengan kecelaruan identiti. Tetapi jangan ada yang menafikan bahawa ia adalah salah satu penyumbang besar kepada kecelaruan identiti. Tanpa kawalan dan saringan, anak-anak boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, dan boleh melihat dan mendapat apa sahaja imej, gambar mahupun video dari segala macam jenis.
kah kita bahawa sebelum mereka melakukan perbuatan membuang bayi ini mereka telah terlebih dahulu melakukan perbuatan zina? Kalau kita berakal, pasti kita akan faham bahawasanya orang yang ada identiti Islam tidak akan memberi tubuhnya untuk dimamah nafsu serakah ataupun menyumbang benih kepada anak zina tersebut. Kerana dia memahami batasan-batasan pergaulan dan interaksinya dengan lelaki bukan mahram. Realiti Realiti: Facebook dan handphone adalah pemudahcara untuk mereka melakukan hal-hal sumbang seperti ini, bukan penyebab. Kerana penyebabnya ialah orang- orang yang membekalkan atau menawarkan benda-benda ini kepada mereka. Sebutlah siapa sahaja, ibu-bapa, media cetak mahupun elektronik, kawan-kawan dan lain-lain. Semuanya boleh menjadi musabab. Sekarang, apakah kita terus menunggu dan menunggu atau kita ambil tindakan? Persatuan-persatuan atau mana-mana majlis belia jangan melenting apabila isu ini disebut, akui sendirilah ada atau tidak kita menggalakkan hal seperti ini berlaku? Mengadakan konsert (sebagai contoh) tidak sekali-kali membantu anak belia Malaysia menjadi lebih baik. Kalau baik, dari segi apa? Apa manfaatnya?
Sepanjang saya menjadi guru disiplin, ketika menangkap pelajar-pelajar yang ber’couple’ sampai pada tahap bercumbu-cumbuan, rakan-rakan saya dan saya dapati penyebab utama kepada gejala ini ialah Facebook dan Handphone. Berkenalan dengan entah siapa di Facebook, sehingga menjadi kawan. Saling membalas komen, saling bermesejmesej, sehinggalah ber‘couple’ di alam maya. Kemudian bermesej-mesej, akhirnya berpegangan tangan setelah berjumpa, lama-lama bercumbu. Siapa yang ajarkan ini?
Mengadakan program-program belia, apakah telah dikawal pergaulannya? Jangan berhujah mustahil untuk dikawal orang seramai itu kerana apabila anda melaksanakan sesuatu program, anda perlu ukur kelemahan dan kekuatan anda terutama pada aspek sumber manusia. Kalau tidak mampu kenapa perlu dibuat besar-besaran? Bagi saya fikir logik sahaja mudah. Ya, saya tidak pula nafikan sumbangan-sumbangan baik daripada anda semua, tetapi yang mana lebih besar impaknya?
Ada pula yang saya tanya mendapat semua ini daripada video-video lucah dalam laptop mak dan ayah, ataupun VCD yang mereka miliki. Kemudian, mereka kongsikan pula dengan kawan-kawan. Belum pula dikira pelajar-pelajar yang berkongsi video lucah dalam telefon sesama mereka. Siapa yang saya harus salahkan? Kalau tidak dibendung mereka ini boleh menjadi psychopath yang ganas di masa depan, siapa tahu?
Ahli-ahli politik jangan sibuk menuding jari, akhirnya yang lelah ialah kami, rakyat. Kami pasti tidak sekalikali akan melupakan kalian yang telah dipilih untuk memimpin kami di depan Allah kelak. Kalau kalian sibuk bermain tarik tali, kalian akan melupakan tanggungjawab kalian kepada kami rakyat jelata, akhirnya amanah yang kalian mahu tanggungkan itu tidak terjalan. Maka kami akan persoalkan kalian kelak di hadapan Allah. Baik pembangkang mahupun kerajaan. Hentikan menuding jari, banyakkan bekerja dari berkata-kata.
