Buletin PEMBINA Isu 6

Page 1

buletin

PEMBINA persatuan belia islam nasional | isu 6

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

P

Aspirasi Politik Kampus

ilihan raya kampus ( PRK ) telah pihak perlu berunding dengan fikiran yang terbuka, melabuhkan tirainya bulan lalu. jalankan siasatan untuk mengetahui punca masalah Kemenangan yang diperolehi bukanlah serta berbincang supaya masalah dapat diselesaikan tiket untuk popular, bahkan platform dengan baik. merealisasikan manifesto yang telah dicanang sebelum itu. Isikan kemenangan dengan Dalam hal ini Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) perlu telus, gerak kerja yang akan Pepatah ada menyebut, pemuda non partisan dan memberi menguntungkan warga ruang kepada mahasiswa harapan bangsa, pemudi tiang kampus terutama terlibat dalam politik negara. mahasiswa. Pembinaan kampus. Kecenderungan syakhsiah dan kecemerlangan akademik adalah politik HEP tidak sepatutnya mempengaruhi agenda utama. Campur tangan parti-parti politik tindakan yang diambil terhadap para pelajar. Pelajar dalam pilihan raya kampus bukanlah sesuatu yang juga jangan mengambil kesempatan atas kebebasan bijak dalam menentukan hala tuju pergerakan yang diberikan HEP. Tindakan yang diambil perlu mahasiswa. Biar mereka mencorakkan idealisma menggambarkan kematangan sebagai mahasiswa. menurut acuan sendiri. Kita tidak mahu melihat mahasiwa terlibat dalam pergolakan politik yang Budaya politik kampus perlu berbeza dengan merugikan. budaya politik semasa. Ianya dibina berdasarkan nilai-nilai murni yang sedia termaktub dalam norma Seperti yang kita sedia maklum berlaku sedikit kehidupan insan. Budaya politik yang tidak sihat kekecohan di Universiti Putra Malaysia (UPM) seperti memburuk-burukkan antara satu sama selepas keputusan PRK diumumkan. Ia mendapat lain dan cantas-mencantas adalah amalan yang liputan meluas media termasuk radio Bernama. tidak patut disuburkan. Ia menggambarkan moral Saya mendengar bagaimana stesen radio tersebut mahasiswa yang rendah. Sebaiknya pihak-pihak yang berusaha mendapatkan ulasan pelbagai pihak bertanding mengemukakan agenda pembangunan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi. Bukan siswa, pemuliharaan kampus serta mengamalkan mencari siapa yang bersalah, akan tetapi punca budaya saling hormat-menghormati. masalah. Ada baiknya kita mendengar pandangan dari pihak yang berbeza sebelum menghukum Pepatah ada menyebut, ‘ Pemuda harapan bangsa tanpa usul periksa. pemudi tiang negara. ' Jangan biarkan harapan hanya tinggal janji dan tiang runtuh tanpa ada Kita tidak menggalakkan politiking di kalangan para pengganti. Jadikan kampus medan melahirkan pelajar universiti. Demonstrasi yang berunsur gimik, pemimpin yang berkualiti. menghina dan ganas hendaklah dielakkan. Semua

"

Visi

Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam

Misi 1.

2.

3.

4. 5.

Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.


Tsunami, Gempa dan Nuklear Norzafry Norhalim Presiden PEMBINA

K

ejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini mengejutkan masyarakat dunia. Dengan kemusnahan yang hampir sama dengan peristiwa Hiroshima, rakyat Jepun kini berdepan dengan krisis kemanusiaan yang kemungkinan berpanjangan disebabkan letupan reaktor nuklear yang boleh menyebabkan kecacatan kekal sekiranya luar kawalan.

Seandainya kita perhatikan, siri kejadian yang menggemparkan dunia seolah silih berganti sejak beberapa bulan ini.

