i|
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Fadhili bin Muhammad Saiful Nizam bin Mukhtar Yusidawati Yusof
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
i|
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Penulis Fadhili bin Muhammad Saiful Nizam bin Mukhtar Yusidawati Yusof Editor Saiful Nizam bin Mukhtar
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Penerbit POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU,25350 KUANTAN PAHANG
Perpustakaan Negara Malaysia ISBN
Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
ii |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
KATA PENGANTAR
ُعلَ ْيكُم َو َرحْ َمةُ اَهللِ َو َب َركاتُه َ سال ُم َ اَل Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan keizinan-Nya, buku prinsip dan Amalan Halal telah dapat dihasilkan. Mudah-mudahan hasil penulisan ini dapat membantu pensyarah dan pelajar serta memberi impak yang baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pembangunan modal insan yang holistik. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan dan bahan rujukan kerana ianya telah ditulis berdasarkan silibus kursus berkenaan. Semoga konsep Pembelajaran berasaskan Hasil dapat dicapai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Akhir kata kami memohon kemaafan di atas kekurangan yang terdapat dalam penghasilan buku ini. Kami memohon daripada Allah SWT agar buku ini memberi manfaat dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, beriman dan bertakwa. Sekian, Wassalam. Panel Penulis
iii |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
ISI KANDUNGAN
1.0
MUKASURAT
TOPIK
BAB
PENGENALAN HALAL DAN HARAM
1
1.1
4
Sumber Rujukan dan Metodologi Syariah Islam 1.1.1 Sumber Rujukan Utama 1.1.1.1 Al Quran 1.1.1.2 Hadis 1.1.1.3 Al Ijma’ (Consensus) 1.1.1.4 Al Qiyas (Analogy) 1.1.2 Sumber Rujukan Kedua 1.1.2.1 Uruf 1.1.2.2 Al Masalih al Mursalah 1.1.2.3 Sadd Al-Zarai’i 1.1.2.4 Istihsan 1.1.2.5 Istishab 1.1.2.6 Ra’yu as Sahabah 1.1.2.7 Shariat Nabi-Nabi Terdahulu 1.1.3 MS 2393 Prinsip Islam dan Halal-Definisi dan Penjelasan Istilah 1.1.4 Edict (fatwa) issued by Federal and State Level
1.2 Penerangan Syariah Islam 1.2.1 Definisi Syariah Islam 1.2.2 Kategori Undang-undang Syariah 1.2.2.1 Hukum Taklifi: Fardhu, Sunat, Haram, Makruh and Harus 1.2.2.2 Hukum Wadh’i: Sebab, Sharat, Halangan, Sahih dan Batal.
iv |
6
11 11 12 12 13 15
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
BAB
TOPIK
1.2.3
1.2.4
MUKASURAT 18
Skop Perbahasan Syariah Islam 1.2.3.1 Aqidah 1.2.3.2 Syariah 1.2.3.3 Akhlak Ciri ciri Keistimewaan Syariah Islam 1.2.4.1 Rabbaniyah 1.2.4.2 Alamiyah 1.2.4.3 Shumuliyyah 1.2.4.4 Waqi’iyyah 1.2.4.5 Tsabitah dan Murunah
19
1.3
Penjelasan Matlamat Umum Syariah Islam (Maqasid al Shari’ah) 1.3.1 Menjaga Agama 1.3.2 Menjaga Nyawa 1.3.3 Menjaga Akal 1.3.4 Menjaga Harta 1.3.5 Menjaga Keturunan
1.4
Mengenal Empat Imam Mazhab 1.4.1 Hanafi (80H – 150H) 1.4.2 Maliki (93H – 179H) 1.4.3 Syafi’i (150H – 204H) 1.4.4 Hanbali (164H – 241H )
26
30
Latih Tubi Topik 1 2.0
PRINSIP HALAL DAN HARAM 2.1
23
34
Perbincangan Prinsip-prinsip halal dan haram 2.1.1 Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Harus 2.1.2 Menentukan Halal dan Haram adalah Hak Allah SWT sahaja
v|
35 35 36
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
BAB
TOPIK
MUKASURAT
Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram sama dengan syirik kepada Allah SWT 2.1.4 Sebab-sebab asas dilarang perkara yang haram kerana membawa pencemaran dan kemudaratan. 2.1.5 Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram 2.1.6 Apa Saja yang Membawa Kepada Haram adalah Haram 2.1.7 Mencari Helah Terhadap Hal yang Haram, Hukumnya adalah Haram 2.1.8 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat dalam Haram 2.1.9 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat dalam Haram 2.1.10 Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang. 2.1.11 Keadaan Terpaksa Membolehkan Yang Terlarang
37
2.1.3
3.0
38 40 41 42 44 45 46 49
Latih Tubi Topik 2
53
MAKANAN YANG HALAL DAN TIDAK HALAL
54
3.1
Penjelasan Taharah dan Najis (Cleanliness) 3.1.1 Mughallazah 3.1.2 Mukhaffafah 3.1.3 Mutawassitah
56
3.2
Penjelasan Ibadah Taharah @ (Islamic Cleansing) 3.2.1 Samak 3.2.2 Sertu 3.2.3 Amali samak dan sertu
59 61 61 62
Penyucian
vi |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
BAB
TOPIK
3.3
Perbincangan Kaedah Pelaksanaan Perkara Dalam Industri Makana 3.3.1 Istihalah 3.3.2 Istihlak 3.3.3 Jallalah 3.3.4 Umum al Balwa
MUKASURAT
Empat
Latih Tubi Topik 3 4.0
60 61 62 64 66 68
SEMBELIHAN HALAL 4.1
Penjelasan Persoalan Penyembelihan Halal 4.1.1 Orang Yang Menyembelih 4.1.2 Binatang Yang di Sembelih 4.1.3 Peralatan Menyembelih
71 72 73 74
4.2
Bantuan Penyembelihan
78
4.3
Penerangan Proses Penyembelihan 4.3.1 Sebelum Penyembelihan 4.3.2 Ketika Penyembelihan 4.3.3 Selepas Penyembelihan
78
4.4
Demonstrasi Proses Penyembelihan melalui kumpulan
Latih Tubi Topik 4
81
Rujukan
85
vii |
D M H 3 0 0 3 2
1.0 PENGENALAN HALAL DAN HARAM
HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan konsep dan prinsip halal dan haram dalam Islam 1|
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
1.0
PENGENALAN HALAL DAN HARAM
Halal dan haram adalah dua hukum yang berlawanan diantara satu sama lain yang memberi impak ke atas sesuatu itu dibolehkan atau sebaliknya. Ianya sangat penting untuk difahami oleh setiap orang Islam dan manusia umumnya dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Sehubungan itu beberapa pengetahuan asas mengenai Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya SAW yang kemudiannya diperincikan pula oleh para ulama rahimahumullah mesti difahami kenapa sesuatu itu dibolehkan atau disebut sebagai harus dan dilarang atau disebut sebagai haram. Firman Allah SWT:
ِ بَْْال َفو ِم ّْللِْ َماْ َْلْْيُنزلْْبِِْه ْاإلثَْ َوالبَ غيَْْبِغَ ِْيْاْلَ ِّْقْ َوأَنْْتُش ِرُكواْ ِِب م ْ شْ َماْظَ َهَْرْ ِمن َهاْ َوَماْبَطَ َْنْ َو َْ اح َ ِّْق ُقلْْإَّنَاْ َحمرَْمْ َر اّللْ َماَْْلْتَعلَ ُمو َْن ُِْسلطَا ًْنْ َوأَنْْتَ ُقولُواْ َعلَىْ م Maksud: Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (al- A’raf: 33) Sabda Rasulullah SAW: Hadis dari Abi Abdillah al Nu’man bin Basyir r.anhuma berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
ِ اتْْ لَي ع لَ م ه منْْْ َك ثِ ي ِ ِ إِ ّنْْاْلَالَلَْْبَ ِّير ِ ْْم َنْْال ن ْ، ماس ُ ُ َ ْْوبَ ي نَ ُه َم اْأُمُ و ررْْمُ ش تَ بِ َه ر ر َ ْْو إ منْْاْلَ َرامَْْبَ ّير َ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِْْْوقَعَْْف َ ْْْوقَعَْْفْْالشُّبُ َه ات َ ْو َم ن، َ ْْوع رض ه َ فَ َم نِْْاتم قَ ىْالشُّبُ َه اتْْفَ قَ دْْاس تَْبَأَْْل د ي ن ه ِ ْ أَلَْْو إِ منْْلِكُ ِلْْم لِك، ِْ َك ال مراعِ يْي رعىَْْح ولَْْاْلِم ىْيو ِش كْْأَنْْي رت عْْفِ ي ه،ْ اْل را ِم َِْْْْحًىْأَل ُ َ ّ ََ َ َ َ َ َ ََ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ُّ ِ ِ م ْْْو إ ذَ ا َ َوإِنمِْْحَىْللا َ َس دْْمُ ض غَةًْْ إ ذَ اْصَ ل َ ُح تْْصَ لَ َحْْاْلَ َس دُْْْكُ ل ه َ ََْْمَا رمُ هُْْأَل َ َْْو إ نْْفْْاْل ِ َفَس َد تْْ فَس َدْْاْل س ُدْْْ ُك لُّهْْأَْل ْب ُ ُ ْْوه َيْْال قَ ل َ ََ َ َ 2|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Maksud: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhat (samar-samar), yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya, dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang mengembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia(Allah) haramkan. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah selu ruh jasad ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh badan jasad, ketahuilah bahawa ianya adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 1.1
Sumber Rujukan dan Metodologi Syariah Islam
Rajah 1.1
3|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
1.1.1
Sumber Rujukan Utama
Sumber yang disepakati Ialah sumber hukum atau masadir al Syariah yang disepakati (ittifaq) oleh para ulama dan tidak ada ikhtilaf ke atasnya iaitu al Quran, al Hadis, al Ijma’ dan al Qiyas. AL QURAN Kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan ke atas Nabi dan Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril, yang termaktub dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir, menjadi ibadah dengan membacanya yang di mulai dengan surah al Fatihah dan berakhir dengan surah al Nas.1
AL HADIS Segala apa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW samaada percakapan, perbuatan, ikrar dan penerangan sifat khalqiyyah dan khuluqiyyah Baginda saw.2
Rajah 1.2
1 2
Al Syeikh Muhammad Ali Al Sobuni,Al Tibyan Fi Ulum Al Quran. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Al Wasit Fi Ulum Wa Mustalahal Hadis.
4|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Hadis Mutawatir
Bahasa : berturut-turut Istilah : hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi pada setiap Tabaqat (zaman Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ al Tabi’in), yang mana bilangan ini mustahil pada akal bahawa mereka sepakat berdusta terhadap Rasulullah s.a.w
Hadis Ahad
Bahasa : satu Istilah : hadis yang yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir ataupun yang tidak sampai darjat mutawatir sama ada perawinya seorang atau pun ramai
Hadis Sahih
Hadis sahih ialah hadis yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit dan selamat daripada syaz dan juga kecacatan. Syarat Hadis Sahih 1. Bersambung sanad pd setiap tabaqat. 2. Perawi bersifat adil . 3. Penjagaan dan ingatan yang baik (hafaz dan tulis ) . 4. Tiada syaz dan illah (ganjil dan cacat). Tiada syaz : Tiada kejanggalan iaitu tidak bertentangan dengan riwayat hadis yang lebih kuat. Tiada illah : Tiada kecacatan iaitu tidak bertentangan dengan riwayat hadis yang lebih thiqah. Hadis Sahih Terbahagi Kepada Dua Iaitu: 1. Sahih lizatih: hadis yang kuat dengan sendirinya tanpa di perkuatkan oleh hadis lain. 2. Sahih lighairih: hadis yang bersandarkan kekuatan pada hadis yang lain, yang mana ia pada asalnya adalah hadis hasan.
5|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
AL IJMA’ Persepakatan semua ulama mujtahid dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. pada satu-satu zaman terhadap sesuatu hukum syara’.
AL QIYAS Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya, dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya, disebabkan ada persamaan antara keduanya dari segi illah (sebab yang membawa kepada sesuatu hukum).
1.1.2
Sumber Rujukan Kedua
Ialah sumber hukum yang tidak disepakati dan menjadi ikhtilaf di kalangan para ulama mujtahid. Hukum-hukum tersebut telah didirikan diatas dalil zanni yang secara umumnya ada tujuh iaitu Uruf, Masalih Mursalah, Saddu Zarai’k, Istihsan, Istishab, Ra’yu as Sahabah dan Syar’u Nabi-Nabi terdahulu. Ia merupakan ciri khas Islam dalam pengambilan sumber hukum yang bertujuan untuk menyelesaikan suatu masalah dengan pandangan dan metod yang berbeza. Uruf Bahasa : Makrifah yang bermaksud pengetahuan. Istilah : Majoriti yang berlaku atau adat pada sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Firman Allah SWT:
ِِ ِ ِ ِ ْي َ ْع ِنْال َجاهل َ ْوأَع ِرض َ ْوأ ُمرِْبلعُرف َ ُخذْال َعف َو
Maksud: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang jahil.
6|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
(al A’raf: 199) Sabda Rasulullah saw:
ِ ًْحسن ْس ِّي ْءر َ ْسّيِئًْاْفهوْعندْللا َ ْوماْرآهْاملسلمو َن،ْاْفهوْعندْللاْحس ُن َ َ ماْرآهْاملسلمو َن
Maksud: Apa-apa yang dipandang oleh orang Islam sesuatu itu baik maka ia di sisi Allah juga baik, dan apa-apa yang pandang oleh orang Islam sesuatu itu buruk maka ia di sisi Allah itu buruk.3 Contoh: 1. Uruf qauli : kebiasaan menggunakan kalimah lahm kepada daging tidak kepada ikan. 2. Uruf amali : kebiasan menjual beli tanpa lafaz ijab dan qabul 3. Uruf am : di seluruh dunia memasuki masjid tanpa menanggalkankasut di anggap menghina kemuliaan masjid. 4. Uruf khas: di Malaysia memasuki rumah orang Islam dengan menanggalkan kasut tetapi tidak di Eropah.
Masalih al Mursalah Bahasa : Mencapai kemaslahatan Istilah : Menarik manfaat dan menolak kemudharatan. Setengah ulama’ menamakannya dengan Istislah ( )اإلستصالحyang bermaksud beramal dengan kebaikan bagi perkara yang tidak ada dalil syara’ yang mengatakan ianya diambil kira atau tidak. ُ )مِ ْن َحيterbahagi Maslahah dari kekuatan pada dirinya (ْث قُ َّوتِها في ذاتها kepada tiga bahagian iaitu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat yang bermaksud: 1. Dharuriyyat ()ضرورّّيت: keperluan asasi samaada berkaitan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. 2. Hajiyyat ()حاجيّات: keperluan kebaikan dan kebiasaan bagi menghindarkan kesempitan hidup tetapi tidak cacat dan tidak hilang kehidupan tanpanya. 3. Tahsiniyyat (حتسينيّات ْ ): kesempurnaan dan ianya bermaksud maslahah untuk mendirikan adat yang baik dan akhlak yang mulia. 3
Dr. Wahbah Zuhaili, Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya secara mauquf kepada Abdullah Ibnu Mas’ud, Usul al Fiqh al Islami.
7|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Contoh: Himpunan Al Quran dalam satu mushaf oleh Abu Bakar al Siddiq r.a dan membentuk jabatan-jabatan yang khas dalam pentadbiran kerajaan oleh Umar al Khattab r.a dan lain-lain. Sadd al Zarae’i Bahasa : Menutup jalan yang menyampaikan kepada sesuatu. Istilah : Menutup jalan-jalan yang membawa kepada keburukan. Definisi kalimah al-Zaraei’: Ia adalah kata jama’ dari perkataan zari’ah yang bermaksud jalan. Ia merupakan jalan yang membawa kepada mafsadah ataupun maslahah. Namun begitu penggunaannya lebih banyak kepada jalan yang membawa kepada kerosakan. Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan ataupun keburukan. Antara yang dipakai dalam usul fiqh ialah Ma la yutimmul wajib illa bihi fahuwa wajib() َو َما ََل يَتِ ُّم ْال ُوجُوبُ َّإَل ِب ِه فهو واجب Maksud “suatu yang wajib tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan melakukan sesuatu yang lain terlebih dulu, maka sesuatu yang lain terlebih dahulu itu hukumnya menjadi wajib”. Contoh : 1. Menunaikan fardhu haji itu wajib: maka bagi orang yang mampu nafkahnya, wajib mencari jalan untuk sampai ke Mekah bagi menunaikannya. 2. Sembahyang Jumaat itu fardu: maka meninggalkan kerja atau berniaga semasa masuk waktu Jumaat hukumnya wajib. Oleh itu haram berjual beli masa itu bagi orang yang wajib Jumaat kerana tidak sempurna fardu Jumaat itu kecuali dengan meninggalkan jual beli. 3. Menjalankan hukum syara’ ke atas umat Islam hukumnya wajib, maka tidak dapat dijalankan hukum syara’ tersebut melainkan dengan adanya kuasa atau kerajaan. Dari itu menubuhkan sebuah kerajaan yang mahu menjalankan syaria’t Islam itu adalah wajib. 4. Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk mengelakkan berlakunya zina.