Kes pembuangan bayi-bayi. Apakah puncanya masalah ini? Memang ramai tidak akan menyebut kecelaruan identiti sebagai sebab kepada permasalahan ini. Tetapi sedar-
Mohd Azmir Mohd Razali
Sambutan Maulidurrasul ISMA Shah Alam & Qariah Surau al-Islah, 20 FEB 2011 GAMBAR OLEH : AZRIL HANAFI
PANDUAN LENGKAP AWAL ZULHIJJAH
HARI-HARI INI MERUPAKAN MASA YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH SWT, LALU AMAL SOLEH DI DALAMNYA MERUPAKAN AMALAN YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH SWT OLEH ABDULLAH HUSSEN MAHASISWA SARJANA KULIAH DAR ULUM, UNIVERSITI KAHERAH
S
iang dan malam silih berganti, tahun demi tahun kian berlalu, seorang mukmin itu sentiasa mengharap rahmat tuhannya dan takutkan azabnya, imannya sentiasa turun dan naik, semangatnya terkadang membara dan ada ketikanya menjadi lesu. Dalam keadaan itu, dia dilimpahi rahmat Allah yang sangat luas, untuk mengukuhkan imannya dan meningkatkan semangatnya. Musim kebaikan menjelma demi menghapuskan segala dosa-dosanya yang lalu dan demi mengangkat darjatnya. Maka, orang yang berbahagia ialah mereka yang merebut peluang ini dan menghampirkan dirinya kepada Allah SWT dengan amal-amal soleh dalam musim ketaatan ini. Mudah-mudahan dia mendapat lim-
pahan kurniaan-kurniaan Allah SWT sepertimana yang telah dijanjikan. Antara kurniaan terbesar Allah SWT pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Tiada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya.”
Sekarang kita sedang berada di dalam hari-hari yang penuh berkat, telah datang kepada kita hari-hari yang muncul bersamanya kurniaan yang mulia dari Tuhan yang mulia, yang memupuk rasa rindu dan cinta dalam jiwa umat Islam, lalu bergetarlah hati mereka dan membuak-buaklah perasaan mereka, lalu perasaan tersebut memimpin mereka ke arah ketaatan dan ibadah kepada tuhan mereka. Waktu yang paling dicintai oleh Allah Hari-hari ini merupakan masa yang paling dicintai oleh Allah SWT, lalu amal soleh di dalamnya merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT kerana ia berada di dalam masa yang terbaik yang disumpah oleh Allah SWT dengannya di dalam Al-Quran:
“Demi waktu fajar. Demi malam-malam yang sepuluh.” Kemuliaan tersebut juga disebabkan kerana terdapatnya hari yang terbaik di dalamnya iaitu Hari Arafah yang juga kerana perhimpunan tahunan umat Islam seluruh dunia pada musim haji. Maka, hari-hari tersebut merupakan hari terkumpulnya ibadah-ibadah utama. Ibnu Hajar pernah berkata,
harinya, berjaga di malam harinya melainkan orang yang mati syahid (maka pahalanya tidak boleh ditandingi).” Diriwayatkan juga daripada Kaab, “Allah memuliakan sesetengah masa ke atas yang lain. Lalu masa yang paling dicintai Allah ialah bulan-bulan haram (Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram). Bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan haram ialah bulan Zulhijjah. Hari-hari yang paling mulia di sisi Allah di dalam bulan Zulhijjah ialah sepuluh hari pertamanya.”
