
1 minute read
YM RAJA SHAMRI BERSAMA SISWA APM UMT
from Samudera Jun 2018
by Penerbit UMT
Samudera | Jun 2018 Badan Uniform YM. Raja Syamri Raja Husin
bersama Siswa APM UMT
Advertisement
21
Pada tanggal 28 Mac 2018, Pusat Pendidkan Asas dan Liberal (PPAL) dengan kerjasama Pasukan Siswa APM UMT atau lebih dikenali sebagai SISPA yang terdiri daripada Pegawai Tertinggi, Pegawai Kadet Lanjutan, Pegawai Kadet Kanan serta Pegawai Kadet Muda bersama-sama telah menjayakan Program syarahan umum yang bertajuk “Keterlibatan Kesukarelawan Pelajar IPTA Malaysia” dengan menjemput pengasas THE THIRDFORCE, YM. Raja Shamri Raja Husin sebagai panel utama. Majlis yang penuh mulia ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr Saharuddin Bin Abdul Hamid selaku Pengarah Pusat Ko-kurikulum. Program ini juga berlangsung dengan meriahnya di Auditorium Mahyuddin, PPPPM dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu serta pegawai-pegawai dan staf.