8|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
5. Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang lain untuk mengelakkan permusuhan dan kebencian. Istihsan Bahasa : Menganggap sesuatu itu baik. Istilah : Berpaling dari mengamalkan hukum kulli(general) kepada hukum ististna’i (exceptional). Firman Allah S.W.T:
ِ الم ِذينْيست ِمعو َنْال َقوَْلْفَي تمبِعو َنْأَحسنَْهْأُولَئِ م ِ ْهمْأُولُواْاألَلب ْاب ْْه َد ُاه ُم م َ ِْاّللُْ َوأُولَئ َ َُ ُك َ ين ُ َ ُ َ ََ َ َ كْالذ
Maksud: Iaitu orang orang yang mendengarkan kata, maka diturutinyalah mana yang baik (paling baik). Merekalah orang orang yang dipimpinlah oleh Allah, dan merekalah orang orang yang mengerti. (az-Zumar: 18) Contoh : Wanita berhaid harus membaca al Quran berdasarkan istihsan dan haram berdasarkan al Qiyas. Haram : diqiyaskan kepada orang berjunub yang mana illahnya ialah sama-sama tidak suci yang diharamkan membaca alQuran. Harus: berdasarkan istihsan yang mana haid dengan junub tidak sama dari segi waktu, masa haid lama dan junub sekejap.
Istishab Bahasa : bersama atau bersahabat. Istilah : sesuatu yang kekal keadaan hukumnya selama mana tiada sesuatu yang boleh mengubahnya atau menetapkan hukum yang telah berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu melainkan terdapat nas yang mengubahnya. 4
4
Dr. Wahbah al Zuhaili,Usul al Fiqh al Islami.
9|
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Asal pada sesuatu perkara adalah harus berasaskan kepada firman Allah SWT:
ِ ِ يْخلَ َقْلَ ُكمْم ِ اْفْاألَر ........ْج ِم ًيعا َ ُه َوْالمذ َ ض
Maksud: Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu (al-Baqarah: 29) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila timbul keraguan salah seorang kamu dalam solatnya, yang mana dia tidak tahu (bilangan rakaatnya) sama ada tiga atau empat, maka hendaklah dibuang keraguan itu dan binakanlah di atas rakaat yang dia yakin, kemudian hendaklah dia sujud dua kali sebelum memberi salam. (Riwayat Muslim) Dapat difahami dari hadis tersebut bahawa perintah Rasulullah s.a.w supaya dibina rakaat di atas yang apa diyakini itulah yang dikatakan Istishab. Oleh itu berdalil dan beramal dengan konsep Istishab ini adalah pendapat Jumhur ulama’, termasuk Imam al Syafie, Imam Ahmad, kebanyakan sahabat Imam Malik dan sebahagian dari ulama’ Mazhab Imam Hanafi.5
Ra’yu al Sahabah Takrif di sisi ulama’ Usul Fiqh, Sahabat ialah: Mereka yang bertemu dengan Nabi s.a.w dan beriman serta meninggal dalam Islam Sabda Rasul s.a.w.:
ِم ِم ينْيَلُوََنُْم َ ينْيَلُوََنُمْثُمْْالذ َ َخيُْأُم ِِتْقَرِِنْثُمْْاْلذ
Maksud: Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. (Riwayat al-Bukhari) Para ulama’ telah menetapkan bahawa pendapat para sahabat adalah merupakan ijtihad dan tidak menjadi hujjah pula ke atas sahabat yang lain, kerana sememangnya berlaku khilaf dikalangan para sahabat dalam beberapa permasalahan. 5
Mohd Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam,131.
10 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Syariat Nabi-Nabi Terdahulu Iaitu syariat atau ajaran ajaran Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w yang berkait dengan hukum seperti syariat Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain. Manakala syariat-syariat yang di turunkan kepada mereka itu, apakah berlaku pula bagi umat Nabi Muhammad saw Firman Allah SWT:
ِم ِم ِ ِ ِ ْين ِْمنْقَبلِ ُكمْلَ َعلم ُكمْتَتم ُْقو َن َ ب َ ب ّ ْعلَي ُك ُم ُ َْالصي َ ْعلَىْالذ َ امْ َك َماْ ُكت َ ينْءَ َامنُواْ ُكت َ َّيْأَيُّ َهاْالذ
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183) Menurut Abdul Wahhab Khallaf, syariat kita hanyalah memansukhkan dari syariat-syariat yang terdahulu yang mana hukum hakamnya yang bertentangan dengannya sahaja. Al Quran apabila ia menceritakan kepada kita hukum syara’ yang terdahulu tanpa dinaskan pemansuhannya maka ia menjadi syariat bagi kita secara tidak langsungnya.6
6
1.1.3
MS 2393 Prinsip Islam dan HalalDefinisi dan Penjelasan Istilah
1.1.4
Edict (fatwa) issued by Federal and State Level (Lihat Lampiran)
MS 2393 PRINSIP ISLAM
https://e-smaf.islam.gov.my/
Abdul Wahhab Khallaf, Usul al Fiqh, ms 94.
11 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
1.2 Penerangan Syariah Islam
1.2.1
Definisi Syariah Islam
Bahasa : Aliran dan jalan yang lurus (The doctrine and the straight way). Istilah : Hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk hambanya, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat dan sistem kehidupan dalam pelbagai aspek bagi menjadi peraturan hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia demi untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.7 Undang-undang Syariah ialah perintah dan peraturan Allah yang berkaitan dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Undang-undang Syariah ini adalah komunikasi dari Allah mengenai perilaku mukallaf yang terdiri dari perintah dan larangan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu taklifi dan wadh'i. Undang-undang Syariah yang ditakrifkan oleh undang-undang Malaysia bermaksud undang-undang Islam dalam Mazhab Shafie atau undang-undang Islam yang terdiri dari Mazhab Maliki, Hanbali dan Hanafi dan lain-lain yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan atau Penguasa mana-mana Negeri yang berkuatkuasa di negeri itu atau fatwa yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Islam.
7
Manna’ al-Qattan, al Tasyri’ wal Fiqh fil Islam, 13.
12 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
1.2.2
Kategori Undang-undang Syariah.
Rajah 1.3
Hukum Taklifi
Hukum taklifi adalah merupakan hukum tugasan yang menetapkan arahan supaya melakukan sesuatu perkara atau arahan meninggalkannya atau memilih di antara melakukannya atau tidak. Ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Wajib Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa meninggalkannya. Contohnya seperti amalan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan dan sebagainya, firman Allah SWT: ِ ًْ نيْكِتٰبًاْم وقوت ْإِنمْال م َ تْعلَىْاملؤم َ َص ٰلوَةْكان
ُ
Maksud: Sesungguhnya solat (sembahyang) itu merupakan kewajipan yang telah ditetapkan atas orang-orang beriman yang tertentu waktunya. (an-Nisa’: ayat 103)
13 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Sunat Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya, solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya. Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk menampung mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang sempurna. Di akhirat kelak, apabila setiap insan dihadapkan ke muka pengadilan Allah, setiap amalan wajib akan dinilai kesempurnaannya. Jika kurang sempurna, maka ditanya pula tentang amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan puasa sunat untuk menampalkan kekurangan pada amalan yang wajib.
Haram Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkan dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan halal. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW:
ِ اْلالَ ُلْبِيْواْلرامْبِيْوب ْات ْمشتَبِ َه ر َ يْذَل َ َ َ َ َّ ر َ ََ ُ َّ ر كْأ ُُم ر ُ ور
Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar). (Riwayat Tirmizi: no.1205) Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan-perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim, menilik nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram, Berjudi, mendedahkan aurat dan lain-lain. Makruh Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya. Amalan makruh seperti memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan
14 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh. Nabi SAW sendiri menggemari amalan-amalan sunat dan membenci perbuatan makruh yang mendekati haram. Ibadat seperti solat yang dilakukan pada waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah makruh seperti ketika matahari berada tegak di atas langit, terbit dan juga ketika terbenam. Harus Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti bersiar-siar, makan, minum dan sebagainya.
Hukum Wadh’i
Hukum wadh'i boleh ditakrifkan sebagai hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya. Ketiga-tiga perkara ini iaitu sebab, syarat dan halangan dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh.
Sebab Sebab terbahagi kepada dua iaitu sebab al waqti dan al-ma’nawi. 1. Sebab al-waqti ialah seperti masuknya waktu solat yang dijadikan syariat sebagai sebab wajib solat, firman Allah SWT:
ِ ُصال َةْلِ ُدل ِ وكْالشمم ْسْإِ ََلْ َغ َس ِقْاللمي ِل أَقِِمْال م
Maksud: Dirikanlah salat dari sesudah matahari tergelincir. (al-Isra`: 78)
15 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
2. Sebab al-ma’nawi, seperti mabuk pengharaman arak, sabda Rasul saw:
sebagai
penyebab
ِ ىْاّلل ْْحَر رام َْ ْمسكِر َْ ِْاّلل ْ ْعنْاب ِن ُ ال َْر ُس َ َالْق َ َْعُ َمَرْق ول م َ ْوُك ُّل َ ُ ْصلم م َ َْسلَ َمة َ ْخر ُ ْو َسلم َمْ ُك ُّل َ َعنْأَِب َ ْعلَيه َ ْخرر
Maksud: Hadis dari Abu Salamah dari Ibnu Umar dia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Setiap yang memabukkan adalah khamr, dan semua jenis khamr adalah haram." (Riwayat Muslim, Ahmad Ibnu Hambal dan Ashab Al-Sunan) Syarat Firman Allah SWT:
ِ ِ َتْم ِنْاستط ِ ِ ِ وِمّللِْعلَىْالن ْ ْسبِي ًال َ َ َ ماسْح ُّجْالبَ ي َ َ اعْإلَيه
“……. dan mengerjakan haji di Baitullah adalah kewajipan manusia thadap Allah (iaitu) bagi sesiapa yang mampu menyiapkan diri menuju ke arahnya…….” Dalam ayat ini Allah SWT telah menjadikan kemampuan mengerjakan haji sebagai syarat bagi wajibnya haji, dengan maksud sesiapa yang tidak memenuhi syarat kemampuan tersebut maka kewajipan haji tidak tertanggung olehnya.
Halangan Dari Ali bin Abi Talib r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ِ ْحَّتْي ِ ص م ِ ِ ِ ْعنْالن:عْالقلمْعنْثالثة ْعق َل ْوعنْال م،ظ َ ْحَّتْيستيق مائم م َ ْوعنْاجملنون م،يبْحَّتْحيتل َم ُ َ ُرف
Maksud: Diangkatkan qalam (tidak dikenakan dosa) ke atas tiga golongan: orang yang tidur sehinggalah dia jaga (dari tidurnya), kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan orang gila sehinggalah dia sedar (dari gilanya). Menerusi hadis ini, baginda saw telah menjadikan tidur, kecil (usia muda) dan gila sebagai mani' atau halangan daripada dikenakan dosa terhadap tindakan yang bersalahan dengan syarak.
16 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Sah Sah bermaksud sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak. Contohnya syarat sah solat adalah suci daripada hadas besar dan hadas kecil. Amalan-amalan sama ada yang wajib ataupun yang sunat apabila tidak cukup rukun atau syaratnya dianggap batal atau tidak sah. Ia tidak akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah dan dianggap sia-sia sahaja. Hal ini menampakkan kejahilan seseorang itu dalam melaksanakan amal ibadahnya. Batal Maksud batal adalah sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak. Contohnya seperti orang yang berpuasa di bulan Ramadhan yang tidak berniat puasa.
17 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
1.2.3
Skop Perbahasan Syariah Islam
Akidah Aqidah Bahasa : ikatan atau menyimpulkan sesuatu. Istilah : kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh sebarang pengaruh sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Aqidah Islam ialah beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab, rasul, hari qiamat, qada’ dan qadar dan ianya adalah dari Allah SWT. Syariah@ Fiqh Syariah Bahasa : Faham Istilah : Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan orang-orang mukallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang nyata dan jelas iaitu al Quran, al Sunnah dan pecahan daripada keduanya yang terdiri daripada ijma’ dan ijtihad.8 Akhlak Akhlak Bahasa : Perangai, tabiat, budi pekerti dan sifat seseorang. Istilah : Suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dari sifat tersebut timbul satu perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran dan pertimbangan akal terlebih dulu.
8
Al Fiqh al Minhaji, Jld. 1, ms 7.
18 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islam
Rabbaniyyah Rabbaniah Perkataan Rabbaniyyah ialah kata nama yang berasal dari perkataan Rabb yang bermaksud Ketuhanan iaitu Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir. Dikatakan segala perbuatan manusia itu sebagai Rabbaniyyah apabila adanya hubungan yang kuat ( )وثيق الصلةdengan Allah SWT, yang memahami segala benda melalui agama Islam, menerima dan mengajar ajaran berpandukan Kitab al Quranul Karim, firman Allah SWT:
ِ ِ ِ ِ ْْوبِ َماْ ُكنتُمْتَد ُر ُسو َن َ َِّولَٰكنْ ُكونُوا َْرمِبني َ َيْبِ َماْ ُكنتُمْتُ َعلّ ُمو َنْالكت َ اب
Maksud: akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (Aali-Imran: 79 ) Di dalam Islam digalakkan merantau keseluruh pelusuk bumi dan memanfaatkan apa yang baik yang diperolehi darinya. Semua itu bertujuan supaya manusia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan melaksanakan segala haknya, firman Allah SWT: Maksud: "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun". (al-Saba’: 15) Semua perkara di dalam Islam yang terdiri dari perundangan, bimbingan dan kaunseling ( وتوجيه وارشاد تشريعLegislation, guidance and counseling) yang bermaksud menjadikan manusia sebagai hamba Allah yang hidup ikhlas kerana Allah dan tidak ada Tuhan yang lain selain Allah. 9 9
Dr. Yusuf al Qardhawi, Madkhal Lima’rifatil Islam, ms 134.