ALLAH SWT BERBANGGA DENGAN HAMBA-HAMBANYA DI HADAPAN PARA MALAIKAT SEPERTI MANA SABDA RASULULLAH SAW, “TIADA HARI YANG LEBIH BANYAK ALLAH MEMBEBASKAN HAMBANYA DARIPADA API NERAKA DARI HARI ARAFAH “Sebab istimewanya sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terkumpulnya ibadah-ibadah utama di dalamnya iaitu solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya yang tidak berlaku pada waktu lain.” Kemuliaan ini juga kerana hari-hari tersebut merupakan hari-hari untuk memperbaharui kehidupan di dalam ketaatan kepada Allah, hari-hari mendapat kurniaan rahmat Allah, hari-hari untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi mendapat keampunan Allah, hari-hari musim perniagaan yang menguntungkan, hari-hari yang mengumpulkan di antara kemuliaan tempat dan masa dan mengumpulkan di antara ibadah hati, badan, ibadah perseorangan dan beramai-ramai. Ia juga kerana hari-hari ini merupakan hari-hari rahmat, keampunan dan pembebasan dari neraka. Hari-hari di mana malaikat di bumi menyerupai malaikat di langit, lalu manusia yang suci akan bertanding dengan malaikat yang baik. Allah SWT berbangga dengan hamba-hambanya di hadapan para malaikat seperti mana sabda Rasulullah SAW, “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya daripada api neraka dari Hari Arafah, sesungguhnya Allah menghampiri hamba-hambanya dan berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat lalu berkata: Apakah yang mereka inginkan?”
Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah Saudara-saudariku yang dikasihi sekalian, Suka saya untuk menceritakan pada kalian tentang keazaman para ‘arifin, kesungguhan para nasikin, kerinduan para pencinta dan keasyikan orang-orang yang taat. Nabi SAW dan para sahabat yang mulia mengkhususkan harihari ini dengan perdampingan yang lebih erat dengan Allah SWT, juga memperbanyakkan ketaatan serta zikir kepada-Nya. Said Bin Jubair apabila tibanya sepuluh hari pertama Zulhijjah, dia bersungguh-sungguh dalam beribadah sehingga dia hampir tidak mampu melakukannya. Maka, adakah anda tergolong di kalangan mereka yang mendapat keistimewaan hari-hari ini? Di sini saya senaraikan beberapa langkah-langkah praktikal dari sudut tarbawi yang boleh anda lakukan:
Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA, “Dikatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijjah bahawa seharinya sama seperti seribu hari, Hari Arafah menyamai 10,000 hari (pada kelebihannya).”
1. Adakah anda telah berniat untuk melakukan haji dan umrah di tempat tinggal anda? Jika anda tidak mampu melakukan haji, maka Rasulullah SAW telah membuka pintu yang menyamai haji dan umrah. • Sabda Baginda SAW, “Barangsiapa yang solat subuh berjemaah kemudian dia duduk mengingati Allah SWT sehingga terbitnya matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya seumpama pahala haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.” • Amalan: Iktikaf di masjid selepas subuh berzikir dan membaca Al-Quran
Diriwayatkan juga daripada Al-Auza’ie, “Aku mendengar bahawa amalan dalam sepuluh hari tersebut umpama berperang di jalan Allah dalam keadaan berpuasa di siang
2. Adakah anda telah berniat untuk berpuasa pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? • Imam Nawawi pernah ditanya tentang puasa sem-
• •
•
• •
bilan hari pertama Zulhijjah. Maka dia menjawab, “Ia sangat digalakkan.” Imam Ahmad meriwayatkan, “Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.” Sayyidina Umar Al-Khattab berkata, “Tiada halangan untuk menggantikan puasa Ramadhan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.” Hasan Basri berkata, “Berpuasa sehari di dalam sepuluh hari pertama Zulhijjah menyamai puasa dua bulan.” Imam Muhammad Bin Sirin, Mujahid dan Atho’ berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah. Amalan: Puasa sembilan hari pertama Zulhijjah.