Revolusi di Tunisia, Yaman, Mesir, Libya dan kini Saudi yang tidak kurang juga mengorbankan nyawa, dan kini diikuti pula dengan tsunami yang menyebabkan ribuan manusia terkorban. Sebagai seorang muslim, kita bersimpati di atas segala krisis ini, dan seharusnya mengambil iktibar dari setiap peristiwa ini. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu sekadar suka-suka atau main-main, pastinya ada hikmah yang ingin disampaikan buat seluruh ummat manusia. Jatuhnya pemimpin yang zalim menandakan kekuatan suara rakyat dalam urusan pemerintahan, juga mengajak kita untuk insaf dan tidak mengeksploitasi peluang menjadi pemimpin untuk kepentingan peribadi. Dari aspek yang berbeza, kita juga perlu menilai kembali, adakah revolusi di satu-satu tempat itu akan lebih manfaat dari mudaratnya? Hati-hati jangan menang sorak kampung tergadai, golongan kafir sentiasa menonton dan mengambil peluang atas perpecahan ummat islam. Tsunami, sekali lagi, memberi penekanan kepada kita bahawa mudahnya Allah s.w.t menarik balik nikmat yang diberikannya. Tidak ada yang kekal di bumi ini kerana segalanya adalah pinjaman, termasuklah nyawa kita sendiri. Maka wajib bagi umat islam berusaha memanfaatkan segala kekuatan material yang ada untuk memartabatkan islam di muka bumi, kerana inilah pelaburan yang akan dibawa ke akhirat. Seandainya kita hanya mengumpul kekayaan buat kenikmatan diri sendiri sahaja, akibatnya apabila Allah menarik balik nikmat tersebut, kita kerugian di dunia dan terlepas juga peluang amal akhirat bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pelbagai lagi kejadian akan sentiasa berlaku akan datang. Samada suka atau tidak, itulah sunnah Allah s.w.t yang menjadikan pelbagai peristiwa di dunia ini, dan yang kejayaan hanyalah buat insan mengambil iktibar.


Bingkai Kehidupan Mimi Atieqa

Mengharungi samudera kehidupan,kita ibarat para pengembara,hidup ini adalah perjuangan tiada masa tuk berpangku tangan...” ,nyanyian kumpulan Shoutul Harakah menusuk kalbu mengasak minda untuk berfikir sejenak. Kehidupan yang dialami selama dua puluh tahun ini kembali menjelma seperti layar skrin di dalam minda, meneroka dan menjelajah lalu akal mentafsir adakah selama ini aku benar-benar menghargai hidup? Apakah yang telah aku lakukan buat agama? Berapa lamakah yang aku lakukan hanya dengan memangku tangan memandang sepi segala yang berlaku disekelilingku? Dugaan dan ujian silih berganti menerjah dalam kehidupan namun apakah selama ini kita menghadapinya dengan penuh keredhaan? Langkah-langkah yang dilalui setiap hari masihkah berada di landasan yang benar dan lurus atau semakin menyimpang jauh tanpa arah dan matlamat yang jelas? Begitulah manusia, memiliki akal yang bijak namun seringkali akal bekerjasama dengan nafsu berganding bahu mencorak kehidupan kita membentuk warna-warna yang semakin kelam. Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran, nasihat yang diberikan oleh seorang sahabat ketika di zaman sekolah satu tika dahulu menggamit kembali. Betapa kita telah lupa yang kita diwujudkan di dunia fana ini semuanya bersebab dan sebab-sebab itu jugalah merupakan matlamat yang seharusnya digenggam erat bersama tekad membara. Sahabat Nabi Muhammad saw, Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata, “wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, jangan keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan”. Mata dan hati kita kini semakin diselaputi dengan kabus ideologi yang diimport dari negara-negara yang dianggap maju pada pandangan zahir namun sangat mundur secara hakikinya. Artisartis dijadikan idola, program-program nyanyian berleluasa, pertandingan ratu cantik semakin menjadi kegilaan anak-anak gadis Islam dan banyak lagi dikatakan itulah dia hasil dari perubahan zaman menuju ke dunia teknologi tanpa sempadan malah segala masalah sosial yang berlaku kini dikatakan sebagai pengorbanan atas kemodenan yang dicapai. Tidak pernahkah kita fikirkan

"

Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai.