19 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Dari ini akan terbentuklah negara yang masyarakatnya hidup menegakkan agama Allah SWT, bersyukur dengan segala nikmat kurniaanya dan menunaikan pula segala hak-hak-Nya. Alamiyyah Alamiyyah Alamiyyah yang bererti kesejagatan (universal) yang bermaksud sesuai untuk semua lapisan manusia dan tempat. Islam merentasi semua bangsa samaada ianya orang Arab, Melayu, Cina, India, orang Asli, Badwi dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya, ia juga sesuai untuk semua zaman samaada zaman Rasulullah saw atau zaman teknologi moden yang canggih ini (timeless and borderless). Kesesuaiannya adalah sehingga ke hari kiamat. Pelaksanaan sistem Islam dan misinya juga tidak terhad pada sempadan benua dan rupa bentuk. Manusia menurut pandangan Islam adalah sama, tidak ada batas pemisah di antara mereka. Segala urusan di dunia ini ada hubungnnya dengan Akhirat dan kehadiran manusia di dunia hanya sebagai transit atau bersifat mu’aqqat, wadah yang sebenarnya adalah menyiapkan bekalan yang secukupnya bagi menghadapi kehidupan yang kekal abadi di Akhirat, firman Allah SWT :
ِ ِ ِ َ َوَماْْأَر َسلن ْي َ ْْرح َم ًةْْلّل َعالَم َ اكْْإمل َ
Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutus kamu,melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. (al-Anbiya’:107) Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit dan keturunan serta segala keperluan mereka sepanjang zaman dan tempat. Syumuliyyah Shumuliyyah Syumuliyyah ( )شموليةbermaksud ajaran Islam adalah lengkap dan menyeluruh (comprehensive). Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa
20 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
terkecuali, iaitu dari sekecil-kecil perkara sampailah ke sebesarbesar urusan. Ianya merangkumi semua dimensi kehidupan yang meliputi setiap zaman dan tempat, tanpa mengira warna kulit dan kedudukan. Risalah Nabi Muhammad saw bukan untuk bangsa yang khusus, atau negara tertentu dan tidak juga untuk golongan tertentu, samaada golongan kaya dan sederhana mahupun hamba, firman Allah SWT:
ۤ ِول م ْج ِم ًْيعا ُ ماسْإِِِّن َْر ُس َ ْاّللْإِلَي ُكم َ قُل ُ ّْيْأَيُّ َهاْالن
Maksud: Katakanlah, wahai manusia! sesungguhnya aku (Nabi Muhammad saw) adalah utusan Allah kepada kamu semua (al-A’raf: 158) Syariah Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Pencipta, hubungan manusia sesama manusia dan juga hubungannya dengan makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala kepentingan manusia samada dalam bentuk dharuriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciriciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan agama dalam konteks kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi untuk mencapai ketamadunan dan kegemilangan dalam kehidupan. Waq’iyyah Waqi’iyyah Perkataan waq’iyyah bermaksud realistic iaitu ajaran Islam bersifat praktikal dan realiti. Ianya bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia dan sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia. Islam diturunkan untuk dipraktikkan disemua tempat dan masa, yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti kehidupan berkeluarga, perhubungan sesama manusia, ekonomi, urusan politik dan seumpamanya. Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang berkait dengan persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya. Dalam menetapkan sesuatu hukum, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, keadaan setempat dan adat yang
21 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
diamalkan. Umpamanya jikasesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu tatabudaya tertentu dalam menjalankan aktivit iekonomi atau perniagaan antara mereka, tiada sebarang keburukan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Islam tidak memerintah manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syaratsyaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak, firman Allah SWT:
ِ ِ َْاآلخرةَْوَْلْتَنسْن ِ ك ِْم َنْالدُّن يَا يماْءَ َات َك م َ َصيب َ ْاّللُْالد َ واب تَ ِغْف َ َ َ مار
Maksud: dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi. (al-Qasas: 77) Ringkasnya semua bukti menunjukkan bahawa Islam adalah realistik, malah telah berjaya diamalkan dengan baik sehingga Islam dapat membina tamadun yang cemerlang serta menjadi pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan. Tsabitah dan Murunah Tsabitah dan Murunah Tsabitah bermaksud tetap atau tidak berubah (immutable). Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan pelaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep tsabitah adalah aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara qat’i (pasti) dalam al Quran dan al Sunnah. Konsep tsabitah dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah SWT yang Maha Esa dan tiada sekutubagi-Nya. Ianya adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad
22 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam alQuran dan al Hadis seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkara-perkara yang dijelaskan oleh al Quran dan al Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bilabila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep altsabitah. Al murunah (flexible) yang bermaksud keanjalan yang boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Terdapat perkaraperkara far’ei iaitu ranting dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah kehidupan manusia. Sebagai contoh, solat adalah perkara yang wajib dilaksanakan dalam Islam mengikut ketetapan rukun. Walau bagaimanapun ada pula hukum rukhsah, iaitu satu bentu kemudahan yang membenarkan solat dilaksanakan secara jama’ atau qasar bagi yang bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan mengutamakan kemudahan dan keselesaan kepada penganutnya, firman Allah SWT:
ِ يد م ْيدْبِ ُك ُمْالعُسَر ُ ْوَلْيُِر ُ يُِر َ ْاّللُْب ُك ُمْاليُسَر
Maksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu (al-Baqarah: 185)
Matlamat Umum Syariah Islam (Maqasid al Syariah)
Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai makna-makna dan tujuan-tujuan yang dititikberatkan dalam semua hukum atau sebahagian besarnya atau ialah matlamat dari syariat dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syariat Islam dalamsetiap hukum.10 Maqasid al-Syari'ah dikalangan ulama Usul Fiqh disebut juga dengan Asrar al-Syari'ah, iaitu rahsia-rahsia yang terdapat di
10
Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Jld. 2, ms. 1017.
23 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
sebalik hukum yang ditetapkan oleh syara’, yang berupa kemaslahatan bagi umat manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Maqasid al-Syari'ah dapat diertikan juga sebagai tujuan dan objektif yang hendak dicapai dari suatu penetapan hukum. Dr. Mahmood Zuhdi menyatakan bahawa maqasid al syari’ah adalah bukan satu method tetapi pendekatan.11 Pada umumnya maqasid al-syari’ah bertujuan menyelamatkan dan memelihara lima perkara asas kepada kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
Memelihara Agama Ianya bermaksud bahawa segala perundangan Islambertujuan menghindarkan manusia dari berlakunya syirik kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi murtad dari agama Islam. Setiap Muslim dan muslimat wajib memelihara dan mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada murtad. Syariat Islam sentiasa memelihara penganutnya dengan dasar-dasar Islam yang teguh dari terjerumus kepada syirik dan kekufuran. Hukuman yang telah ditetapkan di dalam Islam bagi kesalahan murtad contohnya ialah penjara sehingga bertaubat, sekiranya enggan bertaubat maka hukuman mati akan dilaksanakan. Memelihara Nyawa
Nyawa adalah amanah dari Allah SWT yang wajib dijaga demi meneruskan kelangsungan hidup sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Seseorang yang sengaja membiarkan kehilangan nyawanya sendiri atau orang lain adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan berdosa besar. Firman Allah SWT: ِ ْاّلل ِ ومنْي قتُل ِ اْمَت ع ِم ًداْفَجز ُآؤهْجهنممْخالِ ًداْفِيه ْع ِظ ًيما َ ْع َذ ًاِب َ َُعدمْْلَه َ ْعَليه َْولَ َعَنهُ َْوأ َ ُب م َ ُ َ َ ُ َ َ ّ َ ُّ ْمؤمًن ُ َ ََ َ َ َ اْو َغض 11
Dr. Mahmood Zuhdi bin Abd Majid, Maqasid Syariah Sebagai Pendekatan Bagi Realisasi Ajaran Islam DiMalaysia: Satu Prospek.
24 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Maksud: dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam(neraka), kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya. (al-Nisa’: 93) Memelihara Akal Akal adalah anugerah dari Allah SWT yang teristimewa dan paling penting pada diri seseorang manusia. Baik dan buruk, maju dan mundur seseorang itu ditentukan melalui akal fikirannya manusia yang waras. Islam sangat memberi penekanan terhadap pemeliharaan akal dan mencegah sama sekali unsur-unsur yang boleh merosakkan fungsi akal fikiran seperti pengambilan minuman keras, dadah dan sebagainya. Memelihara Harta Islam telah meletakkan undang-undang bagi mencegah berlakunya pencerobohan dan kecurian keatas harta benda. Harta benda adalah amanah yang wajib dijaga dengan sebaik mungkin. Islam menggariskan panduan-panduan bagaimana cara memprolehiharta dan begitu juga cara membelanjakannya. Bagi keselamatan harta benda Islam memperkenalkan hukuman yang mesti dikenakan keatas pesalah mencuri, sebagaimana firman Allah SWT: ِوال مسا ِر ُقْوال مسا ِرقَةُْفَاقطَعواْأَي ِدي هماْجزآءْبِماْ َكسباْنَ َك ًال ِْمن م ْْحكِ ر يم ْو م َ ُاّلل َ ْع ِز ريز ََ َ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َ ْاّلل َّ َ Maksud: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah: ayat 38) Memelihara Keturunan Menjaga keturunan adalah tanggungjawab yang mesti diberi perhatian supaya seseorang itu terselamat dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anakanak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak berlaku. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat
25 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
dan rejam, sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin as-Somit r.a.: ِ ْبِْبلثيب ُْ ِّْوالثمي،ْسنَة َ ْخ ُذو،اْعين ُخ ُذو ُ ْقدْ َج َع َل،اْعين ُ َ رْجل ُدْمائةْونَف ُي َ ْالبِكُرِْبلبِك،ْاّللْ ََلُ منْسبيال جلدْمائةْوالرجم Maksud: "Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun, dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
1.4
Pengenalan Empat Imam Mazhab 1.4.1
Hanafi (80H – 150H)
Al Nu’man bin Thabit bin Zautha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi. Dilahirkan pada tahun 80H / 699M di Kufah dan wafat pada tahun 150H di Baghdad. Hidup dalam generasi tabi’ tabi’in dan ada pendapat yang mengatakan at tabi’in. Berketurunan Parsi dan dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan berbangsa orang Arab.Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di bawah Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari keturunan Bani Umaiyyah kelima dan beliau telah hidup di dua zaman kerajaan Islam iaitu Amawiyyah dan Abbasiyyah. Bekerja sebagai peniaga kain di Kufah (Tajir Qumash bil Kufah). Usul mazhab ialah al Kitab, sunnah, ijma’, qiyas dan istihsan. Kitab karangan yang masyhur ialah Fiqhul Akbar dan Musnad. Dikatakan beliau telah berjumpa Anas bin Malik dan telah meriwayatkan daripadanya hadis “”طلب العلم فريضة على كل مسلم. Anak muridnya yang terkenal ialah Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Abu Huzail dan Hasan bin Ziyad. Masyhur dengan gelaran Hanafi kerana beberapa sebab antaranya ialah kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
26 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Sebab kedua ialah dikatakan bahawa semenjak kecil lagi beliau sangat tekun belajar dan menghayati setiap ilmu yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif iaitu sangat cenderungnya pada hal-hal berkaitan agama. Dari sebab inilah beliau masyhur dengan gelaran Abu
1.4.2 Maliki (93H – 179H) Hanafi (80H – 150H) Nama asalnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Lahir di Madinah pada tahun 93H dan wafat di Madinah pada tahun 179H. Hidup di dua masa kerajaan Amawiyyah dan Abbasiyyah. Beliau merupakan guru kepada Imam al Syafi’i. Kitab karangannya yang terkenal ialah Muwatta’ (hadis dan fiqh).Usul mazhabnya ialah al Kitab, al Sunnah, amal Ahlul Madinah, Masoalih al Mursalah, Qaul assahabi dan Istihsan. Anak muridnya (Talamiz) yang masyhur di Mesir ialah Abu Abdullah, Asyhab bin Abdullah al Qaisi. Di Maghribi ialah Abul Hasan al Tunisi, Abu Abdullah al Qurtubi(Andalus), di Hijaz dan Iraq ialah Abu Marwan, Abu Ishaq dan lain-lain. Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor. Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu. Kerana ketegasannya itu juga, dia telah dihukum sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah.
27 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Imam al-Laits, seorang alim yang menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.” 1.4.3
Syafi’ie (150H – 204H)
Abu Abdullah, Muhammad bin Idris al Qursyi al Hasyimi. Nasabnya berhubung dengan Rasulullah saw pada datuknya Abd Manaf. Dilahirkan di Ghazzah, Palestin atau Syam pada tahun 150H iaitu pada tahun wafatnya Abu Hanifah. Beliau wafat di Mesir pada malam Jumaat, iaitu pada akhir bulan Rajab tahun 204H dan dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat tersebut, makamnya terletak di perkuburan kaki Bukit Muqattam. Penghijrahan beliau bermula dari palestin ke Mekah, Madinah, Yaman, Baghdad dan akhir sekali Mesir. Penghijrahan ke Mekah ketika beliau berumur 2 tahun dan di Mekah beliau menjadi murid kepada Muslim bin Khalid al Zanji, dibenarkan mula mengeluarkan fatwa pada umur 15 tahun. Kemudian berhijrah ke Madinah dan berguru dengan Imam Malik dan menghafaz kitab Muwatta’ dalam tempoh 9 malam. Berhijrah ke Yaman dan kemudiannya ke Baghdad pada tahun 183H – 195H. Imam Ahmad bin Hanbal telah berjumpa dengan Imam Syafi’ie di Mekah pada tahun 187H dan bertemu pula di Baghdad pada tahun 195H dan mempelajari darinya fiqh dan usulnya. Di Baghdad Imam Syafi’ie telah mengarang kitabnya yang diberi nama “al Hujjah” yang kemudiannya dikenali dengan “Mazhab al Qadim”. Beliau seterusnya berhijrah ke Mesir pada tahun 200H dan melahirkan“Mazhab al Jadid” dan kitab karangannya semasa di Mesir ialah “Al Risalah” dalam Usulfiqh dan “al Umm” dalam fiqh. Usul Mazhab beliau ialah al Quran, al Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
28 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
• Makkah: 186H – 195H • Baghdad: 195H – 197H • Mesir: 199H – 204H
Hanbali (164H – 241H)
1.4.2
Beliau ialah Abu Abdullah, Ahmad bin Hanbal bin Hilal, dilahirkan pada 164H dan wafat pada 241H di Baghdad. Merantau untuk menuntut ilmu ke Kufah, Basrah, Makkah, Madinah, Yaman, Syam dan Jazirah. Belajar dengan Imam Syafi’ie semasa di Baghdad. Seorang ahli hadith (muhaddithin) yang beramal dengan khabar ahad bila sah sanadnya. Usul Mazhab beliau ialah fatwa Sahabi, ijma’, qiyas, istishab, masoalih al mursalah dan saddu al zaraei’. Beliau tidak mempunyai kitab karangan dalam ilmu fiqh dan para ashabuhu mengambil dari kata-kata, perbuatan dan soal jawab beliau. Namun begitu beliau mempunyai kitab “Musnad” dalam hadith yang mempunyai hampir 40,000 hadis. Imam Ahmad telah berjumpa dengan Imam Syafi’e sebanyak 2 kali dan mempelajari darinya ilmu fiqh dan usulnya, iaitu kali pertama mereka bertemu:
di Mekah pada tahun 187H dan bertemu pula untuk kali kedua di Baghdad pada tahun 195H.
Pada masa pemerintahan Khalifah al Ma’mun, beliau telah mengarah Imam Ahmad supaya mengatakan bahawa “al Quran itu makhluk”, beliau enggan dan sanggup menerima hukuman dengan disebat dan dipenjara kerana perkara tersebut.
29 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
LATIH TUBI Bahagian A: Soalan Objektif Jawab semua soalan 1. Maksud: “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang”. (Riwayat Bukhari & Muslim). Ayat di atas menerangkan….. A. Kepentingan mencari perkara yang halal B. Kepentingan mengetahui perbezaan halal, haram & syubhah dari segi istilah C. Perkara yang syubhah boleh menjejaskan perkara yang halal dan haram D. Ramai orang hanya mengambil berat perkara yang halal dan mengetepikan yang syubhah 2.
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber utama undang-undang Islam (Syariah)?
A. B. C. D.
Sumber hukum yang disepakati ulama terdahulu Sumber hukum yang disepakati ulama kontemporari Sumber hukum yang mengandungi Al-Quran dan Al-Hadis sahaja Sumber hukum yang mengandungi Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak & Qiyas
3.
Bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis, perawi mestilah bersifat….
I. II. III. IV.
Adil Kuat ingatan Lelaki Tiada shaz(ragu)
A. B. C. D.
I, II & III I, II & IV II, II & IV I, II, III & IV
30 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
4.
Sumber hukum yang disepakati sebahagian ulama. Didirikan atas dalil zanni.
Yang mana satukah antara berikut TIDAK berkaitan dengan perkara berikut. A. Istihsan B. Istishab C. Masolihul Mursalah D. Nasikh Mansukh 5.
Maksud: “Suatu yang wajib tidak dapat dilaksanakan, melainkan dengan melakukan sesuatu yang terlebih dahulu itu hukumnya wajib.
Situasi yang sesuai bagi menerangkan maksud hadis tersebut ialah… A. Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang Iain untuk mengelakkan permusuhan B. Hukum menuntut ilmu ke atas wanita C. Suruhan untuk meninggalkan amalan wajib ketika berhadas besar D. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran dimansuhkan kerana hukum berubah 6.
Hukum syariah terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan hukum wadhi’. Pilih padanan yang sesuai dan tepat . I II III IV
A. B. C. D.
Taklifi Wajib Sunat Haram Harus
Wadh’i Sebab Syarat Halangan Batal
I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
7.
