
1 minute read
BIOSIS BUKAN KELAB AKADEMIK PICISAN
from Samudera Jun 2018
by Penerbit UMT
Samudera | Jun 2018 Kenali Kelab
BIOSIS BUKAN KELAB AKADEMIK PICISAN
Advertisement
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”, jadi jika kita berusaha untuk menaikkan nama kelab, pasti usaha itu tidak sia-sia. Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) merupakan salah satu kelab yang berpegang pada prinsip tersebut.
Objektif utama kelab ini ialah menjalankan dan memajukan kegiatan-kegiatan sukan, riadah, sosial dan kebajikan dalam kalangan ahli BIOSIS. Demi mencapai objektif ini, kelab BIOSIS yang diketuai oleh saudara Shahrul Zamir dan dibantu oleh majlis tertinggi dan exco bagi sesi 2017/2018 telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan sahsiah dan melahirkan pelajar yang holistik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi).
Kejayaan terbesar kelab Biosis pada sesi kali ini ialah dengan berlangsungnya program “Science Convention 2018” pada bulan Mac yang lalu. Program ini diwujudkan atas inisiatif untuk perkongsian ilmu sains biologi dan pengurusan kelab sains biologi antara tiga buah universiti, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri. Selain itu, program ini juga telah melibatkan penyertaan kelabkelab akademik sains di UMT bagi mewujudkan persefahaman antara kelab-kelab akademik UMT melalui slot “Your Future Career Talk” yang amat berguna untuk memohon pekerjaan nanti.