betapa selama ini kita semakin lupa akan tikar sejadah apatah lagi al-Quran yang seharusnya dijadikan panduan dan pedoman akan tetapi ramai orang menjadikannya sebagai hiasan atau hantaran semata-mata. Begitu mudah kita pandang dan nilai sesuatu yang seharusnya penting di dalam hidup akhirnya disisihkan apabila kita lebih rela memilih racun kemodenan berbanding penawar yang semakin hilang dalam diri lalu membiarkan diri dengan relanya berpaling tadah dari Maha Pencipta, Allah azzawajalla. George Henry Sanders (w.1972) merupakan bintang filem yang pernah memenangi Anugerah Academy tetapi akhirnya mati bunuh diri di sebuah hotel di Barcelona, Sepanyol. Sebelum mati, dia menulis satu nota, “Dear world, I am leaving because I am bored. I feel I have lived long enough. I am leaving you with your worries in this sweet cesspool. Good luck.” Ramai yang kagum malah ada juga iri hati dengan kejayaan dan prestasi beliau dan sebahagian daripadanya menyimpan azam dan impian untuk menjadi seperti artis-artis terkenal yang bergelar jutawan. Sudah pasti ramai yang menginginkan kehidupan yang kaya-raya, kesenangan di dunia ini dan kejayaan meninggi gunung akan tetapi adakah kesenangan itu akan berakhir dengan episod yang bahagia atau membawa kebaikan? Ingatlah baik-baik pesan al-Quran, “boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu”, jangan terlalu asyik menepuk dada tanyalah selera sesekali tanyalah iman, pastinya jawapan dan keputusan yang dilakukan amat jauh berbeza. Jawapan yang bakal diterima mungkin sahaja begini, “rupanya aku hidup di dunia selama ini adalah semata-mata untuk hari akhirat yang kekal abadi”. Bagaimana untuk memantapkan lagi keimanan kepada hari akhirat kerana kejadian itu tidak pernah dialami, tidak dapat dibayangkan malah tarikh kejadian juga tidak siapa pun tahu? Ubatnya, sesekali bayangkanlah diri sendiri seolah-olah sudah berabad-abad mengalami kematian. Keadaan diri tika itu sangat bingung dan terperanjat sekali kerana kerasnya tiupan sangkakala, selanjutnya hanya tertuju untuk memenuhi panggilan ke suatu tempat berkumpul di padang mahsyar. Ketika itu semua makhluk telah dihidupkan daripada kubur masing-masing menanti giliran untuk dihisab, lalu syurga atau neraka sebagai tempat yang bakal diduduki, bahagia atau sengsara maka ketika saat itu betapa cemas dan paniknya kita memikirkan keputusan yang bakal dilakukan oleh Allah yang Maha Adil Pencipta Segalanya.


... “ Bersikap zuhudlah di dunia nescaya Allah s.w.t akan mencintaimu. Jauhilah hal-hal yang tidak disukai manusia nescaya mereka akan menyayangimu. Puaslah dengan nikmat yang sedikit, amalkanlah ajaran-ajaran Al-Quran, bersiap sedialah menghadapi kematian dan takutlah terhadap seksaan Allah s.w.t�, kata-kata hikmah daripada Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ini lebih tajam dari mata pedang kerana mampu mengubah persepsi seseorang terhadap keseluruhan hidupnya. Jadilah seperti bunga sakura yang hayatnya di dunia pendek sekali namun rupanya indah mempesona. Matahari yang panas membakar namun ia tetap bertenaga mengeluarkan habanya sepanjang masa. Ingatlah, Allah sentiasa membuka pintu rahmat-NYA, maka kejarlah dengan segera untuk melakukan kebaikan. Ambil dan tabur benih-benih taqwa dalam diri lalu letakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, nanti ia akan berbuah di syurga. Yakinlah dengan janji-janji Allah dan lupakan kemanisan dunia kerana itulah yang mampu meroboh dinding keimanan dalam diri, sememangnya untuk meraih cinta Allah itu memerlukan mujahadah yang tinggi dan berterusan. Genggam kemas cinta-NYA walau betapa perit sekalipun tetapi ingatlah tanpa cinta-NYA dunia ini akan hancur dan teruslah dengan penuh keyakinan kerana setiap kesusahan yang dialami akan dihadiahkan dengan nikmat yang tidak terperi. Hiasilah bingkai kehidupan kita dengan warnawarna Islam. Rujukan : 1. Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni 2. Hari Akhirat oleh Mohasbi 3. Bila Allah Menduga Kita oleh Syed Alwi Al-Atas

Sudut Muhasabah Duhai bangsaku, Kalian lebih memilih lorong yang sempit berbanding jalan yang lurus, Pabila disoal kalian menjawab sudah suratan takdir, Sedangkan tika satu pintu rahmat terturup, 99 lagi terbuka buat kita, Mengapa kita jadi begitu sombong sedangkan Allah tetap memberi dan terus memberi, Malah Allah sudah berfirman tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan tangan mereka sendiri, Kita terus membiarkan mata ini tertutup dan hati diselaputi nafsu yang menebal, Jalan iman itu indah dan nafsu itu bisa merosakkan kita, Kita semakin lalai dan terusan lalai malah semakin lupa terhadap janji-janji yang dibuat kepada Allah, Kitalah satu-satunya makhluk yang berani menyahut seruan sebagai khalifah di bumi tika makhluk lain menggigil ketakutan, Betapa hina dah bodohnya kita terhadap apa yang kita telah lakukan dan banggakan, Ingatlah, Jalan kebahagiaan atau kesengsaraan merupakan pilihan hidup terletak bukan di tangan tetapi kembali ke pangkal hati, Carilah iman kerana ia tidak akan datang bergolek malah usaha terhadap hijrah itulah harusnya, Kembalilah duhai anak bangsaku Nukilan, Mimi Atieqa


Sudut Fiqh Berwuduk di Dalam Bilik Air

Q

Di Dalam bangunan moden sekarang ini bilik mandi, kelengkapan-kelengkapan mandi dan tempat membuang air berada di dalam satu bilik. Adakah boleh saya berwuduk dalam tempat ini dan saya menyebut nama Allah ketika berwuduk?

A

Seperti yang diketahui, ulama’ fiqah berpendapat mencegah kerosakan itu hendaklah diutamakan daripada mengerjakan kebaikan. Perkara yang makruh itu lebih perlu dijaga sebelum melakukan perkara sunat atau harus, sekurang-kurangnya sebagai langkah berjaga-jaga. Seperti yang dimaklumi, jika semuanya berada di dalam satu tempat yang sama, biasanya tempat wuduk turut tercemar dan terdedah kepada najis jika tiada langkah-langkah untuk memelihara kebersihan. Berwuduk dalam bilik air adalah makruh jika dikhuatiri terkena najis dan terdapat tempat lain untuk berwuduk. Jika dia yakin tidak terkena sebarang najis atau tidak terdapat tempat lain untuk berwuduk,maka dia boleh berwuduk di dalam bilik air ini. Antara adab ketika qada’ hajat ialah tidak berkata-kata sama ada berbentuk zikir, doa dan membaca ayat al-Quran. Jika dia bersin, dia tidak perlu menyebut “Alhamdulillah”, dan tidak perlu menjawab salam serta azan yang berkumandang. Diriwayat oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa seorang lelaki lalu berhampiran Nabi saw dan baginda sedang membuang air kecil. Baginda tidak menjawab salam lelaki tersebut. Ulama’ berpendapat, larangan menjawab salam ini bukan hanya merangkumi orang yang sedang berada di dalam tempat yang disediakan untuk qada’ hajat. Maka orang yang berwuduk di dalam bilik air itu tidak perlu menyebut nama Allah dan berzikir ketika sedang berwuduk sama ada sebelum atau selepasnya sehinggalah dia keluar daripada bilik air tersebut. Hukumnya hanyalah makruh bukannya haram dan jika dia melakukannya juga maka dia tidak akan berdosa tetapi meninggalkannya lebih afdal. Perlu diingatkan bahawa niat yang wajib dibaca ketika berwuduk dan mandi wajib tempatnya di dalam hati dan tidak wajib melafazkannya. Oleh itu, tidak perlu melafazkannya ketika berada di dalam bilik air dan memadai dengan meniatkannya di dalam hati bagi seisapa yang mengatakan niat itu wajib. Makruh berkatakata apabila tiada apa-apa kepentingan seperti kecemasan atau perlu untuk bercakap seperti mengingatkan tentang sesuatu yang merbahaya ataupun menjawab pertanyaan orang dan sebagainya. Jika keadaan memaksa untuk berkata-kata tidaklah makruh. Sumber: Soal Jawab Wanita Islam oleh Shaikh Attiyah Saqr (Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Al-Azhar, Mesir).


Sudut Tokoh

Fathi Yakan

F

athi Yakan dilahirkan di Tarablus, Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.

Pengasas Jemaah Islam Lubnan Beliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba’ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islaimiyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front. Penulisan Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisantulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah Apa Erti Saya Menganut Islam, Golongan yang Tercicir dan Bahtera Penyelamat. Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antabangsa. Pegangan Terhadap Sistem Pilihan Raya Pada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam pilihan raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parlimen. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi. Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam ke dalam kancah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam, khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai Aids Harakah. Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor: 1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu. 2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti. 3. Jemaah dipengaruhi oleh kepeningan luar seperti politik dan ekonomi. 4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah. 5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli. 6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah. 7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa. Kematian yang Diratapi Dunia Tanggal 13 Jun 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun. Sumber: 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.