Berikut merupakan amalan-amalan yang makruh dilakukan KECUALI…..
A.
Memakan bawang mentah sebelum bersolat Jemaah tanpa berkumur Solat ketika matahari terbenam Berkumur secara berlebihan di bulan puasa Menilik nasib
B. C. D.
31 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
8.
Bagaimanakah sesuatu perbuatan itu dikira sah dari sudut syarak?
A. B.
Amalan tersebut cukup rukun dan sempurna syaratnya Amalan tersebut dilaksanakan dengan ikhlas sekalipun ada rukun yang tidak sempurna Amalan tersebut dilakukan secara istiqamah Amalan tersebut boleh dilakukan di setiap waktu dan ketika
C. D.
Beliau dikenali sebagai Al-Nu’man bin Thabit. Lahir di Kufah pada tahun 80H(699M). Berketurunan Parsi Hidup di era Kerajaan bani Uthmaniyyah
9.
Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas?
A. B. C. D.
Imam Syafi’ie Imam Maliki Imam Hanafi Imam Hanbali
10.
Maqasid Syariah bertujuan memelihara perkara-perkara yang menjadi asas dalam kehidupan manusia iaitu…
I. II. III. IV.
Keselamatan masa Keselamatan nyawa Keselamatan harta Keselamatan maruah
A. B. C. D.
I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
32 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Bahagian B: Soalan Struktur 1.
Syariah merupakan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Allah SWT kepada manusia bertujuan untuk dijadikan panduan hidup hingga ke hari kiamat. Sumber rujukan yang utama bagi syariah ialah ….. I. __________________________________________________________________ II. __________________________________________________________________ III. __________________________________________________________________ IV. __________________________________________________________________
2.
Nyatakan 5 kategori hukum taklifi (hukum tugasan yang menetapkan arahan sesuatu itu perlu dilakukan atau ditinggalkan). I. __________________________________________________________________ II. __________________________________________________________________ III. __________________________________________________________________ IV. __________________________________________________________________ V. __________________________________________________________________
3.
Sebutkan 3 klasifikasi hadis berdasarkan sifat perawi hadis(kualiti) I. __________________________________________________________________ II. __________________________________________________________________ III. __________________________________________________________________
4.
Nyatakan definisi Syariah Islam dari segi bahasa & istilah I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________
5.
Sebutkan 4 ciri-ciri keistimewaan Syariah Islam. I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ IV. ________________________________________________________________ V. ________________________________________________________________
33 |
D M H 3 0 0 3 2
2.0
PRINSIP DAN AMALAN HALAL PRINSIP HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN CLO 1 : Menjelaskan konsep dan prinsip halal dan haram dalam Islam 34 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
2.0
2.1
PRINSIP HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM
Definisi Halal, Haram dan Makruh
Halal : ialah perkara mubah (dibolehkan) yang terbuka dari ikatan bahaya/larangan dan syari’at mengizinkan untuk melakukannya. Haram : ialah perkara yang ditegah oleh syara’ dari melakukannya dengan tegahan yang sungguh-sungguh’, yang mana sesiapa melakukannya akan mendapat balasan buruk di hari akhirat, dan kadang-kadang balasan tersebut boleh juga dikenakan di dunia mengikut perundangan syari’at Islam. Makruh : ialah perkara yang dilarang oleh syara’, akan tetapi larangan yang tidak kuat. Yang mana larangannya berada di peringkat yang lebih rendah dari haram, pelakunya tidak dikenakan balasan siksa sebagaimana perkara haram. Tetapi sekiranya melakukan secara berterusan tanpa mempedulikan larangan makruh ianya boleh membawa kepada haram.
2.1.1
Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah
Tidak ada sesuatu pun yang haram melainkan setelah ada nas yang sah dan tegas dari syara’. Kalau tidak ada nas yang sah contohnya yang berdasarkan kepada sebahagian hadis dhaif atau tidak ada nas yang tegas yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya iaitu mubah atau harus. Para ulama Islam telah menetapkan bahawa segala sesuatu asalnya mubah dengan berdalilkan ayat-ayat al-Quran seperti: ِ َِ ض ِ يْخلَ َقْلَ ُكمْم ........ًَجيعا ِْ اْفْاألَر َ ُه َوْالمذ
35 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Maksud: Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya"(al-Baqarah: 29) Firman Allah SWT: ِ َِ ض ِ اتْوَم ِ ِ اْفْاألَر .........ُْمن ْه ِّْ ًَْجيعا َ َو َس مخَرْلَ ُكمْماْفْال مس َم َاو Maksud: "(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya" (al-Jatsiyah: 13) Hadis Rasulullah saw: (dari Abi ar Darda’ r.a marfu’an) ْ،ْفاقبلواْمنْللاْعافيته،نهْفهوْعف رو ْوماْسكتْع،ْوماْ َحمرمْفهوْاْلرام،م اْأح ملْللاْفْكتاب هْفهوْاْلالل َ كْنَ ِسيًّا َ ُّْوَماْ َكا َن َْرب:ْثْتالْهذهْاآلية،ْفإنْللاْلْيكنْنسيا َ Maksud: "Apa saja yang Allah halalkan dalam kitab-Nya, maka dia adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia itu adalah haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu dibolehkan (ma'fu). Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafan-Nya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sedikitpun". Kemudian Rasulullah saw membaca ayat: dan Tuhanmu tidak pernah lupa.(Riwayat Hakim dan Bazzar)
2.1.2 Menentukan Halal dan Haram adalah Hak Allah SWT sahaja
Islam meletakkan satu batas yang khusus dalam menentukan halal dan haram, iaitu dengan melepaskan hak tersebut dari tangan manusia, walaupun setinggi manapun kedudukan manusia tersebut dalam bidang agama maupun duniawinya. Hak tersebut adalah hak dan kuasa Allah SWT sahaja. Firman Allah:
ِ ِ أَمْ ََلمْشرَكاءْشرعواْ ََل ...........ُْاّلل َْيذَنْبِِه م ّ ُ ُ َ َ َُ ُ َ ْماْ َل َ مْم َنْال ّدي ِن
Maksud: "Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan Allah?......................." (as-Syura: 21)
36 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Al-Quran telah mengecam ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang telah memberikan kekuasaan kepada para orang yang bijak dan rahib-rahib untuk menetapkan halal dan haram, dengan firman-Nya:
ِ ْاّللِْوالم ِسيحْابنْمرََمَيْوماْأ ُِمرواْْإِلمْلِي عب ُدواْإِلَهاًْو ِ ُ ماَّتَ ُذواْأَحبارهمْورهبا ََنُمْأَرِبِبً ِْم ْاحداًْلمْْإِلَ َهْإِلم ّ َ َُ َ َُ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ ْنْدون م ِ ْع مماْيُشرُكو َْن َ ُْسب َحانَه ُ ُه َو
Maksud: Mereka menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (at-Taubah: 31) 'Adi bin Hatim ( )عادى بن حاتمpada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw. Pada waktu itu dia lebih dekat dengan Nasrani sebelum ia masuk Islam. Bila mana dia mendengar ayat tersebut, ia pun berkata kepada Rasulullah saw: إنهم لم يعبدوهم Mereka tidak menyembah mereka (rahib dan pendeta) Maka jawab Nabi s.a.w.: "Betul! Tetapi mereka (para pastor dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikutinya, yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka." (Riwayat Tarmizi)
2.1.3 Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram Sama dengan Syirik
Islam telah mencela sikap orang-orang yang suka menentukan haram dan halal itu dengan memberikan satu tanggungjawab yang berat kerana perbuatan mereka yang merupakan suatu jenis pengonkongan dan penyempitan terhadap agama Islam yang sebenarnya telah diberi kebebasan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad sendiri telah berusaha untuk membanteras perasaan berlebihan ini dengan segala senjata yang mungkin. Di
37 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
antaranya ialah dengan mencela dan melaknat orang-orang yang suka berlebih-lebihan tersebut, sebagaimana sabdanya:
ْْألْهلكْاملتنطعون، ألْهلكْاملتنطعون،كْاملتَْنَ ِطّعُو َن َ َألْهل َ ُ "Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang
Maksud: yang berlebih-lebihan itu." (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain) Baginda Rasulullah saw juga telah menjelaskan bahawa antara sifat risalahnya itu dengan menegaskan:
ِ ِ ِْْبْلنيفيم ِةْالسم َح ِة ت ُ بُعث
Maksud: Saya diutus dengan membawa suatu agama yang bertoleransi. (Riwayat Ahmad) Iaitu suatu agama yang teguh dalam beraqidah dan tauhid, serta bertoleransi dalam hal pekerjaan dan perundangan. Lawan daripada dua sifat ini ialah syirik dan mengharamkan yang halal. Sabda Rasulullah saw dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman: Aku ciptakan hamba-hamba-Ku ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka mahu menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan kuasa kepadanya. (Riwayat Muslim) Oleh kerana itu, mengharamkan sesuatu yang halal dapat dipersamakan dengan syirik. Al-Quran telah menentang keras terhadap sikap orang-orang musyrik Arab terhadap sekutu-sekutu dan berhala mereka, dan tentang sikap mereka yang berani mengharamkan atas diri mereka terhadap makanan dan binatang yang baik-baik, padahal Allah tidak mengizinkannya. Diantaranya mereka telah mengharamkan bahirah (unta betina yang sudah melahirkan anak kelima), saibah (unta betina yang dinazarkan untuk berhala), wasilah (kambing yang telah beranak tujuh) dan ham (Unta yang sudah membunting sepuluh kali; untuk ini dikhususkan buat berhala).
38 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
2.1.4 Mengharamkan yang Halal mengakibatkan timbulnya Kejahatan dan Bahaya Diantara hak mutlak Allah SWT yang menciptakan manusia dan pemberi nikmat yang tiada terhitung banyaknya, ialah berhak menentukan halal dan haram, menetapkan perintah-perintah dan syiar-syiar ibadah dengan sesukanya. Sedang manusia tidak ada hak sedikitpun untuk berpaling dan melanggar segala ketentuanNya. Justeru itu dalam Ia menentukan halal dan haram dengan alasan yang ma'qul (rasional) demi kemaslahatan manusia itu sendiri, Allah tidak akan menghalalkan sesuatu kecuali yang baik, dan tidak akan mengharamkan sesuatu kecuali yang buruk. Allah juga mengharamkan hal-hal yang baik kepada orangorang Yahudi. Tetapi semua itu merupakan hukuman kepada mereka atas kedurhakaan yang mereka perbuat dan pelanggarannya terhadap larangan Allah. Hai ini telah dijelaskan sendiri oleh Allah dalam firman-Nya:
ِم ِ ِ ْوم ُه َماْإِ ْلمْ َما ُ اْعلَي ِهم ُ ْه َ َْحمرمن َ ين َح ُ ْش َ ْحمرمنَاْ ُك ملْذيْظُُفر َْوم َنْالبَ َق ِر َْوالغَنَِم َ ادوا َ َو َعلَىْالذ ِ ص ِادقُو َْن َ َْماْاختَ ل َ طْبِ َعظمْ َذل ُ َْجَزي ن َ َاهمْبِبَ غيِ ِهمْ ِوإِنمْل َ ك َ ورُُهَاْأَ ِوْاْلََو َاّيْأَو ُ َِحَْلَتْظُ ُه Maksud: Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala binatang yang berkuku dan dari lemak-lemak lembu dan kambing, Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu, selain lemak yang melekat di punggung keduanya atau yang di perut besar dan usus atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka dan sesungguhnya Kami adalah Maha Benar. (al An’am: 146) Di antara bentuk kederhakaan Yahudi yang lain dijelaskan oleh Allah SWT:
ِ ِ ِفَبِظُلم ِْمنْالم ِذينْهادواْحمرمناْعلَي ِهمْطَيِباتْأ ُِحلمتْلَهمْوب ْ*ْْْاّللِْ َكْثِ ًيا نْسبِ ِيل م َ ص ّدهم َ َ َ ُ َ َ َّ َ َ ُ َ ْع َّ ۤ ِ ِ اط ِلْوأَعتَد َنْلِل َكافِ ِر ِ ِ ِ َْنُواْعنهْوأَكلِ ِهمْأَمو َالْالن ِّ َوأَخ ِذ ِهم يما َ ينْمن ُْهم ً ْع َذ ًاِبْأَل َ َ َماسِْبلب َ ُ َ ُ ْالرَِب َْوقَد َ ُ
39 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Maksud: Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, / dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang amat pedih. (an-Nisa': 160-161) Allah SWT telah menyediakan cara-cara untuk menutupi kesalahan hamba-hamba-Nya, bukan dengan mengharamkan barang-barang yang baik, tetapi dengan beberapa cara antaranya ialah dengan taubatan nasuha, mengerjakan amalan-amalan yang baik, bersedekah, menurunkan bala dan musibah. Semua ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. Semua orang Islam mengetahui, bahawa Allah telah mengharamkan daging babi, tetapi kita tidak mengetahui kenapa ia diharamkan selain dari ianya kerana kotor dan najis ()رجس. Tetapi dengan kemajuan zaman sains dan teknologi, ilmu pengetahuan telah menyingkapkan bahawa di dalam daging babi itu terdapat cacing pita dan bakteria yang boleh membunuh ()الديدان والجراثيم القتالة. Sabda Rasulullah saw:
ِِ ِِ ِ ِ ْْوال ِظّ ِّل،ْ َ اتم ُقواْال َم َالعِ َنْالث َمال َ ْوقَار َعةْالطمِريق،ْ َ ْال ََْب َازْفْال َم َوارد:ث
Maksud: Takutlah kamu kepada tiga pelaknat (tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu mendapat laknat Allah) iaitu: buang air besar ditempat mata air, di jalan besar dan dibawah pokok. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
2.1.5 Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram
Salah satu kebaikan Islam dan kemudahannya yang dibawakan untuk kepentingan umat manusia, ialah "Islam tidak mengharamkan sesuatu kecuali dia memberikan suatu gantian yang lebih baik untuk digunakan bagi keperluan ummatnya".
40 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ibnul Qayim dalam kitabnya A'lamul Muwaqqi'in, jilid 2 halaman 111 dan Raudhatul Muhibbin halaman 10, bahawa: Allah mengharamkan mengetahui nasib atau bernujum dengan membahagi-bahagikan daging pada azlam, sebagai gantinya Allah menyuruh supaya berdoa istikharah. Allah mengharamkan mencari untung dengan menjalankan riba. Sebagai gantinya Allah menggantikannya dengan suatu perdagangan yang membawa untung. Allah mengharamkan berjudi, tetapi di sebalik itu Ia berikan gantikannya dengan hadiah harta yang diperolehi dari berlomba memacu kuda, unta dan memanah. Allah juga mengharamkan sutera, tetapi di balik itu Ia berikan gantinya dengan beraneka macam pakaian yang baik-baik, yang terbuat dari bulu dan kapas. Allah telah mengharamkan berbuat zina dan liwat, Ia berikan gantinya berupa perkawinan yang halal. Allah mengharamkan minum minuman keras, sebagai gantinya Ia berikan berbagai minuman yang lazat yang berguna bagi rohani dan jasmani. Begitu juga Allah telah mengharamkan semua makanan yang tidak baik (khaba’its), tetapi di balik itu Ia telah memberikan gantinya berupa makanan-makanan yang baik (thayyibat). Allah SWT sama sekali tidak bermaksud hendak menyusahkan hamba-Nya, bahkan Dia berkehendak untuk memberikan kemudahan dan kebaikan serta belas kasihan kepada hamba-Nya. Sebagaimana difirmankan sendiri oleh Allah dalam al-Quran:
ِ اّلل ِ ِ ْاّللْلِي بِيْلَ ُكمْوي ه ِدي ُكمْسننْاْلم ِذ ْْ*ْْْحكِ ريم ُ يُِر َ ُْْعلَي ُكمْ َْو م َ وب َ ّ َُ ُيد م َ ُينْمنْقَبل ُكم َْويَت َ ْعل ريم َ َ َُ َ َ َ ِ ُ يدْأَنْي توبْعلَي ُكمْوي ِر َِ اتْأ ِ ينْي تمبِعو َنْالشمهو ُْْاّلل ْ ْمي يد م َو م ُ ْع ِظيماًْْ*ْيُِر َ ًال ُ َ َْ يدْالمذ َ َنَْتيلُوا ُ َ َ َ َُ ُ اّللُْيُِر ََ ُِ أ ِ ِ ًْضعِيفْا َ نسا ُن َ َنُْيَّف َ ف َ ْعن ُكم َْو ُخل َقْاإل
Maksud: "Allah berkehendak akan menerangkan kepadamu dan memberikan petunjuk kepadamu tentang cara-cara (sunnah) yang dilakukan orang-orang sebelum kamu, dan Allah juga berkehendak untuk menerima taubatmu, dan Allah adalah Zat yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah berkehendak untuk
41 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
menerima taubatmu, tetapi orang-orang yang mengikuti keinginan hawa nafsunya itu berkehendak untuk berpaling dengan palingan yang sangat. Allah (juga) berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, sebab manusia itu dicipta dengan keadaan yang lemah". (al-Nisa': 26-27) 2.1.6 Apa Saja yang Membawa Kepada Haram adalah Haram
Salah satu prinsip yang telah diakui oleh Islam, ialah apabila Islam telah mengharamkan sesuatu, maka wasilah dan cara apapun yang dapat membawa kepada perbuatan haram adalah haram. Oleh kerana itu, kalau Islam mengharamkan zina misalnya, maka semua pendahuluannya dan apa saja yang dapat membawa kepada perbuatan itu adalah diharamkan juga. Misalnya, dengan menunjukkan perhiasan, berdua-duaan (free love), bercampur dengan bebas, foto-foto telanjang, perlakuan tidak sopan (immoral), nyanyian-nyanyian yang gila dan lain-lain. Dari sinilah, maka para ulama ahli fiqh membuat suatu kaedah:
ما أ َدَّى إلى الحرام فهو حرام Maksud: Apa saja yang membawa kepada perbuatan haram, maka itu adalah haram. Kaedah ini senada dengan apa yang diakui oleh Islam iaitu bahawa dosa perbuatan haram tidak terbatas pada peribadi si pelakunya sahaja, tetapi ia meliputi dan termasuk semua orang yang bersekutu dengan dia baik melalui harta ataupun sikap. Masing-masing mendapat dosa sesuai dengan keterlibatannya itu. Misalnya tentang arak, Rasulullah saw melaknat orang yang meminumnya, yang membuatnya, yang membawanya, yang diberinya, yang menjualnya, yang membasuh gelasnya, yang menghidangnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Begitu juga dalam masalah riba, akan dilaknat orang yang memakannya, yang memberikannya, penulisnya dan saksi-saksinya.
42 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Kesimpulannya semua yang dapat membantu kepada perbuatan haram, hukumnya adalah haram juga. Begitu juga dengan semua orang yang membantu melakukan perbuatan haram, maka dia akan terlibat dalam dosanya juga. 2.1.7 Mencari Helah Terhadap Hal yang Haram, Hukumnya adalah Haram Sebagaimana Islam telah mengharamkan seluruh perbuatan yang dapat membawa kepada haram dengan cara-cara yang nampak, maka begitu juga Islam mengharamkan semua helah untuk berbuat haram dengan cara-cara yang tidak begitu jelas dan helah syaitan iaitu bisikan syaitan. Rasulullah saw pernah mencela orang-orang Yahudi yang membuat suatu helah untuk menghalalkan perbuatan yang haram sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
ِ ِ ِ ِْاّلل ِْْبَد ََنْاْلِيَ ِل اَْمَا ِرَم م َ ْفَْتَستَ ِحلُّو,ود ُ اْماْارتَ َكبَتْاليَ ُه َ لْتَرتَكبُو
Maksud: "Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah walaupun dengan siasat yang paling kecil.12 Salah satu contoh, orang-orang Yahudi dilarang berburu pada hari Sabtu, kemudian mereka melanggar larangan ini dengan menggali, sebuah parit pada hari Jumaat supaya pada hari Sabtunya ikan-ikan boleh masuk ke dalam parit tersebut, dan akan diambilnya nanti pada hari Ahad. Cara seperti ini dipandang halal oleh orang-orang yang memang bersedia untuk melanggar larangan itu, tetapi ahli-ahli fiqh menganggapnya suatu perbuatan haram, kerana motifnya untuk berburu baik dengan cara langsung atau tidak langsung. Termasuk berhelah ialah menamakan sesuatu yang haram dengan nama yang lain dan mengubah bentuk padahal intinya sama juga. Suatu hal yang tidak diragukan bahawa mengubah nama tidak 12
Dr. Yusuf al Qardhawi, Halal wal Haram fil Islam, 32. Hadis riwayat Abu Abdullah bin Battah, Kitab Ighatsah al Lahfan jld 1/348.
43 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
sedikit pun dapat mengubah hukum, sedangkan bendanya masih benda yang sama. Oleh kerana itu, siapapun yang mengubah bentuk dengan niat sekadar helah supaya dapat makan riba, atau membuat nama baru dengan niat supaya dapat minum arak, maka dosa riba dan arak tidak dapat dihilangkan. Untuk itulah, maka dalam beberapa hadis Nabi disebutkan:
ِ اْبغيْاسْها ْمنْأمِتْاخلمرْيُ َس ُّموََن لَيَستَ ِحلَ منْطائفةر َ
Maksud: Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama lain.13 Adalah salah satu keganjilan di zaman kita sekarang ini banyak orang menamakan tarian porno dengan nama seni tari, arak dinamakan minuman rohani dan riba dinamakan keuntungan dan sebagainya.
2.1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram
Islam memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari) Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan umatnya, maka 13
Sahih Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad, hadis Ubadah bin Somit
44 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah. Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau untuk menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam satu riwayat dikatakan: "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani) Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mukmin, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.
2.1.9 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat dalam Haram
Salah satu daripada rahmat Allah terhadap manusia, iaitu: Ia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan terhadap masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan sedang yang haram diperinci. Firman Allah SWT:
ْْعلَي ُكمْإِملْ َماْاضطُِررتُمْإِلَي ِه َوقَدْفَ م َ اْحمرَم َ ص َلْلَ ُكمْم
45 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Maksud: dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu (al-An'am: 119) Masalah halal yang sudah jelas dan boleh saja dikerjakan. Soal haram pun yang sudah jelas dan ianya samasekali tidak ada rukhsah atau keringanan untuk melakukannya selama masih dalam keadaan normal. Tetapi di balik itu ada suatu persoalan, iaitu antara halal dan haram. Persoalan tersebut disebut dengan nama syubhat, iaitu suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana tasyabbuh iaitu tidak jelasnya dalil dan mungkin juga kerana tidak jelasnya jalan dalam menerapkan nas atau dalil yang ada terhadap sesuatu peristiwa. Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu batasan yang disebut wara' iaitu suatu sikap berhati-hati kerana takut berbuat haram. Di mana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk melakukan perbuatan haram. Cara semacam ini termasuk menutup jalan bagi melakukan maksiat (saddud az zara'i). Dasar asas daripada prinsip ini ialah sabda Nabi saw yang mengatakan:
ِ ْلْْي علَمه منْْْ َكثِي،ْْ ِ ْْم َنْْالن ْْماس ْْمشتَبِ َه ر ْْوإِ منْْاْلََر َامْْبَِّ ر إِ منْْاْلََال َلْْبَِّ ر ُ ُ َ َ ات ْوبَي نَ ُه َماْأ ُُم ر،ْْ ر ُ ور َ ي َي ِ ْْفْْالشُّب ِ ِ ِ اتْْاستْبأَْْلِ ِدينِ ِه ِ ْفَم ِنْْاتم َقىْالشُّب ه، ِ اتْْوقَ َع ْ،ْْْْفْْاْلََرِام َ ُ ِ ْْوقَ َع َُ َ ْه َ ْوَمن،ْْ َ ْْوعرضه َ ََ َ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ْأََل،ْْكْْأَنْْي رتَعْْفيه ْْْْوإِ من َ ْْوإ منْْل ُك ِّل َ َ ُ ىْحو َلْْاْل َمىْيُوش َ َكالمراعيْيَر َع َ ْأََل،ْْْملكِْْحَى َ ِ ِ ْأََلْْوإِ من،َُْْْْمَا ِرُمه ْْوإِ َذا،ْْ َْ ُْْصلَ َحْْاْلَ َس ُدْْْ ُكلُّه ِِحَ م َ ِىْاّلل َ اْصلَ َحت َ ْْمضغَ ًةْْإِ َذ ُ ْْفْْاْلَ َسد َ ُْ ْْوِه َيْْال َقل ب َ ْأََل،ُْْفَ َس َدتْْفَ َس َدْْاْلَ َس ُدْْْ ُكلُّه
Maksud: Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bagian yang halal ataukah yang haram? Maka barang siapa yang menjauhinya karena hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barang siapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahwa tiap-tiap raja mempunyai
46 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan. (Riwayat Bukhari & Muslim) 2.1.10 Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang
Haram dalam pandangan syariat Islam adalah bersifat umum dan menyeluruh. Oleh itu tidak ada di dalam Islam sesuatu yang diharamkan untuk orang Arab (ajam) tetapi halal untuk orang bukan Arab. Tidak ada sesuatu yang dilarang untuk orang kulit hitam tetapi halal pula buat orang kulit putih. Bahkan tidak seorang muslim pun yang mempunyai keistimewaan khusus yang dapat menetapkan sesuatu hukum haram untuk orang lain, tetapi halal buat dirinya sendiri. Apa saja yang diharamkan ianya haram untuk seluruh manusia dan hal ini berlaku sampai hari kiamat. Contohnya seperti mencuri hukumnya adalah haram, baik yang mencuri itu seorang Islam ataupun bukan orang Islam, baik yang dicuri itu milik orang Islam ataupun milik orang lain. Hukumnya itu berlaku untuk semua pencuri tanpa mengira keturunan dan kedudukannya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah saw sebagaimana hadis yang diriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan ku potong tangannya." (Riwayat Bukhari) Di zaman Nabi sudah pernah terjadi suatu peristiwa kecurian yang dilakukan oleh seorang Islam, tetapi ada suatu syubhat yang telah diadakan bagi menuduh orang Yahudi yang melakukannya. Kemudian salah satu keluarganya yang beragama Islam melepaskan tuduhan kepada seorang Yahudi dengan beberapa data yang dibuatnya dan berusaha untuk mengelakkan tuduhan terhadap rakannya yang beragama Islam itu, padahal dialah pencurinya, sehingga dia berniat untuk mengadukan hal tersebut kepada Nabi, maka dia dengan yakin merasa dia akan bebas dari segala tuduhan dan hukuman. Waktu itu turunlah ayat al-Quranul Karim yang menyingkap kejahatan ini dan membebaskan orang Yahudi tersebut dari segala tuduhan.
47 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Rasulullah saw mencela orang Islam tersebut dan menjatuhkan hukuman kepada pelakunya, firman Allah SWT:
ِ َ إِ مۤنْأَنزلنَاْإِلَي ِ ْاّللْوَلْتَ ُكنْلِّلخ ْآئِنِي ِ ِ يْالن َْْاّلل َْ َابْ ِِبل َح ِّقْلِتَح ُك َمْب اْ*ْواستَ غ ِف ِر م َ َ َ َ َ َكْالكت َ يم ً ْخص َ ُ ماسْب َماْأ ََر َاك م ۤ ِ ِ ِ ِ ِ ِ م ِ ْيما َْ ينْيَختَانُو َنْأَن ُف س ُهمْإن م إِن م مْاّللَْ َكا َنْغَ ُف ًور م ُّ مْاّللَ َْلْيُح َ ْمنْ َكا َن َب ً ْخ موا ًنْأَث َ اْ*ْوَلْتُ َجادلْعَنْال ْذ َ يم ً اْرح ِماسْوَلْيستخ ُفو َن ِْمن م ِ اْلْي ر ِ ْْاّللُْبِ َما ْْوَكا َن م َ َ َ ِ *ْيَستَخ ُفو َن ِْم َنْالن َ َ َ ْم َ ْم َع ُهمْإِذْيُبَ ِّيتُو َن َ ْوُه َْو َ ْاّلل َ َ ضىْم َنْال َقول ِ ي عملُو َنْم ِحيطًاْ*ْه ۤاأَنتمْه ْۤؤَآل ِءْجادلتمْعن همِْْفْال حياةِْالدُّن ياْفَمنْي ج ْْاّللَْ َْعن ُهمْيَوَمْال ِقيَ َام ِةْأَمْمن اد ُل م ُ َ َُ َ َُ ُ َ َُ َ َ ََ ُ َ َ ِ ِ ْعلَي *ْْوك ًيال م ه ن و ك ي ُ َ َ ُ َ Maksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Kitab dengan benar, supaya kamu menghukum diantara manusia dengan (faham) apa yang Allah beritahukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat. Dan minta ampunlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Pengasihani. Dan janganlah kamu membela orang-orang yang mengkhianati dirinya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka berkhianat dan berbuat dosa. Mereka bersembunyi (berlindung) kepada manusia, tetapi tidak mahu bersembunyi kepada Allah, padahal Dia selalu bersama mereka ketika mereka mengatur siasatnya itu di waktu malam, iaitu sesuatu yang tidak diridhai dari perkataan itu, dan Allah maha meliputi semua apa yang mereka perbuat. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang yang membela mereka di dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan membela mereka dari hukuman Allah kelak di hari kiamat? Atau siapakah yang akan mewakili untuk (menghadapi urusan) mereka itu? (an-Nisa': 105-109) Pernah juga terjadi dalam agama Yahudi yang menganggap bahwa riba itu hanya haram untuk seorang Yahudi jika berhutang dengan orang Yahudi yang lain. Tetapi berhutang kepada yang selain daripada orang Yahudi tidak dilarang. Sifat mereka yang seperti ini diceritakan juga oleh al-Quran, di mana mereka membolehkan berbuat khianat terhadap orang lain, dan hal semacam itu dipandangnya tidak salah dan tidak berdosa.
48 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
2.1.11 Keadaan Terpaksa Membolehkan Yang Terlarang
Islam mengharamkan segala yang haram dan menutup semua jalan yang membantu dan memungkinkan membawa kepada yang haram sama ada secara terang mahupun sembunyi. Namun begitu Islam pula tidak lupa terhadap kepentingan hidup manusia serta kelemahannya dalam menghadapi kepentingannya itu. Allah SWT telah membenarkan para hamba-Nya untuk mengambil sekadar keperluan sebagaimana firman-Nya:
ِإِنمماْحمرمْعلَي ُكمْالمي تةَْوالدممْولَحمْال ِخن ِزي ِرْوماْأ ُِه ملْبِِهْلِغَ ِي م ْْعادْفَ َالْإِث َم َ ْوَل َ ْاّللْفَ َم ِنْاضطُمرْ َغ َي ََ َ ِْبغ َ ََ َ ََ ُ َ ََ َ ِ ِ ْور مْرح ر يم َعلَيهْإِن م مْاّللَْ َغ ُف ر Maksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173) Firman Allah SWT yang membawa pengertian yang hampir sama dengan ini telah diulang dalam empat surah yang menyebut masalah makanan-makanan yang haram. Oleh itu para ahli fiqh telah menetapkan suatu prinsip yang sangat berharga berkaitan dengan perkara ini iaitu “al dharuratu tubihul mahzhurat” ( – )الضرورات تبيح المحظوراتyang bermaksud keadaan terpaksa membolehkan yang terlarang. Sehubungan ini para ulama fiqh menetapkan suatu prinsip lain pula iaitu “al dharuratu tuqaddiru bi qadariha” ( الضرورة تُقد ُِر – )بقدرهاyang bermaksud darurat itu dibolehkan mengambilnya sekadar yang diperlukan sahaja. Oleh itu benarlah apa yang dikatakan Allah SWT dalam firman-Nya: ْيدْبِ ُك ُمْال ُعسَر يد م ُ ْاّللُْبِ ُك ُمْاليُسَر َْوَلْيُِر ُ يُِر Maksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (al-Baqarah: 185)
49 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
LATIH TUBI Bahagian A: Soalan Objektif Jawab semua soalan 1.
A. B. C. D.
Maksud : “ Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya. (Al-Baqarah : 29). Ayat di atas menerangkan….. Kepentingan mencari perkara yang halal Kepentingan mengetahui perbezaan halal, haram & syubhah dari segi istilah Perkara yang syubhah boleh menjejaskan perkara yang halal dan haram Ramai orang hanya mengambil berat perkara yang halal dan mengetepikan yang syubhah
2.
Yang berhak menentukan halal dan haram sesuatu perkara adalah…
A. B. C. D.
Allah SWT Allah SWT dan para malaikat Allah SWT dan para anbiyak Semua di atas
3.
Mengharamkan sesuatu yang halal seperti bahirah merupakan perbuatan tercela yang kerana bertentangan dengan syarak.
A. B. C. D.
Amalan tersebut dilakukan oleh… Munafiq Arab Mushrik Arab Muslim Arab Fasiq Arab
4.
Allah SWT menganjurkan beberapa perkara untuk menutup kesalahan hambanya. Berikut merupakan amalan yang boleh menghapuskan dosa KECUALI …..
A. B.
Melakukan taubat nasuha Beristighfar setiap waktu memohon keampunan Allah SWT
50 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
C. D.
Tidak meredai segala ujian yang ditimpakan Allah SWT ke atasnya Melazimi perbuatan sedekah ke atas setiap mahkluk Allah SWT
5.
Ibnul Qayyim dalam kitabnya A’lamul Muwaqqi’n (Jilid 2, Halaman 111) Dan Raudatul Muhibbin (Halaman 10) menerangkan pengharaman allah SWT atas beberapa amalan iaitu
I. II. III. IV. A. B. C. D.
Amalan menilik nasib atau bernujum Amalan berjudi dan bertaruh perlumbaan seperti kuda Amalan berbekan sebulan sekali Amalan memakan sebarang bentuk khabaits I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
6.
Maksud : “Sungguh akan ada satu golongan dari umatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama lain”.
A. B. C. D.
Terjemahan hadis di atas menerangkan…. Mencari helah terhadap yang haram, maka hukumnya haram Menetapkan sesuatu hukum kepada qat’ie haram boleh mencetuskan kecelaruan umat Menentukan setiap perkara yang halal tidak perlu dikaitkan dengan perkara yang haram Mengharamkan yang halal akan mendatangkan kesan bahaya kepada individu
7.
Apakah natijah bagi perbuatan yang disertai dengan niat yang baik?
A. B. C. D.
Menjadi kesukaan malaikat Boleh berbakti dan bertaqarrub kepada Allah SWT Tidak memberi apa-apa kesan kepada ibadat Akan menyebabkan timbul rasa riyak dan ujub keran perbuatan baik itu diketahui manusia
8.
Dosa perbuatan haram tidak terbatas kepada pelaku sahaja bahkan meliputi orang yang bersekutu dengannya melalui perbuatan dan hartanya.
51 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Kenyataan berikut berkait rapat dengan perbuatan haram yang ditegah Allah SWT iaitu A. B. C. D.
Bermunajat Memakan makanan haram Meminum arak Mencuri barang orang
9.
Apakah definisi wara’?
A. B. C. D.
Beramal ibadat dengan meninggalkan segala urusan dunia Bersikap optimis atas setiap ujian Allah SWT Bersikap istiqamah dalam setiap amalan yang baik Bersikap berhati-hati kerana takut berbuat haram
10. Salah satu daripada prinsip syariah bagi membincangkan perkara atau kaedah yang berkaitan dengan masalah makanan yang haram dikenali dengan Adh-Dharuratu Tubihul Mahzurat yang bermaksud…. A. B. C. D.
Keadaan darurat yang menyebabkan manusia memilih yang haram Keadaan terpaksa tetapi tetap terlarang Keadaan yang tidak terpaksa dan sesuai dengan keadaan Keadaan terpaksa yang membolehkan terlarang
52 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Bahagian B: Soalan Struktur Jawab semua soalan berikut. 1. Berikan 2 contoh perkara yang halal dan 2 contoh perkara yang haram. I. ___________________________________________________ _____ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ IV. ________________________________________________________________ 2. Nyatakan 4 cara yang Allah SWT tetapkan untuk menutup kesalahan hamba-hamba-Nya I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ IV. ________________________________________________________________ 3. Nyatakan 3 contoh pengharaman Allah SWT ke atas perkara atau perbuatan I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ 4. Sebutkan 2 hikmah menjauhkan diri daripada perbuatan yang syubhah I. _______________________________________________________________ II. _______________________________________________________________ 5. Jelaskan bagaimana perbuatan mubah boleh bertukar menjadi ibadat dan berikan contoh . _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
53 |
D M H 3 0 0 3 2
3.0
Makanan Halal dan makanan tidak halal. PRINSIP DAN AMALAN HALAL
_______________________ HASIL PEMBELAJARAN 54 | D M dalam H 3 0 0 3 2 Islam CLO 1 : Menjelaskan konsep dan prinsip halal dan haram
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
3.0
MAKANAN HALAL DAN MAKANAN TIDAK HALAL.
Makanan halal bermaksud makanan dan minuman dan bahanbahan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut: tidak mengandungi sebarang bahagian produk haiwan yang tidak halal oleh undang-undang Syariah atau mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Syariah. tidak mengandungi najis mengikut undang-undang Syariah. selamat untuk digunakan, tidak beracun, tidak memabukkan, atau tidak berbahaya kepada kesihatan. tidak disediakan, diproses atau dibuat menggunakan peralatan yang tercemar dengan najis menurut undang-undang Syariah. tidak mengandungi sebarang bahagian manusia atau derivatifnya yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah. semasa persediaan, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanannya secara fizikal dipisahkan dari makanan lain yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan dalam butiran a), b), c), d), atau e) atau apa-apa perkara lain yang telah ditetapkan sebagai undang-undang Syariah. 3.1
Penjelasan Toharah dan Najis
Rajah 3.1
55 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
3.1
TOHARAH
Bahasa : suci dan bersih. Iaitu bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada yang nyata (hissi) seperti najis atau bentuk ma’nawi seperti perkara yang mengaibkan atau-sifat-sifat keji. Syariat : suci dan bersih daripada najis atau hadas. Iaitu menyucikan najis dan hadas pada badan, pakaian dan tempat bagi mengharuskan melakukan solat. Hadas terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1. hadas kecil 2. hadas besar.
Jenis-jenis Najis Najis adalah berasal dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ianya bermaksud benda yang kotor. Dari segi syarak najis bermaksud semua benda kotor yang menghalang daripada sahnya sembahyang seperti darah, air kencing dan lain-lain. Ianya terbahagi dalam dua keadaan iaitu aini dan hukmi. 1. Najis aini ialah najis yang yang dapat dilihat atau yang mempunyai sifat yang zahir dengan berwarna atau berbau seperti tahi, air kencing dan darah. 2. Najis hukmi ialah najis yang telah kering dan kesan-kesan zahirnya telah hilang iaitu sudah tidak ada lagi warna dan bau pada najis tersebut seperti pakaian yang terkena air kencing, kemudian ianya kering. Dalam situasi begini sekiranya kita bersentuh dengan apa-apa yang ada najis sedemikian dan tangan kita pula dalam keadaan yang kering, maka ianya tidak memberi kesan najis pada diri kita, melainkan kita menanggung atau memakai pakaian tersebut.
56 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Jenis-jenis najis terbahagi kepada tiga iaitu : 1. Mughallazah 2. Mukhaffafah 3. Mutawassitah. Mughallazah Najis Mughalazah ialah najis berat iaitu anjing dan babi serta keturunannya. Yang dimaksudkan dengan keturunannya ialah anak yang lahir hasil hubungan jenis anjing atau babi dengan kambing umpamanya, yang kemudiannya melahirkan anak, maka anak kambing yang dilahirkan itu adalah najis mughallazah. Begitu juga dengan semua benda yang ada pada kedua-dua anggota badannya seperti tulang belulang, air liur, darah, kulit dan seluruh bahagian luar badan dan dalamannya adalah najis. Cara menyucikan najis anjing dan babi ialah, pertama: buangkan ain najis atau apa-apa benda yang ada dan boleh dilihat terlebih dahulu. Kemudian basuh sebanyak tujuh kali dengan air mutlak, dan salah satu daripadanya hendaklah dengan air yang bercampur tanah. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
ِ طُهور ِ ْإنء ِ ِْبلُّتاب ْأحد ُّ له من ُ ْممرةْأُو َ هْسب َع َ َكمْإذاْولَ َغْفيهْالكلبْأنْيَغسل ُ َ
Maksud: “Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing, maka sucikanlah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali. (dan) Basuhan pertama hendaklah dengan tanah (iaitu air yang bercampur dengan tanah) – Berdasarkan hadis ini babi diqiyaskan kepada anjing dari segi najisnya kerana babi adalah lebih berat keadaannya berbanding anjing.
Mukhaffafah Najis mukhaffafah ialah najis ringan, dan ianya adalah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari 2 tahun yang tidak makan dan minum melainkan susu manusia sahaja.
57 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Cara menyucikannya ialah memadai dengan hanya merenjiskan air ke atas tempat kena najis, sama ada ianya dalam keadaan najis aini ataupun hukmi. Renjisan air tersebut pula hendaklah meratai kesemua tempat kena najis dan tidak perlu mengalirkannya sama ada ianya terkena pada badan, pakaian atau pun tempat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ummu Qais binti Mihsoan r.anha menyatakan bahawa: beliau bersama dengan anak lelakinya yang kecil, yang tidak makan apa-apa makanan (maksudnya hanya minum susu sahaja ibu sahaja), telah datang menemui Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya anak tersebut telah kencing di atas pakaian baginda s.a.w.:
ض َحهْولْيَغسله َ َ َفدعاْمباءْفن
Maksud: Maka baginda s.a.w. telah meminta air, lalu merenjisrenjiskan air ke tempat kena najis tanpa membasuhnya (iaitu tanpa mengalirkan air padanya). Mutawassitah Najis mutawassitah ialah najis pertengahan iaitu selain daripada najis mughallazah dan najis mukhaffafah. Najis mutawassitah merupakan jenis najis yang paling banyak kita menghadapinya di dalam hidup kita seharian, contohnya ialah seperti air kencing, tahi dan darah sama ada dari manusia atau binatang yang selain daripada anjinhg dan babi. Cara menyucikan najis mutawassitah ialah dengan dibuangkan najis dan kesan-kesannya sehingga hilang ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya, iaitu warna, rasa dan bau. Kemudian dibasuh dengan cara mengalirkan air ke atas tempat kena najis tersebut. Tetapi ianya dimaafkan sekiranya terdapat warna dari kesan-kesan najis yang masih kelihatan disebabkan susah untuk dihilangkan seperti darah dan sebagainya. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Saidina Ali r.a yang telah berkata: Aku (Ali r.a) adalah seorang yang selalu keluar ai mazi dan aku merasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Maka aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya, maka ia telah bertanya. Maka Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
58 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
فيهْالوضوء
Maksudnya ialah: padanya (dikenakan) wuduk dan juga sabda Rasulullah s.a.w.:
ُضْأ يَغ ِس ُلْذَ َكَرهْويَتَ َو م
Maksud: Dia hendaklah membasuh kemaluannya dan berwuduk 3.2
Penjelasan Samak dan Sertu (Islamic Cleansing)
Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam atau peluntur seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah saw:
ْْاألهابْفقدْطَ ُهَر إذاْدبِ َغ ُ ُ
Maksud: Setiap kulit yang disamak ia menjadi suci. (Riwayat Muslim) Contoh: Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.
Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.
59 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contoh : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.
3.3
Perbincangan Kaedah Pelaksanaan Empat Perkara Dalam Industri Makanan. Empat topik telah dikemukakan di sini iaitu Istihalah, Istihlak, Jallalah dan Umum al Balwa. Ia hanyalah satu bentuk perbincangan ringkas yang berkaitan dengan halal, haram dan kaedah-kaedah yang ada hubungan dengan Toharah. Contoh-contoh yang dikemukakan telah diambil dari pendapat para ulama’ bagi menjadi panduan dan kajian dalam memahami makanan yang halal dan makanan yang tidak halal. Pada umumnya empat kaedah ini adalah merujuk kepada firman Allah SWT:
ِ ًيْفَرثْودمْلمبنْا ِ اْفْبطُونِِه ِْمنْب ًْْسآئِغا ِّْ َوإِ منْلَ ُكم ِْفْاألَن َع ِامْلَعِ َْبًةْنُّس ِقي ُك َ َ ََ َ ًْخالصا َ ُ ِ مْمم َْ ِلِلشما ِرب ي
Maksudnya: dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benarbenar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (al-Nahl: 66) Dari ayat tersebut dapat difahami bahawa bahawa susu yang dihasilkan oleh haiwan ternakan adalah halal walaupun ia
60 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu terhasil dari makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang kemudiannya dicernakan di dalam perut, yang mana sebahagian daripadanya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya pula menjadi najis. Perubahan tabie yang telah berlaku kepada darah yang asalnya haram dimakan, berubah menjadi susu dan daging yang halal di makan adalah proses istihalah.14
Istihalah Bahasa :Perkataan bahasa Arab yang bermaksud perubahan atau pertukaran. Istilah : bermaksud berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Menurut kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah: Istihalah bermaksud perubahan sesuatu dari sudut tabie dan juga sifatnya atau hilang rupa asal.
Malaysian Standard: Istihalah ialah berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya secara semula jadi melalui proses tindakbalas kimia.
Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah (2013) menyatakan istihalah ialah perubahan daripada suatu bahan kepada bahan yang lain dengan berubah zat dan sifatnya.
Antara contohnya ialah seperti:
14
Arak berubah menjadi cuka. Ianya adalah perubahan kandungan, majoriti ulama menyatakan tidak ada beza sama ada perubahan itu berlaku dengan sendiri atau hasil tindakan yang dilakukan oleh seseorang, iaitu perubahan
http://jfatwa.usim.edu.my
61 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
tersebut berlaku dengan sendiri atau melalui sesuatu. Ia memberi kesan kepada perubahan hukum dengan sebab perubahan itu, seperti anggur yang bertukar menjadi arak maka hukumnya haram, tetapi apabila arak bertukar menjadi cuka maka hukumnya halal
Darah kijang bertukar menjadi minyak kasturi, bangkai berubah menjadi garam bila terjatuh di tempat garam. Ianya adalah perubahan fizikal dan kandungan.
Menurut Ibnu Taimiyah maksud “Istihalah” berdasarkan kepada pemahaman oleh ramai para fuqaha’ ialah berubah ain najis kepada ain yang lain yang mengubah hakikatnya. Seperti berubah bangkai menjadi tanah, yang jelasnya ialah najis-najis bertukar menjadi suci dengan sebab berlaku proses istihalah.15 Menurut mazhab Syafi’i tidak ada barang najis yang dapat menjadi suci disebabkan oleh perubahan sifatnya kecuali tiga jenis iaitu arak dan tempatnya apabila berubah menjadi cuka dengan sendirinya, kulit selain kulit anjing dan babi yang najis kerana bangkai, kemudian menjadi suci zahir dan batinnya setelah disamak dan sesuatu yang berubah menjadi binatang seperti bangkai apabila menjadi ulat kerana kehidupan baru. Namun begitu terdapat khilaf dan perbezaan pendapat yang banyak dikalangan para Imam Mazhab dan lain-lainnya tentang permasalahan istihalah dan contoh-contoh yang diberikan di atas Istihlak Bahasa : binasa. Istilah : kebiasaannya membawa kepada dua pengertian iaitu: 1. Menjadikan sesuatu itu sebagai binasa (halik), dikatakan: Seseorang istihlak hartanya, iaitu ia membelanja dan menghabiskannya. 2. Bercampur suatu ain dengan ain yang lain, sehingga luput sifat yang ada padanya atau ciri-ciri yang 15
Islamweb.net/fatwa
62 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
dimaksudkan, di mana ia jadi binasa, sekalipun masih berbaki, seperti bercampur arak atau susu dalam air atau cairan yang lebih banyak. Istihlak ialah sesuatu yang hilangnya ciri-ciri bahan (asal) dengan sebab ia terurai dalam air atau cecair yang kuantitinya lebih banyak, sehingga menjadikan ia larut didalamnya lalu memberi kesan dari segi perubahan hukum. Antara contohnya ialah air najis yang ditambah atau dimasukkan ke dalam air bersih yang banyak maka ia dihukum bersih apabila didapati air tersebut tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berasa yang tidak menyenangkan (Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, 2013). Kaedah istihlak pada umumnya diambil berdasarkan hadis yang masyhur berkenaan air yang melebihi dua kolah, di mana Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila air mencapai dua kolah, ia tidak akan membawa kepada kekejian (kotoran)” (Aun al-Ma‘bud. Syarh Sunan Abi Daud, Juz. 10) Hadis ini menunjukkan bahawa air najis atau yang haram, apabila bercampur dengan air banyak atau cairan bersih, diistihlakkan di dalamnya tanpa membawa sebarang perubahan padanya samada warna, rasa atau bau, maka ia kekal sebagai bersih dan halal, tidak terkesan dengan bahan najis yang sedikit itu atau seumpamanya (Ibn Taimiyyah, 2004). Adapun air yang bercampur (istihlak) najis menurut mazhab Syafi’e jika air tidak sampai dua qullah, maka ia menjadi najis, walaupun air tersebut tidak berubah. Sekiranya melebihi dua qullah maka dihukum bersih sekalipun terkena benda-benda najis, jika tidak dikesan ada perubahan pada sifatnya sama ada warna, rasa, atau baunya (al-Syirbini, t.th) Imam al-Sayuti dalam kitab al-Asybah Wa al-Naza’ir mengatakan terkeluar dari kaedah: ( اذاْاجتمعْاْلاللْواْلرامْغلبْاْلرامapabila berhimpun sesuatu yang halal dengan yang haram ianya akan jadi haram) apabila perkara haram itu diistihlakkan atau seumpamanya. Jika seorang muhrim (orang dalam ihram) memakan sesuatu yang telah teristihlak dalamnya bahan wangian, maka tiada dikenakan fidyah. Jika bercampur cecair dengan air
63 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
secara teristihlak dalamnya, harus digunakan semuanya untuk bersuci atau susu seorang ibu dicampur dengan air secara teristihlak dalamnya, maka anak itu tidak menjadi mahram secara susuan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan “Penyuntikan Highly Purified Insulin Daripada Babi”. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menyuntikkan insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya. Malaysia mempunyai pendirian tersendiri terhadap kaedah istihalah dan istihlak dalam penghasilan produk halal, amalan semasa menunjukkan pendapat mazhab Syafie diutamakan dalam membuat keputusan terhadap isu hukum yang membabitkan kaedah istihlak dan istihalah. Perkara ini dapat dilihat melalui keputusan-keputusan hukum membabitkan isu istihlak dan istihalah. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah isu pendapat mazhab lain juga diterima sekiranya bersesuaian dengan maqasid syariah dalam membawa kebaikan dan menolak kemudaratan.16
Jallalah Jallalah ( )جاللةbermaksud haiwan yang membesar dengan memakan makanan bernajis samaada unta, lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya yang terdiri daripada haiwan-haiwan yang boleh dimakan. Menurut ad-Dumairi rmh di dalam kitabnya Hayah alHayawan al-Kubra menyatakan: al-Jallalah itu adalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan. (Wafat: 27 Okt. 1405) 16
JANUARY 2019 | VOL. 15| NO. 1 ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886 www.jfatwa.usim.edu.my
64 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Menurut Malaysian Standard, al-Jallalah bermaksud: “Binatang yang dagingnya berbau busuk disebabkan memakan najis dan hidup di persekitaran najis” Menurut istilah sains al Jallalah dikenali sebagai Coprophagia (Coprophagous). Ianya adalah haiwan yang memakan najis atau kotor. Coprophagia berasal dari bahasa Yunani copros (najis) dan phagein (makan). Menurut Ibnu Rusyd di dalam kitanya Bidayatul Mujtahid: “alJallalah adalah (haiwan) memakan najis, dan terdapat perbezaan pandangan tentang hukum memakannya, ekoran daripada perbezaan pandangan dalam mengambil athar @ hadis”. (Kitab al At’imah wal Asyribah. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid. Ibnu Rusyd) Hadis dari Ibnu Abbas r.anhuma:
ِ أَن ىْعنْْلومْاْلَمالْلَةَْوالباَنا َ الس َ َالمَْن َ َ مهْعلَيه َ ْالص َ الةْو
Maksud: Sesungguhnya Nabi saw melarang dari memakan daging haiwan al Jallalah dan meminum susunya. (Riwayat al Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain) Dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dan dari datuknya telah berkata:
ْرسولْللاْصلىْللاْعليهْوسلمْعنْْلومْاْلمرْاألهليةْوعنْاْلاللةْعنْركوهباْوأكل َْْْْنىْلومها Maksud: Rasulullah SAW melarang (memakan) daging himar dan haiwan al-Jallalah dilarang menunggangnya serta memakan dagingnya. (Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Abu Daud) Mengikut pendapat Ibnu uthaimin r.h sebagai memetik dari Kitab Riadhus Salihin: Sekiranya haiwan itu makan makanan yang baik dan kadang-kala pula makan makanan bernajis dan makan makanan yang baik melebihi makanan bernajis maka ia tidak termasuk dalam jallalah, bahkan ianya suatu yang mubah(harus). Oleh itu apa yang biasanya dilakukan oleh sesetengah penternak
65 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
ayam yang kadang-kala telah memberi makanan yang kotor dengan tujuan untuk memberi kekuatan dan penyuburan maka ianya bukanlah sesuatau yang haram. Selagi makanan yang baik itu melebihi yang tidak baik maka hukumnya adalah berpihak kepada yang lebih banyak. (Riadhus Salihin/434) 17
Umum al Balwa Umum al balwa bermaksud kesukaran yang menyeluruh, firman Allah SWT:
ِ ِ .........ْْحَرج ُ َ ماْج َع َلْعليكمْىفْال ّدي ِنْمن َ مْو َ ه َوْاجتَبا ُك.........
Maksud: Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (al-Haj: 78) Berdasarkan ayat tersebut, para pakar perundangan Islam menggariskan satu kaedah perundangan iaitu apabila berlaku kesulitan, maka perlu diberikan kemudahan atau keringanan. Antara konsep yang berkaitan dengan kaedah tersebut ialah Umum alBalwa. Kaedah umum al-balwa mempunyai peranan yang besar dalam proses mengeluarkan ijtihad. Ia merupakan salah satu justifikasi dalam menjelaskan sesuatu hukum syarak berkaitan isu semasa. Menurut Muslim bin Muhammad bin Majid al-Dusari, Umum al-Balwa bermaksud, isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas orang mukallaf atau keadaan orang mukallaf yang berkaitan dengan pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut serta wujud kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan kemudahan dan keringanan.18 Contoh berubah hukum:
17 18
https://islamqa.info/ar/221752 Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 61
66 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Air liur kucing hukum asalnya adalah najis kerana kucing berkemungkinan makan benda najis. Namun, atas dasar umum al-balwa, iaitu kucing adalah binatang peliharaan yang hidup di persekitaran hidup manusia, jika dihukumkan bekas jilatan kucing pada bekas air adalah najis, maka ia akan menimbulkan kesulitan kepada hidup masyarakat. Maka hukum air daripada bekas jilatan kucing tidak menjadi najis. (al-Suyuti, al-Ashbah wa al-naza’ir, 164)
Hukum asal menerima upah daripada amal soleh adalah haram. Contohnya, haram guru yang mengajar al-Quran daripada menerima gaji, juga gaji imam, bilal dan sebagainya. Namun atas alasan umum al-balwa, iaitu jika hukum itu kekal ia akan menjadikan tugas tersebut diabaikan serta guru alQuran, imam, bilal dan seumpamanya akan terjejas keperluan hidup mereka, maka berubah hukum kepada harus menerima upah atau gaji. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/136)
Isu wanita menjadi orang gaji di rumah. Menurut hukum asal, seorang wanita diharamkan keluar rumah melainkan ditemani oleh mahramnya. Begitu juga seorang wanita diharamkan tinggal di rumah yang tiada mahramnya. Namun pada zaman kini atas dasar umum al-balwa maka diharuskan seorang wanita menjadi orang gaji di rumah orang lain tanpa ditemani oleh mahramnya, dengan syarat terhindar daripada fitnah. (alDusari, Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 446) Islam telah menetapkan satu dasar hukum yang mudah untuk diamalkan sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 28 ِ ُ ْاّللْأ ِ ِ ًْضعِيفْا ُ يُِر َ نسا ُن َف َ َنُْيَ ّف ُيد م َ ْعن ُكم َْو ُخل َقْاإل Maksud: Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu kerana manusia dijadikan bersifat lemah.
67 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
LATIH TUBI Bahagian A: Soalan Objektif Jawab semua soalan 1.
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang memenuhi kriteria yang ditetapkan syarak?
A. Makanan dan minuman dan bahan- bahan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah B. Makanan dan minuman yang diproses mengikut standard ISO C. Makanan dan minuman yang menjadikan manusia lebih bertenaga dan kekal aktif D. Makanan dan minuman yang masih baik dan belum luput tempoh 2.
Nyatakan hikmah taharah terhadap seseorang individu itu dari sudut spiritual?
A. B. C. D.
Untuk menyembuhkan penyakit ain Untuk mengelakkan rasa cemburu atas kejayaan orang lain Untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat keji dan mengaibkan Untuk menambah pahala bagi setiap perbuatan yang baik
3.
Buangkan ain najis terlebih dahulu atau apa-apa benda yang ada. Kemudian basuh sebanyak tujuh kali dengan air mutlak, dan salah satu daripadanya hendaklah dengan air yang bercampur tanah.
A. B. C. D.
Pernyataan di atas menerangkan kaedah Menghilangkan najis mukhaffafah Menghilangkan najis mutawassitah Menghilangkan najis mughallazah Proses menyamak kulit haiwan
4.
Maksud: “Setiap kult yang disamak ia menjadi suci”. (Riwayat Muslim) Pilih kenyataan yang paling tepat bagi menerangkan maksud hadis di atas. A. Setiap haiwan yang disamak halal kulitnya termasuk anjing dan babi B. Setiap haiwan yang disamak halal kulitnya kecuali anjing dan babi C. Setiap haiwan yang disamak perlu disertu untuk menghalalkan penggunaannya D. Setiap haiwan yang disamak mestilah dibersihkan mengikut kaedah penyucian najis berat
68 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
5.
Perubahan sesuatu dari sudut tabie atau hilang rupa asal seperti perubahan arak menjadi cuka. (Al-Mausuah Al-Fiqhiah AlRawahah). Proses ini dikenali sebagai…
A. B. C. D.
Istihlak Istihalah Istidlal Istihsan
6.
Apakah hukum menggunakan air yang melebihi dua kolah dan telah dimasuki najis cicak?
A. B. C. D.
Sah Tidak sah Haram Makruh
7.
Mengapakah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membenarkan “Penyuntikan Highly Purified insulin daripada babi terhadap pesakit diabetes?
A. B. C. D.
Atas faktor hajiyyat (kehendak) Atas faktor tahsiniyyat (kesempurnaan) Atas faktor mushkilat (masalah) Atas faktor dharurat (keadaan mendesak)
8.
Pilih kenyataan yang BENAR berkenaan haiwan jallalah.
A. B. C. D.
Haiwan berbisa dan memakan najis seperti cacing ular Haiwan tidak berkaki dan memakan najis seperti cacing Haiwan berkaki dan memakan najis seperti unta dan itik Haiwan yang hidupnya lebih banyak atas pokok seperti kera dan memakan tumbuhan
9.
Apabila berlaku kesulitan, maka perlu diberikan kemudahan atau keringanan . Kenyatan berikut menerangkan salah satu daripada kaedah perundangan bertujuan untuk kemaslahatan(kebaikan) umum
A. B. C. D.
Umumul Balwa Umamul Balwa Ummatul Balwa Umarak Ul Balwa
69 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
10. Kesukaran menghindari sesuatu perkara atau keadaan melainkan bertambah kesulitan dan kesulitan tersebut perlu diringankan dan dimudahkan oleh setiap yang mukallaf. I. II. III. IV.
Nyatakan contoh bagi masalah berikut. Bekas jilatan kucing pada bekas air Guru agama menerima upah mengajar agama Wanita bekerja sebagai pembantu rumah untuk nafkah zahir Musafir yang mengerjakan solat jamak dan qasar
A. B. C. D.
I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
Bahagian B: Soalan Struktur 1. Nyatakan empat ciri-ciri makanan dan minuman yang dibenarkan syarak. I. ____________________________________________________________________ II. ____________________________________________________________________ III. ____________________________________________________________________ IV. ____________________________________________________________________ 2.
Senaraikan klasifikasi hadas dan najis beserta contoh setiap satu. I. ____________________________________________________________________ II. ____________________________________________________________________
3.
Terangkan kaedah untuk menyamak dan menyertu I. ____________________________________________________________________ II. ____________________________________________________________________
4. Nyatakan definisi istihalah dan istiklak beserta contoh I. ____________________________________________________________________ II. ____________________________________________________________________ 5. Berikan dua contoh haiwan jallalah I. ____________________________________________________________________ II. ____________________________________________________________________
70 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
HASIL PEMBELAJARAN CLO 1 : Menjelaskan konsep dan prinsip halal dan haram dalam Islam 71 |penyembelihan. D M H 3 0 0 3 2 CLO 2 :Mengikuti garis panduan Syariah ketika proses
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
4.0
SEMBELIHAN HALAL
Penetapan hukum halal atau haram di dalam Islam ke atas haiwan-haiwan yang boleh dimakan atau sebaliknya adalah berdasarkan kepada keterangan al Quranulkarim dan Sunnah Rasulullah saw. Proses penyembelihan mengikut syari’at Islam merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan ke atas binatangbinatang yang halal bagi membolehkan (halal) ianya dimakan. Hukum sembelihan yang disyari’atkan di dalam Islam telah didirikan atas dasar ta’abbud ()تعبد. Selain daripada itu sebab musabbab dan maslahat disyari’atkan hukum-hakam sembelihan tersebut perlulah pula kepada kajian ke atasnya. Syari’at Islam telah menetapkan bahawa darah hukumya najis dan wajib dihindari daripadanya dan proses sembelihan yang dilakukan ke atas haiwan adalah antara lainnya bertujuan menyucikan binatang sembelihan daripada darah. 4.1 Penjelasan Sembelihan Halal Syarat-syarat sah sembelihan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: syarat kepada orang yang menyembelih syarat kepada binatang yang disembelih syarat kepada alat yang digunakan untuk menyembelih
1.
Syarat orang yang menyembelih (al muzakki)
Penyembelih adalah orang Islam atau Ahli Kitab.
Dalil halal sembelihan Ahli Kitab ialah firman Allah SWT:
ِ ْح ٌّلْلم ُكمْوطَعام ُكم ِ الي ومْأ ُِح ملْلَ ُكمْالطمِيباتْوطَعامْالم ِذينْأُوتُواْالكِتَاب ْح ُّلْ مَلُم َ َ َُ َ َ َ ُ َ َ ُ َّ ُ
Maksud: Di hari ini dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka. (al- Ma’idah: ayat 5)
72 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
2. Penyembelihan yang dilakukan hanya kerana Allah iaitu atas nama-Nya sahaja. Dalilnya, firman Allah SWT:
ْْاّللِْبِِه َْ ْو َْل ُمْاخلِن ِزي ِر ْوَماْأ ُِه ملْلِغَ ِي م َ ُحِّرَمت ُ ْوالد َ مم َ ُْعلَي ُك ُمْال َمي تَة
Maksud: Diharamkan kepada kamu (memakan ) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang selain dari Allah. (al- Ma’idah: ayat 3) 3. Syarat orang yang menyembelih ini tiada bezanya samada lelaki atau perempuan, cuma selain dari mazhab Syafi’ie afdalnya adalah lelaki dan apa yang pentingnya dalam mazhab Syafi’ie tentang syarat penyembelih ialah: Ada keupayaan untuk melakukan sembelihan Qasad atau niat yang betul dalam sembelihan
Syarat binatang sembelihan
1. Penyembelih mengetahui bahawa binatang yang nak disembelih ada hayat yang mustaqirrah (hidup yang sempurna). 2. Maksudnya ialah kematian binatang sembelihan adalah disebabkan oleh sembelihan, bukan kerana sebab lain seperti sakit tercekik atau sebagainya, melainkan sembelihan darurat ianya diharuskan. 3. Darah yang mengalir selepas sembelihan tidak semestinya menunjukan bahawa itu adalah hayat mustaqirrah. 4. Putus dua saliran (urat) utama iaitu: Halkum: saliran pernafasan (Trakea) Marih: saliran makanan (Esofagus) 5. Kalaulah tertinggal salah satu darinya maka tidak sahlah sembelihan tersebut. Sembelihan dilakukan dengan kadar yang agak segera iaitu tidak dengan cara melambat-lambatkan yang boleh menyebabkan binatang mati dalam masa penyembelihan
73 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
(mati sebelum putus kedua saliran/urat), kalaulah berlaku sedemikian maka tidak sah penyembelihan tersebut. Antara tanda hayat mustaqirrah ialah pergerakan binatang sembelihan dengan kadar yang agak kuat selepas penyembelihan.
Syarat Alat Sembelihan
1. Alat sembelihan yang tajam dan boleh melukakan dengan cepat, yang terdiri dari besi, tembaga, timah, kaca, batu dan sebagainya. 2. Alat sembelihan bukan diperbuat daripada gigi, kuku atau pun tulang.
Trachea/Pernafasan
Esofagus/Makanan
Gambarajah 4.1
74 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Gambarajah 4.2
HAYAT MUSTAQIRRAH DAN HAYAT MAZBUHAH
Ramai di kalangan para penyembelih, sekalipun telah berpengalaman menjalankan kerja-kerja sembelihan, tidak ramai yang tahu apabila diajukan pertanyaan tentang hayat mustaqirrah, ini adalah kerana kebanyakannya belajar ilmu sembelihan secara turun-temurun dan tidak mendalami hukum-hakam sembelihan secara khusus. Disyaratkan pada setiap haiwan sembelihan itu mestilah ia disembelih dengan ada padanya hayat mustaqirrah, iaitu hendaklah adanya hayat mustaqirrah itu pada permulaan digerakkan pisau semasa melakukan sembelihan. Hayat mustaqirrah bermaksud haiwan sembelihan itu pertamanya ialah ia masih hidup ketika disembelih sekalipun sebelum pada itu ia
75 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
telah mengalami kecederaan atau kesakitan. Maksud hidup di sini ialah haiwan tersebut masih bernyawa (nyawa dikandung badan), yang mana setiap pergerakan haiwan itu adalah atas kemahuan (ikhtiar) haiwan itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya seekor haiwan seperti lembu, dilanggar oleh sebuah kenderaan, semasa penyembelihan dibuat hendaklah dipastikan haiwan itu disembelih ketika ia masih ada hayat mustaqirrah. Dan tanda-tandanya adalah semasa disembelih, haiwan itu darahnya terpancar (memancut) dan ia mempunyai gerak yang kuat seperti adanya rontaan. Sekiranya apabila disembelih, haiwan tersebut tidak mempunyai gerak yang kuat atau darahnya tidak memancar, maka ketika itu sembelihan tidak lagi memberi kesan dan daging haiwan tersebut tidak halal dimakan, kerana sembelihan tadi sebenarnya berlaku pada ketika haiwan telah sampai kepada hayat mazbuh (telah tiada nyawa dan menjadi bangkai). Sekiranya didapati hayat mustaqirrah semasa melakukan sembelihan tadi, maka halallah dagingnya. Begitu juga sekiranya berlaku masalah berkaitan pisau terangkat atau diangkat, jika berlaku selang masa yang panjang untuk menyambung semula sembelihan tadi, hendaklah dipastikan haiwan itu masih pada hayat mustaqirrah semasa meletakkan pisau pada kali yang berikutnya. Sekiranya tidak ada kelengahan dan disambung dengan segera, maka tiada masalah jika semasa menyambung sembelihan tadi, haiwan telah sampai kepada hayat mazbuh, sembelihan tersebut sah serta halal dagingnya kerana bersegera itu masih dianggap dalam satu sembelihan. Sesuatu haiwan itu juga boleh dianggap mempunyai hayat mustaqirrah bilamana ia mengalami kecederaan tetapi masih boleh bertahan untuk hidup bagi suatu tempoh masa yang agak panjang. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya ia ditinggalkan, ia boleh bertahan selama sehari atau dua hari. Kesimpulannya, hayat mustaqirrah itu boleh dikenali melalui dua tanda iaitu:
Pergerakan haiwan yang kuat Darah yang keluar memancar
Memadai jika ada salah satu daripada tanda-tanda tersebut.
76 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Perkara Sunat Sembelihan
1. Menyebut nama Allah ketika sembelihan (dalam mazhab lain hukumnya adalah wajib). 2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW. 3. Memutuskan urat-urat darah yang lain yang mengelilingi urat hulkum dan marih (wadjain), iaitu: 1) Jagular vein 2) Carotid artery 4. Menggunakan pisau yang betul-betul tajam. 5. Meletakan binatang yang nak disembelih di atas rusuk kiri dan membiarkan kaki kanan bergerak selepas sembelihan, melainkan unta ianya disembelih dengan cara berdiri dengan lutut kirinya terikat. 6. Meletakan binatang sembelihan menghadap ke arah qiblat.
Perkara Makruh Sembelihan
1. Menggunakan alat sembelihan atau pisau yang tumpul. 2. Menunjuk-nunjukan alat sembelihan kepada haiwan yang nak disembelih. 3. Tidak menyebut nama Allah ketika melakukan sembelihan. 4. Tidak menghadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat 5. Melakukan sembelihan di hadapan haiwan lain yang akan disembelih. 7. Melakukan sembelihan di waktu malam atau di dalam gelap. 8. Tidak melakukan perkara-perkara sunat sembelihan.
77 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Hikmah Sembelihan
1. Membiasakan diri manusia supaya sentiasa mematuhi perintah Allah SWT. 2. Melatih sifat ihsan dan tidak berlaku zalim terhadap binatang. 3. Melasanakan cara menghabiskan nyawa haiwan dengan cara yang paling mudah mengikut perintah Allah SWT. 4. Membezakan cara sembelihan orang Islam dengan orang bukan Islam. 5. Bagi menjamin kualiti daging yang lebih bermutu.
BANTUAN @ SOKONGAN SEMBELIHAN
Kaedah Stunning bermaksud melalikan atau melemahkan haiwan untuk memudahkan proses penyembelihan yang dilakukan sebelum penyembelihan. Ia merupakan satu kaedah yang membantu proses penyembelihan haiwan ternakan menjadi lebih mudah jika dalam kuantiti yang banyak. Antara haiwan yang biasa melalui proses stunning ialah lembu, kambing dan ayam. Tujuan stunning ini dilakukan adalah antaranya untuk:
Untuk menenangkan haiwan dan memudahkan proses penyembelihan. Mengurangkan risiko. Menjimatkan masa. Meningkatkan kualiti daging dan produktiviti.
Terdapat pelbagai jenis kaedah stunning yang di perkenalkan antaranya ialah stunning mekanikal, stunning elektrik, stunning angin dan pelalian water stunner. (E-Fatwa, 2015) 1. Pertama adalah kaedah stunning mekanikal atau nama lainnya Pnematic Percussive Stunning. Ia boleh didefinisikan sebagai satu kaedah yang menggunakan alat berbentuk
78 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
seperti cendawan untuk memengsankan haiwan sembelihan. Antara syarat kaedah ini diterima dalam Islam ialah memastikan alat yang digunakan tidak memecahkan tengkorak haiwan, hanya sekadar menyebabkan haiwan pengsan sahaja (Zahien, 2006). Kaedah ini biasa di lakukan ke atas haiwan ternakan besar seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. 3. Kaedah kedua ialah stunning elektrik adalah satu kaedah yang menggunakan arus elektrik perlahan kepada haiwan sebelum di sembelih. Kaedah ini akan menyebabkan haiwan yang terkena kejutan elektrik ini menjadi lali dan pengsan seketika. Kadar arus elektrik adalah sentiasa dalam kawalan dan peratusan yang telah di tetapkan. 3. Kaedah stunning angin menggunakan kuasa angin untuk menjadikan haiwan sembelihan pengsan seketika. Hendaklah di pastikan tekanan angin yang dikenakan kepada haiwan tidak menyebabkan kematian, hanya menyebabkan pengsan sahaja (Zahien, 2006). 4. Kaedah keempat ialah Pelalian Water Stunner. Kaedah ini menggunakan air untuk membantu proses penyembelihan. Air berfungsi untuk melemahkan kondisi binatang sebelum ia melalui proses sembelihan. Antara contoh binatang yang biasa melalui proses ini ialah ayam.
TAMBAHAN:
1. Empat saliran urat yang dikehendaki putus semasa proses sembelihan: trachea (halqum) - trakea (halqum) oesophagus (mari’) - esofagus (mari ') jagular vein - urat leher carotid artery - karotid arteri 2. Penyembelihan Janin Dalam Perut Induk. Apabila seekor haiwan yang disembelih dan dalam kandungannya terdapat
79 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
janin yang mati, maka janin tersebut halal dimakan berdasarkan pendapat ulama yang paling sahih. Kerana ia secara hakikinya telah tersembelih bersama-sama dengan penyembelihan ibunya. Ini adalah pendapat jumhur kecuali Abu Hanifah. Adapun bagi janin yang keluar dalam keadaan hidup dengan hayat mustaqirah, maka tidak halal dimakan melainkan dengan disembelih terlebih dahulu. (Abu Malik Kamal, Shahih Fiqhus Sunnah, 2/365-366 – Maktabah at-Taufiqiyah) Pendapat ini didukung oleh hadis Abu Sa’id, beliau berkata:
ِول م ِ الْ ُكلُوهْإِن ِ ىْاّلل ِ ِْاْلَن ،ْشئ تُم ْ ْعن َ ت َْر ُس َ ْو َسلم َم َ ُ ْصلم م ُ َسأَل ُ َ ْفَ َق:ي َ ْاّلل َ ْعلَيه ِ ِ ِ ،ُيْأَنُل ِق ِيهْْأَمْْ ََن ُكلُه َْ ْاّللِْنَن َح ُرْالنماقَ َة َ اّْي َْر ُس َ ََوق ول م َ ْوالشماةَْفَنَج ُد ِْفْبَطن َهاْاْلَن َ َْم َسدمدرْقُلن ُ ال َ َْونَذبَ ُحْالبَ َقَرة ِ ْ ُكلُوهْإِن:ال ْشئ تُمْفَإِنمْذَ َكاتَهُْذَ َكاةُْأ ُِّم ِْه َ َق ُ Maksud:“Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang janin. Maka beliau berkata, “Makanlah jika kamu suka.” Musaddad berkata, kami katakan, “Wahai Rasulullah, kami menyembelih unta, lembu, dan kambing, kemudian kami dapati janin di dalam perutnya. Adakah kami perlu membuangnya atau kami boleh memakannya?” Baginda berkata, “Makanlah jika kamu mahu, kerana penyembelihannya adalah dengan menyembelih ibunya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 8/3, no. 2444)
80 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
LATIH TUBI Bahagian A : Soalan Objektif Jawab semua soalan 1.
Islam telah menetapkan kaedah yang tepat dan sesuai bagi proses sembelihan yang halal. Antara hikmah utama diwajibkan penyembelihan ke atas haiwan tertentu ialah untuk… A. Menyucikan haiwan sembelihan daripada darah yang bersifat najis. B. Membuktikan Islam membenarkan pengambilan daging untuk kesihatan C. Melatih umat Islam untuk menjadi survivor bila menghadapi situasi ‘terdesak’ D. Kerana rasa haiwan sembelihan lebih enak dan berkhasiat berbanding cara lain
2.
Maksud: “Di hari ini dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka”. (Al-Maidah: 5) Ayat di atas menerangkan syarat-syarat penyembelih iaitu : I. Islam II. Ahli Kitab III. Wanita IV. Kanak-kanak yang belum baligh walaupun bukan Islam A. B. C. D.
I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
Haiwan sembelihan itu mestilah bernyawa ketika disembelih sekalipun pada sebelum itu ia telah mengalami kesakitan atau kecederaan
81 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
3.
Situasi di atas menerangkan keadaan hayat sesuatu sembelihan. Pilih jawapan yang BENAR A. B. C. D.
4.
Berikut merupakan perkara-perkara sunat sembelihan. Pilih jawapan yang sesuai. I. II. III. IV. A. B. C. D.
5.
Hayat mazbuhah Hayat mustaqirrah Hayat mustaqimah Hayat musta’dilah
Mengadap kiblat Memutuskan ‘jagular vein’ Membaca surah Alfatihah Menggunakan pisau yang tajam I, II & III I, II & IV II, III & IV I, II, III & IV
Yang mana satukah antara berikut TIDAK boleh digunakan untuk menyembelih secara Islam? A. B. C. D.
Besi Tembaga Kaca Kuku
2 1
3
4 5 6.
3 dalam rajah di atas merujuk kepada….. A. Trakea B. Esofagus C. Spinal cord D. Neck vertabrae
82 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
7.
Ciri-ciri hayat mustaqirrah boleh dikenalpasti dengan tanda-tanda berikut. A. Pergerakan haiwan yang kuat dan darah keluar memancut B. Pergerakan haiwan yang lemah dan tiada darah yang keluar C. Tiada pergerakan haiwan melainkan darah yang mengalir perlahan D. Tiada pergerakan haiwan dan darah yang mengalir
8.
Apakah hukum menunjukkan alat sembelihan kepada haiwan yang akan disembelih?. A. B. C. D.
9.
Harus Sunat Makruh Haram
Antara berikut yang mana satukah kenyataan yang BENAR mengenai kaedah pelalian water stunner . A. Kaedah yang menggunakan tekanan angin bertujuan untuk melemaskan haiwan B. Kaedah yang menggunakan air bagi membantu proses sembelihan C. Kaedah yang menggunakan arus elektrik yang perlahan pada haiwan D. Kaedah yang menggunakan alat berbentuk cendawan supaya haiwan sembelihan pengsan
10. Ali memasak janin yang keluar dengan keadaan hayat mustaqirrah tanpa menyembelih haiwan tersebut. Nyatakan situasi berikut. A. B. C. D.
Haram kerana tidak menyembelihnya Harus kerana janin masih kecil Makruh kerana tidak menyembelihnya Sunat kerana boleh memakan janin hayat mustaqirrah
83 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
Bahagian B: Soalan Struktur Jawab semua soalan berikut 1.
Nyatakan syarat-syarat sah sembelihan I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________
2.
Sebutkan 2 syarat penyembelih dan 2 syarat alatan sembelihan I. _______________________________________________________________ II. _______________________________________________________________ III. _______________________________________________________________ IV. _______________________________________________________________
3.
Antara hikmah sembelihan menggunakan kaedah yang dianjurkan Islam ialah…… I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ IV. ________________________________________________________________ V. ________________________________________________________________
4.
Sebutkan 4 kaedah stunning yang membantu proses penyembelihan. I. ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ IV. ________________________________________________________________
5.
4 saliran urat yang dikehendaki putus ketika proses sembelihan:.
I. II. III. IV.
__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________
84 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
RUJUKAN
Utama: Al Quranulkarim Ma’mur Daud, 1982. Terjemahan Hadis Shahih Muslim I, II, III dan IV, Darul Fajr Publishing House. Dr. Mustofa al Khin, Dr. Mustofa al Bugho, Dr. Ali al Syarbaji, 2008. Al Fiqh Al Manhaji. Dar al Qalam 1996, Pustaka Salam, Kuala Lumpur. Dr. Yusuf al Qaradawy (1960). Halal & Haram in Islam. Al Falah. Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam (CetakanKedua) (2013): JabatanKemajuan Islam Malaysia. MS 2393, 2010 Prinsip Islam Dan Halal-Definisi dan Pentafsiran Istilah. Jabatan Standard Malaysia. Tambahan: Haji Idris Ahmad S.H, 2001. Fiqh Syafii Jilid 1, Pustaka Antara Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr. Wahbah al Zuhaili, 1994. Fiqh & Perundangan Islam Jilid I, Penterjemah Syed Ahmad Hussain, Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEIM). Dr. Wahbah al Zuhaili, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, 1984. Darul Fikr, Damsyiq, Syria. Dr. Yusuf al Qaradawy (1995). Introduction to Islam. Islamic Inc. Publication & Distribution.
85 |
D M H 3 0 0 3 2
PRINSIP DAN AMALAN HALAL
86 |
D M H 3 0 0 3 2
Hakcipta terpelihara