3. Adakah anda telah berniat untuk iktikaf pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? • Diriwayatkan daripada Al-Hafiz Ibnu Asakir bahawa dia beriktikaf pada bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama Zulhijjah. • Amalan: Iktikaf sejam sehari atau sehari atau seumpamanya. 4. Adakah anda telah berniat untuk melakukan kebaikan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?. • Rasulullah SAW bersabda, “Amalan-amalan baik memelihara diri daripada pengakhiran yang buruk, sedekah secara sembunyi mampu memadamkan kemarahan Tuhan, silaturrahim mampu memanjangkan umur.” • Amalan: Menunaikan hajat manusia setiap hari. 5. Adakah anda telah berniat untuk bertakbir, bertahmid dan bertahlil pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? • Rasulullah SAW bersabda, “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintainya daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil (ucapan la ilaha illallah), takbir (ucapan Allahu Akbar) dan tahmid (ucapan alhamdulillah) di dalamnya. • Imam Mujahid berkata, Abu Hurairah dan Ibnu Umar RA keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah lalu bertakbir, lalu orang-orang di sekeliling mereka juga bertakbir bersama mereka. Mereka tidak datang ke pasar kecuali dengan tujuan tersebut. • Amalan: Bertakbir setiap kali selepas solat dan pada waktu-waktu kosong. 6. Adakah anda telah berniat untuk sentiasa berzikir pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? • Allah telah menyarankan umat Islam di dalam Al-
•
•
•
Quran supaya memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini. “Dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang diketahui.” (Al-Haj: 28) Ibnu Abbas mengatakan, “Sesungguhnya hari-hari yang diketahui itu ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah.” Amalan: Memelihara zikir pagi dan petang, zikir pada waktu-waktu kosong dan zikir mutlak sekurang-kurangnya 3000 kali setiap hari.
Adakah anda telah berniat untuk mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? • Salafussoleh RA mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah. • Supaya kita dapat memenuhi sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan bermacam jenis ibadat, di bawah saya senaraikan beberapa amalan yang perlu kita lakukan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai tambahan bagi amalan-amalan yang telah disebutkan tadi. Mudah-mudahan Allah berbangga dengan kita di hadapan para malaikatnya: »» Segera bertaubat dengan sebenar-benarnya serta mengulangi taubat siang dan malam. »» Perbaharui niat dalam setiap kata-kata dan perbuatan dan menghadirkan lebih daripada satu niat dalam satu amalan. Jadikannya rahsia antara anda dan Tuhanmu. »» Manfaatkan masa-masa yang berharga dengan ketaatan (waktu sebelum dan selepas Subuh dan waktu Maghrib). »» Qiamullail secara bersendirian setiap hari di rumah sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum tidur atau beberapa jam sebelum Subuh. »» Bersedekah empat kali sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah, menyembelih korban bagi yang mampu dan jangan lupa hak orang fakir miskin. »» Berusaha mengkhatamkan Al-Quran sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah. Jika tidak, maka sejuzuk setiap hari. »» Melazimi solat dhuha, sunat rawatib, witir dan sebagainya. »» Makan sahur atau berbuka bersama keluarga atau ahli rumah setiap hari atau sekurangkurangnya tiga hari. »» Mendoakan saudara-saudara yang telah tiada serta yang berjihad di Palestin dan di mana sahaja. »» Menziarahi guru atau syeikh untuk mengambil manfaat bersama dengannya serta mengutip mutiara ilmu darinya.
 Melaksanakan tugas sebagai daie dan haraki dan segala tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.  Mulakan harimu dengan sedekah, moga-moga anda mendapat doa dua malaikat. Akhirnya, jadikanlah sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai peluang untuk mentarbiyah jiwa dan ruh di dalam menghadapi kepayahan hidup, ujian dan cabaran. Jadikannya juga sebagai peluang untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mentarbiah diri untuk menghidupkan sunnah-sunnah Rasul SAW dan jadikan ia sebagai medan untuk berlumba-lumba di dalam mempelbagaikan ibadat. Jadikanlah sepuluh hari ini sebagai satu kursus tarbawi untuk mengubah, mendidik, membaiki, meluruskan serta merawat penyakit-penyakit hati. Jadikan ia sebagai peluang keemasan untuk menggapai cinta ilahi iaitu ketika mana anda melakukan amalan yang paling dicintai pada waktu yang paling dicintai. Jadikanlah syiarmu sepanjang sepuluh hari ini: